Latar Belakang Perang Dunia Pertama (Daripada
Wikipedia, ensiklopedia bebas)
Perang Dunia Pertama ialah sebuah perang dunia yang berlarutan antara 28 Julai 1914 - genap
sebulan setelah pembunuhan terancang Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya di
di Sarajevo, Bosnia oleh seorang pengganas Serbia - hingga 11 November 1918.
Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan
sokongan Empayar Jerman pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan menyokong Serbia
dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga
menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman
menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman
sebagai tindak balas ini.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis,
Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-
kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera
Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir
kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera
Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika
Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.
Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi
peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium,
serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika
usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan.
Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada
waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan
Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi
serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan
perjanjian peletakan senjata pada 11 November.
Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama,
negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada
wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani),
sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai
oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai
kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan
Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000
askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu
pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu
kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut
mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai
"peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.
Kronologi Peristiwa Perang Dunia Pertama (1914-1918)
1914
• 28 Jun: Archduke Franz Ferdinand dibunuh di Sarajevo.
• 28 Julai: Austria-Hungary mengumumkan perang ke atas Serbia.
• 2 Ogos: Jerman menceroboh Luxembourg.
• 3 Ogos: Jerman mengistiharkan perang ke atas Perancis.
• 4 Ogos: Britain mengistiharkan perang ke atas Jerman dan Austria-Hungary.
• 4 Ogos: Tentera Jerman menceroboh Belgium melanggar perjanjian yang ditandatangani
oleh Prussia untuk menghormati keberkecualian Belgium.
• 19 Ogos: Wilson merayu untuk berkecuali.
• 26-30 Ogos: Pertempuran Tannenberg.
• Ogos: Pertempuran Togoland dan pengejaran Goeben dan Breslau.
• 5-10 September: Pertempuran Pertama Marne.
• September: Pertempuran Pertama Aisne dan pertempuran Lemberg.
• Oktober-November: Pertempuran Pertama Ypres.
• November: Pertempuran Lodz.
• 25 Disember: Kedamaian sementara tidak rasmi sempena Krismas di Barisan Barat.
1915
• 19 Januari: Serangan udara zeppelin Jerman pertama ke atas Britain.
• 4 Februari: Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain.
• Februari: Pertempuran Masuria.
• Mac: Pertempuran Neuve-Chapelle.
• Mac-Disember: Pertempuran Rabung Aubers dan Festubert.
• 22 April-5 Mei: Pertempuran Kedua Ypres. Pengunaan senjata kimia pertama.
• 23 April: Serangan Tentera Bersekutu ke atas Gallipoli.
• 7 Mei: Kapal Lusitania ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman.
• 13 Mei: Nota Lusitania pertama.
• Mei: Pertempuran Gorlice-Tarnow.
• 30 Ogos: Berdasarkan tuntutan Amerika, kapal selam Jerman menghentikan
menenggelamkan kapal tanpa amaran.
• 5 September: Tsar Nicholas memerintah askar Rusia.
• September-Oktober: Pertempuran Artois dan Champagne serta Pertempuran Loos.
• 7 Disember: David Lloyd George menjadi Perdana Menteri Britain.
• 28 Disember: Tentera Bersekutu berundur dari Gallipoli.
1916
• 21 Februari: Pertempuran Verdun
• Mei-Jun: Serangan Trentino.
• 31 Mei: Pertempuran Jutland.
• 4 Jun: Serangan Brusilov.
• 1 Julai-18 November: Pertempuran Somme.
• 7 November: Woodrow Wilson dilantik semula.
• 31 Disember: Rasputin dibunuh.
1917
• 22 Januari: Ucapan "Keamanan tanpa Kemenangan" oleh Presiden Wilson.
• 1 Februari: Jerman mengistiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan kembali.
• 24 Februari: Penenggelaman Laconia.
• 15 Mac: Tsar Nicholas turun takhta.
• Mac-September: Perpecahan Rusia berlaku.
• 6 April: Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
• 16-29 April: Serangan Chemin des Dames.
• April: Pertempuran Arras dan Vimy Ridge serta Serangan Nivelle.
• Jun: Pertempuran Messines.
