Enam sungai di Pahang lepasi paras
amaran
Oleh Asrol Awang - Disember 14, 2022 @ 8:51am
[email protected]
Iibu bapa diminta supaya mengawasi pergerakan anak masing-masing supaya tidak bermain air
banjir. -Foto hiasan NSTP
KUANTAN: Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras
amaran setakat jam 8 pagi, hari ini.
Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai berkenaan
ialah Sungai Triang di Triang, Bera dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.
Selain itu, Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan; Sungai Belat di Seri Damai, di sini;
Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin dan Sungai Luit di Kampung Subuh,
Maran.
Sebanyak tujuh sungai pula melepasi paras waspada iaitu Sungai Jelai di Kuala
Medang, Lipis; Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Semantan di Jambatan
Keretapi Mentakab, Temerloh.
Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Kundang di Jambatan Sungai
Kundang, Maran; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini dan Sg. Pahang di Kampung
Chenor, Maran.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini,
memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di daerah Pekan
dan Rompin.
Hujan berterusan (waspada) pula dijangka berlaku di Kuantan dan Bera.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,
Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa menasihati ibu bapa supaya mengawasi
pergerakan anak masing-masing supaya tidak bermain air banjir.
Katanya, ini kerana keadaan air atau arus deras tidak dapat dijangka dan ia boleh
mengundang kejadian tidak diingini.
"Pada masa sama, pengguna jalan raya dinasihati tidak bertindak meredah jalan yang
ditenggelami air bagi mengelakkan risiko," katanya.
KUANTAN: Sungai Triang di Triang, Bera masih merekodkan bacaan air sungai melepasi
paras bahaya setakat 8 pagi, hari ini.
Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Triang yang
merekodkan bacaan 34.60 meter (m) berbanding 34.50myang ditetapkan bagi paras
bahaya.
Dua sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Jempol di Rancangan FELDA
Jengka, Maran dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan.
Sepuluh sungai merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu di Sungai Jelai di
Kuala Medang, Lipis dan Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis.
Selain itu, Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh; Sungai Pahang
di Waterfront, Bera; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dan Sungai
Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran.
Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini, Sungai
Belat di Sri Damai, di sini dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini,
memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di lima daerah di Pahang.
Daerah berkenaan ialah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan merekodkan
bacaan melepasi paras bahaya iaitu 9.42m berbanding 9m.
Sungai di Kampung Jambu (Kuala Jambu), Tumpat, Kelantan melepasi paras amaran
iaitu 2.18m berbanding 2.15m.
Turut melepasi paras amaran ialah di Sarawak iaitu di Long Teru dan Marudi, Miri;
Sungai Muar di Buloh Kasap dan Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat di Johor
selain Sungai Muar di Pekan Rompin Jempol, Negeri Sembilan.