பெற்ற ோர் ஆசிரியர் சங்க ஆண்ட ிக்கக 2019-2021
Laporan Tahunan PIBG 2019-2021
1. பெற்ற ோர் ஆசிரியர் சங்க கூட்ட திகதிகள் 2019-2021
Tarikh-tarikh mesyuarat jawatankuasa yang telah diadakan dalam tahun 2019-2021.
10/03/2019 (Mesyuarat Agung PIBG)
04/04/2019
18/07/2019
27/08/2019
17/10/2019
12/11/2019
22/02/2020
23/10/2021
2. பெற்ற ோர் ஆசிரியர் சங்க நடவடிக்கககள் / Aktiviti PIBG bagi Tahun 2019-2020.
AKTIVITI TAHUN 2019
1. Memberi sumbangan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
2. Memberi sumbangan untuk Sambutan Hari Jadi Murid-Murid (Jan-Feb)
3. Memberi sumbangan untuk menyediakan pengangkutan bagi MSSPP
4. Mencari dan memberi sumbangan untuk Majlis Sukan Tahunan Sekolah
5. Memberi sumbangan bagi menjayakan sambutan Hari Guru
6. Memberi sumbangan bagi Program Jom Ke Sekolah
7. Memberi sumbangan untuk sudut pidato.
8. Memberi sumbangan untuk Kem Motivasi sekolah
9. Menyumbang untuk Upacara Sembahyang murid UPSR
10. Memberi sumbangan bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan
11. Menyediakan pengangkutan ke Kuiz ICT
12. Menyediakan pengangkutan ke Pertandingan Kawad Kaki
13. Memberi sumbangan bagi menjayakan Saraswathy Poojai
14. Menyediakan pengangkutan ke Kem TKRS, Kem Sains, & Program Teknik
Menjawab
15. Memberi sumbangan bagi menjayakan Hari Penyampaian Hadiah
16. Memberi sumbangan bagi menjayakan Hari Kanak-kanak
17. Memberi sumbangan makanan dan minuman untuk pertandingan bola sepak
18. Membantu menjayakan lawatan sambil belajar
Aktiviti TAHUN 2020
1. Memberi sumbangan bagi menjayakan Orientasi Prasekolah dan Tahun 1
2. Memberi sumbangan untuk Perayaan Ponggal peringkat sekolah
3. Memberi sumbangan untuk Sukan Tahunan 2020
4. Menyediakan pengangkutan untuk mengangkut kerusi meja dari TENBY.
5. Menjayakan sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
6. Sumbangan untuk Saraswathi Poojai Peringkat Sekolah
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SJK(T) AZAD
JALAN KEBUN BUNGA, 10350 PULAU PINANG
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2019/2020.
Tarikh : 10 Mac 2019
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Kehadiran : 50 orang
1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2018/2019
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sekolah dan
pengetua dengan persiapan Mesyuarat PIBG .
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan guru ke mesyuarat.
1.3 Pengerusi berkata bahawa dana dan kewangan yang stabil amat penting dalam PIBG
untuk melaksanakan program – program bagi keperluan murid.
1.4 Para guru telah banyak membantu untuk menjayakan semua aktiviti PIBG.
1.5 Banyak sumbangan telah dicari dan dikumpul untuk menambahkan dana PIBG.
1.6 E&O dan Chetti Kovil Telah memberi banyka sumbangan . Terima kasih diucapkan .
1.7 Kerajaan negeri telah memberi sumbangan sebanyak RM 40 000.
1.8 Kerajaan negeri memberi RM 50000 kepada LPS sekolah.
1.9 PIBG telah merancang untuk mengadakan Hari Kantin di sekolah untuk menambah dana
PIBG.
1.10 Program DLP yang dimohon oleh semua waris sedang dalam proses permohonan.
1.11 Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan membantu
pihak PIBG untuk mejayakan semua projek yang dirancang.
2.0 Ucapan Penasihat
2.1 Penasihat merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG 2018/2019
kerana membantu pengurusan sekolah dalam merealisasikan program sama ada dalam
bidang akademik, Hal Ehwal Murid (HEM), mahupun bidang ko-kurikulum juga memberi
sokongan moral dalam menjalankan pelbagai aktiviti.
2.2 Dalam ucapan beliau telah dinyatakan perkara-perkara berikut:
2.2.1 Kehadiran ibu bapa ke mesyuarat ini tidak begitu memuaskan.
2.2.2 Jika ada sebrang masalah sila berurusan terus dengan pihak sekolah dan mohon
tidak becakap di luar sekolah kerana dapat mengungkitkan masalah yang tidak
2.2.3 diingini.
