The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by komunikasikorporatfptv, 2023-09-17 00:42:51

NEWSLETTER BIL 2/2023

MEI - OGOS 2023

Keywords: newsletter,ogos,fptv

FPTV NE W SLE TTER 2/2023 NEWSLETTER FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL MEI – OGOS 2023


SIDANG EDITOR Ketua Editor Pn.Lisa Mariam Syawal binti Ismail Editor Dr. Mohd Zulfadli bin Rozali Dr. Nur Syamimi binti Razali Jurugambar En.Omar Bin Motaji En. Mansor Bin Mordi


ISI KANDUNGAN LAWATAN PENANDA ARAS DARI KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT 1 LAWATAN KERJA OLEH UNIVERSITI DIAN NUSANTARA (UDINUS) KE FPTV PERLANTIKAN PENSYARAH FPTV SEBAGAI PROGRAM COORDINATOR & RESOURCE PERSON LAWATAN KERJA DELEGASI UCSI UNIVERSITY KE FPTV LAWATAN AKADEMIK OLEH SMK TAMAN DAYA & KOLEJ VOKASIONAL MUAR PERTEMUAN BERSAMA THE ILOILO SCIENCE AND TECHNOLOGY UNIVERSITY, PHILIPPINES LAWATAN INDUSTRI KE AIMFLEX SYSTEM SDN BHD LAWATAN PENANDA ARAS KE TOKYO CITY UNIVERSITY, NIIGATA UNIVERSITY & TOYOHASYI UNIVERSITY OF TECHNOLOGY LAWATAN KE PAMERAN METALTECH 2023 DI MITEC, KUALA LUMPUR TAKLIMAT MIDEA INTERNATIONAL DESIGN CONTEST LAWATAN PENANDA ARAS MBOT KE FPTV 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 MESYUARAT PERANCANGAN DAN PENYELARASAN ANTARA FPTV DAN UPSI DI AVILION COVE, PORT DICKSON 12


ISI KANDUNGAN LAWATAN INDUSTRI KE COHU MALAYSIA SDN BHD 13 KUNJUNGAN IKBN NAKA, KEDAH KE FPTV PENGANJURAN THE 2nd ADRI IKN KALTIM INTERNATIONAL CONFERENCE 2023 DI FPTV PENILAIAN AKREDITASI PENUH MBOT BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI PERJUMAPAAN PERDANA DEKAN FPTV BERSAMA WAKIL PELAJAR LAWATAN KERJA NAIB CANSELOR KE FPTV LAWATAN OLEH KOREA POLYTECHNIC KE FPTV LAWATAN INDUSTRI KE TSH CONTRACT MANUFACTURING SDN. BHD. LAWATAN KE PAMERAN METALTECH 2023 DI MITEC, KUALA LUMPUR LAWATAN PERLAKSANAAN WORK BASED LEARNING DI INDUSTRI 14 15 16 17 18 19 20 21 22 HEBAHAN 23


LAWATAN PENANDA ARAS DARI KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT UTHM, 11 Mei – Pihak Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah menerima lawatan daripada pihak Kolej Voksional Batu Pahat bersama pelajar mereka. Tujuan lawatan adalah bagi membuat penanda aras berkenaan program serta fasiliti bagi Program Pemesinan Am yang terdapat di Fakulti. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 1


LAWATAN KERJA OLEH UNIVERSITI DIAN NUSANTARA (UDINUS) KE FPTV UTHM, 21 Mei – Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV) telah menerima kunjungan daripada Universiti Dian Nusantara (UDINUS) Semarang, Indonesia yang diwakili oleh En. Izza Ulumuddin Ahmad. Lawatan adalah bertujuan bagi peluang pelajar pasca siswazah yang ingin menyambung pelajaran peringkat Doktor Falsafah di FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 2


PERLANTIKAN PENSYARAH FPTV SEBAGAI PROGRAM COORDINATOR & RESOURCE PERSON UTHM, 23 Mei – Prof. Madya Ts. Dr Affero Ismail telah dilantik sebagai Program Coordinator dan Resource Person mewakili Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi program In Country Program yang dianjurkan oleh Colombo Plan Staff College (CPSC) dengan kerjasama Royal Government of Bhutan. Program ini juga turut mendapat tajaan daripada Labtech International. Program telah berlangsung dari 8 hingga 12 Mei 2023 yang telah disertai oleh 30 peserta dari serata Negara Bhutan dengan tema Embracing Digital Learning in TVET. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 3


