The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizah Mohd, 2021-04-23 02:02:19

Minit Mesyuarat Pentadbiran Kali 3-2021

Minit Mesyuarat Pentadbiran Kali 3-2021

SK BULOH KASAP Kod Sekolah : JBA 7008
165 JALAN ABDULLAH,
BULOH KASAP, No. Tel/Fax : 07-9442543
85010, SEGAMAT
JOHOR DARUL TAKZIM Emel : [email protected]

Laman Web :

https://jba7008.ppdsgmt.my

Rujukan kami : SKBK 100-6 / 1 /2

Tarikh : 22 Mac 2021

Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Buloh Kasap,
165 Jalan Abdullah, Buloh Kasap,
85010 Segamat,
JOHOR

Tuan,

MESYUARAT PENTADBIRAN BIL 3/2021

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Untuk makluman tuan, Mesyuarat Pentadbiran Bil 3/2021 akan diadakan mengikut
ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 1 April 2021

2.2 Hari : Khamis

2.3 Masa : 9:00 a.m.

2.4 Tempat : Bilik Mesyuarat Al – Khindi, SKBK

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Kerjasama didahului jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID -19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
JURIMI BIN KASRAN
Guru Besar
SK Buloh Kasap
85000 Segamat, Johor

s.k : Fail Mesyuarat Pengurusan Tertinggi

Lampiran 1

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan aluan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Pentadbiran Bil 2/2021

3. Perkara berbangkit

4. Perkara yang dibincangkan :
4.1 Pelaksanaan Pemutihan
4.2 Penilai Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP )
4.3 Permohonan pertukaran guru
4.4 Pematuhan SOP ( Covid – 19 )
4.5 Permohonan guru cemerlang
4.6 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )
4.7 Program Ihya Ramadhan
4.8 Bantuan Johor Berkebajikan
4.9 Lain – lain hal

5. Penutup

Lampiran 2

MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN BIL. 3/2021
SK BULOH KASAP, SEGAMAT

Tarikh : 1 April 2021
Hari : Khamis
Masa : 9:00 a.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat Al – Khindi, SK Buloh Kasap
Pengerusi : Cg Tn Hj Jurimi bin Kasran
Guru Besar SK Buloh Kasap

KEHADIRAN :

1. Cg Hjh Noor Hafizah binti Hj Mohamed @ Mohd Nasir

PK Pentadbiran & Kurikulum / Pencatat

2. Cg Ishak bin Hj Gedong
PK Hal Ehwal Murid

3. Cg Mohd Faisal Azizi bin Mohamed Basir
PK Kokurikulum

AGENDA MESYUARAT

Perkara 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Bacaan ummul kitab – Al Fatihah
1.2 Terima kasih di atas kehadiran rakan – rakan pentadbir.
1.3 Makluman tentang kehadiran Encik Mohd Azam bin Jaafar (Anugerah Seri Asrama

Terbilang – ASAT) mulai 4 April hingga 8 April 2021. Penyelia dan Pembantu
Pengurusan Murid Asrama telah dimaklumkan untuk persediaan pada 30 Mac 2021.

[ Makluman ]

Perkara 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN BIL. 2/2021

2.1 Minit Mesyuarat Pentadbiran Bil 2/2021 telah dicadang untuk diterima dan disahkan
oleh Cg Ishak bin Hj Gedong ( PK Hal Ehwal Murid ).

2.2 Minit Mesyuarat Pentadbiran Bil. 2/2021 telah disokong oleh Cg Mohd Faisal Azizi bin
Mohamed Basir ( PK Kokurikulum ) tanpa sebarang pindaan.

2.3 Diterima dan disahkan sebulat suara tanpa sebarang pindaan.

[ Makluman ]

Perkara 3 : PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

[ Makluman ]

Perkara 4 : PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pelaksanaan Isu Pemutihan
4.1.1 Isu pemutihan dilaksanakan bagi kes projek pembangunan yang dibina tanpa
permohonan atau kelulusan Ketua Pendaftar Institut Pendidikan dan Guru.

4.1.2 Permohonan perlu dibuat dan didapatkan bagi projek – projek ini bagi
mengelakkan perkara – perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti
keruntuhan bangunan dan sebagainya.

