PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN ( PSDNK )
NO.Pendaftaran : PPM-002-03-03042016
Min House Camp,
Lot.1287 Kampung Pulau Kubang Kerian ,
16150 Kota Bharu ,
Kelantan , Malaysia.
013-9228440 ( Pengerusi )
Email : [email protected]
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SINDROM DOWN
NEGERI KELANTAN (PSDNK) KALI KE 6 / 2021 & 2022
Tarikh: 19 FEBRUARI (SABTU)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Min House Camp,
Kubang Kerian, Kelantan
Dan Secara Online
Join Zoom Meeting:
https://us02web.zoom.us/j/88571746422?pwd=dktSVj
BPSnJIdFkrSTQ4NnpsNW4yUT09
PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN ( PSDNK )
NO.Pendaftaran : PPM-002-03-03042016
Min House Camp,
Lot.1287 Kampung Pulau Kubang Kerian ,
16150 Kota Bharu ,
Kelantan , Malaysia.
013 - 9228440 ( Pengerusi )
Email : [email protected]
________________________________________________________________________________
Rujukan : PSDNK/AGM Bil.6/02/2022
Tarikh : 27 Januari 2022
Ke Majlis,
Ahli Jawatankuasa Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan (PSDNK) dan
Ahli Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan (PSDNK).
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN (PSDNK) KALI KE
6/2021&2022
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PSDNK Kali Ke -6/2021&2022 akan diadakan
sebagaimana berikut :
Tarikh : 19 Februari 2022 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan.
Pautan Aplikasi Zoom :
https://us02web.zoom.us/j/88571746422?pwd=dktSVjBPSnJIdFkrSTQ4NnpsNW4yUT09
Passcode: 389883
3. Agenda Mesyuarat :
3.1 Ucapan Presiden PSDNK
3.2 Melantik Pengerusi Mesyuarat
3.3 Melantik Pencatat Minit Mesyuarat (2 orang )
3.4 Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat yang Lepas Bil.5/2020
3.5 Membentang Dan Menerima Laporan Tahunan
3.6 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Berakhir 31.12.2020 & 31.12.2021
3.7 Pemilihan AJK PSDNK 2022/2024
3.8 Memilih Dua (2) Orang Juruaudit Dalaman
3.9 Membentang Dan Membahaskan Usul
3.10 Membentang Takwim 2022
3.11 Ucapan Penangguhan
4. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat ini. Sekiranya tuan/ puan mempunyai
sebarang usul yang hendak dikemukakan, sila gunakan kertas usul yang dilampirkan bersama-sama surat
ini kepada Setiausaha sebelum 12hb Februari 2022 atau boleh mengemukakan usul melalui pautan
Google form https://forms.gle/WPJz381m4CFYFhcs7
Kehadiran tuan/puan sangatlah dialu-alukan, sila maklumkan kehadiran kepada Setiausaha untuk
membolehkan Jawatankuasa membuat persiapan. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan mesyuarat
ini, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, wassalam.
Saya yang menjalankan tugas,
(NUR SUHAILI BINTI IDRIS)
Setiausaha,
Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan.
s.k. – Presiden PSDNK
- Fail PSDNK
BORANG PENYATAAN USUL
Kepada,
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan.
Mesyuarat Agung Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan (PSDNK) Kali Ke-6 2021 & 2022 akan
diadakan pada 19 FEBRUARI 2022.
Sehubungan dengan itu, saya sepertimana nama di bawah, ingin mencadangkan beberapa usul iaitu :
1. _______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
2. _______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
( Sila gunakan lampiran sekiranya ruangan ini tidak mencukupi).
