The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Rifqi, 2024-01-24 21:41:23

MUHAMMAD AMRU FITRI

MUHAMMAD AMRU FITRI

1 SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN KSK 4024 KONFIGURASI RANGKAIAN DAN UJIAN PENYAMBUNGAN NAMA : MUHAMMAD AMRU FITRI BIN MOHD ALIAS PROGRAM : S2 KSK2


2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA / ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 KONFIGURASI RANGKAIAN DAN PENGUJIAN PENYAMBUNGAN 3 2 STABILITY TEST 3 3 FREQUENCY SCANNING TEST 3 - 4 4 POWER LOAD TEST 4 5 REMOTE TEST 4 6 PING TEST 5 7 NETWORK SPEED TEST 5 8 SERVICE TEST 5 9 AUTHENTICATION TEST 6


3 KONFIGURASI RANGKAIAN DAN PENGUJIAN PENYAMBUNGAN Pembangun sistem rangkaian komputer perlu melaksanakan konfigurasi rangkaian dan pengujian penyambungan rangkaian bagi memastikan sistem rangkaian komputer yang dibangunkan dapat dibangunkan mengikut standard yang betul. Pelaksanaan konfigurasi rangkaian ini juga berfungsi dalam mengenalpasti setiap permasalahan yang timbul dalam pembangunan sistem rangkaian yang dibina. STABILITY TEST Pengujian kestabilan merupakan sebuah pengujian yang menguji tahap kestabilan sesebuah sambungan dalam rangkaian tersebut. Pengujian kestabilan ini merangkumi pengujian kestabilan internet dan juga pengujian lain seperti pengujian sambungan yang dibina dalam sesebuah rangkaian. penguji perlu memeriksa dahulu sambungan fizikal dan logikal sesebuah rangkaian terlebih dahulu sebelum melakukan pengujian kestabilan. FREQUENCY TEST Pengujian imbasan frekuansi ini dilakukan bukan sahaja untuk menguji bilangan atau mengukur frekuensi yang ada tetapi juga untuk menguji tahap sambungan internet atau sambungan rangkaian yang ada dalam sesebuah persekitaran. Pengujian ini penting untuk menguji sama ada sambungan


4 rangkaian dapat disambungkan dengan baik dan adakah sambungan rangkaian yang bergerak berdasarkan gelombang frekuensi itu dapat dilakukan dengan baik atau tidak. POWER LOAD TEST Pengujian beban kuasa adalah satu pengujian yang dijalankan ke atas beban kuasa yang menjadi pusat bekalan kuasa atau tenaga kepada peranti- peranti elektrik atau elektronik. Fungsi bekalan kuasa adalah untuk menukarkan arus elektrik suatu sumber merngikut voltan arus dan frekuansi untuk menghidupkan muatan atau peranti. Pengujian beban kuasa ini dibuat bagi memastikan beban kuasa yang diijana kepada peranti menerima beban kuasa yang sepatutnya dan tidak kurang mahupun terlebih. REMOTE TEST Remote test berfungsi untuk membolehkan satu komputer kepada satu komputer berhubung secara jarak jauh yang menjalankan Windows lain yang disambungkan ke rangkaian yang sama atau ke internet. anda boleh menggunakan semua program , fail , dan sumber-sumber rangkaian komputer kerja anda dari komputer rumah anda, dan ia hanya seperti anda duduk di hadapan komputer anda di tempat kerja. Selain daripada remote desktop, aplikasi lain yang boleh digunakan dalam remote test adalah aplikasi Team Viewer.


5 PING TEST Ujian Ping bertujuan untuk menguji sambungan TCP/IP dengan menggunakan arahan ping, gunakan paparan arahan ipconfig untuk memastikan bahawa rangkaian anda bukan dalam keadaan media terputus. NETWORK SPEED TEST Network Speed Test mengukur kelewatan rangkaian, kelajuan muat turun (download) anda dan kelajuan muat naik (upload). Network Speed Test mengukur sambungan rangkaian anda dan pemprosesan dengan menggunakan pelayan diseluruh dunia . SERVICE TEST Tracert adalah satu alat yang berasaskan Windows yang membolehkan anda untuk membantu menguji infrastruktur rangkaian anda. Utiliti TCP/IP ini membolehkan anda untuk menentukan laluan paket data melalui rangkaian untuk mencapai pelbagai destinasi. Tracert berfungsi dengan meningkatkan nilai "Time To Live" (TTL) setiap paket data yang dihantar berturut-turut. Tracert boleh membantu anda mencari lokasi dalam rangkaian yang disalurkan sama ada tidak betul atau tidak wujud sama sekali jika diguna dengan betul.


6 AUTHENTICATION TEST Pengesahan (Authentication) adalah tindakan menubuhkan atau mengesahkan sesuatu (atau seseorang) sebagai sahih, iaitu, bahawa tuntutan yang dibuat oleh atau mengenai perkara itu adalah benar. pengesahan adalah proses percubaan untuk mengesahkan identiti digital penghantar komunikasi.


Click to View FlipBook Version