LAWATAN KERJA DELEGASI UCSI UNIVERSITY KE FPTV UTHM, 22 Mei – Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah menerima Delegasi Faculty of Hospitality and Tourism Management, UCSI University bagi mendapatkan input berkenaan model pelaksananaan bagi Program Sarjana Muda Industri Perkhidmatan Makanan (Apprenticeship) yang akan ditawarkan di FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 4


LAWATAN AKADEMIK OLEH SMK TAMAN DAYA & KOLEJ VOKASIONAL MUAR UTHM, 23 Mei – Lawatan akademik daripada delegasi SMK Taman Daya Johor Bharu dan Kolej Vokasional Muar ke Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional bagi memberi pendedahan awal berkenaan peluang untuk pelajar sambung pelajaran di FPTV. Terima kasih AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 5


PERTEMUAN BERSAMA THE ILOILO SCIENCE AND TECHNOLOGY UNIVERSITY, PHILIPPINES UTHM, 23 Mei – Lawatan delegasi universiti dari Philippines, The Iloilo Science and Technology University menerusi platform International Office, UTHM. Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Prof. Ts. Dr Abdul Rasid Abdul Razzaq telah diminta membentangkan program akademik yang ditawarkan di FPTV serta peluang kerjasama dalam pelbagai aspek yang boleh diketengahkan. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 6


LAWATAN INDUSTRI KE AIMFLEX SYSTEM SDN BHD UTHM, 2 Jun – Lawatan ke Industri AIMFLEX SYSTEM SDN BHD oleh staf akademik, Program Elektrik dan Elektronik bersama pelajar kohort 3 Program Sarjana Muda Automasi Elektronik Industri telah diadakan pada 31 Mei 2023 yang bertempat di Senai, Johor. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar industri automasi dan juga membincangkan tentang penempatan pelajar bagi program Work Based Learning selama setahun di Industri Aimflex. Aimflex System Sdn Bhd telah mempunyai hubungan kerjasama (MOU) bersama UTHM dan telah menerima beberapa orang pelajar yang sedang menjalankan program WBL selama satu tahun di sana. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 7


LAWATAN PENANDA ARAS KE TOKYO CITY UNIVERSITY, NIIGATA UNIVERSITY & TOYOHASYI UNIVERSITY OF TECHNOLOGY UTHM, 2 Jun – Lawatan penanda aras ke Tokyo City University, Niigata University, Tokyo Denki University dan Toyohasyi University of Technology pada 21-26 May 2023. Lawatan Ini diwakili oleh P.M. Ts. Dr. Alias bin Masek dan P.M. Ts. Dr. Affero bin Ismail daripada UTHM sebahagian daripada aktiviti penyelidikan dibawah Geran KKP bersama UTM dan UPM. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 8


LAWATAN KE PAMERAN METALTECH 2023 DI MITEC, KUALA LUMPUR UTHM, 4 JUN – Lawatan ke Exhibition Metaltech 2023 oleh staf akademik bersama pelajar Kohort 3 Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kimpalan yang telah diadakan pada 1 Jun 2023 yang bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi terkini yang berkaitan dengan teknologi kimpalan serta berkaitan dengan teknologi lain yang berada di pasaran sekarang. Selain itu program ini dapat merapatkan hubungan antara industri dan universiti. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 9


TAKLIMAT MIDEA INTERNATIONAL DESIGN CONTEST UTHM, 4 Jun – Sesi taklimat berkenaan Midea International Design Contest kepada pelajar bidang HVAC yang dijalankan oleh pihak industri Midea. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 10


LAWATAN PENANDA ARAS MBOT KE FPTV UTHM, 12 Jun – Lawatan penanda aras daripada jawatankuasa MBOT Program Teknologi Elektrik dan Elektronik Kolej Vokasional Tawau. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 11


