Aziq Si Budak Nakal CCEERRITA KANAK-KANAK ITA KANAK-KANAK
Di sebuah kampung hidup sepasang suami isteri bernama Encik Hanif dan Puan Wan Asnah. Mereka mempunyai dua orang anak bernama Amirah dan Aziq. Amirah berumur 14 tahun dan dia anak yang baik. Aziq pula anak yang nakal dan dia berumur 12 tahun. Amirah bersekolah di bandar dan tinggal di asrama. Manakala, Aziq bersekolah di kampung iaitu di Sekolah Rendah Cempaka. Di sekolah itu tempat ayah Aziq bekerja. Ayah Aziq bekerja sebagai seorang guru. 1
Suatu hari, “Aziq! Aziq! Jom ke sekolah!” Jerit Encik Hanif sambil membuka pintu bilik Aziq. “Saya tak mahu pergi ke sekolah ayah, perut saya sakit sejak semalam, ” jawab Aziq. Aziq tidak mahu pergi ke sekolah kerana belum menyiapkan kerja rumah sekolah. Lalu, Encik Hanif pergi ke sekolah seorang diri. 2
Di sekolah, Encik Hanif berjumpa dengan guru kelas Aziq dan memaklumkan tentang ketidakhadiran Aziq. “Minta maaf cikgu. Aziq tidak datang ke sekolah hari ini kerana dia sakit perut, ” kata Encik Hanif. “Semoga Aziq cepat sembuh Cikgu Hanif, ” balas guru kelas Aziq. Encik Hanif terpaksa menahan malu kerana sudah sering kali Aziq tidak hadir ke sekolah. 3
Pada keesokan hari, Aziq pergi ke sekolah. Di kelas, Aziq berbincang dengan rakannya iaitu Melisah supaya pergi melepak bersamanya apabila selesai waktu sekolah. Melisah yang merupakan kawan baik Aziq bersetuju. Lalu, Aziq pergi ke bilik guru untuk memberitahu ayahnya bahawa dia akan pergi ke rumah Melisah bagi menyiapkan kerja rumah sekolah. “Ayah, saya mahu pergi ke rumah Melisah untuk menyiapkan kerja rumah sekolah. Boleh tak ayah?” Soal Aziq. “Boleh Aziq, tetapi jangan lewat pulang ke rumah, ” jawab Encik Hanif. 4
Dusun Pak Abdullah Encik Hanif membenarkan kerana guru Sejarah Aziq ada memberikan mereka kerja rumah sekolah. Namun, Aziq berbohong. Selesai waktu sekolah, Aziq dan Melisah telah pergi ke dusun buah-buahan yang merupakan milik ketua Kampung Cempaka. Dusun itu terletak tidak jauh dari rumah Melisah. 5
6 Di dusun itu, terdapat banyak jenis buah-buahan yang telah masak. Aziq bercadang mahu mengambil buah rambutan kerana sudah tidak tahan lapar. Melisah pula menasihati Aziq supaya tidak mengambil buah tersebut kerana akan dianggap mencuri. “Aziq, kita akan dituduh mencuri jika mengambil buah itu tanpa kebenaran, ” kata Melisah. Namun, Aziq tidak mahu mendengar nasihat Melisah. Malah, Aziq memarahi Melisah kerana tidak mahu mengikutinya. Aziq menyakinkan Melisah bahawa tidak ada yang mengetahui tindakan mereka itu. “Jangan risau Melisah, tidak ada yang tahu kita berada di dusun ini, ” kata Aziq. Melisah hanya diam mendengar kata Aziq.
7 Tanpa membuang masa, Aziq memanjat pokok rambutan sehingga tidak menyedari bahawa dia sudah berada di atas sekali. Semasa hendak turun, Aziq terpijak dahan yang sudah reput menyebabkan Aziq jatuh ke tanah dan pengsan. “ Aziq!” Jerit Melisah sambil memanggil nama Aziq. Melisah yang panik terus berlari keluar dari dusun itu untuk mendapatkan bantuan.
Dusun Pak Abdullah Di pertengahan jalan, Melisah terserempak dengan ketua kampung iaitu Pak Abdullah. “Ada apa Melisah?” Soal Pak Abdullah. Melisah memberitahu Pak Abdullah tentang apa yang telah berlaku. Pak Abdullah berlari mendapatkan Aziq dan membawa Aziq ke hospital. Melisah pula berlari pulang ke rumah. 8
Pak Abdullah menghubungi ibu bapa Aziq tentang keberadaan Aziq di hospital. Tanpa membuang masa, ibu bapa Aziq terus bergegas ke hospital. Di hospital, mereka dimaklumkan oleh doktor bahawa Aziq mengalami kecederaan yang ringan sahaja pada bahagian kaki. 9
Ibu bapa Aziq meminta maaf kepada Pak Abdullah kerana sikap Aziq yang telah menceroboh masuk ke dusun tanpa kebenaran. Mereka juga berterima kasih kerana telah menghantar Aziq ke hospital. “Terima kasih Pak Abdullah kerana sudah menolong anak kami, ” kata Encik Hanif kepada Pak Abdullah. “Sama-sama Encik Hanif, ” jawab Pak Abdullah. Tidak lama kemudian, Pak Abdullah meminta diri untuk pulang ke rumah. 10
11 Setelah keluar dari hospital, Aziq meminta maaf kepada ibu bapanya kerana telah menyusahkan mereka. “Ibu, ayah, Aziq minta maaf. Aziq berjanji tidak akan nakal lagi, ” kata Aziq. “ibu dan ayah sudah maafkan kamu Aziq, ” balas Puan Wan Asnah. Aziq dan ibu bapanya saling berpelukkan. Sejak dari peristiwa itu, Aziq selalu mendengar nasihat ibu bapa. Aziq juga rajin ke sekolah dan sering menyiapkan kerja rumah sekolah.
‘PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK’ Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi (Selasa) Tempat: Dewan Sekolah Suatu hari, sekolah Aziq mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak. Pertandingan tersebut akan diadakan di dewan sekolah. Aziq memberitahu ibu bapa tentang hasratnya untuk mengikuti pertandingan itu. Ibu bapa Aziq gembira kerana Aziq cuba melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Mereka membantu Aziq mencipta sajak. Mereka juga membantu Aziq tentang cara untuk mendeklamasikan sajak. 12
Ibu, Engkau wanita yang ku sayang, Ratu segala ratu yang ku sanjung, Sayangi dan temanilah aku sentiasa, Tidak kira suka mahupun duka. Ayah, Engkau pahlawan gagah perkasa, Bayang pejuang terlihat di keringatmu, Kau rela bergadai masa dan tenaga, Demi mencari sesuap nasi untukku. Semasa hari pertandingan, Aziq mendeklamasikan sajak tersebut dengan penuh semangat. 13
Oh ibu….Oh ayah…. Dengarlah ku ungkap kasih, Di sini aku berterima kasih, Pada pengorbananmu yang ku junjung, Pada jasamu yang ku kenang. Oh ibu….Oh ayah….. Dengarlah ungkapan kasih ini, Bahawasanya aku berjanji, Untuk belajar sehingga berjaya, Demi keluarga kita yang tercinta. (Ku Ungkap Kasih) 14
Dewan Sekolah Akhirnya, Aziq mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu. Aziq berasa sangat gembira. Di luar dewan sekolah, Aziq memeluk ibu bapanya. “Ibu, ayah, Aziq menang, ” kata Aziq. “Tahniah Aziq, ayah dan ibu bangga dengan kamu, ” balas Encik Hanif sambil tersenyum. Pujian dari ayah menyebabkan Aziq semakin bersemangat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti lain yang akan diadakan di sekolah. ~ TAMAT ~ 15
1) Kita haruslah mendengar nasihat ibu bapa kita. 2) Janganlah sakiti hati ibu bapa kita. 3) Kita wajarlah bercakap benar. 4) Jangan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. 5) Kita mestilah meminta maaf apabila membuat kesalahan.
Berbincang Bertukar pendapat antara satu sma lain tentang sesuatu perkara. Ketidakhadiran Tidak hadir. Lewat Lambat atau lama. Dusun Satu kebun buah-buahan. Menyakinkan Satu kebun buah-buahan. Panik Perasaan takut, cemas atau bimbang secara tiba-tiba. Terserempak Berjumpa atau bertemu. Menghubungi Memberitahu. Keberadaan Tempat di mana seseorang berada. Bergegas Cepat-cepat atau segera. Mendeklamasikan Membacakan atau menyampaikan. Duka Dalam keadaan sedih. Keringat Peluh. Junjung Dimuliakan.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang nakal bernama Aziq. Suatu hari, Aziq dimasukkan ke dalam hospital kerana sikapnya yang nakal ini. Adakah Aziq akan berubah selepas keluar dari hospital? Dapatkah ibu bapa Aziq memaafkan Aziq? SINOPSIS