The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penghasilan Produk
BMMB 1134 Keterampilan Berbahasa
Muhammad Nur Iman bin Ismail
Bahasa Melayu 1

Pensyarah: Encik Azman bin Aris

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BMMB1-0623 MUHAMMAD NUR IMAN BIN ISMAIL, 2023-04-09 04:33:46

Tugasan 3: Halangan Komunikasi dan Isu dalam Keterampilan Berbahasa

Penghasilan Produk
BMMB 1134 Keterampilan Berbahasa
Muhammad Nur Iman bin Ismail
Bahasa Melayu 1

Pensyarah: Encik Azman bin Aris

Tugasan 3: Penghasilan Produk Disediakan oleh Muhammad Nur Iman bin Ismail 11:11PM BMMB1134 Keterampilan Berbahasa Halangan Komunikasi dan Isu dalam Keterampilan Berbahasa

Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Halangan Komunikasi 3.0 Isu Keterampilan Berbahasa 4.0 Kesimpulan

1.0 Pengenalan Menurut Norazlina (2019), terampil berbahasa bermaksud cekap dan mahir dalam menggunakan bahasa secara lisan mahupun tulisan dalam erti kata lain menguasai bahasa yang dituturkan. Dalam konteks yang menyeluruh, keterampilan berbahasa bermaksud cekap dan mahir menggunakan bahasa meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis. Seterusnya, melalui keterampilan seseorang itu berbahasa, peribadinya juga dapat dinilai. Justeru, penggunaan bahasa yang baik adalah sangat mustahak bagi mengekalkan hubungan baik dengan orang disekeliling. Oleh hal yang demikian isu-isu keterampilan berbahasa yang wujud hendaklah ditanggani dengan baik agar segala masalah dapat diselesaikan tanpa sebarang konflik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Komunikasi terdiri daripada empat aspek iaitu penutur, mesej atau maklumat yang disampaikan, penerima tutur atau penerima mesej dan akhir sekali tindak balas. Seterusnya, ketiadaan salah satu daripada empat aspek utama dalam komunikasi tersebut menyebabkan satu interaksi sosial itu tidak berkesan. Perkara ini disebabkan oleh pelbagai halangan komunikasi seperti gangguan emosi atau gangguan dalaman, gangguan luaran dan komunikasi sehala. Selain itu, penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa yang betul turut dapat menjadi penghalang komunikasi. Seiring dengan perkembangan teknologi digital, hal ini dapat dilihat pada media sosial seperti whatsapp, Instagram, Twitter, Facebook, dan sebagainya. Halangan komunikasi dalam media sosial ini dihuraikan dengan lebih lanjut pada slaid-slaid berikutnya,

Back to Agenda Page Halangan Komunikasi dan Isu Keterampilan Berbahasa

2.0 Halangan-halangan Komunikasi 1. Maklum Balas 2. Komunikasi Sehala 3. Gangguan Emosi 4. Gangguan Luaran

1. Maklum Balas Maklum balas merupakan salah satu daripada aspek utama dalam komunikasi berkesan. Maklum balas daripada pengirim menunjukkan maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan baik. Sebaliknya, ketiadaan maklum balas daripada penerima menandakan maklumat yang dikirim tidak dapat diterima dengan baik oleh penerima. Misalnya, apabila pertanyaan mudah seperti "apakah nama anda?" ditanyakan kepada seseorang itu dan tiada maklum balas diberikan, perkara ini menunjukkan bahawa pertanyaan atau mesej yang disampaikan tidak dapat diterima oleh penerima. Oleh itu jelaslah bahawa maklum balas merupakan satu daripada halangan-halangan komunikasi.

2. Komunikasi Sehala Komunikasi sehala berlaku apabila pengirim mesej menerangkan sesuatu perkara kepada penerima atau pendengar tanpa sebarang maklum balas daripada pendengar. Misalnya, komunikasi sehala ini berlaku dalam ceramah, syarahan, taklimat dan sebagainya. Persamaan yang terdapat bagi semua aktiviti ini adalah hanya pengirim yang menyampaikan mesej dan penerima hanya mendengar. Hal ini secara tidak langsung mengurangkan kelancaran komunikasi akibat hanya ada satu pihak sahaja yang memberikan mesej tanpa sebarang respon daripada pihak lain.

