The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Topik 1 : Pengenalan Ukur Terabas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraini.omar, 2024-01-23 21:11:34

UKUR TERABAS

Topik 1 : Pengenalan Ukur Terabas

Keywords: Ukur Terabas

UKUR TERABAS STP20703


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK) HPK 1 Mengaplikasikan prinsip ukur terabas dalam bidang pembinaan HPK 2 Melaksanakan kerja ukur dengan menggunakan alat ukur bagi kerja ukur terabas HPK 3 Mengukur dapatan kerja ukur terabas menggunakan kaedah pelarasan dan keluasan terabas


10% 20% 30% 30% 10% 0 5 10 15 20 25 30 35 Category 1 PENILAIAN BERTERUSAN UJIAN AMALI 1 AMALI 2 AMALI 3 TUGASAN


INFO PENTING • Minggu perkuliahan = 14 minggu • 1 minggu = 6 jam • Jumlah jam/semester = 14 x 6 jam = 84 jam 01 KEHADIRAN PELAJAR 02 SURAT AMARAN • Surat amaran: Kehadiran kurang 10% (8.4jam @ 2 kali tidak hadir) • Surat tunjuk sebab: Kehadiran kurang 20% (16.8jam @ 3 kali tidak hadir)


TOPIK 1 PENGENALAN UKUR TERABAS


PENGENALAN UKUR TERABAS UKUR 2 DIMENSI Pengukuran jarak dan arah merupakan dua aktiviti penting dalam kerja ukur terabas PENGGUNAAN PERALATAN & KAEDAH Berkait rapat dengan tujuan dan kejituan hasil kerja yang diperlukan KEGUNAAN TOTAL STATION / TEODOLIT Pengukuran ukur keliling satu kawasan hutan, pengukuran kawalan bagi projek pembinaan bangunan dan jambatan, perumahan, jalan raya, jalan keretapi dan sebagainya


DEFINISI UKUR TERABAS Ukur terabas ialah suatu cara menyediakan jaringan kawalan mengufuk yang mana kedudukannya dapat ditentukan melalui gabungan pengukuran bearing/ sudut dan jarak garisan-garisan yang bersambungan antara satu stesen dengan stesen yang lain.


JENIS-JENIS TERABAS 1. TERABAS TERTUTUP • Terabas tertutup (close traverse) adalah kerja pengukuran yang melibatkan pengukuran stesen pertama sebagai stesen terakhir iaitu cerapan ditutup atau ditamatkan pada garisan permulaan dan membentuk loop/poligon. • Kerja pengukuran bermula pada stesen atau garisan yang diketahui nilai koordinat / bearing dan jarak. • Kaedah pengukuran ini membolehkan pengukur dapat mengesan sebarang kesilapan semasa kerja ukur dibuat.


JENIS-JENIS TERABAS 2. TERABAS TERBUKA • Terabas terbuka (open traverse) adalah ukuran terhadap beberapa garisan yang bersambungan dimana kerja pengukuran tidak ditutup pada stesen atau garisan permulaan atau yang tidak diketahui nilai koordinat / bearing / jarak. • Terabas terbuka tidak digalakkan kerana jika kesalahan cerapan pada bearing ataupun jarak susah untuk dikesan melainkan ukuran semakan dijalankan terhadap terabas itu.


TUJUAN UKUR TERABAS • Menyediakan kawalan ufuk untuk rujukan dan kawalan kepada kerja-kerja yang lain, contohnya seperti ukur butiran dan ukur pemancangan. • Menentukan kedudukan tandatanda sempadan seperti yang dilakukan dalam ukur kadaster. • Menentukan keluasan kawasan.


PRINSIP PENGUKURAN SUDUT • Rajah menunjukkan dua titik S dan T, dan sebuah tiodolit yang dipasang siap di atas kakitiga di titik R. • R adalah titik di permukaan bumi. Aras terlaras bagi S adalah lebih tinggi dari aras terlaras R. Aras terlaras R pula adalah lebih tinggi dari aras terlarasT. • Untuk keselesaan mencerap, tiodolit telah dipasang di L pada jarak pugak h dari R. • Di titik L, sudut ufuk antara S dan T adalah sudut MLN. • M dan N adalah unjuran pugak S dan T ke atas satah mengufuk yang melalui L. • Sudut pugak dari L ke S adalah sudut SLM (sudut mendongak) dan sudut pugak dari L ke T adalah sudutTLN (sudut tunduk).


• Tiodolit mesti dipusatkan di atas titik R dengan menggunakan pelambab. • Tiodolit mesti dilaraskan supaya sistem bacaan sudut tiodolit berada pada satah yang betul. • Pemusatan dan pelarasan memastikan sudut ufuk yang diukur di L adalah sama dengan sudut yang sepatutnya diukur sekiranya tiodolit dipasang siap di titik R di permukaan bumi. • Walaubagaimanapun, sudut pugak dari titik L tidak sama dengan sudut pugak dari titik R. • Oleh itu, nilai ketinggian alat, h mesti diambil kira apabila menghitung beza tinggi.


