MODUL
PEMBANGUNAN
SISTEM BERASASKAN
WEB
PHP & MYSQL
SISTEM PENGURUSAN
TEMPAHAN KERETA
SEWA
RENT &
GO
SHAREN MEMALYN MENSON
Modul Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa – Rent & Go.
Dalam modul ini, perisian yang digunakan ialah Sublime Text 3 dan juga Xampp versi 7.3.8.
© Sharen Memalyn Menson, 2019
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara
elektronik, gambar, rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran daripada Sharen Memalyn Menson.
SHAREN MEMALYN MENSON
Guru Sains Komputer
SMK Kinarut, Papar, Sabah
Emel : [email protected]
Telefon / SMS/ Whatsapp / Telegram : 0168388935
Persediaan menggunakan modul 01
Sublime Text 03
Xampp 03
01 Menetapkan folder 05
02 Membuat pangkalan data 05
03 Sambungan ke pangkalan data 09
04 Menetapkan header, menu navigation dan footer 10
05 Menetapkan layout sistem 16
06 Menetapkan sekatan pengguna (akses keselamatan) 17
07 Mencipta fail index.php (log masuk) 18
08 Mencipta fail daftar masuk (signup) 22
09 Mencipta fail log keluar (logout) 25
10 Mencipta fail tambah kereta sewa 25
11 Mencipta fail senarai kereta sewa 28
12 Mencipta fail kemaskini 30
13 Mencipta fail import 33
14 Mencipta fail sewaan 35
15 Mencipta fail proses sewaan 38
16 Mencipta fail senarai sewaan 40
17 Mencipta fail resit pelanggan 44
18 Mencipta fail delete 46
19 Mencipta fail carian 47
20 Mencipta fail laporan 49
21 Mencipta fail menu utama 52
22 Capaian sistem 54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
Persediaan untuk menggunakan modul ini.
1. Sublime Text
Layari sublimetext.com dan muat turun perisian sublime versi Windows.
2. Xampp
Layari https://www.apachefriends.org dan muat turun perisian xampp untuk
Windows.
RENT & GO 1/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
3. CSS
Untuk modul ini kita akan menggunakan w3.css.
Layari www.w3schools.com/w3css/w3css_downloads.asp untuk muat turun
fail css atau layari gg.gg/modul19 untuk memuat turun fail w3.css.
Untuk melihat dan mempelajari penggunaan w3 css ini boleh rujuk dalam
laman web ini www.w3schools.com/w3css/w3css
RENT & GO 2/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Sublime text adalah teks editor untuk memudahkan pekerjaan pengaturcara
kerana memiliki fitur ‘autocomplete’ tag.
2. Pengguna hanya perlu menaip contohnya html dan tekan tab (pada papan
kekunci) untuk menghasilkan dokumen html.
3. Begitu juga jika ingin menggunakan <?php ?>, hanya perlu taip php dan tekan
tab. Perisian sublime text sangat membantu dalam penulisan aturcara.
4. Hanya perlu muat turun dan pasang ke komputer, dan buka perisian apabila
ingin menggunakannya.
1. Pasang perisian xampp pada komputer. Pastikan semasa memasang tetapkan
pemilihan komponen.
RENT & GO 3/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
2. Buangkan tanda pilihan pada FileZilla FTP Server, Mercury Mail Server, Tomcat,
Perl, Webalizer dan juga Fake Sendmail kerana kita tidak akan menggunakan
komponen itu.
3. Jalankan aplikasi xampp, dengan memilih xampp-control untuk membuka
XAMPP Control Panel.
4. Mulakan Apache dan juga MySQL. Klik butang Start.
RENT & GO 4/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA Rent & Go
Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa
1. Sebelum mula menulis kod, kita perlu menetapkan folder untuk menyimpan
semua fail PHP.
2. Oleh kerana kita menggunakan xampp, kita akan tetapkan folder sistem di
dalam htdocs.
3. Htdocs merupakan folder untuk menyimpan semua jenis fail PHP, CSS,
HTML, Javascript, gambar dan fail-fail yang berkaitan dalam pembangunan
sistem.
4. Untuk mengakses ke folder htdocs, klik C: (tempat dimana xampp
dipasang), masuk xampp, dan masuk htdocs.
5. Buat folder baru dalam htdocs, contoh folder di sini ialah folder
keretasewa.
6. Tambah folder css, csv dan img di dalam folder keretasewa. Masukkan fail
w3.css yang telah dimuat turun ke folder css.
1. Dalam modul ini, kita akan mengimport fail sql melalui phpmyadmin untuk
menghasilkan pangkalan data bagi sistem yang akan kita bina.
RENT & GO 5/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
2. Sistem Rent & Go ini merupakan satu sistem dimana pekerja akan
mengurus tempahan pelanggan dan juga akan mengurus maklumat kereta
sewa.
3. Oleh itu, kita akan menghasilkan tiga jadual (table) iaitu jadual pekerja,
kereta dan sewa.
pekerja namapekerja pwd
idpekerja
kereta modelkereta transmisi kadarsewa
nokereta
sewa nokereta namapenyewa notel tarikhpinjam
notempahan hari jumbyrn
tarikhpulang
4. Buka perisian sublime dan taipkan penyataan sql untuk mencipta
pangkalan data dan juga jadual.
RENT & GO 6/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
5. Anda juga boleh memuat turun fail rentgo.sql di gg.gg/modul19, di dalam
folder db_sql/rentgo.sql.
6. Save as sebagai rentgo.sql dalam folder keretasewa.
7. Seterusnya kita akan ke phpmyadmin untuk mengimport fail sql yang
sudah kita simpan tadi.
8. Pergi ke xampp control panel, kemudian pada MySQL klik pada butang
Admin. Ia akan membawa kita ke laman localhost/phpmyadmin.
RENT & GO 7/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
9. Klik pada tab Import.
10. Klik pada choose file dan pilih fail rentgo.sql yang disimpan pada folder
keretasewa.
RENT & GO 8/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
11. Apabila fail rentgo.sql sudah dipilih, nama fail akan terpapar di tepi butang
choose file.
12. Skroll ke bawah dan klik butang Go.
13. Apabila berjaya diimport, nama pangkalan data rentgo akan terpapar pada
sebelah kiri menu.
! Pastikan tiada nama pangkalan data yang
sedia ada sama dengan pangkalan data yang
bakal diimport untuk mengelakkan berlakunya
ralat.
1. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat sambungan pada
pangkalan data yang telah dibuat.
2. Sambungan kepada pangkalan data perlu dibuat agar sistem yang kita bina
akan mempunyai akses dengan pangkalan data yang akan memegang /
menyimpan semua rekod / data.
3. Fail sambungan ke pangkalan data ini akan dibuat sekali sahaja dan kita
hanya perlu memanggil fail ini pada fail-fail yang memerlukan sambungan
kepada pangkalan data.
4. Sintaks yang akan digunakan ialah mysqli_connect().
mysqli_connect() berfungsi untuk membuka sambungan baru ke pelayan
MySQL.
RENT & GO 9/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
Sintaks:
mysqli_connect(“nama hos”, “nama pengguna”, “kata laluan”, “nama
pangkalan data”);
Untuk memudahkan kita memanggil proses sambungan ini nanti, namakan
proses mysqli_connect() sebangai $con.
$con akan digunakan apabila kita menulis penyataan SQL.
5. Kod penuh untuk sambungan ke pangkalan data seperti berikut:
6. Save as sebagai dbconfig.php dan simpan pada folder keretasewa.
1. Sebelum mula menulis kod untuk membina sistem. Kita akan memudahkan
pengurusan fail php kita.
2. Oleh itu, buka perisian sublime, pada File → Open Folder...
3. Pilih folder keretasewa yang terletak di C:\xampp\htdocs.
RENT & GO 10/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
4. Folder keretasewa sudah boleh dilihat dikiri pada panel Folders. Sekarang
fail-fail di dalam folder keretasewa mudah untuk diakses dan diurus.
5. Kita akan membuat header terlebih dahulu, buat fail baru, pergi File → New
File
6. Save fail sebagai template.php.
7. Taipkan kod html (taip html dan tekan tab pada papan kekunci untuk
mendapatkan kod dokumen html secara automatik).
8. Taipkan nama Rent & Go pada <title></title>
RENT & GO 11/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
header.php
1. Buat fail baru dan save sebagai header.php
2. Copy baris 1 hingga 6 pada fail template.php dan paste ke fail header.php.
3. Kita akan memanggil fail w3.css pada folder css dengan menggunakan link.
4. Masukkan link pada href, dimana href merupakan tempat fail css disimpan
iaitu dalam folder css.
Penerangan ringkas:
o href, css merupakan nama folder tempat fail css disimpan. w3.css
merupakan nama fail css.
5. Kita akan memanggil link untuk mengubah jenis font. Kita boleh
menggunakan jenis font lain yang disukai.
Layari fonts.google.com untuk mencari jenis font yang disukai.
Pilih font yang disukai, dan ia akan tunjukkan cara untuk menggunakan font
tersebut.
RENT & GO 12/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
6. Kemudian, pada <body> kita akan menulis kod untuk mengubah saiz font
pada sistem.
7. Layari gg.gg/modul19 untuk mendapatkan kod bagi mengubah saiz font.
Copy dan paste kod tersebut ke <body>.
Penerangan ringkas:
o div, merujuk kepada division atau bahagian yang merupakan blok
kandungan generik yang boleh digunakan sebagai kontena untuk
mengelompokkan beberapa elemen menjadi satu. Elemen div boleh
dimasukkan elemen lain untuk tujuan mempermudah penerapan gaya
dengan CSS.
o div class=”w3-header w3-brown”, untuk memanggil fungsi css, atribut
class digunakan. Untuk mengetahui semua fungsi-fungsi dalam w3.css
boleh rujuk pada laman web www.w3schools.com/w3css/w3css.
o button, merupakan butang yang umumnya mempunyai gaya seperti
butang yang boleh diklik untuk menjalankan tindakan tertentu
8. Selepas menulis kod untuk mengubah saiz font, kita akan membuat pula
menu drop-down.
RENT & GO 13/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
Penerangan ringkas:
o a, merupakan anchor digunakan untuk menentukan hyperlink. Jika
mempunyai atribut href, maka elemen tersebut menunjukkan hyperlink
(hyperteks anchor). Pautan (link) boleh merujuk kepada halaman lain
(laman web lain).
o class, untuk memanggil fungsi css.
o Rent & Go, menamakan pautan untuk diklik.
9. Kod aturcara penuh untuk fail header.php ada di muka surat sebelah.
RENT & GO 14/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 02 : header.php -->
4
5 <!DOCTYPE html>
6 <html lang="en" dir="ltr">
7 <head>
8 <meta charset="utf-8">
9 <title>RENT & GO</title>
10 <!-- sambungan fail css -->
11 <link rel="stylesheet" href="css/w3.css">
12 <!-- sambungan ke laman web font google -->
13 <link rel="stylesheet" href="https://fonts.googleapis.com/css?family=Pacifico">
14
15 <!-- membuat css untuk menggunakan font google -->
16 <style>
17 .w3-paci {
18 font-family: 'Pacifico', serif;
19 }
20 </style>
21 </head>
22 <body>
23 <!-- function untuk besarkan size tulisan -->
24 <div class="w3-header w3-brown">
25 <font size="2"><b> Font :</b></font>
26 <button class="w3-button" onclick="resizeText(-1)"><font size="2">A-</font>
</button>
27 <button class="w3-button" onclick="resizeText(1)"><font size="2">A+</font>
</button>
28 <script type="text/javascript">
29 function resizeText(multiplier) {
30 if (document.body.style.fontSize == "") {
31 document.body.style.fontSize = "1.0em";
32 }
33 document.body.style.fontSize = parseFloat(document.body.style.fontSize)
+ (multiplier * 0.2) + "em";
34 }
35 </script>
36 </div>
37 <!-- function untuk besarkan size tulisan tamat -->
38
39 <!-- menu navigation -->
40 <div class="w3-bar w3-brown">
41 <a href="home.php" class="w3-bar-item w3-button w3-xlarge w3-paci">Rent &
Go</a>
42 <div class="w3-dropdown-hover">
43 <button class="w3-button">| Menu </button>
44 <div class="w3-dropdown-content w3-bar-block w3-border">
45 <a href="keretasewa.php" class="w3-bar-item w3-button">Kereta Sewa</a>
46 <a href="senaraikereta.php" class="w3-bar-item w3-button">Senarai Kereta
Sewa</a>
47 <a href="sewa.php" class="w3-bar-item w3-button">Tempahan Sewaan
Pelanggan</a>
48 <a href="senarai.php" class="w3-bar-item w3-button">Senarai Sewaan</a>
49 <a href="carianrekod.php" class="w3-bar-item w3-button">Rekod Sewaan
Kereta</a>
50 </div>
51 </div>
52 <a href="logout.php" class="w3-bar-item w3-button w3-right">Log Keluar</a>
53 </div>
54 <!-- menu navigation tamat -->
55
RENT & GO 15/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
footer.php
1. Buat fail baru dan save sebagai footer.php.
2. Copy baris 8 hingga 9 pada fail template.php dan paste ke fail footer.php.
3. Kod penuh untuk fail footer.php seperti berikut
Penerangan ringkas:
o hr, menunjukkan horizontol rule atau garis mendatar, iaitu garis
mendatar dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
o p, merujuk kepada paragraph.
