The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2017-04-30 23:39:23

PROSEDUR CALL AREA

PROSEDUR CALL AREA

PROSEDUR CALL AREA PERTANDINGAN PINGPONG MSSNM

1. ) Toss ( Undian ) individu
Pemain harus tiba di Call Area 25 minit sebelum perlawanan dijadualkan bermula.
Prosedur di Call Area yang akan dilaksanakan oleh pengadil termasuk:

• Warna baju - sila tunjukkan baju di Call Area.
• Toss untuk bangku pemain - kiri atau kanan.
Sekiranya pemain gagal hadir di Call Area 25 minit sebelum perlawanan
dijadualkan bermula, pemain akan hilang hak untuk toss memilih warna baju dan
juga hak memilih bangku.

2.) Pemeriksaan Raket
Pemain menghantar raket ke Call Area 25 minit sebelum perlawanan dijadualkan
bermula. Sekiranya pemain gagal hadir, maka raket pemain akan diperiksa selepas
perlawanan.
Selepas diperiksa, raket akan disimpan dan dibawa oleh pengadil ke gelanggang.
Sekiranya pemain ingin menggunakan raket untuk latihan, raket akan diperiksa
selepas perlawanan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1.) Latihan
Tidak dibenarkan berlatih di meja pertandingan sehingga semua perlawanan
tamat. Hanya pemain yang dijadualkan bertanding dibenarkan memasuki
gelanggang dan berlatih ( seperti termaktub di dalam Peraturan dan Undang-
undang Permainan ITTF ) sebelum permulaan perlawanan.

1

2.) Masa Menunggu
Sekiranya pasukan ataupun pemain gagal hadir di meja perlawanan, pengadil akan
menunggu selama lima minit dan kemudian memberitahu referi bertugas. Referi
akan membuat keputusan.

3.) NASIHAT / BIMBINGAN ( INDIVIDU )
Hanya jurulatih / penasihat ( PPP gred DG sahaja ) yang telah dikenal pasti
dibenarkan di bangku pemain boleh memberi nasihat / bimbingan kepada pemain.
Pemain ataupun pegawai yang telah menerima kad merah harus meninggalkan
kawasan permainan dan tidak boleh berkomunikasi dengan pemain sepanjang
perlawanan individu tersebut.
Penggunaan telefon bimbit oleh jurulatih / penasihat ( PPP gred DG sahaja ) dan
pemain semasa permainan berjalan di gelanggang permainan adalah dilarang.

4.) PERSEMBAHAN
Raptai Masuk
Pemain dan pengadil berkumpul di lokasi yang ditentukan 10 minit sebelum
perlawanan dijadualkan bermula sehingga diberitahu oleh referi untuk bergerak.
Pemain meletakkan beg di bangku pemain sebelum berkumpul untuk raptai
masuk.
Kamera video
Sekiranya ada, hanya satu kamera video dibenarkan untuk satu pemain di dalam
satu perlawanan dan ianya dikendalikan oleh jurulatih / penasihat yang sah di
bangku pemain sahaja.
Penggunaan kamera video hanya untuk rujukan peribadi dan tidak akan digunakan
untuk membuat sebarang keputusan perlawanan.

2


Click to View FlipBook Version