FPTV NE W SLE TTER 3/2023 NEWSLETTER FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL (FPTV) SEPT – DIS 2023
S IDANG EDITOR Ketua Editor Pn.Lisa Mariam Syawal binti Ismail Editor Dr. Mohd Zulfadli bin Rozali En.Zulfakar bin Mohd Nawi Jurugambar En.Omar Bin Motaji En. Mansor Bin Mordi
ISI KANDUNGAN LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG ALSULTAN ABDULLAH (UMPSA) 1 MACRA 2023: ANUGERAH PELAJAR TERBAIK DAN ANUGERAH MENTOR PELAJAR AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 PROGRAM PROMOSI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL (FPTV) FLAG OFF STAF FPTV BAGI PROGRAM WANITA KINABALU 30 TAHUN UTHM LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK PENDAS LAUT KE FPTV MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA UTHM DAN CHUAN LUCK PILING & CONSTRUCTION SDN BHD LAWATAN PENANDA ARAS KE KOLEJ KOMUNITI SELAYANG LAWATAN PENANDA ARAS DARI KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH MAJLIS MoU ANTARA UTHM DAN SUNWAY BIGBOX HOTEL LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERPUSTAKAAN ILMU SEJAGAT, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS) 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 LAWATAN PENANDA ARAS DARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) LAWATAN DAN PERBINCANGAN DELEGASI FPTV KE PADANG DAN BATAM, INDONESIA LAWATAN PROGRAM BTECH KE ADTEC KEMAMAN DAN POLISAS LAWATAN KEMBARA ILMU SMK TAMAN DAYA KE FPTV 12 13 14 15
ISI KANDUNGAN AUDIT PENARAFAN TUNGGAL SKM OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) 16 PERJUMPAAN PERDANA DEKAN FPTV BERSAMA WAKIL PELAJAR SESI PERJUMPAAN BERSAMA ALUMNI FPTV PENILAIAN AKREDITASI PENUH MBOT BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI CERAMAH KERJAYA DI KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI KUNJUNGAN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KE FPTV LAWATAN ARTIKULASI DAN PROMOSI FPTV KE POLITEKNIK MERLIMAU (PMM) CAREER IMMERSION PROGRAM (ICP) KOLEJ KOMUNITI SELAYANG COHU MALAYSIA SDN BHD KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI KEDAH 17 18 19 20 21 22 23 24 25 JERAYAWARA PUSAT TEKNOUSAHAWAN UNIVERSITI (PTU) UTHM KE FPTV 26 LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN & KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH KE FPTV 27 FORUM FUTURE READY GRADUATES: PERSPECTIVES IN TVET 28 LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI KOLEJ AGROSAINS (UCAM) LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KE FPTV 29 30
ISI KANDUNGAN JEMPUTAN CERAMAH HALA TUJU KERJAYA DI SMK AYER BALOI PONTIAN, JOHOR 31 LAWATAN INDUSTRI PELAJAR BBJ KE TANJUNG BIN POWER PLANT, PONTIAN, JOHOR LAWATAN PENSYARAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI KE INTRA-MOLD HOLDINGS SDN BHD LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER KE FPTV LAWATAN INSTITUT TAHFIZ (INTAKE) JAWAHER KE FPTV LAWATAN FPTV KE UNESCO-UNEVOC, BONN, JERMAN LAWATAN DELEGASI KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN KE FPTV SESI BERGAMBAR SEMPENA MAJLIS KONVOKSYEN UTHM KE-23 TAJAAN ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD BAGI PROGRAM MOBILITI OUTBOUND BERKREDIT KE UNIVERSITAS NEGERI YOGJAKARTA (UNY), INDONESIA KNOWLEGDE TRANSFER PROGRAMME: BAKING IS MY SUPERPOWER SERIES 1 32 33 34 35 36 37 38 39 40 KNOWLEGDE TRANSFER PROGRAMME: BAKING IS MY SUPERPOWER SERIES 2 41 KUNJUNGAN ASHRAE MALAYSIA CHAPTER KE FPTV 42 LAWATAN KE INDUSTRI OLEH PELAJAR BBZ 43 PROGRAM JALINAN ILMU FPTV & SK SENGGARANG LAWATAN INDUSTRI KE HOSPITAL UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, KUANTAN HEBAHAN 44 45 46
LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG ALSULTAN ABDULLAH (UMPSA) UTHM, 05 Sept – Program Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri (BBO) FPTV UTHM telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) . Seramai 4 orang staf akademik bidang pemesinan FPTV telah terlibat dalam lawatan ini dan lawatan ini memberi fokus kepada rangka kerja bagi mengadakan lawatan penanda aras berkaitan pelaksanaan semasa program Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri dengan Kepujian. Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi menambahbaik lagi kualiti penyampaian program melalui perbincangan dua hala yang komprehensif antara program Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri di UTHM dan UMPSA. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 1