1. Seterusnya kita akan menetapkan layout untuk sistem, di mana kita akan
memanggil fail dbconfig.php, header.php dan footer.php.
2. Fail layout ini kita akan gunakan untuk membuat fail-fail lain selepas ini.
3. Pergi ke fail template.php. Padamkan isi di dalam fail tersebut, biarkan
kosong.
RENT & GO 16/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
4. Kod fail template.php seperti berikut
Penerangan ringkas:
o include ‘’, merupakan fungsi yang digunakan untuk menyertakan /
memanggil fail php lain ke dalam suatu program PHP.
o session_start(), adalah untuk memulakan pelaksanaan sesi pada
pelayan dan kemudian disimpan pada pelayar web. Dengan arahan ini,
apabila sesi bermula, semua sesi akan didaftarkan dan disimpan.
1. Kita akan membuat sekatan pengguna iaitu memberi tahap capaian
keselamatan pada sistem / laman web.
2. Dalam fail template.php, tambahkan kod aturcara di bawah selepas baris
9.
3. Klik butang Save (Ctrl + S)
4. Fail template.php selepas penambahan kod sekatan pengguna
RENT & GO 17/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Fail index.php biasanya adalah fail default untuk membuka laman web
(pelayan apache). Jika sistem diakses, secara automatik fail index.php akan
dipaparkan terlebih dahulu.
2. Untuk sistem ini, pekerja perlu log masuk sistem terlebih dahulu.
3. Fail log masuk akan kita jadikan index.php
4. Buat fail baru dan save sebagai index.php.
RENT & GO 18/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
Penerangan ringkas:
o input type=”text”, merupakan medan input teks pada satu baris.
o name=”nama”, menentukan nama elemen <input>. Atribut name
digunakan untuk merujuk elemen dalam JavaScript atau rujukan pada
data borang setelah borang dihantar.
o placeholder=”Nama Pekerja”, memberi petunjuk (hint) untuk
membantu pengguna memasukkan nilai yang betul pada medan input.
Petunjuk pendek dipaparkan di medan input sebelum pengguna
memasukkan nilai.
o br, merujuk kepada line break atau garisan baru.
o h6, merupakan heading tag. H6 merupakan saiz tulisan paling kecil.
o button type=”submit”, butang untuk menyerahkan data pada borang
(form) kepada form-handler. Form-handler biasanya merupakan
halaman pelayan dengan skrip untuk memproses input data. Form-
handler ditentukan dalam atribut form action.
o form action=” ”, menentukan di mana untuk menghantar data yang
diisi pada borang untuk diproses apabila borang dihantar (submit).
5. Kod aturcara penuh index.php pada muka surat sebelah. 19/54
RENT & GO
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 05 : index.php (login) -->
4
5 <!DOCTYPE html>
6 <html lang="en" dir="ltr">
7 <head>
8 <meta charset="utf-8">
9 <title>RENT & GO</title>
10 <!-- sambungan fail css -->
11 <link rel="stylesheet" href="css/w3.css">
12 <!-- sambungan ke laman web font google -->
13 <link rel="stylesheet" href="https://fonts.googleapis.com/css?family=Pacifico">
14
15 <!-- membuat css untuk menggunakan font google -->
16 <style>
17 .w3-paci {
18 font-family: 'Pacifico', serif;
19 }
20 </style>
21 </head>
22 <body>
23 <div class="w3-container w3-center" style="width:50%; margin: 0px auto;">
24 <p class="w3-paci w3-jumbo">Rent & Go</p>
25 <p>-Car Rental Service-</p>
26 <div class="w3-border">
27 <div class="w3-container w3-margin w3-brown">
28 <p>Pengurusan Kereta Sewa</p>
29 <!-- BORANG LOG MASUK -->
30 <form action="psslogin.php" method="post">
31 <input class="w3-input w3-center" type="text" name="nama"
placeholder="Nama Pekerja">
32 <input class="w3-input w3-center" type="password" name="pwd"
placeholder="Katalaluan">
33 <br>
34 <button class="w3-btn w3-gray" type="submit" name="login">LOG
MASUK</button>
35 <hr>
36 <h6><a href="daftarpekerja.php">Daftar di sini</a></h6>
37 </form>
38 <!-- TAMAT BORANG LOG MASUK -->
39 </div>
40 </div>
41 </div>
42 </body>
43 </html>
44
RENT & GO 20/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
6. Buat fail baru dan save sebagai psslogin.php.
7. Fail ini untuk membuat proses log masuk.
8. Namakan pemboleh ubah untuk data yang diambil daripada form login.
$_POST[‘nama’] kena sama dengan name=”nama”. Jika
name=”namakamu” maka pada $_POST akan jadi $_POST[‘namakamu’].
9. Kod aturcara penuh proseslogin.php seperti berikut
RENT & GO 21/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Buat fail baru dan save sebagai daftarpekerja.php.
Penerangan ringkas:
o required, bermaksud elemen input wajib diisi dan tidak boleh dibiarkan
kosong.
o span, elemen inline (elemen yang tidak membentuk baris baru) yang
digunakan untuk mengelompokkan beberapa elemen yang bertujuan
untuk memudahkan gaya (dengan CSS).
