KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK- KANAK TAHUN 2023 TARIKH : 15 DISEMBER 2023 MASA : 10.35 PAGI – 12.05 TENGAH HARI TEMPAT : SJKT PULAU CAREY TIMUR ANJURAN : UNIT HAL EHWAL MURID, SJKT PULAU CAREY
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023 1.0 RASIONAL Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua Negara meraikannya setiap tahun sebagai ‘Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Dalam Kalangan Kanak-kanak’. Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanakkanak, pihak sekolah di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Bimbingan & Kaunseling turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun. Pada tahun ini, pihak sekolah akan meraikan murid-murid bersama aktiviti yang dirancangkan. 2.0 MATLAMAT Sambutan Hari Kanak-kanak dilaksanakan untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak kanak-kanak sentiasa dipelihara. 3.0 OBJEKTIF ➢ Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menghiburkan mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang. ➢ Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah. ➢ Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak. ➢ Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
➢ Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi. ➢ Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat serta berwibawa. ➢ Mewujudkan suasana sekolah yang penyayang. 4.0 BUTIRAN PROGRAM Tarikh : 15 Disember 2023 Hari : Jumaat Masa : 10.35 pagi hingga 12.05 tengah hari Tempat : Padang dan dewan SJKT Pulau Carey Timur. 5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA 5.1 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN HARI KANAK- KANAK PERINGKAT SEKOLAH PENGERUSI : EN. G. UTHAYA KUMAR (GURU BESAR) TIMBALAN PENGERUSI : EN. P. GUNASEELAN (GPK HEM) NAIB PENGERUSI 1 : EN. A. RAVINDRAN (GPK KURIKULUM) NAIB PENGERUSI 2 : EN. P. PIRABU (GPK KOKURIKULUM) SETIAUSAHA : PN. M. PARAMES BENDAHARI : PN. S. VIJEVARTHANNAH AJK : AJK Nama Guru Tugas Persiapan Tempat En. P. Gunaseelan Pn. M. Krishnaveny Menyediakan dewan untuk kegunaan program. Permainan En. P. Pirabu En. T. Wiswanathan Menyediakan barang yang diperlukan untuk aktiviti dan
mengetuai aktiviti sukaneka. Dokumentasi Pn. M. Parames Menyediakan dokumentasi lengkap. Hadiah & Cenderahati Pn. S. Vijevarthannah Menyediakan hadiah hamper bagi peserta sukaneka dan guddy bag bagi semua murid. Buku Program Pn. R. Gunasundari Menyediakan buku program untuk diedarkan. Disiplin Semua guru Menjaga kelakuan murid. Makanan Pn. M. Krishnaveny Menguruskan makanan murid. 6.0 KUMPULAN SASARAN 6.1 Semua warga murid dan guru- guru SJKT Pulau Carey Timur. NAMA AHLI KUMPULAN KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 1. LUKAN 2. MUHAMMAD AZRUL 3. DEVANATHAN 4. NYU KAVISHA 5. DARSHAN 6. DURGA 7. DARSHINI 8. RUBENDTHIRAN 9. IRTHISHA THESIGAN KASHALINI HARRI PRASATH RAJ KUMAR JAASHIWIN NAGESWARY THEEPAN TAMILARASAN KUMPULAN 3 KUMPULAN 4 1. KANEESHA 2. MUHAMMAD SHARIM 3. THIVENTHIRAN 4. YUHA LETCHUMY 5. KAVINASH 6. SANJIVAN 7. THIWIYAH 8. SHARVIN 9. MUHAMMAD ADAM HAIKAL THURUVAN NIVETHA SHAARM KUBEHRAN YOGESWAARAN YAASHIWIN SRITHAR RAGAVAN HEMARAJ
7.0 STRATEGI PELAKSANAAN MASA AKTIVITI 10.00 pagi Rehat 10.20 pagi Taklimat Permainan 10.30 pagi Aktiviti Permainan 11.30 pagi Penyampaian Hadiah & Guddy Bag 12.05 pagi Bersurai 8.0 AKTIVITI PELAKSANAAN NAMA AKTIVITI KEPERLUAN AKTIVITI TIUP BELON DAN JATUHKAN CAWAN PLASTIK - > 25 BELON - 40 CAWAN PLASTIK - 4 MEJA MASUKKAN PUNDI KACANG DALAM BAKUL - PUNDI KACANG - 4 BAKUL ISI BOTOL AIR DENGAN TANGAN - 4 BOTOL AIR - 4 BALDI - WARNA
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL. BUTIRAN JUMLAH (RM) 1. Guddy Bag 150.00 2. Peralatan Sukaneka 50.00 3. JUMLAH 200.00 10.0 SUMBER KEWANGAN 10.1 Unit Hal Ehwal Murid 11.0 PENUTUP Diharapkan Sambutan Hari Kanak-kanak ini dapat melahirkan murid-murid yang sedar tentang kasih sayang dan penghargaan guru-guru terhadap mereka. Di samping itu, juga diharapkan murid-murid sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang kanak-kanak dan murid apabila mereka berada di rumah atau di sekolah. DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH, ……………………….. ………………………….. ……………………… (PN. M. PARAMES) Setiausaha, Hari Kanak-kanak, Tahun 2023.