SK.LKTP AYER HITAM
UJIAN 1
SAINS TAHUN 4
Bahagian A (40 markah) Masa: 1 jam 15 minit
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang betul. Masa yang
dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu
soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya. Jawap semua soalan.
1 Antara yang berikut, yang manakah merupakan keperluan asas manusia?
AC
BD
2 Rajah 1 menunjukkan satu aktiviti yang dilaksanakan oleh Azizan .
Rajah 1
Apakah keperluan asas yang mesti dibawa bersamanya?
A Udara
B Makanan
C Cahaya matahari
D Tempat perlindungan
3 Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak mendapat keperluan asasnya?
A Manusia tidak akan berupaya untuk menentang penyakit
B Manusia akan bertumbuh dan kekal sihat
C Badan manusia akan menjadi kurus
D Manusia akan mati
4 Manusia memerlukan udara untuk kekal hidup kerana udara mengandungi K. Apakah K?
A Karbon dioksida
B Wap air
C Oksigen
D Haba
5 Rajah 2 menunjukkan satu keperluan asas manusia.
Rajah 2
Mengapakah manusia memerlukannya?
A Keperluan asas ini membantu manusia untuk mengangkat bahan-bahan buangan keluar
dari badan dalam bentuk air kencing dan peluh
B Keperluan asas ini membekalkan tenaga kepada manusia
C Keperluan asas ini membolehkan manusia kekal sihat
D Keperluan asas ini membantu manusia bertumbuh
6 Rajah 3 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam suatu eksperimen.
Rajah 3
Apakah yang disiasatkan dalam eksperimen itu?
A Haiwan memerlukan cahaya matahari untuk hidup
B Haiwan memerlukan makanan untuk hidup
C Haiwan memerlukan udara untuk hidup
D Haiwan memerlukan air untuk hidup
7 Jadual 1 menunjukkan jumlah air di dalam sebuah cawan yang diberikan kepada seekor anak
ayam di dalam sangkar.
Hari Jumlah air di dalam cawan
1 Penuh
2 Separuh
3 Kosong
Jadual 1
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
A Haiwan memerlukan cahaya matahari
B Haiwan memerlukan makanan
C Haiwan memerlukan udara
D Haiwan memerlukan air
8 Rajah 4 menunjukkan fungsi bagi suatu tempat perlindungan.
S merupakan tempat
perlindungan bagi burung untuk
bertelur dan menjaga anak-anak
mereka.
Rajah 4
Antara tempat-tempat perlindungan berikut, yang manakah mewakili S?
A Terumbu karang
B Sarang
C Lubang
D Gua
9 Rajah 5 menunjukkan seekor ikan di dalam sebuah akuarium.
Rajah 5
Apakah yang akan berlaku kepada ikan itu selepas beberapa jam?
A Ikan itu akan mati
B Ikan itu akan bertelur
C Ikan itu akan terus hidup
D Ikan itu akan bertukar warna
10 Mengapakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup?
A Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk bernafas
B Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan air
C Tumbuhan memerlukkan cahaya matahari untuk menguraikan makanan
D Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis
11 Rajah 6 menunjukkan daun-daun bagi satu pokok.
Rajah 6
Apakah yang akan berlaku kepada daun pokok yang disalut dengan gris itu selepas dua
minggu?
A Daun itu akan menjadi kecil
B Daun itu akan menjadi besar
C Daun itu akan bertambah bilangannya
D Daun itu akan bertukar menjadi kuning dan layu
12 Rajah 7 menunjukkan tumbuhan yang dibeli oleh Sheila.
Rajah 7
Apakah yang perlu dilakukan oleh Anis supaya tumbuhan itu dapat terus hidup?