2. Kod aturcara penuh untuk daftar masuk pada muka surat sebelah.
RENT & GO 22/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 07 : daftarpekerja.php -->
4
5 <?php
6 // fail sambungan ke pangkalan data
7 include 'dbconfig.php';
8
9 // tetapkan error = false
10 $error = false;
11
12 if (isset($_POST['daftar'])) {
13 // tetapkan nama pembolehubah untuk data yang dimasukkan pekerja
14 $namapekerja = $_POST['namapekerja'];
15 $pwd = $_POST['pwd'];
16
17 // jika masukkan username mempunyai nombor atau simbol
18 if (!preg_match("/^[a-zA-Z ]+$/",$namapekerja)) {
19 $error = true;
20 $namapekerja_error = "Username mesti mengandungi hanya huruf dan ruang (space)";
21 }
22
23 // jika masukkan kata laluan kurang daripada 6 aksara
24 if(strlen($pwd) < 6) {
25 $error = true;
26 $pwd_error = "Kata Laluan minimum 6 aksara";
27 }
28
29 // jika masukkan kata laluan lebih daripada 12 aksara
30 if(strlen($pwd) > 12) {
31 $error = true;
32 $pwd_error = "Kata Laluan maksimum 12 aksara";
33 }
34
35 // tambah rekod baru ke jadual pekerja
36 if (!$error) {
37 if (mysqli_query($con, "INSERT INTO pekerja VALUES ('', '".$namapekerja."',
'".$pwd."')")) {
38 // paparan jika berjaya ditambah ke jadual pekerja
39 echo "<script>alert('Daftar pekerja berjaya! Sila log masuk.');</script>";
40 } else {
41 // paparan jika tidak berjaya ditambah ke jadual pekerja
42 echo "<script>alert('Ralat! Sila daftar semula.');</script>";
43 }
44 }
45 }
46 ?>
47
48 <!-- USER INTERFACE -->
49 <!DOCTYPE html>
50 <html lang="en" dir="ltr">
51 <head>
52 <meta charset="utf-8">
53 <title>RENT & GO</title>
54 <!-- sambungan fail css -->
55 <link rel="stylesheet" href="css/w3.css">
56 <!-- sambungan ke laman web font google -->
57 <link rel="stylesheet" href="https://fonts.googleapis.com/css?family=Pacifico">
58
59 <!-- membuat css untuk menggunakan font google -->
60 <style>
61 .w3-paci {
RENT & GO 23/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
62 font-family: 'Pacifico', serif;
63 }
64 </style>
65 </head>
66 <body>
67 <div class="w3-container w3-center" style="width:50%; margin: 0px auto;">
68 <p class="w3-paci w3-jumbo">Rent & Go</p>
69 <p>-Car Rental Service-</p>
70 <div class="w3-border">
71 <div class="w3-container w3-margin w3-brown">
72 <p>Daftar Pekerja Baru</p>
73 <!-- BORANG PENDAFTARAN PEKERJA BARU -->
74 <form action="daftarpekerja.php" method="post">
75 <input class="w3-input w3-center" type="text" name="namapekerja" required
placeholder="Nama Pekerja" value="<?php if($error) echo $namapekerja; ?>">
76 <span style="color:red"><?php if (isset($namapekerja_error)) echo
$namapekerja_error; ?></span>
77 <input class="w3-input w3-center" type="password" name="pwd" required
placeholder="Katalaluan" value="<?php if($error) echo $pwd; ?>">
78 <span style="color:red"><?php if (isset($pwd_error)) echo $pwd_error; ?>
</span>
79 <br>
80 <button class="w3-btn w3-orange" type="submit"
name="daftar">+DAFTAR</button>
81 <hr>
82 <h6><a href="index.php">Log Masuk di sini</a></h6>
83 </form>
84 <!-- TAMAT BORANG PENDAFTARAN -->
85 </div>
86 </div>
87 </div>
88 </body>
89 </html>
90
RENT & GO 24/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Buat fail baru dan simpan sebagai logout.php.
2. Fail ini akan menghapuskan semua sesi.
3. Kod aturcara penuh seperti berikut :
1. Pada fail template.php, save as sebagai keretasewa.php.
2. Fail ini untuk menambah rekod tentang kereta sewa.
3. Kod aturcara pada muka surat sebelah.
RENT & GO 25/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 09 : keretasewa.php -->
4
5 <?php
6 // fail sambungan ke pangkalan data
7 include 'dbconfig.php';
8 // mulakan session
9 session_start();
10
11 // sekatan pengguna - jika tiada pengguna yang log masuk
12 if(!isset($_SESSION['user'])) {
13 // ke laman index.php untuk log masuk
14 header('location:index.php');
15 }
16 ?>
17
18 <!-- sambungan pada header.php ----->
19 <?php include 'header.php'; ?>
20
21 <!-- <body> / isi kandungan ----->
22 <!-- USER INTERFACE -->
23 <div class="w3-content w3-center">
24 <br>
25 <p>TAMBAH KERETA SEWA</p>
26 <p class="w3-paci">| Rent & Go |</p>
27 <br>
28 <!-- butang untuk import fail csv -->
29 <a href="import.php"><button class="w3-button w3-gray">+IMPORT DATA</button></a>
30 <hr>
31 <!-- BORANG MENAMBAH MAKLUMAT KERETA SEWA -->
32 <form action="keretasewa.php" method="post">
33 <table class="w3-table w3-border">
34 <tr>
35 <td>No Kereta</td>
36 <td>
37 <input class="w3-input" type="text" name="nokereta" required
placeholder="No Kereta">
38 </td>
39 </tr>
40 <tr>
41 <td>Model Kereta</td>
42 <td>
43 <input class="w3-input" type="text" name="modelkereta" required
placeholder="Model Kereta">
44 </td>
45 </tr>
46 <tr>
47 <td>Transmisi</td>
48 <td>
49 <select class="w3-select w3-border" name="transmisi">
50 <option></option>
51 <option value="Automatik">Auto</option>
52 <option value="Manual">Manual</option>
53 </select>
54 </td>
55 </tr>
56 <tr>
57 <td>Kadar Sewaan Sehari</td>
58 <td>
59 <input class="w3-input" type="text" name="kadarsewa" required
placeholder="Kadar Sewa">
RENT & GO 26/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
60 </td>
61 </tr>
62 <tr>
63 <td colspan="2">
64 <center>
65 <button class="w3-button w3-gray" type="submit"
name="tambah">+TAMBAH</button>
66 </center>
67 </td>
68 </tr>
69 </table>
70 </form>
71 <!-- TAMAT BORANG -->
72 <br>
73 </div>
74 <!-- USER INTERFACE TAMAT -->
75
76 <!-- PROSES MENAMBAH REKOD BARU KE JADUAL DALAM PANGKALAN DATA -->
77 <?php
78 // jika butang tambah diklik
79 if (isset($_POST['tambah'])) {
80 // tetapkan nama pembolehubah untuk data yang dimasukkan pekerja
81 $nokereta = $_POST['nokereta'];
82 $modelkereta = $_POST['modelkereta'];
83 $transmisi = $_POST['transmisi'];
84 $kadarsewa = $_POST['kadarsewa'];
85
86 // tambah rekod baru ke jadual kereta
87 $query = "INSERT INTO kereta VALUES('".$nokereta."', '".$modelkereta."',
'".$transmisi."', '".$kadarsewa."')";
88 $result = mysqli_query ($con, $query);
89
90 if ($result == true) {
91 // paparan jika berjaya tambah ke jadual
92 echo '<script>alert("Maklumat kereta berjaya didaftarkan")</script>';
93 } else {
94 // paparan jika gagal tambah ke jadual
95 echo '<script>alert("Sila daftar sekali lagi.")</script>';
96 }
97 }
98 ?>
99 <!-- PROSES TAMAT -->
100 <!-- <body> / isi kandungan tamat ----->
101
102 <!-- sambungan pada footer.php ----->
103 <?php include 'footer.php'; ?>
104
RENT & GO 27/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Pada fail template.php, save as sebagai senaraikereta.php.