3. Gangguan Emosi Gangguan emosi turut merupakan salah satu halangan dalam komunikasi. Hal ini demikian kerana, sesuatu mesej itu difahami dan diterima oleh penerima mengikut apa yang didengar dan dilihat dengan berpandukan emosi, keperluan dan kehendak. Gangguan emosi seperti marah dapat menyebabkan seseorang itu berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respons terhadap mesej yang menyebabkannya marah. Oleh sebab itu, hal ini menyebabkan tiada tindak balas diberikan kepada pengirim akibat perasaan marah yang dialami oleh penerima. Dalam pada itu, maklum balas yang terburu-buru akibat perasaan emosi terganggu turut menyebabkan pihak-pihak yang sedang berkomunikasi berhenti berkomunikasi bagi mengelakkan suasana tegang. Justeru, komunikasi yang berkesan tidak dapat berlaku akibat gangguan emosi tersebut.

4. Gangguan Luaran Gangguan luaran merupakan halangan komunikasi yang terakhir bagi pembentangan ini. Gangguan luaran ialah gangguan yang hadir disekitar kawasan pihak-pihak yang sedang berkomunikasi berada. Misalnya, gangguan luaran seperti bunyi hon kereta yang kuat menyukarkan seseorang untuk mendengarkan kata-kata yang sedang dituturkan oleh rakannya. Mesej yang disampaikan itu tidak dapat diterima oleh penerima akibat gangguan luaran tersebut. Hal ini turut mendorong penerima untuk membuat andaian sendiri berkaitan mesej yang cuba disampaikan; Perkara ini secara tidak langsung memberi ruang kepada salah faham untuk berlaku. Oleh itu, komunikasi yang berkesan tidak akan berlaku sekiranya terdapat gangguan daripada luaran.

Back to Agenda Page 3.0 Isu-isu keterampilan bahasa dalam aspek bahasa Isu 1: Kesalahan Ejaan Isu 2: Pengaruh Teknologi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan ditakrifkan sebagai kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf. Justerus, kesalahan ejaan pula dapat ditakrifkan sebagai kesalahan dalam menulis perkataan dengan huruf. Isu 1: Kesalahan Ejaan

Rajah di sebelah menunjukkan beberapa contoh kesalahan ejaan yang terdapat pada sepanduk iklan, papan peringatan dan papan tanda. Pada rajah pertama, terdapat kesalahan ejaan pada perkataan 'tepung'. Hal ini kerana, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sepatutnya digunakan adalah topeng dan bukannya tepung. Kesalahan-kesalahan ejaan ini berlaku akibat kecuaian pihak yang menghasilkan papan-papan tanda tersebut dalam memastikan ejaan yang digunakan adalah betul serta mengikut ejaan seperti dalam Kamus Dewan. Kesalahan-kesalahan ejaan yang terdapat pada papan tanda ini dapat mengelirukan pihak yang melihatnya. Hal ini turut memberikan tanggapan kepada pelancong luar yang cuba mempelajari bahasa Melayu bahawa sesuatu perkataan itu dieja sebegitu namun pada hakikatnya ejaan tersebut ialah salah sama sekali.

