The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chaisyievter, 2022-12-04 05:20:56

pdf_20221204_094100_0000

pdf_20221204_094100_0000

UHMT 1012
GRADUATE

SUCCESS
ATTRIBUTES

(magazine)

KEJAYAAN
SISWAZAH PADA

MASA DEPAN

ISI KANDUNGAN

✓- Pengenalan
✓- Pengurusan masa di alam universiti
✓- Peranan dan Dorangan ibu bapa

✓- Faktor pemilihan kerjaya

- Rujukan
- Lampiran

Pengenalan

Kejayaan ialah kemenangan atau pencapaian prestasi yang memuaskan dalam sesuatu perkara
yang telah kita lakukan. Sebagai contoh, kejayan yang diperoleh daripada hasil keputusan
peperiksaan semasa di sekolah. Oleh itu, kejayaan juga tidak dapat ditetapkan bila ia akan
tercapai kerana untuk mencapai sesuatu yang ingin dilakukan itu kita tidak pasti sama ada
matlamat tersebut dapat capai kejayaan itu atau tidak.
Siswazah bermaksud seseorang yang lulus dalam peperiksaan terakhir di universiti atau
berkelulusan ijazah dalam bidang tertentu. Selain itu, siswazah juga dimaksudkan sebagai

“siswa yang telah menerima ijazah” berbeza dengan seseorang yang digelar sebagai graduan.
Sebagai contoh, di negara luar seperti Amerika Syarikat mereka mengatakan bahawa pelajar

universiti peringkat kemasukan ini dikenali sebagai sarjana, manakala bagi pelajar yang
mengambil ijazah tinggi pula dikenali sebagai pelajar siswazah. Kebanyakan pelajar siswazah
antarabangsa menjadi faktor tarikan ke universiti penyelidikan di Malaysia. Kebolehpasaran
siswazah juga adalah penting bagi membantu mereka untuk membuat perancangan kerjaya dan

meningkatkan keyakinan dalam diri melalui perkhidmatan unit kaunseling di setiap univers

Pengurusan

masa

Setiap siswazah perlu menyediakan jadual belajar yang efektif untuk menentukan tugasan yang
perlu dibuat akan siap dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, para siswazah perlu

menyusun jadual dengan teratur agar mudah untuk membuat tugsan tersebut. Anda perlu
membuat jadual dengan kreatif supaya menarik perhatian kepada anda untuk melihat jadual

tersebut dan sudah tentu sekaligus mempunyai semangat untuk menyiapkan tugasan.
Setiap siswazah haruslah menghapuskan sikap suka menangguhkan kerja yang diberikan oleh
pensyarah. Hal ini kerana, kebiasaannya, pelajar akan menangguhkan kerja dan mereka akan
tergesa-gesa untuk menyiapkan tugasan tersebut pada tempoh penghantaran tugasan. Sekiranya

ada tugasan yang diberi, jangan tangguhkan tugasan tersebut. Hal ini akan memberi impak
yang tidak baik. Tugasan tersebut haruslah dibuat sedikit demi sedikit sehingga selesai

berbanding dengan tugasan yang ditangguh akan mempengaruhi markah yang akan diperoleh.
Selain itu, para siswazah mestilah sentiasa menyediakan dan membawa buku nota pada setiap
masa. Hal ini dapat mengelakkan agar tidak lupa untuk menyenaraikan tugasan-tugasan yang
diberikan oleh pensyarah. Buku nota tersebut akan memudahkan lagi anda untuk menyiapkan
sesuatu tugasan kerana dapat membahagikan tugasan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu

mengikut masa yang ditetap

PERANAN DAN DORANGAN IBU BAPA,

Ibu bapa semestinya memberi dorongan dan tunjuk ajar yang baik dari sejak kecil lagi kepada
anak-anak mereka agar dapat membentuk sikap anak-anak yang baik. Secara tidak langsung,

anak-anak mereka akan mengetahui tentang apa yang perlu mereka lakukan. Mereka akan
memperoleh banyak pengetahuan, motivasi dan mengubah sikap anak-anak kearah yang lebih

