The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khairunnisa, 2022-02-17 06:51:36

MODUL TASKA KHAIRUNNISA BINTI SAIPO BAHRI

Modul Taska KAQ3073

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 1
Modul Pengajaran Ibu Bapa

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 2

MODUL PENGAJARAN KANAK-KANAK UNTUK IBU BAPA
MODUL TASKA BERASASKAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
BIDANG PEMBELAJARAN: PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA

PERSEKITARAN
TOPIK

MARI LAKUKAN PENYIASATAN ALAM BAHAN DI RUMAH
DISEDIAKAN OLEH:

KHAIRUNNISA BINTI SAIPO BAHRI
D20191088720

Modul Pengajaran Ibu Bapa

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 3

KONSEP

Pembangunan pendidikan kanak-kanak sememangnya penting, oleh hal demikian
pelaksanaan kurikulum yang berintipatikan keseronokan perlu diterapkan ke dalam
pengajaran kanak-kanak yang berumur di antara 0 hingga 4 tahun. Kanak-kanak yang
berumur sedemikian perlu diterapkan pembelajaran yang bersifatkan persekitaran. Menjadi
salah satu tugas ibu bapa untuk membantu anak untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang
mudah dan berguna kepada kanak-kanak. Melalui Kurikulum Permata Negara, kanak-kanak
dapat mempelajari dengan lebih berdasar dan mengikut tahap kefahaman kanak-kanak
tersebut. Ibu bapa akan dapat memahami cara untuk mengajar anak yang berumur bawah 4
tahun.

Bayi dan kanak-kanak menggunakan deria mereka untuk memahami persekitaran
mereka. Setiap penemuan deria baharu (seperti penglihatan, pendengaran, sensasi, rasa,
tekstur dan pergerakan) ia akan menggalakkan otak bayi untuk mencipta sambungan dan
mengembang. Bayi belajar dengan bagaimana untuk mentafsir badan mereka sendiri dan
berhubung dengan persekitaran di sekeliling mereka melalui input deria (dipanggil
perkembangan deria). Mereka juga turut belajar cara bertindak balas terhadap rangsangan
baharu dengan cara yang selamat.

• Mengapa modul ini dilaksanakan?
Pelaksanaan modul ini adalah berteraskan pengajaran yang dapat diaplikasikan oleh
ibu bapa di rumah melalui panduan dan penilaian yang telah disediakan.

• Mengapa perkembangan deria dan pemahaman dunia penting?
Bayi dan kanak-kanak belajar tentang dunia di sekeliling mereka melalui penerokaan.
Mereka akan cuba mendapatkan pandangan dan pemahaman tentang pengalaman
semasa mereka. Ilmunya akan dikumpulkan melalui dari segala yang mereka lihat,
dengar, sentuh, hidu, dan rasa. Kanak-kanak mesti digalakkan untuk berminat dan
menggunakan deria mereka untuk menyiasat persekitaran mereka. Lima pancaindera
yang dikurniakan seperti mata, telinga, lidah, dan kulit, harus dikembangkan agar bayi
yang baru lahir dan kanak-kanak mendapat pengalaman dan wawasan.

Oleh hal demikian, sangat wajar jika kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk belajar
melalui pengalaman mereka. Ibu bapa mestilah menyokong kanak-kanak dengan membantu
mereka mendapatkan ilmu di sekeliling. Tambahan, pengajaran yang bersifatkan sekeliling
akan menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu perkara dengan lebih
mendalam. Walaupun pada usia yang dikatakan belum cukup matang, mereka sebenarnya
telah berupaya untuk memahami perkara yang berlaku mengikut perkembangan kognitif dan
perkaitan usia. Justeru itu, ibu bapa diharapkan dapat menggunakan modul ini dengan baik.

