The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafiq Ayla, 2022-05-08 08:55:40

PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

NURUL AFIQAH BINTI ALIAS ALS 2

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
Hutan adalah kumpulan pepohonan yang tumbuh rapat beserta tumbuh-tumbuhan memanjat
dengan bunga yang beraneka warna yang berperanan sangat penting bagi kehidupan di bumi
ini (Arief,2001). Menurut Fitriana (2008) pula hutan adalah sebuah kawasan yang di dalamnya
ditemukan pelbagai tumbuhan dan haiwan. Oleh itu, terdapat banyak cara untuk kita menjaga
hutan agar hutan terjaga dan tidak dirosakkan oleh orang yang tamak. Kerana perkara inilah,
banyak produk dan inisiatif yang telah dilakukan bagi menangani isu alam sekitar yang berlaku
di perhutanan. Tidak kiralah ianya hutan simpan ataupun tidak.
Produk yang ditemui oleh para pengkaji ialah Smart Sensor iaitu sensor yang dapat mengukur
suhu dan kelembapan udara yang berada di sekitarnya. Perkara ini sebenarnya berfungsi untuk
memberikan maklumat berkaitan kebakaran yang berlaku berhampiran dengan sensor itu
berada. Dengan adanya alat ini, kebakaran hutan dapat diatasi dengan cepat, malah kebakaran
hutan juga dapat dielakkan sekiranya pihak-pihak yang bertanggungjawab menyedari suhu
yang berada di sekitar sensor itu semakin meningkat. Terdapat banyak sensor yang dicipta
antaranya ialah sensor api, Sensor DHT11 yang mengukur suhu dan kelembaban serta Sensor
MQ2 yang mengukur kepekatan asap.

SENSOR API
Sensor api merupakan sensor yang mempunyai fungsi untuk mengenalpasti wujudnya nyala api
yang dimana api tersebut memiliki panjang gelombang antara 760nm –1100nm. Selain itu
sensor ini juga digunakan untuk mengenalpasti api dalam ruangan mahupun diluar ruangan.

Suhu normal pembacaan normal sensor ini ialah pada 25°C –85°C dengan besar sudut
pembacaan pada 60°.
Pengujian Flame Sensor dilakukan dengan cara menimbulkan panas api pada hujung
photoresistor dari sensor. Apabila sensor merasakan adanya api, maka digital output akan
mengirimkan signal high ke pengendali dan sebaliknya, digital output akan mengirimkan signal
low ke pengendali Ketika sensor tidak merasakan adanya api. Pengukuran dilakukan sebanyak
25 kali.

SENSOR MQ2
Sensor MQ2 ini mengesan kepekatan asap dan berguna untuk mengenalpasti kebocoran gas
ataupun asap yang berada di dalam ruangan pada rumah mahupun industri. Sensor ini sangat
sesuai untuk mengenalpasti H2, LPG, CH4, CO, Alkohol, Asap atau Propane karena
sensitivitinya yang tinggi dan waktu respon yang cepat membuatkan pengukuran dapat
dilakukan dengan cepat. Pengujian sensor MQ2 dilakukan dengan cara melakukan pengukuran
sebanyak 25 kali dengan membuat asap buatan.

SENSOR DHT11
Sensor ini merupakan sensor digital yang dapat mengukur suhu dan kelembaban udara di
sekitarnya. Sensor ini memiliki stabiliti yang sangat baik serta fitur kalibrasi yang sangat tepat.
Sensor DHT11 ini termasuk sensor yang memiliki kualiti yang terbaik, dinilai dari respon,

pembacaan data yang cepat, dan kemampuan anti-interference. Ukurannya yang kecil, dan
dengan penghantaran signal sehingga 20 meter, membuat produk ini sesuai digunakan untuk
banyak aplikasi-aplikasi pengukuran suhu dan kelembapan udara sekeliling sensor tersebut.
Pengujian sensor DHT11 dilakukan dengan cara melakukan pengukuran sebanyak 25 kali
dengan membuat sensor merasakan suhu dan kelembaban udara luar (outdoor) kerana sensor
ini adalah sensor yang memiliki sensitiviti yang tinggi pada pengukuran udara luar.

Kepentingan sensor ini ialah dapat mengelakkan berlakunya kebakaran hutan yang
menyebabkan pemanasan global kerana berkurangnya tumbuhan hijau di sesuatu tempat.
Tambahan pula, penipisan ozon yang berlaku sekarang menyebabkan sinaran uv yang semakin
menjadi-jadi. Kerana perkara inilah, pihak yang berwajib sepatutnya meletakkan sensor yang
dicipta untuk menjaga hutan di negara kita. Sensor ini juga sebenarnya telah memudahkan
pihak berkuasa untuk mengakses informasi berkaitan kebakaran hutan yang berlaku di
sekeliling Kawasan mereka bertugas. Ditambah lagi dengan sikap pihak yang tidak
bertanggungjawab yang sesuka hati melakukan pembakaran di Kawasan hutan maka pihak
berwajib dapat menangani masalah ini dengan mudah dan cepat.

