BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MALAYSIAN RED CRESCENT
BIODATA NAMA:NURUL AFIQAH BINTI ALIAS ANGKA GILIRAN:2021252340354 NO K/P:030716110174 PROGRAM:PISMP SEM 2 TAHUN 2 AMBILAN:JUN 2021 KUMPULAN/UNIT:BSMM KUMPULAN 3 KOD/NAMA KURSUS:MPU3451A KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1 NAMA PENSYARAH:ENCIK ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF DAN ENCIK NG KHENG LOON NAMA IPSAH LOGO BULAN LOGO IPSAH
Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang dirancang. Ini akan membawa keseronokan dan memberi peluang untuk mereka bergaul, memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas akan membolehkan murid berkemahiran untuk menolong diri an orang lain dalam hal keselamatan dengan lebih berkesan.
VISI MISIUntuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Berkhidmat kepadayang memerlukandengan berkesan. MOTTO Motto Asal : “Inter arma caritas” di dalam perang ada kebajikan Motto Primer dalam Article 3 of the ICRC statutes, 1961: “Per Humanitatem ad Pacem” dengan kemanusiaan, kearah kemanan.
LAGU Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat IKRAR Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan pemerintah-pemerintah di negara kami berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
1.PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN 2.KUASA PENGANJUR 3.STRUKTUR UNIT 4.PENGURUSAN BUKU LOG 5.TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN 6.PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN 7.TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI 8.PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT 9.PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
1.1 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN KEAHLIAN TERBUKA Keahlian BSMM terbuka tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan sebagainya. Komposisi keahlian boleh dibahagikan kepada empat iaitu: 1. Ahli kanak-kanak : 9 hingga 12 tahun 2. Ahli belia : 13 hingga 18 tahun Ahli bantuan Sukarela Berpakaian Seragam: 18 tahun dan keatas 3. Ahli Kehormat Seumur Hidup: Anugerah kepada yang memberi sumbangan 4. PENDAFTARAN KUMPULAN Pendaftaran bagi pasukan kanak-kanak / belia Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menubuhkan satu pasukan BSMM Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi satu pasukan Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan Pendaftaran bagi pasukan belia terbuka Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan Pendaftaran bagi pasukan bantuan sukarela Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang Langkah pendaftaran adalah sama seperti Pendaftaran Pasukan Kanakkanak / Belia
KUASA PENGANJUR ▪ Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. ▪ Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimipin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. ▪ Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. ▪ Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. ▪ Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. ▪ Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. ▪ Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. ▪ Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada warga institusi. KANAK-KANAK BELIA Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unityang khas, yang menunjukkan unit itu dari cabangmana dan dan dari bahagian mana. Pegawai Kanak-kanaknya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh Guru Besar. Pegawai Belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. 1.3 STRUKTUR UNIT 1.2 KUASA PENGANJUR Aktiviti-aktiviti di peringkat Chapter biasanya dijalankan oleh unit-unit bahagian Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan,Pasukan Bantuan Sukarelawan dan sekolahsekolah. Struktur unit di sekolah terdiri daripada Kanak-kanak (Link) Belia (Youth)
Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK). Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan. Memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan objektif institusi pendidikan. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. Memastikan pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. Mengurus penyertaan ahli sama ada pada peringkat sekolah, daerah, atau lebih tinggi. Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar jika khidmat pelajar diperlukan di luar institusi. 1.4 PENGURUSAN BUKU LOG https://online.anyflip.com/zpgra/y ott/ 1.5 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PEMIMPIN DALAM BSMM: GURU, PENASIHAT, KETUA KOMANDER , KETUA PASUKAN
1.6 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
1.7 TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI CONTOH
BULAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Januari Mesyuarat Agung Tahunan Perlantikan AJK Tahun 2024 Februari Nyanyian lagu BSMM Bacaan ikrar BSMM Mac Sejarah BSMM Prinsip BSMM April Pengenalan kepada Bendera, Logo dan Pakaian Rasmi BSMM Mei Aktiviti asas pertolongan cemas Jun Peti pertolongan cemas Pertandingan kuiz peti pertolongan cemas Julai Panduan rawatan kecemasan Amali:Rawatan pertolongan cemas Ogos Amal i: Asas kawad kaki September Amali : Cara pemasangan khemah dengan betul Perkhemahan Unit Beruniform Oktober Ikatan anduh dan balutan November Jenis-jenis penyakit Ubat-ubatan 1.7 TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI CONTOH TAKWIM BSMM
1.8 PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT Perlantikan Jawatankuasa sesuatu Persatuan agak berbeza di antara satu sama lain. Pada amnya, terdapat dua cara Perlantikan Jawatankuasa iaitu: 1.Dipilih dalam mesyuarat agung 2.Dilantik dengan kuasa pihak tertentu. DIPILIH DALAM MESYUARAT AGUNG DILANTIK DENGAN KUASA PIHAK TERTENTU Jawatankuasa sesuatu persatuan dipilih dalammesyuarat agung. Semua ahli berhak sepenuhnya mencalon, memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kalangan ahli menjadimenjadi jawatankuasa. Pencalonan, pemilihan dan perlantikan itu dilakukan dalam sesuatu mesyuarat agung. Sesetengah persatuan terutamanya persatuandalam bidang beruniform, ahli jawatankuasa dilantik oleh pemimpin atau pihak yang berkuasa melalui perbincangan atau ujian tertentu. Contohnya, ketua platon bagi kadet polis dilantik daripada pelajar yang mencapai tahapkebolehan tertinggi berbanding pelajar lain.
1.9 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Struktur Organisasi: Tetapkan struktur organisasi yang jelas dan hierarki yang membantu dalam pengambilan keputusan dan pelaksanaan tugas. Tentukan tugas dan tanggungjawab setiap unit atau jabatan dalam badan beruniform. Pengurusan Sumber Manusia: Rekrut anggota dengan kriteria yang sesuai dengan misi dan nilai-nilai BSM. Sediakan latihan dan pembangunan bagi anggota untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Tetapkan prosedur pengurusan prestasi untuk menilai dan memberi ganjaran kepada anggota yang berprestasi. Pembiayaan dan Kewangan: Rancang bajet tahunan yang mencukupi untuk memastikan kelangsungan operasi dan aktiviti badan. Pantau dan laporan kewangan secara berkala untuk memastikan penggunaan dana yang berkesan. Komunikasi dan Koordinasi: Tetapkan saluran komunikasi yang efektif di antara semua peringkat dalam organisasi. Adakan mesyuarat berkala untuk membincangkan isu-isu semasa dan merancang strategi masa depan. Logistik dan Pengurusan Stok: Pastikan persediaan peralatan dan bekalan mencukupi untuk menyokong aktiviti-aktiviti kecemasan atau bantuan kemanusiaan. Rancang sistem pengurusan stok yang efisien untuk mengelakkan kekurangan atau pembaziran. Pengurusan Risiko: Kenal pasti dan nilai risiko yang mungkin dihadapi oleh badan beruniform. Rancang strategi untuk mengurangkan dan mengurus risiko tersebut. Pemantauan dan Penilaian Prestasi: Pantau pelaksanaan program dan projek secara berkala. Lakukan penilaian prestasi badan beruniform untuk menilai keberkesanan dan mencadangkan perbaikan. Kerjasama dengan Pihak Luar: Bangunkan hubungan yang baik dengan pihak kerajaan, masyarakat awam, dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kerjasama dan sokongan Teknologi dan Sistem Maklumat: Gunakan teknologi dan sistem maklumat untuk menyokong pengurusan data, pemantauan aktiviti, dan pelaporan.
SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH
1.SEJARAH 2.PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA 3. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) 4. 5.UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA 6.PEMBANGUNAN KONSENSYEN-KONVENSYEN GENEVA 7.PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN 8.TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA 9.KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE 10.LAMBANG / EMBLEM PENGENALAN INDIKATIF DAN PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA 11. 12.UNDANG-UNDANG ASAS KONVENSYEN SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH
Pengasas Palang Merah atau Bulan Sabit Merah ialah Jean Hendry Dunant. Beliau dilahirkan pada Mei 1828 di Geneva, Switxerland. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Beliau dilahirkan dari keluarga yang kaya dan patuh beragama. Beliau mula aktif dengan pelbagai pergerakan kebajikan dan agama dengan menyatukan orang Kristian dan Yahudi serta menjadi ahli sebuah badan kebajikan Pada tahun 1863 dan 1864, Jawatankuasa Palang Merah telah ditubuhkan oleh Jean Hendry Dunant atas sebab saranannya iaitu persatuan-persatuan yang mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di seluruh negara untuk menolong menjaga anggota-anggota tentera yang cedera di medan perang telah mendapat sokongan ramai. Jawatankuasa Geneva telah bersetuju menubuhkan pasukan perkhidmatan perubatan tentera dengan menggunakan lambang Palang Merah. Turki yang sedang berperang dengan rusia selama enam bulan tiba-tiba mengumumkan lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya. Oleh yang demikian, mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah itu, diikuti oleh banyak negaranegara Arab atau negara-negara yang mempunyai banyak penduduk muslim. 2.1 SEJARAH
2.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH K E M A N U S I A A N K E S A K S A M A A N K E B E R K E C U A L I A A N K E B E B A S A N K H I D M A T S U K A R E L A K E T U N G G A L A N K E S E J A G A T A N Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi Mencegah dan meredakan kesengsaraan Melindungi nyawa dan kesihatan Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum,agama,darjat ataupun fahaman politik Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan Tidak menyebelahi pihak-pihak bermusuhan Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, agama dan ideologi. Tidak bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan Hanya satu pertubuhan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak Aktivitinya meliputi seluruh negara. Gerakan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)/ (ICRC) ICRC ( International Committee of The Red Cross ) Komponen ynag prihatin pada pembangunan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Ditubuh pada 1863 Ditubuh oleh 5 warganegara swiss Organisasi Swiss- bebas dan bersendirian Tugas: Membantu orang yang cedera Diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung PBB pada 16 Oktober 1990 Peranan JAPM: 1.Pemaju Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa 2.Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah. Mengiktirafkan penubuhan persatuan, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan 3. 4.Agensi pengesanan pujsat Menyediakan anggota perubatanh sekiranya berlaku peperangan, perang saudara/ rusuhan 5. 2.3 STRUKTUR DAN ORANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) / (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ( IFRC) IFRC (International Federation of Red Cross) 1919 Dahulu: Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Bebas daripada pengaruh kerajaan Tujuan: memberi semagat, galakan dan promosi kepada semua bentuk aktiviti kemanusiaan bagi mencegah dan meringankan penderitaan manusia. Fungsi IFRC: Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan dan pengkajian di antara persatuan-persatuan kebangsaan 1. Menggalakkan dan mempromosi di setiap negara penubuhan dan pembangunan percatan kebangsaan yang bebas serta diiktiraf 2. 3.Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangas bencana alam 4.Mengatur, menyelaras dan menorah tindakan bantuan antarabangsa Menggalakkan penyertaan persatuan kebangsaan dalam aktiviti menjaga kesihatan umum 5. Membantu JAPM memaju dan emmbangunkan undang-undang kemanusiaan and antarabnagsa 6. Menjadi perwakilan rasmi dalam urusan perakuan yang diterima pakai serta menjadi penjaga kepada kepentingan 7.
Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuanpersatuan kebangsaan menjalankan tugasnya Memberi bantuan kepada manga bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melantik anggota-anggota pertolongan cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam. 2.4 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
Pelantikan: Ditentukan atas bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik dalam kalangan ahli BSMM Tidak mempunyai kuasa eksekutif Badan Tertinggi Mempunyai 25 Senator pada suatu masa Peranan: Meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip-prinsip pergerakan SENAT BSMM CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MAJLIS KEBANGSAAN Badan yang membuat polisi Mesyuarat diadakan 3 kali setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membuat korum Dianggotai oleh: i) Pengerusi Kebangsaan ii) Timbalan Pengerusi Kebangsaan iii) 4 Orang Naib Pengerusi Kebangsaan iv) 8 Orang ahli yang dipilih v) 2 Orang wakil setiap cawangan vi) Kementerian vii) Setiausaha Agung Berkuasa dalam: i) Menamakan calon bagi perlantikan Setiausaha Agong oleh Majlis Kebangsaan ii) Memberi pertimbangan dan meluluskan/sebaliknya perlantikan ahli-ahli jawatankuasa cawangan yang dipilih iii) Mendisiplinkan dengan pertimbangan yang saksama menentukan pemerhatian, pembuangan/memansuhkan keahlian PENGERUSI KEBANGSAAN
Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) Kuala Lumpur BSMM Tedapat 15 cawangan di Malaysia CAWANGAN NEGERI CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI Setiap cawangan terdiri daripada beberapa cawangan: i) Daerah ii) Daerah Kecil: Merupakan suatu institusi Kini telah dinaik taraf kepada Cabang CAWANGAN NEGERI Menjalankan aktiviti di peringkat cabang Terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan politik Komposisi keahlian: i) Kanak-kanak ii) Ahli-ahli belia iii) Pasukan Bantuan Sukarela iv) Ahli Seumur Hidup v) Ahli Kehormat Seumur Hidup 80% Pasukan Bantuan Sukarela
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) ialah satu set peraturan yang bertujuan untuk mengehadkan kesan konflik bersenjata ke atas manusia dan objek-objek awam. UUKA juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata. UUKA melindungi manusia dalam kategorikategori tertentu dan mengehadkan kaedah dan cara berperang. UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA 2.5 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA Dilarang menyerang orang yang tidak terlibat atau sudah tidak lagi terlibat dalam konflik bersenjata. Dilarang menggunakan senjata-senjata yang tidak boleh membezakan antara orang awam dan kombatan atau senjata yang mengakibatkan penderitaan dan kerosakan yang tidak munasabah MESEJ-MESEJ UTAMA UUKA UUKA adalah salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang. Ianya bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, dengan berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada hadnya. SEBAB UUKA PENTING
UUKA melibatkan dua keadaan: konflik bersenjata antarabangsa (seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara) konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara (seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak) UUKA digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya. BILAKAH UUKA DIGUNAPAKAI? orang yang tidak terlibat atau yang sudah tidak lagi terlibat dalam pertempuran seperti orang awam, golongan yang tercedera, mereka yang sakit, tawanan perang, tahanantahanan lain, mangsa kapal karam dan anggota-anggota tentera perkhidmatan perubatan dan keagamaan. UUKA melindungi objek-objek awam seperti hospital, ambulans dan harta kebudayaan yang penting, termasuk rumah ibadat, karya seni dan monumen bersejarah. UUKA MELINDUNGI UUKA menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar dan tidak membezakan antara penempur dan orang awam. membezakan antara penempur dan orang awam, serta tidak menyerang orang awam. membantu mereka yang cedera dan sakit, serta melindungi anggota perubatan. memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka. CARA UUKA MELINDUNGI
2.6 PEMBANGUNANPEMBANGUNAN KONVENSYEN GENEVA PROTOKOL ISI KANDUNGAN PROTOKOL TAMBAHAN (1977) Melarang serangan membuta tuli yang dilakukan kepada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup. Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancaran nuclear, objek- objek bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang. Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan awam serta had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan. Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera. Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan penderitaan yang melampau serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang. Penggunaan salah satu emblem (lambang) yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah parang. Persidangan Diplomatik Eropah menerima pakai Konvensyen Geneva pertama, telah menubuhkan Persatuan Bantuan kepada tentera cedera dan mencipta idea yang menandakan kelahiran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang moden. 1906 Konvensyen Geneva yang pertama telah dipinda untuk melanjutkan cedera dan sakit dalam Angkatan Tentera dalam perlindungan perang. 1949 adalah sejarah pergerakan Palang Merah merupakan tahun yang penting bagi pembangunan undang-undang kemanusiaan antarabangsa mencapai kejayaan cemerlang. Pengajaran dari Perang Dunia II untuk membuat pindaan kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa sebagai kerja utama selepas 1945. Geneva Konvensyen Pertama untuk melindungi Battlefield cedera dan sakit dalam Angkatan Tentera, merupakan semakan dan pembangunan 1929 Konvensyen Geneva.