I Dia perlu meletakkan tumbuhan itu di dalam almari
II Dia perlu menyiram tumbuhan itu setiap hari
III Dia perlu membungkus tumbuhan itu dengan beg plastik
IV Dia perlu mendedahkan tumbuhan itu kepada cahaya matahari
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV
13 Izwan meletakkan pokok keembung di dalam sebuah almari. Dia menyiram pokok itu setiap
hari. Selepas seminggu, dia mendapati bahawa daun pokok itu telah bertukar menjadi kuning.
Buat satu inferens untuk menjelaskan keadaan pokok itu.
A Pokok itu tidak mendapat air
B Pokok itu tidak mendapat makanan
C Pokok itu tidak mendapat cahaya matahari
D Pokok itu tidak mendapat tempat perlindungan
14 Rajah 8 menunjukkan dua tumbuhan, X dan Y.
Rajah 8
Mengapakah tumbuhan X mati selepas seminggu?
A Tumbuhan itu tidak mendapat air
B Tumbuhan itu tidak mendapat udara
C Tumbuhan itu tidak mendapat makanan
D Tumbuhan itu tidak mendapat tempat perlindungan
15 Rajah 9 menunjukkan organ-organ yang terlibat dalam pernafasan.
Rajah 9
Yang manakah merupakan peparu?
AW CY
BX DZ
16 Rajah 10 menunjukkan organ-organ yang terlibat dalam pernafasan.
Rajah 10
Yang manakah merupakan mulut?
AW CY
BX DZ
17 Antara bahan-bahan buangan yang berikut, yang manakah disingkirkan daripada badan
melalui perkumuhan?
I Peluh
II Najis
III Air kencing
IV Karbon dioksida
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV
18 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan laluan udara semasa manusia menarik
nafas?
A Hidung → salur pernafasan → peparu
B Hidung → mulut → salur pernafasan
C Hidung → salur pernafasan → mulut
D Hidung → peparu → mulut
19 Mengapakah pembiakan penting kepada manusia?
A Untuk memastikan manusia sihat
B Untuk memastikan manusia terus hidup
C Untuk melindungi manusia daripada bahaya
D Untuk memastikan bahawa manusia dapat terus hidup dan wujud di bumi
20 Penyahtinjaan merupakan satu proses untuk menyingkirkan N daripada badan. Apakah N?
A Air C Peluh
B Tinja D Air kencing
21 Mengapakah merokok menjejaskan badan?
A Merokok boleh menyebabkan kerosakan pundi-pundi udara di dalam peparu
B Merokok boleh melambatkan gerak balas badan terhadap rangsangan
C Merokok boleh menyebabkan kerosakan otak
D Merokok boleh menyebabkan koma
22 Antara tabiat yang berikut, yang manakah boleh menjelaskan process-process hidup
manusia?
I Merokok
II Minum minuman keras
III Mengambil makanan seimbang
IV Bersenam
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
23 Rajah 12 menunjukkan peringkat-peringkat dalam kitar hidup seekor rama-rama.
Telur → X → Y → rama-rama dewasa
Rajah 12
Apakah peringkat X?
A Ulat beluncas C Berudu
B Kepompong D Nimfa
24 Rajah 13 menunjukkan peringkat-peringkat dalam kitaran hidup seekor katak.
MN
OP
Q
Rajah 13
Antara yang berikut, yang manakah menunjukan susunan peringkat yang betul?
A P→Q→N→M→O
B Q→M→P→O→N
C O→N→M→P→Q
D M→O→Q→N→P
25 Antara anak haiwan berikut, yang manakah serupa dengan ibunya?
I Berudu
II Anak ayam
III Ulat beluncas
IV Nimfa belalang
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV
26 Rajah 14 menunjukkan sebatang pokok pisang.
Rajah 14
Apakah cara pembiakan bagi tumbuhan ini?
A Keratan batang
B Anak pokok
C Spora
D Biji
27 Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh-contoh yang betul bagi tumbuhan
yang membiak melalui spora dan tumbuhan yang membiak melalui biji benih?