• 6 Julai: Aquaba ditawan orang-orang Arab pimpinan T.E.Lawrence.
• 16 Julai-10 November: Pertempuran Ketiga Ypres.
• 6 Ogos: Aleksander Fyodorovich Kerensky dilantik sebagai Perdana Menteri Rusia.
• Oktober: Pertempuran Caporetto.
• 7 November: Kerajaan baru Kerensky digulingkan oleh Bolshevik.
• 10 November, 1917 Pihak British sampai ke Passchendaele.
• November: Pertempuran Cambrai.
• 3 Disember: Gencatan senjata Jerman-Russia.
• 9 Disember: Jerusalem ditawan oleh Britain.
1918
• 3 Mac: Perjanjian Brest-Litovsk antara Rusia dan Kuasa-kuasa Pusat (Jerman, Austria-
Hungary dan Turki).
• 15 Mac: Rusia mengesahkan Perjanjian Brest-Litovsk yang membawa Rusia keluar dari
perang.
• Mac-Jun: Serangan Ludendorff.
• April: Serangan Zeebruggge.
• Jun-Julai: Serangan Piave.
• 16-17 Julai: Bolshevik membunuh Tsar Nicholas dan keluarganya.
• 17 Julai: Ekspedisi Archangel.
• 29 September: Tentera Bersekutu melintasi Garisan Hindenberg.
• September: Serangan St. Mihiel.
• September-Oktober: Pertempuran Megiddo.
• September-November: Pertempuran Meuse-Argonne.
• 28 Oktober: Kelasi Jerman memberontak.
• 9 November: Kaiser Wilhelm meletakkan jawatan.
• 10 November: Republik Jerman ditubuhkan.
• 11 November: Perang Dunia I berakhir. Kuasa-kuasa Pusat dipaksa membatalkan Perjanjian
Brest-Litovsk.
Faktor -Faktor dan Kesan Perang Dunia Pertama ( 1914-1918 )
Pengenalan :
Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan negara-negara
Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah Jerman, Britain, Rusia, Perancis,
Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki. Negara-negara di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah
di kedua-dua benua tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan.
Perang Dunia Pertama melibat dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan
Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai
oleh Jerman.
Isi-isi :
Sebab-Sebab Meletusnya Perang Dunia Pertama :
Kegagalan Sistem Pakatan :
o Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-negara
Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah
menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) yang
diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria. Manakala Triple Entente
(Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania
dan Greece.
o Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat daripada
lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang meletusnya peperangan dalam kalangan
negara-negara Eropah sehingga tahun 1900.
o Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh wujudnya persaingan negara-
negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau Balkan setelah runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah,
tindakan Jerman membesarkan tentera lautnya yang menimbulkan kebimbangan Britian dan tibdakan
Perancis menggunakan bantuan Rusia dengan cara peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-
Lorraine.
o Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yang berterusan di Eropah. Pergolakan yang
berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan Turki
jelas menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal negara-negara berdaulat
dalam hubungan antarabangsa.
o Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak bermakna lagi apabila negara seperti Serbia yang disokong
Rusia begitu bebas bertindak dengan menggunakan ketenteraan, tindakan Austria-Hungary dan Rusia
untuk mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam kalangan bangsa Slav dan tindakan Rusia berusaha
mencari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut Hitam ke Laut Tengah dengan menguasai Selat
Bosporus dan Istanbul.
Imperialisme Ekonomi :
o Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula mencari tanah jajahan baru untuk
membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali. Ini
telah menyebabkan wujudnya persaingan antara negara-negara tersebut untuk mendapatkan tanah
jajahan sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik.
o Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai tanah jajahan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu, Jerman telah memulakan tindakan dengan merampas tanah jajahan
di Afrika daripada negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis pada tahun 1890-
an. Manakala Itali pula cuba mendapatkan bekas jajahan Turki Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica
dan Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan baharu yang dikenali sebagai Libya.
o Tindakan Jerman ini telah menimbulkan kebimbangan negara Britian dan Perancis terutamanya apabila
Jerman telah bertindak memperbesarkan angkatan lautnya. Oleh itu, Britain turut memperkuatkan
angkatan lautnya untuk melindungi empayar dan aktiviti perdagangan antarabangsanya.Jerman dilihat
mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya iaitu Britain dan Perancis, terutama dalam pengeluaran
besi pada tahun 1900.
o Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911 sehingga hampir menggugat kestabilan di
Eropah. Kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah menyebabkan munculnya negeri-negeri Slav yang baru
seperti Serbia dan Bulgaria. Kesan semangat nasionalisme yang melampau,negeri-negeri kecil tersebut
berjaya mengalahkan Turki keluar dari Eropah pada tahun 1908 hingga 1913.
o Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat kuasa-kuasa besar seperti Austria-Hungary dan Rusia untuk
mendapatkan pengaruh politik. Pada tahun 1908, Austria-Hungary berjaya menakluki Bosnia-
Herzegovina dan sasaran seterusnya ialah menguasai Serbia. Bagi menghalang serangan Austria-
Hungary ke atasnya, Serbia berjaya mendapatkan sokongan Rusia yang bercita-cita menguasai Selat
Bosporus dan sebahagian wilayah Turki. Ini telah mendorong ke arah meletusnya Perang Dunia Pertama
di Eropah.
Perlumbaan Dalam Teknologi Ketenteraan :
o Perlumbaan senjata telah berlaku terutamanya antara Jerman, Britain dan Perancis yang telah membawa
keuntungan kepada syarikat pengeluar senjata seperti Syarikat Krupp di Jerman dan Coventry Ordanance
Work di Britain. Pada tahun 1906, Britain berjaya menghasilkan HMS Dreadnought iaitu sebuah kapal
perang yang canggih dan terhebat di dunia pada ketika itu serta berkuasa tinggi untuk menyaingi angkatan
tentera Jerman walaupun melibatkan peruntukkan perbelanjaan yang besar.
o Kuasa besar seperti Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah menambah lebih 50% perbelanjaan
ketenteraan sekitar tahun 1908 hinggga 1914 terutama apabila golongan tentera semakin berpengaruh
dalam bidang politik dan pentadbiran di sesebuah negara.
o Negara Jerman golongan tenteranya bertanggungjawab terus kepada Kaiser/Raja, nilai-nilai ketenteraan
diterima oleh sebahagian besar rakyat Jerman dan rakyat telah memberi sokongan terhadap
pengisytiharaan perang yang dibuat kerajaan pada tahun 1914. Peningkatan bilangan anggota tentera
yang ketara selepas tahun 1900 telah meningkatkan ketegangan sedia ada dan perang tidak dapat
dielakkan lagi.
Idea dan Pendidikan :
o Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa negara Eropah turut meningkatkan semangat patriotik
yang akhirnya menyemai bibit-bibit ke arah peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman memberi
penekanan terhadap bahasa Jerman telah berjaya menyuburkan semangat cintakan negara dalam
kalangan generasi muda.
o Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan perasaan mengagungkan peperangan dan
ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan pertempuran
adalah lebih baik daripada mati di atas katil, malah nama mereka yang terkorban akan dipahat di tugu
peringatan.
o Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912 mengingatkan rakyatnya
tentang kemungkinan berlakunya perang dan rakyatnya diingatkan supaya membuat persiapan yang
sewajarnya. Setiap pelajar diberitahu kewajipan mempertahankan negara Perancis.
Pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand :
o Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya
Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh seorang pemuda Serbia yang merupakan ahli kongsi
gelap Black Hand telah menjadi sebab serta-merta meletusnya Perang Dunia Pertama.
o Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menghapuskan kedaulatan Serbia
kerana Serbia sudah lama menghasut rakyat Austria yang berbangsa Serb supaya membebaskan diri
daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan sekutunya iaitu Jerman.
o Melihatkan keadaan tersebut, Rusia yang merupakan sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria dan
bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman yang bimbang dengan perkembangan tersebut meminta
Rusia menghentikan persiapannya. Oleh kerana Rusia enggan menuruti saranan Jerman telah
menyebabkan Jerman mengisytiharkan peperangan terhadap Rusia dan sekutunya.
Termeterainya Perjanjian Versailles :
Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1919 telah menamatkan Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini
dianggap tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelah. Jerman
menerima hukuman yang berat daripada pihak yang menang (Triple Entente).
