The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengurusan & Pendaftaran Pelajar Baharu PISMP Ambilan Jun 2023/2028

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IPGKTI LAW SIAO SIU, 2023-08-09 04:48:25

Buku Program PPPB IPGKTI

Pengurusan & Pendaftaran Pelajar Baharu PISMP Ambilan Jun 2023/2028

Keywords: PPPB,PISMP,2023/2028,IPGKTI

PENGURUSAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PISMP AMBILAN JUN 2023/2028 MEMBENTUK GURU BERJIWA PENDIDIK


Setitis Tinta Sejambak Bicara REKTOR IPGM Program Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu yang dilaksanakan ini merupakan satu langkah awal dalam menempuh arus penyesuaian diri dengan suasana IPG yang jauh berbeza daripada alam persekolahan. Manfaatkanlah segala pengalaman dan pengetahuan yang di perolehi sepanjang program ini dengan sebaik-baiknya. Anda adalah bakal pendidik. Oleh itu adalah menjadi harapan saya agar anda berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi guru pelatih yang cemerlang, yang memiliki minda kelas pertama, seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan dan perpaduan masyarakat, bangsa dan negara tercinta. Sepanjang menimba ilmu di IPG, anda perlulah berusaha untuk meneroka seterusnya memiliki pelbagai ciri insan cemerlang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, kreatif, konstruktif, saintifik, progresif, inovatif, kritikal, global dan analitikal, rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketrampilan, yakin, bebas, berdikari dan berdaya saing, seterusnya lahir sebagai guru yang berjiwa pendidik. Bagi memastikan hasrat menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia tercapai, anda perlu menanamkan azam untuk mengukuhkan jati diri tanpa dibolosi dengan unsur-unsur kemunduran dan kelesuan. Anda perlu membangunkan karektor guru unggul dengan mengasah tahap keilmuan dan kepelbagaian kemahiran tinggi untuk dibawa ke dalam arus dunia pendidikan masa kini, berpersonaliti unggul menerusi nilai-nilai positif seperti berkeyakinan tinggi, berwibawa, mampu bekerjasama dan bertoleransi serta mampu menguasai kemahiran insaniah. Saya yakin semua guru pelatih mampu dan bijak dalam mengolah segala pengalaman, ilmu dan kemahiran kerana anda adalah penyuluh intelektual masa depan negara. Akhir kata, semoga anda tabah dan bersedia menyahut cabaran dengan minda yang terbuka sepanjang tempoh pengajian di IPGKTI demi memikul amanah diri, keluarga, bangsa dan negara. Sekian terima kasih. DR. ROSLI BIN YACOB Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), IPGK Temenggong Ibrahim kerana telah berjaya mendapat tempat antara ribuan permohonan untuk menyambung pelajaran ke IPG. Sesungguhnya anda adalah antara insan yang amat bertuah kerana berjaya menembusi pelbagai kriteria pemilihan sebelum terpilih ke sini.


Sekapur Sirih PENGARAH IPGK TEMENGGONG IBRAHIM Pembuka bicara, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang ke IPGK Temenggong Ibrahim kepada semua pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2023/2028. Saya mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari sekalian ke kampus ‘Semaian Subur’ ini bagi kesinambungan kalian menuntut ilmu. Program Pengurusan Pelajar Baharu yang diadakan ini merupakan satu platform bagi membolehkan anda mengenali antara satu sama lain di samping belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya kampus ini. Melalui program ini juga, anda akan didedahkan dengan kandungan kurikulum serta struktur kursus yang akan anda pelajari selama lima tahun di sini. Bagi pihak IPGKTI, saya berharap anda dapat memanfaatkan segala sumber yang ada di IPG ini secara optimum dan belajar untuk hidup berdikari. Selain itu anda digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti di dalam dan di luar kampus. Dengan cara ini anda dapat mempertingkatkan kemahiran diri dalam komunikasi, dapat membina bakat kepimpinan, ketahanan diri dan emosi sejajar dengan profesion perguruan yang akan anda ceburi nanti. Akhir kata saya berdoa agar program ini dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Selamat menempuh kehidupan baharu di kampus Seminatum Floreat ini. #ipgkti bersama membangun insan Sekian terima kasih. MOHD ZAIN BIN BADUI Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Assalamualaikum W.B.T. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Alhamdulilah dipanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu Ambilan Jun 2023/2028 peringkat IPGK Temenggong Ibrahim dapat dilaksanakan.


SENARAI JAWATANKUASA Penasihat Tn. Hj. Mohd. Zain bin Badui Penolong Penasihat Dr. Hjh. Wan Noor Siah binti Wan Abdullah Pengerusi Dr. Mohd Zairi bin Husain Penyelaras & Setiausaha En. Mohd Saidi bin Abd Rahman Bendahari En. Azlan bin Awang Penyelaras Majlis & Acara IPGK Tn. Hj. Mohd Kudus bin Mat (JPIM) Penyelaras JPP Ts. Muhd Ashraf Fahmi bin Mustafa Penyelaras Taklimat PPPB Ts. Muhd Ashraf Fahmi bin Mustafa Pn Elme binti Alias Kehadiran Aktiviti Pn. Halidah binti Md. Jedi Penyelaras Mentor Pn. Siti Shamizatulfiza binti Abd Paris Khan Lalu Lintas & Keselamatan Unit Kokurikulum JK Keselamatan Kampus Pengawal Keselamatan Penginapan Ketua Kolej Kediaman Ketua Warden Unit Asrama Kerohanian & Moral Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Buku Program Jabatan Matematik Persembahan & Latar Hias Jabatan Sains Sosial Hiasan Dewan Jabatan Pengajian Teknik dan Vokasional Susunan Tempat & Pengangkutan Unit Pengurusan & Perkhidmatan Jamuan Jabatan Bahasa Unit Praktikum Teknikal Unit Teknikal & ICT Teks Ucapan Jabatan Pengajian Melayu Pengacara Majlis Dr. Mohd Zulfahmi bin Bahaudin Dr. Mardiana binti Idris Sambutan Jabatan Sains Jemputan, Seranta dan Media Unit Komunikasi Dan Media Dokumentasi Unit Pusat Sumber Unit Psikologi & Kaunseling Senaman Pagi, Sukan & Rekreasi Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan PENGURUSAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PISMP AMBILAN JUN 2023/2028


JADUAL PROGRAM PENGURUSAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PISMP AMBILAN JUN 2023/2028


PELAN LOKASI PENGURUSAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PISMP AMBILAN JUN 2023/2028


Sekalung Penghargaan Jawatankuasa Majlis Pengurusan & Pendaftaran Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2023/2028 IPG Kampus Temenggong Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. TERIMA KASIH #ipgkti bersama membangun insan


Click to View FlipBook Version