The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU CERITA BANGAU MENIPU IKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eLibrary SKAT JB, 2020-04-14 05:41:40

BANGAU MENIPU IKAN

BUKU CERITA BANGAU MENIPU IKAN

Di tepi hutan terdapat sebuah
kolam. Airnya sudah hampir kering.
Semua ikan berasa susah hati.

Pada suatu hari, datang seekor
burung bangau. Bangau berpura -
pura mahu menolong ikan.

"Kamu semua
boleh berpindah ke
kolam lain. Kolam itu
tidak kering," kata
bangau.

Semua ikan
bersetuju. Mereka
sangat gembira.

Bangau menolong ikan berpindah
dari situ. Seekor demi seekor ikan itu
dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu
dimakannya.

Kemudian tibalah giliran ketam untuk
berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh
bangau.

Terkejutlah ketam apabila melihat
tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu.

Bangau mahu makan ketam pula.
Tetapi ketam segera menyepit leher
bangau. Matilah bangau itu.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali berbuat
jahat. Setiap perbuatan jahat
pasti akan menerima balasan

buruk daripada Tuhan.

SK Angkatan Tentera Johor Bahru
Jalan Balau, Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Tel: 07-3339334 Fax: 07-3339334 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2020
SK Angkatan Tentera Johor Bahru


Click to View FlipBook Version