Syarat yang terpaksa dipatuhi oleh Jerman ialah:
o Menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya.
o Menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk ¾ hasil besi dan 1/5 hasil arang batu.
o Membayar ganti rugi dan pampasan perang yang tinggi.
o Mengurangkan jumlah tentera.Jumlah tentera akan dikurangkan daripada 400,000 kepada 200,000
menjelang 30 September 1919 dan 100,000 menjelang 31 Mac 1920.
Matlamat perjanjian ini ialah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar. Rakyat Jerman begitu marah
dan terhina dengan syrat-syarat tersebut. Perdana Menteri Jerman, Philip Scheidemann meletak jawatan sebagai
tanda protes. Para perwakilan Jerman ke Versailles terpaksa menurunkan tandatangan mereka kerana yakin
Jerman tidak mampu ingkar dan berperang semula.
Terbentuknya Liga Bangsa :
o Selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa dibentuk pada tahun 1919 bagi menjaga keamanan serta
mengelak daripada berlakunya peperangan. Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini berharap sebarang
masalah antarabangsa dalam kalangan negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui rundingan.
o Hampir semua negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika Syarikat menyertai pertubuhan ini dan taraf
kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan ini berjaya
menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dengan Greece pata tahun 1926.
o Bagaimanapun, ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan pertubuhan ini
kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti penaklukan Itali
terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Liga ini telah dibubarkan pada bulan April
1945.
Kesan-kesan Perang Dunia Pertama
Kesan Politik
Rusia :
Menamatkan Sistem Pemerintahan Beraja :
o Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan Tsar yang
pernah memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia Pertama telah menguji kemampuan kerajaan
menghadapi keadaan semasa. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Rusia khususnya
pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di
medan perang menyebabkan kesetiaan sebahagian tentera berbelah bagi.
Kerajaan Hilang Imej dan Sokongan :
o Selain imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas menengah, kerajaan juga kehilangan
sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib mereka dalam suasana
ekonomi yang muram kesan daripada Perang Dunia Pertama.
Pejuang Revolusi Berpecah :
o Pejuang-pejuang Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja dan petani telah berpecah
ekoran daripada perbezaan kepentingan. Vladimir Lenin telah mengambil kesempatan untuk
mendapatkan sokongan pekerja dan petani serta menyokong rampasan tanah yang dilakukan oleh
golongan petani.
Kerajaan Komunis Terbentuk :
o Dengan sokongan daripada pekerja, petani, tentera dan komunis yang berdisiplin, Lenin berjaya
menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang pertama di dunia.
o Rusia Kehilangan Wilayah :
o Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani Perjanjian Brest-
Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui perjanjian tersebut, Rusia telah kehilangan ¼ wilayahnya di Eropah
yang diserahkan kepada Jerman dan ¾ sumber arang batu dan besi. Kejayaan tersebut turut dibantu oleh
peranan ejen perisikan Jerman.
Wujud Golongan Kapitalis :
o Pada tahun 1905, ekonomi Rusia mula berkembang tetapi perlahan berbanding dengan negara-negara
Eropah Barat. Wujud sebilangan kecil golongan kapitalis yang menyediakan modal bagi melibatkan diri
dalam perniagaan.
Kemunculan Golongan Pekerja Industri :
o Golongan tersebut membiayai dan menguruskan pembinaan kilang dan jalan kereta api. Situasi ini
membawa kepada kemunculan golongan pekerja industri yang miskin dan persekitaran kerja yang kurang
memuaskan. Jumlah pekerja industri kecil iaitu kira-kira 10% daripada penduduk Rusia pada tahun 1917.