2. Fail ini untuk memaparkan semua senarai kereta sewa yang terdapat
pada jadual kereta dalam pangkalan data rentgo.
Penerangan ringkas:
o table, untuk membungkus jadual. border=”1” digunakan untuk
menyesuaikan ketebalan garisan (border) jadual. Jika atribut ini tidak
ditulis, pelayar web akan memaparkan jadual tanpa garisan. tr
merupakan table row untuk membuat baris. th merupakan table head
untuk membuat tajuk pada header jadual. td merupakan table data
untuk membuat sel.
Penerangan ringkas:
o a href=”kemaskinibilik.php?id=’.$row[‘nokereta’].’ ” merupakan pautan
url untuk menghantar data nokereta apabila pautan KEMASKINI diklik.
3. Kod aturcara penuh di muka surat sebelah.
RENT & GO 28/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 10 : senaraikereta.php -->
4
5 <?php
6 // fail sambungan ke pangkalan data
7 include 'dbconfig.php';
8 // mulakan session
9 session_start();
10
11 // sekatan pengguna - jika tiada pengguna yang log masuk
12 if(!isset($_SESSION['user'])) {
13 // ke laman index.php untuk log masuk
14 header('location:index.php');
15 }
16 ?>
17
18 <!-- sambungan pada header.php ----->
19 <?php include 'header.php'; ?>
20
21 <!-- <body> / isi kandungan ----->
22 <!-- USER INTERFACE -->
23 <br>
24 <div class="w3-container w3-border w3-center">
25 <div class="w3-panel w3-pale-yellow">
26 <p>Senarai Kereta Sewa</p>
27 <p class="w3-paci">| Rent & Go |</p>
28 </div>
29 <hr>
30
31 <!-- paparan rekod data semua kereta sewa -->
32 <table class="w3-table w3-border w3-centered" border="1">
33 <tr>
34 <th>Bil</th>
35 <th>No Kereta</th>
36 <th>Model Kereta</th>
37 <th>Transmisi</th>
38 <th>Kadar Sewa</th>
39 <th>Kemaskini</th>
40 </tr>
41 <tr>
42 <?php
43 // mendapatkan rekod data dari jadual sewa
44 $sql = mysqli_query($con, "SELECT * FROM kereta");
45 if (mysqli_num_rows($sql) == 0) {
46 echo '<tr><td colspan="6">Tiada rekod data dijumpai!</td></tr>';
47 } else {
48 $no = 1;
49 while ($row = mysqli_fetch_array($sql)) {
50 echo '<tr>';
51 echo '<td>'.$no.'</td>';
52 echo '<td>'.$row['nokereta'].'</td>';
53 echo '<td>'.$row['modelkereta'].'</td>';
54 echo '<td>'.$row['transmisi'].'</td>';
55 echo '<td>RM '.$row['kadarsewa'].'</td>';
56 // link untuk kemaskini maklumat kereta sewa
57 echo '<td><a href="kemaskini.php?id='.$row['nokereta'].'">| KEMASKINI |</a>
</td>';
58 echo '<tr>';
59 // membuat running number
60 $no++;
61 }
RENT & GO 29/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Pada fail template.php, save as sebagai kemaskini.php.
2. Fail ini untuk mengemaskini maklumat kereta sewa yang sudah
disimpan dalam jadual kereta pada pangkalan data rentgo.
Penerangan ringkas:
o $_GET[‘id’], merupakan id yang diterima / didapati hasil daripada url
dari fail senaraikereta.php apabila pautan KEMASKINI diklik.
Penerangan ringkas:
o readonly, bermaksud elemen input hanya boleh dibaca (read only) dan
tidak boleh diedit.
