Muhd Ammar bin Remly 22095052 ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN
Pengenalan 01 Etika sebagai Asas 02 Profesionalisme Keguruan Etika Profesionalisme 03 Etika Kerja KPM 04 Etika Pengajaran 05 Isi Kandungan 06 Etika Tingkah Laku 07 Etika Perkhidmatan Awam 08 Kesimpulan
DEFINISI ETIKA •Kamus Dewan (2004), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. •Dengan erti kata lain, etika menjadi teras dan tunggak kepada keperibadian atau kelakuan penjawat awam supaya berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik mengikut kewajiban dan tanggungjawab moral mengikut profesion tersebut. •Etika juga dikatakan sebagai satu garis panduan. PENGENALAN DEFINISI PROFESIONALISME •Sifat-sifat kemahiran atau cara pelaksanaan sesuatu perkhidmatan sebagaimana wajar yang perlu dilakukan oleh seorang profesional. •Guru yang bersikap professional seperti mempunyai komitmen yang tinggi dan memberi usaha yang maksimum dalam menjalankan tugas berupaya mencapai kualiti seorang guru yang berkesan dan efektif.
DIMENSI ETIKA: ETIKA PROFESIONALISME ETIKA PENGAJARAN ETIKA TINGKAHLAKU ETIKA PERKHIMATAN AWAM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ETIKA SEBAGAI ASAS PROFESIONALISME KEGURUAN
ETIKA PROFESIONALISME •Etika profesionalisme keguruan merujuk kepada prinsip moral dan standard tingkah laku yang diterapkan atau diamalkan oleh guru dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang pendidik. •Suatu alat kawalan sosial terhadap golongan profesional yang membolehkan organisasi dan masyarakat mengawasi dan menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa (AbdurrozzaqHasibuan, 2017). •Mekanisme kawalan sosial terhadap golongan profesional daripada pelbagai bidang profesion (Roger P. Worthingtona, 2015). •Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (1971) - mencadangkan Etika Profesion Perguruan (EPP) diwujudkan bagi pembentukan tatasusila guru. •Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Etika Profesional keguruan sejak tahun 1970 an.
ETIKA PROFESIONALISME •Etika Kerja KPM, Kod Etika Guru dan Standard Guru Malaysia perlu dititik beratkan oleh seorang guru. •Etika perguruan Malaysia (2003) berlandaskan kepada Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang berdasarkan beberapa prinsip (Akhiar, Shamsina & Muhamad Kushairi, 2012). •Guru bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dicapai dengan jayanya (Alis Puteh,2016). •Profesionalisme dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan pelbagai cara seperti pembangunan diri, penerbitan ilmiah dan kerja inovatif (Shofia Maghfiroh dan Delfi Eliza, 2021).
ETIKA SEBAGAI ASAS PROFESIONALISME KEGURUAN Guru memainkan peranan penting dalam membentuk watak, sahsiah dan moral murid - tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Pengamalan Etika Kerja adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri - pendidik yang berakhlak mulia. Setiap salah laku yang kemungkinan akan dilakukan akan menjejaskan nama baik profesion perguruan dan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap tugas guru yang diamanahkan. Etika akan dijadikan asas bagi membentuk tingkah laku, hubungan yang harmoni, pembangunan masyarakat dan memelihara imej profesionalisme keguruan. Setiap guru seharusnya menjalankan setiap tugas yang telah diamanahkan tanpa melanggar etika kerja ini agar profesionalisme keguruan tetap dijaga. Bidang perguruan mempunyai beberapa garis panduan untuk dijadikan rujukan seperti: 1.Etika Kerja KPM 2.Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia 3.Peraturan Dalam Pendidikan (Kelakuan dan Tataterbit 1993 - Pindaan 2002) 4.Pelan Intergrasi Nasional 5.Model Kepemimpinan Etika
etika kerja kpm
KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA
NILAI -NILAI PROFESIONALISME
ISU SEMASA BERKAITAN ETIKA PROFESIONALISME
ETIKA PENGAJARAN
ETIKA PENGAJARAN
CONTOH ETIKA GURU DALAM PENGAJARAN Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik para pelajarnya sehingga menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan. Guru perlu mengamalkan etika dalam pengajaran yang telah digariskan dalam panduan etika profesion perguruan seperti:
ISU SEMASA BERKAITAN ETIKA GURU DALAM PENGAJARAN https://berita.rtm.gov.my/laporan-khas/kolumnis/senaraiberita-kolumnis/senarai-artikel/etika-didik-hiburmenggunakan-media-sosial-disekolah%20(7%20Mei%202024) https://bernama.com/bm/tintaminda/news.php? id=2082906(20%20Mei%202022)
ETIKA TINGKAH LAKU Seorang guru perlu menjaga tingkah laku. Profesion keguruan merupakan profesion amat terpuji dan mulia di kaca mata masyarakat. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Ini kerana guru bukan sahaja mengajar subjek tertentu di dalam kelas malah mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Para guru dituntut agar sentiasa profesional dalam menjalankan amanah sebagai seorang pendidik dan perlu mematuhi peraturan yang termaktub dalam etika profesion keguruan.
TINGKAH LAKU YANG MENCEMARKAN IMEJ GURU
ETIKA PERKHIDMATAN AWAM PENGENALAN
PERINSIP ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
OBJEKTIF ETIKA PERKHIDMATAN AWAM Meningkatkan keyakinan terhadap integriti penjawat awam yang merupakan agen dalampelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan perkhidmatan yang diberikan. Memastikan perkhidmatan awam yang efektif. Pembudayaan etika iaitu bersih, cekap dan amanah dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam. Memenuhi kehendak rakyat dan meningkatkan kepercayaan kepada kerajaan. Harapannya ialah dengan wujudnya etika perkhidmatan awam ini, semua penjawat awamboleh memahami dan menghayati panduan ini serta membudayakannya melalui pembinaan sahsiah yang berterusan bagi memenuhi ekspektasi rakyat seterusnya meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
PERANAN PERKHIDMATAN AWAM Perkhidmatan awam adalah satu institusi utama masyarakat dan negara. Memberikan perkhidmatan kepada Raja, Kerajaan dan masyarakat (rakyat) dengan penuh kesetiaan. Bertanggungjawab membentuk masyarakat yang adil dengan sistem ekonomi yang berpandukan kepada kepentingan awam. Menjalankan hak-hak dan kuasa-kuasanya dengan penuh tanggungjawab serta berlaku adil kepada rakyat yang menerima khidmatnya.
AGENSI PERKHIDMATAN AWAM
ISU BERKAITAN PERKHIDMATAN AWAM
Kesimpulan Kesimpulannya, etika profesionalisme keguruan amat penting kerana: •Menjaga kepercayaan orang ramai terhadap profesion pendidikan. •Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong pelajar. •Memastikan keadilan, integriti dan standard yang tinggi dalam pengajaran. •Menggalakkan tanggungjawab sosial dan komitmen terhadap pembangunan diri yang mampan. Dengan melaksanakan etika profesionalisme, guru boleh memberi sumbangan positif dalam membentuk masa depan generasi muda dan membina masyarakat yang lebih baik secara menyeluruh.
Terima Kasih