JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI MELAKA
MODUL PUNCAK
SEJARAH STPM
KERTAS 1
SEJARAH DUNIA
( 1500-1955 )
PENGGAL 1
Negeri Melaka 2017
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
MODUL PUNCAK SEJARAH PENGGAL 1 (940/1)
Sejarah Dunia ( 1500-1955 )
TEMA 1 : MASYARAKAT
1. Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dengan Jepun pada
abad ke- 16-17 masihi.
2. Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke 16-17
masihi.
3. Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18-19
masihi.
TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
1. Bincangkan pelaksanaan sistem pembesar di Rusia pada abad ke 16-17
masihi.
2. Bincangkan sistem pemerintahan di Amerika Syarikat pada abad ke 18-
19 masihi.
3. Huraikan faktor-faktor yang meletakan asas kepada pembentukan
negara Persekutuan Amerika Syarikat.
TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
1. Jelaskan perkembangan dalam bidang pertanian di England pada
abad ke 17-18 masihi.
2. Jelaskan sumbangan Jean Jacques Rosseau dalam perkembangan
intelektual di Eropah pada abad ke 18-19 masihi
3. Bincangkan dasar pendidikan di Jerman pada abad ke 18-19 masihi.
TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
1. Perbezaan budaya telah membawa kepada kebangkitan Dahagi India
1857. Bincangkan.
2. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Dingin
pada abad ke 20 masihi.
3. Bincangkan penglibatan United Kingdom dalam Komanwel hingga abad
ke 20 masihi.
1
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
TEMA 1 : MASYARAKAT
1. Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dengan Jepun pada
abad ke- 16-17 masihi.
Menurut Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society,
masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki vang
mempunyai susun lapis ynng tertentu. Kedudukan individu
dalam masyarakat feudal adalah mengikut sistem kelas iaitu
bersusun lapis mengikut hierarki.
Kemunculan sistem feudal dapat dikesan dengan jelas di
Eropah Barat menjelang tahun 900 M selepas kejatuhan
Empayar Charlemagne dan berlanjutan hingga abad ke-14. Pendahuluan
Manakala, sistem feudal di Jepun bermula pada zaman
Kamakura sehingga zaman Keshogunan Ashikaga dan
zaman kemuncaknya pada pada zaman Keshogunan
Tokugawa.
Kewujudan sistem feudal ini telah menjadi pemangkin
utama kepada pembentukan masyarakat feudal di dunia
khususnya di England dan Jepun. Namun pembentukan
masyarakat feudal kedua-dua negara ini terdapat sedikit
persamaan dan perbezaan
Isi 1 : Perbandingan ciri masyarakat feudal di Jepun Fakta
dan England yang pertama ialah berkaitan Huraian
Struktur
Masyarakat struktur masyarakat.
Kedua-dua masyarakat ini mengamalkan
struktur masyarakat berasaskan sistem
piramid dan Kedudukan individu dalam
masyarakat adalah berdasarkan sistem
kelas yangj bersusun lapis mengikut hierarki
tertentu. Kedudukan individu dalam
masyarakat feudal di kedua-dua negara
ini ditetapkan melalui keturunan atau
warisan.
Masyarakat kedua-dua negara ini
dibahagikan kepada dua golongan besar
iaitu golongan yang memimpin (England)
atau golongan pemerintah (Jepun) dan
golongan yang dipimpin (England) atau
golongan yang diperintah (Jepun).
Golongan bangsawan biasanya
menduduki lapisan teratas dalam struktur
sosial, diikuti oleh golongan tentera dan
paling bawah ialah rakyat biasa serta
hamba.
2
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Kurang berlakunya mobiliti sosial dalam
kalangan masyarakat di kedua-dua
negara. Masyarakat atasan akan kekal
sebagai golongan pemerintah dan
golongan bawahan kekal sebagai
golongan yang diperintah sepanjang
hayat. Status sosial yang sedia ada akan
terus diwarisi oleh generasi yang
berikutnya dalam sejarah keluarga
masing-masing.
Isi 2 : Misalnya di England, raja memerlukan Contoh
perkhidmatan, sokongan dan kesetiaan
daripada golongan baron, knight dan serf Penegasan
bagi mengukuhkan kedudukan baginda Fakta
dan memerintah dengan berkesan. Fakta
Golongan bangsawan atau baron
merupakan pengikut setia kepada raja.
Golongan bangsawan juga mempunyai
kuasa ke atas rakyat biasa iaitu serf.
Golongan serf pula memerlukan
perlindungan daripada golongan knight,
baron dan raja sebagai balasan kepada
perkhidmatan yang diberikan kepada
golongan atasan tersebut. Manakala di
Jepun, kedudukan shogun bergantung
sepenuhnya terhadap golongan daimyo
dan memerlukan perlindungan golongan
samurai serta kesetiaan daripada
golongan rakyat.
Oleh yang demikian wujud hubungan timbal
balik dan saling bergantungan antara
golongan atasan dan bawahan berlandaskan
tanggungjawab bersama.
Ciri seterusnya dilihat melalui aspek
pemerintahan
Sistem Raja (England) atau maharaja (Jepun) di
Pemerintahan kedua-dua negara menduduki lapisan
yang tertinggi dalam pemerintahan.
Terdapat ciri-ciri pembatasan kuasa
golongan pemerintah iaitu raja atau
maharaja dalam masyarakat England dan
Jepun.
3
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Raja dan maharaja juga sering kali Huraian
dikaitkan dengan unsur-unsur ketuhanan Contoh
demi mengekalkan kedaulatan negara
dan kedudukan sebagai ketua pemerintah
di samping mendapatkan penghormatan
dan kesetiaan golongan pembesar dan
rakyat bawahan.
Bagi masyarakat England, mereka
mempercayai bahawa raja dilantik oleh
Tuhan untuk memerintah. Raja mempunyai
hak dan kekuasaan yang suci hasil
anugerah daripada Tuhan yang
membolehkan raja memerintah dengan
berkesan.
Di Jepun pengesahan kuasa daripada
maharaja yang dianggap sebagai symbol
kedaulatan amat diperlukan oleh shogun
bagi mengiktiraf pelantikannya serta
menerima ketaatsetiaan daripada rakyat.
Contohnya, di England kuasa raja dikawal
oleh Parlimen seperti yang tercatat dalam
Magna Carta (Piagam Politik) 1215 dan
Pengisytiharan Hak 1628. Maharaja Jepun
hanya dianggap sebagai simbol perpaduan
yang dikatakan berketurunan Amaratsu atau
'Dewi Matahari' tetapi pemerintahan sebenar
terletak di tangan shogun.
Sehubunngan dengan itu, kuasa raja di Penegasan
England dan maharaja di Jepun agak berbeza Fakta
namun kedudukannya tetap paling atas
dalam susun lapis masyarakat
Isi 3 : Selain itu, aspek ketenteraan juga merupakan Fakta
Ketenteraan ciri masyarakat feudal di England dan Jepun Huraian
Golongan tentera berperanan penting
dalam masyarakat untuk memelihara
keamanan serta melindungi raja atau
maharaja, bangsawan, pembesar dan
rakyat biasa kerana, sering berlaku
ketidakstabilan politik dalam negara akibat
dilanda peperangan.
Peralatan peperangan yang hampir sama
digunakan oleh mereka, harganya adalah
mahal dan bernilai tinggi seperti pedang.
baju perisai dan kuda. Baju perisai yang
dipakai oleh golongan knight diperbuat
dan disadur dengan besi. Baju perisai
samurai Jepun diperbuat daripada sutera
dan disadurkan dengan logam.
4
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Isi 4 : Status sosial golonngan knight adalah Contoh
tinggi kerana mereka adalah golongan Penegasan
Sistem pemerintaah dan boleh memiliki tanah
Ekonomi yang dianugerahkan oleh raja. Berbeza Fakta
dengan golongan samurai di Jepun yang Fakta
berperanan penting dalam negara, namun
status sosial golongan samurai adalah Huraian
rendah kerana dikategorikan sebagai
golongan diperintah. Golongan samurai
juga tidak dibenarkan memiliki tanah.
Mereka hanya menerima hasil dalam
bentuk bayaran beras sebagai ganjaran
kepada perkhidmatan yang diberikan
Contohnya, di England, golongan tentera
dikenali sebagai knight yang terikat dengan
konsep chivalry dan di Jepun tentera digelar
sebagai samurai yang terikat dengan konsep
bushido.
Tegasnya, golongan tentera di kedua-dua
negara yang berkhidmat dengan golongan
bangsawan dan terikat dengan undang-
undang feudal yang menggabungkan konsep
pemusatan undang-undang diraja dan tradisi
semulajadi sesebuah organisasi dengan ikatan
peribadi kesetiaan
Ciri masyarakat feudal England dan Jepun
yang terakhir ialah pelaksanaan sistem
ekonomi
Di England, tanah merupakan sumber
kekayaan kepada raja, baron dan knight.