3. Kod aturcara penuh pada muka surat sebelah.
RENT & GO 30/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 11 : kemaskini.php -->
4
5 <?php
6 // fail sambungan ke pangkalan data
7 include 'dbconfig.php';
8 // mulakan session
9 session_start();
10
11 // sekatan pengguna - jika tiada pengguna yang log masuk
12 if(!isset($_SESSION['user'])) {
13 // ke laman index.php untuk log masuk
14 header('location:index.php');
15 }
16
17 $id = $_GET['id'];
18 ?>
19
20 <!-- sambungan pada header.php ----->
21 <?php include 'header.php'; ?>
22
23 <!-- <body> / isi kandungan ----->
24 <?php
25 $query = mysqli_query($con, "SELECT * FROM kereta WHERE nokereta = '".$id."' ");
26 $row = mysqli_fetch_array($query);
27 ?>
28 <!-- USER INTERFACE -->
29 <div class="w3-content w3-center">
30 <br>
31 <p>KEMASKINI MAKLUMAT KERETA SEWA</p>
32 <p class="w3-paci">| Rent & Go |</p>
33 <br>
34 <!-- BORANG KEMASKINI MAKLUMAT KERETA SEWA -->
35 <form action="kemaskini.php" method="post">
36 <table class="w3-table w3-border">
37 <tr>
38 <td>No Kereta</td>
39 <td>
40 <input class="w3-input" type="text" name="up_nokereta" value="<?php echo
$row['nokereta']?>" readonly>
41 </td>
42 </tr>
43 <tr>
44 <td>Model Kereta</td>
45 <td>
46 <input class="w3-input" type="text" name="up_modelkereta" value="<?php
echo $row['modelkereta']?>">
47 </td>
48 </tr>
49 <tr>
50 <td>Transmisi</td>
51 <td>
52 <select class="w3-select w3-border" name="up_transmisi" value="<?php echo
$row['transmisi']?>">
53 <option></option>
54 <option value="Automatik">Auto</option>
55 <option value="Manual">Manual</option>
56 </select>
57 </td>
58 </tr>
59 <tr>
RENT & GO 31/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
60 <td>Kadar Sewaan Sehari</td>
61 <td>
62 <input class="w3-input" type="text" name="up_kadarsewa" value="<?php echo
$row['kadarsewa']?>">
63 </td>
64 </tr>
65 <tr>
66 <td colspan="2">
67 <center>
68 <button class="w3-button w3-gray" type="submit"
name="kemaskini">+KEMASKINI</button>
69 </center>
70 </td>
71 </tr>
72 </table>
73 </form>
74 <!-- TAMAT BORANG -->
75 <br>
76 </div>
77 <!-- USER INTERFACE TAMAT -->
78
79 <!-- PROSES KEMASKINI REKOD -->
80 <?php
81 // jika butang kemaskini diklik
82 if (isset($_POST['kemaskini'])) {
83 // tetapkan nama pembolehubah
84 $up_nokereta = $_POST['up_nokereta'];
85 $up_modelkereta = $_POST['up_modelkereta'];
86 $up_transmisi = $_POST['up_transmisi'];
87 $up_kadarsewa = $_POST['up_kadarsewa'];
88
89 // kemaskini rekod dalam jadual kereta
90 $updateqry = mysqli_query($con, "UPDATE kereta SET nokereta='".$up_nokereta."',
modelkereta='".$up_modelkereta."', transmisi='".$up_transmisi."',
kadarsewa='".$up_kadarsewa."' WHERE nokereta = '".$up_nokereta."'");
91
92 // paparan rekod berjaya dikemaskini
93 echo "<script>alert('Maklumat kereta sewa berjaya dikemaskini')
94 window.location = 'senaraikereta.php'</script>";
95 }
96 ?>
97 <!-- PROSES TAMAT -->
98 <!-- <body> / isi kandungan tamat ----->
99
100 <!-- sambungan pada footer.php ----->
101 <?php include 'footer.php'; ?>
102
RENT & GO 32/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Pada fail template.php, save as sebagai import.php.
2. Fail ini membolehkan kita untuk memuat naik fail format csv dan
seterusnya menambah rekod data yang terdapat pada fail csv tersebut
masuk ke dalam jadual pada pangkalan data.
3. Untuk kod import.php ini boleh dimuat turun dari gg.gg/modul19.
Penerangan ringkas:
o $_FILES[‘fail’][‘name’], [‘fail’] merujuk kepada nama pada atribut name
di input. Jika name=”file” maka nama pada $_FILES akan menjadi
$_FILES[‘file’][‘name’].
4. Kod aturcara penuh pada muka surat sebelah.
RENT & GO 33/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 12 : import.php -->
4
5 <?php
6 // fail sambungan ke pangkalan data
7 include 'dbconfig.php';
8 // mulakan session
9 session_start();
10
11 // sekatan pengguna - jika tiada pengguna yang log masuk
12 if(!isset($_SESSION['user'])) {
13 // ke laman index.php untuk log masuk
14 header('location:index.php');
15 }
16 ?>
17
18 <!-- sambungan pada header.php ----->
19 <?php include 'header.php'; ?>
20
21 <!-- <body> / isi kandungan ----->
22 <!-- USER INTERFACE -->
23 <br>
24 <div class="w3-card-4 w3-center" style="width:40%; margin: 0px auto;">
25 <h3>Import Data Kereta</h3>
26 <p class="w3-paci">| Rent & Go |</p>
27 <hr>
28 <!-- BORANG MENGIMPORT FAIL CSV -->
29 <form class="w3-panel" action="" method="post" enctype="multipart/form-data">
30 <label>Fail CSV</label>
31 <input class="w3-input w3-border" type="file" name="fail">
32 <br>
33 <button class="w3-btn w3-gray" type="submit" name="import">+IMPORT</button>
34 <hr>
35 </form>
36 <!-- TAMAT BORANG -->
37 </div>
38 <!-- USER INTERFACE TAMAT -->
39
40 <!-- PROSES MENAMBAH REKOD DARI FAIL CSV KE JADUAL DALAM PANGKALAN DATA -->
41 <?php
42 // jika butang import diklik
43 if(isset($_POST['import'])) {
44 if($_FILES['fail']['name']) {
45 $filename = explode(".", $_FILES['fail']['name']);
46 if($filename[1] == 'csv') {
47 $handle = fopen($_FILES['fail']['tmp_name'], "r");
48 fgetcsv($handle);
49 // selagi terdapat rekod data dalam fail csv
50 while($data = fgetcsv($handle)) {
51 // tambah rekod baru ke jadual kereta
52 $query = "INSERT INTO kereta VALUES ('$data[0]','$data[1]','$data[2]',
'$data[3]')";
53 mysqli_query($con, $query);
54 }
55 fclose($handle);
56 // paparan berjaya direkodkan
57 echo "<script>alert('Data berjaya direkodkan!');</script>";
58 }
59 }
60 }
61 ?>
RENT & GO 34/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Pada fail template.php, save as sebagai sewa.php.
2. Fail ini membolehkan kita merekod sewaan kereta yang dibuat oleh
pelanggan.