MACRA 2023: ANUGERAH PELAJAR TERBAIK DAN ANUGERAH MENTOR PELAJAR UTHM, 10 Sept – Muhammad Wafiq bin Shahrulakmar dari Program Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara dan Syarifah Nur Syafiqah binti Wan Abdul Halim dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukan dan Penyamanan Udara) masing-masing telah dianugerahkan Anugerah Pelajar Terbaik MACRA 2023 untuk Anugerah Kejayaan Luar Biasa 1. Mentor mereka, Ts Debie Devisser Gerijih, mentor bagi Muhamad Wafiq, dan Ts Dr Nizamuddin Razali, mentor kepada Syarifah Nur Syafiqah, juga dianugerahkan dengan Anugerah Mentor Pelajar Kejayaan Luar Biasa 1. Penganugerahan ini diadakan semasa Pameran MARVEX (6-9 Sept 2023) dengan lebih daripada 1000 peserta termasuk pemegang saham ACMV yang terlibat dalam industri HVAC 1. Anugerah Pelajar Terbaik MACRA 2023, yang diadakan setiap tahun dilihat sebagai satu usaha yang sangat penting dengan impak besar pada prestasi pelajar bagi menginspirasikan dan memotivasikan mereka untuk berprestasi dalam akademik dan rangkaian industri untuk mencapai matlamat universiti untuk GTU 2030. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 2
AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 UTHM, 10 Sept – Rangkuman pembukaan Audit Dalaman Kualiti MS ISO 9001:2015 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tahun 2023 yang dijalankan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Sesi ini telah berlangsung selama dua hari dari 10 hingga 12 September 2023. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 3
PROGRAM PROMOSI FPTV UTHM, 13 Sept – Sesi taklimat Promosi Program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV), UTHM ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat yang diketuai oleh Jawatankuasa Promosi FPTV, Encik Mohammad Ikhwan bin Juhari dan Ketua Program SMT Pemesinan Industri dan Ketua Program SMT Automasi Elektronik Industri, Dr. Fauzi bin Tamin dan Ts. Gs. Mohd Ridhwan Abdul Rani. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 4
FLAG OFF STAFF FPTV BAGI PROGRAM WANITA KINABALU 30 TAHUN UTHM UTHM, 13 Sept – Flag Off staf FPTV UTHM bagi Program Wanita Kinabalu 30 tahun UTHM. Satu program bertemakan "Pemerkasaan Wanita" iaitu Program Wanita Kinabalu 30 tahun UTHM akan diadakan bersempena sambutan ulangtahun ke-30 UTHM. Program ini membariskan pendaki wanita dalam kalangan warga UTHM bagi mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan sasaran catatan 'Pasukan wanita teramai mendaki Gunung Kinabalu.' Seramai 2 orang pendaki wanita yang merupakan Staf Akademik FPTV iaitu Prof. Madya Ts. Dr. D'oria Islamiah Binti Rosli dan Ts. Dr Anizam Binti Mohamed Yusof akan terlibat dalam misi tersebut. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 5
LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAS LAUT KE FPTV UTHM, 13 Sept – Sesi Lawatan Sambil Belajar oleh Pihak Sekolah Kebangsaan Pendas Laut ke Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM. Seramai 44 orang murid dan 5 Guru pengiring hadir ke UTHM bagi sesi lawatan tersebut. Sesi lawatan sambil belajar kali ini turut dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM dalam mengendalikan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama murid dari sekolah tersebut. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 6
MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA UTHM DAN CHUAN LUCK PILING & CONSTRUCTION SDN BHD UTHM, 14 Sept – Majlis menandatangani Dokumen Persefahaman (Memorendum of Understanding) antara UTHM dan Chuan Luck Piling and Construction Sdn Bhd telah diadakan pada 14 September 2023 di Pejabat Chuan Luck Piling and Construction, Senai, Kulai, Johor. Pihak Fakulti Teknikal dan Vokasional (FPTV) diwakili oleh Ts. Noor Aliff bin Zainuddin dan Encik Mohamad Ikhwan bin Juhari. Manakala pihak industri pula diwakili oleh Pengarah Urusan dan Pengurus Teknikal, Mr. Tang Lee Chong dan Ir. So Wee Siang. Chuan Luck Piling and Construction bersetuju untuk bekerjasama bagi melaksanakan Work-based Learning (WBL) untuk program TVET iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasianal (FPTV), UTHM. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 7
