See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/282336634
SEJAUH MANAKAH SMS MENCEMAR BAHASA MELAYU? 1
Article · January 2005
CITATIONS READS
0 1,494
1 author:
Supyan Hussin
Universiti Kebangsaan Malaysia
98 PUBLICATIONS 247 CITATIONS
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
A New Competency based Framework for English for Specific Engineering Purposes (ESEP) Practitioners View project
All content following this page was uploaded by Supyan Hussin on 01 October 2015.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
SEJAUH MANAKAH SMS MENCEMAR BAHASA MELAYU?1
Supyan Hussin
Institut Alam dan tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
Teknologi masa kini memberi impak yang cukup besar ke atas cara kita menggunakan
bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain. Sebelum Samuel Morse mencipta
prototaip mesin pesanan elektriknya, telegraf telah wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Morse cukup bijak untuk mengolah bahasa yang kompleks tetapi cukup mudah untuk
telegrafnya. Berdasarkan sengkang-sengkang dan titik-titik, kod Morse ini masih lagi
digunakan hingga ke hari ini setelah hampir 160 tahun ia mula diperkenalkan. Kod
Morse ini bukanlah bahasa yang sebenar. Sebaliknya, ianya adalah bahasa trengkas yang
membentuk simbol atau representasi untuk komunikasi (dalan konteks ini, telegraf)
dengan bahasa sebenar maksud yang dibawa. Sementara telegraf, bersama dengan kod
Morse yang digunakannya, adalah merupakan produk Revolusi Industri, SMS1 lahir dari
era digital, selepas era post-perindustri yang membenarkan keupayaan komunikasi, di
serata ceruk dunia, yang merakamkan peristiwa dam pesanan yang sedang berlaku.
SMS telah dilancarkan secara komersial untuk kali pertamanya pada tahun 1995.
SMS mempunyai idea yang sama seperti kod Morse. Ianya membolehkan pesanan
sehingga 160 huruf dihantar melalui telefon bimbit dan Internet – domestik dan
antarabangsa. Mobile Data Association (tidak bertarikh) melaporkan, di UK sepanjang
Julai 2003, jumlah bilangan pesanan teks yang dihantar berjumlah 1.68 ribu, berbanding
dengan 1.3 ribu dalam bulan Julai 2002 dan 992 ribu dalam bulan 2001. Secara
perbandingan, mengikut Forum Malaysia Kandungan Komunikasi dan Multimedia
(2004), 4.5 juta pesanan SMS telah dihantar di akhir September 2001, dalam Malaysia.
Rahayu (2005) melaporkan dalam Harian Metro, penggunaan SMS menunjukkan
pertumbuhan yang terus memberangsangkan. Sejumlah 3.6 bilion pesanan dihantar pada
2002 manakala pada tahun 2003, bilangan SMS melonjak kepada 6.1 bilion yang
menyaksikan pertambahan sebanyak 69 peratus. Sejak Januari hingga September tahun
2004 sahaja, jumlahnya sudah berada pada tahap 6.6 bilion pesanan. Pemilikan telefon
bimbit juga mempamerkan peningkatan ketara di mana pada 1998, rakyat negara ini
memiliki sejumlah 2.15 juta telefon bimbit. Jumlahnya kini bertambah enam kali ganda
dengan mencecah 13.04 juta telefon pada tahun 2004. Skealigus ia menampakkan betapa
penggunaan bahasa bahasa Melayu dalam SMS juga semakin pesat dan semakin banyak
perkataan yang dicincang menjadi pendek dan ringkas.
1 Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Sehari Penyelidikan: Perkembangan SMS dan Pengaruhnya
Terhadap Bahasa Melayu Formal. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. 19 April 2005.
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 1
MENGAPA PESANAN RINGKAS?
Dalam perbincangan ini, ramai orang bertanya mengapa pengguna meringkas atau
memendekkan pesanan yang dihantar melalui SMS. Hansson dan Sylvia (27 July 2004,
online) berpendapat bahawa pesanan ringkas atau pendek adalah perlu dalam komunikasi
chat dan SMS yang berkesan. Supyan (2005) berpandangan terdapat beberapa faktor
yang berkait rapat antara satu sama lain untuk memahami fenomena ini.
Pertama, oleh kerana kekangan ruang dalam paparan telefon bimbit yang hanya
boleh menizinkan bilangan karekter tertentu sahaja, maka pengguna sudah pasti akan
meringkas atau memendekkan perkataan dengan melanggari prinsip nahu mahupun
sistem ejaan sesuatu bahasa. Misalannya, pengguna tidak menulis “I can see u today”,
tetapi menulis “Can C U 2day”; “By the way” menjadi “BTW”; dan “For your
information” menjadi “FYI”. Dalam bahasa Melayu, terdapat perkataan seperti
“daripada” yang ditulis “dpd”; “semalam” menjadi “smlm”; “tidak mahu” menjadi “xmo”.