3. Kod aturcara penuh pada muka surat sebelah.
RENT & GO 35/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 13 : sewa.php -->
4
5 <?php
6 // fail sambungan ke pangkalan data
7 include 'dbconfig.php';
8 // mulakan session
9 session_start();
10
11 // sekatan pengguna - jika tiada pengguna yang log masuk
12 if(!isset($_SESSION['user'])) {
13 // ke laman index.php untuk log masuk
14 header('location:index.php');
15 }
16 ?>
17
18 <!-- sambungan pada header.php ----->
19 <?php include 'header.php'; ?>
20
21 <!-- <body> / isi kandungan ----->
22 <!-- USER INTERFACE -->
23 <div class="w3-content w3-center">
24 <br>
25 <p>TEMPAHAN SEWAAN PELANGGAN</p>
26 <p class="w3-paci">| Rent & Go |</p>
27 <br>
28 <!-- BORANG SEWAAN KERETA -->
29 <form action="psssewa.php" method="post">
30 <table class="w3-table w3-border">
31 <tr>
32 <td>Nama Pelanggan</td>
33 <td>
34 <input class="w3-input" type="text" name="namapenyewa" required>
35 </td>
36 </tr>
37 <tr>
38 <td>No. Tel. Pelanggan</td>
39 <td>
40 <input class="w3-input" type="text" name="notel" required>
41 </td>
42 </tr>
43 <tr>
44 <td>Model Kereta</td>
45 <td>
46 <select class="w3-select" name="nokereta">
47 <option></option>
48 <?php
49 // mendapatkan rekod data dari jadual kereta
50 $query="SELECT * FROM kereta";
51 $result=mysqli_query($con, $query);
52 $menu="";
53 while ($row=mysqli_fetch_array($result)) {
54 $menu .= "<option value=". $row['nokereta'] . ">" . $row['modelkereta']
. " | RM" . $row['kadarsewa'] . "</option>";
55 }
56 echo $menu;
57 ?>
58 </select>
59 </td>
60 </tr>
61 <tr>
RENT & GO 36/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
62 <td>Tarikh Mula Sewa</td>
63 <td>
64 <input class="w3-input" type="date" name="tarikhpinjam" required>
65 </td>
66 </tr>
67 <tr>
68 <td>Tarikh Pemulangan</td>
69 <td>
70 <input class="w3-input" type="date" name="tarikhpulang" required>
71 </td>
72 </tr>
73 <tr>
74 <td colspan="2">
75 <center>
76 <button class="w3-button w3-gray" type="submit"
name="tempah">+TEMPAH</button>
77 </center>
78 </td>
79 </tr>
80 </table>
81 </form>
82 <!-- TAMAT BORANG SEWAAN -->
83 </div>
84 <!-- <body> / isi kandungan tamat ----->
85
86 <!-- sambungan pada footer.php ----->
87 <?php include 'footer.php'; ?>
88
RENT & GO 37/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Pada fail template.php, save as sebagai psssewa.php.
2. Fail ini memproses data dari fail sewa.php untuk mengira jumlah bayaran
dan juga memasukkan rekod ke dalam jadual pada pangkalan data.
3. Kod aturcara penuh.
RENT & GO 38/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
RENT & GO 39/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Pada fail template.php, save as sebagai senarai.php.
2. Fail ini akan menyenaraikan semua penyewa yang telah membuat sewaan
kereta sewa Rent & Go.
3. Fail ini juga membolehkan pekerja mencari maklumat penyewa
berdasarkan no tempahan penyewa.
4. Kod aturcara penuh pada muka surat sebelah.
RENT & GO 40/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 15 : senarai.php -->
4
5 <?php
6 // fail sambungan ke pangkalan data
7 include 'dbconfig.php';
8 // mulakan session
9 session_start();
10
11 // sekatan pengguna - jika tiada pengguna yang log masuk
12 if(!isset($_SESSION['user'])) {
13 // ke laman index.php untuk log masuk
14 header('location:index.php');
15 }
16 ?>
17
18 <!-- sambungan pada header.php ----->
19 <?php include 'header.php'; ?>
20
21 <!-- <body> / isi kandungan ----->
22 <!-- USER INTERFACE -->
23 <br>
24 <div class="w3-container w3-border w3-center">
25 <div class="w3-panel w3-pale-yellow">
26 <p>Senarai Tempahan Penyewa</p>
27 <p class="w3-paci">| Rent & Go |</p>
28 </div>
29 <hr>
30
31 <!-- BORANG CARIAN BERDASARKAN NO TEMPAHAN --->
32 <form action="" method="post">
33 <label>No. Tempahan : </label>
34 <input type="text" name="carian">
35 <button class="w3-btn w3-border" type="submit" name="cari">CARI</button>
36 <hr>
37 </form>
38 <!-- TAMAT BORANG CARIAN -->
39
40 <!-- PROSES MEMAPARKAN REKOD DATA HASIL DARI CARIAN -->
41 <?php
42 // jika butang cari diklik
43 if (isset($_POST['cari'])) {
44 // tetapkan pembolehubah untuk input dari kotak carian
45 $carian = $_POST['carian'];
46
47 // mendapatkan rekod data dari jadual sewa dan kereta berdasarkan no tempahan
48 $query = "SELECT sewa.*, kereta.* FROM sewa INNER JOIN kereta ON sewa.nokereta =
kereta.nokereta WHERE notempahan = '".$carian."'";
49 $result = mysqli_query($con, $query);
50 $num_results = mysqli_num_rows($result);
51
52 echo '<center>';
53
54 for ($i=0; $i <$num_results; $i++){
55 $row = mysqli_fetch_array($result);
56 echo '<p><strong>'.($i+1).'. '; ?>
57 <!-- link untuk melihat resit penyewa -->
58 <a href="resit.php?id=<?php echo $row['notempahan'];?>"><?php echo
$row['notempahan']?></a>
59 <?php
60 echo '</strong><br /> No. Kereta : ';
RENT & GO 41/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
61 echo stripslashes($row['nokereta']);
62 echo '</strong><br /> Model Kereta : ';
63 echo stripslashes($row['modelkereta']);
64 echo '</strong><br /> Nama : ';
65 echo stripslashes($row['namapenyewa']);
66 echo '</strong><br /> No Telefon : ';
67 echo stripslashes($row['notel']);
68 echo '</strong><br /> Tarikh Peminjaman : ';
69 echo date('D, d M Y', strtotime($row['tarikhpinjam']));
70 echo '</strong><br /> Tarikh Pemulangan : ';
71 echo date('D, d M Y', strtotime($row['tarikhpulang']));
72 echo '</strong><br /> Bil. Hari Sewa : ';
73 echo stripslashes($row['hari']); ?>
74 <br>
75 <!-- link untuk membuang maklumat penyewa -->
76 <a href="delete.php?id=<?php echo $row['notempahan'];?>"><button class="w3-
button w3-red">BATAL TEMPAHAN</button></a>
77 <?php
78 echo '</p>';
79 }
80 echo '</center>';
81 }
82 ?>
83 <hr>
84 <!-- TAMAT PROSES PAPAR REKOD -->
85
86 <!-- USER INTERFACE-->
87 <!-- paparan rekod data semua penyewa -->
88 <table class="w3-table w3-border w3-centered" border="1">
89 <tr>
90 <th>Bil</th>
91 <th>No Tempahan</th>
92 <th>No Kereta</th>
93 <th>Model Kereta</th>
94 <th>Nama Penyewa</th>
95 <th>No Telefon</th>
96 <th>Tarikh Peminjaman</th>
97 <th>Tarikh Pemulangan</th>
98 <th>Bil. Hari Sewa</th>
99 <th>Batal Tempahan</th>
100 </tr>
101 <tr>
102 <?php
103 // mendapatkan rekod data dari jadual sewa
104 $sql = mysqli_query($con, "SELECT sewa.*, kereta.* FROM sewa INNER JOIN kereta
ON sewa.nokereta = kereta.nokereta");
105 if (mysqli_num_rows($sql) == 0) {
106 echo '<tr><td colspan="10">Tiada rekod data dijumpai!</td></tr>';
107 } else {
108 $no = 1;
109 while ($row = mysqli_fetch_array($sql)) {
110 echo '<tr>';
111 echo '<td>'.$no.'</td>';
112 // link untuk ke laman resit
113 echo '<td><a href="resit.php?
