The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK (25%)-BERKUMPULAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adellaalbert439, 2022-09-20 09:07:22

TUGASAN 2 EDUP3093 KUMPULAN 9 BM SK 1

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK (25%)-BERKUMPULAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
GAYA

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
( EDUP 3093)

KERJA KURSUS
TUGASAN 2;

PENGHASILAN PRODUK (25%)

HELLEYECIA JUAN ADELLA ALBERT
P21074340 P21074371

2021072340282 2021072340264

ISI KANDUNG

1.0 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia
1.1.1 Sebelum Merdeka
1.1.2 Selepas Merdeka
1.1.3 Pendidikan Masa Kini

1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
1.3 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
2.0 Hubungan Antara Perkembangan Pendidikan
Di Malaysia
2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.2 Falsafah Pendidikan Guru
3.0 Rumusan
4.0 Rujukan

1.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem pendidikan perlulah diurus dengan baik agar dapat mengharungi
segala perubahan supaya sering dengan peredaran masa dan zaman.
Pendidikan di Malaysia boleh terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum
merdeka, selepas merdeka dan masa kini.

1.1.1 SEBELUM MERDEKA

kronologi Perkembangan pendidikan sebelum merdeka di Malaysia.

Sistem Pendidikan Pondok Sistem Pendidikan Vernakular
Institut pendidikan tardisional Sekolah yang menggunakan
Islam yang berdasarkan bahasa ibunda (Cina, Tamil,
kepada al-Quran. Melayu & Inggeris)

Laporan Barnes 1950 Laporan Cheesemen
Langkah pemulihan untuk
Ditubuhkan untuk membina semula sistem
pendidikan di Tanah Melayu.
meningkatkan tahap

pencapaian pelajar Melayu di

sekolah vernakular.

Laporan Fenn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952

Mengkaji semula Laporan Mengkaji semula Laporan
Barnes setelah mendapat Barnes dan laporan Fenn-Wu
tentangan dari masyarakat untuk memantapkan lagi
Cina. sistem pendidikan.

Penyata Razak 1956

Membentuk semula sistem pendidikan ke arah usaha
membentuk perpaduan antara kaum.

1.1.2 SELEPAS MERDEKA

Sistem pendidikan ditambah baik dalam pelbagai aspek bagi
memastikan hala tuju negara dapat dicapai melalui
pembangunan pendidikan dan sumber manusia. Berikut
merupakan kronologi pembangunan sistem pendidikan
negara selepas merdeka.

LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 AKTA PENDIDIKAN 1961

Laporan ini telah diiktiraf Akta Pendidikan 1961 ini
dalam Akta Pendidikan 1961
yang mengandungi saranan - adalah suatu sistem
saranan dalam Laporan
Razak dengan membawa pendidikan yang berasaskan
matalamat bagi memupuk
perpaduan dalam kalangan kebangsaan dan
rakyat Malaysia
mengiktirafkan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa

pengantar

LAPORAN JAWATANKUASA LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964
KABINET 1979

Laporan jawatankuasa ini Laporan Aminuddin Baki
1964 ini berperanan untuk
mempunyai penekanan menyelidik sistem
pendidikan. Sistem
terhadap pendidikan dalam laporan ini

penguasaankemahiran asas terdiri daripada pelbagai

(3M) iaitu menulis, membaca bidang bagi sekolah

dan mengira. menengah rendah.

AKTA PENDIDIKAN 1996

Akta Pendidikan 1996 adalah kesinambungan
pembaharuan yang ditambah baik dariapda Akta
Pendidikan 1961

1.1.3 Pendidikan Masa Kini

Akibat daripada peredaran zaman membawa kepada perubahan
ataupun pembaharuan dasar dalam sistem pendidikan yang
lebih cenderung ke arah teknologi sebagai medium pengajaran.

A) PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 ada tertulis dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan atau lebih dikenali sebagai "RMK -9".
Pelan Induk ini juga telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia
ketika itu iaitu Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Tarikh perasmian
tersebut adalah pada 16 Januari 2007 yang bertempat di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. elan Induk ini juga telah merancang
enam teras strategi yang dapat memperteguhkan sistem pendidikan
negara.

6 Teras Membangun Membina Memperkasa
Strategi Modal Insan Negara Bangsa Sekolah

Memartabatkan Melonjakkan Kebangsaan
Profesion Kecemerlangan
Perguruan Institusi Pendidikan Merapatkan
Jurang Pendidikan

B) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPP 2013 - 2025)

Pelan Pembangunan Pendidikan

(ppp) Malaysia adalah sebuah daya Kualiti

cipta idea yang diinspirasikan oleh Akses Ekuiti
Kecekapan
Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri bahagian Menteri

Pendidikan pada ketika itu adalah 5
Aspirasi
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perpaduan
Perancangan ini diharapkan dapat

memberi hasil terbaik modal insan

bagi memenuhi matlamat untuk

memacu segala hasrat

pembangunan negara.

1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Untuk mewujudkan satu hala tuju sistem pendidikan negara yang
benar-benar memenuhi kehendak dan aspirasi negara, Falsafah
Pendidikan Negara ditubuhkan (1988) namun ditukarkan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi dua ayat yang berbunyi;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1.3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Falsafah Pendidikan Guru merupakan satu panduan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Falsafah ini penting
kerana dapat membentuk pemikiran dan amalan guru dengan lebih
baik kerana falsafah ini mempunyai panduan yang sangat jelas bagi
mencapai hasrat tersebut.

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara rakyat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin".

2.0 HUBUNGAN ANTARA PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan merupakan tunjang utama kepada pembangunan sesebuah
negara. Justeru itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperlukan untuk
dijadikan sebagai satu garis panduan bagi semua aktiviti dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Justeru, berikut merupakan hubungan antara ayat
pertama Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perkembangan
pendidikan di Malaysia.

Pendidikan suatu usaha yang berterusan

SELEPAS MERDEKA

Setelah Tanah Melayu merdeka Penyemakkan ini akhirnya
membuahkan hasil dengan
(31 Ogos 1957), perkembangan kemunculan beberapa laporan
pendidikan pada awal
sistem pendidikan mula kemerdekaan. Contohnya,
Penyata Rahman Talib 1960
berkembang kerana ingin iaitu sebuah laporan yang
ingin memperluaskan lagi
selaras dengan pembangunan agenda atau cadangan yang
terdapat dalam Penyata Razak
Negara. Ketika itu, 1956.

Jawatankuasa Penyemak Dasar

Pelajaran Kebangsaan telah

membuat beberapa

penyemakkan terhadap sistem

pendidikan.

Agenda pendidikan negara yang dilaksanakan pada ketika itu adalah
berlandaskan kepada Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan 1999. Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 1999 ini,
terdapat beberapa matlamat pendidikan kebangsaan yang telah
dicatatkan untuk meneruskan usaha pendidikan.

Antaranya; Matlamat pendidikan

a) Melahirkan bangsa Malaysia Kebangsaan selepas merdeka
yang mempunyai sifat taat
setia dan bersatu padu. ini adalah serasi dengan

pernyataan yang terdapat

dalam Falsafah Pendidikan

b) Melahirkan masyarakat Kebangsaan iaitu pendidikan

Malaysia yang berilmu, merupakan suatu usaha yang

beriman, berakhlak mulia, berterusan untuk melahirkan

berketerampilan dan rakyat Malaysia yang berilmu

sejahtera. pengetahuan.

Malah, sistem pendidikan yang Selepas merdeka negara
memerlukan masyarakat yang
berubah-ubah sejak sebelum berilmu pengetahuan ini
supaya negara dapat
merdeka menunjukkan menyediakan sumber tenaga
manusia untuk keperluan
bahawa pendidikan sentiasa pembangunan negara.

berjalan sering dengan

peredaran zaman walaupun di

negara kita khususnya Tanah

Melayu ketika itu sedang

dijajah.

Ini bermaksud, pendidikan tidak akan terhenti begitu sahaja kerana
mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan mempunyai
sifat yang sentiasa berlaku di sepanjang perkembangan hayat
manusia.

MASA KINI

Pendidikan pada masa kini telah menjadi agenda utama kepada
negara. Justeru, pendidikan perlulah berterusan kerana melalui
pendidikan negara akan dapat membangun dengan maju kerana
adanya masyarakat yang bijak dan pandai dalam usaha untuk
memodenkan negara.

Dalam hal ini, pihak kerajaan perlulah sentiasa mencari formula
baharu untuk memastikan pendidikan ini berterusan dan pelajar yang
keluar dari institut pendidikan pula akan menjadi seorang individu
yang mampu memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan
pembangunan negara.

Untuk mencapai hasrat tersebut pihak kerajaan haruslah menyemak
semula pendidikan bermula dari peringkat prasekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah dan seterusnya. Penyemakkan ini
bertujuan untuk mengesan kelemahan yang boleh menyebabkan
kegagalan di samping bagi mengelakkan pendidikan tidak akan
terhenti begitu sahaja.

Usaha lain dalam memastikan pendidikan sentiasa berjalan ialah
kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010 & Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. kedua-dua pelan ini bertujuan untuk meningkatkan
prestasi murid khususnya untuk memperkembangkan lagi potensi
mereka secara menyeluruh dan bersepadu.

Ilmu pedagogi juga semakin Kesimpulannya, PPIP

berkembang pada pendidikan masa dan PPPM serta

kini. Contohnya; pedagogi masa kini ini

1)kerajaan memperkenalkan beberapa secara tidak langsung

platform pendidikan bagi membantu telah mendorong guru

guru melaksanakan aktiviti untuk melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran seperti dasar dan sistem

Google Classroom, Google Meet, Zoom, & pendidikan negara yang

Canva. berpaksikan kepada

2)Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Falsafah Pendidikan

bermakna (KPPB) yang berdasarkan Kebangsaan iaitu

kepada kompetensi 6C (Character, menjalankan pendidikan

Citizenship, Collaboration, secara berterusan

Communication, Creativity & Critical dengan menekankan

Thingking), 3E (Engagement, budaya belajar yang

Enchancement & Extension) dan 3R pelbagai dan bersifat

(Rigor, Relevance & Relationship). sepanjang hayat.

Berikut merupakan hubungan antara ayat kedua dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia.

Berilmu pengetahuan dan keterampilan

SELEPAS MERDEKA

Pendidikan selepas merdeka Ketika itu juga, pihak kerajaan
menghadapi masalah dalam
belum berjaya untuk membentuk kurikulum yang
sesuai bagi semua peringkat
melahirkan murid-murid yang sekolah. Keadaan ini
menyebabkan, guru-guru pada
benar-benar berilmu ketika itu sukar untuk
membimbing murid-murid
pengetahuan dan kerana bentuk kurikulum yang
belum ditetapkan sepenuhnya
berketerampilan kerana pihak oleh pihak kerajaan.

kerajaan pada ketika itu baru

menyedari bahawa pendidikan

perlu dipertingkatkan agar

dapat menaikkan nama negara

di mata dunia.

Malah, sistem pendidikan negara yang sering berubah-ubah juga
menyebabkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran juga
turut berubah-ubah. Misalnya, perubahan dalam pendidikan berlaku
pada era 1957-1970, era 1961-1990, era 1991-2000 dan era 2001-2010.

Tambahan lagi, Rusuhan Kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah
memberi impak yang besar terhadap sistem pendidikan negara.
Justeru, ketika itu jugalah kerajaan membuat pembaharuan untuk
meningkatkan semula kualiti pendidikan negara. Contohnya,
melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks kepada golongan miskin.

Hal ini menunjukkan, pendidikan ketika itu sedang giat berusaha
untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan dan
berketerampilan kerana mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan murid yang sempurna dengan kedua elemen ini,
pendidikan perlulah diberikan secara menyeluruh dan mendalam
kepada para murid khususnya dari segi pemikiran, kepercayaan,
kemahiran, kecekapan dan sebagainya.

MASA KINI

Pendidikan masa kini telah berjaya melahirkan ramai masyarakat
yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan. Buktinya, ramai
pelajar telah berjaya mendapatkan masa depan yang cemerlang.
Elemen berketerampilan ini penting untuk menunjukkan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu
yang berkeupayaan untuk menonjolkan potensi diri dan maju menuju
ke hadapan dengan memiliki pengetahuan yang pelbagai .

Elemen berilmu pengetahuan dan berketerampilan pada pendidikan
masa kini melihat bagaimana seseorang murid mampu memberi
pandangan yang baik terhadap diri sendiri dan orang lain.
Contohnya, murid memberi pandangan dari positif atau negatif
terhadap sesuatu perkara tanpa mendatangkan kemudaratan kepada
diri sendiri dan orang lain. Jika murid dapat melakukan hal ini maka
murid akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berkebolehan
dalam menjalankan sesuatu tugas dengan sempurna supaya seiring
dengan ayat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya iaitu
berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Penekanan ilmu pengetahuan Justeru, hal inilah yang

dan keterampilan terhadap diperlukan oleh Falsafah

pendidikan masa kini Pendidikan Kebangsaan

membolehkan pendidikan dalam perkembangan

menyediakan murid yang pendidikan masa kini di

berpandangan jauh dan mana murid bukan sahaja

mempunyai sifat inisiatif yang berketerampilan tetapi juga

tinggi apabila berhadapan mampu untuk mencapai

dengan sesuatu cabaran. Murid kesejahteraan diri dalam

juga akan memiliki kompetensi mengharungi pelbagai

yang tinggi dalam diri mereka cabaran hidup khususnya

sekaligus membantu mereka demi untuk mendapatkan

untuk mengasah bakat yang pendidikan yang sempurna.

terpendam.

2.0 HUBUNGAN ANTARA PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.2 Falsafah Pendidikan Guru

Falsafah Pendidikan Guru ini adalah suatu falsafah yang sangat berkaitan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Guru ini juga
membawa peranan sebagai garis panduan kepada guru di Malaysia untuk
membentuk serta melahirkan pemikiran pada tahap yang terbaik serta
tertinggi

a) Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

Selepas Merdeka

Setelah Tanah Melayu mendapat Apabila dasar pecah
kebebasan daripada penjajah
British iaitu dalam erti kata lain perintah telah diubah,
adalah Tanah Melayu Telah
mendapat kemerdekaan pada 3 maka guru juga harus
Ogos 1957, sistem pendidikan
turut berubah mengikut memainkan peranan
acuannya sendiri.
penting bagi menjayakan

matlamat selaras dengan

Falsafah Pendidikan Guru.

Bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Guru, seorang guru
haruslah mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan
keharmonian dalam masyarakat majmuk yang terdapat di
Malaysia. Dengan ini guru harus bijak menyatupadukan murid
yang berasal daripada pelbagai kaum di Malaysia. sistem
pendidikan selepas merdeka telah berubah disebabkan timbulnya
kesedaran daripada masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian,
dalam Laporan Rahman Talib 1960 menekankan sistem
pendidikan yang setara bagi semua kaum di Malaysia.

Misalnya, selepas Selain itu, selaras dengan

kemerdekaan, sistem elemen Falsafah Pendidikan

pendidikan menekankan untuk Guru yang berusaha

menggunakan bahasa Melayu memelihara suatu masyarakat

sebagai bahasa pengantar yang bersatu padu, sistem

utama bagi semua peringkat pendidikan juga telah

sekolah kebangsaan dan menyelaraskan sukatan

sekolah menengah pembelajaran bagi semua

kebangsaan. Hal ini bagi jenis sekolah pada ketika itu

merapatkan lagi hubungan bagi mengelakkan

silaturahim di antara ketidakpuasan hati daripada

masyarakat bermula dari kaum lain yang dapat

peringkat sekolah melalui satu menyebabkan perbalahan

bahasa pengantar yang sama. kaum.

Masa Kini

Sistem Pendidikan masa kini Dalam Pelan Induk

adalah suatu pendidikan yang Pembangunan Pendidikan

sangat mencabar bagi 2006 - 2010 ada

mengekalkan keharmonian dinyatakan bahawa

kaum. Oleh itu, dalam

pendidikan masa kini ada merapatkan jurang

dinyatakan untuk merapatkan pendidikan adalah salah

jurang pendidikan selaras satu daripada enam teras

dengan elemen daripada strategik yang mampu

Falsafah Pendidikan Guru iaitu untuk memperteguhkan

bagi memelihara suatu sistem pendidikan negara.

masyarakat yang bersatu padu.

Jurang pendidikan yang terdapat di negara kita
ini menjadi salah satu punca utama kepada
perpecahan kaum. Misalnya, kaum yang erada
di luar bandar akan terus hidup dengan
keadaan yang kurang infrastruktur dan tidak
akan dapat bergaul dengan kaum yang berada
di bandar dan begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, hal ini akan menyebabkan perpaduan di
kalngan rakyat Malaysia semakin kurang. Dengan ini
Falsafah Pendidikan Guru menegaskan elemen
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
dengan tidak menyisihkan kaum yang tinggal di
kawasan luar bandar melalui usaha dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006 -2010.

Dalam program tersebut juga Kementerian
Pendidikan Malaysia berusaha untuk
meningkatkan pendidikan di luar bandar
sebanyak boleh agar mereka tidak tersisih
daripada kaum yang berada di bandar.

3.0 RUMUSAN

Selepas menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak perkara baharu yang
telah kami pelajari. Misalnya, kami dapat mempelajari perkembangan
sistem pendidikan khususnya selepas merdeka dan pada masa kini
serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Malah, Kami juga dapat menambah pengetahuan baharu apabila kami
berjaya menghubungkaitkan perkembangan pendidikan di Malaysia
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru. Berdasarkan pemerhatian kami, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru merupakan satu falsafah
yang amat penting supaya dapat membentuk pendidikan yang
bersistematk, efisien dan efektif. Justeru itu, pelbagai pihak khususnya
pihak kerajaan, guru dan ibu bapa haruslah berganding bahu dalam
melaksanakan kedua-dua falsafah ini agar dapat mencapai matlamat
pendidikan yang telah ditetapkan. Secara kesimpulannya, kami sebagai
bakal seorang guru akan berusaha memahami kedua-dua falsafah ini
agar dapat memudahkan kami untuk mendidik dan membentuk
kemenjadian murid pada masa akan datang demi masa depan mereka
yang gemilang dan cemerlang.

4.0 RUJUKAN

~ TAMAT~

Sekian
&

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version