The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AP015 BAB 1-PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN (1) (3)-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eeeey_80, 2021-04-23 04:11:25

AP015 BAB 1-PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN (1) (3)-converted

AP015 BAB 1-PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN (1) (3)-converted

PERNIAGAAN DAN
PERSEKITARAN

1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN

a) Definisi Perniagaan :

Aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan dengan menggunakan
wang atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi
mendapat keuntungan, faedah dan kepuasan.

b) Elemen Perniagaan

• Aktiviti jual beli
• Barang atau perkhidmatan
• Keperluan dan kehendak
• Konsep keuntungan
• Konsep faedah dan kepuasan

c) Proses Perniagaan Input

Untung Proses
Transformasi

/ Tambah
Nilai

Jualan Output

Proses Perniagaan : Input

• Faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada tanah, modal,
buruh, keusahawanan, teknologi dan mesin digunakan untuk
menghasilkan

• Contohnya, bagi pengeluaran tekstil pengilang memerlukan
kapas (bahan mentah) untuk diproses, manusia
(buruh/pekerja) untuk menyelenggara mesin, wang (modal)
untuk membeli bahan mentah, mesin dan membayar upah
pekerja serta kemahiran (keusahawanan) untuk mengagih
sumber berkenaan.

Proses Perniagaan : Proses Transformasi / Tambah Nilai

• Proses menukar input dari segi bentuk, rupa, warna, rasa dan
saiz kepada sesuatu bentuk produk lain yang dikenali sebagai
output.

• Proses ini memberi tambah nilai kepada barangan yang
diproses.

• Contoh, dalam penghasilan tekstil setelah bahan mentah,
tenaga kerja, mesin dan peralatan dikumpulkan, bahan
mentah akan diproses atau ditukarkan menjadi kain
menggunakan kepakaran pekerja dan teknologi tertentu.

Proses Pengeluaran : Output

• Hasil yang diperolehi dari proses transformasi.
• Output mempunyai ciri-ciri tertentu yang memenuhi keperluan

dan kehendak pengguna.
• Kualiti output perlu memenuhi piawaian yang ditetapkan.
• Contohnya, dalam pengeluaran tekstil output yang dihasilkan

mungkin kain kapas, sutera dan polister yang menepati
piawaian tertentu.

Proses Pengeluaran : Jualan

• Jualan merupakan aktiviti menukarkan hasil
pengeluaran/output kepada pembeli untuk tujuan
mendapatkan keuntungan dan memberi kepuasan.

• Contohnya, dalam pengeluaran tekstil, kain sutera yang
dihasilkan perlu dipasarkan kepada pengguna sasarannya
supaya harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan
pengguna dan kos pengeluaran.

Proses Pengeluaran : Untung

• Untung adalah lebihan hasil terhadap kos manakala rugi
adalah lebih kos terhadap hasil.

• Untung akan diperolehi apabila hasil perniagaan melebihi kos
perniagaan manakala rugi adalah sebaliknya.

• Keuntungan yang diperolehi biasanya akan digunakan semula
oleh perniagaan dalam aktiviti pengeluaran atau menambah
aset perniagaan.

• Contohnya, keuntungan daripada jualan tekstil yang
dihasilkan boleh digunakan oleh pengeluaran untuk
menambah mesin dikilang berkenaan.

d) Objektif Keuntungan

• Keuntungan merupakan lebihan hasil setelah ditolak semua
kos dalam aktiviti perniagaan.

• Adalah menjadi matlamat utama perniagaan untuk
memperolehi keuntungan supaya perniagaan boleh terus
wujud dan berkembang dalam pasaran.

• Contoh : Harga jualan RM20 seunit, kos adalah sebanyak
RM15, jadi untung bagi setiap unit adalah sebanyak RM5.

• Merupakan salah satu sumber modal yang akan digunakan
untuk mengembangkan perniagaan. Ianya boleh digunakan
untuk membeli aset dan keperluan perniagaan

• Kejayaan meraih keuntungan yang besar akan memberi
gambaran perniagaan telah berjaya dan diurus dengan baik.

• Keuntungan yang besar membolehkan perniagaan
memberikan ganjaran yang tinggi kepada peniaga dan
usahawan.

• Kemampuan perniagaan mencapai keuntungan akan
meyakinkan pelabur-pelabur luar untuk melabur dalam
perniagaan berkenaan.

• Apabila perniagaan memperolehi keuntungan ini akan
membuka ruang untuk melaksanakan tanggungjawab sosial
dan boleh mewujudkan persepsi baik masyarakat terhadap
perniagaan.