PROTOKOL ISI KANDUNGAN Protokol tambahan I (1977) Melarang serangan membuta tuli yang dilakukan kepada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup. Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancaran nuclear, objek- objek bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang. Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan awam serta had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan. Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera. Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan penderitaan yang melampau serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang. Penggunaan salah satu emblem (lambang) yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah parang. Protokol tambahan II (1977) Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva. Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam permusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol II melarang keganasan atas kehidupan, kesihatan, fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mesti dipindahkan ketempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli keluarganya. Serangan tidak boleh dibuat ke atas penduduk awam dan objek-objek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman system pembuangan atau sumber minuman air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang. Ia menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera, sakit dan yang terkaram serta pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli agama. 2.7 PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN
2.8 TANGGUNGJAWAB NEGARA NEGARA TANGGUNGJAWAB PERSATUAN BSMM Mempertimbangkan dan meluluskan dalam kes-kes yang sesuai bagi pencalonan untuk penganugerahan pangkat kecemerlangan pingat dan lencana persatuan. Mengambil langkah-langkah untuk mencegah penggunaan yang tidak sah dan pencabulan terhadap lambang Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan penggunaan nama persatuan, uniform, medal dan lencana yang tidak diberi kebenaran. Menggalakkan dan mempromosikan ahli belia dengan sasarannya iaitu untuk membangunkan rasa tanggungjawab sosial dan menguatkan ikatan persahabatan antarabangsa yang wujud dalam kalangan ahli belia Palang merah/Bulan Sabit Merah di seluruh dunia Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan. Menggalakkan penubuhan Cawangan Cabang serta Unit dan melaksanakan kawalan umum terhadap kerja mereka. Mengalakkan dan mengekalkan kepentingan awam dalam kerja-kerja persatuan dan melaksanakan kutipan derma dan dana. Mengekalkan organisasi yang tetap dan aktif untuk melegakan kesakitan, penderitaan, tekanan terutamanya mangsa konflik bersenjata, bencana atau kecemasan lain tanpa mengira warganegara, bangsa, jantina, kelas dan pendapat politik organisasi.
Undang-undang dan tatacara peperangan di darat (konvensyen II) 2.9 KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE Penerimaan prinsip-prinsip konvensyen Geneva 1864 kepada peperangan di laut (konvensyen III) Undang-undang dan tatacara peperangan di darat (konvensyen Iv) Penerimaan prinsip-prinsip konvensyen Geneva 1906 kepada peperangan di laut (konvensyen X) 2.10 LAMBANG / EMBLEM Idea awal untuk menggunakan tanda pengenalan (lambang/emblem) atau warna untuk menandakan ambulans atau hospital bukannya direka oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Tanda-tanda yang berbagai saiz, rupabentuk dan warna telah digunakan oleh pelbagai negara beberapa tahun sebelum penubuhan ICRC Disebabkan kepelbagaiannya, tanda-tanda pengenalan tersebut sukar dikenali di luar negara-negara berkenaan atau oleh selain daripada tentera yang menghormati kenderaan-kenderaan dan bangunan-bangunan yang ditandakan dengan lambanglambang yang di gunakan melainkan dengan perjanjian-perjanjian tertentu telah dibuat oleh pihak-pihak yang bersengketa Apabila terlalu banyak lambang yang digunakan maka kebanyakannya kehilangan nilai dan kuasa perlindungannya
