KEMAHIRAN MEMBACA &
MEMBUAT NOTA
TRACY IVY APING
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN KEMAHIRAN
MEMBACA & KEMAHIRAN
MENGAMBIL NOTA
2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN
MEMBACA & KEMAHIRAN
MENGAMBIL NOTA
3. JUSTIFIKASI PEMILIHAN KAEDAH
CORNELL
4. CARA MEMBUAT NOTA
MENGGUNAKAN KAEDAH CORNELL
5. SUMBER RUJUKAN
PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan salah
satu daripada empat kemahiran
bahasa yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa
Konsep kemahiran membaca pula merujuk
kepada keupayaan murid membaca dengan
sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang
betul dengan menggunakan pelbagaiteknik
bacaan
kemahiran membaca merupakan proses yang
dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi keupayaan
membaca dengan pantas, memahami fakta,
kebolehan mengingati fakta serta membuat
interpretasi secara bijak dan analisis. (Zulkifley
Hamid) 1994
PROSES KEMAHIRAN
MEMBACA
SEBELUM SEMASA SELEPAS
JENIS- BACAAN MEKANIS
JENIS BACAAN MENTALIS
BACAAN INTENSIF
BACAAN BACAAN EKSTENSIF
PROSES MEMBACA
SEBELUM SEMASA SELEPAS
Menentukan : Mengenal pasti isi Mengenal pasti
1) jenis bahan yang utama dan isi-isi tujuan penulis
penting Menganalisis
dibaca Memahami isi teknik dan bahasa
2) perkara yang ingin kandungan bahan yang digunakan
bacaan
diketahui Menghubungkan penulis
3) jenis bacaan idea Menyenaraikan isi-
Meramal sesuatu
Mengetahui : yang akan berlaku isi penting
1) tujuan membaca Menilai kecekapan
2) topik bahan bacaan daripada hasil bacaan penulisan penulis
JENIS -JENIS
BACAAN
Bacaan bersuara yang mengeluarkan bunyi sebutan BACAAN
yang jelas dan tepat bersesuaian dengan sistem MEKANIS
bunyi bahasa Melayu
Membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan
yang tepat.
BACAAN Dikenali sebagai bacaan akliah
MENTALIS Bacaan dilakukan secara senyap dalam hati setelah
menguasai bacaan mekanis yang bertujuan
memahami sesuatu maklumat
Bacaan secara mendalam BACAAN
Menekankan ciri-ciri tatabahasa, pembentukan dan INTENSIF
penggunaan sesuatu bahasa.
Mengembangkan pembelajaran bahasa murid
BACAAN Bacaan meluas di luar bilik darjah
EKSTENSIF Menekankan pengukuhan asas bacaan, meningkatkan
kemahiran pemahaman, membentuk dan mengukuhkan
minat mebaca serta kepandaian mengenal pasti isi-isi
penting
KEMAHIRAN
MEMBUAT NOTA
KEUPAYAAN MENGAMBIL CATATAN SEMASA PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK DIJADIKAN
BAHAN RUJUKAN.
CARA-CARA MEMBUAT NOTA :
1) Annotation
2) Column notes
3) Outline notes
4) Nota rumusan
CARA-CARA
MENGAMBIL NOTA
ANNOTATION
-Membuat catatan dalam bentuk penerangan ringkas
bagi isi-isi penting
COLUMN NOTES
-Membuat nota dalam bentuk ruangan mengikut topik
dan subtopik dalam satu kolum
OUTLINE LINES
-Membuat catatan menggunakan perenggan, nombor
atau perkataan sebagai bentuk mata (points) untuk
setiap catatan
NOTA RUMUSAN
- Menulis nota bedasarkan bahan bacaan atau teks
yang telah dibaca berdasarkan kefahaman sendiri
mengenai bacaan tersebut.
KEPENTINGAN
KEMAHIRAN MEMBACA
K ASAS PEMBENTUKAN DIRI SESEORANG KE ARAH MENCAPAI
ILMU PENGETAHUAN
E Mahir mengecam huruf besar dan huruf kecil , membunyikan
P perkataan dengan betul semasa membaca.
E PENTING DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
N Membaca mendorong seseorang menimba pelbagai ilmu
T pengetahuan, idea baharu dan daya kreatif.
I UKURAN KEJAYAAN BAGI SESEORANG
Keupayaan membaca membolehkan seseorang mahir dalam
N sesuatu bidang ataupun semua bidang melalui pembacaan yang
G dilakukan.
A
N PROSES KEBALIKAN DARIPADA PROSES KEMAHIRAN MENULIS
Proses membaca perlu menukarkan kembali lambang-lambang
yang bertulis kepada lambang-lambang bunyi semasa penutur
ingin menyampaikan sesuatu.
KEPENTINGAN Memudahkan untuk mengulang kaji
MENGAMBIL NOTA pelajaran
- Nota tersedia dengan segala isi-isi
penting dan huraian yang diperlukan.