LAWATAN PENANDA ARAS KE KOLEJ KOMUNITI SELAYANG UTHM, 17 Sept – Pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah mengadakan Lawatan Kerja Penanda Aras (Benchmark) ke Kolej Komuniti Selayang di Batu Caves, Selangor. Lawatan daripada pihak FPTV diketuai oleh Dr. Azita binti Ali, adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta berkongsi pengalaman dari segi Immersive Classroom, pelaksanaan WBL, dan IOC di Kolej Komuniti Selayang. Melalui lawatan ini wakil FPTV memperoleh pelbagai maklumat bagi menambahbaik proses kerja pelaksanaan WBL bagi program Multimedia Kreatif yang bakal dilaksanakan pada tahun 2024. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 8
LAWATAN PENANDA ARAS OLEH KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH UTHM, 21 Sept – Lawatan Penanda Aras daripada Delegasi Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah (KVSAS), Rompin, Pahang ke Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasionak (FPTV). Lawatan tersebut adalah bertujuan dalam mendapatkan input bagi penambahbaikan pihak KVSAS dalam pelaksanaan program teknologi mereka dengan Program Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara (BBZ) FPTV, UTHM. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 9
MAJLIS MOU ANTARA UTHM DAN SUNWAY BIGBOX HOTEL UTHM, 21 Sept– Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Sunway Big Box Hotel di Dewan Emerald 1, Sunway Hotel Big Box, Sunway City Iskandar Puteri. Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM mewakili pihak universiti bagi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Encik David Xavier, Pengurus Besar Sunway Hotel Big Box disaksikan oleh Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM dan Encik Kelly Leong, Pengurus Besar Kanan Sunway Hotel Big Box. MoU bersama Sunway Hotel Big Box yang diketuai oleh Ts. Dr. Khairul Rijal Wagiman yang merupakan penyelaras MoU, bertujuan meningkatkan jaringan hubungan dalam bidang Elektrik dan Perkhidmatan Makanan yang menjurus kepada aktiviti penyelidikan, peluang menjalankan praktikal di industri serta Work-Based Learning (WBL) terutamanya kepada pelajar-pelajar UTHM dan staf yang berminat. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 10
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERPUSTAKAAN ILMU SEJAGAT, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS) UTHM, 26 Sept – Lawatan Sambil Belajar daripada Pihak Perpustakaan Ilmu Sejagat, Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang Johor ke Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM. Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar politeknik berkenaan peluang untuk menyambung pelajaran di FPTV serta program yang ditawarkan oleh FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 11
LAWATAN PENANDA ARAS UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UTHM, 27 Sept – Lawatan Penanda Aras daripada Delegasi Program Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri , Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) ke Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Lawatan tersebut adalah bertujuan dalam mendapatkan input- input bagi penambahbaikan bagi pihak UNIMAP dalam pelaksanaan program Teknologi mereka dengan Program Teknologi Automasi Elektronik Industri (BBN) FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 12
LAWATAN DAN PERBINCANGAN DELEGASI FPTV KE PADANG DAN BATAM, INDONESIA UTHM, 04 Okt – Delegasi Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM yang diwakili oleh Ts. Dr. Hasril bin Amiruddin dan Dr. Abdul Hamid telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama 9 institusi dan industri merangkumi 10 lawatan di sekitar Padang, Medan dan Batam, Indonesia. Antara institusi dan industri yang terlibat adalah : • Universitas Islam Negeri Bukit Tinggi • Universitas Negeri Padang • Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi KBP Padang, Institut Teknologi Padang • Universitas Ibnusina Batam • Politeknik Negeri Batam • Universitas Riau Kepulauan (UNRIKA) Batam • PT Giken Precission, Batam • Fakultas Teknik, Universitas Negeri Medan • Universitas Islam Negeri Sumatera Utara Perbincangan delegasi FPTV melibatkan pelbagai perkara meliputi akademik, penyelidikan serta pembangunan pelajar serta staf FPTV yang akan dirancang dan dilaksanakan diantara kedua-dua pihak. Selain itu, penyerahan Surat Minat/Niat (LoI) kepada Universitas Islam Negeri Bukit Tinggi dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi KBP Padang, Institut Teknologi Padang serta perlanjutan Kerjasama MoU. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 13