Kedua, pengguna meringkas atau memendekkan pesanan apabila mereka tidak
mempunyai banyak masa untuk menyatakan sesuatu dalam masa yang singkat. Lantas,
mereka tidak menulis, “I can’t make it to the dinner. I am having a fever”, mereka akan
menaip “I x go 2nite. Fever”. Dalam pesanan SMS bahasa Melayu juga terdapat contoh
yang hampir sama. ”Saya tidak hadir ke majlis makan malam ini. Saya demam”
digantikan dengan ”Sy xgi mlm ni. Dmam”.
Ketiga, faktor kewangan juga menjadi penyumbang penting dalam mempengaruhi
pesanan ringkas dan pendek. Samaada pesanan itu panjang atau pendek, yuran satu
pesanan adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya ialah kadar kelajuan pesanan
ditaip dan dihantar serta kekerapan pesanan dihantar. Lantas, apa perlunya pengguna
membuang masa menaip perkaat yang panjang jika mereka boleh pendekkan atau
ringkaskan perkataan dan menghantarnya secepat mungkin? Dalam ertikata lain, ketiga-
tiga faktor ini menjadi sebab kukuh mengapa pengguna suka meringkas atau
memendekkan perkataan dan menggunakan akronim, emotikon, simbol, dan struktur
bahasa yang longgar. Apatah lagi apabila telefon bimbit hari ini boleh memaparkan
grafik, imej, video dan bukan sahaja teks kerana ‟satu gambar boleh menceritakan seribu
patah perkataan”. Dalam kursus penulisan yang formal, bahasa ringkas ada tempatnya
seperti dialog dalam cerita pendek atau novel. Kamus The Concise Oxford Dictionary
2003 juga ada menyenaraikan bahasa ringkas seperti B4 (before), BBL (be back later),
BCNU (be seeing you), CUL8R (see you later) dan HAND (have a nice day) serta banyak
lagi. Guru yang mengajar kemahiran menulis harus membezakan antara penulisan formal
dan penulisan tidak formal, apa yang boleh diterima atau apa yang ditolak. Ini bermakna
guru bertanggungjawab dalam memastikan pelajarnya maklum bahawa bahasa SMS tidak
sesuai dalam menyediakan kertas tugasaan kursus.
Penggunaan pesanan ringkas ketika ini, samada secara langsung atau tidak
langsung, memberi kesan kepada struktur bahasa apabila pengguna menulis nota, memo
karangan, ruang borang atau chat dan e-mel. Apabila e-mel mula diperkenalkan,
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 2
pengguna menulis dalam bentuk yang lebih teratur. Apabila mereka telah biasa dengan e-
mel, dan terutamanya apabila mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan karib, ahli
keluarga dan saudara-mara, mereka cenderung untuk meringkaskan struktur dan leksikon
bahasa. Apabila komunikasi menjadi kurang formal, kita boleh dapati lebih banyak ayat-
ayat yang tidak lengkap, tergantung, dan singkatan-singkatan di dalam e-mel. Contoh-
contoh biasa adalah How are you? ditukar kepada How r u? dan See you later telah
ditukar kepada c u l8er. Sementelahan juga, kita dapati bahasa yang digunakan di dalam
ruang borak (Internet Relay Chat, IRC) adalah ganjil kepada orang yang tidak biasa
dengan chatting di mana kod bahasa yang digunakan mungkin tidak difahami.
Sesetengah kod adalah eksklusif dan sulit. Bila SMS menjadi bertambah popular, kita
dapati lebih banyak pesanan-pesanan pendek dalam bentuk singkatan-singkatan,
akronim-akronim, simbol-simbol dan emotikon-emotikon yang digunakan oleh pengirim.
Kod-kod ini kemudiannya banyak ditemui dalam mesej yang dihantar melalui e-mel dan
juga dalam ruang IRC. Pengalaman-pengalaman peribadi oleh mereka yang
menggunakan SMS, e-mel, dan IRC dapat melihat perkembangan yang menakjubkan
tentang cara mereka menulis SMS kepada handai taulan.
Walaubagaimanapun, singkatan atau ringkasan bahasa SMS bukanlah satu yang
baru. Untuk 20 tahun kebelakangan ini, ahli USENET2 menggunakan „emotikon‟ – satu
reprensentasi grafik untuk perasaan mereka. Emotikon bergantung kepada ciri-ciri teks
untuk meluahkan rasa, seperti:
:) gembira,
:( sedih,
:'-( tangisan,
:-@ menjerit.
Dalam bahasa SMS, kita dapati ada kod seperti
:-<> terkejut
:-) senyum.