Membiak Membiak melalui
melalui spora biji
A Paku-pakis Halia
B Paku-pakis Betik
C Setawar Jagung
D Setawar Nanas
28 Rajah 15 menunjukkan seekor haiwan.
Rajah 15
Antara ciri-ciri yang berikut, yang manakah melindungi haiwan ini daripada musuhnya?
A Kulit tebal
B Kuku tajam
C Tanduk
D Duri
29 Antara haiwan yang berikut, yang manakah berpura-pura mati apabila diserang oleh
musuhnya?
AC
BD
30 Antara haiwan yang berikut, yang manakah mempunyai sisik keras pada badan?
I Buaya C II dan III
II Tenggiling D III dan IV
III Landak
IV Lipan
A I dan II
B I dan IV
31 Rajah 16 menunjukkan tiga jenis haiwan.
Rajah 16
Bagaimana haiwan-haiwan ini melindungi diri daripada serangan musuh?
A Mereka meracuni musuh
B Mereka hidup dalam kumpulan
C Mereka mengeluarkan dakwat hitam
D Mereka mengeluarkan bau yang busuk
32 Bagaimanakah seekor beruang kutub menyesuaikan dirinya dengan cuaca yang sejuk?
I Berbulu tebal
II Mempunyai kulit yang berkedut
III Berhibernat semasa musim sejuk
IV Berkubang dalam lumpur atau air
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
33 Mengapakah telinga yang panjang adalah penting untuk kemandirian seekor musang gurun?
A Telinga panjang membantunya untuk menyingkirkan haba dengan mudah
B Telinga panjang menghalang kehilangan haba daripada badannya
C Telinga panjang menyimpan makanan dan air
D Telinga panjang menakutkan musuhnya
34 Rajah 17 menunjukkan dua haiwan, P dan Q.
PQ
Rajah 17
Ciri-ciri yang manakah melindungi haiwan P dan haiwan Q daripada cuaca yang melampau?
Haiwan P Haiwan Q
A Kulit yang Lemak disimpan di
berkedut dalam bonggolnya
Kulit yang Lapisan lemak
B berkedut yang tebal di
bawah kulitnya
Bulu yang Lapisan lemak
C tebal yang tebal di
bawah kulitnya
Lemak Bulu yang tebal
D disimpan di
dalam
bonggolnya
35 Mengapakah haiwan perlu melindungi diri mereka daripada musuh?
A Untuk memastikan penguasaan spesies mereka di dalam dunia
B Untuk memastikan sebuah tempat untuk perlindungan
C Untuk memastikan kemandirian spesies mereka
D Untuk memastikan kepupusan musuh mereka
36 Antara tumbuhan yang berikut, yang manakah dipadankan dengan betul dengan ciri khasnya
yang melindungi diri daripada musuhnya?
Tumbuhan Ciri khas
A Cendawan liar Beracun
B Pokok kacang Bau yang busuk
bendi
C Pokok bunga Duri pada tangkai
tahi ayam
D Pokok mawar Bulu halus pada
buah
37 Antara tumbuhan yang berikut, yang manakah menghasilkan susu getah untuk melindungi
diri mereka daripada dimakan oleh haiwan?
I Pokok kacang bendi
II Pokok getah
III Pokok tebu
IV Pokok betik
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV
38 Rajah 18 menunjukkan sejenis tumbuhan.
Rajah 18
Apakah ciri-ciri yang dipunyai oleh tumbuhan ini untuk melindungi diri daripada musuhnya?
A Buahnya berbau busuk
B Tumbuhan ini mempunyai bulu-bulu halus pada buahnya
C Tumbuhan ini mempunyai daun dan tangkai yang berduri
D Tumbuhan ini menghasilkan susu getah yang boleh menyebabkan kegatalan
39 Tumbuhan T mempunyai bulu-bulu yang halus pada daun dan tangkainya yang boleh
menyebabkan kegatalan. Apakah tumbuhan T?