LAWATAN PROGRAM BTECH KE ADTEC KEMAMAN DAN POLISAS UTHM, 04 Okt – Delegasi Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) daripada program Sarjana Muda Teknologi (Btech), FPTV yang diketuai oleh Ts. Imran bin Hussin mengadakan lawatan artikulasi program Btech dan wakil promosi ke ADTEC Kemaman dan POLISAS pada 26-27 September 2023. Antara objektif program ini adalah bagi mengadakan perbincangan berkenaan subjek dan silibus yang berpotensi untuk diberikan pelepasan kredit bagi calon pelajar dari kedua-dua institusi tersebut. Selain itu, pihak FPTV juga berpeluang untuk memberikan pendedahan berkaitan programprogram yang ditawarkan bagi menarik minat pelajar untuk menyambung pelajaran di FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 14
LAWATAN KEMBARA ILMU SMK TAMAN DAYA KE FPTV UTHM, 04 Okt – Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru telah mengadakan Lawatan Kembara Ilmu UTHM ke Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional pada 2 Oktober 2023. Rombongan yang melibatkan 35 pelajar bersama 6 guru pengiring. Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian ilmu berkaitan pembangunan animasi daripada pensyarah-pensyarah program Multimedia Kreatif. Turut diselitkan, taklimat oleh Ts. Dr. Faizal Amin Nur bin Yunus mengenai FPTV dan program yang ditawarkan di FPTV. Selain itu, rombongan ini juga telah melawat dan melihat Perpustakaan Tunku Tun Aminah, yang merupakan salah satu fasiliti yang terdapat di UTHM. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 15
AUDIT PENARAFAN TUNGGAL SKM OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) UTHM, 12 Okt – Sekitar Audit Penarafan Tunggal Program TVET bagi beberapa Program Latihan Kemahiran di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM. Audit ini dilakukan untuk Penentusahan Pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 16
PERJUMAPAAN PERDANA DEKAN FPTV BERSAMA WAKIL PELAJAR UTHM, 12 Okt – Sesi Taklimat Akademik bersama Pelajar Baharu yang telah dijalankan oleh Pihak Pengurusan FPTV. Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal berkenaan akademik kepada Pelajar Baharu yang melanjutkan pengajian ke FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 17
SESI PERJUMPAAN BERSAMA ALUMNI FPTV UTHM, 12 Okt – Sekitar Sesi Bersama Alumni FPTV iaitu Saudara Encik Mohd Dinie Afiq bin Adam (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG41), Kolej Vokasional Batu Pahat, Batu Pahat, Johor. Sesi ini bertujuan bagi menyampaikan sedikit perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman alumni selaku graduan di FPTV kepada mahasiswa yang masih menuntut di FPTV, UTHM. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 18
WANITA KINABALU 30 TAHUN UTHM UTHM, 17 Okt – Sekitar Program Wanita Kinabalu 30 tahun UTHM. Satu program bertemakan "Pemerkasaan Wanita" iaitu Program Wanita Kinabalu 30 tahun UTHM yang telah diadakan sempena sambutan ulangtahun ke-30 UTHM. Program ini akan membariskan pendaki wanita dalam kalangan warga UTHM bagi mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan sasaran catatan 'Pasukan wanita teramai mendaki Gunung Kinabalu.' Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) juga turut sama terlibat dengan menghantar 2 wakil bagi misi tersebut. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 19
CERAMAH KERJAYA DI KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI UTHM, 29 Okt – Ceramah Halatuju Selepas Tamat Pengajian yang telah disampaikan oleh Encik Mohamad Ikhwan bin Juhari selaku Penyelaras Promosi Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM. Ceramah ini adalah jemputan Pihak Kolej Vokasional Tanjung Puteri. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 20
