The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safiahsafari, 2021-04-18 13:31:56

KERJA KURSUS SEJARAH S2 [AINA SAFIAH]

KERJA KURSUS SEJARAH S2 [AINA SAFIAH]

TEMA : SEJARAH EKONOMI
TAJUK : PERANAN DAN CABARAN ENCIK AHMAD MAWARDY BIN ABDUL
JALIL SEBAGAI PENGUSAHA STESEN MINYAK DI SEKSYEN 22 SHAH ALAM,
SELANGOR DARI TAHUN 2006 HINGGA 2015.
2.0 Pengenalan

Stesen minyak adalah suatu tempat yang di mana ramai masyarakat yang
menggunakan perkhidmatan ini pada setiap hari. Ianya dapat dikatakan bahawa seluruh
negara sangat memerlukan minyak untuk menggerakkan kenderaan tidak kira kereta, motor,
lori dan sebagainya. Stesen minyak juga boleh didefinisikan sebagai sebuah kemudahan yang
menjual bahan api. Justeru, bahan apiyang biasa dijual ialah petroleum atau minyak diesel.

Namun begitu, kilometer jarak jauh kawasan tersebut ialah 4.4 kilometer. Perjalanan
hendak pergi ke kawasan stesen minyak tersebut mengambil masa kira-kira 9 minit sahaja
daripada seksyen 20. Justeru kawasan stesen minyak tersebut dikelilingi oleh kawasan
perindustrian seperti kilang minuman, kilang makanan, kilang pembekal logistik dan
pelbagai kilang yang terdapat di persekitaran tersebut. Malahan, terdapat juga restoran yang
berhampiran dengan kawasan terseut iaitu MacDonalds, restoran Al-Aziz dan banyak lagi.

Stesen minyak ini diusahakan pada tahun 2006 hingga tahun 2015. Stesen minyak ini
sangat berkembang dengan kawasan persekitaraan yang sangat stategik dan ramai
penduduknya. Dalam konteks ini, terdapat seorang pengusaha yang amat disegani. Beliau
ialah Encik Ahmad Mawardy Bin Abdul Jalil. Beliau memainkan peranan penting sebagai
seorang pengusaha stesen minyak.

1

3.0 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan adalah untuk menjelaskan peranan Encik Ahmad Mawardy Bin

Abdul Jalil yang merupakan seorang pengusaha stesen minyak dan pernah memberikan
sumbangan kepada negara dan masyarakat. Usaha ini akan dibuat untuk mengkaji peranan
beliau sebagai seorang pengusaha stesen minyak dan cabaran beliau dalam menjalankan
aktiviti perniagaan sepanjang tahun 2006 hingga tahun 2015.

Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mempamerkan peranan beliau terhadap ekonomi
dan masyarakat setelah berjaya menggenggam kejayaan selama 10 tahun berkecimpung
dalam bidang ini.

4.0 Permasalahan Kajian
Kajian ini dibuat untuk mengenali siapakah Encik Ahmad Mawardy Bin Abdul Jalil

sebagai seorang pengusaha stesen minyak.

Kajian ini juga adalah untuk mengkaji apakah cabaran yang diharungi oleh Encik
Ahmad Mawardy Bin Abdul Jalil bagi mencapai kejayaannya dalam bidang perniagannya.

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah peranan beliau terhadap ekonomi dan
sosial setelah menggenggam kejayaannya sebagai seorang pengusaha minyak yang berjaya.

2

5.0 Skop Kajian
Skop kajian ini bermula dari tahun 2006 hingga tahun 2015. tempoh ini dipilih

sebagai tempoh kajian kerana pada masa ini Stesen Minyak iaitu Shell sedang mengalami
perkembangan yang pesat.

Kajian yang dijalankan turut membataskan ruang kajian iaitu hanya di Seksyen 22
Shah Alam, Selangor yang merupakan salah sebuah Seksyen di Selangor. Justeru, Seksyen
22 terletak kira-kira 4.4 kilometer dari Seksyen 20 Shah Alam, Selangor. Maka, disinilah
stesen minyak ini ditubuhkan sebagai sebuah kemudahan pusat perkhidmatan.

Skop kajian ini adalah mengenai latar belakang sebuah stesen minyak sebagai
kemudahan bahan api dan peranan yang diberikan oleh pengusaha stesen minyak ini kepada
masyarakat setempat. Namun begitu, kajian ini tidak lupa juga cabaran yang dihadapi oleh
pengurus stesen minyak tersebut bagi menjadikan sebuah kemudahan perniagaan yang
berjaya.