Sensor yang sebegini sepatutnya telah lama digunakan bagi menjaga alam sekitar yang kian
merosak kerana sikap tamak tangan-tangan yang tidak bertanggungajawab. Melalui sensor ini
juga, orang ramai dapat membantu mengurangkan suhu di sekitar sensor bagi memastikan
Kawasan hutan yang dijaga itu selamat daripada tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
Malahan pula, sensor ini dapat mempercepatkan penyelamatan hutan sekiranya pihak berwajib
mendapat makluman berkaitan dengan kebakaran hutan ini. Smart sensor yang dicipta juga
dapat membantu menyejukkan suhu persekitaran iaitu dengan cara orang ramai membantu
menanam pepohon berhampiran dengan sensor tersebut. Bilangan sensor juga sepatutnya
diperbanyakkan bukan sahaja diletakkan di hutan simpan malah hutan-hutan yang ada di
Malaysia ini juga sepatutnya diletakkan sensor.

Pihak yang berwajib juga boleh meletakkan sensor dalam hutan yang banyak pokok balak
kerana penebangan balak yang berlebihan daripada had asalnya juga dapat membuatkan
peningkatan suhu di sekelilingnya. Peningkatan suhu yang disebabkan balak sebenarnya

merupakan isu yang sepatutnya diambil peduli dan perlu ditangani dengan segera. Penerokaan
hutan yang belum diteroka juga sebenarnya perlu dikurangkan kerana hutan di Malaysia
semakin berkurangan dan menyebabkan habitat-habitat yang wujud di dalam hutan tersebut
semakin pupus. Masalah sensor yang mahal sepatutnya dapat diatasi dengan cara pengutipan
dana daripada orang awam ataupun pihak-pihak yang ingin menyelamatkan hutan. Dengan
cara ini, pengutipan dana menjadi lebih cepat daripada menunggu dana hasil pinjaman
daripada agensi-agensi yang berkaitan.
Selain daripada sensor, terdapat juga satelit pemantau yang dapat memantau keadaan hutan.
Satelit ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk mamantau keadaan hutan dengan lebih
cepat. Melalui satelit pemantau, pihak yang menguruskan hutan tersebut akan mendapat
maklumat bergambar dan memudahkan urusan mereka untuk mengenalpasti pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab melakukan pemusnahan atau kebakaran hutan. Satelit ini juga dapat
mengesan suhu permukaan bumi, atmosfera dan awan bagi melihat ketinggian dan ketebalan
awan. Dengan adanya satelit ini, keadaan di sesetengah hutan tebal dapat dikenalpasti. Kerana
persekitaran atmosfera seperti Malaysia , radar merupakan perkara yang sangat berguna bagi
merakam imej yang sering terlindung kerana awan tebal. Dengan adanya satelit imej hutan
dapat dirakam dengan jelas dan jika ada kejanggalan di hutan tersebut, maka pihak yang
sepatutnya menguruskan dapat segera bergegas ke hutan tersebut untuk mengatasi masalah
berikut.

Berikut merupakan contoh gambar satelit pemantau.
Satelit dapat merekod maklumat berkaitan dengan permukaan bumi dan atmosfera secara
berterusan, dan menghantar sejumlah besar data (gigabait setiap hari) kepada pusat
pengumpulan dan penyimpanan data. Imej-imej dari satelit ini sangat berguna untuk dijadikan
sebagai sebagai rujukan dan gambar untuk membantu mengatasi masalah yang berlaku di

hutan yang terlalu dalam. Dengan adanya satelit, pihak berwajib tidak perlu turun ke hutan
untuk mengetahui situasi hutan pada setiap hari.

China juga telah menggunakan satelit sebagai alat pemantau alam sekitar.