Raja merupakan penguasa ke atas semua
tanah di England. Raja mengurniakan
tanah kepada individu yang dipercayai
seperti baron dan vassal. Knight juga
menerima tanah sebagai bayaran kepada
perkhidmatan yang telah diberikan
kepada raja dan baron.
Berbeza dengan Jepun kerana beras
dianggap sebagai simbol kekayaan. Hasil
pendapatan daimyo dan samurai dinilai
mengikut kuantiti beras yang dimiliki. Bagi
masyarakat feudal di Jepun, beras menjadi
barangan yang sangat berharga dan
bernilai tinggi. Beras juga menjadi
perantaraan pertukaran yang penting dan
makanan asasi penduduk. Sehubungan itu,
pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang
utama dan mulia di Jepun.
5
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Kedua-dua masyarakat memberi
penekanan kepada golongan petani,
kerana menyumbangkan sumber
pendapatan kepada negara melalui
pembayaran cukai. Contoh
Di England, golongan petani dikenali Penegasan
Fakta
sebagai serf.
Di Jepun golongan petani sangat
dipandang tinggi dan dihoramti oleh
masyarakat.
Hakikatnya, golongan petani mempunyai
peranan penting untuk membekalkan sumber
makanan kepada seluruh penduduk dalam
sesebuah negara dan mengerjakan tanah milik
golongan pemerintah.
Masyarakat feudal terikat dengan peraturan yang Kesimpulan
ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah.
Masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis yang
tertentu namun mengalami perubahan menjelang akhir
pada abad ke-19
6
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
2. Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke 16-17
masihi.
Masyarakat Maritim adalah masyarakat yang bergantung Pendahuluan
kepada aktiviti yang berasaskan laut seperti Perdagangan,
Perikanan, Pengumpulan Hasil Laut, Perkapalan, Penerokaan
dan Penjelajahan. Masyarakatnya tinggal di kawasan Persisir
Pantai, Lembah Sungai, Kawasan Kepulauan, Perlabuhan yang
terletak di Muara Sungai. Kemunculan Masyarakat Maritim di
Jepun dapat di kesan sejak Abad ke 3 Masihi. Pada Abad ke
16 hingga 17 Jepun muncul sebagai kuasa Maritim di Asia.
Isi 1 : Antara ciri masyarakat maritim Jepun ialah Fakta
Kegiatan masyarakat yang menjalankan kegiatan
Ekonomi ekonomi berasaskan kelautan. Huraian
Isi 2 : Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan Contoh
Lokasi penangkapan ikan. Harold M. Vinacke Penegasan
Petempatan mengatakan makanan yang sama penting
dengan nasi ialah ikan. Selain iu, mengutip hasil Fakta
laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki Fakta
dan membuat kapal.
Huraian
Contohnya perikanan merupakan pekerjaan
utama penduduk Jepun kerana makanan Contoh
kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun. Penegasan
Kegiatan Aktiviti Mariim di Jepun lebih berfokus
kepada Perdagangan terutama pada Zaman Fakta
Keshogunan Ashikaga dan Keshogunan
Tokogawa.
Seterusnya, ciri masyarakat maritim Jepun
ialah masyarakat yang tinggal di kawasan
persisir pantai.
Masyarakat Maritim di Jepun tinggal di
Kawasan Persisir Pantai kerana Pulau-pulau di
Jepun bergunung-ganang dan sebahagian
daripanya merupakan Gunung Berapi. Lebih
kurang 97% Wilayah daratan Jepun berada di
ke empat-empat Pulau terbesarnya iaitu
Hokaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu.
Perkampungan Nelayan di Yokohama, Bandar
Perlabuhan seperti Nagasaki, Nagoya dan
Hiroshima.
Keadaan bentuk muka bumi Jepun yang
bergunung-ganang menyebabkan
masyarakatnya tinggal di Persisir Pantai.
7
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Isi 3 : Selain itu, masyarakat maritim Jepun juga Fakta
Menjalankan menjalankan kegiatan perdagangan melalui
aktiviti Perlabuhan Entreport. Huraian
perdagangan
Para pedagang Jepun pada Abad ke 16 telah Contoh
Isi 4 : mengeksport Perak, Berlian, Tembaga dan Penegasan
Menguasai barang-barang lain. Jepun juga mengimport
Ilmu Sutera China dan Produk-produk Asia Fakta
Pelayaran Tenggara. Lada dan Rempah jarang di import Fakta
dan Kelautan oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak
banyak makan daging. Huraian
Contoh Perlabuhan Entreport ialah Kyushu,
Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Contoh
Perlabuhan-perlabuhan Asia Tenggara Penegasan
menjadi tempat pertemuan antara Kapal- Fakta
kapal Jepun dan China Contoh
Akhir sekali, masyarakat maritim di Jepun ialah Penegasan
masyarakat menguasai ilmu pelayaran dan Fakta
kelautan.
Masyarakat Maritim di Jepun menguasai ilmu
pelayaran dan kelautan, mereka berlayar
hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika
Selatan, Korea dan China. Mereka mampu
membina kapal besar meredah lautan.
Terutama pada Zaman Keshogunan Tokugawa
Mereka mampu membina Kapal Mohor Merah
(Shuisen) adalah Kapal Layar bersenjata
Pedagang Jepun yang belayar dalam
perdagangan ke Perlabuhan-perlabuhan Asia
Tenggara.
Penguasaan Ilmu kelautan dan pelayaran di
sebabkan wujudnya hubungan perdagangan
dengan Negara Portugal.
Contoh pengaruh luar adalah seperti Agama
Budha, Confucius, Agama Kristian dan
Pengaruh Bahasa.
Kegiatan perdagangan telah menyebabkan
Jepun menerima banyak pengaruh dari luar
Sikap keterbukaan Pemerintah Jepun yang menggalakkan Kesimpulan
kedatangan pedagang Asing telah menyebabkan masyarakat
maritim di Jepun mampu menyesuaikan diri dengan mangsa
asing. Keadaan ini memaksa Keshogunan Tokugawa
mengisytiharkan Dasar Tutup Pintu dan Perdagangan Luar di
hadkan di Pulau Deshima yang terletak di Perlabuhan
Nagasaki.
8
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
3. Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18-19
masihi.
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat Pendahuluan
dalam bidang perindustrian. Masyarakat industri juga Fakta
merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran
barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin. Huraian
Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan iaitu pengusaha
industri dan pekerja industri Masyarakat industri di Jerman
muncul semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua
iaitu pada 1860-an hingga 1914. Pada era ini, muncul industri-
industri baru seperti elektrik, kimia, petroleum dan logam ringan.
Kemunculan masyarakat industri di Jerman dapat dilihat
dengan ciri-ciri tertentu pada abad ke 18 hingga 19 Masihi.
Isi 1 : Antara ciri masyarakat industri di Jerman ialah
masyarakat menjalankan kegiatan ekonomi
Ekonomi yang tertumpu kepada pengeluaran
Pengeluaran barangan secara besar-besaran.
Barangan
Secara Besar- Aktiviti ekonomi mereka bergantung kepada
Besaran. sektor perindustrian dan perlombongan.
Masyarakat industri ini mahir dalam
pengendalian mesin yang digunakan secara
meluas dalam pebgeluaran barangan.
Antara aktiviti ekonomi yang diusahakan oleh
masyasrakat industri ialah perusahaan kilang
tekstil, kulit arang batu dan juga kimia.
Isi 2 : Sebagai contoh, industri tekstil tertumpu di Contoh
wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia. Pada
Pengkhususan masa yang sama, Bandar Berlin Penutup
Kerja mengeluarkan mesin-mesin yang mampu Isi
meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
Longgokan sumber bahan mentah yang Fakta
banyak seperti arang batu, bijih besi dan bijih Huraian
timah terdapat di Ruhr, Lorraine dan Silesia.
Industri perkapalan pula telah dimajukan di
Bremen, Hamburg dan Elby.
Tegasnya, ciri masyarakat industri Jerman
yang utama adalah bertumpukan kegiatan
ekonomi berasaskan industri pengeluaran
barangan secara besar-besaran.
Selain itu, masyarakat industri Jerman
mempunyai pengkhususan pekekerjaan yang
tersendiri.
Masyarakat ini tertumpu dalam sektor
pekerjaan perkilangan dan mempunyai
pekerjaan yang tetap. Pengkhususan
pekerjaan dengan penggunaan mesin secara
9
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Isi 3 : meluas telah membolehkan pengeluaran Contoh
Mobiliti dilakukan secara besar-besaran.
Sosial Sebagai contoh, antara barangan yang Penutup
dapat dihasilkan dalam sekala besar ialah Isi
Isi 4 ; seperti jam tangan, mesin basuh, basikal dan
Kemajuan kereta. Fakta
Teknologi
Kesannya, pengeluaran secara besar-besaran
menyebabkan berlaku peningkatan dalam
gaji mereka dan kehidupan mereka jauh
berbeza sebelum ini, jika mereka sebagai
petani yang dikongkong oleh tuan tanah.
Seterusnya, masyarakat industri Jerman
menunjukkan berlakunya mobiliti sosial pada
abad ke 18 hingga abad ke 19 Masihi
Mobiliti sosial telah berlaku dalam masyarakat Huraian
industri. Kumpulan masyarakat ini telah
berubah dengan wujudnya kelas pekerja dan Contoh
individu yang mempunyai kepentingan. Penutup
Golongan kelas pertengahan juga muncul
sebagai ciri utama dalam perkembangan Isi
mobiliti sosial masyarakat industri Jerman. Fakta
Sebagai contoh, kelas pertengahan seperti Huraian
golongan yang memiliki kilang, para peniaga,
ahli-ahli bank, peguam dan juga jurutera. Contoh
Selain itu, golongan ini bersedia menerima
risiko untuk mendapatkan kekayaan.
Tegasnya, moboliti sosial merupakan salah
satu ciri yang terdapat dalam masyarakat
industri Jerman.
Berikutnya, ciri masyarakat industri di Jerman
ialah masyarakat yang mengalami kemajuan
dalam bidang teknologi.
Proses pembandaran juga telah membawa
kepada kemajuan teknologi di Jerman.
Kemajuan ini dilihat dalam aspek
perkembangan system pengangkutan
dengan pembinaan jalan-jalan kereta api.
Selain jalan kereta api, Jerman juga maju
dalam menghasilkan uji kaji dalm
menghasilakn bahan kimia yang boleh
digunakan untuk tanaman.
Sebagai contoh, pada tahun 1870 telah mula
dibina jalan kereta api dan firma Borsig telah
menjadi pengeluar utama kereta api di
Jerman. Pada tahun 1840, ahli kimia Jerman
Justus von Leibig telah menjalankan
beberapa uji kaji dan menemui formula untuk
10
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
menghasilkan baja tiruan atau baja kimia. Penutup
Isi
Jelasnya, kemajuan teknologi telah berlaku
dalam masyarakat industri Jerman khususnya
yang berkaitan dengan perkembangan
industrinya.
Isi 5 : Seterusnya, ciri masyarakat industri di Jerman Fakta
iaitu mengalami proses pembandaran.
Proses Perkembangan dalam bidang perindustrian
Pembandaran telah membawa kepada perpindahan
penduduk dari kawasan luar Bandar ke
kawasan Bandar. Keadaan ini telah Huraian
mewujudkan proses pembandaran yang
mana masyarakat mulai tinggal di bandar.
Proses pembandaran ini telah menyebabkan
berlakunya pertambahan penduduk. Hal ini
juga telah membawa kepada pertambahan
peluang pekerjaan di kawasan industri.
Sebagai contoh, proses migrasi telah berlaku Contoh
ke kawasan banda seperti Ruhr, Saxony, Silesia
dan Berlin. Buktinya, bilangan pekerja dalam
industri telah meningkat daripada 120 000
orang antara tahun1863 hingga tahun1865
kepada 570 000 orang pada tahun 1906.
Isi 6 : Jelaslah, masyarakat industri di Jerman telah Penutup
melalui perubahan iaitu proses pembandaran Isi
apabila perindustrian nya semakin
berkembang pada abad ke 18 hingga abad Fakta
ke 19 Masihi.
Akhir sekali, ciri masyarakat industri di Jerman
ialah muncul masyarakat literasi.
Masyarakat Masyarakat literasi ialah masyarakat yang
Literasi terdiri daripada kelompok masyarakat yang
memiliki ilmu dalam bidang pendidikan. Hal ini
adalah kerana kemajuan dalam industri telah Huraian
menyebabkan perubahan kehidupan
masyarakat kepada gaya hidup yang
mewah. Seterusnya membawa kepada
pertambahan sistem komunikasi dan
pengangkutan serta kehidupan yang lebih
sihat dan mementingkan pendidikan. Oleh
sebab itu, masyarakat ini memperjuangkan
pula hak asasi dan kebajikan golongan
pekerja.
11
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Sebagai bukti, wujud undang-undang insurans Contoh
sosial dan undang-undang ini dikuatkuasakan
pada tahun 1883. Penutup
Isi
Tegasnya, masyarakat industri di Jerman telah
berubah menjadi masyarakat literasi apabila
kehidupan mereka terlibat dalam
perindustrian.
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan masyarakat industri di Kesimpulan
Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam
memajukan lagi ekonomi negara mereka. Perkembanagan
perindustrian di negara Jerman telah melahirkan perubahan
politik dan mewujudkan masyarakat sosialis.
12
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
1. Bincangkan pelaksanaan sistem pembesar di Rusia pada abad ke 16-17
masihi.
Kerajaan Rusia pada abad ke 16 hingga 20 Masihi Pendahuluan
mengamalkan sistem beraja dan juga terdapatnya sistem
pembesar yang membantu pentadbiran kerajaan. Pembesar
ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja
untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua
bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya.
Pembesar Rusia yang dilantik oleh raja kebanyakkannya terdiri
daripada golongan bangsawan terutamanya yang telah
berkhidmat dengan cemerlang dalam ketenteraan. Mereka
memiliki tanah dan memberikan perkhidmatan ketenteraan
kepada Raja Rusia. Secara amnya, pembesar Rusia dapat
dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada lokasi
dan kepentingannya iaitu peringkat pusat, peringkat wilayah
dan peringkat daerah.
Isi 1: Pembesar Rusia di peringkat Pusat. Fakta
Huraian
Pembesar Peranan pembesar adalah membantu raja dalam
Pusat pentadbiran di peringkat pusat. Pembesar ini terdiri
daripada Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma
ialah golongan bangsawan yang paling kanan
yang bertanggung jawab dalam hal ehwal
pentadbiran khususnya membuat dan meluluskan
sesuatu termasuk dalam bidang kehakiman.
Zemskii Sabor pula ialah majlis penasihat yang
kuasanya lebih rendah daripada Duma. Zemskii
Sabor dianggotai oleh 40 hingga 50 golongan
bangsawan. Prizaki pula merupakan golongan
bangsawan dalam jabatan kerajaan yang
melaksanakan tugas yang diluluskan Duma.
Walaupun Duma dan Zemskii Sabor merupakan
institusi penting dalam pentadbiran, namun kuasa
sebenar terletak di tangan raja.
13
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Contohnya, semasa pemerintahan Peter, Duma Contoh
dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis
Senat. Seterusnya Colleges pula dibentuk untuk Penutup
Isi
membantu Majlis Senat dan mengantikan Prikazi.
Seterusnya, pemerintahan Alenxander I Fakta
memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa
Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan Huraian
dasar Negara. Jawatankuasa ini memberi nasihat Contoh
kepada raja dan menyokong segala dasar yang Penutup
dilaksanakan oleh pemerintah.
Isi
Tegasnya, pembesar Duma, Zemskii Sabor dan Fakta
Prikazi merupakan golongan bangsawan yang Huraian
penting dalam membantu raja untuk melancarkan
pentadbiran di peringkat pusat.
Isi 2 : Pembesar peringkat wilayah
Pembesar Pentadbiran peringkat wilayah di Rusia diterajui
Wilayah oleh gabenor atau naib gabenor. Gabenor atau
naib gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat
bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran
daerah masing-masing. Pentadbiran ditadbir oleh
Zemstvo Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstvo
Daerah. Di Daerah mempunyai majlis perundangan
tempatan iaitu Majlis Daerah atau Zemstvo.
Zemstvo berperanan memungut cukai-cukai di
peringkat kawasan masing-masing, serta
melaksanakan kuasa tempatan seperti
menjalankan kerja-kerja menyediakan kemudahan
asas, memberi bantuan kepada golongan miskin
dan menjaga kesihatan awam.
Tegasnya, pembesar di peringkat wilayah amat
penting dalam nmembantu Tsar bagi melancarkan
pentadbiran pusat Rusia.
Isi 3 : Pembesar peringkat kampung
Pembesar Pembesar juga memainkan peranan dalam
Kampung pentadbiran kampung. Komun atau mir atau
Majlis Kampung dipertanggungjawab dalam hal
ehwal pentadbiran termasuk memungut cukai
yang ditetapkan di peringkat kampung.
14
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Misalnya, Komun berperanan menentukan jenis Contoh
tanaman yang diusahakan oleh petani,
mengagihkan tanah pertanian dan melatih Penutup
generasi muda dalam kalangan petani sebagai Isi
tentera kerahan. Seterusnya, Komun juga bertindak
mengelak pengaruh negatif menular dalam Kesimpulan
kalangan penduduk luar bandar dan bertindak
sebagai mata dan telinga kerajaan pusat.
Jelasnya, pentadbiran komun juga penting dalam
membantu raja Rusia bagi melancarkan
pentadbiran di peringkat kampung.