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Nama Penuh Pembawa Usul : __________________________________
No.Telefon :___________________________________
Email :___________________________________
Alamat Rumah :___________________________________
___________________________________
____________________________________
_________________________________
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI
KELANTAN (PSDNK) KALI KE 6/2021&2022
19 FEBRUARI 2022 ( SABTU )
9.00 Pagi : Kehadiran dan Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga
9.30 Pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis
9.40 Pagi : Bacaan Doa
9.45 Pagi : Ucapan Presiden PSDNK
10.00 Pagi : Ucapan Ahli Kehormat/Penasihat PSDNK
10.15 Pagi : Mesyuarat Agung Dimulakan ( Pemilihan AJK 2022/2024)
11.45 Tgh : Ucapan Presiden PSDNK yang baharu
12.00 Tgh : Mesyuarat Agung Ditangguhkan
12.15 Tgh : Bersurai
PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN ( PSDNK )
NO.Pendaftaran : PPM-002-03-03042016
Min House Camp,
Lot.1287 Kampung Pulau Kubang Kerian ,
16150 Kota Bharu ,
Kelantan , Malaysia.
Tel : 013 – 922 8440 (Pengerusi )
Email : [email protected]
_________________________________________________________________________________
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama bersyukur kerana dapat hadir di Mesyuarat Agung
PSDNK kali Ke-6 bagi tahun 2021&2022 sama ada secara bersemuka atau yang di dalam talian.
Sebelum ini kita mengadakan Mesyuarat Agung pada setiap tahun, tetapi memandangkan
Pandemik Covid 19 yang melanda, kita tidak dapat melaksanakannya pada tahun 2021. Justeru
itu, Mesyuarat Agung kali Ke-6 ini adalah secara dwitahunan iaitu bagi 2021&2022. Saya
selaku Pengerusi Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan ingin merakamkan setinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih pada semua yang hadir pada hari ini.
Ini menunjukkan tanda sokongan kepada anak-anak dan juga kepada persatuan kita.
Sesungguhnya ini jelas memperlihatkan keprihatinan saudara saudari yang tidak hanya
memberatkan kepentingan tugasan di pejabat, malah turut menyokong anak2 istimewa kita dan
PSDNK. Sokongan padu ini pastinya amat bermakna kepada kita semua; tanpa sokongan anda
semua, maka persatuan kita tidak akan ke mana.
Seterusnya tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua ahli-ahli PSDNK beserta
keluarga yang meluangkan masa untuk bersama-sama hadir meraikan majlis pada pagi yang
berbahagia ini.
Selaku pengerusi Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan, saya merasa bangga dengan
kemajuan yang dicapai sehingga kini dengan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan.Walaupun
kita berdepan dengan cabaran situasi Pandemik Covid 19, kita masih lagi dapat melaksanakan
beberapa program bagi anak2 Sindrom Down contohnya seperti mengadakan pertandingan video
pendek berkaitan kegiatan harian anak-anak Sindrom Down semasa dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibantu oleh ahli keluarga. Kita juga dapat menjayakan
program Bubur Asyura dan Program Korban sempena Hari Raya Aidiladha dengan Kerjasama
Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) iaitu pada Tahun 2020. Bagi tahun 2021, kita juga telah
berjaya melibatkan beberapa anak-anak Sindrom Down yang terpilih dalam program gotong
royong membersih sungai sempena “ Hari Sungai Sedunia” anjuran bersama Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).
Selain itu, kita juga telah melaksanakan Program Down Syndrome Skills Empowerment Training
( DSSErT ) yang bermula pada 15 Oktober 2020 sehingga 14 Oktober 2021. Untuk pengetahuan
semua, program DSSErT ini adalah geran yang kita perolehi dari Jabatan Pembangunan OKU,
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seramai 10 anak-anak Sindrom Down yang terpilih mengikuti
program ini dan telah menerima sijil. Tahniah dan syabas pada anak-anak sindrom down yang
terlibat.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Justeru, bagi manfaat semua ahli dan PSDNK, saya berharap kita akan bergerak aktif bersama-
sama dalam menganjurkan program-program dan aktiviti yang dapat menambah pengetahuan,
memberi pendedahan baru, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli.
