R E K T O R , U I T M C A W A N G A N N E G E R I S E M B I L A N YBHG. PROF. DR YAMIN BIN YASINPERASMIAN OLEH: PEWANI UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KALI KE -8 BAGI TAHUN 2024 1 MAC 2024 9:00 - 12:00 TENGAHARI HOTEL ROYALE CHULAN SEREMBAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEWANI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KALI KE-8 BAGI TAHUN 2024 KANDUNGAN BIL. PERKARA 1 Tinta Pengerusi 2 Tinta Timbalan Pengerusi 3 Tentatif 4 Agenda Mesyuarat 5 Majlis Tertinggi PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2024-2025 6 Ahli Jawatankuasa Pelaksana 7 Minit Mesyuarat Agung PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kali ke 7 8 Laporan Kewangan 9 Laporan aktiviti
Tinta Pengerusi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT, yang telah mengizinkan kelangsungan segala perancangan persatuan PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan selama ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua barisan kepimpinan PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan serta semua ahli yang sentiasa menyokong dan memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam semua penganjuran program dan aktiviti sepanjang tahun ini. Kejayaan ini menjadi bukti kerjasama dan toleransi yang sangat tinggi antara kepimpinan PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan ahli-ahli sokongan. Bukan perkara yang mudah untuk membentuk rantaian kerjasama melibatkan kampus berasingan, namun tolak ansur dan kebersamaan yang ditunjukkan berjaya mengekang batasan yang ada. Kejayaan dalam penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kali ke-8 Bagi Tahun 2024 ini sekali lagi cerminan kerjasama dan toleransi yang ditunjukkan bagi mengekalkan momentum kecemerlangan dan berpersatuan. Inilah yang kita perlukan untuk meneruskan penghasilan idea, inovasi, daya saing dan semangat kekeluargaan yang baik dalam kalangan ahli PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan dalam merencana perancangan dan strategi yang lebih mampan untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan mencipta peluang bagi apa yang belum diteroka. Rozzana Rahmat Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Tinta Timbalan Pengerusi Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua ahli PEWANI UiTM cawangan Negeri Sembilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-8 Bagi Tahun 2024. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr Yamin bin Yasin, Rektor, UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Puan Rozzana binti Rahmat, Pengerusi, PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan kerana masih lagi memberi kepercayaan kepada saya untuk terus memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan bagi sesi 2023-2025. Kepada barisan AJK PEWANI yang telah dilantik bagi sesi 2023-2025 saya berharap agar terus mengembeling tenaga bersama ahli-ahli PEWANI untuk merancakkan lagi aktiviti pada tahun 2024. Perlaksanaan dan penganjuran program dan aktiviti pasti akan mengukuhkan lagi silaturrahim sesama ahli PEWANI. Aktivit-aktiviti yang menjana pendapatan PEWANI juga amat digalakkan kerana kita memerlukan dana kewangan yang kukuh bagi membolehkan kita menjalankan pelbagai aktiviti untuk kebaikan semua ahli. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada AJK induk PEWANI dan Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kali Ke-8 Bagi Tahun 2024 yang telah bekerja keras untuk menjayakan mesyuarat kita pada tahun ini. Tanpa kerjasama semua mana mungkin mesyuarat ini dapat dijalankan dengan baik. Untuk akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala kekurangan dalam membantu mengemudi PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Diharapkan tahun 2024 ini kita akan menghasilkan lagi banyak aktiviti yang membawa kebaikan kita bersama. Sekian. Terima kasih. Jamilah Othman Timbalan Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEWANI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KALI