baik.
Ibu bapa perlulah meluangkan masa bersama anak-anak kerana meluangkan masa merupakan
perkara yang paling penting bagi anak-anak. Hal ini kerana, dengan meluangkan masa bersama

anak-anak kita dapat menangani masalah yang bakal dihadapi oleh para siswazah sama ada
semasa belajar ataupun tidak. Sebagai contoh, tekanan emosi boleh menjadi beban kepada

mereka dan membuatkan mereka sukar untuk membuat tugasan mereka.
Selain itu, dorongan dari segi didikan agama juga adalah penting bagi semua ibu bapa dan
anak-anak. Ibu bapa haruslah menitikberatkan dalam memberi didikan agama yang sempurna
mengikut kepercayaan agama masing-masing kepada mereka. Dengan adanya didikan agama
ini, mereka akan dapat membezakan perkara yang positif mahupun negatif. Jelaslah bahawa
dorangan didikan agama ini dapat melahirkan generasi yang berguna para siswazah di masa

kini dan akan datang.
Seterusnya, ibu bapa haruslah bertangunggungjawab mengawasi pergaulan anak-anak dengan

rakan sebaya atau saudara mara. Hal ini kerana, pergaulan bebas antara rakan sebaya atau
saudara mara akan menimbulkan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan harian mereka.
Lebih-lebih lagi apabila meningkat remaja, kelakuan mereka akan sukar untuk ditegur kerana
mereka akan bertindak agresif kepada ibu bapa. Sekiranya ibu bapa tidak memantau pergaulan

anak-anak, akan mudah mereka terjebak dengan rakan sebaya seperti ponteng sekolah,
merokok, membuli dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah bahawa mengawasi perbualan anak-anak

adalah perlu dikawal agar dapat membina personaliti yang baik kepada anak-anak.

FAKTOR

PEMILIHAN KERJAYA

Setiap individu sudah pasti mempunyai minat dalam bidang yang mereka ceburi dari
sejak awal lagi. Mereka akan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam pemilihan

kerjaya. Apabila mereka mendapat kerja mengikut bidang yang mereka minat, secara
tidak langsung mereka akan rasa gembira dan bersemangat untuk meneruskan bekerja

di tempat tersebut.

Pengaruh keluarga
Kebanyakan seseorang individu akan mengikut jejak langkah keluarga mereka sama

ada daripada ibu bapa, adik-beradik atau saudara mara. Faktor ini sangat ketara
kerana

anak-anak akan mengikut jejak tersebut untuk pemilihan kerjaya mereka. Sebagai
contoh, sekiranya ibu-bapa mereka seorang guru, anak-anak mereka juga akan
memilih
untuk menjadi seorang guru. Oleh itu, tidak hairanlah jika dalam satu keluarga
mempunyai pekerjaan yang sama.



Kebiasaannya individu akan mengutamakan suasana di tempat kerja. Hal ini kerana
suasana tempat kerja juga amat penting begi seseorang yang ingin bekerja dalam

keadaan suasana yang bersih dan selesa. Ciri-ciri tersebut akan mempengaruhi
semangat seseorang untuk melakukan tugas-tugas mereka di tempat kerja seperti
pejabat. Jika kawasan di tempat kerja dalam keadaan yang kotor atau tidak teratur,
pekerja akan berasa malas dan sudah pasti mereka akan tidak selesa bekerja apabila

berhadapan dengan suasana seperti itu.

Prospek kerjaya
Pada masa kini, para siswazah perlu mengkaji prospek kerjaya yang akan dipilih.

Faktor
ini sangat penting bagi pemilihan kerjaya yang baik dan memberikan gaji yang tinggi.

Prospek kerjaya ini juga adalah bergantung kepada kelayakan seseorang individu
dalam

mengembangkan kemahiran mereka. Hal in, seseorang yang berjaya akan ditawarkan
ke peringkat yang lebih tinggi iaitu lebih dikenali sebagai kenaikan pangkat.

RUJUKAN

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version