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

i. Memenuhi Keperluan Masyarakat

• Perniagaan cuba memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang bermutu dengan harga, masa dan tempat
yang sesuai kepada pelanggan.

• Perniagaan dapat membantu menyediakan keperluaan asas
masyarakat seperti barangan makanan, pakaian dan
barangan kesihatan serta perkhimatan seperti pengangkutan
dan perubatan.

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

ii. Meningkatkan Peluang Pekerjaan

• Perniagaan mewujudlan peluang pekerjaan kepada
masyarakat yang mempunyai kepelbagaian latar belakang
pendidikan.

• Pelbagai kemahiran dan pengetahuan diperlukan dalam
sesebuah perniagaan.

• Dengan menyediakan pekerjaan, perniagaan-perniagaan ini
dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui
pendapatan yang mereka terima.

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

iii. Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan Negara

• Perniagaan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara melalui aktiviti eksport yang akan menambah
pendapatan negara.

• Aktiviti perniagaan juga membolehkan pembangunan
infrastruktur yang lebih baik di sesebuah tempat. Ini secara
tidak langsung memberi manfaat kepada masyarakat
setempat.

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

iv. Memenuhi Kehendak Peluang Global

• Aktiviti perniagaan tidak hanya terhad di dalam negara sahaja
tetapi meliputi ke luar negara.

• Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk dari
pelbagai negara.

• Ilmu perniagaan perlu dipertingkatkan supaya mampu
bersaing dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

• Contohnya, syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat dan Jepun
beroperasi di Malaysia bagi memenuhi kehendak global.

1.3 PENGELUARAN
FUNGSI PEMASARAN
PERNIAGAAN KEWANGAN
SUMBER MANUSIA

1.3 FUNGSI PERNIAGAAN

i. Pengeluaran

• Suatu proses menukar sumber-sumber pengeluaran kepada
barangan siap atau barangan separa siap.

• Perkhidmatan juga dianggap sebagai produk dan sebarang
penyediaan kemudahan perkhidmatan dianggap sebagai
pengeluaran.

• Pengeluaran mencipta nilai tambah kepada input supaya
output yang dihasilkan ditawarkan kepada pengguna bagi
memberi kepuasan.

1.3 FUNGSI PERNIAGAAN

ii. Pemasaran

• Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk
merancang dan melaksanakan konsep produk, penentuan
harga, promosi dan pengedaran sesuatu produk.

• Aktiviti pemasaran akan menggalakkan berlakunya pertukaran
antara barang dengan wang yang dapat memenuhi keperluan
pengguna dan mencapai objektif organisasi.

1.3 FUNGSI PERNIAGAAN

iii. Kewangan

• Aktiviti menguruskan kewangan termasuk membuat ramalan
keperluan dana, mendapatkan dana, menguruskan dana dan
menentukan dana digunakan dengan cara yang betul dalam
sesebuah perniagaan.

1.3 FUNGSI PERNIAGAAN

iv. Sumber Manusia

• Sumber manusia merupakan staf yang merangkumi pekerja
dan pengurus yang terdapat dalam organisasi.

• Mereka menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman kepada organisasi.

• Perniagaan tidak dapat berfungsi tanpa sumber manusia.

1.4 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Pihak Berkepentingan Persekitaran Umum

Pelanggan Ekonomi
Pembekal Teknologi
Pembiaya Sosiobudaya
Pemodal/Pelabur Politik & Undang-undang
Pesaing
Kerajaan Global
Fizikal/ Semulajadi
Pekerja
Masyarakat

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

i. Pelanggan

• Merupakan pihak yang akan membeli dan menggunakan
sesuatu produk.

• Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan
atau kegagalan sesebuah perniagaan.

• Perniagaan perlu sentiasa mencari jalan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan.

• Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis keluaran,
harga dan kualiti keluaran serta menggalakkan inovasi
perniagaan

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

ii. Pembekal

• Merupakan pihak yang menawarkan segala keperluan kepada
sesebuah perniagaan seperti bahan mentah, pekerja dan
pengangkutan.

• Hubungan yang baik dengan pembekal membolehkan
bekalan dihantar apabila diperlukan pada harga yang
berpatutan dan mengelakkan gangguan dalam operasi
perniagaan.

• Kualiti bekalan dapat menjamin kualiti produk yang dihasilkan
dan meningkatkan imej perniagaan.