Besarlah juga harapan saya agar PSDNK dapat disertai oleh lebih ramai ahli dan mendapat
sokongan dari pihak luar untuk sama2 membantu bergerak lebih ke hadapan dengan pelbagai
aktiviti yang dirancang demi kebaikan ahli dan persatuan.
Sekalung penghargaan juga ingin saya rakamkan kepada Exco Kebajikan ,Pembangunan
Keluarga dan Wanita,Negeri Kelantan, badan-badan NGO lain dan orang perseorangan yang
sentiasa memberi sokongan dan melibatkan diri dalam aktiviti PSDNK. Ini adalah penting demi
menjaga kebajikan anak-anak istimewa kita dan juga keluarga mereka.
Sekian, terima kasih.
………………………………………….
PN.WAN NORIAH BT.WAN RAMLI
Presiden
Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan ( PSDNK)
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN
(PSDNK) KALI KE 6 2021 & 2022
• PERSIAPAN TEMPAT, HIASAN & KEBERSIHAN
Semua Ahli Jawatankuasa Kerja
• PENYAMBUT TETAMU
Pn.Wan Noriah Bt Wan Ramli
Dr.Nur Suhaila Binti Idris
• PROTOKOL
Pn. Zarina Bt Ali
Pn. Hasniza Bt Idris
• PENDAFTARAN
Pn. Thanaletchumy A/P Govindasamy
Pn. Nur Suhaili Binti Idris
• BACAAN DOA
Ust.Mohd.Ariful Hafiz B.Ismail
• PENGACARA MAJLIS
Pn. Nik Shazlin Binti Mohamad Zainal Rashid
• SURAT JEMPUTAN & BUKU PROGRAM
Pn. Nur Suhaili Binti Idris
Pn. Nik Shazlin Binti Mohamad Zainal Rashid
• BANNER ,TAYANGAN SLAID & VIDEO
En. Nur Muhammad Bin Muhamad Zanini
• DOKUMENTASI & JURUFOTO
Sukarelawan Min House Camp
• PERSIAPAN MAKANAN & PERALATAN
Pn. Zarina Bt Ali
Pn. Hasniza Bt Idris
En.Adnan Bin Yusoff
Pn.Azizah Bt Mohd Noor
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN (PSDNK)
KALI KE 5 / 2020
_______________________________________________________________________
Tarikh : 31 DISEMBER 2020 ( KHAMIS )
Masa : 2.30 PTG – 4.30 PTG
Tempat : DEWAN MESYUARAT
MIN HOUSE CAMP, KUBANG KERIAN,
16150 Kota Bharu, Kelantan. & APPLIKASI GOOGLE MEET (KEDIAMAN MASING –MASING )
KEHADIRAN BERSEMUKA : 23 ORANG
KEHADIRAN ATAS TALIAN : 25 ORANG
JUMLAH KEHADIRAN (LAYAK MENGUNDI) : 48 ORANG
AGENDA MESYUARAT :
1. Ucapan Presiden PSDNK
2. Melantik Pengerusi Mesyuarat
3. Melantik Pencatat Minit Mesyuarat
4. Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat yang Lepas Bil.4/2019
5. Membentang Dan Menerima Laporan Tahunan
6. Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Berakhir 31.12.2019
7. Pemilihan AJK PSDNK 2020/2022
8. Memilih Dua (2) Orang Juruaudit Dalaman
9. Membentang Dan Membahaskan Usul
10. Ucapan Penangguhan
BIL. PERKARA/PERBINCANGAN TINDAKAN/CATATAN
1. UCAPAN ALU-ALUAN PRESIDEN PSDNK
Pn.Wan Noriah selaku presiden PSDNK mengucapkan ribuan terima kasih Makluman
dan penghargaan beliau di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan
dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan di musim pandemik Covid
yang melanda. Komitmen ahli amatlah dihargai memandangkan kekangan
masa dan keadaan situasi negara tidak mengizinkan mesyuarat dijalankan
mengikut masa yang ditetapkan.