KE-8 BAGITAHUN 2024 TENTATIF MASA PERKARA 8:00 Pagi Ketibaan Ahli PEWANI Pendaftaran kehadiran Minum Pagi 9:15 Pagi Ketibaan Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Bacaan doa Mesyuarat Agung Tahunan PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Bagi Tahun 2024 11:00 Pagi Ketibaan VIP : Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan Tayangan montaj PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Ucapan aluan Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Ucapan perasmian penutup oleh Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan Penyampaian hadiah: Atlet Sukan PEWANI – Pasukan Volleyball Sesi bergambar 11:30 Pagi Jamuan makan tengahari Cabutan bertuah Bersurai
NOTIS MENSYUARAT AGUNG TAHUNAN PEWANI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KALI KE-8 BAGI TAHUN 2024
AGENDA MESYUARAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEWANI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN BILANGAN 8 BAGI TAHUN 2024 1 MAC 2024 / 9:00 PAGI / ROYALE CHULAN, SEREMBAN, NSDK BIL. PERKARA 1 Mesyuarat AGM PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2024 2 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 7 Tahun 2023 3 Perkara-perkara Berbangkit 4 Pembentangan Aktiviti sepanjang Tahun 2023 5 Laporan Kewangan Tahun 2023 6 Pembentangan Usul 7 Hal-hal Lain 8 Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat
Majlis Tertinggi PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan PENGERUSI : PUAN ROZZANA BINTI RAHMAT TIMBALAN PENGERUSI : PUAN JAMILAH BINTI OTHMAN PEN. PENGERUSI (K. PILAH) : DR. RAFIDAH BINTI KAMARUDIN PEN. PENGERUSI (SEREMBAN) : PM DR ROZITA BINTI ABD LATIF PEN. PENGERUSI (REMBAU) : DR. SUTINA BINTI JUNOS SETIAUSAHA : PUAN NOR HAFIZAH BINTI ISMAIL PEN. SETIAUSAHA : PUAN NAZIRAH BINTI HASSIM BENDAHARI : PUAN AZLINA BINTI PAIMIN PEN. BENDAHARI : PUAN JA’IZAH BINTI ABDUL JABBAR KETUA-KETUA BIRO: KEROHANIAN & INSANIAH : PN IZWANIYATI BINTI IBRAHIM SUKAN & REKREASI : PN SITI HAFIZAH BINTI ZAINI KEBAJIKAN & LAWATAN SOSIAL : PN NORFARHANA BINTI ZULKIFLI KEUSAHAWANAN & EKONOMI : PN HALIMAH BINTI MOHAMAD ZAHARI ICT & PUBLISITI : PN ROZANA BINTI ABDUL KARIM JURU AUDIT DALAM : PN SAFLINA BINTI AZIS
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEWANI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KALI KE-8 BAGI TAHUN 2024 Penasihat I Puan Rozzana Binti Rahmat Penasihat II Pn Jamilah Othman Pengarah Program Dr Rafidah Kamaruddin JK Makanan Pn Syamsinar ~ Pn Yusniza Yaacob ~ Pn Ja’izah Abdul Jabbar JK Pendaftaran Dr Rashidah Iberahim ~ Pn. Halimah Mohamad Zahari Pn. Norhamizah Isa ~ Pn Nor Hafizah Ismail ~ PM Dr Norwati Hj Roslim JK Hadiah Dr Amalia Qistina ~ Pn Fauziah Fakarudin ~ Pn Nazirah Hassim JK Hiasan Pn Norfarhana Zulkifli ~ Cik Siti Noordinah Abd Latif ~ Pn Azlina Paiman JK Fotografi Pn Siti Hafizah Zaini JK Jemputan Pn Intan Maizura Zul ~ Pn Masilah Mohamad ~ Pn Saflina Azis Pn Nur Faathinah Mohammad Roshdan JK Pengangkutan Pn Siti Hajar Md. Jani ~ Pn Rabiatul Adawiyah Abd Rahman JK Montaj Dr Sutina Junos ~ Pn Mumtaz Ahmad ~ Pn Rozana Abdul Karim JK Buku Program Pn Izwaniyati Ibrahim ~ Dr Nabilah Huda Zaim ~ Pn Syazliana Kasim Pengacara Majlis & Pembaca Doa Pn Mazliyana Zainal Arifin ~ Pn Izwaniyati Ibrahim
MINITMESYUARATAGUNGKALIKE- 7 PERSATUAN WANITAUNIVERSITI (PEWANI)UiTMCAWANGANNEGERISEMBILAN Tarikh : 14 Mac 2023 Masa : 3.00 petang – 5.00 petang Tempat : Dewan Mini TPSU, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban Kehadiran Bil Nama Kampus 1. Puan Rozzana Binti Rahmat – Pengerusi 2. Jamilah Binti Othman - Timbalan Pengerusi Seremban 3. Prof. Madya Dr Rozita Binti Abdul Latif – Penolong Pengerusi Seremban 4. Siti Hajar Binti Md. Jani - Penolong Pengerusi Kuala Pilah 5. Rabiatul Adawiyah Binti Abdul Rahman - Setiausaha Seremban 6. Siti Sarah Binti Kamarudin – Penolong Setiausaha Seremban 7. Ja'izah Binti Abdul Jabar – Bendahari Seremban 8. Dr. Sutina Binti Junos – Penolong Bendahari Rembau 9. Dr. Faridah Binti Pardi – Ketua Biro Kebajikan Dan Lawatan Sosial Rembau 10. Nor Aishah Binti Md Noh – Ketua Biro ICT Dan Publisiti Seremban 11. Izwaniyati Binti Ibrahim – Ketua Biro Kerohanian Dan Insaniah Seremban 12. Siti Hafizah Binti Zaini – Ketua Biro Sukan Dan Rekreasi Kuala Pilah 13. Hafisah Binti Yaakob – Ketua Biro Keusahawanan Dan Ekonomi Seremban 14. Saflina Binti Azis - Auditor Seremban 15. Dr. Noorlis Binti Ahmad Kuala Pilah 16. Nazirah Binti Hassim Seremban 17. Rahmah Binti Shahril Seremban