Modul Pengajaran Ibu Bapa

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 4

PENERANGAN KANDUNGAN
Modul yang disediakan ini mengandungi 1 set pengajaran yang teliti dan jelas. Terdapat juga
soalan lembaran kerja yang mudah. Selain itu, modul ini disyorkan kepada kanak-kanak yang
berumur 4 tahun. Ibu bapa dapat menggunakan modul ini untuk mengajar kanak-kanak
berkenaan alam bahan. Pengambilan pengajaran ini adalah berstrukturkan kepada Kurikulum
Permata Negara. Ibu bapa dapat melihat bentuk pengajaran yang berkesan selain
menambahkan ilmu dalam mengajar kanak-kanak terutamanya di rumah.

Alam bahan yang berkaitan dengan air adalah fokus di dalam modul ini. Melalui
penyiasatan yang akan dijalankan, kanak-kanak dapat menambahkan ilmu pengetahuan
berkenaan alam bahan air. Tambahan, terdapat penilaian dan pentaksiran yang dapat
dilakukan oleh ibu bapa setelah aktiviti pengajaran dilakukan bersama dengan kanak-kanak.
Set aktiviti pengajaran ini disediakan bagi kemudahan ibu bapa mengakses kemahiran kanak-
kanak. Malah, terdapat media-media yang digunakan untuk membantu ibu bapa memahami
modul melalui ilustrasi atau gambaran. Penggunaan dalam modul yang berteraskan
Kurikulum Permata Negara ini telah mencakupi topik perkembangan deria dan pemahaman
dunia.
Peringatan:

• Sebelum melaksanakan aktiviti, ibu bapa perlu melakukan persediaan awal untuk
melancarkan proses aktiviti bersama kanak-kanak.

• Masa peruntukkan aktiviti yang disyorkan kepada ibu bapa adalah di antara 30 hingga
40 minit mengikut keadaan dan kesesuaian.

• Aktiviti di dalam modul boleh dijalankan di luar rumah (halaman rumah) atau di tempat
yang terbuka bagi memberi ruang keselesaan dan pengalaman baru kepada anak-
anak.

• Ibu bapa boleh membuat pengubahsuaian terhadap bahan yang digunakan sekiranya
perlu mengikut keadaan semasa.

• Ibu bapa digalakan untuk mencatat dan memperhatikan perkembangan kanak-kanak
dan membuat rumusan berdasarkan apa yang telah dilihat melalui aktiviti yang
dilakukan.

Modul Pengajaran Ibu Bapa

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 5

AKTIVITI KANAK-KANAK

• AKTIVITI PENGAJARAN KANAK-KANAK 4 TAHUN

Tarikh:

Hari:

Masa:

Tema: Air

Sub Tema: Air Panas dan Air Sejuk

Bidang Pembelajaran: Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran

(KPN)

Tahap Perkembangan: Boleh mengaitkan maklumat yang diperolehi untuk membuat
rumusan

(KPN)

Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak tahu air panas adalah bahaya.

Objektif: Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. membezakan panas dan sejuk dengan betul. (Kognitif)

2. tunjuk cara membuat air sejuk dan air panas menggunakan ais dan
air panas dengan bimbingan. (Psikomotor)

BBM: Air panas, Air sejuk (ais), besen, pewarna makanan biru dan merah serta apron.

Aktiviti Pengajaran Nota

Set Induksi 1. Ibu bapa membawa kanak-kanak ke dalam bilik Contoh soalan Ibu bapa

aktiviti atau ke tempat yang sesuai untuk menjalankan dapat tanya:

penyiasatan atau eksperimen.
“Siapa suka air sejuk atau

2. Ibu bapa berbincang dengan kanak-kanak tentang air panas?”

air sejuk dan air panas.

“(Nama anak) banyak

3. Kanak-kanak berinteraksi dengan ibu bapa tentang minum air sejuk atau air

air sejuk dan air panas. panas hari ini?”

*Ibu bapa boleh melihat video terlebih dahulu untuk
tambahan pengetahuan berkenaan air melalui rujukan
lampiran I disediakan.