Pelbagai projek telah dijalankan di bawahPIBG tahun 2018/2019/
2.2.4 SJK(T) Azad berasa bangga kerana pihak PIBG sentiasa bersedia untuk membantu
pihak sekolah.
2.2.5 Pihak E&O Properties / Nattukottai Chettiar Temple / Alumni sekolah SJKT Azad
juga telah memberi pelbagai sumbangan untuk murid murid sekolah.
2.2.6 Kelas tambahan bagi tahun 4,5,dan 6 telah dimulakan dan sedang dijalankan.
2.2.7 Kelas agama juga sedang dijalankan pada setiap hari Jumaat untuk semua murid
yang beragama Hindu sahaja.
2.2.8 Murid-murid yang beragama Islam dan Kristian akan terlibat dalam program
FROG VLE pada masa tersebut.
2.2.9 Program Bacaan Pagi dan Kelas Komputer juga telah dimulakan.
2.2.10 Ibu bapa perlu memberi galakan kepada murid-murid untuk membuat
persembahan terutamanaya pada waktu perhimpunan.
2.2.11 Bagi melaksanaka Program DLP jumlah murid mestilah 15 ke atas dalam
sesebuah kelas dan diharap ibu bapa dapat mempromosikan sekolah untuk
menambahakan bilangan murid di sekolah.
2.2.12 LPS akan cuba menampung tambang pengangkutan murid-mrid yang
memerlukan dengan mewujudkan kemudahan pengangkutan ke sekolah.
2.2.13 Dimohon agar tidak menyebarkan khabar angin mengenai sekolah dan diminta
untuk berjumpa dengan pihak sekolah untuk mendapatkan penjelasan.
2.2.14 Peperiksaan bagi tahap 1 telah dimansuhkan
2.2.15 PdPc berjalan selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21 di mana murid-murid
dilatih untuk menguasai KBAT
2.2.16 KerAjaan sedang focus dalam subjek-subjek STEM .
2.2.17 Guru-guru SJKT Azad sangat berkaliber.
3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Sesi 2018/2019
3.1 Cik Dhinadarsyini selaku setiausaha PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung
PIBG dan lampiran kehadiran bagi sesi 2018/2019 untuk disahkan.
3.2 En. Navainthiran mengesahkan minit dan disokong oleh En.Ravi.
4.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2018
4.1 Pn. Anittha Kumari membentangkan Laporan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31
Disember tahun 2018 untuk diterima.
4.2 En. Rajenee mengesahkan Laporan Penyata Kewangan bagi tahun 2018 dan disokong
oleh Pn. Sumathy.
5.0 Perkara-perkara Berbangkit
5.1 Tiada sebarang pertanyaan atau perkara yang diutarakan dalam mesyuarat.
6.0 Bacaan Usul
Bil Usul Respon / Tindakan
Pn. Rani
1. Dimohon semua aktiviti sekolah dan Puan Guru Besar menyatakan bahawa
notis selalu diedarkan sekurang-
pertandingan diumumkan kepada ibubapa kurangnya seminggu sebelum sebrang
secepat yang mungkin untuk memudahkan aktiviti dan juga diberitahu di group
urusan memohon cuti di tempat kerja. Whatsapp.
Pn. Arul Jothi Pn. Guru Besar menyatakan bahawa
1. Pelaksanaan Program DLP program DLP boleh dimohon jika
sesebuah kelas ada sekurang-kurangnya
Pn. Rajeswary 15 orang murid dan pencapaian subjek
1. Tandas perlu disediakan sitting toilet BM dan BI adalah tinggi
2. Perlu mengurangkan gulai dalam menu Sitting toilet untuk di tandas murid lelaki
makanan kantin terutamanya pada waktu tidak perlu kerana ia tidak selamat
pagi. kerana murid-murid akan tergelincir dan
jatuh dan mencederakan diri sendiri.
3. Diminta pihak kantin memberi susu untuk Gulai hanya disediakan sehari seminggu
menggantikan Milo dalam menu RMT dalam menu makanan kantin.
4. Diminta kerja rumah dikurangkan untuk Puan Guru besar menjelaskan bahawa
murid-murid kerana ia mat membebankan bukan semua murid suka minum susu
murid-murid terutamanya bila ada kelas dan itu hanya akan mengakibatkan
tambahan. pembaziran.
Puan guru besar mengatakan bahawa
Pn. Loganayagi guru-guru tidak memberi kerja rumah
1. Program untuk subjek BM dan BI harus tambahan kecuali yang belum sempat
disiapkan di kelas.
dijalankan
Puan guru besar menjelaskan bahawa
En. Arul Prakash hari Selasa telah diiktiraf sebgai hari BM
1. Program DLP perlu diwujudkan di sekolah dan hari Khamis telah diiktiraf sebagai
hari BI.