18. Maziah Binti Mohamed Arif Seremban 19. Nurulnabilah Binti Abdul Aziz Kuala Pilah 20. Norshida Hashim Kuala Pilah 21. Wan Zumusni Wn Mustapha Seremban 22. Nur Zalikha Binti Rosli Seremban 23. Dr Amalia Qistina Castañeda Abdullah Kuala Pilah 24. Norliza Binti Mohd Nor @ Ramli Kuala Pilah 25. Norhamizah Binti Isa Kuala Pilah 26. Nor Hafizah Binti Ismail Seremban 27. Rosida Binti Mat Derus Seremban 28. Azlina Binti Paimin Kuala Pilah 29. Nazatul Azma Binti Wan Othman Seremban 30. Nur Izzati Binti Shamsuri Seremban 31. Halimah Binti Mohamad Zahari Kuala Pilah 32. Norhidayah Binti Ismail Seremban 33. Rozana Binti Abdul Karim Seremban 34. Noreha Mohamed Yusof Seremban 35. Dr. Radzliyana Radzuwan Seremban 36. Yusandra Md Yusoff Seremban 37. Dr. Tuan Sarifah Aini Binti Syed Ahmad Seremban 38. Siti Nafisah Md Rashid Kuala Pilah 39. Noorezatty Mohd Yusop Seremban 40. Rashidah Iberahim Kuala Pilah 41. Suhaila Sharil Rembau 42. Intan Maizura Binti Zulkeflee Kuala Pilah
43. Norfarhana Zulkifli Seremban 44. Nora Mohd Basir Seremban 45. Aisyah Nazirah Binti Ab Rahman Seremban 46. Zaitul Anna Melisa Binti Md Yasin Seremban 47. Dr. Siti Sarah Binti Januri Seremban 48. Siti Aishah Binti Shafie Seremban 49. Fauziah Binti Fakaruddin Kuala Pilah 50. Nur Faathinah Binti Mohammad Roshdan Rembau 51. Dr. Rafidah Binti Kamarudin Kuala Pilah Bil. Perkara Tindakan 1.0 Ucapan dan Perasmian Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan 1.1 1.2 1.3 YBhg. Rektor mengucapkan tahniah dan syabas kepada PEWANI di atas penganjuran Mesyuarat Agung Kali ke-7 yang berlangsung secara bersemuka dan mengucapkan terima kasih atas jemputan bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PEWANI Negeri Sembilan kali ini. YBhg. Rektor memohon agar semua ahli mesyuarat yang hadir dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada Ybhg. Naib Canselor. Ybhg. Rektor memaklumkan bahawa Audit SWA akan mengadakan audit di peringkat zon selatan samada di Kampus Johor, Melaka atau Negeri Sembilan. Oleh itu, mesyuarat dimohon sentiasa bersedia sekiranya Audit SWA peringkat zon selatan dijalankan di UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Makluman Makluman Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PEWANI kali ke-6 tahun 2022 2.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PEWANI kali ke-6 bagi tahun 2022 yang telah diadakan pada 25 Mac 2022 telah dicadangkan untuk disahkan Dr. Tuan Sarifah Aini binti Syed Ahmad, ahli PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan telah disokong oleh Puan Norliza binti Mohd Nor @ Ramli, ahli PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Makluman
3.0 Perkara-perkara Berbangkit 6.1, 6.2 & 6.3 Program Penjagaan Diri (Manicure & Pedicure), Program Kepada Anak-Anak (Program Secara Berkala) Dan Hari Kesenian Dan Kebudayaan Mesyuarat dimaklumkan oleh Puan Siti Hajar binti Md. Jani bahawa program- program yang mempunyai pengisian yang baik masih belum dijalankan oleh PEWANI. Pengerusi memaklumkan bahawa program yang dicadangkan adalah baik namun terdapat kekangan untuk melaksanakan program tersebut kerana memerlukan bantuan daripada AJK dari Kampus Kuala Pilah, Seremban dan Rembau. Oleh itu, semua ahli mesyuarat dimohon menyalurkan sumbangan bagi membantu mengadakan programprogram anjuran PEWANI samada di peringkat kampus Kuala Pilah, Seremban atau Rembau. Pengerusi memohon agar terdapat caretaker bagi melaksanakan program- program tersebut di setiap kampus. Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat kekangan mobiliti di kalangan ahli PEWANI dan perkara tersebut merupakan salah satu faktor program yang dianjurkan oleh kampus hanya dihadiri oleh staf di kampus tersebut. Penolong Pengerusi Kampus Kuala Pilah, Seremban dan Rembau 4.0 Laporan Aktiviti bagi tahun 2022 PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Laporan aktiviti tahunan yang telah dijalankan oleh PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan tahun 2022 telah dibentangkan melalui tayangan montaj. Makluman 5.0 Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2022 PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Laporan Kewangan tahun 2022 PEWANI UiTM Makluman
6.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa tahun 2021 hingga tahun 2023 Pengerusi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PEWANI bagi tahun 2021 hingga tahun 2023 atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan selama tempoh 2 tahun. Makluman 7.0 Pemilihan Calon Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2023 hingga tahun 2025 Pemilihan calon bagi ahli jawatankuasa bagi tahun 2023 hingga tahun 2025 telah dijalankan melalui atas talian dimana semua ahli mesyuarat yang hadir perlulah mengimbas QR kod yang telah disediakan oleh Biro ICT dan Publisiti. Makluman 8.0 Pengumuman Keputusan Pengumuman keputusan telah dipaparkan melalui skrin putih yang telah disediakan untuk makluman semua ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat bersetuju lantikan dibuat berdasarkan calon yang hadir sahaja akan dilantik. Maklumat keputusan adalah seperti berikut : Jawatan Nama Timbalan Pengerusi : Puan Jamilah binti Othman Pen. PengerusiKampus Kuala Pilah : Dr. Rafidah binti Kamarudin Pen. Pengerusi Kampus Seremban : Profesor Madya Dr. Rozita binti Abdul Latif Pen. Pengerusi Kampus Rembau : Dr. Sutina binti Junos Setiausaha : Puan Nor Hafizah binti Ismail Pen. Setiausaha : Puan Nazirah binti Hassim Bendahari : Puan Azlina binti Paimin Pen. Bendahari : Cik Ja’izah binti Abdul Jabar Juruaudit : Puan Saflina binti Azis Ketua Biro Kerohanian Insaniah : Puan Izwaniyati binti Ibrahim Ketua Biro Sukan dan Rekreasi : Puan Siti Hafizah binti Zaini Ketua Biro Kebajikan & Lawatan Sosial : Puan Norfarhana binti Zulkifli Ketua Biro Pendidikan, Pembangunan & Latihan : Dr. Amalia Qistina Castaneda binti Abdullah Ketua Biro Keusahawanan & Ekonomi : Puan Halimah binti Mohamad Zahari Ketua Biro ICT & Publisiti : Puan Rozana binti Abdul Karim
9.0 Cadangan usul 9.1 Pendaftaran Ahli PEWANI Usul : Mesyuarat dimaklumkan melalui usul yang dikemukakan oleh Puan Nur Hidayah binti Mohd Razali bahawa masih belum dapat membuat permohonan sebagai ahli PEWANI. Cadangan : Pengerusi memaklumkan bahawa pendaftaran dibuat melalui laman web PEWANI secara atas talian. Makluman 9.2 Hari Keluarga PEWANI Usul : Mesyuarat dimaklumkan melalui usul yang dikemukakan oleh Dr. Ts Sarifah Aini binti Syed Ahmad bahawa Hari Keluarga PEWANI dicadangkan untuk diadakan setahun sekali bagi mengeratkan hubungan antara ahli PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Cadangan : Mesyuarat ambil maklum perkara tersebut dan bersetuju agar Hari Keluarga PEWANI diadakan dengan kerjasama bersama persatuan sedia ada seperti seperti Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK). AJK Induk PEWANI 9.3 Program Ilmiah Usul : Mesyuarat dimaklumkan melalui usul yang dikemukakan oleh Dr. Wan Zumusni binti Wan Mustapha bahawa program kolaborasi bersama NGO perlu dibuat bagi mengadakan program yang memperkasakan wanita dari segi undang-undang syariah dan sivil. Mesyuarat dimaklumkan melalui usul yang dikemukakan oleh Dr. Wan Zumusni binti Wan Mustapha bahawa PEWANI dapat menyediakan panduan kepada wanita yang mengalami keganasan rumah tangga serta membuat harta sepencarian kerana perceraian atau poligami.
Mesyuarat dimaklumkan melalui usul yang dikemukakan oleh Dr. Wan Zumusni binti Wan Mustapha agar program berbentuk perkongsian seperti penulisan jurnal dapat dilaksanakan bagi menangani tekanan di kalangan staf wanita. Cadangan : Mesyuarat ambil maklum perkara tersebut dan bersetuju agar Biro Pendidikan, Pembangunan dan Latihan dapat merangka aktiviti tersebut. Ketua Biro Pendidikan, Pembangunan dan Latihan 9.4 Kad Keahlian PEWANI Usul : Mesyuarat dimaklumkan melalui usul yang dikemukakan oleh Puan Norhamizah binti Isa agar kad keahlian dapat diberikan kepada ahli PEWANI yang baharu menjadi ahli persatuan. Cadangan : Mesyuarat bersetuju agar AJK menyemak dengan PEWANI Induk bagi perolehan kad persatuan bagi ahli yang baharu mendaftar. Setiausaha 9.5 Lawatan Penanda Aras di UiTM Cawangan Terengganu Usul : Mesyuarat dimaklumkan melalui usul yang dikemukakan oleh Puan Siti Hafizah binti Zaini bahawa lawatan penanda aras di UiTM Cawangan Terengganu dapat dilaksanakan. Cadangan : Mesyuarat ambil maklum usul tersebut. AJK Induk PEWANI 10.0 Hal-hal Lain Tiada
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang dan disahkan tertakluk pindaan. Disediakan oleh: Disahkan oleh: .............................................. ............................................. RABIATUL ADAWIYAH BT ABDUL RAHMAN Setiausaha ROZZANA BINTI RAHMAT Pengerusi
LAPORAN KEWANGAN MENSYUARAT AGUNG TAHUNAN PEWANI UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024
AKTIVITI PEWANI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 2023
8 MAC 2023 | PROGRAM “ BRAIN SHARING : HEALTHY WOMEN, PLAN AND BE PRODUCTIVE’’ SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2023 | ANJURAN PEWANI DENGAN KERJASAMA UCSI HOSPITAL
10 MAC 2023 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEWANI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023
SEPANJANG BULAN RAMADAN 1444H | PROGRAM TADARUS AL – QURAN | ANJURAN UNIT HAL EHWAL ISLAM, KAMPUS SEREMBAN DENGAN KERJASAMA PEWANI
6 APRIL 2023 | PROGRAM CERAMAH KASIH RAMADHAN | ANJURAN PSPM COMPUTING SOCIETY DAN PEWANI
SEPANJANG BULAN RAMADAN 1444H | PROGRAM TAUTAN UKHWAH “HAYYA INFAQ’’ PEWANI 2023
13 APRIL 2023 | PROGRAM WORLD #QURAN HOUR | ANJURAN UNIT HAL EHWAL ISLAM, UiTM KAMPUS SEREMBAN DENGAN KERJASAMA RUMAHNGAJI NEGERI SEMBILAN, BAHAGIAN PENTADBIRAN & PEWANI UiTM NEGERI SEMBILAN
20 JUN 2023 | PROGRAM KURSUS SEMBELIHAN | ANJURAN UNIT HAL EHWAL ISLAM DENGAN KERJASAMA PEWANI, PSKK & KKUiTMCNS
22 JUN 2023 – 21 JULAI 2023 (SIRI 1) & 13 SEPTEMBER 2023 – 15 SEPTEMBER 2023 (SIRI 2) | PROGRAM HARI PENGUMPULAN PAKAIAN / BARANGAN TERPAKAI “LET’S CLEAN UP’’
18 JULAI 2023 | PERTANDINGAN RATU CONGKAK
1 SEPTEMBER 2023 – 4 SEPTEMBER 2023 | KARNIVAL SUKAN PEWANI SEMALAYSIA 2023
30 SEPTEMBER 2023 | MAJLIS FAREWELL PEWANI BERSAMA YANG DIPERTUA PEWANI YBHG PROFESOR DATUK DR HJH ROZIAH MOHD JANOR
PROGRAM FRIDAY FREE FOOD PROGRAM UiTM KAMPUS SREMBAN
5 DISEMBER 2023 | PROGRAM AGIHAN MAKANAN PERCUMA KEPADA PELAJAR UiTMCNS KAMPUS KUALA PILAH | ANJURAN PEWANI DENGAN KERJASAMA ZAWAF
KIOSK PEWANI DAN VENDING MACHINE @ UiTM KAMPUS KUALA PILAH DAN KAMPUS SEREMBAN
“A STRONG WOMEN KNOWS SHE HAS STRENGTH ENOUGH FOR THE JOURNEY, BUT A WOMEN OF STRENGTH KNOWS IT IS IN THE JOURNEY WHERE SHE WILL BECOME STRONG”