Penemuan yang lain adalah penciptaan tiny forest. Tiny forest dapat dibuat di rumah atau di
tanah-tanah yang kosong. Tiny forest ini membantu untuk menambahkan hutan yang dibuat
sendiri meskipun jelas ketara dengan hutan yang sebenarnya. Namun dengan penciptaan tiny
forest, isu alam sekitar perlahan-lahan dapat diatasi. Tumbuhan yang ditanam dalam tiny forest
itu dalam membantu alam sekitar malah perkara ini juga sebenarnya dapat memberikan hasil
dalam kehidupan seharian kita. Chloe Khor merupakan seorang pengasas tiny forest atau lebih
dikenali sebagai Little Urban Forest telah menjadikan perkara ini sebagai sumber
pendapatannya. Daripada pemikiran untuk membantu kanak-kanak mengenal hutan, beliau
telah menyediakan tadika yang berkonsepkan hutan yang secara tidak langsung dapat
membantu proses pembaikan alam sekitar.
Pembinaan tiny forest ini sebenarnya dapat membantu ramai orang untuk mengetahui
kepentingan menjaga hutan ini. Mereka yang berada berhampiran dengan hutan kebiasaannya
mengetahui betapa seronoknya meneroka alam sekitar namun berbeza dengan mereka yang
berada di bandar yang begitu sukar untuk mencari masa untuk diluangkan dengan alam sekitar.
Penghasilan tiny forest ini dapat membantu mereka yang berada di bandar untuk mengetahui
betapa seronoknya berada dekat dengan alam sekitar. Pembinaan tiny forest juga dapat

dijadikan hasil pendapatan sesetengah orang di samping mereka menjaga alam sekitar mereka
juga mendapat manfaat daripada perkara tersebut. Dengan terciptanya tiny forest maka
penjagaan hutan akan semakin diketahui oleh ramai orang bahkan orang ramai pasti akan
berasa seronok untuk bersama-sama menjaga hutan yang mereka cipta sendiri.
Tiny forest dapat dibina bersama-sama di sesebuah daerah. Ahli yang terlibat dapat
menghulurkan sedikit demi sedikit tanaman yang mereka rasakan sesuai. Bukan itu sahaja,
mereka juga digalakkan untuk menanam tanaman bunga-bungaan supaya hutan yang dibuat itu
menjadi lebih menarik. Tiny forest juga akan menjadi semakin terkenal dan semestinya orang
ramai akan menyedari tentang bertapa pentingnya menjaga hutan. Secara tidak langsung,
mereka dapat menjaga kelestarian hutan yang sedia ada dan hutan yang dibina sendiri.
Pembahagian hasil hutan juga dapat dilakukan sekiranya mereka bekerjasama dalam
menyiapkan tiny forest ini bersama-sama.
Tiny forest ini dapat membantu dalam melestarikan hutan dengan cara memberikan kesedaran
terhadap individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Mereka akan mendapat
kesedaran dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah kerosakan hutan. Selain
itu, tiny forest juga dapat dibina di atas atap rumah.

Contoh penanaman di atas atap rumah. Penanaman ini dapat mengurangkan pengambilan
daripada hasil hutan. Masih berkonsepkan tiny forest, orang ramai dapat menjadikan atas atap
rumah mereka sebagai hutan mini. Mereka yang membina hutan mini ini sepatutnya berbangga
akan kejayaan yang telah dilakukan mereka. Dengan hutan mini ini, orang ramai dapat
menghabiskan masa mereka dengan alam sekitar dan secara tidak langsung pemanasan global
yang berlaku disebabkan kebakaran hutan dan sebagainya dapat diatasi. Tiny forest di atas
atap rumah juga sebenarnya salah satu inisiatif supaya orang ramai lebih menghargai hutan.
Hutan yang dicipta biasanya akan lebih dihargai.

Penanaman di atas atap rumah dapat dilakukan oleh mereka yang berada di bandar jika tidak
mempunyai ruang yang cukup untuk membina tiny forest. Penanaman ini boleh diletakkan
tumbuhan yang menghijau serta tumbuhan yang senang dijaga. Sudah menjadi kebiasaan
mereka yang berada di bandar itu sibuk dengan kerja, jadi mereka yang menginginkan
kenikmatan dalam membina tiny forest ini dapat diletakkan tumbuhan yang mudah dijaga.
Seperti tumbuhan di hutan, tidak perlu dijaga dengan bersungguh sungguh pun pasti akan
tumbuh hidup dengan segar dan begitulah juga hutan mini yang dibuat oleh mereka yang
mengidamkan hutan mini tersebut. Selain daripada alat untuk memberikan kesedaran kepada
pembuat, secara tidak langsung hutan mini ini juga dapat memberikan keindahan kepada
sesebuah rumah tersebut. Hutan mini yang dibuat ini dapat membantu menyejukkan ahli rumah
tersebut sepertimana konsep hutan yang sebenarnya. Hutan yang sedia ada juga semakin
berkurang jadi dengan membuat mini hutan di rumah, orang ramai dapat merasai lagi keadaan
berada berdekatan dengan hutan.

