The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD HAMIZAN HASSAN
SK SG TELOR
KOTA TINGGI
JOHOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORMALILI BINTI IDRIS Moe, 2021-04-25 03:24:43

TOKOH NEGARA USMAN AWANG

MUHAMMAD HAMIZAN HASSAN
SK SG TELOR
KOTA TINGGI
JOHOR

Keywords: USMAN AWANG,TOKOH,USMAN,AWANG

DISEDIAKAN OLEH : HAMIZAN HASSAN

KELAS : 6 OPTIMIS
ALAMAT EMAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SEK KEB SUNGAI TELOR
ALAMAT SEKOLAH :
KAMPUNG SG TELOR
81900 KOTA TINGGI JOHOR

MUHAMMAD HAMIZAN HASSAN

• ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA
DENGAN IZINNYA DAPAT SAYA MENGKAJI SECARA LEBIH
TERPERINCI MENGENAI SASTERAWAN UNGGUL USMAN
AWANG.SAYA BERHARAP AGAR DENGAN ADANYA TUGASAN
SEBEGINI DAPAT MENDIDIK PARA PELAJAR UNTUK LEBIH
MENGENALI PARA SASTERAWAN NEGARA.

• NAMA TOKOH : DATO USMAN AWANG (WAN OSMAN BIN WAN AWANG)

• NAMA PENA : TONGKAT WARRANT

• TARIKH LAHIR :12 JULAI 1929 – 29 NOVEMBER 2001

• TEMPAT LAHIR : KAMPUNG TANJUNG LEMBU,KUALA SEDILI,KOTA
TINGGI,JOHOR

• TAHAP PENDIDIKAN : DARJAH 6 SEKOLAH MELAYU

• PEKERJAAN : PENULIS

• Ketika Jepun menjajah Malaya bermula dari tahun 1942, Usman Awang ialah seorang anak tani di Segamat
• buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura.
• menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat
• Kemudian, beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani

latihan, pihak Jepun menyerah kalah.
• Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946
• Sesudah itu, beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.
• Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang

akhbar Utusan Kanak-Kanak.

• Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya
mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah
dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan
Melayu

• Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau
berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka

• Selepas bersara daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan
masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau
dilantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini disifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah
meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini dipegang
hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

• Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya
sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan
yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir
di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup
popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam
Benua”.

• Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-
sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi
begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada
pada Usman Awang.

• Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya
terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang.

• Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang
penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
China, Jepun, Korea, Perancis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai
seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara.

• Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran
“Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan
dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di
tanah air.

• Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan
pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera
Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985
iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan
memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair
Johor. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-

• Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara
judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah

• Bunga Popi
• Gadis Kecil
• Ke Makam Bonda
• Kekasih
• Kurang Ajar
• Pak Utih
• Suara Dari Pusara

• Dramanya yang terkenal ialah:
• Matinya Seorang Pahlawan
• Tamu Bukit Kenny
• Serunai Malam
• Malam Kemerdekaan
• Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya

Usman Awang iaitu "Tulang-Tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam
bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka
Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)
• Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya,
Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A.,
dan Zaini.
• Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA
Write Award 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti
Malaya 1983 serta Zamalah Sastera 1985. Pada tahun 1991 dianugerahi

• Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]
• Berikut ialah hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya :
• Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009.
• Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007.
• Key concepts in Usman Awang's short stories : developing a critical tradition / Mohamad Mokhtar

Hassan. : DBP, 2006.
• Kami yang terlibat : DBP, 2006.
• Seorang penyair, sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad Haji Salleh: DBP, 2006
• Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006.
• Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006.
• Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP, 2004
• Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" : Utusan Publications & Distributors, 2002.

• Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang / penyelenggara Dinsman: DBP, 1995.
• Selected plays by Usman Awang : DBP, 1995.
• Puisi-puisi pilihan (Edisi pelajar) : DBP, 1994.
• Matinya seorang pahlawan : Jebat = : Death of a warrior : Jebat / Usman Awang ; terjemahan oleh Rahmah

Bujang : DBP, 1992.
• Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti, 1992
• Gelombang : (sajak-sajak pilihan 1949-60) : DBP, 1988.
• Drama-drama pilihan Sasterawan Negara Usman Awang : DBP, 1987.
• Berkenalan dengan pengarang Usman Awang / Mana Sikana.: Pustaka Siswa Moden, 1986.
• Usman Awang : penyair ulung.: Berita Publishing, 1986.
• Panduan menulis cerpen / diselenggarakan oleh A. Bakar Hamid & Usman Awang. : DBP, 1984.
• Tamu di Bukit Kenny : DBP, 1984.
• Sikap dan pemikiran Usman Awang / diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung Umar RS.: Fajar Bakti, 1983.

• Salam benua = Greetings to the continent : DBP, 1982.
• Degup jantung.: Pustaka Melayu Baru, 1981.
• Titian zaman : antologi puisi pilihan / disusun dan dibicarakan oleh Usman Awang & Ismail Ahmad.: DBP,

1980.
• Muzika Uda dan Dara : DBP, 1976.
• Three South East Asian plays/ Usman Awang dll
• Gadis dan Ayat Suci (1950)

• Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam
hal-hal besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar
penulis apabila sudah berani menyatakan sikap. "Kalau tak berani tak payah jadi
penulis."

• Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis
terhadap bahasa Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang
tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.”

• Alhamdulillah saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai Sejarawan Negara
yang unggul,Dato Usman Awang. Saya secara peribasdi berasa sungguh bangga
terhadap Dato Usman Awang..tTerima kasih di ucapkan kepada pihak Sekolah
Kebangsaan Sugai Telor kerana memberi saya peluang untuk membuat buku
skrap ini

• GOOGLE WIKIPEDIA
• Syed Husin Ali. "Asas 50 dan cita-cita kemasyarakatannya" – Bengkel Asas 50 dan Sastera Melayu Moden (22–23

Aug 1980). Kuala Lumpur: DBP, 1980
• ^ Ismail, Azman (30 November 2001). "Usman Awang meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5

Julai 2016.


Click to View FlipBook Version