Kesimpulannya, sistem pembesar Rusia mengambarkan
kecekapan pentadbiran Tsar hingga dapat mengukuhkan
kekuasaannya. Namun begitu akibat perubahan senario politik,
golongan pembesar menerima impak kesan daripada Revolusi
Bolshevik yang membawa kejatuhan kerajaan monarki Rusia.
15
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
2. Bincangkan sistem pemerintahan di Amerika Syarikat pada abad ke 18-
19 masihi.
Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau
negeri yang dahulunya bebas tetapi menjadi negara
bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
Pemerintahan persekutuan merupakan satu bentuk
pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan
pusat dengan kerajaan negeri. Kerajaan pusat dan
kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing.
Pada 4 Julai 1776, kongres dalam persidangan yang Pendahuluan
diadakan di Philadelphia meluluskan Pengisytiharan
Kemerdekaan. Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni
digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.
Sistem pemerintahan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat
berasaskan perlembagaan dan mempunyai badan-badan
yang memerintahAmerikaSyarikat seperti eksekutif ,
perundangan dan kehakiman.
Isi 1 : Pemerintahan Persekutuan Peringkat Awal Fakta
Peringkat
Awal Pada peringkat awal pemerintahan Huraian &
Contoh
Isi 2 : persekutuan di Amerika Syarikat, kerajaan
Perlembagaan Penutup
persekutuan tidak diberi banyak kuasa. Isi
Kerajaan persekutuan lebih merupakan Fakta
Huraian &
liga negeri-negeri bukannya kerajaan
Contoh
pusat yang kuat.
Kekurangan kuasa kerajaan persekutuan
menyebabkan tidak dapat melaksanakan
projek-projek pembangunan kerana tiada
mempunyai sumber kewangan.
Kedudukan kewangan bergantung
kepada sumbangan kerajaan-kerajaan
negeri.
Kerajaan persukutuan juga tidak
dibenarkan membentuk sistem
perdagangan antara negeri atau dengan
negara yang lain.
Tegasnya. kekurangan kuasa dan sumber
kewangan menyebabkan persekutuan
Amerika Syarikat tidak dapat dapat
menjalankan pemeritahan dengan baik.
Perlembagaan (Konvensyen Philadelphia)
Pada tahun 1789 draf perlembagaan akhir
telah diterima selepas mengadakan
perbincangan untuk mengatasi
16
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
kelemahan-kelemahan persekutuan pada
peringkat awal.
Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam
penyediaan perlembagaan ialah
Benjamins Franklin , George Washington ,
John Adams dan lain-lain.
PerlembagaanAmerika Syarikat
memperuntukan penubuhan sebuah
kerajaan persekutuan dan pembahagian
kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan
negeri.
Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara
penting seperti dasar luar negeri , pertahan
, cukai dan mata wang. Manakala
kerajaan negeri pula bertanggungjawab
menggubal undang-undang berkaitan
adat dan budaya tempatan mereka.
Tegasnya, Perlembagaan telah menggariskan Penutup
Isi
bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga
bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan
Kehakiman
Isi 3 : Kejayaan Golongan Federalis Fakta
Golongan Golongan federalis berjaya mendapatkan Huraian &
Federalis Contoh
sokongan awam
Penutup
Namun timbul beberapa masalah yang Isi
perlu ditangani kerajaan persekutuan Fakta
Huraian &
seperti had kuasa dan pemeliharaan hak
Contoh
rakyat dan kedaulatan negeri-negeri.
Masalah ini diatasi dengan membuat
beberapa pindaan dalam perlembagaan.
Pindaan ini membolehkan kerajaan
persekutuan membuat keputusan
berkenaan mata wang, pengisytiharan
perang, mengenakan cukai kepada rakyat,
menggubal undang-undang kehakiman
dan menguasai perdagangan.
Tegasnya, golongan federalis berjaya
menjadikan kerajaan persekutuan Amerika
mempunyai kuasa-kuasa tertentu.
Isi 4 : Perlembagaan Amerika Syarikat
Perlembagaan Perlembagaan Amerika juga menggariskan
Amerika badan-badan yang memerintah negara
Syarikat bagi melindungi negara dari sebarang
unsur-unsur autoritarian dan radikal.
Perlembagaan telah menggariskan
17
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
bahawa struktur kerajaan terdiri daripada
tiga bahagian, iaitu Eksekutif,
Perundangan, dan Kehakiman.
Kuasa Eksekutif diterajui oleh Presiden yang
dipilih untuk tempoh empat tahun. Badan
perundangan pula adalah Kongres yang
terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan
Perwakilan.
Kongres berfungsi untuk mengimbangi
kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto.
Presiden Amerika Syarikat boleh
membatalkan undang-undang melalui
kuasa veto dan mengawal kongres.
Namun begitu, melalui dua pertiga undi
kongres, kedua-dua dewan dapat
mengatasi kuasa veto Presiden.
Badan Kehakiman pula adalah Mahkamah
Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain.
Badan ini merupakan badan yang bebas.
Seterusnya, pilihan raya pertama bagi
Amerika Syarikat diadakan pada 4
November 1789 dan selepas pilihan raya
tersebut, George Washington telah dilantik
sebagai Presiden Amerika Syarikat yang
pertama.
Tegasnya, pembentukan kerajaan
persekutuan di Amerika Syarikat dilihat Penutup
Isi
sebagai salah satu cara yang berkesan untuk
menggabungkan negeri-negeri yang pernah
menjadi koloni British.
Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat dilihat memberi Kesimpulan
kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa
yang sama, hak dan kebebasan peribadi rakyat tidak diusik.
Keadaan ini sekali gus, menjadikan Kerajaan persekutuan
Amerika Syarikat menjadi sebuah negara yang berjaya serta
dapat mengawal kedudukan ekonomi dan politik
antarabangsa.
18
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
3. Huraikan faktor-faktor yang meletakan asas kepada pembentukan
negara Persekutuan Amerika Syarikat.
Pada bulan September 1774, pemimpin pemimpin daripada
13 buah koloni mengadakan pertemuan di Phildephia .
Dalam pertemuan tersebut, mereka mengambil keputusan
untuk menubuhkan Kongres (Parlimen Bersatu). Untuk Pendahuluan
Pada 6 Julai 1775, Kongres membuat Keputusan
mengisytiharkan peperangan terhadap Britain. Pada 4 Julai
1776, Kongres dalam persidangan yang diadakan di
Phildelphia meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan
Isi 1 : Perang Tujuh Tahun (1756-1763) Fakta
Isi 2 :
Pada tahun 1756 , tercetusnya Huraian &
Contoh
peperangan antara Perancis dengan Britain di
Fakta
Eropah. Peperangan ini menelan perbelanjaan Huraian &
yang besar bagi kerajaan Britain. Britain Contoh
menuntut koloni-koloni di Amerika membayar
sebahagian daripada perbelanjaan
peperangan tersebut .
Namun demikian, penduduk penduduk
di 13 buah koloni tidak bersetuju dengan
tindakan Britain .
Dasar Campur Tangan England
Raja George III mengamalkan dasar campur
tangan dalam hal ehwal penduduk koloni .
Penduduk di koloni tidak berpuas hati dengan
dasar campur tangan kerajaan England
Isi 3 : Pengenalan Akta-Akta Baharu Fakta
Isi 4 :
Penduduk koloni membantah akta akta Huraian &
baharu yang diluluskan oleh Parlimen di Contoh
London. Antara akta akta yang diluluskan ialah
Akta Gula , Akta Setem , dan Akta Teh . Fakta
Akta akta ini bertujuan untuk memungut cukai Huraian &
daripada penduduk di koloni. Penduduk
koloni membantah akta ini kerana mereka Contoh
berpendapat Parlimen di London tidak berhak
mengenakan cukai
Peristiwa Pembuangan Teh Boston
Pada tahun 1773, Lord North meluluskan Akta
Teh. Akta ini membenarkan SHTI menjual teh
kepada penduduk di koloni tanpa membayar
cukai.
19
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Penduduk koloni dipaksa membeli teh
daripada Britain melalui SHTI. Perkembangan ini
menimbulkan kemarahan penduduk di koloni
terhadap kerajaan Britain. Mereka bertindak
membuang kotak-kotak berisi teh ke dalam
laut dan peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa
Pembuangan Teh Boston.
Peristiwa peristiwa tersebut menyebabkan penduduk koloni
mengambil keputusan untuk memperjuangkan
kemerdekaan negara mereka daripada Britain. Kesimpulan
Pada 6 Julai 1775 , kongres membuat keputusan untuk
mengisytiharkan peperangan terhadap Britain.
20
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
1. Jelaskan perkembangan dalam bidang pertanian di England pada abad
ke 17-18 masihi.
