The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haibahmasyitah67, 2022-07-12 00:09:39

STAYENGENE MIAH CIPAK

STAYENGENE MIAH CIPAK

PANTUN BUDI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
JERLUN

NAMA KUMPULAN:
MOA

NAMA AHLI:

NUR ASSHIFA BINTI HASBULLOH
NUR AMIRAH BINTI MOHD ISHAK

Pantun Maksud pantun

Tenang-tenang air di laut, Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hat terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi, Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu, Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada
Jatuh daunnya ke dalam ruang; budi bahasa.
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai, Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Pandai melompat pandai menari;
Biar buruk kain dipakai, Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa
Asal hidup pandai berbudi dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.

.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
lndah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padang Temu Padang baiduri, Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan
Tempat raja membangun kota; orang yang sama taraf dengannya.
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.

Tema

Masyarakat akan memandang tinggi
terhadap golongan yang berbudi bahasa
kerana bahasa menunjukkan identiti
sesuatu bangsa

Persoalan

a. Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina
b. Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh

menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.
c. Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa

dan tutur kata.
d. Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa

yang dituturkannya.
e. Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka

berbudi bahasa.
f. Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada

dalam kalangan orang yang bijaksana.

Bentuk

a. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah

sama.
Contohnya, • setiap rangkap empat baris;
c. Ada pembayang dan maksudnya.
d. Jumlah suku kata 4 hingga 7.
e. Pantun jenis terikat.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh
Anafora (ulangan Yang kurik kundi,
perkataan di hadapan) Yang merah saga,
Yang baik
Penggunaan unsur alam air; laut; tanjung; bunga
melati;batu.
Peribahasa. Bagai cincin dengan
permata
Personifikasi. Bijak bertemu dengan
jauhari.
Repetisi. budi (rangkap 1, baris 4)
Responsi (perulangan Indah tampan kerana budi,
perkataan yang sama di Tinggi
tengah ayat). bangsa kerana bahasa.

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran

Nilai berbudi Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi
bahasa. bahasa agar sentiasa dipandang mulia oleh
masyarakat

Nilai mengenang Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah

jasa. berbudi kepada kita.

Nilai kebijaksana Kita disarankan supaya menjadi golongan
an yang bijaksana agar dapat membantu untuk

membangunkan bangsa dan negara.


Click to View FlipBook Version