id='.$row['notempahan'].'">'.$row['notempahan'].'</a></td>';
114 echo '<td>'.$row['nokereta'].'</td>';
115 echo '<td>'.$row['modelkereta'].'</td>';
116 echo '<td>'.$row['namapenyewa'].'</td>';
117 echo '<td>'.$row['notel'].'</td>';
118 echo '<td>'.date('d M Y', strtotime($row['tarikhpinjam'])).'</td>';
119 echo '<td>'.date('d M Y', strtotime($row['tarikhpulang'])).'</td>';
120 echo '<td>'.$row['hari'].'</td>';
RENT & GO 42/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
121 // link untuk membuang maklumat penyewa
122 echo '<td><a href="deletepenyewa.php?id='.$row['notempahan'].'">| PADAM |
</a></td>';
123 echo '<tr>';
124 // membuat running number
125 $no++;
126 }
127 }
128 ?>
129 </tr>
130 </table>
131 <!-- tamat paparan senarai penyewa -->
132 <br>
133 </div>
134 <!-- TAMAT USER INTERFACE -->
135 <!-- <body> / isi kandungan tamat ----->
136
137 <!-- sambungan pada footer.php ----->
138 <?php include 'footer.php'; ?>
139
RENT & GO 43/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Buat fail baru dan save sebagai resit.php.
2. Fail ini akan menjana resit penyewa yang mengandungi maklumat sewaan
kereta sewa penyewa.
3. Kod aturcara penuh di muka surat sebelah.
RENT & GO 44/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1 <!-- Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa -->
2 <!-- Disediakan oleh :- sharenmemalyn@smkkinarut -->
3 <!-- File 16 : resit.php -->
4
5 <?php
6 // fail sambungan ke pangkalan data
7 include 'dbconfig.php';
8 // mulakan session
9 session_start();
10
11 // sekatan pengguna - jika tiada pengguna yang log masuk
12 if(!isset($_SESSION['user'])) {
13 // ke laman index.php untuk log masuk
14 header('location:index.php');
15 }
16
17 // mendapatkan rekod maklumat dari jadual sewa dan kereta berdasarkan no tempahan
18 $qry = mysqli_query($con, "SELECT sewa.*, kereta.* FROM sewa INNER JOIN kereta ON
sewa.nokereta = kereta.nokereta WHERE notempahan = '".$_GET['id']."'");
19 $result = mysqli_fetch_array($qry);
20 ?>
21
22 <!DOCTYPE html>
23 <html lang="en" dir="ltr">
24 <head>
25 <meta charset="utf-8">
26 <title>RENT & GO</title>
27 <!-- sambungan fail css -->
28 <link rel="stylesheet" href="css/w3.css">
29 <!-- sambungan ke laman web font google -->
30 <link rel="stylesheet" href="https://fonts.googleapis.com/css?family=Pacifico">
31
32 <!-- membuat css untuk menggunakan font google -->
33 <style>
34 .w3-paci {
35 font-family: 'Pacifico', serif;
36 }
37 </style>
38 </head>
39 <body>
40 <div class="w3-container w3-center">
41 <p class="w3-paci w3-xxxlarge">Rent & Go</p>
42 <hr>
43 <div class="w3-border">
44 <!-- PAPARAN MAKLUMAT SEWAAN PELANGGAN -->
45 <h6>No Tempahan : <b><?php echo $result['notempahan']?></b></h6>
46 <h6>Nama : <b><?php echo $result['namapenyewa']?></b></h6>
47 <h6>No Telefon : <?php echo $result['notel']?></h6>
48 <h6>No Kereta : <b><?php echo $result['nokereta']?></b> | <b><?php echo
$result['modelkereta']?></b></h6>
49 <h6>Tarikh Pinjam : <b><?php echo date('D, d M Y',
strtotime($result['tarikhpinjam']))?></b> | Tarikh Pulang : <b><?php echo date('D, d
M Y', strtotime($result['tarikhpulang']))?></b></h6>
50 <h6>Kadar Sewa Sehari : <b>RM <?php echo $result['kadarsewa']?></b> x <b><?
php echo $result['hari']?> hari</b></h6>
51 <h6>Jumlah Bayaran : <b>RM <?php echo $result['jumbyrn']?></b></h6>
52 <br>
53 <h6>Terima kasih. Sila sewa lagi.</h6>
54 <!-- TAMAT PAPARAN -->
55 </div>
56 </div>
57 <hr>
RENT & GO 45/54
MODUL SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN KERETA SEWA
1. Buat fail baru dan save sebagai deletepenyewa.php.
2. Fail ini akan menghapuskan maklumat penyewa kereta sewa.
3. Kod aturcara penuh.
RENT & GO 46/54