The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

COMPILATION OF NEWS AND SUCCESS STORY OF FPTV FROM JAN - APRIL 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by komunikasikorporatfptv, 2023-11-16 02:11:22

FPTV NEWSLETTER BIL 1/2023

COMPILATION OF NEWS AND SUCCESS STORY OF FPTV FROM JAN - APRIL 2023

Keywords: newsletter,fptv

FPTV NE W SLE TTER 1/2022 NEWSLETTER FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL JANUARI - APRIL 2022


S IDANG EDITOR Ketua Editor Pn.Lisa Mariam Syawal binti Ismail Editor Dr. Mohd Zulfadli bin Rozali Dr. Nur Syamimi binti Razali Jurugambar En.Omar Bin Motaji En. Mansor Bin Mordi


ISI KANDUNGAN UCAPAN TAHUN BARU DARIPADA FPTV 1 PERTEMUAN KOLABORASI FG CBST BERSAMA TOURISM JOHOR LAWATAN KERJA DELEGASI FPTV KE INDUSTRI, ARE TEXT NIAGA ENTERPRISE LAWATAN KERJA DELEGASI FPTV KE INDUSTRI, FADERATION OF MALAYSIAN MANUFACTURERS LAWATAN KERJA DELEGASI FPTV KE INDUSTRI, PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN MULTIMEDIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PERTEMUAN KOLABORASI DELGASI FPTV BERSAMA SME CORP PERTEMUAN KOLABORASI DELGASI FPTV BERSAMA YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA LAWATAN KOLABORASI INDUSTRI BERSAMA FPTV, UTHM 167 PELAJAR FPTV LULUS DENGAN TERAMPIL SIJIL KEMAHIRAN LAWATAN PERLAKSANAAN WORK BASED LEARNING DI INDUSTRI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR FPTV 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 HEBAHAN 12


UCAPAN TAHUN BARU DARIPADA FPTV UTHM, 1 Jan – Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq dan seluruh warga kerja FPTV kepada para pelajar, alumi dan kenalan . AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 1


PERTEMUAN KOLABORASI FG CBST BERSAMA TOURISM JOHOR UTHM, 21 Jan – Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV), UTHM yang diwakili Dekan Prof Madya Ts. Dr Abdul Rasid Abdul Razzaq bersama delegasi Kumpulan Fokus Community Based and Sustainable Tourism telah membuat kunjungan hormat ke Tourism Johor dalam membincangkan berkenaan kolaborasi yang boleh dijalankan berkenaan industri pelancongan diJohor. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 2


LAWATAN KERJA DELEGASI FPTV KE INDUSTRI, ARE TEXT NIAGA ENTERPRISE UTHM, 23 Jan – Lawatan kerja oleh delegasi FPTV ke Are Text Niaga Enterprise @ Dr Pakar Aircond, Kepala Batas, Pulau Pinang yang diketuai oleh Ts. Dr Mohd Hasril Bin Amiruddin selaku Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) telah membincangkan beberapa peluang kerjasama yang boleh dijalankan bersamasama Pengarah Urusan, Tuan Azizul Hussin. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 3


LAWATAN KERJA DELEGASI UTHM & FPTV KE INDUSTRI, FADERATION OF MALAYSIAN MANUFACTURERS UTHM, 24 Jan – Delegasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengadakan kunjungan hormat ke Wisma Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) bagi membincangkan rancangan kerjasama kedua-dua institusi ini dalam bidang TVET khususnya berkaitan akademik dan penyelidikan. Delegasi UTHM diwakili oleh Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Pengarah Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET), Prof. Madya Ts. Dr Razali Hassan dan Pengarah Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Prof. Madya Ts. Dr. Raja Zuraidah Raja Mohd Rasi. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 4


LAWATAN KERJA DELEGASI FPTV KE INDUSTRI, PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN MULTIMEDIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA UTHM, 25 Jan – Lawatan kerja oleh Delegasi FPTV yang diketuai oleh Ts. Dr Mohd Hasril Bin Amiruddin selaku Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) telah dijalankan bersama Timbalan Pengarah Akademik (Timbalan Pengarah (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa) dan Timbalan Pengarah (Penyelidikan, Inovasi & Jaringan) di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), USM. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 5


PERTEMUAN KOLABORASI DELGASI FPTV BERSAMA SME CORP UTHM, 8 Feb – Delegasi FPTV telah menjalankan sesi Pembentangan Model TVET Technopreneur dan Perbincangan Kerjasama bersama SME Corp Malaysia di SME CORP Platinum Central, Kuala Lumpur Central. Delegasi FPTV diketuai oleh Dekan FPTV, Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq bersama sama Ts. Dr. Mohd Bekri Bin Rahim selaku Ketua Jabatan Pengajian Teknologi dan Encik Syed Shikh Bin Syed A. Kadir. Perbincangan telah dijalankan bersama Pengerusi SME Corp Dato Sri Syed Hussien Al Habshee, En Zaky bin Moh (Deputy Chief Executive Officer Implementation & Development) dan Pn Suraini Mohamad Sulaiman (Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Bumiputra). AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 6


PERTEMUAN KOLABORASI DELGASI FPTV BERSAMA YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA UTHM, 8 Feb – Delegasi FPTV telah menjalankan Lawatan Kerja dan Perbincangan Kerjasama dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra di Mercu UEM Kuala Lumpur Central. Delegasi FPTV diketuai oleh Dekan FPTV, Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq bersama sama Ts. Dr. Mohd Bekri Bin Rahim selaku Ketua Jabatan Pengajian Teknologi dan Encik Syed Shikh Bin Syed A. Kadir. Perbincangan telah dijalankan bersama- sama wakil Yayasan Peneraju En Ayinan bin Annuar (Associate Director Strategic Engagement) dan Pn Shazana bin Mohd Daud (Special Officer Director of Strategy & Engagement Office. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 7


LAWATAN KOLABORASI INDUSTRI BERSAMA FPTV, UTHM UTHM, 10 Feb – Sesi Lawatan Kolaborasi oleh Pihak Panasonic Appliances AirConditioning Malaysia Sdn. Bhd (PAPAMY), Panasonic Appliances Air Conditioning R&D Malaysia Sdn. Bhd (PAPARADMY), SEIMEI Engineering Co. Ltd Japan dan SEIMEI Engineering (M) Sdn. Bhd. Delegasi pihak Panasonic diketuai oleh Puan Hajah Junira Johan selaku Pengurus Besar Bahagian Korporat & Sumber Manusia & Bahagian Hal Ehwal Kemudahan & Kebajikan serta Pihak SIEMEI Engineering yang diketuai oleh Mr. Suzuki Hiroaki selaku Ketua Pegawai Eksekutif adalah bertujuan bagi membincangkan hala tuju dan perancangan dalam menjadikan FPTV sebagai Pusat Latihan dan Kelengkapan R290 (Propane) Refrigeran Mudah Bakar (Kelas A3) bagi sistem Penyaman Udara. Pelbagai Kerjasama lain turut dibincangkan diantara Pihak FPTV dan juga Pihak Panasonic serta Pihak SEIMEI Engineering. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 8


167 PELAJAR FPTV LULUS DENGAN TERAMPIL SIJIL KEMAHIRAN UTHM, 12 Feb – Seramai 167 calon pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (ISMPV) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mencatatkan keputusan ‘Lulus dengan Terampil’ bagi Peperiksaan Akhir Teori dan Amali Verifikasi Luaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang bermula pada 9 hingga 11 Februari di fakulti. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 9


LAWATAN PERLAKSANAAN WORK BASED LEARNING DI INDUSTRI UTHM, 22 MAC – Sesi lawatan dan perbincangan berkenaan Pelaksanaan Work Based Learning bagi pelajar Program Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan (BBY) yang telah diadakan di Felda Investment Corporation Integrated Property Management Sdn Bhd. Diucapkan selamat berjaya kepada kesemua pelajar yang terlibat. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 10


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR FPTV UTHM, 11 April – Seramai 16 sukarelawan daripada Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyertai Program Khidmat Masyarakat FPTV bersama penduduk Kampung Sungai Kajang sempena berlangsungnya Program Mesra Rakyat Bagan anjuran Kementerian PengajianTinggi pada 1April lalu. Program yang disertai penuntut Sarjana Muda Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara serta Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) itu memfokuskan aktiviti menyelenggara sistem penyaman udara yang dipasang di masjid dan surau KampungSungai Kajang, Batu Pahat. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 11


SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH buat Ts. Dr. Marina binti Ibrahim Mukhtar di atas jasa beliau sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Iktisas Pendidikan dan Siswazah, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. 12


TAHNIAH! diucapkan kepada Dr Wan Hanim Nadrah binti Wan Muda atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Iktisas Pendidikan dan Siswazah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Tahniah! 13


TAHNIAH! diucapkan kepada Ts. Muhamad Amin bin Haji Ab Ghani atas kenaikan pangkat ke Jurutera Pengajar DV44. Semoga terus memacu kegemilangan Fakulti. 14


TAHNIAH! diucapkan kepada Puan Johanisah binti Afandi atas kenaikan pangkat ke Penolong Jurutera Kanan Gred JA36. Semoga terus memacu kegemilangan Fakulti. 15


TAHNIAH! diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Alias bin Masek atas kenaikan pangkat ke Professor Madya Gred 54. Semoga terus memacu kegemilangan Fakulti. 16


TAHNIAH! diucapkan kepada YBrs Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Ketua Pegawai Operasi FIC Integrated Property Management Sdn Bhd dan YBhg. Tan Sri Dato' Soh Thian Lai, Presiden Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) atas lantikan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 17


Congratulation! to Professor Dr. Rupert, Donald Maclean AO, Adjunct Professor of International Education, University Of Tasmania & Royal Melbourne Institute Of Technology University on your appointment as Visiting Professor at Faculty of Technical & Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 18


TAHNIAH! diucapkan kepada semua Graduan Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV) bagi Tahun 2020 yang telah bergraduan pada Istiadat Konvokesyen Kali Ke-20, Majlis Penyampaian Skrol Graduan 2020 UTHM. Tahniah buat semua Graduan ! 19


TAHNIAH! ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di atas kejayaan terpilih melaksanakan kursus TVETPROFESSIONAL EDUCATORS ENHANCEMENT PROGRAMME (PEEP) : SKILL DEVELOPMENT IN THE TIME OF COVID-19 secara dalam talian di bawah peruntukan Program Kerjasama Teknikal Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia berjumlah RM30,000. 20


SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH diucapkan kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly di atas sumbangan sepanjang khidmat sebagai Naib Canselor UTHM dan Pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Terima kasih. Jasa Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Bin Razzaly akan terus dikenang. 21


TAHNIAH! diucapkan kepada Muhammad Shahrir Mohamed Shafiek pelajar Program Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PBV) di bawah seliaan Ts Dr Affero Ismail kerana mendapat tempat kedua dalam Pertandingan UTHM Virtual 3MT peringkat UTHM bagi kategori sains sosial. 22


UPCOMING EVENT Qualitative & Quantitative Research Colloquium Series (Q²RCS) 2022 will be held on 7 – 8 June 2022. 23


@FPTVUTHM http://fptv.uthm.edu.my/ [email protected] FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor


Click to View FlipBook Version