3

6.0 Sorotan Kajian Lepas
Secara umumnya, dalam kajian ini pengkaji dapat mengetahui bahawa tiada sebarang

penulisan yang mempunyai bentuk ilmiah yang mengkaji peranan dan cabaran stesen minyak
sepanjang perniagaan ini dijalankan daripada tahun 2006 hingga tahun 2015 sebagai
perniagaan kemudahan stesen minyak di seksyen 22 Shah Alam, Selangor. Namun demikian,
pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa buah buku yang dapat dijadikan sebagai
rujukan dan panduan mengenai peranan, cabaran dan kelebihan yang dapat diberikan kepada
masyarakat setempat.

Antara buku yang didapati oleh pengkaji ialah Pengurusan Stategik oleh Zainal
Abidin Mohammad. Buku ini menjelaskan tentang bagaimana hendak mengurus, melaksana
dan merancang sesuatu strategik yang hendak disampaikan.

Selain itu, terdapat juga kajian yang diperolehi oleh pengkaji yang didapati daripada
sumber internet iaitu yang berjudul Petroleum Engineering yang dikarang oleh John R.
Fanchi. Buku ini turut menjelaskan tentang persekitaran petroleum, gas dan minyak.

4

7.0 Kaedah Kajian
Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah untuk

mendapatkan maklumat tentang perkara berikut. Kaedah yang pertama ialah kaedah temu
bual. Namun demikian, kaedah ini dibuat bertujuan untuk mengetahui dan mencatat
maklumat secara spesifik terhadap kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji
telah melakukan temu bual secara bersemuka bersama pengusaha stesen minyak iaitu Encik
Ahmad Mawardy Bin Abdul Jalil yang bertempat di Seksyen 22 Shah Alam, Selangor.

Selain itu, pengkaji telah membuat kajian melalui kaedah kajian lapangan. Maka
pengkaji telah melawat ke tempat kajian tersebut untuk mengetahui tentang kepelbagaian
yang disediakan oleh Encik Ahmad Mawardy kepada masyarakat setempat dan orang ramai
yang menyinggah ke tempat tersebut.

Di samping itu, pengkaji juga telah mendapatkan maklumat melalui kaedah internet
dimana pengkaji telah melayari laman web Jom ke Shell Seksyen 22 Shah... - Shell Amira
Service
bagi memperoleh maklumat yang kukuh dan jelas. Namun begitu kaedah ini telah dijalankan
di rumah pengkaji.

5

8.0 Pembahagian Struktur Esei
Penulisan esei ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi, dan

kesimpulan. Pada bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan tentang latar belakang
stesen minyak milik beliau iaitu Encik Ahmad Mawardy Bin Abdul Jalil.

Selain itu, bahagian isi pula pengkaji akan menerangkan tentang peranan dan
cabaran beliau sepanjang menjadi sebagai seorang pengusaha stesen minyak yang berjaya.

Seterusnya, pada bahagian kesimpulan pula pengkaji akan merumuskan tentang hasil
yang telah dikaji.

6

9.0 Penutup
Akhir sekali, semoga kajian yang dilakukan ini dapat dijadikan harapan daripada

beliau iaitu Encik Ahmad Mawardy. Malahan, pengkaji juga akan mengambil ikhtibar
daripada Encik Ahmad Mawardy agar dapat memberi kesedaran serta semangat kepada
rakan-rakan dan pengkaji pada masa hadapan. Maka, melalui kajian ini pengkaji dapat
memberi panduan kepada pelajar lain. Oleh itu, kajian ini turut dapat melahirkan banyak
ilmu pengetahun dan pengalaman yang mendalam kepada pengkaji serta sahabat-sahabat.

10.0 Bibiliografi
Sumber Primer :
Temu Bual
Nama : Ahmad Mawardy Bin Abdul Jalil
Umur : 54 Tahun
Tarikh Temu Bual : 14 April 2021
Tempat Temu Bual : Stesen Minyak (Shell) Seksyen 22 Shah Alam, Selangor.
Sijil - sijil lesen yang diperolehi oleh Encik Ahmad Mawardy sebagai seorang pengusaha
stesen minyak (SHELL), Tahun 2006 hingga 2015.

7


Click to View FlipBook Version