Pengaruh teknologi dalam keterampilan berbahasa berlaku apabila perisianperisian dalam teknologi digital seperti komputer tersedia dalam bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan orang ramai terbiasa dengan penggunaan perkataan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Isu 2: Pengaruh Teknologi

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pengaruh teknologi yang dimaksudkan berlaku apabila perisian-perisian dalam teknologi digital seperti komputer tersedia dalam bahasa Inggeris. Hal ini telah menyebabkan pengguna teknologiteknologi ini terbiasa dengan istilah-istilah yang terdapat alat-alat digital tersebut. Istilah atau perkataan yang sering digunakan termasuklah 'shut down' , 'sleep' , 'restart' , 'setting' , 'password' , 'wallpaper' , dan banyak lagi. Oleh sebab peranti pintar ini digunakan setiap hari, istilah-istilah daripada bahasa Inggeris ini digunakan dalam kehidupan seharian dan menggantikan istilah bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan. Normalisasi penggunaan istilah bahasa asing iaitu bahasa Inggeris khususnya telah mendorong kepada fenomena bahasa rojak dan kerancuan bahasa. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan menukar bahasa perisian kepada bahasa Melayu di tetapan sesuatu teknologi itu bagi membiasakan diri pengguna dengan istilah dalam bahasa Melayu pula.

Back to Agenda Page Isu-isu keterampilan bahasa dalam aspek media sosial Isu 1: Bahasa Rojak Isu 3: Bahasa Kasar Isu 2: Ringkasan Perkataan

Isu 1: Bahasa Rojak Menurut Marzhan (2010). Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk misalnya antara bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.

Dalam tangkapan layar di sebelah, pengguna aplikasi Instagram dengan nama rough_laborer mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Hal ini dapat dilihat apabila pengguna pada mulanya menggunakan rangkai kata daripada bahasa Melayu iaitu 'risiko kerja' sebelum menggunakan pula rangkai kata yang berasal dari bahasa Inggeris iaitu 'security guard'. Hal ini dapat mendatangkan kekeliruan kepada penerima mesej kerana bahasa rojak yang digunakan. Bagi menggantikan rangkai kata 'security guard' , pengguna dapat menggunakan rangkai kata bahasa Melayu iaitu pengawal keselamatan. Hal ini dapat memudahkan lagi pengguna lain untuk memahami mesej yang cuba disampaikan melalui penggunaan bahasa Melayu yang menyeluruh dan konsisten. Mereka yang kurang berpengetahuan dalam rangkai kata dan istilah bahasa Inggeris turut dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh rough_laborer tanpa sebarang halangan.

Isu 2: Ringkasan Perkataan Singkatan atau ringkasan perkataan merupakan satu bentuk kesalahan penggunaan bahasa yang paling banyak diamalkan di media sosial. Rajah di sebelah menunjukkan beberapa ringkasan. Misalnya, perkataan 'datang' diringkaskan kepada hanya tiga huruf iaitu 'dtg'.

Ringkasan perkataan yang dibuat ini selalunya menyingkirkan huruf-huruf vokal seperti a, e, i, o, dan u. Sebagai contohnya, dalam tangkapan layar di sebelah, pengguna dengan nama ikajohari84 menyingkatkan perkataan datang kepada 'dtg'. Singkatan ini telah menggugurkan huruf-huruf vokal a. Dalam pola keselarasan vokal, terdapat pola a - a. Oleh hal yang demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa ringkasan 'dtg' itu merujuk kepada perkataan 'datang'. Ringkasan perkataan ini dikatakan lebih mudah dan lebih mesra pengguna kerana mesej yang disampaikan adalah ringkas atau kurang dari segi bilangan hurufnya. Namun begitu, realitinya fenomena ini hanya akan menormalisasikan pengejaan perkataan yang tidak betul. Pengejaan yang salah ini seterusnya dapat menimbulkan perbalahan dalam kalangan masyarakat akibat adanya pihak yang tersalah tafsir mesej yang cuba disampaikan oleh pihak pengirim.

Contoh lain yang dapat dilihat ialah ringkasan perkataan bukan kepada 'bkn'. Hal ini kerana, dalam pola keselarasan vokal terdapat pola u - a yang membuktikan bahawa ringkasan 'bkn' tersebut merujuk kepada perkataan bukan. Perkara ini turut disokong oleh konteks ayat yang ditulis oleh pengguna dengan nama megatshahalang itu. Ringkasan ini telah pun menyingkirkan huruf u dan huruf a. Perkataan-perkataan ini mungkin masih boleh difahami tetapi ringkasan perkataan yang kompleks dan rumit mempunyai kecenderungan untuk berambiguiti dan disalahertikan. Jika trend ini berterusan, perkara ini akan menjadi satu halangan komunikasi kerana mesej yang disampaikan tidak dapat difahami atau sukar difahami oleh pihak penerima mesej akibat penyingkatan perkataan yang telah dibuat oleh pengirim mesej. Bagi mengelakkan perkara ini, pengguna dapat merujuk Kamus Dewan atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) bagi mendapatkan ejaan sebenar perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu.

