SEKOLAH menengah
kebangsaan ledang
Sekolah TRANSFORMASI
2025
(KOHORT 7)
Objektif Pembentangan
1. Memahami konsep
TS25
2. Memahami kandungan
Modul TS25
3. Pengoperasian
Program Transformasi
Sekolah 2025
4. Mengenalpasti Kriteria
TS25
PENGENALAN TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan
hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal
insan unggul melalui
OBJETIKTIF TS25
1 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP
terbaik
2 Membangunkan kepakaran dalaman
melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi
serta pembimbing kepimpinan
3 Membangunkan persekitaran
pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid
MATLAMAT TS25
Memantapkan kepimpinan
sekolah
Memaksimumkan potensi guru
dan murid menerusi
peningkatan kualiti pembelajaran
dan pengajaran
Mengukuhkan pelibatan ibubapa,
komuniti dan pihak
berkepentingan demi kejayaan
murid
KERANGKA TS25
Pemimpin yang berkualiti
dan berwawasan (SLT)
(SKPMg2 - Standard 1 dan
3)
• Bimbingan dan Pementoran
kepada staf (GROW)
• Pengupayaan Pemimpin
Pertengahan (KB/KP)
• Pelan Intervensi Transformasi
Sekolah (PlnTaS)- analisis data
• One Page Program Manager
(OPPM)
• Professional Learning
Community(PLC)
Guru Berkualiti
(SKPMg2 Standard 4)
• Pedagogi Abad ke 21
• KBAT
• Pelbagai Gaya Pembelajaran
• 3 Part Lesson
• Pentaksiran
• Brain Based Learning
Guru yang kompeten dan
beraspirasi tinggi
Komuniti (SKPMg2-
Standard 2:2.7)
• Program yang dirancang
• Sumbangan wang, tenaga,ilmu,
sumber manusia
Persekitaran
(SKPMg2 - Standard
2:2.5)
• Kebersihan, keceriaan,
keselamatan
Persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan
Kemenjadian Murid
SKPMg2 – Standard 4.6
&5
• Murid terlibat
aktif, memberi
respon &
berkolaborasi
• Kemenjadian
murid
(akademik ,
kokurikulum &
sahsiah)
Modul TS25
1. Bimbingan dan Pementoran
2. Menerajui Kepimpinan
3. Menerajui Pembelajaran
4. Persekitaran Pembelajaran
Positif
5. Penilaian dan Refleksi
LATAR BELAKANG PROGRAM TRANSFORMASI
SEKOLAH 2025 (TS25)
• SMK Ledang, Tangkak telah terpilih sebagai
Sekolah Transformasi Kohort 7 (2022-2025)
di bawah Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25).
• Transformasi Sekolah adalah satu usaha
untuk melahirkan modal insan unggul
melalui pembelajaran yang menyeronokkan
dengan pelibatan pembelajaran murid
yang aktif dan bermakna.
• Program ini akan disokong dengan
kepimpinan yang berkualiti dan
berwawasan, guru yang kompeten dan
berinspirasi tinggi serta komitment
komuniti yang padu.
• Perkara ini dapat dihasilkan melalui teknik
pembelajaran dan pengajaran guru yang
dinamik serta iklim bilik darjah yang
kondusif. Oleh itu, program ini diharap
dapat membantu kemenjadian murid di
sekolah ini.
JUSTIFIKASI
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
(TS25)
• Program Sekolah Transformasi ini amat disambut
baik untuk dilaksanakan supaya pembangunan
persekitaran pembelajaran yang berkesan dapat
diwujudkan.
• Dalam usaha ini, penyediaan bahan cetak yang
habis guna, peralatan dan alat tulis kegunaan
murid dalam PdP abad ke-21 amat diperlukan.
• Di samping itu, bilik-bilik darjah perlu dinaik taraf
sesuai dengan kelas abad ke-21 demi
mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif dan bermakna.
• Justeru,dengan terpilihnya, SMK Ledang dalam
kelompok baharu TS25 di daerah Tangkak ini
adalah amat diharapkan akan memberikan impak
yang besar terutamanya dalam memastikan SMK
Ledang terus menjadi antara sekolah terbaik dan
harapan ibu bapa bagi menghantar anak-anak
mereka ke sekolah ini.
• SMK Ledang akan berusaha meningkatkan
kecemerlangannya dalam pelbagai aspek. Oleh
itu, program ini diharapkan dapat memberi impak
terhadap kemenjadian murid dan seterusnya
kepada kecemerlangan dan kualiti sekolah.
MATLAMAT
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
SMK LEDANG (TS25)
• 1. Menyediakan persekitaran
pembelajaran yang lebih
berkesan dan dinamik.
• 2. Mewujudkan bilik darjah yang
lengkap dengan bahan dan
peralatan pembelajaran.
• 3. Meningkatkan fokus dan minat
murid untuk belajar.
• 4. Meningkatakan kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti.
SEKIAN TERIMA KASIH