Pada 1700 masihi, semua ekonomi di Eropah sebahagian
besar berasaskan kepada pengeluar sektor pertanian
Modal yang digunakan dalam menghasilkan sumbangan
output yang paling tinggi dalam sektor ekonomi pertanian Pendahuluan
Perkembangan berterusan pada akhir abad ke-17 apabila
meledaknya revolusi pertanian di England
Membawa kepada penanaman dan pengeluaran hasil
pertanian secara besar-besaran
Isi 1 : Antara perkembangan dalam bidang Fakta
pertanian di England ialah penanaman dan Huraian
Kaedah pengeluaran hasil pertanian secara besar-
Pertanian besaran melalui kaedah pertanian baru.
Baru.
Revolusi pertanian menyebabkan kaedah
baru diperkenalkan dalam bidang pertanian
iaitu sistem penanaman bergilir yang
diperkenalkan oleh Lord Townshend.
Mengikut kaedah baru ini, tanah pertanian
dapat digunakan secara berterusan
sepanjang tahun. Dalam sistem penggiliran
tanaman pula, jenis tanaman yang berbeza
akan ditanam mengikut musim.
Melalui kaedah baru ini, kesuburan tanah
tidak terjejas kerana tanaman yang
berlainan menggunakan bahan mineral
tanah yang berlainan. Dalam pada itu, tidak
ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong
dalam sistem pertanian ini.
Thomas William Cake telah memperbaik
sistem penggiliran tanaman dan mendapati
hasil pertanian meningkat berlipat kali
ganda.
Pengenalan sistem penanaman bergilir Contoh
menyebabkan beberapa tanaman baru
diperkenalkan antaranya ialah turnip dan ubi
kentang
21
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Jelaslah, kaedah pertanian baru telah Penutup
menyebabkan hasil tanaman dipertingkatkan. Isi
Isi 2 : Seterusnya ialah sistem pemilikan tanah Fakta
Sistem
Pemilikan Terbahagi kepada dua iaitu tanah Huraian
Tanah persendirian dan sistem pemilikan tanah
awam Contoh
Isi 3 : Penutup
Akta Sistem pemilikan tanah persendirian merujuk
Pemagaran kepada tanah-tanah persendirian yang Isi
Tanah dimiliki golongan tuan-tuan tanah yang kaya Fakta
Isi 4 : Tanah awam merupakan tanah yang dimiliki Huraian
oleh orang perseorangan
Contoh
Rakyat biasa dibenarkan menggunakan tanah Penutup
untuk aktiviti bercucuk tanam, memelihara
ternakan dan memancing Isi
Fakta
Jelaslah, sistem pemilikan tanah telah memberi
ruang kepada perkembangan pertanian di
England
Selain itu, perkembangan dalam bidang
pertanian di England Ialah Akta Pemagaran
Tanah
Akta Pemagaran Tanah menyebabkan tuan-
tuan tanah membeli tanah awam dan
muncul ladang pertanian.
Tuan-tuan tanah memiliki tanah yang luas
untuk menjalankan penanaman secara
besar-besaran
Akta ini telah membolehkan golongan kaya
memagarkan tanah-tanah awam untuk
dijadikan hak perseorangan
Pengenalan akta ini juga membolehkan
tuan-tuan tanah memaksimumkan
keuntungan dengan menggunakan tanah
secara intensif dan mengelakkan
pembaziran
Antara tahun 1761 hingga 1792, hampir 500000
ekar tanah dipagari.
Jelaslah, perkembangan ini telah
mempelihatkan penglibatan tuan tanah
secara langsung dalam sektor pertanian
Akhir sekali ialah perkembangan teknologi
baru dalam sektor pertanian
22
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Teknologi Terciptanya peralatan baru bagi
Baru meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
Penciptaan alat baru membolehkan Huraian
penugalan dan penanaman berlaku Contoh
dengan pantas
Membolehkan kerja membajak dilakukan
dengan lebih berkesan
Jethro Tull telah mencipta alat yang
digunakan untuk menggali dan menugal
tanah pertanian
Bajak berbentuk segi tiga direka
Alat mengetam , alat menukul dan alat
menumbuk bijiran direka
Kesannya, alat yang direka dapat Penutup
membolehkan kerja-kerja pertanian dilakukan Isi
dengan lebih berkesan dan lebih pantas
Perkembangan sektor pertanian di England pada abad ke Kesimpulan
17 dan 18 adalah disebabkan pelbagai faktor.
Perkembangan ekonomi pertanian juga merangsang
perkembangan bandar dan seterusnya pengeluaran industri
di England.
23
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
2. Jelaskan sumbangan Jean Jacques Rosseau dalam perkembangan
intelektual di Eropah pada abad ke 18-19 masihi.
Jean Jacques Rousseau, ahli pemikir yang berasal dari Pendahuluan
Geneva yang dilahirkan pada tahun 1712. Sebelum muncul
sebagai penulis dan pemikir yang unggul, tokoh ini Fakta
melakukan pelbagai kerja untuk menimba pengalaman,
antaranya pengukir, setiausaha dan pemuzik. Huraian
Pergaulan dengan ahli falsafah seperti Condillac dan Contoh
Diderot telah mematangkannya dan memberikan inspirasi Penutup
untuk menghasilkan karya yang mampu mencetuskan
perubahan dari segi pemikiran dalam kalangan Isi
masyarakat Eropah.
Antara karya yang dihasilkan ialah Discourse on the Arts and
Sciences (1750), Discourse on the Origin of Inequality (1755),
The Social Contract (1762) dan Emile (1762)
Isi 1: Antara sumbangan Jean Jacques Rosseau
dalam perkembangan intelektual di Eropah
Discourse on ialah penulisan karya Discourse on the Arts
the Arts and and Sciences.
Sciences
Karya terawal yang dihasilkan oleh
Rousseau membicarakan tentang aspek
seni dan sains. Beliau berusaha
menghubungkaitkan kedua-dua bidang ini
dengan aspek moral.
Rousseau berpandangan kemajuan bidang
seni dan sains tidak mampu menyumbang
kepada pemurnian moral individu, sosial,
dan perkembangan politik.
Rousseau berpandangan seni dan sains
lahir daripada kemaksiatan manusia seperti
geometri lahir dari kerakusan, fizik daripada
rasa ingin tahu yang sia-sia dan falsafah
moral daripada rasa bangga yang
keterlaluan.
Beliau amat menyanjungi tindakan
pemerintah Sparta yang mengetepikan
golongan artis demi kemajuan dan memuji
Socrates, ahli falsafah Yunani yang
menyedari kemusnahan sesebuah
masyarakat disebabkan kcdua-dua bidang
terscbut
Namun begitu, beliau amat mengagumi
dengan pemikiran Bacon dan Newton.
Oleh itu, beliau mahukan masyarakat
memberikan perhatian kepada memperbaik
tingkah laku dan akhlak berbanding
memajukan bidang sains dan seni
24
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Isi 2 : Seterusnya Jean Jacques Rosseau Fakta
The Social
Contract menghasilkan karya The Social Contract Huraian
Isi 3 : Membicarakan teori politik yung agak Contoh
Emile bertentangan dengan sistem politik yang Penutup
dipraktikkan oleh Kerajaan Perancis pada Isi
Fakta
masa tersebut.
Huraian
Melalui karya ini, beliau mcngharapkan akan
wujud sebahkerajaan yang
bertanggungjawab terhadap rakyat
terutama dalam aspek keselamatan dan
kebajikan, dan bukannya sekadar memeras
keringat rakyat demi kepentingan
pemerintah sematamata.
Rousseau berpandangan hubungan antara
kerajaan denganrakyat ibarat suatu kontrak.
Kegagalan kerajaan melunaskan
tanggungjawab boleh menyebabkan
kerajaan akan hilang hak atau mandat, dan
rakyat mempunyai hak untuk membentuk
kerajaan yang lebih baik daripada yang
sedia ada.
Idea yang menyarankan rakyat mempunyai
kebebasan berfikir ini amat bertentangan
dengan sistem pemerintahan raja berkuasa
mutlak di Perancis.
Malah idea ini telah menjadi teras utama
dalam Pengisytiharan Perhimpunan
Kebangsaan dalam gerakan Revolusi Perancis.
Dengan demikian, menurutnya manusia sering
dirosakkan oleh kepentingan dalam sesebuah
masyarakat.
Selain itu, Jean Jacques Rosseau juga
menghasilkan karya Emile
Rousseau telah menekankan betapa
pentingnya pendidikan awal kepada
kanak-kanak bagi merangsang pemikiran
seseorang kanak-kanak.
Pendidikan awal kanak-kanak harus
menekankan perkara yang baik dan
mampu memupuk minat serta diikuti
dengan aktiviti yang spontan.
Beliau berpandangan bahawa pengaruh
masyarakat harus dihindarkan daripada
seseorang kanak-kanak supaya mereka
boleh hidup secara semula jadi dan
membesar dengan bebas daripada
pengaruh negatif.
25
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Ibu bapa dan guru harus peka dengan
perkembangan kanakkanak dan
diharapkan dapat menyediakan
pengalaman berdasarkan masa yang
sesuai.
