dhiakamalia1102
  • 136
  • 2
PERKHEMAHAN PERDANAN UNIT BERUNIFORM SKAA 2024
Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Kem Kepimpinan Pengawas merupakan satu aktiviti anjuranbersama Unit Ko-kurikulum SK Abang Amin. Program ini dirancang bagi memberi pendedahan kepada murid-murid untuk memperoleh pelbagai asaskemahiran perkhemahan dan mengukuhkan pasak kepimpinan jati diri murid-murid. Selain itu, pelaksanaan programini juga merupakansalah satu kaedah pendidikan luar bilik darjah yang mampu untuk memberi pengalaman yang berguna kepada murid-murid. Bahkan program ini sekaligus memperkembang pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan dalam pengendalian perkhemahan. Menerusi programini juga dapat menyediakan murid-murid supaya berkemahiran dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan program perkhemahan sebagai persediaan untuk berkhidmat di sekolah nanti. Sehubungan dengan itu, program ini dari sudut yang lain juga secara tidak langsung merealisasikan pembinaan modal insan yang seimbangsecara holistik dari segi kurikulum dan ko-kurikulum sejajardengan Falsafah Pendidikan Negara.
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications