The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KANCHANA PLENDRAN, 2023-05-04 12:31:39

rukun negara

RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA PENDIDIKAN MORAL


KANCHANA PLENDRAN 21DDT22F2015 KUMPULAN KAVITA SUBRAMANIAM 21DDT22F2018


KANDUNGAN Sejarah rukun negara 01 05 06 07-12 13 16 18 14-15 objektif Bilakah Pengisytiharan Rasmi Rukun Negara Lima Rukun Negara dan maksud Kepentigan Rukun Negara sumber dan bukti Sajak Kesimpulan


Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian RUKUN NEGARA


Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:- Memelihara satu cara hidup demokratik • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.


Bilakah Pengisytiharan Rasmi Rukun Negara Rukun Negara yang terdiri daripada lima (5) prinsip iaitu kepercayaan pada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan menjadi teras kepada melahirkan keharmonian dan perpaduan negara. Tarikh pengisytiharan rukun negara secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV disebabkan oleh peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Tujuan mengisytiharaan adalah untuk memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum dan menjamin ketenteraman negara daripada penjajahan luar.


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANGUNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu, namun kepelbagaian kaum telah mewujudkan pelbagai agama dan kepercayaan yang berbeza. Kepercayaan Kepada Tuhan Negara kita tetap ditubuhkan atas kepercayaan kepada Tuhan bahawa Tuhan berkuasa keatas alam semesta ini walaupun setiap orang mempunyai kepercayaan yang berbeza. Dengan mempunyai rasa kepercayaan yang tinggi dan betul terhadap Tuhan, keharmonian dan kemajuan negara dapat dicapai dengan baik.


Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara dimana negara kita, Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Setiap rakyat mestilah patuh kepada undang-undang yang telah digariskan dan ditetapkan oleh Perlembagaan. Rakyat juga perlu taat pada segala perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu undang-undang bertulis yang tertinggi yang wajar dipatuhi oleh setiap warganegara. Perlembagaan menjadi rujukan dari segala aspek kehidupan melibatkan sistem pemerintahan, hak-hak dan keistimewaan, perundangan dan sosioekonomi rakyat. Apabila timbul apa-apa isu yang melibatkan negara dan hak-hak rakyat, Perlembagaan menjadi rujukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Antara contoh fasal yang termaktub di dalam Perlembagaan ialah agama Islam menjadi agama rasmi di Malaysia dan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan negara.


Kedaulatan undang-undang Kedaulatan undang-undang hendaklah dipertahankan oleh setiap rakyat. Undang-undang sangat penting bagi melahirkan rakyat yang berdisiplin dan mempunyai wawasan serta hala tuju. Tanpa undang-undang, negara kita mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah sosial yang teruk dan kekacauan daripada ancaman luar. Oleh itu, setiap rakyat wajib mematuhi undang-undang demi menjaga kehidupan yang harmoni.


Kesopanan dan Kesusilaan. Tujuannya adalah untuk membentuk individu yang mempunyai ciri-ciri sopan santun dan bersusila apabila menjalinkan hubungan dengan masyarakat Kesopanan dan kesusilaan ini bermaksud setiap orang mestilah mempunyai nilai dan personality yang baik.


KEPENTINGAN RUKUN NEGARA Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahliahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan kepercayaan masing-masing. Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama. Adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK MENCIPTA SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat Negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak –hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disasah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi. Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan dengan adil dan saksama.


P a r a p ela j a r m e m b a c a k a n R u k u n N e g a r a b u a t k ali p e r t a m a , 3 1 O g o s 1 9 7 1.


Keratan akhbar berkaitan Rukun Negara


SAJAK Negara Malaysia Negara Merdeka Berbilang Bangsa Pelbagai Agama Hidup di bawah Satu Pemerintahan Mendukung Murni Satu Cita – Cita Tragedi 13 Mei 1969 Menjadi Igauan Sehingga Tercetus Ideologi Negara Yang Adil Lagi Saksama Rukun Negara diberi Nama Lima Prinsip telah Termaktub Merangkumi Segala Aspek dan Sudut Mengambil Kira Segala Kepentingan Melahirkan Masyarakat yang Adil Lagi Demokratik


Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang menandakan negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja


KESIMPULAN Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai 'internal cohesion ' atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan Rukun Negara perlu dihidupkan semula melalui gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh kerajaan.


sumber Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia) https://ms .wikipedia. org/wiki/Ru kun_Negar a surat khabar 'utusan malaysia' https://www. malaysia.gov. my/portal/con tent/30110? language=my


TERIMA KASIH SALAM MADANI


Click to View FlipBook Version