Falsafah pendidikan mengikut Rousseau harus Contoh
menekankan empat perkara iaitu kebebasan,
perkembangan, minat dan aktiviti. Penutup
Isi
Tegasnya, karya ini merupakan karya yang
menjurus kepada bidang pendidikan psikologi.
Karya Discourse on the Origin of Inequality Fakta
Dihasilkan pada tahun 1755 yang Huraian
menggambarkan perkembangan tamadun, Contoh
merosakkan kebahagiaan semula jadi,
kebebasan manusia dengan mencipta
ketidaksamaan dalam aspek kekayaan,
kekuasaan dan keistimewaan sosial.
Manusia primitif adalah sama dengan
manusia lain kerana setiap individu bebas
namun apabila masyarakat menjadi lebih
moden, individu yang kuat dan paling pintar
akan memperoleh kelebihan ke atas
individu-individu yang lemah.
Perlembagaan yang digubal adalah untuk
membetulkan ketidakseimbangan melalui
keamanan dan keadilan akan mampu
mengekal dan merealisasikan perkara ini.
Jelaslah, setiap individu yang lahir ke dunia ini Penutup
menurut beliau adalah suci dan tidak terikat Isi
mana-mana kuasa.
Kesimpulannya, idea-idea Rousseau melalui karyanya banyak
memberikan impak yang besar kepada masyarakat
Eropah..Selain itu telah mempengaruhi pemikiran tokoh-tokoh Kesimpulan
zaman seterusnya ke arah pembentukan atau kemerdekaan
Amerika Syarikat.
26
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
3. Bincangkan dasar pendidikan di Jerman pada abad ke 18-19 masihi.
Pada awal abad ke 18, sistem pendidikan di Jerman
diletakkan di bawah penguasaan pihak gereja.
Kemudian Raja Frederick II bertindak untuk mengawal
pentadbiran sekolah.
Akhir abad ke 18, Lembaga Sekolah ditubuhkan. Pendahuluan
Abad ke 19, sistem pendidikan Jerman di bawah kawalan
kerajaan.
Raja Frederick II mengistiharkan undang-undang ‘General
Land-Schule Reglement’ yang merupakan undang-undang
yang pertama di seluruh Prussia.
Isi 1: Dasar berkaitan Pendidikan Rendah Fakta
Huraian
Pendidikan Menjelang akhir abad ke 18M, sekolah-sekolah
Rendah
rendah ditubuhkan di seluruh Prussia. Pada
awal abad ke 19M, langkah-langkah diambil
untuk memantapkan pendidikan rendah di
Jerman.
Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen
dan terbuka kepada semua lapisan penduduk
di Jerman. Kanak-kanak berumur 7 tahun
dikehendaki mendaftar di sekolah-sekolah
rendah. Pendidikan sekolah rendah
berlanjutan sehingga kanak-kanak mencapai
umur 14 tahun.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah Contoh
ialah membaca, menulis, mengira, geografi, Penegasan
sejarah dan gimnastik.
Isi
Mata-mata pelajaran ini amat penting dalam Fakta
menjadi asa kepada melahirkan pelajar yang
dapat menyumbang kepada kemajuan Negara Huraian
di masa depan.
Isi 2 : Dasar berkaitan Pendidikan Menengah
Pendidikan Pendidikan menengah pula terdiri daripada
Menengah
dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan
sekolah awam.
Sekolah gymnasium menyediakan pelajar-
pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat Universiti.
Sekolah awam melatih pelajar-pelajar untuk
menjalani kehidupan seharian dengan lebih
teratur. Kerajaan Jerman di bawah
pemerintahan Raja Frederic Wiliam III memberi
penekanan yang lebih kepada sekolah-
sekolah awam ini.
27
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Isi 3 : Sekolah gymnasium menekankan pembelajaran Contoh
Pendidikan bahasa Latin dan bahasa Greek manakala
Teknikal sekolah awam memberi penekanan kepada Penegasan
pembelajaran matematik, sains tabii, bahasa Isi
Isi 4 : ibunda dan bahasa-bahasa moden.
Pendidikan Fakta
Universiti Peringkat menengah merupakan peringkat Huraian
pelajar mula mengembangkan potensi masing-
masing. Oleh itu, di peringkat menengah, Contoh
metapelajarannya jauh lebih mencabar Penegasan
berbanding sekolah rendah.
Isi
Dasar berkaitan pendidikan teknikal Fakta
Kerajaan Jerman amat memberi keutamaan Huraian
kepada pendidikan dalam bidang teknologi.
Untuk mencapai matlamat itu, sekolah-sekolah Contoh
teknik seperti politeknik dan sekolah-sekolah
perdagangan ditubuhkan.
Di sekolah-sekolah teknik ini mata pelajaran
berbentuk teknikal diajar dengan matlamat untuk
membangunkan sektor perindustrian dan
perdagangan.
Fokus kerajaan Jerman adalah menjadi Negara
Industri. Oleh itu, bertepatanlah mata pelajaran
teknikal diberikan keutamaan.
Dasar berkaitan dengan pendidikan di Universiti
Institusi pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan
oleh kerajaan-kerajaan negeri. Kerajaan
negeri memberikan dana dan bantuan
kewangan kepada institusi pengajian tinggi.
Terdapat empat fakulti iaitu Teologi, Undang-
undang, Perubatan dan Falsafah. Pendidikan
di Fakulti Falsafah meliputi Matematik, Sejarah,
Geografi, Kesusasteraan, Sains Tabii dan
Filologi.
Antara universiti yang ditubuhkan di Jerman ialah
Universiti Berlin, Universiti Munich, Universiti Breslau,
Universiti Bonn dan Universiti Strasburg.
Peringkat universiti merupakan kemuncak Penegasan
pembelajaran bagi pelajar. Pemberian dana Isi
oleh kerajaan dapat memastikan system
pembelajaran yang berkualiti dapat dihasilkan.
28
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Isi 5 : Dasar untuk membangunkan latihan perguruan Fakta
Huraian
Latihan Bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di Contoh
Perguruan Jerman, pusat-pusat latihan perguruan telah Penegasan
dibina untuk melatih guru-guru baru.
Isi
Pusat-pusat latihan perguruan dibina di Austria,
Saxe-Weimar dan Saxony. Kesimpulan
Pusat-pusat latihan perguruan amat penting
dalam menghasilkan tenaga pengajar yang
berkualiti seterusnya menghasilkan pelajar-pelajar
yang berkualiti juga.
Hasil daripada dasar-dasar pendidikan yang baik,
menjelang abad ke 18 dan 19, system pendidikan yang
teratur dan sistematik dapat dibentuk di Jerman.
Kemunculan pelbagai institusi pendidikan melambangkan
kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Jerman dalam
bidang pendidikan.
29
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
1. Perbezaan budaya telah membawa kepada kebangkitan Dahagi India
1857. Bincangkan.
Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan
oleh oleh sepoi-sepoi menentang pemerintahan British di
India.
Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan
membebaskan negara daripada pemerintahan British. Pendahuluan
Campurtangan British dalam adat resam merupakan salah
satu faktor yang menyebabkan tecetusnya peristiwa Dahagi
India pada tahun 1857.
Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor lain yang
mencetuskan Dahagi ini seperti faktor politik dan ekonomi.
Isi 1: Penghapusan amalan suttee, thuggee dan Fakta
membunuh bayi perempuan.
Adat Resam Tindakan British melalui Lord William Bentick Huraian
menentang adat resam yang telah
diamalkan sejak turun temurun telah
menimbulkan kemarahan masyarakat
tempatan.
Pada tahun 1828, beliau telah mengubal
undang-undang yang mengharamkan
pengamalan amalan suttee. Begitu juga
dengan amalan-amalan lain.
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puashati
dalam kalangan penduduk yang beragama
hindu terhadap pemerintahan British di India.
Kesannya mereka bangun menentang British
atas tindakan tersebut.
Adat suttee (mengorbankan isteri apabila suami Contoh
meninggal dunia), Tuggee (merompak dan
membunuh atas nama agama) dan amalan
membunuh bayi perempuan (kerana
menganggap akan menjadi beban kepada
keluarga) merupakan contoh-contoh adat yang
telah menjadi amalan sejak dulu lagi.
30
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Tindakan British yang tergesa-gesa untuk Penegasan
melakukan perubahan memang telah Isi
menaikkan kemarahan penduduk tempatan.
Isi 2 : Dasar Pengilhakan Fakta
Pengilhakan
Dasar ini diperkenalkan oleh Lord Dalhousie Huraian
iaitu British boleh merampas hak dan
kedaulatan pemerintah tempatan dengan Contoh
mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir Penegasan
oleh mereka.
Isi
Dasar pengilhakan ini dilaksanakan Fakta
berdasarkan tiga peraturan iaitu Undang-
undang Lesap Waris, Hak Menakluk Huraian
Kuasa Agung dan Salah Tadbir Tempatan. Contoh
Tindakan British ini menjejaskan maruah
pemerintah tempatan hingga menyebabkan
mereka sama-sama
menyertai penentangan terhadap British.