Lebih komplek, tetapi menarik, pesanan-pesanan menggunakan huruf-huruf yang
mempunyai maksud tertentu. Misalannya “x” bermaksud “tidak”. Di dalam bahasa
Inggeris huruf-huruf begini sudah terkenal di kalangan anak-anak muda yang
menggunakan SMS
‘RUTLKIN2ME?‟ Are you talking to me?,
„ILU‟ I love you,
„IMU‟ I miss you
I’ll be late and don’t wait for me
„I b L8 n x w8 4 me‟
See you again
„c u agen‟ Keep in touch
„KIT‟
Sesetengah pihak percaya bahawa kita tidak perlu cemas atau khuatir dengan
pesanan ringkas kerana perkataan yang dipendekkan ini dicipta untuk memenuhi
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 3
keperluan spesifik dan maksud tertentu, khususnya dalam konteks komunikasi.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian para pendidik, linguis, dan pembuat polisi
yang bertanggungjawab ke atas polisi bahasa dalam sesuatu negara ialah sebahagian
perkataan telah dipendekkan atau disingkatkan apabila pengguna mengeja perkataan
berkenaan untuk menghantar pesanan. Bagi generasi muda yang baru belajar mengeja
atau membaca, tindakan memendekkan boleh dianggap sebagai merosakkan ejaan
perkataan dan ia boleh mempengaruhi cara mereka menulis. Contohnya, “semua” dieja
“sumer” atau ”sema”; ”cerita” menjadi ”cite”; ”apa” menjadi ‟pa”; ”buat” menjadi ”wat”;
dan “depan” menjadi “dpn.” Jadual 1 di bawah menunjukkan antara perkataan yang
digunakan dalam SMS sebagaimana yang dikutip dari kaca TV saluran 15 siaran Astro di
Malaysia antara 20 Januari hingga 25 Januari 2005.
Jadual 1: Perkataan yang sering digunakan dalam SMS
Perkataan Maksud Perkataan Maksud Perkataan Maksud
SMS SMS SMS
ahad cermin pintu
ahd assalamualaik crmin kita pntu potong
akum um
ambil kite ptong
amek hari
ari hari klu kalau rmbut rambut
ari budak knln kenalan sab sabtu
bdk bagi knn kanan sape siapa
bg bangun ko kau sian kesihan
bgn balik kompt komputer skali sekali
blk bilik korang kamu skg sekarang
blk bandar kreta kereta skit sikit
bndar bangga krusi kerusi skolah sekolah
bngga berkenalan kt, kat dekat slamber selamba
brknlan macam kuar keluar slipar selipar
cam macam mana kwn kawan slmt selamat
camne macam ini lak pulak smpi sampai
camni cerita lg lagi smyang sembahyang
cite sini lmbat lambat sorang seorang
cni cepat lom belum srat surat
cpat dalam megrib maghrib sumer, sema semua
dlm depan mkn makan sy saya
dpn dapat mnum minum tetibe tiba-tiba
dpt telefon mrh marah tgk tengok
fon msh masih timakasih terima kasih
nagis menangis tingat teringat
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 4
gak agak nape kenapa tngi tinggi
gi pergi nek naik tngkap tingkap
gmbar, gmbr gambar nape mengapa tobat taubat
je, jer sahaja nk nak ttg tentang
jgn jangan nnti nanti ttp tetapi
jgak, gak jugak org orang utk, tuk untuk
jmpa jumpa pa apa wat buat
jom mari pala, kpala kepala x tak
kabo khabar pasan perasan xmo tidak mahu
keja, keje kerja pasni selepas ini lom belum
Ia menjadi lebih teruk lagi apabila dua bahasa dicampuradukkan dalam SMS,
misalnya “U nek bus n go hom ma” yang bermaksud “awak naik bas dan balik rumah
sahaja”. Lantas, sudah pasti ramai yang bertanya, adakah bahasa SMS merosakkan
bahasa komunikasi yang kita gunakan? Apakah singkatan perkataan, kehilangan huruf
vokal dari asal perkataan, dan ejaan perkataan yang dipendekkan akan meminimakan
kosakata generasi masa depan? Apakah generasi masa depan dapat memahami
kesusasteraan Melayu abad ke 17 dan 18? Apakah apabila membaca novel klasik atau
buku lama yang mempunyai sistem ejaan yang berbeza dari bahasa SMS, maka pelajar
terpaksa menggunakan kamus? Atau apakah ia akan menjadi faktor yang menyebabkan
anak-anak membesar tanpa mengetahui cara menggunakan bahasa Melayu yang betul,
samada lisan mahupun tulisan, dan gagal menghargai keindahan sesuatu bahasa itu.
Di Norway, contohnya, Gamba (2004) melaporkan bahasa guru-guru bimbang
terhadap pesanan teks yang merosakkan bahasa Norwegian. Menurut satu kajiselidik
mengenai sikap guru terhadap bahasa SMS yang dijalankan oleh seorang ahli sosiologi,
Berit Skog. Sekitar 50% daripada 221 guru yang menjadi responden menyatakan
bahawa memendekkan perkataan, slang bahasa Inggeris dalam teks pesanan, dan
meringkaskan perkataan melalui SMS amat mempengaruhi hasil penulisan pelajar.
Kajian yang dilaporkan dalam akhbar Dagsavisen juga mendapati bahawa satu bagi
setiap tiga guru mahukan telefon bimbit diharamkan di sekolah-sekolah.
