146
147 JURNAL ISLAM dan Masyarakat Kontemporari Jid. 2, 2009, 147-164 Ciri-ciri Motivasi dalam Surah alMukminun Ayat 1-1 1 Anas Mohd Yunus Mohd Rahim Ariffin Mohd Shafie Hamzah ABSTRACT This study aims to highlight significant Quranic verses in line with modern motivational factors. In addition, when deeply studied, the Quran it is already advanced and precedes those experts in motivation and their popular books. The study is based upon 'library research' in particular by referring to the Quran and its translations, alSunnahandrelevantexplanations. The studyfocuses upon verses 1-11, from surah al-Mukminun. The result shows that Quranic verses are already complete with motivational guidance and could contribute towards building individual disciplines. Keywords: Motivational attributes; Surah al-Mukminun. Pendahuluan Surah al-Mukminun terdiri daripada 118 ayat dan ia adalah surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan surah al-Mukminun kerana ia menerangkan sifat-sifat seorang Mukmin yang menjadikan dia seorang yang memperolehi kejayaan di akhirat dan ketenangan di dunia. Demikian tinggi sifat-sifat tersebut sehingga ia telah menjadi akhlak bagi Nabi Muhammad s-a.w.. Tulisan ini cuba menyorot sifat-sifat tersebut untuk dijadikan panduan motivasi untuk umat Islam khususnya bagi merencana kejayaan hidup mereka di dunia dan akhirat. Allah s.w.t. berfirman:
148 Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu), dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas, dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, yang akan inewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya. (al-Mukminun: 1-11) Makna Kejayaan dalam Surah Al-Muflihun dalam ayat pertama surah ini bermaksud orang-orang yang berjaya. Kejayaan di sini ialah memasuki syurga dan kekal di dalamnya selama-lamanya (al-Qurtubi, 1988). Al-Tabari dalam ibn Kathir (1992) menjelaskan dengan lebih terperinci lagi dengan katanya : mereka yang berjaya mendapatkan apa yang dipinta dari Allah dengan sebab amal perbuatan mereka dan iman mereka kepada Allah, KitabkitabNya dan Rasul-rasuINya berupa ganjaran-ganjaran dan kekal di dalam syurga seita selamat dari seksaan yang dijanjikan Oleh Allah kepada orang-orang yang memusuhiNya. Kejayaan bebas daripada api neraka dan masuk ke dalam syurgamerupakan kemuncak kejayaan yang hakiki bagi seorang Mukmin. Tiada kejayaan yang lebih besar daripada kejayaan tersebut. Justeru, sebarang kejayaan dalam dunia tidak dapat dibandingkan dengan kejayaan di akhirat tersebut. Namun, Islam tidak membataskan kej ayaan di akhirat semata-mata dalam ajarannya. Allah s.w.t. berfirman:
149 Maksudnya: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang Iain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat keroskan- (al-Qasas: 77) Ibn Kathir (1992) dalam menghuraikan ayat ini menyatakan bahawa tuntutan tersebut ialah menggunakan segala kurniaan Allah s.w.t. daripada nikmat harta dan nikmat kemampuan diri untuk mentaati Allah dan beribadah kepadaNya dengan segala bentuk-bentuk ibadat yang membawa kepada ganjaranganjaran dunia dan akhirat, Di samping itu, diharuskan menikmati kehidupan dunia ini dengan segala macam keharusan seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan perkahwinan kerana sesungguhnya bagi diri seseorang dia ada haknya, bagi Allah dia ada hakNyas bagi keluarga ada haknya, bagi tetamu ada haknya, maka berilah hak kepada yang empunyanya. Lantaran itu, surah ini memiliki langkah-langkah perlu untuk dilaksanakan oleh seorang Mukmin bagi mencapai kejayaan yang dikehendaki Allah. Namun, pengajaran-pengajaran daripada ayat-ayat dalam surah ini juga boleh diaplikasikan untuk memperolehi kecemerlangan di dunia Iagi sebelum di akhirat. Ciri-ciri Motivasi Surah al-Mukminun 1-11 Tujuh sifat orang Mukmin yang berjaya sebagaimana dalam ayat tersebut ialah iman, khusyuk solat, tidak melakukan sesuatu yang sia-sia, menunaikan zakat, menjaga kehormatannya, memegang amanah dan janji serta memelihara solatnya. Iman dan Matlamat Dalam ayat pertama, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." Ayat ini memberi penegasan bahawa yang berjaya ialah orang yang beriman, Ini merupakan syarat utama yang