Hutan juga sering dikaitkan dengan masalah pembalakan haram yang semakin berleluasa.
Kerana perkara ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melancarkan Perak
Biodiversity Tool iaitu teknologi mudahguna dalam pengurusan hutan yang pertama di dunia.
Perak Tool ini diyakini dapat membantu pengurusan penjadualan perhutanan bagi aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan hutan serta dipercayai dapat mengesan pembalakan hutan
pada biodiversiti melalui kaedah standard. Dengan adanya aplikasi ini, pembalakan haram yang
semakin berleluasa dapat dikurangkan.

Era zaman juga semakin berubah dan kerana perkara inilah Persatuan Pencinta Alam Malaysia
(MNS) telah mencipta satu produk atau aplikasi untuk membantu mengatasi masalah berkaitan
hutan dan lebih menghargai hutan. orang ramai boleh meningkatkan lagi pengetahuan
mengenai pemeliharaan hutan dan alam persekitaran atau melaporkan sebarang masalah alam
sekitar kepada organisasi berkenaan. Dengan cara yang serba moden ini, orang ramai dapat
mengetahui cara untuk memelihara hutan dengan hanya mengetik di aplikasi tersebut. Melalui
aplikasi ini, hutan akan dapat dijaga secara atas talian dan tidak perlu dijaga secara fizikal.
Maksud penjagaan atas talian ialah mereka tidak merosakkan hutan yang berhampiran mereka.

Teknologi AI untuk mengenalpasti penebangan liar. Teknologi ini salah satu teknologi yang
digunakan untuk membantu upaya pencegahan kerosakan hutan adalah teknologi kecerdasan
buatan atau artificial intelligence (AI). Teknologi ini digunakan untuk menangkap suara-suara
yang berkaitan dengan kegiatan merosakkan hutan, misalnya penebangan pohon secara liar
(illegal logging) dan perburuan ilegal. Alat yang digunakan ini dipanggil The Guardian. Alat ini

dipasang di puncak hutan atau dedaunan pohon-pohon dengan ketinggian yang mampu
mencapai 30 meter. Data suara yang tertangkap ini lalu dikirimkan melalui streaming ke server
cloud untuk dianalisis menggunakan model AI untuk mengenalpasti suara, khususnya suara
alat tebang pohon, kenderaan, suara manusia, dan bahkan bunyi tembakan yang dilepaskan
juga dapat didengar. Jika terdengar dan dapat ditangkap bunyi yang merosakkan hutan oleh
alat ini maka pihak yang menjaga keadaan alat itu akan terus menelefon jabatan perhutanan
negeri untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

Kesimpulannya, orang ramai digalakkan untuk bersama-sama mencari idea dan membuat
inovasi untuk menjaga dan memelihara kelestarian hutan di negara kita. Pihak yang tidak
bertanggungjawab juga sepatutnya lebih memikirkan kepentingan orang serta hidupan
sekeliling berbanding tamak dan pentingkan diri sendiri. . Stavins, Wagner & Wagner (2003)
dan Elliott (2006) berpendapat kelestarian ialah idea berkenaan keadilan dan ekuiti. Kelestarian
juga adalah mengenai melestarikan alam, dan perkhidmatan yang berfungsi untuk manusia,
sehingga generasi akan datang. Sebagai manusia yang memikirkan generasi akan datang, kita
perlulah sentiasa mengingati segala hal yang baik yang perlu ditinggalkan kepada generasi
yang akan datang.

RUJUKAN

Arief, A. (2001). Hutan dan Kehutanan. Kanisius.

Alexander, F. W. & Robert, N. S. & Wagner, G. (2003). Interpreting Sustainability in Economic
Terms: Dynamic Efficiency Plus Intergenerational Equity. SSRN Electronic Journal, 79(3), 339-
343. https://doi.org/10.1016/S0165-1765(03)00036-3.

Chamhuri Siwar & Nasyrah Ahmad Damanhuri & Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz. (2011).
Rancangan Pembangunan Malaysia: Isu Tukar-Ganti (Trade-Off) Antara Pertumbuhan Dengan
Kelestarian. IJMS 18 (Special Issue), 7–33.
Fitriana. (2008). Mengenal Hutan. Putra Setia.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. (2012, Mar 27). Perak Biodiversity Tool dilancar.
https://www.frim.gov.my/v1/cms/fin/file/MY_899_20120328_N_UM_DLM_pg24_1a6e8_Perak%
20Biodiversity%20T.pdf

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. (2012, Mac 27). Perak Tool, Bantu Pelihara Hutan.
https://www.ketsa.gov.my/ms-my/pustakamedia/Lists/Papar-Berita.aspx?
ID=%20%20%20%2047

Syed Ismail Syed Abu Bakar. (2017, Disember 29). Bertani atas bumbung. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/agro/2017/12/297842/bertani-atas-bumbung.


Click to View FlipBook Version