A Pokok peria C Pokok betik
B Pokok buluh D Pokok labu
40 Tumbuhan Y dijumpai tumbuh di kawasan gurun. Apakah ciri-ciri yang mungkin tumbuhan Y
ada?
I Daun yang seperti jarum
II Buah yang banyak airnya
III Tangkai berisi yang tebal
IV Daun kecil yang panjang dan sempit
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
SK.LKTP AYER HITAM
UJIAN 1
SAINS TAHUN 4
(40 MARKAH)
Nama:……………………………………………………… KELAS:……………………………
Bahagian B
Jawab semua soalan
1.
a) Apakah nama organ tersebut?
…………………………………………
(2 markah)
b) Apakah hasil perkumuhan organ tersebut?
………………………………………….
(2 markah)
2. c) Apakah nama organ tersebut?
…………………………………………
(2 markah)
d) Apakah hasil perkumuhan organ tersebut?
……………………………..
(2 markah)
3. e) Apakah nama organ tersebut?
…………………………………………
(2 markah)
f) Apakah hasil perkumuhan organ tersebut?
…………………………………………
(2 markah)
4. Isi tempat kosong. batu karang,kencing
penyahtinjaan
pergerakan dada turun naik semasa bernafas
berdarah
bahan buangan
a) Kadar pernafasan bermaksud…………………………………………………………
b) Perkumuhan adalah penyingkiran…………………………………………dari badan.
c) Penyakit akibat tidak membuang air kencing ialah…………………………………….
d) Proses membuang air besar melalui usus besar dan dubur dikenali……………………………
(8 markah)
5.Senaraikan
Amalan BAIK di dalam Bilik Sains Amalan KURANG BAIK di dalam Bilik sains
(10 markah)
6. Jawab semua soalan Kadar pergerakan dada dalam 1 minit
Jenis Aktiviti 40
Tidur 80
Bermain Bowling 120
Berenang
a) Apakah tujuan penyiasatan?
…………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………. .(4 markah)
b) Nyatakan:-
i) Pemboleh ubah di manipulasikan:…………………………………………… (2 markah)
ii) Pemboleh ubah bergerak balas:…………………………………………….. (2 markah)
iii) Pemboleh ubah di malarkan:……………………………………………… (2 markah)
c) Apakah hubungan antara jenis aktiviti dengan kadar pergerakan dada dalam 1 minit
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………(4 markah)
d) Apakah pola perubahan pergerakan dada dalam 1 minit?
…………………………………………………………………………………… (2 markah)
e) Ramalkan pergerakan dada dalam 1 minit jika aktiviti membaca dilakukan
…………………………………………………………………………………… . (2markah)
f) Berikan kesimpulan berdasarkan penyiasatan di atas
…………………………………………………………………………………………………………
……………………. ………………………………………………. (2 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
JAWAPAN BAHAGIAN A
1D 9A 17C 25D 33A
2A 10D 18A 26B 34B
3D 11D 19D 27B 35C
4C 12D 20B 28A 36A
5A 13C 21A 29D 37D
6B 14B 22A 30A 38D
7D 15D 23A 31B 39B
8B 16B 24B 32B 40B
JAWAPAN BAHAGIAN B
1
a) peparu
b) wap air/karbon dioksida
2
c) kulit
d) peluh
3
e) ginjal
f) air kencing
4
a) pergerakan dada turun naik semasa bernafas
b) bahan buangan
c) batu karang,kencing berdarah
d) penyahtinjaan
5
Apa sahaja jawapan logic
6
a) Untuk menyiasat ubungan antara jenis aktiviti dengan kadar pergerakan dada dalam 1 minit
b)i. jenis aktiviti
ii. kadar pergerakan dada dalam 1 minit
iii. masa
c) semakin bertambah cergas jenis aktiviti semakin bertambah kadar pergerakan dada dalam 1
minit
d) 40-60 pergerakan
e) semakin bertambah cergas jenis aktiviti semakin bertambah kadar pergerakan dada dalam 1
minit