KUNJUNGAN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KE FPTV UTHM, 29 Okt – Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah menerima kunjungan daripada Pensyarah dan Pelajar Program Heating, Ventilation, and Air Conditioning Kolej Vokasional Sungai Buloh. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Program Sarjana Muda yang ditawarkan di FPTV serta peluang melanjutkan pelajaran kepada pelajar lepasan kolej vokasional. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 21
LAWATAN ARTIKULASI DAN PROMOSI FPTV KE POLITEKNIK MERLIMAU UTHM, 30 Okt – Delegasi Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) daripada program Sarjana Muda Teknologi (Btech) FPTV yang diwakili oleh En. Mohamad Ikhwan bin Juhari, Ts. Mohd Hafiz bin Ghazali ,Ts. Muhammad bin Mohamed Salleh, Ts. Mohamad Zaky bin Chumari dan Ts. Mohd Hairwan bin Md Nor mengadakan lawatan artikulasi dan promosi program Btech ke Politeknik Merlimau Melaka. Antara objektif program ini adalah bagi mengadakan perbincangan berkenaan subjek dan silibus yang berpotensi untuk diberikan pelepasan kredit bagi calon pelajar dari kedua-dua institusi tersebut. Selain itu, pihak FPTV juga berpeluang untuk memberikan pendedahan tentang program-program yang ditawarkan bagi menarik minat pelajar untuk menyambung pelajaran di FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 22
CAREER IMMERSION PROGRAM (ICP) KOLEJ KOMUNITI SELAYANG UTHM, 30 Okt – Seramai 26 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) menyertai Career Immersion Program (CIP) yang telah diadakan di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Program ini dianjurkan oleh Forest Interactive Foundation dengan kerjasama pihak Kolej Komuniti Selayang. Pelajar diiringi oleh empat pensyarah pengiring iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Ts. Dr. .Zurina binti Yasak, Ketua Jabatan Pendidikan Vokasional, Dr. Azita binti Ali, Ts. Dr. Marlina binti Mohamad dan Dr. Nur Syamimi binti Mohd Razali. Antara pengisian utama program ini ialah mendedahkan kepada pelajar berkaitan kerjaya yang melibatkan industri multimedia kreatif. Selain itu, sesi perkongsian bersama Ketua Pegawai Eksekutif Forest Interactive, Encik Johary bin Mustapha turut diadakan. Program yang berlangsung selama satu hari ini dilihat dapat memberikan manfaat kepada pelajar untuk merancang laluan kerjaya mereka di dalam industri multimedia kreatif. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 23
COHU MALAYSIA SDN BHD UTHM, 06 Nov – Sesi Temuduga dan lawatan sambil belajar ke Industri COHU MALAYSIA SDN BHD oleh Pensyarah bersama Pelajar Kohort 3 Program Sarjana Muda Automasi Elektronik Industri telah diadakan pada 26 Oktober 2023 yang bertempat di Ayer Keroh Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar industri automasi dan juga membincangkan tentang penempatan pelajar bagi program WorkBased Learning (WBL) selama setahun di industri. Seramai 34 orang pelajar telah ditemuduga oleh Industri COHU MALAYSIA SDN BHD pada hari tersebut. Pihak Industri bercadang untuk menerima seramai 15 orang pelajar dari program ini untuk ditempatkan selama setahun di COHU MALAYSIA SDN BHD dengan tawaran elaun yang lumayan. Selain itu COHU MALAYSIA SDN BHD dalam proses untuk menjalinkan hubungan kerjasama (MoU) bersama UTHM bagi tujuan penempatan pelajar di industri dan juga kerjasama dalam penyelidikan. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 24
KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI KEDAH UTHM, 06 Nov –Taklimat Peluang Sambung Belajar di UTHM sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya di Kolej Matrikulasi Kedah yang telah disampaikan oleh Encik Mohamad Ikhwan bin Juhari selaku Penyelaras Promosi Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM. Ceramah ini adalah jemputan pihak Kolej Matrikulasi Kedah. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 25