4.1.3 Melibatkan pembinaan struktur berbumbung atau tukar fungsi sesuatu bilik.

4.1.4 Menggunakan format excel yang telah diberikan oleh En Mohd Azam Ismail
PPD Perancangan, Segamat.

[ Tindakan : PK Kokurikulum ]

4.2 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP )

4.2.1 Portal PBPPP akan dibuka untuk dikemaskini. Mohon persediaan awal dari
segi Jawatankuasa dan fail.

4.2.2 Segala bahan terkini hendaklah dimuat turun dari portal PBPPP dan difailkan.
Senarai Pegawai Penilai ( PP ) dan Pegawai Yang Dinilai ( PYD ) hendaklah dimuat
turun dan dicetak serta ditandatangani Guru Besar.

4.2.3 Taklimat PBPPP Bil 1/2021 kepada guru – guru akan dilaksanakan pada 11
April 2021.

[ Tindakan : PK Pentadbiran & Kurikulum ]

4.3 Permohonan pertukaran guru

4.3.1 Ada 3 guru yang memohon perpindahan luar negeri :
4.3.1.1 Ustaz Mohd Bukhari bin Ab Rahman
4.3.1.2 Cg Nek Rohazmira binti Azmi
4.3.1.3 Cg Nur Baraa Ah binti Ahmad Naspu

4.3 Guru Besar menyokong dengan syarat ada pengganti.
[ Tindakan : Makluman ]

4.4 Pematuhan SOP ( Standard Operation Procedure – Covid 19 )

4.4.1 SOP waktu rehat :
4.4.1.1 Rehat di kelas masing – masing
4.4.1.2 Sanitasi selepas rehat telah dikuatkuasakan

4.4.2 Pdpc mata pelajaran Bahasa Cina hendaklah dilaksanakan di Dewan Batik dan
bukan di kantin. Ini adalah kerana bagi mematuhi SOP yang ditetapkan tiada aktiviti
di kantin.

4.4.3 Penjualan yakult hendaklah dimasukkan sekali dalam menu tempahan sehari
sebelum bagi memudahkan pengagihan dan mengelakkan murid keluar beramai –
ramai ke Koperasi Sekolah.

4.4.4 Menu tempahan makanan hendaklah dimasukkan gambar bagi pemantauan
ibu / bapa / penjaga murid.

4.4.5 SOP semasa penyuraian sekolah, adalah digalakkan ibu / bapa / penjaga untuk
menulis nama anak pada kad untuk dipamer dan boleh dilihat guru dan murid.

[ Tindakan : PK Hal Ehwal Murid ]

4.5 Permohonan guru cemerlang

4.5.1 Telah ditaklimatkan oleh guru cemerlang Sains Cg Tn Hj Supian bin Hashim
dari SK Convent kepada Cg Siti Nurjamia’tul Aishah binti Omar dan Cg Muhammad
Azri bin Anuar.

4.5.2 Permohonan disokong penuh berikutan pelibatan aktif kedua – dua guru ini
dalam Kajian Tindakan dan Inovasi.

4.5.3 Markah LNPT ( Laporan Nilaian Prestasi Tahunan ) Cg Siti Nurjamia’tul
Aishah binti Omar adalah lebih kurang 95 markah dan amat bersesuaian untuk
permohonan guru cemerlang.

[ Makluman ]

4.6 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )

4.6.1 Akan diedarkan fail keras putih untuk PBD bagi tujuan keselarasan dan
pemantauan Tahap pencapaian murid.

4.6.2 Fail mengandungi :
- Nama guru, nama mata pelajaran, nama kelas dan nama murid
- Jadual waktu guru
- Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP )
- Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 ( DPK 2.0 – jika perlu )
- Borang pemantauan
- Rekod transit mengikut kelas diajar
- Template setengah tahun dan akhir tahun mengikut kelas diajar

[ Tindakan : PK Pentadbiran & Kurikulum ]

4.7 Program Ihya Ramadhan

4.7.1 Akan dilancarkan pada masa perhimpunan hari Khamis bersamaan 8 April
2021.

4.7.2 Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam, antaranya :

4.1.2.1 Tadarrus Al – Quran ikut juzuk bagi kelas Tahap 2 dan bacaan ayat
lazim bagi kelas Tahap 1 ( dilaksanakan waktu rehat ).