Penubuhan Parti Buruh Demokratik Sosial :
o Perkembangan dalam bidang ekonomi turut membawa kesan dalam bidang politik. Parti-parti politik
ditubuhkan seperti Parti Buruh Demokratik Sosial oleh golongan pekerja yang kemudiannya dikenali
sebagai Parti Komunis. Oleh kerana perselisihan pendapat, maka parti ini berpecah kepada dua iaitu
Mensheviks yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks yang dipimpin oleh Lenin
Berlaku Demonstrasi / Rusuhan :
o Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan pekerja, petani dan pemimpin
parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan ekoran polis kerajaan Tsar melakukan
kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Gerakan “ Tanah, Roti dan Keamanan ” :
o Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan Bolsheviks meminta “tanah, roti dan
keamanan”. Tanah untuk diberikan kepada golongan petani miskin manakala roti untuk diberikan kepada
pekarja yang kelaparan. Keamanan pula bermaksud untuk menamatkan penglibatan Rusia dalam Perang
Dunia Pertama. Bolsheviks berhasrat untuk menubuhkan kerajaan, khususnya untuk membela nasib
pekerja dan petani. Demonstrasi terbesar berlaku di ibu negara iaitu di Petrograd, kini dikenali sebagai
St.Petersburg. Walaupun Tsar telah melakukan sedikit pembaharuan politik dengan menubuhkan Duma
(Parlimen), namun Duma mempunyai kuasa yang terhad.
Jerman dan Austria Hungary :
Keresahan Rakyat Bawahan :
o Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan bawahan
seperti petani, pekerja dan tentera.
Tentangan Golongan Ahli Politik :
o Penentangan terhadap peperangan juga timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun sebelum ini
mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Pertama.
Kaiser Wilhem II Turun Takhta :
o Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping keadaan perang yang tidak
menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta dan mendapat suaka politik di Belanda.
Kerajaan Republik Terbentuk :
o Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali
sebagai Republik Weimer yang menggunakan khidmat golongan tentera dan pentadbir lama untuk
mengendalikan urusan negara sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933 apabila semua pihak
terpaksa mengikut semua kemahuannya dalam usaha menguasai Eropah.
Dinasti Habsburg Tamat :
o Kerajaan Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg ditamatkan. Keadaan
ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah
dikuasainya seperti Czech, Pole, Slovak, Finn dan Liithuania. Kejayaan pemberontakan tersebut telah
menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Estonia, Finland, Hungary, Latvia,
Lithuania, Rumania dan Yugoslavia.
Kesan Ekonomi :
Berlaku Inflasi Dan Kekurangan Bekalan Makanan :
o Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan terpaksa
mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang penting seperti roti, kentang, susu dan daging
sehingga menyebabkan rusuhan anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip yang melibatkan
hampir 300,000 orang pekerja.
o Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana 4 juta buruh dalam
sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian
terus berkurangan.
Kejatuhan Nilai Mata Wang :
o Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun hingga kurang daripada
seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran
arang batu dan besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang.
Sistem Pengangkutan Terganggu :
o Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem pengangkutan memberi
kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan peperangan kerana bekalan gagal dihantar kepada
pasukan yang memerlukan bantuan.
Penutupan Kilang/Kekurangan Bahan Bakar :
o Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana terpaksa mengagihkan
peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada bidang ketenteraan. Lebih memburukkan
keadaan ialah kesan perang yang berterusan menyebabkan kilang yang ditutup semakin bertambah dan
Rusia menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.
Berlaku Mogok/Revolusi Rakyat :
o Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan 3 juta pekerja terjadi
pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat melancarkan revolusi terhadap pemerintahan
Tsar.
Beban Hutang :
o Pertempuran yang berlaku di utara Perancis menyebabkan keupayaan pengeluaran Perancis merosot
kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63% bagi besi. Setelah perang tamat, Perancis terpaksa
menanggung hutang luar yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam Perjanjian Versailles, wakil
Perancis menuntut ganti rugi yang besar terhadap Jerman.
Amerika Syarikat Dan Jepun Menguasai Pasaran Dunia :
o Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat dirasai oleh negara-
negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara industri yang sebelum ini menguasai peratus
perdagangan terbesar di dunia. Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada
perdagangan luarnya.
Kesan Sosial :
Korban Nyawa dan Kecederaan :
o Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta
orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang
bernilai AS$ 36 760 juta. Britain kehilangan 750,000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduk
lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta
orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta tercedera. Angka ini melibatkan hampir
10% jumlah rakyat lelakinya yang cergas dan ini merupakan satu kehilangan besar kepada Perancis.
Tambahan pula,Perancis mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang rendah.
Pencemaran Udara/ Bumi :
o Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang meluas dalam
pertempuran sengit di Marne dan Somme