The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fahiza9105, 2022-12-13 23:34:59

Permainan pentas AJL sangat berbeza

Permainan pentas AJL sangat berbeza

Permainan pentas AJL sangat
berbeza

Oleh Fatin Farhana Ariffin - Disember 13, 2022 @ 3:00pm
fatin.farhana@bh.com.my

Liza
tidak meletakkan sasaran untuk menang, sebaliknya hanya mahu melakukan persembahan

terbaik bersama rakan duetnya, Shila.

KUALA LUMPUR: Kali terakhir penyanyi, Liza Hanim, 43, beraksi di pentas Anugerah
Juara Lagu (AJL) menerusi lagu Gelisah Mimpi dalam AJL17 dan berjaya
mengangkatnya sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Kembali beraksi di AJL37 yang berlangsung 12 Februari depan, Liza berkata, dia tetap
gugup, apatah lagi, lagu duet bersama Shila Amzah berjudul Bahagiakan Dia perlu
bersaing dengan barisan finalis hebat.

"Selepas 20 tahun tidak berada di pentas AJL, saya mara menerusi lagu Bahagiakan Dia
di pentas AJL37. Kali terakhir, saya

bolos menerusi lagu Gelisah Mimpi ketika belum berkahwin.

"Jujurnya, saya rasa kerdil kerana berada di kalangan finalis hebat.

"Kalau nak cakap saya pernah menang Vokal Terbaik, saya tak rasa mempunyai
kelebihan. Saya selalu ada perasaan hormat yang tinggi pada semua finalis.

"Bagi saya, setiap penyanyi memiliki kekuatan dan bakat masing-masing, tak kira
berapa lama berada dalam industri muzik," katanya kepada BH Online.

Liza tetap gugup, apatah lagi, lagu duet bersama Shila berjudul Bahagiakan Dia perlu
bersaing dengan barisan finalis hebat.
Mengulas harapannya dalam AJL37, Liza yang juga popular dengan lagu Andainya Ku
Bersuara berkata, dia tidak meletakkan sasaran untuk menang, sebaliknya hanya mahu
melakukan yang terbaik.

"Apa yang saya lakukan sama seperti pertandingan lain yang disertai dengan
melakukan sehabis baik.

"Saya tidak perlu sasarkan apa-apa. Apabila letak sasaran, anda akan membebankan
diri sendiri. Yang penting, saya buat sebaik mungkin.

"Apatah lagi, permainan pentas AJL sangat berbeza. Setiap penyanyi semuanya
bertaraf mega," katanya.

Terdahulu, lagu Bahagiakan Dia ciptaan Aliff Iskandar dan Que Afiq berjaya meraih dua
trofi di Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23).

Ia adalah menerusi kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
dan kategori Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem atau Drama.

Dalam perkembangan lain, Liza berkongsi sedang merancang tampil dengan single
terbaharu.


Click to View FlipBook Version