MPU 21032 | PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI SEBAGAI
PLATFORM INTERGRASI
LECTURER
PUAN SOLEHAH BT SAMSUDIN
ISI KANDUNGAN
NO KANDUNGAN MUKA SURAT
1 AHLI G6 3-4
2 PENGENALAN 5
3 OBJEKTIF 6
5 CONTOH-CONTOH INSTITUSI PENGAJIAN 7-8
TINGGI
6 cabaran-cabaran yang dihadapi oleh IPT 9
sebagai platform integrasi
10-12
7 KEPENTINGAN -KEPENTINGAN IPT 13-15
8 LANGKAH-LANGKAH MENGUKUHKAN PERPADUAN 16
DALAM IPT 17
18
9 KESIMPULAN
10 RUJUKAN
11 JADUAL TUGASAN AHLI KUMPULAN
G6
NAMA:HAFIZUL EHSAN BIN HAZARUDDIN
NO PENDAFTARAN:01DSB22F1017
NAMA:ADAM HARITH BIN MOHD HAMIDI
NO PENDAFTARAN:01DSB22F1032
NAMA:TIONG YONG SERN
NO PENDAFTARAN:01DSB22F1027
NAMA:DANIEL EKHWAN BIN DZUL
HADZRI
NO PENDAFTARAN:01DSB22F1004
NAMA:MUHAMMAD MUTAWAKKIL
SYAFAAT BIN YAHYA
NO PENDAFTARAN:01DSB22F1024
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri
daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan
India. Perbezaan antara kaum ini dapat dilihat
dengan jelas melalui bahasa, gaya hidup, pemakaian
dan juga politik.
Integrasi pula bermaksud penggabungan atau
pergabungan beberapa kaum, unsur atau bahagian
menjadi satu kesatuan atau penyatuan.
Institusi pengajian tinggi atau IPT merupakan sebuah
institusi pengajian yang setaraf dengan universiti. IPT
penting bagi memenuhi keperluan sosial terutama
dalam bidang ilmu masyarakat seperti pendidikan
dan penyelidikan. Di IPT, interaksi sosial berlaku
melibatkan para pekerja, staf, pensyarah dan pelajar
terutamanya. Dengan itu, IPT merupakan platform
yang sangat penting bagi masyarakat memahami
perbezaan antara satu sama lain seterusnya
membentuk dan membina sebuah masyarakat yang
bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama.
OBJEKTIF
Mengenali Institusi Pengajian Tinggi yang
terdapat di negara Malaysia
Mengetahui cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh IPT sebagai platform
integrasi
Mengetahui kepentingan IPT bagi
mengukuhkan perpaduan negara
Mengetahui langkah-langkah untuk
menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh
IPT
CONTOH-CONTOH INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI
IPTA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA(USM)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA(UPM)
UNIVERSITI MALAYA(UM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA(UiTM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA(UTM)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)
UNIVERSITI PERTAHANAN NATIONAL MALAYSIA(UPNM)
IPTS
ASIA-E-UNIVERSITY(AEU)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM)
MULTIMEDIA UNIVERSITY(MMU)
WAWASAN OPEN UNIVERSITY(WOU)
SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE(SUC)
NILAI UNIVERSITY COLLEGE(NUC)
HELP UNIVERSITY COLLEGE(HUC)
POLITEKNIK
POLITEKNIK UNGKU OMAR(PUO)
POLITEKNIK SHAH ALAM(PSA)
POLITEKNIK JOHOR BAHRU(PJB)
CABARAN-CABARAN YANG
DIHADAPI OLEH IPT SEBAGAI
PLATFORM INTEGRASI
Etnik yang beza
Cabaran sering dihadapi adalah nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara
dalam masyarakat majmuk.Hal ini dikatakan demikian kerana IPT
bukan sahaja terbuka kepada satu kaum sahaja tapi kepada kaum
yang perbeza. Terdapat juga yang IPT terbuka kepada orang asing
untuk sambung pembelajaran di negara kita. Jika hendak
menjadikan IPT sebagai platform integrasi, perbezaan dari segi
agama, bahasa, dan kebudayaan telah menjadi cabaran yang
terutama
Perbezaan unsur kebudayaan
Cabaran yang dihadapi adalah perbezaan unsur
kebudayaan.Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini
sememangnya tidak dapat dielakkan kerana setiap kaum
mempunyai kebudayaan mereka sendiri yang menjadi identiti
mereka.
