NOORLAILATUL RASSHIKIN BTE HJ MAD RASID
NO 17, KAMPUNG PADANG TEMBAK,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN.
__________________________________________________________________
PENGARAH
HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA,
31250 TANJUNG RAMBUTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN.
11 DISEMBER 2021
Tuan / Puan
PERMOHONAN PERTUKARAN TEMPAT KERJA
Dengan ini merujuk kepada perkara di atas, saya Noorlailatul Rasshikin Bte Hj Mad Rasid yang
sedang berkhidmat sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan (Gred U11) di Hospital Bahagia Ulu
Kinta ingin memohon pertukaran tempat kerja.Saya telah menghantar borang permohonan di atas
talian melalui HRMIS.
2. Untuk makluman,pertukaran ini adalah kerana ayah saya tidak sihat dan mempunyai
masalah kesihatan yang kronik (kanser usus tahap 3).Ayah sayaperlu menjalani rawatan susulan
Doktor dan Kimo.Jadi saya perlu berulang alik dari Perak ke Kedah dengan anak bersabung nyawa
di jalan raya melalui perjalanan sejauh 149KM.Kos berulang alik yang tinggi menyebabkan saya
sering kesempitan wang.Justeru, saya juga merancang untuk membawa ayah dan ibu yang uzur
dan mempunyai masalah kesihatan untuk tinggal bersama jika penempatan saya berjaya.
3. Faktor lain, saya mahu berpindah ke Johor kerana berikutan jarak antara saya dan suami
sejauh 517KM.Kini saya bertugas di Perak manakala suami saya bertugas di Johor.Jadi masa
untuk menumpukan perhatian kepada anak sedikit terabai.
4. Saya juga sangat bimbang dengan keselamatan diri yang duduk berdua dengan anak di sini
tanpa saudara mara.
5. Oleh yang demikian, besar harapan saya sekiranya permohonan ini mendapat
pertimbangan sewajarnya daripada pihak Tuan / Puan.Kerjasama dari pihak Tuan / Puan tentang
perkara ini amatlah saya hargai dan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,
Yang Benar,
(NOORLAILATUL RASSHIKIN BTE HJ MAD RASID)
880427-02-5724