150 mesti ada untuk kejayaan seseorang. Sekiranya iman bukan satu perkara yang penting, pasti Allah akan menggantikan perkatan beriman itu kepada perkataan Iain seperti "sesungguhnya berjayalah seseorang manusia," Iman merupakan dasar tunjang bagi seseorang hamba untuk layak mendapatjanji kejayaan yang disebut oleh Allah s.w.t.. Al-Quran telah menyebut dalam pembukaan. Maksudnya: Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung- (al-Baqarah: 5) Ayat ini menjelaskan bagaimana orang-orang yang beriman mendapat petunjuk dari Allah dan menjadi manusia yang berjaya. Ayat ini juga dimulakan dengan huruf ta'kid yang menunjukkan penegasannya. Kemudian ia menggunakanfi 'il madi dalam perkataan aflGha sedangkan kejayaan tersebut belum diperolehi oleh orang Mukmin, Ini memberi penekanan tentang kebenaran ciri-ciri orang Mukmin yang berjaya (al-Alusi, t.th.). Nabi s.a.w, sendiri bersabda bahawa telah diturunkan 10 ayat dan sesiapa yang melaksanakannya nescaya masuk syurgal (al-Qurtubi 1988). Di sini, kita dapat perhatikan bahawa al-Quran mengajar kita erti keyakinan. Berasaskan kepada keyakinan, maka ciri-ciri yang disebut dalam ayat seterusnya akan dilaksanakan dengan penuh tekad, keazaman dan bersungguh-sungguh. Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya di majlis makan malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik di Hotel Palace of the Golden Horses Sungai Besi pada 5 November 1999 menyatakan bahawa slogan 'Malaysia Boleh,' memberi keyakinan kepada kakitangan-kakitangan kerajaan untuk menangani sebarang krisis dalam proses penbangunan negara. Kenyataan ini adalah sebagai contoh bagaimana keyakinan akan menghasilkan satu kemampuan dalam melaksanakan sesuatu. Penyusunan indah bahasa al-Quran ini juga memberi kita satu panduan iaitu orang yang mempunyai iman perlu ada penetapan matlamat kerana dimulai denganfi 'il madi menunjukkan hasil kejayaan. Dalam satu firman Allah, Yang dimaksudkan ia]ah surah Mukminun 1-10. Ayat ke 11 tidak termasukkerana lanjutan dari ayat ke 10. ( pen.) Maksudnya: (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Seungguhnya daripada Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali (al-Baqarah: 156)
151 Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa matlamat perj alanan kita adalah pertemuan dengan Allah. Ini menguatkan lagi keterangan bahawa penetapan matlamat merupakan sesuatu yang mustahak dan telah ditunjukkan oleh Allah dalam al-Quran. Dalam pada itu, penetapan matlamat menurut pakar-pakar motivasi merupakan sesuatu yang terpenting dalam kejayaan seseorang. Sebagai contohs Covey (1989) dalam bukunya 7th Habits of Highly Effective People dengan topik 'Begin with the End in Mind' yang melibatkan 'Principles of Personal Vision' menerangkan dengan jelas bahawa wawasan merupakan tabiat orangorang yang berpengaruh. la menunjukkan bahawa antara tujuh ciri orang yang berpengaruh menurut Covey (1989) ialah punya madamat atau wawasan. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Covey (1989) meletakkan matlamat sebagai salah satu ciri penting bagi seseorang untuk menjadikan diri seseorang sangat berpengaruh. Begitu juga dengan Tracy (2003) menulis ayat pertamanya dalam bukunya 'Goals', "Success is goals, and all else is commentary." Beliau mengutamakan matlamat sebagai kunci kejayaan sedangkan perkara-perkara lain hanya bertindak sebagai sokongan. Di sini, Tracy juga telah meletakkan matlamat sebagai salah satu komponen penting untuk berjaya. Jika begitu, apa yang ditunjukkan oleh al-Quran lebih 1400 tahun yang dulu tentang matlamat adalah sesuatu yang juga diutarakan oleh tokoh-tokoh motivasi Barat kini dalam melakar kejayaan seorang manusia. Justeru, iman, keyakinan dan penetapan matlamat merupakan ciri motivasi yang terdapat dalam ayat pertama. Dalam Islam, tanpa iman, keseluruhan kejayaan yang disebut akan gagal. Ini telah dijelaskan dengan satu kaedah yang penuh penegasan dari Allah s.w.t. melalui ayat pertama lagi dalam surah ini. Khusyuk dalam Sembahyang Dalam ayat tersebut, salah satu ciri utama orang yang berjaya ialah khusyuk. EQmsyuk bermakna penuh minat atau sepenuh hati, sungguh-sungguh, dengan menumpukan perhatian dan minat yang sepenuhnya. Ibn Abbas r.hma. menjelaskan khusyuk ialah takut dan tenang. Sementara Ali r.a. menyatakan ia adalah khusyuknya hati (ibn Kathir, 1992). Al-Tabari (1985) menjelaskan khusyuk ialah menghina diri kepada Allah dengan mentaatinyadan melaksanakan apa yang diperintahkannya. Saidina Umar r.a. melihat seorang pemuda menundukkan kepalanya. Lalu beliau berkata, "Angkatlah kepalamu, sesungguhnya khusyuk tidak lebih daripada apa yang ada dalam hati." Abdullah bin Sahl menjelaskan bahawa seseorang tidak khusyuk sehingga seluruh bulu rambut di badannya khusyuk (al-Qurtubi 1988) berdasarkan finnan Allah s.w,t.:
152 Maksudnya: Gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya. (al-Zumar: 23) Dalam ayat ini, solat yang khusyuk menjadi salah satu ciri orang-orang yang beriman. Iajuga diletakkan antara ciri yang awal disebut oleh Allah s.w.t.. Seseorang yang khusyuk ialah seseorang yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap perbuatannya. Mujahid menceritakan kisah Abu Bakr r.a. dan Abdullah bin Zubayr r.hma. bersembahyang dengan menyatakan, mereka berdiri tegak tanpa bergerak seolah-olah mereka telah terpaku ke bumi (al-Qurtubi 1988). Justeru, untuk mendapat kejayaan sebagaimana yang digariskan oleh Allah s.w.t., seorang Mukmin yang telah menetapkan matlamatnya untuk bertemu dengan Allah, mestilah melaksanakan solat dengan khusyuk. Sekiranya kita mahu mengaitkan dalam aspek-aspek kehidupan selain daripada solat, segala sesuatu yang kita mahu lakukan mesti dilakukan dengan tekun dan fokus. Ini merupakan ciri motivasi yang ditunjukkan dalam khusyuk solat. Seseorang yang melaksanakan sesuatu perkara dengan tekun dan fokus akan berjaya melakukannya dengan baik. Gardner dalam Branam (1997) menyatakan motivasi fokus matlamat (goal focus motivation) adalah dikaitkan dengan individu yang bermotivasi yang mahu mencapai satu sasaran yang tertentu, mencurahkan usaha yang sepatutnya untuk mencapai sasaran tersebut dan mendapat kepuasan dalam apa jua kegiatan ketika proses mencapai matlamat. Kenyataan Gardner (1997) boleh menjelaskan bahawa dengan fokus, ia merangkumi satu proses dari penetapan matlamat sehingga kepada ia dapat dicapai. Ini boleh menguatkan lagi hikmah suruhan Allah s,w.t. tentang khusyuk solat yang menjadi salah satu ciri kejayaan seseorang Mukmin, Bahkan seorang ahli motivasi yang terkenal, Canfield (2000) telah menyusun satu buku yang khusus membincangkan tentang fokus bertajuk The Power of Focus yang membincangkan secara khusus tentang fokus untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Memetik salah satu kata-katanya "when you focus most of your time and energy doing the things you are truly brilliant at, you eventually reap big rewards." Kenyataan ini menghubungkaitkan soal fokus dalam sesuatu bidang dengan ganjaran besar yang bakal diperolehinya. Hal tersebut menunjukkan peri pentingnya fokus dalam usaha mencapai kejayaan. Menariknya, perkara ini telah disentuh dalam al-Quran melalui satu amalan wajib dan paling utama bagi seorang Muslim iaitu solat. Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia Dalam Islam, kita dituntut untuk menjauhi perkara yang sia-sia. Al-Dahhak menyatakan sia-sia di sini ialah syirik (al-Qurtubi 1988). Ada yang berpendapat maksiat. Sebahagian lagi berpendapat apa jua perkara yang sia-sia (ibn Kathir 1992), Dalam menjayakan matlamat, sebarang perkara yang menjejaskan peluang tersebut perlu dinyahkan. Perkara paling besar yang menjejaskan kejayaan
153 seseorang Mukmin ialah syn-ik. Syirik akan menutup terus peluang seorang Mukmin memasuki syurga sebagaimana firman Allah s.w.t.: Maksudnya: SesungguhnyaAllahtidakakanmengampunkandosasyirikmempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (al-Nisa: 48) Selain dari itu, apa jua perkara yang tidak memberi manfaat akan mengecilkan lagi peluang memperolehi kejayaan. Nabi s.a.w. sendiri bersabda: 45,3 Maksudnya: Antara kebaikan seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya. (Tirmidhi t.th.)
154 Justeru, sebarang perkara negatif hendaklah dihindari sehingga yang tinggal
155 perkara-perkara positif yang boleh memacu kejayaan, Dalam aspek pembelajaran contohnya, kajian McCown dalam Ferrari et.al. (1995) mendapati bahawa pelajar yang suka bertangguh menghabiskan sedikit sahaja waktunya untuk belajar. Bagi pelajar yang mempunyai banyak komitmen seperti menjaga keluarga, berhobi, komitmen pekerjaan dan seumpamanya menunjukkan gred yang tinggi dalam keputusan peperiksaan mereka. Kajian tersebut menunjukkan kepada kita bahawa penggunaan waktu yang optimum menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Lantaran itu, kita melihat bahawa ruang dan masa yang kita ada hendaklah dikosongkan dari perkaraperkara yang negatif dan sia-sia dan mengisikannya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kaedah ini bertepatan dengan konsep takhalli, tahalli dan tajalli dalam ilmu tasawuf. Takhalli ialah seseorang menyucikanjiwanya daripada kekotorankekotoran batiniah (mazmumah) seperti hasad dengki, takabbur dan sebagainya. Kemudian proses tersebut dilanjutkan dengan tahalli iaitu mengisi jiwa dengan perkara-perkara kebaikan (mahmudah) sebelum tajalli diperolehi. Tajalli ialah tersingkap hijab dalam jiwa seseorang sehingga dia dapat melihat hakikat kebesaran Allah. Menunaikan Zakat Ibn Kathir (1992) membawa dua pendapat tentang makna zakat dalam ayat ini. Pertama zakat harta dan ada juga pendapat yang menyatakan ia zakat jiwa iaitu menyucikan jiwa. Kedua-duanya sangat penting dalam membawa kepada kejayaan kepada seorang Mukmin. Allah berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (al-Shams: 9) Orang-orang yang menyucikan jiwanya daripada segala dosa dan kekotoran jiwa seperti hasad, riyak, sombong dan sebagainya telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sebagai orang yang memperolehi kejayaan. Bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah pula, balasannya ialah sebanyak 700 kali ganda dan lebih lagi sekiranya Allah kehendaki. Ini berdasarkan kepada ayat: Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha luas (rahmat) kumiaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. (al-Baqarah : 261) Manusia yang bijak terhadap pengurusan dunia kewangannya akan membuat pelaburan yang membolehkannya mengaut keuntungan pada kemudi an hari berbanding dßimpan semata-mata. Berzakatjuga merupakan satu tindakan bijak