17 Februari 1863: Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang- orang Cedera semasa Perang sewaktu mesyuarat pertamanya mengemukakan cadangan supaya satu lambang digunakan oleh sukarelawan, ambulans dan hospital yang mana dihormati oleh semua pihak terlibat dalam konflik. 26-29 Oktober 1863: Cadangan penggunaan lambang Palang Merah dikemukakan semasa Persidangan Antarabangsa Geneva 1863. Lambang ini secara khususnya ialah lambang palang berwarna merah yang diletakkan di atas permukaan berwarna putih. Lambang ini merupakan bendera Switzerland yang diterbaikkan warnanya yang merupakan penghormatan kepada negara tersebut. 22 Ogos 1864: Diiktiraf sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang melalui Persidangan Diplomatik 1864 dan dimasukkan dalam peraturan peperangan Lambang ini dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans dan pasukan penyelamat. Ia juga dipakai pada lengan menandakan si pemakainya berada di pihak neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang memakai lambang ini tidak boleh diserang malah sepatutnya diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana pihak pun 13 April 1877-13 Januari 1878: Perang Russia - Turki (The Russo-Turkish War) meletus. Walaupun telah menandatangi Konvensyen Geneva I, Turki mengisytiharkan akan menggunakan lambang Bulan Sabit Merah tetapi pada masa sama masih menghormati penggunaan lambang Palang Merah oleh pihak lawan. ICRC memberikan persetujuan sementara kepada Turki untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sewaktu konflik ini SEJARAH PEMBENTUKAN LAMBANG
1929: Persidangan Diplomatik telah diadakan bagi menyemak Konvensyenkonvensyen Geneva. Persidangan bersetuju dengan cadang Turki. Mesir dan Parsi untuk memberi pengiktirafan kepada lambang Bulan Sabit Merah dan lambang Singa dan Matahari Merah. Lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Singa dan Matahari Merah adalah setaraf di dalam Konvensyen Geneva 1949: Tiga cadangan dikemukakan sewaktu Persidangan Diplomatik yang akhirnya ditolak: → Cadangan oleh Belanda supaya menggunakan satu lambang baru → Cadangan supaya kembali menggunakan hanya lambang Palang Merah 1999: Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merahmengemukakan cadangan penubuhan Kumpulan Kerja Bersama Negara dan Persatuan Kebangsaan bagi membentuk lambang yang boleh diterima oleh semua pihak. 2000: Kumpulan Kerja mengemukakan penyelesaian iaitu lambang tambahan. Rekabentuk lambang tambahan ini membolehkan: → Memasukkan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sebelah menyebelah → Memasukkan lain-lain lambang yang diiktiraf oleh Negara tersebut berdasarkan penerimaan Konvensyen Geneva dan ICRC 2005: Protokol Tambahan III diterima sewaktu Persidangan Diplomatik yang diadakan di Geneva. Maka lambang Kristal Merah diiktiraf setaraf dengan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. SEJARAH PEMBENTUKAN LAMBANG
LAMBANG pn
LAMBANG Pada tahun 1864, Emblem Palang Merah telah diiktiraf sebagai Emblem Palang Merah Kebangsaan dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau Committee of Red Cross (ICRC) Lambang ini merupakan lambang terbalik daripada bendera Switzerland dan dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negera tersebut Pada November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia selama enam bulan mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva iaitu lambang palang merah menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya. Oleh hal yang demikian, mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah itu diikuti oleh negaranegara-negara Arab dan negara yang mempunyai ramai penduuduk Muslim. Kedua-dua lambang ini telah dilindungi oleh konvensyen Geneva sejak tahun 1929.
kegunaan tanda penyampai sebagai sesuatu maksud di segi undang-undang bukanlah sesuatu yang biasa kegunaaan lambang palang merah/ bulan sabit merah: LAMBANG YANG DITOLAK pn PERLINDUNGAN DENGAN MENGGUNAKAN LAMBANG kegunaan yang asal adalah untuk perlindungan yang lebih terpakai semasa peperangan atau konflik 1. kegunaan yang lebih baru adalah untuk pengenalan yang lebih terpakai semasa aman 2.