Bahan rujukan dalam masa-masa
akhir
- Tidak perlu membaca nota daripada
buku teks atau buku rujukan yang tebal.
Nota catatan lebih mudah difahami
dengan bahasa sendiri
- Hal ini khusus kepada nota berbentuk
proses-proses yang memerlukan
ketepatan fakta yang jelas.
Mudah dibawa kemana-mana sahaja
- Murid tidak perlu membawa buku teks
atau buku rujukan yang tebal untuk
mengulang kaji pelajaran.
JUSTIFIKASI PEMILIHAN
KAEDAH CORNELL
Saya memilih Kaedah Cornell sebagai alat berfikir
disebabkan kaedah Cornell merupakan kaedah yang
mudah digunakan iaitu hanya menggunakan singkatan
dan simbol sahaja. Oleh itu, catatan nota tidak perlu
menggunakan ayat dan huraian yang Panjang. Hal ini
membolehkan nota lebih mudah untuk difahami.
Seterusnya, kaedah cornell ini dapat meningkatkan
kemahiran belajar murid khususnya dalam kemahiran
mendengar dan menulis. Murid dapat menulis catatan
ringkas dalam masa yang singkat daripada topik
pembelajaran yang dipelajarinya. Selain itu,
penggunaan kaedah Cornell ini menunjukkan catatan
nota yang lebih kemas dan teratur yang dapat
memudahkan seseorang untuk membaca dan mengulang
kaji pelajaran.
KAEDAH CORNELL
Kaedah cornell merupakan kaedah
mengambil nota yang sering digunakan
sama ada di dalam bilik kuliah mahupun
dari kajian bacaan. Menulis nota
menggunakan kaedah cornell mempunyai
susun atur yang telah ditetapkan untuk
menampakkanya leih tersusun. Kaedah
Cornell memberikan manfaat tambahan
dalam membantu individu memahami
topik yang dipelajari. Kebiasaanya,
kaedah cornell diaplikasikan oleh pelajar
sekolah menengah atau kolej. Hal ini
kerana kaedah cornell merupakan suatu
kaedah yang mempunyai format
sistematik dalam pemeluwapan dan
penyusunan nota.
CONTOH NOTA
MENGGUNAKAN KAEDAH
CORNELL
LANGKAH 1 : MELAKAR KERTAS CATATAN
i)Melakar garis horizontal
sekitar 5 cm dari bahagian
bawah kertas
Bahagian ini
digunakan untuk
mensintesis catatan
ii) Melakar garis vertikal
sekitar 6cm dari
bahagian tepi kiri kertas
Bahagian ini
digunakan untuk
mengulas catatan.
LANGKAH 2 : MEMBUAT CATATAN
i) Tulis nama mata pelajaran,
tarikh, topik pembelajaran di
bahagian atas kertas
Catatan lebih teratur dan
memudahkan pencarian sesuatu
topik dalam setiap mata
pelajaran
ii) Mencatat nota di
bahagian kanan ruangan
Memasukkan maklumat
atau isi-isi penting
daripada topik
pembelajaran yang
diajarkan.
LANGKAH 3 : MENGULAS & MENGEMBANGKAN
CATATAN
i) Mengisi ruangan sebelah
kiri dengan pertanyaan
Membuat soalan ramalan
yang mungkin ditanya dalam
ujian berdasarkan maklumat
ruangan di sebelah kiri
ii) Meringkaskan idea utama di
bahagian bawah kertas
Membantu dalam menerangkan
segala maklumat yang telah dicatat
menggunakan ayat sendiri sekaligus
menguatkan pemahaman mengenai
topik tersebut.
SUMBER RUJUKAN
1. SCRIBD. (n.d.). KEMAHIRAN MEMBACA. DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA.
https://www.scribd.com/doc/259864093/Definisi-kemahiran-membaca
2. PRESSREADER. (n.d.). KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN
MURID. KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA.
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-
sabah/20181004/281835759642340
3. OUM. (n.d.). KEMAHIRAN MEMBACA. JENIS-JENIS BACAAN.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2012/05/jenis-jenis-bacaan.html
4. KURIKKUNDI. (n.d.). KEMAHIRAN MEMBACA. PROSES MEMBACA.
https://lamankurikkundi.blogspot.com/2019/09/proses-membaca.html
5. ID.WIKIHOW. (n.d.). SISTEM CORNELL. MENCATAT DENGAN SISTEM CORNELL.
https://id.wikihow.com/Mencatat-dengan-Sistem-Cornell
6. HVRWIKI. (n.d.). NOTA CORNELL. https://ms.hrvwiki.net/wiki/Cornell_Notes
7. CIKGU YAYA SKILL. (n.d.). KAEDAH CORNELL. Kemahiran Belajar: Teknik Mencatat
Nota Menggunakan Kaedah "Cornell Notes". https://www.youtube.com/watch?
v=LyQEFMQzJoA
TERIMA KASIH