Di Scotland pula, Ananova (2003), satu ejensi berita, mendendahkan bagaimana
seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun mengejutkan gurunya dan dunia akademi
apabila beliau menulis karangannya dengan menggunakan bahasa SMS yang
diringkaskan. Pelajar berkenaan mengatakan adalah lebih mudah menulis dengan bahasa
singkatan dan ringkas daripada bahasa yang formal dalam bahasa Inggeris. Pelajar
berkenaan menulis:
"My smmr hols wr CWOT. B4, we usd 2go2 NY 2C my bro, his GF & thr 3 :- kds
FTF. ILNY, it's a gr8 plc."
yang seharusnyua ditulis:
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 5
[My summer holidays were a complete waste of time. Before, we used to go
to New York to see my brother, his girlfriend and their three screaming kids face
to face. I love New York, it's a great place.]
Sehingga hari ini, kita masih belum mendengar terdapatnya satu kes yang sama di
Malaysia seperti yang berlaku di Scotland ini. Jika adapun insiden seperti ini tidak
dilaporkan. Seorang guru bahasa Inggeris di Sekolah Aminudin Baki Kuala Lumpur yang
ditemubual menyatakan memang terdapat beberapa pelajar yang terpengaruh dengan
bahasa SMS sehingga mereka menulis “you” menggunakan “u”, “your” menggunakan
“ur” dan beberapa perkataan lain lagi dalam karangan bahasa Inggeris mereka dan dalam
kertas jawapan peperiksaan. Walau bagaimanapun guru berkenaan telah menegur pelajar-
pelajar berkenaan yang tidak dapat membezakan penulisan formal dan penulisan tidak
formal. Untuk lebih meyakinkan, kebimbangan terhadap pencemaran dan kerosakan
bahasa yang kononnya disebabkan oleh SMS perlu disokong oleh kajian-kajian yang rapi.
Kenyataan demi kenyataan yang dibuat di dalam media terhadap kerosakan bahasa
haruslah dibuat secara berhati-hati.
Di Malaysia, Chong Seck Chim (2004) bimbang akan terdapat ramainya anak-
anak muda yang ghairah serta menjadi “pakar” dalam mencincang perkataan dan frasa
kononnya untuk menjimatkan wang dan masa apabila mereka menggosip. Jika ini
berterusan ia bukan sahaja memberi kesan ke atas pencapaian akademik pelajar tetapi
juga apabila mereka memohon kerja. Biarpun begitu terdapat satu senario yang agak
berbeza pula. Bahasa SMS dikatakan sebagai faktor penyumbang kepada kelemahan
keputusan peperiksaan kertas bahasa Inggeris peringkat PMR (Peperikansaan Menengah
Rendah) 2003. Salah seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan ketika itu
menyalahkan SMS dan Internet. Beliau dipetik sebagai berkata, perbuatan memendekkan
perkataan dan frasa dalam skrip jawapan mereka menunjukkan pelajar tidak
memperdulikan lagi asas nahu bahasa Inggeris (New Straits Times, 30 December 2003).
Tetapi pandangan ini telah mendapat tentangan hebat dari orang ramai sebagaimana yang
dilaporkan dalam satu laporan kajiselidik yang dijalankan di laman web
http://www.jeffooi.com/archives/2003/12/english_pmr_sms.php. Laporan tersebut
menunjukkan 52 daripada 68 responden (iaitu 76%) yang mengambil bahagian dalam
perbincangan itu tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh pegawai kanan
berkenaan. Kebanyakannya berpendapat bahawa terdapat banyak lagi faktor luar yang
menyumbang kepada kejatuhan keputusan peperiksaan kertas bahasa Inggeris. Apa yang
lebih menarik lagi ialah apabila keputusan PMR 2004 diumumkan pada akhir Disember
2004 lalu, keputusan kertas peperiksaan bahasa Inggeris dilaporkan sebagai yang terbaik
secara menyeluruh dalam PMR 2004 walaupun pada umumnya kita maklum bahawa
penggunaan SMS semakin meningkat dari hari ke hari di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Di Singapore, Graddol (2004) menulis dalam ahkbar The Singapore Straits Times
bahawa program TV American Pop Idol – yang ditayangkan di Singapore – dipercayai
mempengauhi kulati bahasa Inggeris lisan di kalangan generasi muda. Sama seperti
program TV Pop Idol di United Kingdom, program TV American Pop Idol menimbulkan
kebimbangan terhadap kelemahan standard bahasa Inggeris di kalangan remaja
disebabkan oleh penggunaan teks pesanan SMS di kalangan penonton yang dipaparkan
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 6
dalam kaca TV semasa program TV berkenaan dikeudarakan. Seorang pembaca akhbar
berkenaan merungut, perkataan "noe" (know), "dun" (don't), "cud” (could) dan "4" (for)
kelihatan berulang-ulang di kaca TV semasa tayangan program mingguan American Idol.