Jarak sosial yang wujud akibat kurang interaksi
Di samping itu, jarak sosial yang wujud akibat kurang interaksi. Hal
ini dapat dilihat melalui wabak covid-19 yang menjadikan Malaysia
Government Movement Control Order(MCO&PKP).Hal ini telah
menyebabkan pelajar tidak dapat hadir diri ke kelas untuk belajar
dan hanya belajar melalui atas talian,hal iini juga berlakunya
kurang interaksi antara pelajar dengan pelajar
Oleh itu, terdapat pelbagai cabaran yang sering dihadapi oleh IPT
untuk menjadi platform integrasi.Bagi menyelesaikan masalah
berikut, kerajaan haruslah mengetengahkan cara penyelesaian bagi
menghalang peristiwa berikut meningkat secara beransur-ansur
KEPENTINGAN INTEGRASI DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
LANDASAN TERHADAP PENYEBARAN ILMU TERHADAP
GRADUAN
Antara kepentingan berintegrasi di Institusi Pengajian
Tinggi adalah bertujuan untuk sebagai landasan terhadap
penyebaran ilmu terhadap graduan. Hal ini kerana pelajar
dapat memperolehi banyak peluang untuk mendapatkan
ilmu yang lebih luas pengetahuan dan dapat melangkah
jauh ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini, pelajar
juga dapat mendalami ilmu secara holistik di mana ianya
tidak hanya tertumpu kepada ilmu akademik sahaja. Malah,
ianya juga meliputi ilmu sains sosial yang melibatkan
interaksi antara masyarakat di sekeliling dalam
kehidupan. Contohnya, terdapat beberapa IPTA yang sudah
mula menjalani Kursus hubungan Etnik sejak tahun 2006
bertujuan untuk mendedahkan konsep-konsep yang
berkaitan dengan hubungan etnik. Sehubungan dengan
itu, pelajar juga berpeluang untuk melakukan aktiviti
secara bersama-sama yang juga terdiri daripada pelbagai
pelajar yang berlainan bangsa bagi meningkatkan
keupayaan dalam memahami konsep dan mendalami ilmu
yang lebih tinggi melalui interaksi antara mereka.
SALURAN UNTUK MEMAJUKAN PERTUMBUHAN
NEGARA
Selain itu, kepentingan ini juga bertujuan sebagai
saluran untuk memajukan pertumbuhan negara. Hal ini
kerana usaha dalam membentukkan ekonomi baharu di
negara kita ini juga bergantung terhadap generasi
muda pada zaman kini. Malah, melalui saluran input
yang telah dibekalkan di sesebuah IPTA ini juga dapat
menghasilkan sebuah kumpulan graduasi baharu yang
bermutu tinggi dan cekap dalam usaha untuk
merancang dan menubuhkan ekonomi baharu di
negara kita pada peringkat yang lebih tinggi pada
generasi yang akan datang. Kesannya, kestabilan
ekonomi akan terjamin dari segi politik dan sosial
dengan lebih seimbang dan sekata. Hal ini juga
disebabkan oleh terdapat beberapa golongan
masyarakat yang bersatu padu antara satu sama lain
tidak kiralah kaum dan bangsa yang telah
dipraktikkan sejak zaman sebelum melangkah ke alam
pekerjaan.
