BUKU SKRAP KEMERDEKAAN
TAJUK : TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL-HAJ
NAMA:MUHAMMAD
FAKHRUL RAZIQ BIN
ABDULLAH
NAMA SEKOLAH:SEKOLAH
MENENGAH PEMANIS
ISI KANDUNGAN:
1.PENDAHULUAN
2.BIODATA
3.KERJAYA POLITIK
4.LALUAN KE KEMERDEKAAN
5.SEBAGAI PERDANA MENTERI
6.MENINGGAL DUNIA
7.PENGHARGAAN
BAPA
KEMERDEKaAN
MALAYSIA
PENDAHULUAN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990)
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari
1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun
1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang
teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga
dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
BIODATA
NAMA:TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
TARIKH LAHIR:8 FEBRUARI 1903
TEMPAT LAHIR:ALOR SETAR,KEDAH
ADIK-BERADIK:20
AYAH:SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH
IBU:CIK MENYELARA
MENINGGAL:6 DISEMBER 1990
PASANGAN:MERIAM CHONG(1933-1935)
VIOLET COULSON(1935-1946)
SHARIFAH RODZIAH BARAKBAH(1939-1990)
PEKERJAAN:PEGUAM
KERJAYA POLITIK
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk
bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian
meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan
Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah
Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum
Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain.
Datuk Onn Jaafarmengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku
menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan
Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai
presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
LALUAN KE KEMERDEKAAN
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang
berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu
merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili
kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai
tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar
Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh
emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia
yang biasa.
SEBAGAI PERDANA MENTERI
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan
ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah,
Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara"
pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri
tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970,
beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan
jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh
'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa
Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri.
MENINGGAL DUNIA
Dalam tahun-tahun terakhirnya,Tunku Abdul Rahman tinggal di
sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit,beliau tinggal di
Kuala Lumpur.Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990
pada umur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku
dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar,Alor Setar.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah ,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah
kurnianya , dapat saya menyelesaikan tugasan buku skrap
ini dengan penuh jayanya .Dengan kesempatan ini saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu
bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus
berusaha . Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang
telah saya pelajari sepanjang penyiapan buku skrap ini
dilakukan . Ianya memberi saya seribu satu makna dalam
menimba ilmu ini .
Syukur Alhamdulillah .