JERAYAWARA PUSAT TEKNOUSAHAWAN UNIVERSITI (PTU) UTHM KE FPTV UTHM, 06 Nov – Jerayawara PTU bersama FPTV bertempat di Studio Pendidikan FPTV. Seramai hampir 150 pelajar daripada Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah menyertai program ini. Program ini merupakan anjuran Pusat Teknousahawan Universiti bersama Penyelaras Keusahawanan Peringkat Universiti FPTV. Program ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada para pelajar berkenaan keusahawanan pelajar yang berjalan di bawah seliaan PTU dan mengeratkan hubungan bersama pelajar serta konsultasi bersama dan soal jawab. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 26
LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN & KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH KE FPTV UTHM, 07 Nov – Lawatan Delegasi daripada Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin dan Kolej Vokasional Melaka Tengah bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada program Teknologi Binaan serta peluang bagi menyambung pengajian mereka di FPTV. Selain itu juga, pihak Kolej Vokasioanal turut menjalankan sesi penanda aras bersama Ketua Program Teknologi Binaan iaitu Dr. NurFirdawati binti Muhamad Hanafi. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 27
FORUM FUTURE READY GRADUATES: PERSPECTIVES IN TVET UTHM, 08 Nov – Sekitar Sesi Forum bertajuk Future Ready Graduates: Perspectives in TVET and Industry yang berlangsung sempena program Academic Industry Synergy Network bersama Yang Berusaha Ts. Mohd Fadzil Bin Mohd Idris (Head, Facilities Management, Encorp Berhad) dan Yang Berbahagian Tan Sri Dato 'Soh Thian Lai (President, Federation of Malaysia Manufacturer (FMM)). Kedua-dua panel merupakan Profesor Adjung Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Disebelah petang pula diadakan sesi penilaian kurikulum yang dijalankan bersama kedua- dua Profesor Adjung. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 28
LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI KOLEJ AGROSAINS (UCAM) UTHM, 14 Nov – Pihak Pengurusan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah menerima lawatan daripada Pihak Pengurusan tertinggi Universiti Kolej AgroSains (UCAM), Alor Gajah, Melaka. Tujuan kehadiran delegasi UCAM ke FPTV adalah bertujuan bagi membincangkan hala tuju serta peluang kerjasama di antara dua belah pihak. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 29
LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KE FPTV UTHM, 19 Nov – Lawatan Delegasi daripada Kolej Vokasional Sungai Buloh yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada program Teknologi Kimpalan serta peluang bagi menyambung pengajian mereka di FPTV. Selain itu juga, pihak Kolej Vokasioanal turut menjalankan sesi penanda aras bersama Ketua Program Teknologi Kimpalan dan pensyarah program. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 30
JEMPUTAN CERAMAH HALA TUJU KERJAYA DI SMK AYER BALOI PONTIAN UTHM, 19 Nov – Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) melalui Penyelaras Promosi FPTV telah menerima jemputan bagi memberikan sesi ceramah Motivasi Hala Tuju Kerjaya Bidang Teknik Vokasional anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi Pontian, Johor. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 31
LAWATAN INDUSTRI PELAJAR BBJ KE TANJUNG BIN POWER PLANT, PONTIAN, JOHOR UTHM, 19 Nov – Lawatan industri pelajar Sarjana Muda Teknologi (Btech) Penyelenggaraan Sistem Elektrik kohort 4 dari FPTV, UTHM ke Tanjung Bin Power Plant, Pontian, Johor bertujuan untuk mempelajari sistem penjanaan tenaga elektrik yang beroperasi di stesen janakuasa tersebut. Tanjung Bin Power Plant ini ditubuhkan oleh Malakoff Corporation Berhad dan diselia oleh Malakoff Power. Ia mula beroperasi semenjak tahun 2006, membekalkan kuasa 500kV ke stesen Bukit Batu dan Yong Peng seterusnya dihubungkan kepada rangkaian kuasa TNB di seluruh semenanjung Malaysia. Diharapkan lawatan pelajar ke industri ini dapat memberikan pendedahan kepada mereka akan suasana kerja yang sebenar terhadap konsep penjanaan elektrik yang mereka belajar di dalam kelas dan makmal. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 32
LAWATAN PENSYARAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI KE INTRA-MOLD HOLDINGS SDN BHD UTHM, 19 Nov – Pensyarah Program Pemesinan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) UTHM telah mengadakan lawatan industri ke Intra-Mold Holdings Sdn Bhd Kulai Johor. Lawatan ini dihadiri oleh beberapa ahli program pemesinan bersama wakil pihak pengurusan industri. Lawatan ini dijalankan bagi membincangkan perihal cadangan pelaksanaan program WorkBased Learning (WBL) program pemesinan beserta perbincangan industri berkaitan kolaborasi projek penyelidikan industri. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 33
LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER KE FPTV UTHM, 29 Nov – Lawatan Delegasi daripada Kolej Vokasional Slim River bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada program Teknologi Elektronik, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara dan Binaan Bangunan serta peluang bagi menyambung pengajian mereka di FPTV. Selain itu juga, pihak Kolej Vokasioanal turut menjalankan sesi lawatan dalam melihat sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) serta fasiliti yang terdapat di FPTV, UTHM. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 34
LAWATAN INSTITUT TAHFIZ (INTAKE) JAWAHER KE FPTV UTHM, 29 Nov – Lawatan delegasi dari Institut Tahfiz (intake) Jawaher bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada program yang ditawarkan oleh FPTV serta peluang bagi menyambung pengajian mereka di FPTV. Selain itu juga, pihak delegasi turut menjalankan sesi lawatan dalam melihat sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) secara bersemuka serta fasiliti yang terdapat di FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 35
LAWATAN FPTV KE UNESCO-UNEVOC, BONN JERMAN UTHM, 29 Nov – Lawatan kerja telah diadakan ke UNESCO-UNEVOC, Bonn bertujuan untuk memperbaharui status lantikan UTHM sebagai Pusat UNESCOUNEVOC yang akan tamat pada hujung tahun ini. UTHM telah menyasarkan pembaharuan tempoh lantikan selama 2 tahun lagi iaitu tahun 2024-2025. Selain itu, lawatan ini juga telah berjaya memperolehi persetujuan dengan Friedrich Huebler Pengarah Pejabat UNESCO-UNEVOC, Bonn bagi menjalani pertukaran pelajar atau staf di Bonn dan penganjuran bersama bagi Seminar World Congress on TVET 2024 (WoCTVET 2024). Kemuncak bagi lawatan di Bonn ini telah dicapai dengan majlis menandatangani Surat Minat/Niat (LoI) bersama UTHM oleh Pengarah Pejabat UNESCO-UNEVOC bersama Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) UTHM selaku ketua delegasi dan disaksikan oleh Profesor Dr. Jailani Md Yunos, Pengarah Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRivet) dan Profesor Madya Ts. Dr. Affero bin Ismail, penyelaras UNESCO-UNEVOC UTHM. UTHM merupakan universiti yang pertama di dunia yang telah menandatangai Surat Minat/Niat bersama UNESCO-UNEVOC Bonn. Misi lawatan ini tidak diakhiri di Bonn, delegasi ini juga telah gagah menyambung perjalanan dari Bonn ke ibupejabat UNESCO Paris untuk menjalinkan hubungan kerjasama dan mempromosikan UTHM di sana. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 36
LAWATAN DELEGASI KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN KE FPTV UTHM, 29 Nov – Lawatan Delegasi daripada Kolej Vokasional Kemaman bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada program Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara serta peluang bagi menyambung pengajian mereka di FPTV. Selain itu juga, pihak Kolej Vokasional turut menjalankan sesi lawatan dalam melihat sesi PnP serta fasiliti yang terdapat di FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 37
SESI BERGAMBAR SEMPENA MAJLIS KONVOKSYEN UTHM KE-23 UTHM, 04 Dis – Sekitar sesi bergambar Pihak Pengurusan serta Staf Akademik bersama Pelajar Sarjana Muda di bawah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Turut diraikan adalah graduan sulung program Sarjana Muda Teknologi yang hadir ke Sidang Ke-2 sempena Istiadat Perisytiharan Penganugerahan Ijazah Majlis Konvokesyen Ke-23 UTHM. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 38