Isu 3: Bahasa Kasar Menurut Azean (2022), Bahasa kasar ialah bentuk bahasa yang menggunakan kata-kata yang tidak senonoh, misalnya, kata makian, carutan, bidasan, hinaan, penghinaan dan sebagainya. Kepelbagain perkataan pesat yang digunakan dalam media sosial menunjukkan akhlak semakin berkurangan serta budi bahasa semakin hilang.

Dalam tangkapan layar di sebelah, pengguna aplikasi Instagram dengan nama irmanariff dapat dilihat menggunakan kata-kata kesat seperti 'bengap semulajadi' dan 'bertopeng binatang' dalam membalas komen yang dibuat oleh pengguna dengan nama krubasrimanimaran. Bahasa kasar ini juga berkait rapat dengan bahasa sindirian. Penggunaan bahasa kasar ini jelas menunjukkan bahawa terdapat pengaruh emosi yang kurang stabil semasa pengguna irmanariff membalas komen tersebut. Dalam pada itu, hal ini secara tidak langsung dapat menyinggung perasaan pengguna lain yang membaca komen tersebut. Bahasa kasar yang digunakan turut menunjukkan peribadi penutur yang sebenar serta boleh menjatuhkan kredibiliti pengguna tersebut. Perkara ini kemudiannya membuatkan komen yang dibuat tidak perlu diambil serius kerana menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya digunakan semasa menyuarakan pendapat atau idea.

Oleh hal yang demikian bagi mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku, pengguna media sosial dinasihatkan agar sentiasa mengawal emosi semasa menyuarakan pendapat atau idea mengenai satu-satu isu berbangkit. Hal ini adalah bagi melancarkan proses komunikasi dalam yang sentiasa berlaku seperti dalam aplikasi Instagram, Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain.

4.0 Kesimpulan Back to Agenda Page Kesimpulannya, terdapat pelbagai isu dan halangan dalam keterampilan berbahasa. Halangan-halangan dan isu-isu ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai cabaran bagi seseorang dalam menjadi individu yang mempunyai keterampilan berbahasa tidak kira secara lisan atau pun tulisan. Isu-isu ini jika tidak ditangani boleh menjadi api dalam sekam yang secara perlahan merosakkan bahasa Melayu itu sendiri. Oleh sebab itu, setiap lapisan masyarakat perlulah cakna semasa berkomunikasi tidak kira di alam nyata mahu pun di alam maya.

Rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka (2014). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka Shafiee, H., Mahamood, A. F., Manaf, A. R. A., Yaakob, T. K. S. T., Ramli, A. J., Mokhdzar, Z. A., ... & Ali, M. E. M. (2019). Pengaruh bahasa rojak di media baharu terhadap bahasa kebangsaan. International Journal of Law, Government and Communication, 4(15), 141-153. Patrick, O., Issa, N., Arif, E. E., Salim, S. E., & Juine, N. N. (2018, May 29). Penggunaan Bahasa Melayu di media sosial. Penggunaan Bahasa Melayu di Media Sosial. Retrieved April 8, 2023, from http://aplikasikomputerbm.blogspot.com/2018/05/penggunaan-bahasa-melayu-di-media-sosial.html? m=1 Marzhan bin Herman. (2010). Pencemaran bahasa. Muat turun dari http://zhan09. blogspot.com/2010/08 Kiram, N. M. (2019) BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU - ppt download. BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU - Ppt Download. https://slideplayer.info/slide/14526696/

Sekian, terima kasih.

Click to View FlipBook Version