Beliau juga turut melahirkan rasa terima kasih kepada sebahagian ahli
yang tidak dapat hadir bersemuka tetapi sanggup memberi kerjasama
untuk mengikuti mesyuarat secara atas talian. Harapan beliau semoga
sokongan ahli tetap berpanjangan untuk menjayakan misi dan visi PSDNK.
MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT
2.
Pn.Wan Normah Che Kerma telah dilantik sebagai pengerusi sementara
bagi mempengerusikan mesyuarat agung pada kali ini. Cadangan
disokong sebulat suara.
MELANTIK DUA ORANG PENCATAT MINIT MESYUARAT
3.
Dua orang pencatat minit telah dipilih iaitu Pn.Zarina Bt. Ali dan Pn.Rohaya
Md Zain .
Cadangan telah dipersetujui dan disokong oleh semua yang hadir. Cadang : Pn. Wan
Normah Bt.Che Kerma
Sokong : sebulat suara
4. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
BIL.4 / 2019
Pn.Rosnani Binti Zakaria selaku setiausaha kehormat telah membaca minit Cadang : Pn.Noor Asiah
mesyuarat Agung Kali ke-4 /2019 bertarikh 21/06/2019 untuk semakan Mohd Yusoff
semua ahli yang hadir. Setelah minit dibacakan, beliau meminta ahli yang
berdaftar untuk mengesahkan minit mesyuarat tersebut .
Pn.Noor Asiah Mohd Yusoff mencadangkan minit mesyuarat yang lalu Sokong :
disahkan dan diterima; disokong oleh Dr.Nur Suhaila Idris. Dr.Nur Suhaila Idris
5. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN
Setiausaha telah membentangkan laporan aktiviti tahunan bagi 2019 untuk Cadang Pengesahan :
makluman ahli yang hadir. Sebahagian aktiviti yang telah dijalankan Pn.Noor Asiah Mohd
ditayangkan melalui slaid untuk tatapan umum. Yusoff
Sokong :
Pn.Noor Asiah mencadangkan Laporan Tahunan yang lalu disahkan dan Pn.Zarina Ali
diterima; disokong oleh Pn.Zarina Ali.
6. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR
31.12.2019
Laporan kewangan telah dibaca dan dibentangkan oleh En.Adnan Bin Cadang Pengesahan :
Yusoff bagi disahkan oleh ahli yang hadir. En.Badrul Amin Ahmad
Sokong :
Pn.Badriah Bt.Ismail
7. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PSDNK SESI 2020 – 2022 Makluman
Berikut adalah senarai pemilihan Ahli Jawatankuasa baru untuk sesi
2020 -2022 berdasarkan pemilihan dan undian yang telah dibuat.
Presiden : Pn.Wan Noriah Wan Ramli ( Dikekalkan )
Pencadang : Tn.Hj.Zaidi Mohamed
Sokong : Pn.Noor Asiah Md Yusoff
Timbalan Presiden : Dr.Nur Suhaila Idris
Pencadang : Siti Mariah Hassan
Sokong : Pn.Tg.Rosani Tuan Ab.Kadir
Setiausaha : Pn.Rosnani Binti Zakaria ( Dikekalkan )
Pencadang : Dr.Nur Suhaila Idris
Sokong : Sebulat suara
Pen.Setiausaha : Pn. Che Kamariah Bt Yaacob
Pencadang : Pn.Zarina Bt Ali
Sokong : Pn.Saidatul Asmah Ismail
Bendahari : Pn. Aimi Fatihah Annual Bakhri
Pencadang : Dr Nur Suhaila Idris
Sokong : Pn.Zarina Ali
Pen.Bendahari : Pn.Zarina Binti Ali
Pencadang : En.Adnan Yusoff
Sokong : Pn. Wan Noriah Wan Ramli
AJK i. Pn.Rohaya Md Zain
ii. Pn.Wan Normah Che Kerma
iii. En.Mohd Ariful Hafiz Ismail
iv. Tn.Hj.Zaidi Mohamed
v. En. Adnan Yusoff
vi. Pn. Thanaletchumi A/P Govindasamy
8. MEMILIH DUA ( 2 ) ORANG JURUAUDIT DALAMAN
Pencadang : Pn.Rosnani Zakaria Makluman
Mohon dikekalkan kepada yang lama. Cadangan dipersetujui oleh semua
ahli
Pemeriksa Kira-kira :
1. Pn.Azizah Mohd Noor
2. Pn. Hasniza Idris
9. MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL
- Tiada usul untuk dibahaskan.