Pn. Thana
1. Diminta corak T-shirt sukan ditukar setiap Puan guru besar menyatakan bahawa a
sedang diusahakan.
tahun
En. Balan Puan guru besar berkata ia akan
1. Makanan yang berkhasiat perlu dijula di diusahakan. Usul diterima.
kantin dan satu Jawatankuasa yang Puan Guru Besar menjawab bahawa
mempunyai seorang wakil dari ibu bapa perlu Jawatankuasa tidak perlu kerana ada
perlu diwujudkan untuk memantau kualiti guru yang bertanggungjawab mengawal
makanan.. kualiti makanan.
2. Satu Jawatankuasa keselamatan dan Puan Guru Besar menjawab
pengangkutan pelajara harus diwujudkan. jawatankuasa tidak diperlukan kerana
itu adalah tanggungjawab semua orang
di sekolah.
7.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019
7.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019
8.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Pn. Gogilambal iaitu Puan Guru Besar SJKT Azad
merupakan penasihat PIBG.
8.2 Puan guru besar menerangkan jawatan yang akan dibuka untuk pemilihan .
8.3 En. Navainthiran mencadangkan En. Arul Prakash untuk jawatan YDP. Cadangan itu
disokong oleh En. Rajenee. Cadangan ditutup oleh Pn. Rani.
8.4 En. Sathiamoorty mencadangkan En. Navainthiran untuk jawatan Naib YDP. Cadanga
tersebut disokong oleh Pn. Sumathy. Pn. Thanaletchumi mencadangan agar cadangan
ditutup.
8.5 AJK dari kalangan ibu bapa dicadangkan oleh En. Navainthiran dan disokong oleh
En. Balan.
8.6 Puan. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu
melaksanakan pemilihan dan seterusnya menutup pemilhan AJK PIBG 2019/20.
8.7 Pembentukan AJK PIBG sesi 2019/2020 adalah seperti berikut:
Penasihat : Pn. Gogilambal a/p Muniandy (Guru Besar SJKT Azad)
Yang Dipertua PIBG : En. Arul Prakash a/l Balakrishnan
NYDP PIBG : En. Navainthiran a/l Thiagarajoo
Setiausaha Kehormat : Cik. Dhinadarsyini a/p Ganeasa Moorthy
Bendahari Kehormat : Pn. Anittha Kumari a/p Megavarnam
AJK Ibu Bapa : En. Sathiamoorthy
En. Magenthiran a/l Mohan
Pn. Balamurugan a/l Paneerseham
Pn. Arul Jothi a/p Somasundram
Pn. Sumathy
AJK Guru : En. Nedumaran a/l Rayappan
En. Jeyachelan a/l Tanggayah
En. Pubalan
Pn. Sailaja a/p Ganasan
Pn. Priyaa Darshenee
Makluman : Semua
9.0 Ucapan YDP PIBG 2019/20
9.1 En. Arul Prakash mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi oleh semua
dengan melantik beliau sekali lagi sebagai YDP.
9.2 Beliau berjanji akan menyokong pihak sekolah dalam semua aktiviti yang bertujuan
untuk membangunkan murid-murid dan sekolah.
9.3 Beliau juga menyeru agar semua ibu bapa bukan sahaja ahli menyokong pihak PIBG
untuk menjayakan semua rancangan dan program sekolah.
9.4 Beliau amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk malaksanakan tugas
sebgai YDP secara efisien.
9.5 Beliau memohon sumbangan daripada ibu bapa untuk memasang water filter di sekolah
jika berminat untuk kegunaan murid-murid.
Makluman : Semua
10.0 Hal –hal lain
10.1 Puan guru besar meminta semua hadirin untuk memutuskan jumlah wang yang akan
diberikan sebagai sumbangan untuk PIBG bagi tahun semasa.
10.2 Semua ibu bapa dan guru yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2019/2020
sebulat suara memutuskan RM30.00 untuk sebuah keluarga sebagai sumbangan untuk
PIBG bagi tahun semasa.
10.3 Jika ada yang ingin menyumbang lebih daripada RM30 boleh berbuat demikian tanpa
sebarang paksaan.
11.0 Ucapan Penangguhan
11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa serta
guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019 / 2020.
11.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik.
11.3 Pengerusi berharap dapat menggabungkan idea dan kerjasama dari semua AJK PIBG
sama ada yang baharu atau yang lama. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.15
tengah hari.
Disediakan oleh,
....................................
DHINADARSYINI A/P
GANEASA MOORTHY
Setiausaha Kehormat
Persatuan Ibu bapa Dan Guru
SJK(T) Azad 2019/20
Pulau Pinang