156 untuk masa depan kerana selain daripada memperolehi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, iajuga membersihkan harta tersebut daripada perkaraperkara syubhah dan haram. Ini bermakna seseorang perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan keuntungan. Begitu juga dalam kehidupan kita. Sekiranya kita ingin memakan ubi kayu misalnya, kita perlu mengeluarkan usaha dan modal untuk menanam tanaman tersebut sebelum menuai hasilnya. Jika mahu membelinya pula, kita masih perlu berusaha mendapatkan wang. Usaha kita yang dizakatkan mencerminkan hasil kita. Dalam satu kajian, pelajar yang mencapai keputusan sederhana sebelum menamatkan pengajian tinggi mereka menghabiskan 17 ,000 jam menonton televisyen (Zig Ziglar 2000). Seorang pelajar cemerlang dalam SPM 2007, Puveneshwari menceritakan setiap hari beliau bangun pukul 4 pagi untuk mentelaah buku pelajaran sehingga pukul 7 pagi untuk pergi ke sekolah (Bernama 2008). Bukti-bukti tersebut menunjukkan usaha yang disumbangkan dahulu untuk mencapai kejayaan pada akhirnya. Bagi seorang Mukmin, zakat merupakan tuntutan wajib ke atasnya sekiranya dia termasuk dalam golongan yang layak mengeluarkan zakat, Sekiranya dia enggan, maka Allah telah menjanjikan azab yang pedih baginya. Allah s.w.t. berfirman: Maksudnya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menatkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. (al-Taubah: 34). Bahkan Nabi s.a.w. menghuraikan lagi azab tersebut dałam hadis daripada Abu Hurairah r.a.: Maksudnya: Barang siapa yang memiliki emas atau perak sedangkan dia tidak menunaikan haknya (zakat), maka pada hari kiamat nanti akan dibentangkan dihadapannya lapisan daripada api neraka, dibakar dałam api neraka jahannam, diseterika Sisi badannya, dahinya dan belakangnya, apabila sudah sejuk maka akan diulangulang
157 kembali sehingga sampai ke 500 000 tahun, sehingga selesai penghakiman semua hamba, lalu dia akan melihat tempatnya sama ada syurga atau neraka. (Muslim, t.th.) Jika kita ingin mengaitkan antara zakat dan kehidupan dunia kita, maka sebarang matlamat yang mahu dicapai mestilah didahulukan dengan sumbangan usaha, pemikiran, masa dan lain-lain yang diperlukan. Kisah kejayaan seseorang sebagaimana yang telah diberikan contohnya adalah dilingkari dengan menumpahkan segala usaha sebelum meraih kejayaan tersebut. Menjaga Kehormatan Ibn al-Arabi menjelaskan bahawa inilah keajaiban ayat al-Quran apabila kesepuluh ayat dałam surah ini umum ditujukan kepada lelaki dan wanita kecuali ayat ini. lanya khusus ditujukan kepada lelaki (al-Qurtubi, 1988). la menunjukkan dalil bahawa keharusan seseorang melakukan hubungan dengan hamba sahaya hanya untuk tuan lelaki terhadap hamba wanitanya sementara seorang tuan wanita tidak boleh melakukan hubungan dengan hamba lelakinya. Menjaga kehormatan di sini bermaksud tidak melakukan hubungan jenis kecuali terhadap mereka yang diharuskan syarak sama ada statusnya isteri atau hamba perempuan. Zina merupakan satu dosa besar yang membawa hukuman rejam sampai mati bagi mereka yang telah berkahwin dan sebatan 100 rotan sekiranya masih bujang. Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa Zina bukan hanya melakukan hubungan terlarang tetapi anggota badan yang lain juga dikategorikan sebagai Zina jika melakukan perkara-perkara sebagaimana yang disabdakannya: Maksudnya: Sesungguhnya Allah menetapkan ke atas manusia bahagiannya daripada Zina, mereka pasti melakukannya, maka mata berzina dengan pandangan (yang diharamkan), tangan berzina dengan menyentuh (sesuatu yang haram disentuh), kaki berzina dengan melangkah ke tempat yang haram, lidah berzina dengan pertuturan yang haram, mulut berzina dengan mencium yang sedangkan jiwa menginginkannya dan terangsang lalu kemaluannyalah yang akan menentukan sama ada dia akan melakukannya atau menglngkarinya.