TANDA PERLINDUNGAN TANDA PENGENALAN SEWAKTU KONFLIK perkhidmatan perubatan dan kakitangan agama angkatan tentera kakitangan perubatan, unit perubatan dan pengangkutan Persatuan Kebangsaan dengan kebenaran kerajaan, hospital awam, unit perubatan awam dan lain-lain badan khidmat sukarela, kemudahan perubatan, kakitangan dan pengangkutan perubatan awam persatuan Kebangsaan IFRC ICRC SEWAKTU AMAN perkhidmatan perubatan dan kakitangan agama angkatan tentera kemudahan perubatan dan pengangkutan persatuan kebangsaan badan, individu dan objek yang berkaitan dengan Persatuan Kebangsaan, ICRC dan IFRC ambulans dan pusat rawatan kecemasan percuma yang mendapat kelulusan Persatuan Kebangsaan 2.11 PENGENALAN INDIKATIF DAN PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA
JENIS TANDA PERLINDUNGAN PERLINDUNGAN MANGSA PERANG Memperluas perlindungan kepada kombatan-kombatan yang karam. Memperluas perlindungan kepada orang awam dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan. Melindungi anggota angkatan tentera yang telah ditawan serta memperuntukkan peraturan tentang layanan terhadap hak dan kewajipan kuasa yang menahan. Melindungi kombatan yang tercedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, tempat mereka berlindung dan peralatan yang digunakan untuk manfaat mereka. Mengandungi jaminan asas untuk orang yang tidak terlibat dalam pertempuran ketika konflik bersenjata bukan antarabangsa, dan menyatakan peraturan-peraturan tentang perlindungan orang awam. Memperuntukkan lambang baharu iaitu kristal merah untuk digunakan di samping Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sebagai lambang perlindungan. MENYEKAT ATAU MELARANG PENGGUNAAN SENJATA TERTENTU Melarang senjata kimia. Melarang periuk api pembinasa anggota (periuk api darat). Melarang penggunaan munisi kluster yang tidak stabil dan tidak tepat. Melarang penggunaan senjata-senjata laser yang direka khusus yang menyebabkan buta kekal. Melarang penggunaan senjata yang mencederakan melalui serpihan yang tidak dapat dikesan oleh sinar-X. Melarang penggunaan senjata-senjata pembakar terhadap orang dan objek awam dan mengehadkan penggunaannya terhadap sasaran ketenteraan. Melarang penggunaan periuk api, jerangkap samar dan alat-alat lain terhadap populasi awam dan mengehadkan penggunaannya terhdap ketenteraan. Melarang negara-negara pihak daripada membangunkan, mengeluarkan, mengumpul stok atau sebaliknya, memperoleh atau menyimpan dalam apa jua cara. 2.12 UNDANG-UNDANG KONVENSYEN
JENIS TANDA PERLINDUNGAN PERLINDUNGAN OBJEK-OBJEK TERTENTU Melindungi monumen-monumen seni bina, kesenian atau bersejarah dan harta kebudayaan yang lain. Memperksasa perlindungan harta kebudayaan, penguatkuasaan terhdap pelanggaran dan memperluas aplikasinya kepada konflik dalam negeri. Memperuntukkan langkah-langkah pencegahan eksport harta kebudayaan dari wilayah yang diduduki dan untuk memastikan penjagaan dan pemulangan harta tersebut. Melarang pengunaan bagi tujuan ketenteraan atau kegunaan untuk pertempuran yang lain iaitu sebagai senjata peperangan, teknik-teknik pengubahsuaian alam sekitar atau geofizikal yang emmpunyai kesan meluas, berterusan atau teruk. MEKANISME PENGUATKUASAAN TRITI ANTARABANGSA Menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa yang tetap dengan bidang kuasa ke atas genosid, jenayah-jenayah, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah kekerasan. Jenayah kekerasan ini telah ditakrifkan dalam suatu mesyuarat yang diadakan antara Negaara Pihak di Kampala pada 2010 namun bidang kuasa Mahmakah ke atas jenayah ini hanya berkuatkuasa mulai tahun 2017 2.12 UNDANG-UNDANG KONVENSYEN
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
1.PROGRAM UNIT BERUNIFORM BSMM DI SEKOLAH RENDAH ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
Diperkenalkan kepada murid tahun 4, 5 dan 6 PROGRAM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH MERANCANG PROGRAM
PENDIDIKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH (10 JAM) Sesi 1 - Pengenalan ringkas Bulan Sabit Merah. Lambang BSMM. Lagu BSMM. Ikrar (umum untuk semua acara). Cogan kata/Motto (Berkhidmat/ To Serve). Pakaian BSMM. Sesi 2 - Sejarah ringkas asal usul BSMM. Pengasas BSMM, Jean Henry Dunant. Peperangan di Solferino. Kelahiran Palang Merah. Kelahiran/ Sejarah BSMM. Sesi 3 - Menghayati 7 prinsip BSMM Kemanusiaan. Kesaksamaan. Kebercualian. Kebebasan. Khidmat sukarela. Ketunggalan. Kesejagatan. Sesi 4 - Aktiviti-aktiviti kegemaran, perhubungan, perpaduan dan nilai-nilai murni kemanusiaan untuk keamanan dunia Membuat kad ucapan (wajib) dan pilih salah satu aktiviti lain. Contoh aktiviti lain: Membuat album/ kumpul setem. Membuat buku skrap. Mengumpul CD lagulagu/ nyanyian. Gambar lukisan dan poster. Kegemaran- kegemaran lain yang sesuai.