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

iii. Pembiaya

• Pihak yang menyediakan kemudahan pinjaman kewangan
untuk perniagaan bagi membolehkan usahawan menjalankan
aktiviti perniagaan.

• Terdiri daripada pihak bank dan institusi kewangan yang
berdaftar.

• Bantuan kewangan yang diberikan oleh pembiaya akan
membantu perniagaan terus bertahan dalam pasaran dan
mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

iv. Pemodal / Pelabur

• Pihak yang menyumbangkan modal atau keperluan kewangan
perniagaan ke dalam perniagaan.

• Terdiri daripada pelabur atau pemegang saham.
• Pelaburan yang diberikan oleh pemodal/pelabur kepada

perniagaan akan memastikan sistem operasi perniagaan
sentiasa berada pada tahap optimum.

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

v. Pesaing

• Merupakan perniagaan lain yang mengeluarkan sesuatu
barangan untuk keperluan pelanggan yang sama dalam industri
yang sama.

• Perniagaan harus mengawasi kegiatan dan operasi perniagaan
dari semasa ke semasa dengan mengenal pasti kekuatan serta
kelemahan pesaing supaya dapat bersaing dengan baik.

• Persaingan yang sihat mendorong setiap perniagaan untuk
mengeluarkan produk yang lebih bermutu serta memenuhi
keperluan pengguna.

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

vi. Kerajaan

• Pihak yang mentadbir sesebuah negara dan bertanggungjawab
untuk melaksanakan dasar-dasar, pemberian galakkan dan insentif
perniagaan serta menguatkuasakan undang-undang.

• Perniagaan perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan oleh kerajaan seperti membayar cukai, tidak
terlibat dalam perniagaan haram dan tidak menaikkan harga
sesuka hati.

• Pemberian galakkan dan intensif akan menggalakkan
perkembangan perniagaan ke tahap yang lebih baik.

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

vii. Pekerja

• Individu yang menawarkan masa, tenaga, fikiran dan
kemahiran untuk melakukan kerja-kerja dalam perniagaan.

• Setiap tindakan pekerja akan mempengaruhi kejayaan atau
kegagalan sesebuah perniagaan.

• Perniagaan perlu mendapatkan pekerja yang cekap dan mahir
supaya segala kerja dapat dilakukan dengan berkesan.

• Produktiviti pekerja yang tinggi akan membantu meningkatkan
prestasi perniagaan.

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

viii. Masyarakat

• Merujuk kepada jaringan perhubungan antara individu di
dalam komuniti melibatkan sesebuah negara yang
menggambarkan kerakyatan, hak, etika yang diamalkan
penduduk sesebuah negara.

• Perniagaan akan berhadapan dengan masyarakat yang
secara langsung mempengaruhi aktiviti perniagaan kerana
mereka akan menjadi pengguna dan penyokong serta
penentu pembentukan imej perniagaan.

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

i. Ekonomi

• Merujuk kepada situasi ekonomi dalam dan luar negara,
sistem ekonomi, pasaran wang dan kadar faedah.

• Kestabilan ekonomi sesebuah negara akan menjamin
perkembangan sesebuah perniagaan tetapi jika berlaku
kemelesetan ekonomi, perniagaan akan mengalami masalah
kerana kuasa beli pengguna menurun.

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

ii. Teknologi

• Merujuk kepada kaedah baharu untuk melakukan sesuatu
kerja.

• Perkembangan teknologi memberi kesan di mana perniagaan
yang menggunakan teknologi terkini dapat meningkatkan
produktiviti, menjimatkan masa pengeluaran dan
mengurangkan kos perniagaan.

• Kepekaan terhadap perkembangan teknologi akan menjamin
kemandirian sesebuah perniagaan.

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

iii. Sosiobudaya

• Merujuk kepada kepercayaan agama, budaya, adat resam
dan cita rasa penduduk sesebuah negara.

• Corak sosiobudaya sesebuah masyarakat memaksa
perniagaan menyesuaikan barangan dan perkhidmatan
mengikut kehendak masyarakat setempat.

• Perniagaan yang berupaya memahami sosiobudaya
sesebuah pasaran dengan baik akan berpeluang menguasai
pasaran tersebut.

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

iv. Politik dan Undang-undang

• Politik merujuk kepada keadaan sesebuah negara yang
dipengaruhi fahaman parti politik memerintah. Kestabilan
politik dapat menjamin kelancaran dan pertumbuhan aktiviti
perniagaan.

• Undang-undang merujuk kepada peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa terhadap perniagaan.
Perniagaan yang dijalankan mengikut perundangan yang sah
akan membolehkan perniagaan tersebut terus maju dan
diyakini oleh pelanggan.

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

v. Global

• Semua aktiviti perniagaan terdedah kepada dunia yang
melangkaui sempadan sesebuah negara.

• Perniagaan perlu menghadapi cabaran diperingkat global
yang merangkumi politik, undang-undang dan ekonomi dunia.

• Melalui perniagaan peringkat global, perniagaan berupaya
mengembangkan potensi keuntungan pada kadar yang lebih
tinggi.

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

vi. Fizikal dan Semulajadi

• Fizikal merujuk kepada kemudahan infrastruktur di sesuatu tempat
seperti jalan raya, pengangkutan, telekomunikasi dan lain-lain.

• Kewujudan faktor fizikal ini akan memudahkan perjalanan perniagaan
disesuatu kawasan.

• Semulajadi merujuk kepada sumber semula jadi seperti bahan galian,
hasil tanaman, air, udara dan lain-lain sumber asli yang diperlukan
sebagai input untuk pengeluaran.

• Perniagaan perlu menyedari pelbagai tren dalam persekitaran
semulajadi iaitu kekurangan bahan mentah, peningkatan harga input,
peningkatan populasi dan campur tangan kerajaan dalam pengurusan
sumber semulajadi.

1.4c : Pengaruh Pihak Berkepentingan dan Persekitaran Umum
terhadap Perniagaan

• Pihak berkepentingan merupakan faktor yang boleh dikawal
dan memberikan kesan secara langsung kepada perniagaan.

• Contohnya, pertambahan pelanggan akan memberikan
peningkatan hasil kepada perniagaan.

• Persekitaran umum pula tidak boleh dikawal tetapi boleh
mempengaruhi perniagaan secara tidak langsung.

• Contohnya, perubahan teknologi boleh menyebabkan kos
perniagaan meningkat jika perniagaan membeli teknologi
baharu dengan harga yang tinggi.

1.4c : Pengaruh Pihak Berkepentingan dan Persekitaran Umum
terhadap Perniagaan

• Kedua-dua persekitaran ini perlu dinilai pada masa yang sama
kerana akan memberi kesan pada perniagaan.

1.5 ENTITI PERNIAGAAN

Merujuk kepada jenis milikan perniagaan menurut undang-
undang sesebuah perniagaan

PEMILIKAN TUNGGAL

PERKONGSIAN

SYARIKAT

KOPERASI

PEMILIKAN TUNGGAL

• Perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu sahaja.
• Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik sendiri atau

pinjaman dari keluarga, rakan-rakan dan institusi kewangan.
• Liabiliti pemilik adalah tidak terhad iaitu jika berlaku

kebankrapan, penyelesaian hutang akan melibatkan harta
peribadi.
• Pemilik akan dikenakan cukai persendirian atau individu ke
atas pendapatan dari perniagaannya.
• Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)

PEMILIKAN TUNGGAL

• Terikat dengan Akta Perniagaan 1956
• Penubuhan perniagaan ini adalah mudah iaitu tidak

melibatkan prosedur yang rumit.
• Perniagaan ini diuruskan sendiri oleh pemilik dan beliau

bebas membuat keputusan berkaitan perniagaan.
• Jangka hayat perniagaan ini tidak kekal dan akan terbubar

dengan sendirinya disebabkan kematian pemilik.
• Laporan kewangan tidak perlu didedahkan kepada sesiapa

dan hanya untuk kegunaan pemilik sendiri.

PERKONGSIAN

• Dimiliki antara 2 hingga 20 orang
• Modal perniagaan disumbang oleh rakan kongsi dan pinjaman

dari institusi kewangan.
• Laibiliti pemilik adalah tidak terhad iaitu jika berlaku

kebankrapan, penyelesaian hutang akan melibatkan harta
peribadi.
• Setiap pemilik akan dikenakan cukai persendirian atau
individu ke atas pendapatan dari perniagaan.
• Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)

PERKONGSIAN

• Perniagaan ini terikat dengan Akta Perniagaan 1956 dan Akta
Perkongsian 1961.

• Perkongsian akan terikat dengan ikat perkongsian yang telah
dipersetujui semasa memulakan perkongsian.

• Penubuhan perniagaan ini adalah mudah iaitu tidak melibatkan
prosedur yang rumit (kecuali milikan tunggal)

• Pengurusan perniagaan diurus secara bersama oleh rakan kongsi
dan keputusan perniagaan adalah keputusan bersama.