Di Malaysia juga, senario yang sama berlaku. Teks pesanan ringkas pada saluran Astro
dipaparkan dari pagi hingga ke malam termasuk bahasa rojak antara bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Adalah wajar jika teks pesanan berkenaan dihentikan dari dipaparkan di
kaca TV khususnya apabila kerajaan sentiasa menyarankan penggunaan bahasa yang
betul dan sesuai samada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
APAKAH SMS MENCEMARKAN BAHASA KITA?
Sesuatu bahasa yang baik bersifat dinamis dan peka terhadap keperluan semasa tanpa
menggugat nahu dan struktur bahasa. Kita telah menyaksikan bagaimana bahasa berubah
merentasi ruang dan kumpulan sosial. Bahasa juga berubah menurut masa. Dari satu
generasi ke satu generasi, kita dapati sebutan perkataan juga berubah, perkataan baru
dipinjam dan dicipta, maksud perkataan beralih, dan morfologi terbina atau luput.
Persoalan kini ialah apakah bahasa kita hari tercemar kerana SMS? Adakah SMS akan
menjadi ancaman besar kepada bahasa kita? Mari kita teliti masa depan SMS dengan
melihat kepada sejarah masa lalu.
Pertama, penciptaan dan pengenalan telegraf tidak menjadikan kod Morse sebagai
bahasa lisan mahupun bahasa penulisan dalam masyarakat. Malah, kita tidak melihat
sebarang buku, jurnal, majalah, filem, pesta musik atau pementasan drama yang ditulis
dalam kod Morse yang ringkas tetapi sistematis ini. Begitu juga dengan perkembangan
akhbar yang sudah berzaman tetapi tidak pernah disampaikan dan disebarkan dalam
bahasa klasik Morse yang digunakan di seluruh dunia. Kalaupun pada hari ini kod Morse
dizinkan untuk digunapakai dalam telefon bimbit supaya boleh dikongsi dengan orang
lain sepertimana SMS, kod Morse tetap tidak akan menjadi bahasa penulisan formal
dalam akhbar. Apatah lagi ia tidak menggunakan sistem abjad yang lazim.
Tidak dapat dinafikan survival sesuatu bahasa juga ditentukan oleh faktor sosial
dan faktor ekonomi yang membenarkan penuturnya menikmati pelbagai peluang dalam
masyarakat. Ada bahasa yang secara berperingkat lupus kerana kehilangan nilai ekonomi
dan/atau kerana tidak ada lagi permintaan untuk menggunakannya. Bahasa SMS, dalam
bentuk akronim, emotikon, dan simbol, mendapat permintaan yang tinggi walaupun ia
bukan bahasa yang dikongsi bersama oleh setiap anggota masyarakat untuk tujuan
komunikasi harian. Ia adalah satu jenis ”bahasa” yang tersendiri dalam dunia TMK
(teknologi maklumat dan komunikasi). Perkataan pendek dan ringkas dalam SMS kini
dikongsi bersama oleh ramai pengguna walaupun belum ada satu kamus khusus yang
boleh dijadikan rujukan.
Berbanding dengan perkataan bahasa Inggeris dalam SMS, perkataan bahasa
Melayu yang digunakan dalam SMS belum menjadi satu konvension yang diterima
secara meluas. Sebahagian perkataan pendek dan ringkas yang sudah menjadi konvension
yang sering dijumpai dalam bahasa SMS dan IRC serta e-mel ialah seperti mana yang
ditunjukkan dalam Lampiran 1. Tidak hairanlah terdapat sebahagian rakyat Malaysia
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 7
yang mengimpot sebahagian perkataan bahasa Inggeris di bawah dan dicampuradukkan
dengan bahasa Melayu dalam pesanan teks mereka. Selain itu, terdapat emotikon yang
menunjukkan memek muka, intonasi, dan perasaan orang yang menghantar pesanan
ringkas sepertimana yang dipaparkan dalam Lampiran 2. Sesuatu emotikon atau smiley
ialah urutan karekter lazim yang boleh didapati di papan kekunci komputer. Emotikon
digunakan dalam e-mel, IRC, SMS dan bentuk lain yang menggunakan computer
emotikon, kolon “:” mewakili mata, sengkang (-) membawa maksud hidung, dan buka
kurungan “(” menunjukkan mulut. Contohnya
:-) “gembira”,
:-( “sedih”,
:-D “ketawa”, dan
:-|| “marah”.
Kita dapati bahawa penggunaan emotikon ini amat menarik. Bilangan emotikon
baru yang dicipta oleh individu akan terus bertambah walaupun ia mungkin tidak
dikongsi bersama oleh semua pengguna di dunia.