4.7.2.2 Bakul Ramadhan ( sumbangan barangan keperluan harian seperti beras,
gula, tepung gandum, minyak, sardin,dan sebagainya ) kepada murid miskin
dan miskin tegar di SK Buloh Kasap.

4.7.2.3 Pertandingan mencipta sampul duit raya dan doodle ( berkolaborasi
dengan Panitia Pendidikan Seni Visual ).

4.7.2.4 Pertandingan Hafazan surah – surah lazim untuk Tahap 1 dan Tahap 2.
[ Makluman ]

4.8 Bantuan Johor Berkebajikan

4.8.1 Akan dilaksanakan pada 7 April 2021 di kantin SKBK pada pukul 11:30 pagi
hingga selesai.

4.8.2 Bantuan disalurkan ke akaun PIBG. Bendahari PIBG dan YDP PIBG akan
mengambil duit berkenaan pada tarikh yang sama dengan pengedaran
bantuan.

4.8.3 Murid dibenarkan balik mengikut ibu / bapa / penjaga mereka yang mengambil
bantuan.

4.8.3 Hanya melibatkan beberapa orang guru bantuan dan PPM.

[ Makluman ]

4.9 Lain – lain hal

4.9.1 PK Pentadbiran & Kurikulum
4.9.1.1 Ujian Pengesanan Murid Tahun 6 akan dilaksanakan mulai 19 hingga

22 April 2021. Penyediaan soalan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
sahaja. Bahasa Melayu akan disediakan oleh JKD dan MGB daerah.
Melibatkan 30% soalan tahun 6 dan 70% soalan tahun 1 hingga tahun 5.

[ Tindakan : PK Pentadbiran & Kurikulum ]

4.9.1.2 Penyemakan hasil kerja murid bermula pada 11 hingga 30 April 2021.
Jadual akan disediakan oleh Cg Loo Yet Chin.
[ Tindakan : GB, PK 1, PK HEM dan PK KO ]

4.9.2 PK Hal Ehwal Murid
4.9.2.1 Mesyuarat AJK PIBG akan dilaksanakan pada 11 April 2021, pukul 2:30
petang di Ngeteh Port.

4.9.2.2 Program Korban akan dilaksanakan oleh PIBG bersama guru – guru.

4.9.2.3 Suntikan dan pemeriksaan kesihatan untuk murid Tahun 1 dan Tahun 6
akan dilaksanakan mulai 5 hingga 8 April 2021.

4.9.2.4 Masalah tombol pintu Bilik Susu.

4.9.2.5 Sabtu 3 April 2021, petang selepas Asar akan pasang khemah untuk
persediaan persekolahan semula.

4.9.2.6 Masalah murid 3 Ibnu Sina perlu dimaklumkan kepada ketua kampong.
[ Tindakan : PK Hal Ehwal Murid ]

4.9.3 PK Kokurikulum
4.9.3.1 Penyertaan murid secara online bagi mendapat markah PAJSK dan sijil

kokurikulum sangat kurang. Akan buat banner atau memo untuk
pemakluman kepada ibu / bapa / penjaga.

4.9.3.2 Keperluan Laman Lestari seperti buaian, karpet rumput hijau dan
pegola sedang diusahakan.
[ Tindakan : PK Kokurikulum ]

4.9.4 Guru Besar
4.9.4.1 Pemantauan berkelompok
[ Tindakan : GB, PK 1, PK HEM dan PK KO]

4.9.4.2 Taklimat penataran pembukaan semula sekolah kepada semua PPM,
pengawal keselamatan, pengusaha kantin, pekerja pembersihan telah
dilaksanakan pada 30 Mac 2021.
[ Makluman ]

5 PENUTUP

5.1 Terima kasih di atas kehadiran semua. Pengerusi mengingatkan agar menjaga
kesihatan, menjaga diri dan menjaga SOP.

5.2 Tasbih Kafarah

5.3 Surah Al Asr

5.4 Ditangguhkan pada pukul 11:25 pagi

Pencatat dan penyedia minit mesyuarat,

Cg Hjh Noor Hafizah binti Mohamed
PK Pentadbiran & Kurikulum
SK Buloh Kasap, Segamat
14 April 2021

‘SEKOLAH KUALITI BINA KEMENJADIAN’


Click to View FlipBook Version