TAJAAN ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD BAGI PROGRAM MOBILITI OUTBOUND BERKREDIT KE UNY UTHM, 04 Dis – Program Mobiliti Outbound berkredit dibawah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah berbesar hati menerima tajaan daripada pihak Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. Program Mobiliti Outbound berkredit tersebut telah djalankan bersama Universitas Negeri Yogjakarta, Indonesia. Encik Afif Naim bin Abd Rani, pensyarah pengiring dan penyelaras Outbound FPTV bersama 40 orang pelajar daripada Kursus Katering dan Perkhidmatan Makanan. Ini merupakan satu kejayaan yang besar bagi pihak UTHM dalam menjalinkan hubungan bersama pihak Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. yang memudahkan urusan pembelian bahan untuk program mobiliti ini di luar negara. Semoga ini menjadi kenangan untuk pihak UTHM bagi melakukan program ke luar negara bersama pelajar pada masa akan datang. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 39
KNOWLEGDE TRANSFER PROGRAMME: BAKING IS MY SUPERPOWER SERIES 1 UTHM, 08 Dis – Satu program KTP telah diadakan di SMK Tun Ismail, Parit Raja oleh pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan kerjasama Focus Group Hospitality pada 7 Disember 2023. Program ini bertujuan memupuk minat dikalangan pelajar sekolah menengah terhadap Kemahiran Bakeri & Pastri. Knowlegde Transfer Programme: Baking Is My Superpower Series 1 ini telah dijalankan oleh 36 orang pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Professional Bakeri dan Pastri (BBK 37303). AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 40
KNOWLEGDE TRANSFER PROGRAMME: BAKING IS MY SUPERPOWER SERIES 2 UTHM, 12 Dis – Program KTP telah diadakan di SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat oleh pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan kerjasama Focus Group Hospitality pada 11 Disember 2023. Program ini bertujuan memupuk minat dikalangan pelajar sekolah menengah terhadap Kemahiran Bakeri & Pastri. Knowlegde Transfer Programme: Baking Is My Superpower Series 2 ini telah dijalankan oleh 32 orang pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Professional Bakeri dan Pastri (BBK 37303). Bagi siri ini, kemahiran yang ditunjukkan adalah Churros dan menghias kek. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 41
KUNJUNGAN ASHRAE MALAYSIA CHAPTER KE FPTV UTHM, 12 Dis – FPTV telah menerima kunjungan daripada pihak ASHRAE Malaysia Chapter. Hasil kunjungan ini, ASHRAE Malaysia Chapter telah memberikan pandangan berguna mengenai Industri HVAC. Fakulti percaya kunjungan ini berguna untuk pelajar pada masa depan terutamanya dari segi kerjaya. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan menyokong ASHRAE-UTHM new chapter! AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 42
LAWATAN KE INDUSTRI OLEH PELAJAR BBZ UTHM, 13 Dis – Lawatan industri ke Sunway Bigbox Hotel, Johor yang merupakan salah satu syarikat yang mempunyai MoU dengan UTHM dan bersetuju untuk mengambil pelajar untuk penempatan Work-Based Learning (WBL). Pihak fakulti mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang diberikan dan atas sesi berkongsi pengetahuan. Fakulti berharap ini bukanlah pertemuan terakhir. Lebih banyak rancangan akan datang pada masa hadapan. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 43
PROGRAM JALINAN ILMU FPTV & SK SENGGARANG UTHM, 18 Dis – Program Jalinan Ilmu FPTV UTHM bersama warga Sekolah Kebangsaan Senggarang (SuKSes) dikendalikan oleh Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif). Seramai 80 orang pelajar terlibat, mereka mendedahkan pelbagai teknik terkini bidang multimedia, rekabentuk grafik, videografik, fitografi, video editing, UI/UX, animasi dan lain- lain lagi. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 44
LAWATAN INDUSTRI KE HOSPITAL UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, KUANTAN UTHM, 31 Dis – Lawatan Industri Pelajar BTech BBJ Kohort 4 dari Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan pbagi meninjau generator backup system di hospital tersebut. Sistem elektrik hospital ini dikawal selia oleh Peninsular Medical Sdn Bhd (PenMedic) di bawah department Perkhidmatan Bio-Medikal, Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, dibantu oleh subcon PAKAR Engineering Sdn Bhd. Pelajar bukan sahaja didedahkan kepada generator backup system, tetapi juga diberi peluang untuk melihat sistem elektrik lain yang ada dalam skop Jabatan tersebut seperti main intake 11kV switchboard, transformer, LV panel, UPS, motor, chiller dan BMS. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 45