Antara kawasan-kawasan yang telah dirampas
ialah wilayah Punjab, Karnatik, Tanjor, Jhansi,
Bhagat, Jaitpur, Oudh dan Sambalpur.
Kehilangan wilayah dan kuasa pentadbiran
telah menaikkan kemarahan golongan
pemerintah sehingga mereka terpanggil untuk
menyertai penentangan ini.
Isi 3 : Pengenalan pendidikan Barat
Pendidikan Perubahan yang diperkenalkan oleh British
Barat
dalam system pendidikan menimbulkan rasa
tidak puashati penduduk tempatan. Ekoran
perubahan ini, jawatan-jawatan penting
dalam kerajaan diberikan kepada penduduk
tempatan yang berpendidikan Inggeris.
Penduduk tempatan menganggap
perubahan ini sebagai percubaan British untuk
menyebarkan agama Kristian dalam kalangan
masyarakat India.
Antara pusat-pusat pengajian tinggi yang
ditubuhkan ialah Kolej Perubatan Calcutta dan
Institut Ephinstone di Bombay.
Tindakan diskriminasi dengan niat yang Penegasan
terselindung ini menyebabkan penduduk tidak Isi
berpuashati dengan tindakan British ini.
31
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Isi 4 : Pengenalan peraturan baru Fakta
Peraturan
Baru Tindakan British memperkenalkan dasar dan Huraian
peraturan baru melahirkan rasa tidak puashati
Isi 5 : penduduk tempatan. Contoh
Dendam Penegasan
Akta Penjajahan Punjab 1907 yang
Isi 6 : diperkenalkan oleh British menimbulkan Isi
Isu kemarahan penduduk. Fakta
Senapang
Dasar dan peraturan baru ini menjejaskan Huraian
kehidupan penduduk dan menambah beban
golongan petani. Contoh
Penegasan
Antara tidakan di bawah Akta Penjajahan
Punjab ialah kerajaan bertindak menaikkan Isi
cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi
bekalan air yang disalurkan ke kawasan
pertanian.
Sememangnya tindakan ini tanpa memikirkan
keadaan rakyat dan hanya mementingkan
kepentingan ekonomi British boleh mengundang
masalah.
Perasaan dendam sepoi-sepoi India terhadap
British
Perasaan dendam sepoi-sepoi India daripada
kasta Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi
juga menjadi sebab penentangan. Tindakan
British menghantar mereka keluar negara
dianggap mencemar kedudukan mereka.
Bagi mereka, kasta mereka akan hilang
apabila menyeberangi laut. Mereka yang
enggan mematuhi arahan tersebut dihukum
gantung dan akhirnya British terpaksa
membubarkan rejimen tersebut.
Misalnya, anggota rejimen ke 47 telah dihantar
berkhidmat di Burma.
Kedangkalan British dalam memahami sensitiviti
masyarakat menyebabkan rakyat bangun
menentang.
Isu Senapang Riffle Royal Enfield Fakta
Huraian
Faktor ini merupakan pencetus kepada
peristiwa Dahagi ini. Kemarahan terhadap
pentadbiran British memuncak apabila sepoi-
sepoi India mendapat tahu bahawa minyak
yang digunakan untuk membersihkan
senapang ini mengandungi lemak khinzir dan
lemak lembu.
32
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Selain itu, tersebar berita bahawa sepoi-sepoi
India yang menggunakan senapang tersebut
perlu mengigit hujung peluru yang telah
disapu dengan lemak khinzir dan lemak lembu
itu.
Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi
yang beragama Hindu dan Islam merasakan
British sengaja melakukan hal-hal yang
demikian untuk menghina kedua-dua agama
yang menjadi anutan penduduk tempatan.
Contoh penentangan yang dilakukan ialah di Contoh
Meerut apabila sepoi-sepoi enggan
menggunakan peluru tersebut, kesannya mereka
dibicarakan di mahkamah dan dihukum penjara.
Khinzir adalah haram bagi masyarakat Islam
manakala lembu adalah binatang suci bagi
masyarakat Hindu. Ketidakacuhan British Penegasan
Isi
terhadap perkara ini membawa padah apabila
sepoi-sepoi bangun menentang mereka hingga
tercetusnya Dahagi India ini.
Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada Kesimpulan
berlakunya Dahagi India. Walaupun tidak dinafikan factor
perbezaan adat menjadi penyumbang kepada tragedi ini.
Namun, faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya
hingga berlakunya penentangan ini.
33
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
2. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Dingin
pada abad ke 20 masihi.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat,hubungan antara
sekutu perang yang terdiri daripada Amerika Syarikat,Soviet
Union dan Britain menjadi semakin tegang.
Perselisihan fahan antara ketiga-tiga negara kuasa besar ini
amat ketara dalam Persidangan Yatla dan Persidangan
Potsdam yang diadakan pada tahun 1945. Kemuncak
kepada ketegangan ini tercetusnya Perang Dingin di
Eropah.
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara negara- Pendahuluan
negara komunis yang diterajui oleh Soviet Union dan
negara-negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
Perang Dingin bermula di benua Eropah dan tersebar ke
bahagian-bahagian lain di seluruh dunia apabila Presiden
Harry Truman mengisytiharkan Doktrin Truman pada tahun
1947.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya
Perang Dingin pada abad ke 20.
Isi 1 : Faktor pertama ialah tiada kesepakatan dalam Fakta
rundingan.
Tiada Pada 1943,pemimpin Big Three Kuasa Berikat
Kesepakatan bertemu di Teheran bagi membincangkan
masa depan politik Eropah kerana
kekalahan Jerman semakin terbayang
dalam PD2.
Joseph Stalin berharap AS dan Britain
bersetuju mencari satu laluan melalui
Perancis untuk Rusia menyerang Jerman. Huraian
Keadaan ini akan memberi tekanan kepada
Jerman.Stalin juga berjanji akan membantu
menentang Jepun selepas Jerman
dikalahkan.
Ketiga pemimpin bertemu sekali lagi di
Yalta,Rusia dan bersetuju membahagikan
Jerman kepada 4 zon tentera yang dikuasai
oleh Perancis, Britain, Rusia dan AS.
Namun begitu AS tidak memberikan Contoh
persetujuan tentang kawasan yang dimiliki
Rusia di Eropah Tengah dalam perjumpaan di
Teheran.AS juga gagal menjelaskan dasarnya
terhadap Eropah Timur
Dalam Persidangan Potsdam,hanya Stalin yang
kekal manakala 2 pemimipin lain telah
bertukar.Isu Eropah Timur dan Tengah yang
dibincangkan juga tidak mencapai matlamat.
34
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Jelaslah bahawa ketidaksepakatan Kuasa Penegasan
Berikat dalam ketiga-tiga rundingan di Isi
Teheran,Yatla dan Potsdam membawa
keretakan hubungan antara mereka.Ini adalah Fakta
kerana Kuasa Berikat amat mencurigai Huraian
kegiatan Rusia terutama di Poland apabila
kerajaan Rusia dikuasai komunis. Contoh
Isi 2 : Faktor kedua ialah perbezaan ideologi Penegasan
Perbezaan Isi
Ideologi Setelah tamat PD2, banyak negara baru
muncul. Namun politik dunia masih dikongkong Fakta
Isi 3 : oleh 2 kuasa besar iaitu AS dan Rusia. Kedua- Huraian
Ekonomi dua kuasa berbeza ideologi dari segi politik,
ekonomi dan sosial.
Dari segi politik, blok barat menerapkan
sistem demokrasi dan sistem pelbagai parti.
Kerajaan yang memerintah terdiri daripada
parti yang dipilih oleh rakyat dalam
pilihanraya.
Blok komunis mengamalkan pemerintahan
diktator dan parti komunis sahaja yang
diiktiraf.Dari segi ekonomi blok barat
menganjurkan sistem kapitalisme dengan
prinsip pasaran bebas.
Blok komunis mengawal perdagangan
bebas dengan memberikan peranan besar
kepada pemerintah.
Dari segi sosial blok barat memberi
kebebasan sepenuhnya kepada individu
sepenuhnya seperti kebebasan bersuara,
memilih kerajaan dll.Blok komunis
mempunyai kebebasab yang terhad.
Dengan sebab itu kedua-dua blok ingin
membuktikan kekuatan mereka dengan
berusaha menyebarkan pengaruh dan
memajukan kepentingan masing-masing
melalui bantuan ekonomi dan ketenteraan.
Faktor ketiga ialah kemerosotan ekonomi
Selepas PD2,negara-negara Eropah
mengalami kemerosotan ekonomi yang
ketara.Keuntungan industri Britain habis
dibelanjakan bagi membiayai PD2 terutama
mempertahankan negaranya daripada
serangan Jerman. Perancis, Jerman, Itali dan
Belanda turut mengalami kemerosotan
ekonomi.