10. UCAPAN PENANGGUHAN
Sebelum majlis berakhir, Pengerusi Majlis telah menjemput YBrs.Pn.Wan
Noriah Bt.Wan Ramli selaku Presiden PSDNK untuk memyampaikan
ucapan penangguhan Mesyuarat Agung Kali ke 5 ini.
Dalam ucapan Presiden, beliau melahirkan rasa penghargaan dan ucapan
ribuan terima kasih kepada semua ahli yang terus menyokong dan
memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus memimpin persatuan ini
ke arah matlamat yang dirancang. Beliau juga turut menyatakan yang
begitu banyak aktiviti atau perancangan akan dilaksanakan untuk anak-
anak SD dalam usaha untuk membentuk kendiri mereka di masa akan
datang termasuk usahasama yang sedang dirancang dengan Badan-
badan NGO lain dan juga dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Kelantan.
Ucapan tahniah juga turut diberi kepada barisan AJK baru yang dipilih
serta ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang memberi
kerjasama dalam menjayakan mesyuarat agung kali ini dan juga
penghargaan terima kasih kepada semua yang hadir.
Majlis ditangguhkan pada jam 4.15 petang dengan ucapan ribuan terima
kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
(ROSNANI BINTI ZAKARIA) (WAN NORIAH BINTI WAN RAMLI)
Setiausaha Kehormat Presiden
Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan
Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan
BULAN LAPORAN AKTIVITI PSDNK 2020
JANUARI
FEBRUARI AKTIVITI / PROGRAM
MEI • MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PSDNK
JULAI
OGOS • Majlis Ramah Mesra anak-anak Sindrom Down dan Autisme
bersam Tg.Puan Temenggong.
SEPTEMBER
• Pertandingan video pendek anak-anak Sindrom Down
OKTOBER
NOVEMBER • Program Sedekah Kaseh Jariah bersama Ras Adiba Radzi
DISEMBER anjuran POKB
• Program agihan daging korban anjuran POKB
• Program bersama anak-anak sindrom down di Taman Orkid
Akua
• Program bubur Asyura bersama POKB
• Program fisio bersama peserta DESSErT
• Sambutan Maulidurrasul ( Peserta DESSErT)
• Ujian kecergasan anak-anak Sindrom Down
• Mesyuarat Agung PSDNK kali ke 5
• Penggambaran rancangan Dokumentari majalah ‘Ku Cinta
Dia’ ( 6 anak SD yang terlibat)
• Sumbangan 61 bungkus barangan kepada ahli PSDNK
( Al Khatiri Jakel)
BULAN LAPORAN AKTIVITI PSDNK 2021
JANUARI
AKTIVITI / PROGRAM
FEBRUARI • Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PSDNK Bil 1/2021
MAC • Program riadah denai sungai bersama kumpulan GT Fisio
APRIL Kelantan
MEI
• Agihan Kuih bakul sempena Tahun baru Cina (Puan Hor)
JUN • Program Kebun Komuniti BeST Alor C ( bersama YB
OGOS
SEPTEMBER Mumtaz, Exco Kebajikan & JPS)
OKTOBER
• Sambutan serentak Hari Sindrom Down Sedunia 2021
NOVEMBER dan Hari Air Negara 2021.