MESYUARAT PERANCANGAN DAN PENYELARASAN ANTARA FPTV DAN UPSI DI AVILION COVE, PORT DICKSON UTHM, 22 Jun – Mesyuarat Perancangan, Penyelarasan Prosedur dan Dokumentasi bagi Pelaksanaan Mobiliti Berkredit Latihan Mengajar Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlangsung pada 15 Jun 2023 hingga 17 Jun 2023 di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat kedua-dua IPTA untuk menjalin hubungan kerjasama dan merancang prosedur pelaksanaan mobiliti Latihan Mengajar yang efektif dan efisien. Hasil daripada mesyuarat ini, perbincangan prosedur pelaksanaan telah berada di fasa yang terakhir dan semoga usaha ini dapat melancarkan perjalanan mobiliti berkredit Latihan Mengajar UTHM-UPSI. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 12


LAWATAN INDUSTRI KE COHU MALAYSIA SDN BHD UTHM, 22 Jun – Lawatan ke Industri Cohu Malaysia Sdn Bhd oleh staf akademik Elektrik dan Elektronik bersama pelajar Kohort 4 Program Sarjana Muda Automasi Elektronik Industri telah diadakan pada 22 Jun 2023 yang bertempat di Ayer Keroh, Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar industri automasi dan juga membincangkan tentang penempatan pelajar bagi program Work Based Learning selama setahun di Industri Cohu. Hasil Perbincangan bersama pensyarah dan Cohu Malaysia Sdn Bhd telah bersetuju untuk menjalinkan hubungan kerjasama (MOU) bersama UTHM. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 13


KUNJUNGAN IKBN NAKA, KEDAH KE FPTV UTHM, 26 Jun – Menerima kunjungan delegasi Institut Kemahiran Belia Negara Naka, Kedah. Kunjungan adalah bertujuan bagi membincangkan peluang kerjasama yang boleh jalankan berkenaan peluang serta laluan kemasukan pelajar IKBN Naka yang ingin menyambung pengajian dalam bidang Teknologi Penyamanan Udara dan Teknologi Makanan di FPTV. Terima kasih atas kesudiaan hadir ke FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 14


PENGANJURAN THE 2ndADRI IKN KALTIM INTERNATIONAL CONFERENCE 2023 DI FPTV UTHM, 3 Julai – Persidangan ini telah diadakan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM kampus induk. Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM telah menyampaikan ucaptama dan juga merasmikan The 2nd ADRI IKN KALTIM International Conference 2023 dan UTHM International Summer Course 2023. Program anjuran Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) turut melibatkan kehadiran pegawai-pegawai kanan universiti dan juga delegasi dari Perkumpulan Ahli dan Dosen Republik Indonesia, Dewan Pimpinan Daerah Kalimantan Timur. Naib Canselor turut merasmikan program Mobiliti Antarabangsa yang melibatkan 41 pelajar dari seluruh Indonesia dan menyaksikan majlis menandatangani LoI bersama lapan institusi iaitu : 1. Universitas Dr. Soetomo Surabaya 2. Adri Kalimantan Timur 3. Konsorsium Pendidikan Tinggi Dan Cendikiawan Nusantara 4. Manokwari School of Law, Papua 5. Stkip Pgri Situbondo, Jawa Timur 6. Sekolah Tinggi Teknologi Dumai, Ariah 7. Universitas Negeri Malang 8. Universitas Kadiri, Kediri AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 15


PENILAIAN AKREDITASI PENUH MBOT BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI UTHM, 5 Julai – Sesi lawatan penilaian akreditasi penuh oleh badan akreditasi MBOT - Malaysia Board of Technologists yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTHM, Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim dan turut hadir sama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa YBhg. Prof Ts Dr Azmee bin Khamis dan Dekan Fakulti Pendidkan Teknikal dan Vokasional (FPTV) YBrs. Prof Ts Dr Abdul Rasid bin Abdul Razzaq. Sesi penilaian tersebut adalah bagi bagi menilai enam (6) program Sarjana Muda Teknologi (SMT/BTech) iaitu Sarjana Muda Teknologi Kimpalan dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dengan Kepujian. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 16


PERJUMAPAAN PERDANA DEKAN FPTV BERSAMA WAKIL PELAJAR UTHM, 10 Julai – Sesi perjumpaan Perdana Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Prof. Ts. Dr Abdul Rasid Abdul Razzaq serta wakil pengurusan bersama wakil pelajar tahun 1 hingga 4 bagi semua program yang ditawarkan di FPTV. Perjumpaan Perdana adalah bertujuan bagi mendapatkan input-input daripada pihak pelajar berkenaan pelbagai perkara yang boleh dijadikan sebagai input dalam menjalankan penambahbaikan kepada FPTV. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 17