158 (Bukhari 1987 & Muslim t.th.) Dalam hadis tersebut, Nabi s.a.w. telah menjelaskan bahawa 'perzinaan' sebenarnya telah berlaku sebelum kejadian Zina itu sendiri melalui perbuatan mata, telinga, tangan dan kaki. Ini menghuralkan larangan Allah s.w.t. dalam surah alIsra' (32): Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati Zina. Sesungguhnya Zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Seseorang mukmin hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang telah Nabi s.a.w sabdakan dalam hadis di atas, Ia hanya membawa kepada perbuatan Zina yang sebenar. Bahkan, ia menjadi faktor penghalang bagi kejayaan seseorang di Sisi Allah. Perkara-perkara yang menghampiri Zina itu pula telah bertentangan dengan perintah Allah untuk menyucikanjiwa seseorang dari segala dosa. Walaupun begitu, sekiranya kita mahu menjadikan ayat ini sebagai panduan motivasi kita, ia kembali kepada keumuman tadi. Ayat ini menerangkan tentang peraturan do and don 't. Perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Sesiapa yang mentaatinya tidak akan tercela. Sesiapa yang melanggarnya akan dicela sebagai satu bentuk hukuman. Menjaga Amanah dan Janji Ini merupakan manifestasi sifat seorang mukmin kerana jika ia khianat kepada janjinya ia tergolong dalam sifat orang munafik sebagai hadis riwayat Bukhari dan Muslim: Maksudnya: Tanda-tanda munafik itu tiga; jika bercakap dia berdusta, jika berjanji tidak ditepati dan jika diberi amanah dia mengkhianati. (Bukhari, 1987) Nabi s.a.w. sendiri, meskipun ditentang oleh kaum kafir Quraisy ketika era permulaan dakwah Islam di Mekah, mereka tetap meletakkan barangan berharga mereka kepada Nabi s.a.w. untuk disimpan. Ini kerana Nabi s.a.w. seorang yang amanah sehingga beroleh gelaran al-amin (al-Buti, 1991). Bahkan kehancuran dan kegagalan sesuatu bangsa atau kaum menurut Nabi s.a.w. ialah apabila amanah
159 tidak diserahkan kepada yang layak memikulnya. JE 1+91-4 Maksudnya: Jika amanah telah dipersia-siakan maka tunggulah hari kiamat. A 'rabi bertanya, "Bagaimana amanah dipersiakan"? Makajawab Nabi s.a. w., Jika sesuatu urusan diserahkan kepada seseorang yang tidak layak memegangnya maka tunggulah kiamat. (Bukhari 1987) Dalam kehidupan seseorang sebagai satu bentuk motivasi diri, setelah ia menetapkan matlamat, kemudian fokus pada matlamatnya dengan penuh disiplin dan memberikan usahanya, ia perlu menyempurnakan tugasannya dengan amanah dan dedikasi hingga mencapai sasarannya. Usaha bukanlah sesuatu yang dianggap pencapaian melainkan ia perlu menyelesaikan apa yang telah ditetapkannya. Inilah amanah yang perlu ditekuni dan bukan sekadar 'aku telah usahakannya'. Nabi s.a.w. sendiri telah menjelaskan bahawa Allah s.w.t. menyukai seorang hamba yang melakukan sesuatu amal dengan itqan sebagaimana riwayat al-Tabrani (1983). Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai seseorang yang melakukan sesuatu dengan tekun. Lantaran itu, amanah dan patuh kepada janji bukan hanya sekadar mendapat gangaran besar di sisi Allah, bahkan ia juga menjadi pencetus kepada kejayaan hidup seseorang. Memelihara Solat Ibn Mas'ud pernah bertanya Nabi s.a.w., "Apakah amal yang terbaik?" Jawab Nabi s.a.w„ "Solat dalam waktunya." Dalam ayat inijelas tentang kepentingan menjaga solat ditunaikan dalam waktunya (Bukhari 1987 & Muslim t.th.). Ia berkaitan dengan peri pentingnya penjagaan waktu solat yang telah ditetapkan Allah s.w,t, sedangkan pada awal ayat surah ini, Allah menjelaskan pentingnya solat yang khusyuk. Antara keistimewaan menjaga waktu solat ini ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: Maksudnya:
160 Perumpamaan solat lima waktu itu adalah seperti sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumah seseorang daripada kamu, dia membersihkan dirinya setiap hari lima kali. (Muslim t.th.) Perumpamaan ini menunjukkan kepada kita bahawa orang yang menj aga kelima-lima waktu solatnya akan bersih dari kekotoran dosa di sisi Allah. Apabila begini, maka sudah pasti pertemuan dengan Allah kelak menjadi satu pertemuan yang penuh keredhaan dan kasih sayang Ilahi. Perintah memelihara waktu solat ini juga adalah berkait dengan soal pengurusan masa. Dalam kebanyakan hadis Nabi s,a.w., perkara ini sangat dititkberatkan. Sabdanya: Maksudnya: Seorang hamba itu tidak akan bergerak (di Padang Mahsyar) tentang umurnya, ke mana dia menghabiskannya. Nabi s.a.w. menjelaskan bahawakita akan ditanya tentang kita menghabiskannya. Allah s.w.t. sendiri banyak bersumpah seperti dalam surah al-Asr, al-Fajr, al-Dhuha dan lain-lain. betapa besar dan pentingnya masa, Orang Arab mempunyai Maksudnya: Masa seumpama pedang, jika kamu tidak memenggalnya memenggalmu. Ini menunjukkan bagaimana masa harus disaingi terlepas, ia akan menghilangkan banyak perkara dalam kehidupan soal memelihara waktu solat dan soal menguruskan masa berkait rapat dan menjadi salah satu ciri kejayaan seseorang hidupnya. Ganjaran Kejayaan Dalam ayat yang kesepuluh dan sebelas surah ini, Allah s.w.t. Maksudnya: Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -yang akan Firdaus; mereka kekal di dalamnya
161 Allah menjelaskan ganjaran bagi mereka yang berjaya Mukmin adalah mereka itulah orang-orang yang akan menjadi Firdaus dan kekal di dalamnya. Allah menyebut secara khusus adalah kerana ia merupakan syurga tertinggi yang dituntut dapat memasukinya. Sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya: Jika kamu berdoa untuk dimasukkan ke dalam syurga, mohonlah Firdaus kerana ia adalah syurga yang paling tinggi, di situlah punca sungai-sungai syurga dan di atasnya ialah arasy Allah. (Bukhari 1987 & Musiim t.th.) Inilah buah atau hasil bagi mereka yang melaksanakan ketujuh-tujuh langkah tadi. Meneliti langkah-langkah yang telah difirmankan oleh Allah dengan hasil ganjaran syurga yang paling tinggi, kita dapat memahami bahawa kejayaan yang mutlak ialah kejayaan di akhirat kelak. Menduduki syurga Firdaus adalah satu kejayaan yang paling besar dalam hidup seorang mukmin. Jika kita memahami ayat-ayat ini sebagai rahsia kejayaan orang Mukmin, maka kita juga boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan kita untuk menjadi manusia yang berjaya dalam hidup di dunia. Bukti paling jelas adalah Nabi Muhammad s.a.w. yang berakhlak dengan segala ajaran al-Quran. Ketokohan beliau sehingga dijulang sendin oleh orang Barat sebagai tokoh no I dunia. Hart (1992) menamakan Nabi s.a.w. sebagai tokoh no I paling berpengaruh di dunia dalam bukunya 'The Most Influential People in History'.