Penelitian kedua yang harus kita lihat ialah apa yang ditulis oleh George Orwell,
(1964), dalam eseinya yang masyhur bertajuk “Politics and the English Language"
mengamati penulisan politik (dan penulisan lain secara umum) dalam bahasa Inggeris
dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan dalam penulisan berkenaan dan beliau
mencadangkan pembaikan serta menggariskan beberapa peraturan sebagai panduan untuk
penulis ikuti:
1. Jangan gunakan perkataan panjang jika ada perkataan pendek yang sesuai dan
memadai
2. Jika boleh dipendekkan perkataan, pendekkan.
3. Jangan gunakan struktur pasif jika struktur aktif boleh digunakan
4. Jangan guna frasa bahasa asing, perkataan saintifik, atau jargon
Mungkin ada benarnya pandangan George Orwell dalam penulisan yang lazim atau
formal. Tetapi dalam keadaan di mana terdapat kekangan ruang dan masa dalam telefon
bimbit, pengguna terpaksa bersaing dengan masa untuk menjimatkan yuran penggunaan.
Lantas perkataan pendek dan ringkas adalah pilihan terbaik, dan tidak dapat dielakkan.
Hansson dan Sylvia (27 Julai 2004, atas talian) berpendapat bahawa terdapat dua faktor
yang mempengaruhi perubahan sesuatu bahasa iaitu keperluan untuk berkomunikasi
secara cepat dan penyampaian lebih banyak maklumat pada setiap pesanan. Untuk
mencapai tujuan ini, mereka menyatakan kita harus menggunakan pelbagai alat
komunikasi, meringkaskan bahasa, dan menggantikan teks dengan imej. Meurut Hansson
dan Sylvia lagi, teknologi itu sendiri menggalakkan proses menyingkatkan bahasa yang
digunakan kerana bagi sesetengah bentuk komunikasi penjimatan masa adalah suatu yang
wajar. Dalam forum atau chat dan bentuk digital berasaskan teks, satu rupa kod bahasa
yang tinggi, adalah perlu walaupun tidak difahami oleh orang yang tidak menjadi ahli
forum.
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 8
Penelitian ketiga boleh dilihat melalui kajian yang dibuat oleh Supyan (2005).
Supyan membahagikan bahasa SMS kepada tiga kategori: (1) singkatan lazim, (2)
singkatan keguguran vokal/konsonan dan (3) singkatan lazim kolokial. Supyan
mendakwa bahawa perkataan dalam kategori 1 misalannya Tkt = Tingkat, Sg = sungai,
Kg = kampung, tel = telefon, BDR = Bandar, Jan = Januari telah pun diterimapakai
dalam penulisan formal seperti surat kiriman, iklan dan borang. Singkatan perkataan
SMS dalam kategori (1) sebenarnya tidak mengancam bahasa Melayu. Manakala kategori
(2) juga tidak dianggap sebagai satu ancaman dalam konteks tidak formal. Tetapi
perkataan dalam kategori (2) ini harus diselaraskan dan kemungkinan beberapa perkataan
dalam kategori ini boleh dipindahkan ke dalam kategori (1) jika ia memenuhi syarat-
syarat yang boleh ditetapkan oleh ahli bahasa. Untuk tujuan ini, kita harus mengizinkan
proses kreativiti menghasilkan singkatan perkataan dalam bahasa SMS yang terkawal dan
diselaraskan. Sementara itu, kategori (3) boleh dianggap mengancam bahasa Melayu jika
tidak dibendung samada dalam penulisan formal atau tidak formal. Supyan juga
mendakwa terdapat perkataan dalam SMS yang bukan singkatan tetapi perkataan yang
dieja secara melampau, misalnya apa = aperr, gila = giler, sama = same, dan nama =
namer, yang mana perkataan-perkataan dalam bahasa SMS ini boleh merosakkan bahasa
Melayu. Apa yang lebih ketara mengikut data kajian beliau, terdapat beberapa perkataan
yang bercampuraduk antara bahasa Melayu dan Inggeris, contohnya ko kol ku nnti = kau
telefon aku nanti, 3 mnggu cuti boring giler = 3 minggu cuti bosan tidak tahu hendak
buat apa, dan pu3 2 mmang cntik = puteri itu memang cantik. Sebatian dua bahasa ini
juga boleh dianggap sebagai ancaman kepada bahasa Melayu. Rumusan yang boleh
dibuat di sini ialah tidak semua perkataan dalam SMS boleh merosakkan bahasa Melayu.
Supyan mengemukakan beberapa langkah untuk menangani perkara in i antaranya
termasuklah menyediakan garis panduan untuk memendek atau meringkas perkataan
dalam SMS dan menerbitkan kamus SMS bahasa Melayu.
Seterusnya dengan perubahan teknologi yang berlaku hampir setiap hari, SMS
menjadi kurang menarik apabila lahirnya sistem pesanan Multimedia Message System
(MMS)3. MMS akan menjadi menjadi lebih menarik dan menjadi pilihan komunikasi di
Malaysia, walaupun MMS sudah pun mula digunakan secara meluas di Jepun dan negara
barat. MMS menggabungkan teks atau e-mel yang boleh dihantar melalui telefon bimbit.