LAWATAN KERJA NAIB CANSELOR KE FPTV UTHM, 25 Julai – Sesi lawatan kerja Naib Canselor UTHM, Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim ke Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Tujuan lawatan tersebut ialah untuk bertukar informasi dan maklumat yang lebih tepat dari pihak pengurusan UTHM berkaitan pengurusan pentadbiran, kewangan, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan sebagainya. Naib Canselor turut beramah mesra dengan staf FPTV di pelbagai peringkat jawatan. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 18


LAWATAN OLEH KOREA POLYTECHNIC KE FPTV UTHM, 28 Julai – Lawatan daripada delegasi Korea Polytechnic bersama pihak Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Pejabat Antarabangsa dan Centre of Research SPEED. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 19


LAWATAN INDUSTRI KE TSH CONTRACT MANUFACTURING SDN. BHD. UTHM, 28 Julai – Lawatan industri pelajar Program Teknologi Pemesinan Industri (BBO) ke TSH Contract Manufacturing Sdn Bhd. Matlamat lawatan ini adalah bagi menambah pengalaman pelajar melalui pengalaman pembelajaran luar bilik darjah sekaligus membuka peluang kepada pelajar untuk bertemu dan berdiskusi secara langsung bersama pihak industri. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 20


LAWATAN KOLABORASI KE 3E PRECISION SDN. BHD. UTHM, 28 Julai – Lawatan perbincangan berkaitan cadangan pelaksanaan Work Based Learning (WBL) bagi Program Teknologi Pemesinan Industri ke 3E Precision Sdn Bhd. Tujuan lawatan adalah bagi menambah keberkesanan pelaksanaan program semasa melalui pemerkasaan kerjasama baru bersama industri pemesinan di Johor khususnya. AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 21


LAWATAN INDUSTRI KE TSH CONTRACT MANUFACTURING SDN. BHD. UTHM, 31 Julai – Sesi pertemuan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr Rabiah Binti Ahmad bersama bersama Pengurusan FPTV, Ketua Pusat Penyelidikan, Ketua Kumpulan Fokus dan Ketua Pusat Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). AKTIVITI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 22


TAHNIAH! Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Hussin Ikmal Bin Omir, salah seorang pelajar Cohort Pertama Sarjana Muda Teknologi Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah berjaya mendapat tawaran pekerjaan dan melaporkan diri sebagai Chef di Santan Restaurant Sdn. Bhd bermula 16 Mei. 23


TAHNIAH! 24 Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Saudari Noorafiqah Binti Mohd Noorzet, salah seorang pelajar Cohort Pertama Sarjana Muda Teknologi Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah berjaya mendapat tawaran pekerjaan dan melaporkan diri sebagai QA/QC Assistant di Huahin Food Industries Sdn. Bhd bermula 22 Mei 2023


TAHNIAH! Tahniah kepada semua pensyarah dan pelajar FPTV yang memenangi pelbagai anugerah di "THE 2ND RAVTE STUDENTS INNOVATION AWARDS". Tahniah. 25


TAHNIAH! 26


TAHNIAH! diucapkan kepada Dr. Nur Sofurah binti Mohd Faiz diatas pelantikan sebagai Pakar Rujuk Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2023. Tahniah! 27


Tahniah! Tahniah diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq di atas pelantikan semula sebagai Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional berkuatkuasa 1 Ogos 2023. 28


TAHNIAH! diucapkan kepada Ts. Dr. Mohd Hasril bin Amiruddin diatas perlantikan semula sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Tahniah. 29


TAHNIAH! diucapkan kepada Ts. Dr. Nizamuddin bin Razali diatas perlantikan semula sebagai Ketua Jabatan (Kemahiran dan Professional), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Tahniah. 30


TAHNIAH! ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di atas kejayaan memperolehi Geran Industri Nationgate Solution (M) Sdn. Bhd. Yang berjumlah RM 40,000. 31


TAHNIAH! ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Zainizan bin Sahdan dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di atas kejayaan memperolehi Geran Industri Gading Kencana Sdn. Bhd. yang berjumlah RM 20,000. 32


UPCOMING EVENT Virtual TVET Research and Innovation Competition (RIC) 2023 result announcement will be on 14th Sept 2023 33


@FPTVUTHM http://fptv.uthm.edu.my/ [email protected] FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor


Click to View FlipBook Version