The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dhiakamalia1102, 2020-03-08 23:07:22

SK ABANG AMIN

SK ABANG AMIN

YBE 6301
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG AMIN

JALAN SEKOLAH 96500 BINTANGOR
SARAWAK

ASAL USUL NAMA SEKOLAH, SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH SK ABANG AMIN

Seorang tokoh yang sangat berpengaruh di kawasan Binatang, ABANG AMIN BIN ABANG BUJANG telah ditugaskan oleh pemerintahan British menjadi ketua
menjaga keamanan sekitar kawasan Binatang. Beliau mempunyai susuk tubuh yang tegap, tinggi lampai, kuat serta dipercayai kebal( tidak lut senjata). Oleh yang
demikian beliau sangat-sangat disegani oleh masyarakat sekeliling.
Seorang tokoh yang sangat berpengaruh di kawasan Binatang, ABANG AMIN BIN ABANG BUJANG telah ditugaskan oleh pemerintahan British menjadi ketua
menjaga keamanan sekitar kawasan Binatang. Beliau mempunyai susuk tubuh yang tegap, tinggi lampai, kuat serta dipercayai kebal( tidak lut senjata). Oleh yang
demikian beliau sangat-sangat disegani oleh masyarakat sekeliling.
Beliau dipercayai berasal dari Kuala Saribas bahagian Sri Aman. Beliau merantau bersama keluarga dan menetap sekejap di Sarikei. Tidak lama selepas itu beliau
bersama-sama pengikutnya cuba membina kampong di Stubah. Memandangkan tanah di situ tidak berapa sesuai untuk bercucuk tanam, maka mereka berpindah
pula ke Bunut (kira-kira 8 kilometer dari pekan Bintangor sekarang). Tetapi atas arahan British mereka terpaksa berpindah lagi ke Binatang. Di kampong Binatang
ini mereka cuba membina penghidupan baru dengan diketuai oleh ABANG AMIN BIN ABANG BUJANG.
Abang Amin bin Abang Bujang mempunyai seorang isteri yang sangat setia dan berbudi tinggi. Mereka telah dikurniakan dengan beberapa orang anak. Salah
seorang daripada anak beliau yang bernama Dayang Keng telah berkahwin dengan seorang Native Officer iaitu Tuan Haji Matahir (nama asal SK Abang Haji
Matahir, Sarikei).
Abang Amin Bin Abang Bujang telah meninggal dunia di Kampung Binatang (tarikhnya tidak dapat dipasti) dan dikebumikan di Bunut.
Untuk mengenang jasa bakti beliau itu, maka pada tahun 1935 penduduk kampong mendirikan sekolah secara bergotong royong bersempena nama beliau.

ASAL USUL NAMA SEKOLAH, SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH SK ABANG AMIN

Pada mulanya, sekolah ini dibuat daripada atap daun nipah. Penduduk kampong beramai-ramai bersekolah di situ. Ketika itu syarat kemasukan sekolah adalah
bebas. Masa belajar diatur pada masa petang saja. Pada paginya murid-murid sekolah membantu ibubapa mereka menorah getah dan bertanam padi. Pelajaran
yang diajar pula hanyalah jawi dan rumi.
Guru pertama mengajar di sekolah tersebut bernama Cikgu Abang Haji Abdul Wahab bin Abang Haji Bahak berasal dari Kuching. Pada mula pembukaan sekolah,
lebih kurang empat puluh orang murid telah mengikuti kelas yang diadakan di tempat sementaranya, di Masjid Kampung. Selepas tiga bulan, mereka berpindah
pula ke bangsal sekolah (bangunan sekolah yang terawal).
Beberapa tahun kebelakangan, penduduk kampong semakin bertambah besar, begitulah juga dengan bilangan murid sekolah. Oleh sebab bangsal sekolah atap
tidak dapat menampung jumlah murid yang terlalu ramai, maka bangsal sekolah atap itu terpaksa diperbesarkan lagi.
Dalam tahun 1938 bangunan sekolah atap dipindahkan lagi ke tempat sekarang ini.
Tertubuhnya sekolah ini pada tahun 1935 hanya masyarakat Melayu sahaja yang mendapat perkhidmatannya. Tambahan pula nama sekolah ini ketika itu ialah
Sekolah Melayu Abang Amin, Binatang.
Pada tahun 1946 pihak Majlis Daerah Binatang mula mengambil alih tugas mengendalikan pengurusan pentadbiran sekolah ini. Pada ketika itu juga nama sekolah
ini disebut Sekolah Abang Amin, Binatang (Abang Amin School, Binatang). Masyarakat Iban yang tinggal berdekatan mengambil peluang menimba ilmu di sini.
Tetapi setelah sebuah sekolah baru dibina di Bandar Binatang, mereka mula berpindah ke sekolah tersebut pula. Justeru itu tinggallah hanya penuntut Melayu
belajar di sini.
Dalam tahun 1973, sekolah ini sekali lagi menerima perubahan apabila ia diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya. Oleh yang demikian nama sekolah ini menjadi
SEKOLAH RENDAH KERAJAAN ABANG AMIN, BINTANGOR. AS.517, MERADONG.

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS DARI TAHUN 1935 HINGGA 2017 DI SEKOLAH SK ABANG AMIN

BIL TAHUN NAMA GURU BESAR

1. 1935 - 1937 EN ABG HJ ABDUL WAHAB

2. 1938 EN EDED B MAHRUF
EN ADENI B GHANI
3. 1939 EN ABDULLAH B GALAU
4. 1940 EN WAN ABDULLAH SAIED OSMAN
EN ALIAS B ABDUL RAHMAN
5. 1941 EN EDED B MAHRUF
6. 1942 - 1944 EN SHAMSUDIN B NOR PUTEH
7. 1945 - 1949 EN ABG ABDUL RAHMAN B ABG HJ MOHAMAD
8. 1950 EN IBRAHIM B ABDULLAH
9. 1951
EN JARAIEE ABET MANSOR
10. 1952 - 1959 EN ROBERT CHIU
EN CHIENG HEE UNG
11. 1960 EN MICHAEL CHIN
12. 1961 - 1962 EN CHIENG HEE UNG
13. 1963 - 1965 EN LAU KA WOON
14. 1966 EN ABDULLAH B ZOLL
15. 1967 - 1972 EN ABG MASALUS B ABG MANSOR- Menjalankan Tugas
16. 1973 - 1984
17. 1985 - 1993 EN WAN BUJANG B WAN IBRAHIM
EN NASIR B MASANI
18. 1994 EN ABG SAZALI B ABG MASAGUS
PN SAFIAH BT HJ TAI
19. 1995 - 1997 EN ABANG SAINI B ABANG HARON
20. 1998 - 2002
21. 2002 - 2007
22. 2008 - 2015

22 Jun 2015 HINGGA
23. SEKARANG

LOGO SEKOLAH DAN MAKSUD

• Warna Merah – Lambang Keberanian warga SK Abang Amin dalam menghadapi rintangan
globalisasi.

• Warna Kuning – Lambang Keluhuran dan Ketelusan
• Warna Hijau – Lambang Warna Rasmi sekolah dan keharmonian.

KOLEKSI GAMBAR – GAMBAR SK ABANG AMIN, BINTANGOR

- TERIMA KASIH -


Click to View FlipBook Version