Kini, dengan adanya integrasi kamera digital dalam telefon bimbit, pengguna dapat
menghantar pesanan berbentuk multimedia yang mengandungi gambar atau klip video
bersama pesanan teks. Implikasi dari integrasi multimedia ini bermakna penggunaan
perkataan SMS akan berkurangan dari sudut kuantiti. Tidak lama lagi apabila teknologi
pengecaman suara diinstegrasikan dalam telefon bimbit, pengguna tidak perlu lagi
menaip pesanan mereka. Memadai dengan berkata ”Saya ingin jumpa dengan awak
malam ini”, maka teknologi pengecaman suara, dengan bantuan kamus, akan
memindahkan ucapan tadi ke dalam bentuk teks digital dan kemudian pengguna hanya
perlu menekan satu butang untuk menghantar pesanan tersebut. Teknologi ini sudahpun
digunakan dalam komputer peribadi dan alat-alat elektronik yang boleh digerakkan
dengan arahan suara pengguna. Dalam ertikata lain, ancaman SMS terhadap bahasa
Melayu masih boleh dikawal.
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 9
KESIMPULAN
Kelompok tradisionalis mungkin marah dan kecewa apabila melihat bahasa ibunda
dicemari dan rosak serta menuju ke satu destinasi yang tidak menentu melalui bahasa
SMS. Biapun begitu, sebenarnya keputusan pemuliharaan bahasa kita terletak ditangan
kita sendiri. SMS akan terus berkembang dan diterimapakai oleh anggota masyarakat
kerana ia memberi peluang kepada kita untuk berkomunikasi dengan lebih mudah dan
berurusan dengan lebih cepat. Bahasa singkatan dan ringkas yang digunakan dalam SMS
muncul secara tidak dirancang dan berlaku secara bersahaja. Platform teknologi S MS itu
sendiri sebenarnya mendorong proses memendek dan meringkaskan perkataan dengan
cara menggugurkan huruf vokal dan mencipta perkataan baru, akronim, atau simbol bagi
menggantikan perkataan yang sedia ada. Bahasa SMS boleh dianggap sebagai ”bahasa
tersendiri” dalam konteks tertentu dan digunakan untuk tujuan tertentu. Bahasa SMS juga
telah meresap masuk ke dalam persekitaran lain dalam Internet seperti e-mel, forum, dan
IRC. Senarai perkataan ringkas dan pendek ini juga akan terus bertambah dengan ketara
dalam masa yang singkat dan menjadi satu sistem kod. Sistem kod ini dicipta oleh
pengguna dari dalam dan luar negara akan diterimapakai sebagai satu konvensi dan
mungkin akan menjadi kod bahasa universal sebagaimana sistem kod brail dan kod
Morse. Tetapi perubahan teknologi akan sentiasa mengubah senario. Perkhidmatan SMS
mungkin akan kehilangan populariti dalam sistem komunikasi tidak lama lagi apabila
MMS diterimapakai secara meluas tidak lama lagi. Oleh itu, kebimbangan kita terhadap
pencemaran dan kerosakan pada bahasa kita mungkin bersifat sementara sahaja. Di
Holland, misalannya, MSN Messenger adalah lebih popular dari SMS yang digunakan
oleh telefon bimbit. Menurut satu artikel dalam akhbar Dutch yang ditulis by Langerak
(2004), terdapat pertumbuhan di kalangan isirumah yang menggunakan perkhidmatan
sambungan broadband samada melalui kabel atau ADSL. Pengurus MSN, Joost Nienhuis,
percaya bahawa MSN mempunyai potensi menjadi lebih popular dari e-mel dan
menjangkakan pelanggan MSN Holland akan meningkat kepada 10 juta pengguna. MSN
dan Celcom Malaysia telah pun melancarkan kerjasama perkhidmatan strategik
mudahalih pada 31 Oktober 2002. Hampir 50% daripada 25 juta penduduk Malaysia
sudahpun menggunakan khidmat telefon mudahalih. In bermakna bahasa media, di
Malaysia, juga akan mengharungi pengalaman serta perkembangan baru tidak lama lagi.
Rujukan
Ananova (4 March 2003). Student writes essay in text message form. (Atas talian)
http://www.ananova.com/news/story/sm_756462.html. (Dicapai pada 19 Sept 2004)
Chong Seck Chim (9 March 2004). All about texting, SMS, and MMS. (Atas talian)
http://www.textually.org/textually/archives/cat_do_you_speak_sms.htm. (Dicapai
pada 19 Sept 2004)
Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia. (2004) (Atas talian)
http://www.cmcf.org.my/HTML/cmcf_industry_watch_5.asp (Dicapai pada 19 Sept
2004)
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 10
Gamba, Remi. (21 May 2004) Digital Media News for Europe. (Atas talian)
http://www.dmeurope.com/default.asp?ArticleID=1862 (Dicapai pada 19 Sept 2004)
Graddol, David. (8 July 2004). Y txt is bad 4 ur English. (Atas talian)
www.elgazette.com/ELNews. (Dicapai pada 10 Sept 2004)
Hansson, Henrik & Sylvia van de Bunt–Kokhuis (August 2004). E-learning and
language change: Observations, tendencies, and reflections. First Monday, (9): 8.
(Atas talian). http://firstmonday.org/issues/issue9_8/hansson/index.html (Dicapai
pada 18 September).