35
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh AS
melalui Rancangan Marshall yang bertujuan
membangunkan ekonomi Eropah Barat
disamping memerangi pengaruh komunis. AS
mempunyai dana yang besar melalui
pertumbuhan sektor perindustrian kerana
medan pertempuran PD2 tidak berlaku di AS.
Pada akhir 1947, 17 negara Eropah Barat telah Contoh
menandatangani kerjasama ekonomi dengan
AS di Paris. Melalui Rancangan Marshall,
ekonomi Perancis, Jerman Barat, Itali, Britain
dan Belanda dll berjaya dipulihkan. Jerman
Barat telah muncul sebagai negara industri
terbesar dunia. Perancis muncul pengeluar
utama automobil dan pesawat dunia.
Isi 4 : Namun begitu Rusia menolak bantuan Penegasan
daripada Rancangan Marshall dan Isi
Ancaman menganggap AS campurtangan terhadap
Jerman negara-negara lain. Rusia memaksa negara- Fakta
negara Eropah Timur tidak menerima bantuan
tersebut. Jelas sekali kemusnahan ekonomi
dunia selepas PD2 menjadi salah satu punca
Perang Dingin.
Faktor terakhir ialah kebimbangan Rusia
terhadap ancaman Jerman.
Stalin memberi kenyataan di Yatla bahawa Huraian
keselamatan Rusia bergantung kepada
penguasaan Rusia terhadap negara-negara
Eropah Timur. Negara-negara itu akan
dijadikan ‘zon penampan’ menghadapi
musuh daripada barat.
Dari tangapan Rusia, Jerman merupakan
negara terkuat, paling agresif dan
bertanggungjawab mengheret masyarakat
ke medan peperangan. Sikap agresif Jerman
perlu dineutralkan.
Jerman tidak dibenarkan bersatu di bawah
kerajaan kapitalis. Jerman dikekalkan
menjadi dua iaitu Jerman Barat dan Jerman
Timur.
Rusia juga mendakwa paling teruk memikul
beban menentang Jerman dan menuntut
Rusia diberikan peranan besar dalam
menentukan corak politik Eropah.
36
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Contohnya Rusia telah melebarkan Contoh
pengaruhnya di Eropah Timur dengan
menempatkan tenteranya di Poland, Hungary,
Romania dan Czechoslovakia. Kerajaan-
kerajaan bukan komunis di negara berkenaan
dilumpuhkan
Jelaslah bahawa kebimbangan Rusia terhadap Penegasan
Jerman telah menyebabkan Rusia menguasai Isi
semua negara Eropah Timur yang diperintah
oleh Parti Komunis. Kesemua negara tersebut
menjadi negara satelit Rusia.
Sebagai kesimpulan terdapat beberapa faktor yang Kesimpulan
mencetuskan Perang Dingin pada abad ke 20. Perang Dingin
yang bermula di benua Eropah telah tersebar ke bahagian-
bahagian lain di seluruh dunia. Perang ini berlanjutan hingga
tahun 1980an dan berakhir ekoran daripada keruntuhan
negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989.
37
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
3. Bincangkan penglibatan United Kingdom dalam Komanwel hingga abad
ke 20 masihi.
Komanwel merupakan sebuah pertubuhan negara-negara
bekas tanah jajahan British yang telah mencapai
kemerdekaan.
Pertubuhan ini telah ditubuhkan pada tahun 1931 dan Raja
Britain dianggap sebagai Ketua Komanwel.Terdiri daripada
53 buah negara bekas tanah jajahan UK yang telah
mencapai kemerdekaan. Pendahuluan
Walaubagaimanapun bekas-bekas tanah jajahan ini tidak
dipaksa untuk menyertai Komanwel.Antara matlamat utama
penubuhan ialah menggalakkan kerjasama dalam politik,
ekonomi, sosial dan ketenteraan dalam kalangan negara
anggota.
Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh United
Kingdom dalam Komanwel hingga abad ke-20.
Isi 1 : Penglibatan pertama ialah UK dianggap Fakta
sebagai pengasas Komanwel dan merupakan
Pengasas ketua Komanwel. Huraian
Komanwel
Komanwel amat sinonim dengan UK. Contoh
Pembentukannya mempunyai kaitan dengan Penutup Isi
niat dan cita-cita pihak UK untuk membimbing
tanah jajahan ke arah berkerajaan sendiri.UK
juga sedar akan tanggungjawabnya untuk
membangunkan tanah jajahannya yang
ketinggalan dari segi ekonomi
Sebagai contoh, Queen Elizabeth II dilantik
sebagai Ketua Komanwel bagi mengekalkan
legasi monarki Britain.
Jelaslah bahawa UK memberikan sumbangan
utama dalam penubuhan Komanwel ini.
Isi 2 : Penglibatan kedua adalah dalam aspek Fakta
Ekonomi ekonomi. Huraian
UK dalam Komanwel akan membantu
negara- negara anggota yang ketinggalan
dalam bidang ekonomi.Pembangunan
ekonomi ini dapat dicapai dengan
mewujudkan kerjasama dengan negara-
negara anggota demi kepentingan bersama.
Kerjasama multilateral telah mengukuhkan
ekonomi negara-negara bekal tanah
jajahannya.
38
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Negara anggota Komanwel sedar hubungan
dengan negara-negara Komanwel yang lain
serta penglibatan perdagangan dalam
sterling area akan memberi faedah bersama
seperti pemindahan teknologi, kepakaran,
perkhidmatan perkapalan dsb.
Isi 3 : Negara-negara Komanwel mengeksport lebih Contoh
Sosial 50 peratus daripada teh,bijih timah,jut,minyak
sawit dan koko dunia.Negara Komanwel juga Penutup Isi
menyumbang separuh daripada keluaran Fakta
aluminium dunia.
Tegasnya dapatlah dinyatakan bahawa
kekayaan hasil bahan –bahan mentah di
negara bekas tanah jajahannya menyebabkan
UK mengambil kesempatan mengadakan
hubungan bilateral dan penetapan harga
barang-barang utama itu dilakukan oleh UK.
Penglibatan ketiga adalah dalam aspek sosial.
UK dengan pengaruhnya memujuk Huraian
AS,Kanada dan Jepun untuk mewujudkan
Rancangan Colombo. Beberapa negara
anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka
dan Tanah Melayu menikmati faedah
daripada program ini dalam bidang
pendidikan dan pembinaan infrastruktur
seperti jalan raya,kereta api dan sistem
pengairan.
Dalam bidang pendidikan,UK telah
mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan
Pelajaran Komanwel bagi membantu
negara-negara anggota yang sedang
membangun dalam menyediakan sistem
pelajaran yang lebih sempurna.
Jawatankuasa ini merupakan sebuah badan
penasihat dan perunding dalam bidang
pendidikan yang dianggotai oleh pakar
dalam bidang pendidikan.
Sebagai contoh,Persatuan Universiti Komanwel Contoh
telah ditubuhkan untuk membantu universiti
baharu dari segi tenaga pengajar,kelengkapan
penyelidikan dan sebagainya.Persatuan ini
dianggotai oleh 200 buah universiti di seluruh
Komanwel.
39
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2017
Negeri Melaka
Isi 4 : Tegasnya dapatlah dinyatakan bahawa UK Penutup Isi
Ketenteraan banyak membantu negara-negara bekas Fakta
tanah jajahan dalam aspek sosial.
Huraian
Penglibatan keempat adalah adalah dalam
aspek ketenteraan. Contoh
Bantuan dari sudut ketenteraan ini dapat
mempertahankan keamanan dan kestabilan
dalam kalangan negara anggota yang
menghadapi masalah ancaman dari negara
luar atau ancaman- ancaman lain.
Sebagai contoh,tentera-tentera daripada
negara Komanwel iaitu UK dan Australia telah
mempertahankan Tanah Melayu daripada
serangan Jepun semasa PD2.
Tentera Komanwel juga membantu Tanah
Melayu menghadapi ancaman komunis
pada zaman darurat.Begitu juga,tentera
Komanwel telah membantu memulihkan
keamanan negara Uganda yang mengalami
kehancuran akibat Perang Saudara.
Malaysia juga mendapat bantuan
ketenteraan semasa berkonfrontasi dengan
Indonesia.
Tegasnya dapatlah dinyatakan bahawa UK Penutup Isi
memainkan peranan penting ke atas negara-
negara tanah jajahan dalam aspek
ketenteraan.
Sebagai kesimpulan dapatlah dinyatakan bahawa United Kesimpulan
Kingdom telah berjaya membina sebuah pertubuhan yang
banyak memberi manfaat kepada negara anggota dari sudut
politik,ekonomi,sosial dan ketenteraan United Kingdom yang
menjadi tulang belakang Komanwel telah memainkan peranan
penting dalam mencapai matlamat pertubuhan.Kerjasama
yang erat dalam kalangan anggota telah mengukuhkan lagi
pertubuhan itu.
MODUL TAMAT
40