MEMPEROLEH KOKURIKULUM YANG SAMA
Seterusnya, ianya juga dapat memperoleh kokurikulum
yang sama. Hal ini bertujuan kerana melalui
kokurikulum, ianya dapat membina kemahiran tambahan
terhadap seorang pelajar selain daripada menceburi dan
mendalami prestasi dalam bidang akademik. Sehubungan
dengan itu, kokurikulum juga dapat menyeimbangkan
perkembangan pelajar yang lengkap dengan jasmani,
rohani, dan emosi. Dengan ini, ianya dapat melahirkan
rakyat yang mendukung cita-cita yang tinggi dalam
mewujudkan perpaduan yang berpandukan kepada rukun
negara dan malah, ianya juga dapat menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara
pada generasi yang akan datang.
MENINGKATKAN KEBOLEHAN DALAM KOMUNIKASI
Di samping itu, ianya juga dapat meningkatkan kebolehan
dalam berkomunikasi. Hal ini kerana pelajar yang
berinstitut di IPTA atau di mana-mana institusi lain
sering melakukan kerja secara berkumpulan dan mereka
juga dapat menbentangkan idea yang baharu kepada
rakan-rakan mereka. Sehubungan dengan itu, ini juga
dapat membolehkan mereka lebih banyak berpeluang
untuk mendapatkan kerja yang tetap dan cekap untuk
masa hadapan mereka dan juga menyumbang kepada
ekonomi negara pada generasi akan datang. Komunikasi
ini juga dapat menjadikan mereka lebih mudah untuk
menyampaikan ilmu dan maklumat dengan lebih mudah
dan cepat kepada orang lain.
LANGKAH-LANGKAH MENGUKUHKAN
PERPADUAN DALAM IPT
Hubungan etnik dan perpaduan merupakan isu
yang penting dalam pembinaan negara yang
berbilang etnik. Di Malaysia, selain daripada
tiga etnik yang utama iaitu Melayu, Cina dan
India,terdapat juga etnik seperti
Kadazandusun, Bajau, Iban dan sebagainya.
Kepelbagaian ini memerlukan perpaduan
antara etnik supaya semua etnik ini dapat
hidup bersama dan berusaha memajukan
negara dengan aman harmoni tanpa perasaan
syak wasangka.
Bagi mewujudkan perpaduan di kalangan
pelajar, terutama sekali bagi institusi
pengajian tinggi(IPT) yang terdiri dari
pelbagai kaum dan bangsa seperti pelajar-
pelajar IPT adalah penting bagi pihak
universiti untuk merangka strategi yang akan
membolehkan semuapelajar untuk memahami
dan menghormati kaum dan bangsa yang lain.
Antara langkah-langkahyang boleh
dijalankan bagi memupuk pemahaman ini
adalah:
1.Menyambut perayaan bagi kaum-kaum yang
terdapat di universiti.
Perpaduan dalam kalangan pelajar akan
wujud sekiranya terdapat perasaan saling
hormatmenghormati di kalangan pelajar
universiti. Perasaan ini akan wujud sekiranya
setiap pelajar memahami dan menghormati
setiap kepercayaan bagi kaum-kaum yang lain.
Perasaan ini dapat diterapkan melalui
sambutan perayaan-perayaan kaum tersebut.
Menerusi sambutan perayaan tersebut, para
pelajar akan dapat merasai pelbagai juadah
makanan yang disediakan, melihat dan
mempelajari dari persembahan tarian atau
budaya kaum lain serta lebih memahami setiap
amalan kaum tersebut melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan sepanjang perayaan tersebut.
Sebagai contoh, Jamuan Rumah Terbuka yang
boleh dianjurkan oleh pihak INTI Penang akan
menggalakkan penyertaan semua pihak seperti
pensyarah dan staf terutama sekali para
pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum serta
pelajar antarabangsa dari universiti lain.
Program seperti iniakan membuka peluang
kepada setiap pelajar untuk berkongsi adat
budaya mereka danmengeratkan perpaduan
hubungan antara kaum serta menjadi contoh
yang positif dalam usahamemupuk semangat
perpaduan.