BIDANG KERJA UKUR TERABAS 1. PENYEDIAAN PELAN KAWASAN 2. PROJEK-PROJEK PEMBINAAN


PENYEDIAAN PELAN KAWASAN •Terabas menghasilkan satu jaringan titik atau stesen (hentian ukur) yang ditandakan di atas permukaan tanah. •Stesen-stesen ini merupakan satu sistem kawalan yang dapat dipelotkan dengan tepat berdasarkan kepada skala tertentu. •Kedudukan butiran-butiran semulajadi atau ciptajadi adalah relatif kepada jaringan terabas ini. • Ini bermakna, butiran-butiran tersebut boleh dipelotkan dengan merujuk kepada jaringan stesen kawalan di dalam terabas tersebut.


PROJEK-PROJEK PEMBINAAN • Pembinaan jalan, rumah, empangan, tangki air dan lain-lain lagi. • Pembinaan dibuat daripada stesen terabas dengan berpandukan kepada maklumat atau data yang diberikan. • Diikuti dengan membuat penandaan (setting-out) menggunakan piket untuk membentuk satu rangka kerja bagi pembinaan yang akan dijalankan kelak.


PERKEMBANGAN PERALATAN UKUR TIODOLIT VERNIER TIODOLIT OPTIK TIODOLIT ELEKTRONIK TOTAL STATION


KOMPONEN TIODOLIT


TOTAL STATION


JENIS-JENIS TOTAL STATION Scanning TS Autolock TS Mechanical TS monitoring, tunneling, or another highly specialized application Auto focus technology, Premium quality, reduces time in the area with improved measuring speed and the maximum electronic distance measuring (EDM) range Robotic TS


KELEBIHAN TOTAL STATION ➢ Kerja lapangan siap dengan lebih cepat. ➢ Ketepatan bacaan adalah tinggi. ➢ Ralat manual melibatkan bacaan tiada. ➢ Pengiraan koordinat cepat dan tepat. ➢ Bacaan boleh disimpan ke dalam USB dan boleh digunakan ➢ Plotan menggunakan komputer. ➢ Menjimatkan tenaga kerja manusia ➢ Pelbagai fungsi & kegunaan


JENIS PRISM / PEMANTUL TOTAL STATION JENIS PRISM ✓ Mini prisma ✓ Single/polygon prism FUNGSI PRISM ✓ Sebagai reflector / pemantul kepada alat Total station bagi mendapatkan jarak semasa kerja pengukuran dijalankan.


PERBEZAAN TIODOLIT DAN TOTAL STATION TIODOLIT ✓ Alat pengukur sudut sahaja iaitu sudut horizontal, vertikal ✓ Perlu mendapatkan jarak dengan menggunakan EDM, pita ukur atau takimetri TOTAL STATION ✓ Dilengkapi dengan alat pengukur sudut horizontal, sudut vertical dan pengukuran jarak ✓ Nilai koordinat X, Y, Z boleh diperolehi ✓ Data dirakam dalam kad memory dan seterusnya dipindahkan ke komputer untuk di olah menjadi data yang lengkap ✓ Dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan maklumat tambahan seperti kontur, scanning dll.


PELARASAN TIODOLIT & TOTAL STATION PELARASAN TETAP MELIBATKAN 4 JENIS UJIAN - UjianGelembung Plat - Ujian Paksi Sangga - Ujian Angkujuh Pugak - UjianGarisan Kolimantan PELARASAN SEMENTARA MELIBATKAN 3 LANGKAH - Mendirisiap & memusat - Melaras - Menghilangkan bezalihat


PELARASAN SEMENTARA Keadaan Tiodolit / Total Station di akhir pelarasan sementara :- ✓ Paksi pugak betul-betul berada di atas stesen (piket @ skru optik). ✓ Satah ufuk mendatar dalam semua arah (gelembung bulat & gelembung panjang). ✓ Objek sasaran kelihatan jelas dan bebenang stadia kelihatan hitam dan tajam.


PELARASAN SEMENTARA @ AMALI 1 Mendirisiap & Memusat Melaras Menghilangkan bezalihat 3 langkah


PEMBUKUAN DAN PEMBETULAN CERAPAN Garisan 1-2 dibaca = 65° 31’ 10” Sepatutnya dibaca = 65° 30’ 00” Tikaian = + 0° 01’ 10”untuk stesen 2, 3, 4, 5, dan 1 Pembetulan = -14” per stesen


LATIHAN Berdasarkan kepada jadual di atas, buat pembukuan & pembetulan cerapan bagi kerja terabas 5 stesen berdasarkan kepada peraturan pembukuan & pembetulan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Bering cerapan & bering purata dibuat kepada 10” yang terhampir & bering muktamad kepada 30” yang terhampir.


KUIZ 1


Click to View FlipBook Version