DISEMBER
• Penggambaran Kelantan TV untuk program DSSErT
Akuaponik
• Seminar virtual Sindrom Down Anak-anak
Istimewa ( sempena hari Sindrom Down Sedunia)
• Pengagihan zakat kepada 20 peserta anak-anak Sindrom
Down yang terpilih
• Agihan Bakul Kasih, makan dan duit RM100 kepada
anak2 SD terpilih
• Program tanam pokok di tepi sungai ( pokok barembang )
• Foodbank di MHC
• Program vaksinasi anak-anak Sindrom Down
• Program gotong-royong membersih sungai “ Hari Sungai
Sedunia” bersama JPS&MPKB.
• Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PSDNK Bil 2/2021
• Program membersih ‘vetiver’ di ROK
• Program fisioterapi anak-anak Sindrom Down
• Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PSDNK Bil 3/2021
LAPORAN
KEWANGAN
PSDNK
BERAKHIR PADA
31.12.2020
PENYATA PENDAPATAN PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN (PSDNK)
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
Baki pada 1 Januari 2020 (baki di tangan) RM 650.00 RM 2,903.40
Pendapatan RM 2,194.00
RM 200.00 RM 41,201.00
Yuran Ahli RM 2,697.00 RM 44,104.40
Sumbangan RM 35,000.00
Zakat RM 460.00
Jualan Baju t-shirt
Projek Aquaponik
Lain-lain seperti jualan ikan & sayur
Jumlah Keseluruhan
PENYATA PERBELANJAAN PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN (PSDNK)
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
Perbelanjaan RM 410.70
Printing & Fotostat RM 2,930.00
Tempahan baju t-shirt (hitam) RM 2,492.00
Tempahan baju rasmi PSDNK RM 2,179.00
Pembelian komputer riba RM 50.00
Khairat kematian anak ahli RM 500.00
Elaun pentadbiran (2016-2020) RM 630.00
Persegaran Mesyuarat Agung Persatuan ke-5 RM 1,458.00
Barangan seminar PSDNK RM 6.50
Komisen bank RM 1,000.00
Pembayaran bubur asyura RM 400.00
Pembayaran perkhidmatan peguam RM1,000.00
Perbelanjaan dan Sumbangan Majlis Korban RM 200.00
Lain-lain
Pembayaran Bulan Pertama Program Aquaponik RM 2,700.00
(15 Okt-15 Nov) RM 1,000.00
Elaun Tenaga Pengajar RM 3,000.00
Sewa RM 560.00
Makan RM 20,516.20
Barang pakai habis
Jumlah perbelanjaan
Baki pada akhir tahun : RM 41,847.26
Wang tunai di bank RM 3,138.70
Wang tunai di tangan RM 44,985.96
Disahkan oleh :
Disediakan oleh :
……………………………………………..