• Perkongsian mudah terbubar jika berlaku perubahan dalam daftar
perniagaan.

• Laporan kewangan hanya perlu didedahkan kepada rakan kongsi
sahaja.

SYARIKAT

• Syarikat terdiri daripada Syarikat Sendirian Berhad dan
Syarikat Berhad (Awam Berhad)

• Syarikat sendirian berhad dimiliki oleh 1 – 50 orang dan
Syarikat Berhad dimiliki lebih dari 2 orang bergantung kepada
jumlah saham yang diterbitkan.

• Modal perniagaan ini disumbangkan oleh pelabur melalui
terbitan saham dan liabiliti dari terbitan bon dan pinjaman dari
institusi kewangan.

• Liabiliti pemilik adalah terhad dimana sekiranya berlaku
kebankrapan, penyelesaian hutang tidak melibatkan harta
peribadi dan terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan
sahaja.

SYARIKAT

• Cukai syarikat dikenakan terhadap keuntungan perniagaan
• Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM)
• Perniagaan ini terikat dengan Akta Syarikat 1965 (Pindaan

2016)
• Penubuhan perniagaan ini adalah rumit kerana melibatkan

prosedur dan dokumen yang khusus (Tatawujud dan Tataurus
Syarikat)
• Pengurusan perniagaan diuruskan oleh pengurus yang
dibayar gaji dan halatuju syarikat ditentukan oleh Ahli
Lembaga Pengarah Syarikat.

SYARIKAT

• Jangka hayat perniagaan ini lebih kekal dan sukar terbubar.
• Laporan kewangan syarikat sendirian berhad perlu

didedahkan kepada pelabur (pemegang saham) manakala
bagi syarikat berhad laporan kewangan perlu didedahkan
kepada pelabur dan masyarakat umum.

KOPERASI

• Koperasi adalah entiti yang harus mempunyai sekurang-
kurangnya 50 orang ahli.

• Berbanding entiti perniagaan lain yang bermotifkan
keuntungan, koperasi lebih kepada meningkatkan kebajikan
ekonomi dan sosial ahlinya.

• Modal perniagaan adalah dari sumbangan yuran ahli dan
pinjaman institusi kewangan.

• Laibiliti ahli koperasi adalah terhad iaitu jika berlaku
kebankrapan, penyelesaian hutang tidak melibatkan harta
peribadi dan terhad kepada jumlah yuran ahli sahaja.

KOPERASI

• Perniagaan ini didaftar dengan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM)

• Perniagaan ini terikat dengan Akta Koperasi 1993 (Pindaan
2007)

• Penubuhan perniagaan ini adalah rumit iaitu melibatkan
prosedur yang rumit.

• Pengurusan perniagaan diuruskan oleh ahli koperasi yang
aktif dan halatuju koperasi ditentukan oleh Ahli Lembaga
Pengarah Koperasi.

• Jangka hayat perniagaan lebih kekal dan sukar terbubar.
• Laporan kewangan koperasi didedahkan kepada ahli-ahli

sahaja.

PERBEZAAN ENTITI PERNIAGAAN

CIRI MILIKAN PERKONGSIAN SYARIKAT KOPERASI
TUNGGAL Minimum 50 Orang

BILANGAN AHLI 1 Orang 2 – 20 Orang 1-50 (Sdn. Bhd.)
2- tidak terhad(Bhd.)

SUMBER MODAL Sendiri , Rakan Kongsi, Pinjaman Bank, Yuran Ahli,
Terbitan Saham, Pinjaman Bank
Keluarga, Pinjaman Pinjaman Bank Terbitan Bon.

Bank

LIABILITI Tidak Terhad Tidak Terhad Terhad Terhad

KAEDAH Sendiri & Bersama Pekongsi Pengurus yang digaji & Lantikan Ahli &
PENGURUSAN Keputusan Ahli Lembaga Keputusan Ahli
Keputusan Peribadi & Keputusan Pengarah Lembaga Pengarah

Bersama

PENDEDAHAN Kegunaan Sendiri Kegunaan Sendiri & Didedahkan kepada pelabur Didedahkan kepada
LAPORAN Pekongsi (Sdn Bhd) . Didedahkan Ahli Sahaja
KEWANGAN kepada pelabur dan Kepada
Umum (Bhd)

CUKAI Pendapatan Pendapatan Pendapatan Individu dan Pendapatan Individu
Individu Individu Perniagaan

TAMAT


Click to View FlipBook Version