2. AKTIVITI KOKURIKULUM
SETERUSNYA, Langkah yang boleh diterapkan
di institusi pengajian tinggi ke arah
mewujudkan perpaduan dalam kalangan
pelajar adalah melalui kokurikulum seperti
kelab dan sukan. SETIAP IPT mempunyai
pelbagai kelab dan sukan seperti bola sepak,
bola jaring, badminton, tenis.
pelbagai kelab kebudayaan dan bahasa PERLU
DIGALAKKAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT.
Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri di
luar sistem akademik supaya dapat membantu
mereka untuk bergaul bersama pelajar
berlainan etnik yang mempunyai minat yang
sama serta mewujudkan dan mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan pelajar. Menerusi
aktiviti-aktiviti bepersatuan ini juga akan
membuatkan pelajar mempunyai semangat
kekitaan terutama sekali apabila boleh
bertutur didalam bahasa kaum lain ataupun
menyertai aktiviti-aktiviti kaum lain. Selain
itu, kesamarataan dalam jawatan kuasa
kepimpinan pelajar di dalam kelab dan
persatuan juga akan mewujudkan perpaduan
dan pendedahan dalam aspek jasmani serta
mewujudkan persaingan sihat antarapelajar.
KESIMPULAN BY
MUHAMMAD MUTAWAKKIL SYAFAAT BIN YAHYA
Kesimpulannya, bukan mudah untuk mencapai apa yang
negara Malaysia memperoleh hari ini. Justeru itu, setiap
warga Malaysia perlu bersyukur di atas kejayaan yang
dapat diperolehi oleh pelajar institut pengajian tinggi.
Institut pengajian tinggi juga bukan lagi hanya tempat
belajar tetapi untuk membimbing pelajar menjadi seorang
yang mempunyai nilai dan etika Ketika bercakap, bermain
dan memberi keutamaan kepada orang yang memerlukan.
Seterusnya, kajian juga dapati bahawa institut pengajian
tinggi merupakan satu batu loncatan untuk membantu
mengukuhkan perpaduan kaum dikalangan pelajar. Selain
itu, institut pengajian tinggi dapat menguatkan semangat
perpaduan pelajar dan pengajar di samping memberikan
ilmu pengetahuan kepada pelajar. Setiap orang pasti akan
melangkah ke alam pekerjaan dan keadaan ini dapat
membantu pelajar meningkatkan semangat cinta akan
negara berdasarkan Bahasa Melayu sebaga bahasa
kebangsaan, sukatan kurikulum yang bersepadu dan sistem
peperiksaan yang setaraf negara lain.
RUJUKAN
https://iptplatformintegrasi.blogspot.com/20
21/05/institusi-pengajian-tinggi-sebagai.html
http://dsys.com.my/senaraiipt.html
https://www.researchgate.net/profile/Supyan
-
Hussin/publication/282503796_Rumusan_Am
alan_Trend_dan_Cabaran_Pelaksanaan_e-
Pembelajaran_di_IPT_Malaysia/links/561103e
008ae6b29b49d021b/Rumusan-Amalan-
Trend-dan-Cabaran-Pelaksanaan-e-
Pembelajaran-di-IPT-Malaysia.pdf
https://www.coursehero.com/file/46661714/5
-langkah-perpaduan-di-IPTdocx/
JADUAL TUGASAN AHLI
KUMPULAN
NO. NAMA NO.. PENDAFTARAN TUGASAN
KEPENTINGAN
ADAM HARITH BIN 01DSB22F1032 INTEGRASI DI
1 MOHD HAMIDI
INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI
PENGENALAN
HAFIZUL EHSAN BIN 01DSB22F1017 KESIMPULAN
2 HAZARUDDIN
l OBJEKTIF
l CABARAN-
01DSB22F1024 CABARAN YANG
DIHADAPI OLEH IPT
MUHAMMAD SEBAGAI PLATFORM
MUTAWAKKIL INTEGRASI
3 SYAFAAT BIN YAHYA CONTOH-CONTOH
INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI
LANGKAH-LANGKAH
4 TIONG YONG SERN 01DSB22F1027 MENGUKUHKAN
PERPADUAN DALAM
IPT
DANIEL EKHWAN BIN 01DSB22F1004
5 DZUL