Langerak, Henk (February 9, 2004) "MSN-Messenger gaat e-mail verdringen"
Algemeen Dagblad. (Atas talian) http://www.knvb.nl/ (Dicapai pada 19 Sept 2004)
Mobile Data Association. (Tanpa tarikh) A Brief History of UK Text. (Atas talian)
http://www.text.it/mediacentre/default.asp?intPageID=567 (Dicapai pada 19 Sept
2004).
New Straits Times (Malaysia). (30 Dec. 2003). SMS and Internet Blamed for Decline in
PMR English Passes (Atas talian).
www.asu.edu/educ/epsl/LPRU/newsarchive/Art3198.txt. (Dicapai pada 20 Sept 2004)
Rahayu Mohd Salleh (13 Feb 2005) Salah guna SMS makin berleluasa. (Atas talian)
www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Minda/20041208100116/Artic
le/indexs_html. (Dicapai pada 22 Feb 2005)
Supyan Hussin (2005). Korpus bahasa SMS: Antara kreativiti dan ancaman kepada
bahasa. Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Kebangsaan Linguistik 'Kajian
Bahasa dan Korpus: Dimensi Linguistik Semasa'. 12 – 13 April 2005. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Orwell, George. (1964) Politics and the English language. (Atas talian)
http://www.englishbiz.co.uk/extras/orwellpoliticslanguage.htm (Dicapai pada 18 Sept
2004)
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 11
LAMPIRAN 1
Senarai singkatan perkataan bahasa Inggeris yang digunakan dalam SMS
Singkatan Maksud Singkatan Maksud
@ At MYOB mind your own business
AFAIK as far as I know NOYB none of your business
away from the
AFK keyboard NO1 no one
all the best
ATB Be OIC oh I see
B bye for now PCM please call me
BFN before PLS please
B4 be right back PPL people
BRB by the way R are
BTW see RUOK are you okay?
C see you later SIT stay in touch
CUL8R face to face SOM1 someone
F2F free to talk SPK speak
F2T for what it‟s worth TTYL talk to you later
FWIW for your information TX, TQ thanks
FYI get a life U you
GAL great WAN2 want to
GR8 have a nice day W/ with
HAND hate WKND weekend
H8 in my humble opinion WU what's up?
IMHO in my opinion X not
IMO in other words XLNT excellent
IOW just in case UR your
JIC just kidding 2 to, too
JK keep in touch 2DAY today
KIT know what i mean 2MORO tomorrow
KWIM later 2NITE tonight
L8R message IMU I miss you
MSG 4 for
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 12
LAMPIRAN 2
Senarai emotikon yang lazim digunakan dalam SMS
Emotikon Maksud Emotikon Maksud
:-) Sedih
:-D Gembira :-( Marah
;-) Menjerit
:-* Ketawa :-|| Menguap
:-o Saya tidak fajam
:-( Bergurau, kenyit mata :-V Kelu lidah
:-c Bibir terkunci
X= Ciuman |-O Mengejek
:'-( Ragu-ragu
:-| Terkejut :-Q Komen sampingan
Hairan :-&
Amat sedih :-X
Harapan, doa :-P
Menangis :-/
Bosan, tidak peduli :-Y
1 Short Message Service (SMS) atau sistem pesanan ringkas ialah satu system yang memberi laluan kepda
pengguna menghantar dan menerima mesej atau pesanan ringkas dalam bentuk alfanumerik melalui
telefon bimbit. SMS juga boleh digunakan sebagai wahana untuk membuat transaksi bayaran dan untuk
melaksanakan WAP. SMS adalah salah satu bahagian yang dibangunkan dalam GSM Phase 1 standard.
http://www.gsm-technology.com/gsm.php/en,unlock,subpage_id,smsfaq.html
2 USENET ialah sistem papan bulletin yang boleh dicapai melalui Internet atau perkhidmatan atas talian
yang lain. USENET mempunyai lebih daripada 14,000 forum yang dikenali sebagai newsgroups, yang
merangkumi pelbagai kelompok yang mempunyai kecenderungan yang berbeza.
3 Multimedia Messaging Service (MMS) – atau dikenali juga sebagai Multimedia Messaging System –
adalah satu bentuk teknologi komunkiasi yang diabngunkan oleh 3GPP (Third Generation Partnership
Project) yang membenarkan pengguna bertukar data multimedia di antara telefon bimbit dan alat
komunikasi lain. MMS menentukan bagaimana sesuatu pesanan itu dihantar dan diterima, secara langsung
dan segera, melalui talian tanpa wayar, termasuklah pesanan teks imej, klip audio, dan klip video selain
daripada teks. MMS sebanarnya adalah satu pembaikan dari Enhanced Messaging Service (EMS), yang
lebih canggih dari SMS; EMS merangkumi ciri-ciri lanjutan generasi kedua (2.5 G) termasuklah imej selain
dari pesanan teks.
Seminar Sehari Penyelidikan DBP 19 April 2005 13
View publication stats