Modul Pengajaran Ibu Bapa

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 6

Langkah 1 1. Ibu bapa menerangkan dan menyatakan warna air Contoh soalan Ibu Bapa

sejuk dan air panas untuk pemahaman awal. dapat tanya:

Contoh:

Biru – Air sejuk “Apakah air ini?” (Sambil

Merah – Air panas meminta kanak-kanak

memegang bekas berisi

2. Ibu bapa menyediakan air dalam bekas untuk air yang berbeza suhu)

membolehkan kanak-kanak merasai perbezaan

antara panas dan sejuk dalam pelbagai situasi. “Adakah air ini panas atau

Contoh: sejuk?”

Air Air BBM: Air panas, Air sejuk
Sejuk Panas (ais), besen, pewarna
makanan biru dan merah
serta apron.

Air dalam besen dari pandangan atas

3. Kanak-kanak juga menyebut dan mengeja warna

dan nama suhu air.

Langkah 2 1. Ibu bapa menunjukkan cara membuat air sejuk dan BBM: Air panas, Air sejuk
Langkah 3
panas menggunakan ais, pewarna biru dan merah (ais), besen, pewarna

serta air panas. makanan biru dan merah

serta apron.

2. Kanak-kanak membuat air dengan suhu yang

berbeza iaitu, pewarna biru dan ais untuk air sejuk

manakala pewarna merah untuk air panas dalam

besen yang mengandungi air yang berbeza suhu.

1. Ibu bapa bersoal jawab tentang suhu air dengan Contoh soalan Ibu bapa

kanak-kanak tentang apakah kesannya dalam dapat tanya:

kehidupan mereka.

Contoh: Apakah suhu air

2. Kanak-kanak menceritakan suhu air seperti: - di dalam besen?
“Air sejuk sedap untuk diminum.”

“Air panas boleh sebabkan kecederaan.” BBM: Air panas, Air sejuk

(ais), besen.

Modul Pengajaran Ibu Bapa

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 7

Penutup 1. Ibu bapa memberitahu warna dan bahaya suhu air
tertentu dan minta kanak-kanak menamakan warna
suhu air.

2. Kanak-kanak melakukan aktiviti mengikut
lembaran kerja dengan bimbingan.

3. Ibu bapa dapat merujuk lembaran kerja di
bahagian lampiran II.

Refleksi

Kekuatan

Kelemahan

Senarai singkatan:

BBM : Bahan Bantu Mengajar
KPN : Kurikulum PERMATA Negara 2013

Modul Pengajaran Ibu Bapa

PENTAKSIRAN Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 8

SKALA PENILAIAN
Pentaksiran

No. Nama Anak HP 1: membezakan air panas HP 2: tunjuk cara membuat air
1. dan air sejuk dengan betul sejuk dan air panas

menggunakan ais dan air
panas dengan bimbingan

T1 T2 T3 T1 T2 T3

Indikator: ULASAN
T1: Kanak-kanak belum menguasai hasil pembelajaran
T2: Kanak-kanak sedang menguasai hasil pembelajaran
T3: Kanak-kanak telah menguasai hasi pembelajaran

REKOD ANEKDOT
NAMA :
UMUR :
TARIKH:
MASA :

NOTA

Modul Pengajaran Ibu Bapa

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 9

LAMPIRAN Lampiran I
BAHAN BANTU MENGAJAR: Video tambahan untuk Ibu bapa berkenaan air

Pautan link: https://www.youtube.com/watch?v=3c5HJzaC_SY

Modul Pengajaran Ibu Bapa

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 10
Lampiran II

LEMBARAN KERJA 1
Soalan: Tuliskan P untuk panas dan tulis S untuk sejuk di tempat yang disediakan.

Modul Pengajaran Ibu Bapa

Modul Taska Berasaskan Kurikulum Permata 11
LEMBARAN KERJA 2
Soalan: Gunting dan kelaskan objek mengikut ciri-ciri panas dan sejuk.

PANAS

SEJUK

Modul Pengajaran Ibu Bapa


Click to View FlipBook Version