pn AKTIVITI 1 : PENDAFTARAN AHLI-AHLI BAHARU Guru penasihat perkenalkan diri. Sekiranya ahli terlalu ramai, pembahagian kumpulan dilaksanakan mengikut kelas. Setiap kumpulan mempunyai beberapa orang guru penasihat bersama. Pemilihan Ahli Jawatankuasa dilaksanakan. Penerangan tentanng peraturan-peraturan ketika berpersatuan keadapa ahli persatuan. Sejarah BSMM turut diperkenalkan kepada ahli persatuan. AKTIVITI 2 : NYANYIAN LAGU DAN IKRAR BSMM Setiap ahli persatuan diberikan salinan seni kata lagu rasmi BSMM dan ikrar BSMM. Ahli dikehendaki menyalin atau melekatkan salinan tersebut di dalam buku log. Pertandingan nyanyian lagu BSMM antara kumpulan diadakan bagi menarik minat ahli-ahli persatuan. LAGU DAN IKRAR BSMM
pn AKTIVITI 3: KEBERSIHAN DIRI Penerangan tentang kebersihan diri diberikan kepada ahli persatuan. Ahli persatuan menyalin nota tentang kebersihan diri contohnya, membasuh tangan menggunakan sabun, memberus gigi, kebersihan kuku, mandi, pembuangan sampah dengan cara yang betul dan pemakanan yang sihat. Ahli persatuan perlu mempraktikkan dan menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain. AKTIVITI 4: PERTOLONGAN CEMAS Ahli diberikan pendedahan tentang pertolongan cemas. Jenis pertolongan cemas yang diterangkan seperti tindakan-tindakan yang perlu diambil ketika berhadapan luka ringan, cirit-birit, muntah, demam, kecederaan pada mata, otot, tulang dan sendi. Contonya, balutan kepala, balutan lutut, balutan tapak tangan, balutan tapak kaki dan lain-lain
pn AKTIVITI 5: KAWAD KAKI Ahli-ahli mempelajari mengenai teori dan praktikal kawad kaki. Ia diajar oleh guru-guru BSMM itu sendiri. Tujuan Membentuk seorang individu supaya bermegah dengan tatatertib yang cergas. 1. 2. Pemupukan semangat bekerjasama dalam satu kumpulan. AKTIVITI 6: PENGGUNAAN KAIN ANDUH Ahli-ahli diberi tunjuk ajar mengenai teori dan praktikal menggunakan kain anduh. Setiap ahli BSMM perlu menguasai praktikal dalam menggunakan kain anduh bagi membantu mangsa yang patah tangan, menutup tempat yang luka, sebagai karung tuaman sejuk. J E N I S BAL U TA N A N D U H Anduh lengan Anduh lutut Anduh kepala Anduh pergelangan tangan / tapak kaki AKTIVITI 7: KUIZ KESIHATAN Pelaksanaan kuiz hanya melibatkan ahli-ahli BSMM sahaja. Kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam perkembangan murid-murid di sekolah.
SSEEBBEELLUUMM Perbincangan mengenai perjalanan ke SK Sungai Pasir Kechil Persediaan di stesen Persediaan di stesen Persediaan di stesen Persediaan di stesen
SSEEBBEELLUUMM Persediaan di stesen Pembahagiaan Kumpulan Pembahagiaan Kumpulan Pembahagiaan Kumpulan
SSEEMMAASSAA Murid bergerak ke stesen yang telah ditetapkan
SSEELLEEPPAASS MMAAJJLLIISS PPEENNUUTTUUPP
RANCANGAN LATIHAN KOKURIKULUM