162 hujah
163 Kesimpulan Dalam penulisan ini, kandungannya bukanlah mahu menjadi dalil atau kepada para tokoh motivasi Barat tentang penulisan dan idea mereka. Namun, ia lebih menonjolkan al-Quran sebagai sumber motivasi bagi umat Islam segala yang diutarakan oleh tokoh-tokoh tersebut jelas terkandung dalam Quran. Ini menjadi satu teladan buat umat Islam. Lebih-lebih Iagi yang begitu teruja dengan teori-teori motivasi lalu meninggalkan al-Quran. Sebaliknya, apa yang dibawa oleh tokoh-tokoh motivasi Barat pula bukanlah sesuatu yang patut kita tolak secara mutlak. Islam adalah agama kebaikan mutlak. Sebarang perkara yang baik adalah Islam dan segala perkara yang elok dan bertentangan dengan ajaran Islam adalah tertolak. Tulisan ini membuktikan kelebihan al-Quran jika diteroka secara dan mendalam, bahkan lebih dari itu ia mendahului pakar-pakar motivasi dalam susunan buku-buku mereka yang popular. Ini kerana al-Quran membentangkan perkara-perkara ini sebelum munculnya tokoh-tokoh motivasi yang merangka pelbagai teori motivasi. Hasil tulisan membuktikan bahawa ayat-ayat al-Quran telah tersedia dengan panduan-panduan motivasi insan hebat dan boleh menyumbang kepada panduan insan untuk kembali kepada Quran untuk disiplin motivasi. kerana almereka yang tidak meluas telah yang al-
164 Rujukan al-Alusi, Mahmud bin Shukri, t.th., Ruh al-Ma 'anifi al-Tgfsir al-Quran alAzim wa al-Sab'u al-Mathani, Beirut: Dar al-Fikr, al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, 1987/1407H, Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar ibn Kathir. Al-Buti, Muhammad Sa'id Ramadhan, 1994/1414H, Fiqh al-Sirah alNabawiyyah ma'a Mujiz al-Tarikh al-Khilafah al-Rashidah, Kaherah: Dar al-Salam. al-Qurtubi, Muhammad Bin Ahmad, 1988/140711, Al-Jami ti Ahkam al-Quran, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. al-Tabari, Muhammad bin Jarir, 1405H, Jami' al-Bayan min Ta'wil Ayi alQuran, Beirut: Dar al-Fikr: Al-Tabrani, Sulayman bin Ahmad, 1983/1404H, Mu'jam al-Kabir, Mosul: Maktabah al-Ulum wa al-Hikam. al-Tirmidhi, Muhammad bin Isa, t.th„ Sunan al-Tirmidhi, Beirut: Dar 'Ihya' alTurath al-Arabi. Brian Tracy, 2003, Goals, CA: Berret-Kohler Publisher. Michael H. Hart, 1992, The 100: a Ranking of the Most Influential Persons in History, t.tpt, Carol Pub. Group. Ibn Kathir, Ismail ibn Kathir, 1992/1412H, Tafsir al-Qurajt al-Azim, Damsyik: Dar al-Khayr, Jack Canfield & Janet Switzer, 2005, The Success Principles, t.tpt., Collins Living. Jack Canfield, Mark Victor Hansen & Les Hewitt, 2000, The Power of Focus, t.tpt„ Health Communications Inc. Jane Elizabeth Branam, 1997, A Study ofMotivation in African American and Caucasian Advanced Foreign Language Students, t.tpt., University of Georgia. Joseph R, Ferrari, Judith Johnson, & William George McCown, 1995, Procrastination and Task Avoidance; Theory, Research, and Treatment, t.tpt.: Springer' Muslims ibn al-Hajjaj, t.th., Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihya' al-Turath alArabi. Stephen R. Covey, 1989, The 7th Habits ofHighly Effective People, New York: Free Press. Zig Ziglar, 2000, See You at the Top, Lousiana: Pelican Publishing Co. http:/]blis.bernama.com (12 Mac, 2008). ANAS MOHD YUNUS Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA, Gong Badak 21300 Kuala Terengganu, MALAYSIA, Emel: [email protected]
165 MOHD RAHIM ARIFFIN Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA, Gong Badak 21300 Kuala Terengganu, MALAYSIA. Emel: [email protected] MOI-ID SHAFIE HAMZAH Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA, Gong Badak 21300 Kuala Terengganu, MALAYSIA. Emel: [email protected]
166