……………………………………….. Pn.Wan Noriah Bt Wan Ramli
Pn.Zarina Bt Ali Presiden PSDNK
Bendahari PSDNK
Disemak oleh :
Disemak oleh :
……………………………………………
………………………………………. Pn.Hasniza Bt Idris
Pn.Azizah Bt Mohd Noor Pemeriksa Kira-Kira 2
Pemeriksa Kira-Kira 1
LAPORAN
KEWANGAN
PSDNK
BERAKHIR PADA
31.12.2021
PENYATA PENDAPATAN PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN (PSDNK)
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
Baki pada 31/12/2020 RM 41,847.26
Pendapatan RM 750.00
Yuran Ahli RM 3,910.00
Derma RM 300.00
Zakat RM 252.00
Jualan Baju t-shirt RM 1,402.00
Jualan sayuran dan ikan
RM 6,614.00
Jumlah Keseluruhan RM 48,461.26
PENYATA PERBELANJAAN PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN (PSDNK)
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
Perbelanjaan
Pengurusan SU RM 500.00
Pengsegaran RM 530.00
Elaun SU & Bendahari RM 300.00
Bayaran Peguam RM 200.00
Buah Tangan Untuk POKB RM 220.00
Penyata Bank RM 28.00
Derma Hari Raya Dr PSDNK Pada Anak SD RM 900.00
Zakat Anak SD RM 1,200.00
Yuran PSDM RM 100.00
Alat Tulis RM 191.90
Sewa Dewan Untuk AGM RM 200.00
Photobook RM 286.00
Fee RM 11.50
Pengeluaran Untuk Petty Cash RM 1,000.00
Sumbangan Pn Rohaya RM 50.00
Lain-lain RM 651.10
Pembayaran Bulan Kedua Program Aquaponik
(16 Nov 2020 -14 Jan 2021)
Elaun Tenaga Pengajar RM 2,700.00
Sewa RM 1,000.00
Makan RM 3,000.00
Bahan Guna Habis RM 1,200.00
Pembayaran Bulan Ketiga Program Aquaponik RM 2,700.00
(3 Mac – 15 April) RM 1,000.00
Elaun Tenaga Pengajar RM 3,000.00
Sewa RM 1,309.50
Makan
Bahan Guna Habis RM 2,700.00
Pembayaran Bulan Keempat Program Aquaponik RM 1,000.00
( 1 Jun – 15 Oktober ) RM 3,000.00
Elaun Tenaga Pengajar RM 3,130.50
Sewa
Makan
Bahan Guna Habis
Jumlah perbelanjaan RM 32,108.50
Baki pada akhir tahun : RM 16,352.76
Wang tunai di bank 31/12/2021 RM 2,168.80
Wang tunai di tangan 31/12/2021
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
……………………………………….. ……………………………………………..
Pn.Zarina Bt Ali Pn.Wan Noriah Bt Wan Ramli
Bendahari PSDNK Presiden PSDNK
Disemak oleh : Disemak oleh :
…………………………………………. ……………………………………………
Pn.Azizah Bt Mohd Noor Pn.Hasniza Bt Idris
Pemeriksa Kira-Kira 1 Pemeriksa Kira-Kira 2
TAKWIM TAHUNAN PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN (PSDNK)
BAGI TAHUN 2022
BULAN AKTIVITI / PROGRAM
JANUARI • MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PSDNK
FEBRUARI • MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 6
MAC 2021&2022
• HARI SAMBUTAN SINDROM DOWN
• ‘ FLOATING MARKET ‘ ( Khamis, Jumaat &
Sabtu
• PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA
APRIL • MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI
KE 2
MEI
JUN • PROGRAM AKUAPONIK
JULAI • MAJLIS HARI RAYA
OGOS • PROGRAM ‘JOM RIADAH’
- senaman, masakan, kraftangan dll.
SEPTEMBER
• PROGRAM KORBAN BERSAMA POKB.
OKTOBER
NOVEMBER • MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
DISEMBER PSDNK KALI KE 3
• SIMPOSIUM KESIHATAN
• MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PSDNK KALI KE 4
AHLI JAWATANKUASA PSDNK 2022 – 2024
Presiden : ……………………………………………………
Timbalan Presiden : ……………………………………………………
Setiausaha Kehormat : ……………………………………………………
Penolong Setiausaha : ……………………………………………………
Bendahari : ……………………………………………………
Penolong Bendahari : ……………………………………………………
AJK 1)…………………………………………………..
2)…………………………………………………..
3)…………………………………………………..
4)…………………………………………………..
5)…………………………………………………..
6)…………………………………………………..
Juru Audit 1)………………………………………………….
2) ………………………………………………….
Pihak Jawatankuasa PSDNK
merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua yang terlibat, secara
langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH.