The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SARASWATHI A/P SUBRAMANIAM Moe, 2020-03-30 10:51:21

Sejarah Islam

Sejarah Islam

Keywords: Semester 2

MODUL TUDINGAN SEJARAH STPM
SEMESTER 2

SEJARAH ISLAM
(940/2)

PENGGUBAL:
1. RASDI BIN DERAHMAN ( PENGETUA HUTECS )
2. MOHD ZAKI BIN AHMAD ( GURU AKADEMIK SMK IBRAHIM FIKRI)
3. HANITASURIA BINTI ABD GHANI ( GURU AKADEMIK HUTECS )
4. RAMLI BIN JUSOH ( GURU AKADEMIK SMK PANGKALAN BERANGAN )
5. BAHARI BIN ABDUL RAHMAN ( GURU AKADEMIK SMK KUALA TELEMONG )
6. ROKAMISAH BINTI MOHD YANUN ( GURU AKADEMIK SMK SULTAN AHMAD )

PERUNCINGAN BERDASARKAN TEMA

* POPULAR

** BELUM KELUAR

TEMA 1

TAJUK SUBTAJUK Pecahan Contoh Soalan

Masy Jahiliyah Kehidupan * Jelaskan kemajuan masyarakat
Kemajuan ** Arab sebelum Islam
Masyarakat
Huraikan peranan masyarakat
Masy Islam Ummah * Islam zaman Nabi Muhammad
Zmn Nabi s.a.w **
Zmn Khu al Rasy *

Struktur Zaman Nabi s.a.w.** Bincangkan struk pem. kjaan
Islam zaman Nabi Muhammad

Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w Huraikan dasar pemerintahan
Nabi Muhammad s.a.w.

Pemerintahan Institusi Pemilihan * Galurkan pembtk inst khalifah
Khalifah Pembentukan selepas kewafatan Nabi s.a.w.

Sumb. Khalifah Abu Bakar al Siddiq Huraikan sumbangan Khalifah
Umar al Khattab Umar al Khattab dalam bidang
Bentuk Umar Abdul Aziz politik
Pemerintahan Harun al Rasyid
Zmn Khu al Rasy Pemerintahan zaman Khulafa al
Zmn Turki Uthmaniyyah
Pemerintahan Di India ** Rasyidin berasaskan pemerintahan
Pemerintahan Di Andalusia **
zaman Nabi Muhammad.

Bincangkan.

Pertahanan dan Jihad Pengertian Jihad ** Nilaikan pelaksanaan etika dalam
Pembukaan Etika Perang Pelaksanaan Etika ** peperangan pada zaman Nabi
Wilayah Strategi Perang Pelaksanaan Strategi Muhammad s.a.w
Kepemimpinan * Muhammad al Fateh *
Salehuddin al Ayyubi *

Perhubungan Luar Hub Diplomatik Pelaksanaan Hub Diplomatik Perjanjian dengan kuasa Barat
Naungan ** Pelaksanaan Naungan telah meninggalkan impak negatif
Perjanjian ** Kepentingan Perjanjian kepada kerajaan Uthmaniyyah.
Jelaskan.

TEMA 2

TAJUK SUBTAJUK Pecahan Contoh Soalan
Ekonomi
Sistem Ekonomi Ciri Huraikan ciri – ciri sistem ekonomi
Kegiatan Ekon Zmn Melaka * zaman Nabi Muhammad s.a.w
Kegiatan Ekon Zmn Abbasiyah

Institusi Ekonomi Zakat Huraikan pelaksanaan sistem cukai
Cukai ** zaman Khu al Rasyidin
Baitul mal *

Pendidikan Falsafah Pendidikan Zaman Umaiyah Huraikan perkbg pendidikan zaman
Institusi
dan Abbasiyah ** Bani Umiayah

Institusi Pend Di Mesir Nilaikan faktor kemajuan dan
Institusi Pend Di Acheh * perkbg Acheh sbg pusat
pendidikan pada abad ke-16

Intelektual Perkembangan Perkbg Ilmu Di Andalusia Huraikan faktor perkbg
Perkbg Ilmu Di Baghdad
Penerokaan Sumbangan intelektual di Andalusia
Kesenian Tokoh Ibn Sina
Ibn Khaldun * Nilaikan sumbangan al Ghazali
Al Khwarizmi dalam bidang intelektual
Al Ghazali

Sumbangan Ibn Majid Nilai kepentingan catatan Ibn
Al Mas’udi Batuttah dlm perkbg peradaban
Ibn Battutah manusia

Seni Bina Ciri Seni Bina Di Andalusia Bincangkan ciri – ciri seni bina di
Ciri Seni Bina Di India Granada pada abad ke-13 M

TEMA 3

TAJUK SUBTAJUK Pecahan Contoh Soalan

Peluasan Kuasa Faktor Peluasan Faktor P/Kuasa Barat Di Turki Kelemahan kerajaan Turki
Barat Kuasa Barat * menyebabkan peluasan kuasa
Barat. Bincangkan.

Reaksi Masyakat Reaksi Masy Tempatan Di Jelaskan kebangkitan gerakan
Mesir Tempatan Di antiBarat di Algeria
Reaksi Masy
Algeria *

Nasionalisme Faktor Faktor Kebangkitan Bincangkan perjuangan Rashid
Kebangkitan Rida di Mesir
Nasionalisme Di Mesir *

Faktor Kebangkitan

Nasionalisme Di Syria*

Perang Dunia I Penglibatan Faktor Penglibatan ** Sejauh manakah faktor politik
Kerajaan Kesan Penglibatan * membawa kpd penglibatan
Uthmaniyyah kerajaan Uthmaniyyah dalam
Perang Dunia I

Negara Bangsa Pembentukan Faktor Pembtk Ng Bangsa Huraikan faktor pembtk negara
Negara Bangsa
Turki bangsa Turki

Faktor Pembtk Ng Bangsa

Mesir

SOALAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 2 2019

1. Huraikan kemajuan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
2. Nilaikan kejayaan – kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang politik di Madinah.
3. Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menerima pelbagai kesan ekoran perjanjian yang dimeterai

dengan kuasa – kuasa Barat pada abd ke-17 hingga abad ke-18 Masihi. Bincangkan.
4. Huraikan sumbangan Ibn Sina dalam bidang kedoktoran dan farmasi.
5. Terangkan faktor – faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20 Masihi.
6. Bincangkan tindakan kuasa – kuasa Barat untuk melemahkan kerajaan Turki Uthmaniyyah pada

awal abad ke-20 Masihi

SOALAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 2 2018

1. Bincangkan ciri – ciri kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang ketenteraan.
2. Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafa

al Rasyidin.
3. Jelaskan kepentingan perjanjian yang ditandatangani pada zaman pemerintahan kerajaan

Uthmaniyyah pada abad ke-17 hingga abad ke-19 Masihi.
4. Bincangkan kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada kegemilangan kerajaan Abbasiyah

pada abad ke-11 hingga abad ke-12 Masihi.
5. Jelaskan ciri – ciri pendidikan pada zaman kerajaan Umaiyah dari abad ke- 7 Masihi hingga abad

ke- 8 Masihi
6. Huraikan faktor – faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa Turki pada abad

ke-20 Masihi

CONTOH SOALAN BERDASARKAN TEMA

TEMA 1

SOALAN

1. Bincangkan jenis-jenis agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam.
2. Dasar-dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz boleh dianggap sebagai khalifah al Rasyidin

kelima. Bincangkan.
3. Perihalkan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke-7

hingga abad ke-8M.
4. Bincangkan pengertian jihad dan tujuannya dalam konteks peperangan pada zaman khulafa al

Rasyidin.
5. Jelaskan sistem pemerintahan di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

Bincangkan jenis-jenis agama dan kepercayaan masyarakat Arab
sebelum Islam.

Zaman sebelum Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah. Mengikut al-Quran Klon Soalan
zaman Jahiliah ialah masyarakat yang tidak ada kitab suci, nabi sebagai Faktor Kepelbagaian
petunjuk dan tidak berakhlak, majoriti buta huruf dan tidak berperadaban. Agama dan Kepercayaan
Menurut pandangan sejarawan Islam,zaman Jahiliah berlangsung selama - Pengaruh nenek moyang
310 tahun, bermula dengan pecahnya Empangan Maarib hingga Nabi - Pengaruh persekitaran
Muhammad s.a.w. menerima wahyu. Dalam tempoh masa ini, - Pengaruh kuasa asing
masyarakat Arab menganut pelbagai jenis agama yang merangkumi - Tindakan pendeta
agama ciptaan dan samawi serta mengamalkan tradisi nenek moyang
secara membuta tuli. Tajuk Berkaitan Jahiliyah
Ketamadunan Masy Arab
Agama yang paling dominan ialah agama Wathani, iaitu agama Sebelum Islam
penyembahan berhala. Berhala – berhala diperbuat daripada batu, kayu, - Pentadbiran sistematik
tamar dan logam emas dan perak sama ada yang asli mahupun berbentuk - Demokrasi
replika. Setiap kabilah mempunyai patung berhala atau tuhan masing- - Hubungan diplomatik
masing. Contohnya, kabilah Thaqif, berhala mereka bernama al-Laat, - Perdangangan
sementara berhala al Uzza di Nakhlah, dan al Manat di antara Makkah dan antarabangsa
Madinah. Pun begitu pusat penyembahan utama agama ini adalah kota -Akhlak terpuji
Makkah disebabkan mereka menempatkan lebih 360 buah patung berhala - Kesetiaan
yang pelbagai saiz dan rupa di sekeliling Kaabah. Masyarakat Arab pada -Bulan suci
masa ini tidaklah menganggap patung berhala itu benar-benar sebagai -Pidato dan syair
Tuhan tetapi hanyalah sebagai perantaraan untuk mendekatkan diri
kepada Tuhan.

Seterusnya, terdapat juga sebahagian masyarakat jahiliah ini yang
menganut agama Majusi yang dibawa dari Parsi. Penganut agama ini tidak
mempunyai kitab suci dan tidak mengakui Nabi-nabi yang diutuskan oleh
Allah SWT, tetapi mereka mengikut nabi – nabi palsu. Penganut agama ini
ramai terdapat di Oman, Yaman dan Bahrain yang merupakan kawasan di
bawah pengaruh Parsi. Mereka menyembah api dan percaya terdapat
Tuhan Kebaikan (Cahaya) dan Tuhan Kejahatan (Gelap gelita). Justeru,
untuk menjamin Tuhan Kebaikan mendampingi mereka, api dinyalakan di

rumah mereka. Pendeta-pendeta Majusi akan menyembah matahari
empat kali dalam satu hari. Agama ini juga mengandungi beberapa
mazhab seperti Kayumarthiyah, Zarwaniyah, dan Zaradushtiyah yang
menghalalkan perkahwinan antara ibu dengan anak serta adik-beradik.

Sesetengah masyarakat Arab sebelum Islam menganut agama Samawi
sama ada agama Yahudi, Nasrani dan Hanif. Penganut agama Nasrani
mempunyai kitab suci iaitu kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.,
namun kandungan kitab ini telah diselewengkan oleh pendeta agama
yang mendakwa Isa anak Tuhan yang menyebabkan ianya dikenali sebagai
agama Kristian yang dinaungi oleh Rom Timur. Agama ini dikatakan dibawa
ke Tanah Arab melalui perhubungan penduduk Arab dengan Syria, Mesir
dan Habsyah. Sementara agama Yahudi dikatakan sesat disebabkan
tindakan para pendeta agama ini yang mengubahsuai kandungan kitab
Taurat sekaligung bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi
Musa a.s. Segelintir masyarakat Arab juga menganut agama Hanif yang
dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s., dikenali sebagai golongan Hunafa, dan
agama ini satu – satunya yang mentauhidkan Allah. Agama ini tidak
mempunyai kitab tetapi penganut agama ini mempunyai suhuf ( risalah
ketuhanan ).

Selain agama, sebahagian masyarakat Arab juga mengamalkan pelbagai
kepercayaan, antaranya kepercayaan animisme. Animisme merujuk
kepada mempercayai kuasa ghaib, memuja roh, penunggu dan
sebagainya. Mereka juga mempercayai apa-apa sahaja yang dianggap
ganjil termasuklah bulan, matahari, gua, batu dan pokok-pokok besar, dan
dipercayai mempunyai roh. Cara penyembahan dan pemujaan yang
dilakukan bergantung kepada tempat tinggal dan pekerjaan mereka,
contohnya, memuja matahari dan bulan kerana mereka menganggap
matahari dan bulan menghidupkan tanaman.

Sebahagian masyarakat Arab juga percaya kepada unsur-unsur karut dan
tahyul. Antara kepercayaan tahyul yang menjadi amalan masyarakat
jahiliah ialah kepercayaan kepada tangkal azimat, roh orang mati menjadi
burung, percaya kepada ahli nujum, percaya kepada ahli sihir, percaya
kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan. Jika ke kiri
membawa keburukan, jika ke kanan membawa kebaikan. Mereka juga
percaya mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang
mulia. Antara contoh kepercayaan karut ialah suami mengikat tali pada
mana - mana pokok sebelum keluar rumah. Jika ikatan terlerai
sekembalinya suami dari perantauan, hal ini bermakna isterinya berlaku
curang.

Kesimpulannya, sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., masyarakat
Arab mengamalkan agama yang bersifat sesat dan kepercayaan karut
yang bertentangan dengan ajaran Nabi dan rasul terdahulu yang
mempengaruhi kehidupan mereka dengan kejahilan sehinggalah
diutuskan Nabi Muhammad s.a.w. bagi menerangi kegelapan dan
memulakan lembaran atau tamadun baharu dalam masyarakat Arab.

Dasar-dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz boleh dianggap
sebagai khalifah al Rasyidin kelima. Bincangkan.

Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan khalifah Umayyah kelapan yang
memerintah dari tahun 717 M hingga 720 M. Beliau dilantik sebagai
khalifah berikutan wasiat khalifah sebelumnya, Sulaiman Abdul Malik.
Beliau memiliki keperibadian yang berilmu, warak, dan zuhud. Dasar
pemerintahan dan keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz amat berbeza
dengan khalifah-khalifah Bani Umayyah sebelumnya sehingga sejarawan
menganggapnya sebagai khalifah al Rasyidin kelima.

Dasar khalifah Umar yang dianggap sebagai khalifah al Rasyidin kelima Klon Soalan
dalam bidang politik ialah dengan menjadikan al Quran dan Hadis sebagai
asas utama dalam mentadbir negara. Sebelum ini, bermula zaman ‘Pembersihan Imej
Muawiyyah, sistem pentadbiran kerajaan Islam ini adalah bermodelkan
kerajaan Rom Timur, penuh dengan amalan dan protokol sehingga Kerajaan Bani Umaiyah’
menyusahkan rakyat untuk menemui khalifah atau menyampaikan
sebarang aduan. Khalifah Umar sering mengingatkan para gabenornya - Dasar Umar berprinsipkan
agar melantik pegawai-pegawai pentadbiran wilayah agar sentiasa
berpegang kepada ajaran al-Quran dan Hadis. Khalifah Umar juga amat al Quran dan al Sunnah
mementingkan keadilan, mana-mana pegawai yang tidak cekap,
mengabaikan rakyat serta melaksanakan polisi yang bertentangan dengan -Menghidupkan amalan
hukum syarak akan dikenakan tindakan termasuk dipecat seperti Yazid bin
Muslim ( Afrika Utara ), Salleh Abdul Rahman ( Iraq ) dan al Harith bin Abd syura
Rahman. Jelaslah corak pentadbiran beliau adalah bermodelkan dasar –
dasar para Khalifah pada zaman Khulafa al Rasyidin. -Memulihkan institusi Baitul

mal

-Memperbaiki sistem cukai

jizyah dan kharaj

-Mengutamakan polisi

dakwah berbanding

ketenteraan

Selain itu, dasar pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz boleh dianggap Tajuk Berkaitan Tokoh
sebagai khalifah al Rasyidin kelima ialah menghidupkan semula amalan
syura dalam pentadbiran. Tindakan ini dapat memastikan segala dasar Khalifah
yang dilaksanakan dapat memberi manafaat kepada semua pihak serta
memberikan peluang dan ruang secukupnya kepada rakyat Abu Bakar: Isu Yang
mengemukakan pandangan mahupun kritikan. Segala keputusan yang
diputuskan dalam mesyuarat dibincangkan bersama untuk kepentingan Diselesaikan
bersama. Pemusatan kuasa yang berlaku sebelum ini bermula pada zaman
Muawiyyah menyebabkan rakyat hanya akur dengan segala dasar yang - Kepemimpinan; sebelum
diputuskan bagi mengelakan sebarang musibah. Tegasnya prinsip dan
amalan syura telah dikembalikan dan dipraktikkan membawa kestabilan dan selepas menjadi
dalam politik pada zaman pemerintahannya.
khalifah

- Keselamatan: gerakkan

tentera ke Rom

- Agama: hapuskan

gerakan al Riddah dan

kumpul al Quran

Seterusnya dari sudut ekonomi, khalifah Umar Abdul Aziz telah
memulihkan institusi baitul mal. Harta yang dianggap milik kerajaan
diisytiharkan sebagai amanah Allah. Harta rampasan perang yang dimiliki
oleh keluarga Bani Umaiyah diletakkan semula ke dalam Baitul mal. Untuk
mengatasi kekurangan harta, beliau menyerahkan harta peribadinya serta
barang kemas isterinya kepada Baitul mal. Beliau memastikan badan ini
memainkan peranan utama dalam meningkatkan taraf hidup umat dan
negara Islam. Sistem pungutan cukai juga telah dikemaskini. Cukai jizyah
yang sebelum ini dikenakan kepada golongan Mawali dihapuskan, malah
kadar cukai yang dikenakan ke atas golongan Yahudi turut dikurangkan
kepada 200 dirham. Cukai-cukai lain seperti cukai perniagaan dan kharaj
tetap dilaksanakan, tetapi dikurangkan kadarnya seperti kharaj

diturunkan kadarnya sebagaimana pada zaman Umar al Khattab. Jelaslah Tajuk Berkaitan Tokoh
dasar ekonomi yang dilaksanakan menggambarkan keadilan kepada Khalifah
masyarakat sebagaimana yang dipraktikkan pada zaman Khulafa al Umar al Khattab: Faktor
Rasyidin. Kejayaan
- Keperibadian dan
Di samping itu, dasar khalifah Umar Abdul Aziz yang boleh dianggap
sebagai khalifah al Rasyidin kelima dibuktikan melalui sosial. Khalifah kepemimpinan
Umar berusaha keras meningkatkan kebajikan sosial rakyat di bawah - Mewarisi kerajaan yang
pimpinannya dengan menyediakan dan memperkasakan prasana awam
seperti jalan raya yang dibina menghubungkan Khurasan dan Makkah, stabil
rumah-rumah tumpangan, rumah-rumah kebajikan serta hospital - Kekuatan ekonomi
didirikan untuk kemudahan rakyat. Begitu juga dengan rumah ibadat dan - Kekuatan tentera
masjid semakin banyak didirikan di seluruh wilayah Islam. Perkhidmatan - Syura
pos diperluaskan kepada semua golongan rakyat dan tidak hanya terbatas
kepada urusan rasmi negara sahaja sebagaimana yang berlaku sebelum Tajuk Berkaitan Tokoh
ini. Khalifah Umar juga menukarkan dasar pemerintah terdahulu yang Khalifah
bersifat materialistik kepada pembangunan sosioekonomi yang Sumbangan Harun al
seimbang demi kesejahteraan rakyat pimpinannya. Rasyid
- Mewujudkan pentadbiran
Khalifah Umar Abdul Azizi turut menitikberatkan perkembangan dakwah
Islamiah sebagaimana yang dilakukan oleh khalifah al Rasyidin. Guru- yang sistematik
guru agama dihantar ke wilayah-wilayah Islam untuk mengajar orang - Menjalinkan hubungan
awam tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam. Sifat adil dan
toleransi khalifah Umar dikatakan mampu menarik ramai golongan diplomatik
memeluk Islam. Contohnya Jarrah bin Abdullah telah mengislamkan 4000 - Melemahkan Rom Timur
orang berketurunan Parsi di wilayah Khurasan. Malah di Utara Afrika, - Memajukan sektor
ramai golongan Barbar menyatakan keislaman kesan kejayaan polisi
dakwah yang giat dijalankan. Utusan-utusan dakwah turut dikirimkan ke ekonomi
negara-negara bukan Islam untuk menyeru pemerintah menerima Islam. - Menaungi dan
Antara yang menerima seruan dakwah ini ialah Raja Sind di India.
memajukan bidang
intelektual

Kesimpulannya, dasar pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz pada
keseluruhannya penuh dengan keadilan dan kebaikan. Keadilan yang
beliau perjuangkan mencontohi keadilan pada zaman datuknya, Khalifah
Umar al-Khattab sehingga beliau dianggap sebagai khalifah al Rasyidin
kelima. Malah, polisi pemerintahan beliau berjaya membersih imej
kerajaan Umaiyah yang dianggap penuh diskriminasi sebelumnya.

Perihalkan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Bani
Umaiyah pada abad ke-7 hingga abad ke-8M.

Perkembangan Islam yang begitu pesat sejak zaman Rasulullah s.a.w telah
menyebabkan banyak wilayah yang berjaya ditakluki dan bernaung di
bawah pemerintahan Islam. Wilayah yang ditakluki dan bernaung ini
semakin meluas terutama ketika pemerintahan Bani Umaiyah ekoran
kejayaan peluasan kuasa di Tanah Arab sendiri, India, sempadan China,
Asia Tengah dan Afrika. Sesebuah wilayah yang ditakluki dikehendaki
membayar cukai jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan
Bani Umaiyah.

Pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada Klon Soalan
abad ke-7 hingga abad ke-8M boleh dilihat menerusi pembayaran jizyah.
Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir Pelaksanaan Jizyah
zimmi. Pelaksanaan cukai ini sebagai balasan kerajaan Islam memberikan
status perlindungan nyawa dan harta benda, hak kebebasan beragama, Zaman Khulafa al
memperoleh perlindungan (kebajikan) dan hak kebebasan bekerja iaitu
mendapat jawatan kerajaan daripada pemerintah. Jelaslah bahawa, Rasyidin
pelaksanaan sistem naungan ini memberikan kebaikan kepada kedua-
dua pihak, iaitu pemerintah mendapat kutipan cukai (jizyah) manakala - Penerusan dasar
rakyat (kafir zimmi) akan mendapat perlindungan dan manfaat
sebagaimana dijanjikan. sebagaimana zaman

Bermula zaman Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan, pengasas kerajaan Rasulullah oleh Abu Bakar
Bani Umaiyah, Diwan al Kharaj ( Jabatan Kewangan ) telah ditubuhkan
bagi mengendalikan urusan pemungutan cukai termasuk cukai jizyah. - Pelaksanaan Zaman
Pegawai – pegawai yang bertugas dalam jabatan ini dilantik secara
langsung oleh khalifah, dan bertanggungjawab menjalankan kutipan cukai Umar al Khattab;
sama ada di peringkat pusat mahupun peringkat wilayah. Tegasnya
dengan penubuhan jabatan ini, pengutipan cukai lebih sistematik dan Kemuncak ekoran
perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
kejayaan dalam

peperangan

- Kadar mengikut

kemampuan kafir zimmi

- Zaman Uthman bin Affan;

diperluaskan hingga utara

Afrika ekoran penubuhan

tentera laut

- Zaman Ali, dilaksanakan

walaupun ada konflik

dalaman

Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685-705M), jizyah Tajuk Berkaitan
turut dikenakan ke atas golongan Mawali (bukan Arab yang memeluk
Islam) dan golongan rahib yang sebelum ini dikecualikan pada zaman Hubungan Luar
Khulafa al Rasyidin. Hal ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati
golongan Mawali dan menganggap tindakan Khalifah Abdul Malik bin Impak Perjanjian Zaman
Marwan sebagai satu bentuk diskriminasi Arab dan bukan Arab. Manakala
bagi golongan rahib pula tindakan ini menimbulkan rasa tidak senang Abbasiyah
kalangan agamawan bukan Islam, kerana sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi
mereka tidak dikenakan sebarang cukai. Hal ini menyebabkan adanya - Politik: Kekuatan dan
cubaan memberontak dalam kalangan golongan Mawali selain
menganggap diskriminasi ini semata-mata memenuhi sumber kestabilan; hubungan
prndapatan kerajaan serta memenuhi agenda politik khalifah semasa.
dengan Perancis
Di samping itu, ketika pemerintahan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik,
baginda meneruskan sistem naungan ini dengan mengenakan jizyah ke - Ketenteraan: Memaksa
atas penduduk (kafir zimmi) setelah berjaya dalam beberapa ekspedisi
ketenteraan ke Asia Tengah, Afrika Utara dan Eropah Selatan. Selain itu, Rom menandatangani
baginda juga mengenakan jizyah sebagai balasan memberikan naungan
setelah berjaya dalam ekspedisi yang diketuai oleh Muhammad al Qasim perjanjian damai
ke India Barat dan China Barat. Dalam misi ini, Muhammad al Qasim
berjaya mengalahkan Raja Dhaha (pemerintah Sind) dan Multan. - Ekonomi: Menggalak
Tuntasnya, kemenangan dalam ekspedisi ketenteraan ini telah
menyebabkan sumber Baitul mal meningkat ekoran peningkatan hasil hubungan perdagangan
kutipan jizyah dari wilayah – wilayah berkenaan.
antarabangsa; hubungan

dgn China dan India

- Intelektual: Kedatangan

golongan cerdik pandai

tanpa mengira agama dan

fahaman politik

Selain itu, pelaksanaan sistem naungan pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar Abdul Aziz agak berbeza. Baginda mengambil pendekatan
berbeza dengan memanggil balik tentera di medan peperangan dan
menggantikannya dengan seruan dakwah, selain melakukan perubahan
dasar pungutan jizyah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz bertindak

memansuhkan cukai jizyah ke atas orang Islam bukan Arab (Mawali).
Baginda menghapuskan diskriminasi terhadap golongan Mawali dan
menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur antara Arab dan bukan
Arab serta memujuk orang bukan Islam memeluk agama Islam. Kadar
bayaran cukai jizyah juga dikurangkan kepada 200 dirham agar tidak
membebankan rakyat. Tindakan ini telah menyebabkan negara berada
dalam keadaan aman dan makmur dengan rakyat menyanjung
pemerintahan baginda.

Di samping itu, pelaksanaan sistem naungan yang diamalkan oleh
pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik agak berbeza berbanding
Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Yazid Abdul Malik telah
menghidupkan kembali dasar diskriminasi terhadap golongan Mawali.
Golongan Mawali perlu membayar kembali jizyah dengan bayaran
dinaikkan sebanyak 20 peratus. Akibatnya, rakyat yang tidak berpuas hati
telah memberontak selain, banyak wilayah dan negeri naungan cuba
membebaskan diri dari kawalan pemerintah di Damsyik. Golongan
Khawarij dan Syiah turut menggunakan kesempatan ini untuk
memberontak terhadap kerajaan Umaiyah.

Kesimpulannya, naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam, amnya
akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk dari
dua kuasa dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi, walaupun kerajaan ini
mempunyai sikap anti-Islam. Menerusi hubungan yang dijalankan ini
keunggulan pemerintah Islam terserlah menerusi pendekatan yang
diambil oleh pemerintah dan peranan gabenor dalam melaksanakan
kutipan jizyah dan timbal balas menjaga keselamatan rakyat tanpa
mengira agama dan warna kulit.

Bincangkan pengertian jihad dan tujuannya dalam konteks peperangan
pada zaman khulafa al Rasyidin.

Islam tidak menggalakkan peperangan kerana agama Islam yang Klon Soalan
datangnya dari Allah S.W.T telah diturunkan kepada Nabi Muhammad Jenis – jenis Jihad
s.a.w adalah untuk membawa manusia ke arah kesejahteraan dan - Menentang musuh di
keamanan sebagai khalifah di muka bumi. Namun peperangan tidak dapat
dielakkan seandainya agama, negara dan maruah umat Islam diancam medan perang
oleh musuh. Peperangan dalam Islam dimantapkan lagi adanya konsep - Mengorbankan harta
jihad bagi menyemarakkan lagi semangat tentera Islam ketika berhadapan - Menuntut ilmu
dengan musuh. Oleh itu tujuan peperangan pada zaman khulafa al
Rasyidin adalah kesinambungan daripada peperangan yang telah berlaku - Menentang hawa nafsu
pada zaman Rasulullah iaitu untuk menjaga kesucian agama, - Memperbaiki taraf hidup
mempertahan negara dan juga maruah umat Islam itu sendiri.

Perkataan jihad berasal dari kata dasar ‘jahada’ bererti berusaha keras,
bersungguh-sungguh dan berjuang. Dalam istilah syarak, bererti
berjuang iaitu berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa
nafsu, berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bagi
menegakkan agama Allah. Dari sudut bahasa pula, jihad bermaksud
penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita iaitu
menegakkan syiar Islam. Menurut Abdul Aziz bin Mat Zin, jihad itu adalah
pelbagai jenis dan pengertian, namun selalunya ia dirujuk khusus kepada

peperangan melawan musuh untuk menegakkan Islam. Dalam keadaan ini
beliau menegaskan bahawa jihad merupakan kemuncak kepada usaha
dakwah iaitu menyebarkan syiar Islam terutamanya semasa zaman Nabi
s.a.w dan zaman sahabat. Tegasnya, jihad ialah berjuang menegakkan
kebenaran melalui cara diredai-Nya dan diistilahkan sebagai fi sabilillah.

Peperangan pada zaman Khulafa al Rasyidin adalah bertujuan untuk Tajuk Berkaitan
menghapuskan golongan yang menyeleweng dan cuba menghancurkan
kesucian agama Islam terutamanya selepas kewafatan Nabi Muhammad Ketenteraan
s.a.w. Pada ketika itu munculnya penentangan golongan al Riddah yang
terdiri daripada nabi-nabi palsu, golongan yang murtad dan enggan Pelaksanaan Etika Perang
membayar zakat. Antara yang mengaku sebagai nabi ialah Musailamah al
Kazzab (Yamamah), Tulaihah bin khuwailid (Najd), Sajjah al Harith (Yaman) - Sebelum perang
dan Al Aswad al Ansi (Yaman). Manakala golongan yang tidak mahu
mengeluarkan zakat pula pula wujud di Yamamah, Yaman dan Oman yang - Semasa perang
dipimpin oleh Malik al Nuwairah. Khalifah Abu Bakar telah membentuk 11
pasukan tentera dan berjaya memerangi golongan tersebut. Impak ke atas - Selepas perang
kemenangan ini Islam telah berjaya diperkukuhkan semula sekaligus
dapat memelihara kesucian agama Islam itu sendiri. - Kepentingan pelaksanaan

etika

Peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin juga untuk menjaga maruah Tajuk Berkaitan
umat Islam daripada diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.
Khalifah Abu Bakar telah menggerakkan semula tentera yang telah Peperangan
dibentuk oleh Rasulullah s.a.w bagi menghadapi ancaman Rom di
Ghassan. Hal ini kerana penduduk Ghassan yang dinaungi oleh Rom telah Strategi Perang
membunuh beberapa orang utusan Nabi Muhammad s.a.w yang dilihat
telah menjatuhkan maruah umat Islam itu sendiri. Tentera ini tidak sempat - Menguasai tempat
digerakkan disebabkan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu
khalifah Abu Bakar telah memerangi Ghassan di bawah pimpinan Usamah strategik
bin Zaid. Impaknya, tentera ini telah memperoleh kemenangan yang
cemerlang dan sekali gus dapat menjaga maruah umat Islam - Bertahan
keseluruhannya.
- Mengepung dan

menyerang / ofensif

- Muslihat

- Tidak mengejar musuh

Seterusnya, peperangan pada zaman khulafa juga bertujuan untuk
mengatasi ancaman pihak yang sentiasa memusuhi Islam terutamanya
Rom dan Parsi. Contohnya Khalifah Abu Bakar telah melantik Khalid al
Walid sebagai panglima bagi memerangi Rom dan Parsi. Kesannya tentera
Islam berjaya mengambil alih kawasan Damsyik, Hims di Palestine dan di
Jordan. Bagi mengatasi Parsi pula Khalifah Abu Bakar telah menghantar
Muthana bin Harithah dan juga Khalid bin al Walid. Tentera Islam telah
berjaya menewaskan Parsi di Teluk Parsi, menawan Sg Furat dan turut
berjaya menawan Hirah dan Anbar. Impaknya kerajaan Islam di Madinah
pada masa itu berjaya melemahkan Rom dan Parsi yang menjadi
ancaman kepada pemerintahan Islam ketika itu.

Peperangan yang berlaku pada zaman khulafa al Rasyidin juga berperanan
meluaskan kekuasaan empayar kerajaan Islam yang berpusat di
Madinah. Contohnya semasa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab
empayar Islam telah merebak dengan luasnya sehinggga ke Afrika Utara
(Mesir). Sebelumnya Khalifah Umar melalui panglima Saad bin Abu Waqas
dan panglima Nukman bin Muqarin telah berjaya menawan Parsi.
Panglima-panglima Islam juga berjaya menakluki Syria dan Palestine.

Ekoran daripada luasnya empayar pada zaman tersebut Khalifah Umat
telah mewujudkan bandar- bandar tentera di sempadan negara seperti
Fustat, Basrah, Kufah yang dilengkapi dengan kubu demi menjamin
keselamatan negara. Kesan daripada penaklukan tersebut juga telah
menyebabkan dakwah Islam turut tersebar ke wilayah-wilayah
taklukannya.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab juga telah berlaku
jihad dalam konteks peperangan yang bertujuan menghapuskan
kezaliman. Dalam konteks ini, ianya berlaku di Mesir, apabila kaum Qibti
telah memohon bantuan daripada Khalifah Umar agar menamatkan
pemerintahan zalim di sana. Sehubungan dengan itu, Khalifah Umar telah
membentuk dan menghantar tentera di bawah pimpinan Amru al As.
Hasilnya, Rom telah berjaya dikalahkan. Kesan kemenangan ini, bukan
sahaja Islam telah bertapak di Mesir, malah penduduk Qibti telah
menyatakan kesanggupan membayar jziyah sebagai balasan berada di
bawah naungan kerajaan Islam.

Kesimpulannya, jihad yang dianjurkan dalam Islam terutama dalam
konteks peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin telah Berjaya
membantu mengukuhkan kedudukan agama Islam Negara Islam Madinah
pada masa tersebut. Kejayaan tentera Islam dalam peperangan juga telah
menyebabkan Islam berkembang luas di seluruh Semenanjung Tanah Arab
dan meluaskan pengaruhnya sehingga ke Afrika Utara.

Jelaskan sistem pemerintahan di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

Islam bertapak di Sepanyol ( Andalusia ) pada tahun 711 Masihi apabila Tajuk Berkaitan Bentuk
tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziad berjaya menamatkan Pemerintahan
pemerintahan Visigoth. Bermula daripada peristiwa ini, terbentuk Zaman Khulafa al
kerajaan Islam di Andalusia yang dapat dibahagikan kepada beberapa Rasyidin
tahap sehinggalah berakhirnya kerajaan terakhir yang berpusat di Granada - Khalifah terajui
di bawah pemerintahan Bani Ahmar ( Nasriyyah ) dikalahkan oleh tentera
– tentera Kristian. Pun begitu, sepanjang abad ke-13 Masihi telah pemerintahan
memperlihat akan kewujudan dua buah kerajaan kecil, iaitu kerajaan
Muwahidun dan Nasriyyah yang mempunyai sistem pemerintahan - Syura dinstitusikan
tersendiri. - Birokrasi peringkat pusat
- Pembahagian wilayah dan
Sama ada kerajaan Muwahidun mahupun kerajaan Nasriyyah, kedua –
duanya mempunyai pusat pentadbiran yang tersendiri. Kerajaan birokrasi
Muwahidun telah menjadikan Seville sebagai pusat pemerintahan mereka - Pentadbiran tentera
selepas kejayaan menyeberang Andalusia. Susulan daripada kejayaan ini, - Pentadbiran ekonomi
beberapa wilayah telah dikuasai seperti Toledo, Santarem, dan Granada.
Sejarah mencatatkan, kerajaan ini mempunyai 13 orang pemerintah, dan
pemerintah yang terkenal ialah Sultan Abu Ya’qub Yusuf. Di bawah
pimpinan Ibn Hud pula, Amir ini telah menjadikan Murcia sebagai pusat
pemerintahannya, dan memulakan usaha menguasai wilayah seperti
Almeria, Ceuta, Jaen, Merida dan Badajoz. Manakala kerajaan Nasriyyah
pula diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang juga dikenali
sebagai Ibn al Ahmar telah menjadikan Granada sebagai pusat
pentadbirannya pada tahun 1235 memandangkan kedudukannya yang
strategik, antara Almeria dan Gibraltar serta dikelilingi oleh kubu

pertahanan yang kuat. Kekuatan kerajaan ini menyebabkan Bani al
Ahmar dapat bertahan sehingga tahun 1396 Masihi.

Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pemerintah, pemimpin kedua –
dua buah kerajaan ini telah menggunakan gelaran sama ada khalifah,
amir, mahupun sultan. Bagi kerajaan Muwahidun, penggunaan gelaran
amir merupakan simbol kekuasaan tertinggi dan bertujuan memastikan
jawatan ini berkekalan dan diwarisi oleh putera – putera mahkota. Pun
begitu, ada sesetengah pemerintah telah menggunakan gelaran al Mahdi,
al Nasir dan al Mansor yang bertujuan menggambarkan akan
keagungannya sebagai pemerintah; secara tidak langsung
menggambarkan adanya pengaruh Syiah dalam kerajaan ini. Sementara
dalam kerajaan Nasriyyah, terdapat pemerintah yang menggunakan
gelaran Sultan selain penggunaan gelaran yang sinonim dengan kerajaan
al Muawahidun iaitu Amir. Apa yang pasti, gelaran yang digunapakai ini
menggambarkan bertujuan menunjukkan pemusatan kuasa di tangan
pemerintah.

Seterusnya, bagi memastikan pemerintahan berjalan lancar, pemerintah
sama ada Amir mahupun Sultan akan membentuk sistem birokrasi sama
ada di peringkat pusat mahupun wilayah, walaupun penguasaan wilayah
agak terhad. Antara jawatan yang dibentuk ialah Gabenor Jeneral yang
merupakan wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik pegawai –
pegawai untuk membantunya dalam urusan. Jabatan dan jawatan lain
yang dibentuk pada zaman kerajaan Muawahidun antaranya ialah Rais al
Dawlah, al Wuzara, al Kuttab, al Hijab, al Qudat, al Wulah al Jund, dan
Nizam al Jibayah. Tugasan jabatan dan jawatan ini merangkumi aspek
politik, kewangan, ketenteraan, kebudayaan dan sebagainya sekaligus
memberikan gambaran tumpuan bukan sahaja aspek politik malah
kepada pembangunan ekonomi, sosial dan budaya.

Oleh sebab kedua – dua buah kerajaan ini terbentuk dalam suasana yang
agak terhimpit dengan ancaman dan serangan musuh tertentu, polisi
ketenteraan merupakan teras utama dalam pentadbiran kerajaan ini.
Bagi kerajaan al Muwahidun umpamanya, mereka telah mengadakan
perjanjian damai dengan pihak Kristian yang telah bertahan selama 10
tahun sebelum berlakunya semula pertelagahan antara kedua – dua pihak.
Begitu juga dengan Ibn Ahmar pada tahun 1246 Masihi telah
menandatangani perjanjian damai dengan pihak Kristian serta sedia
membayar ufti dan menyerahkan beberapa buah wilayah demi
menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada
dan mengekalkan penguasaan kerajaan Nasriyah. Pun begitu sentimen
antiIslam yang menebal dalam kalangan pemimpin Kristian telah
menyebabkan kerajaan Granada diserang bertali arus sekaligus
melenyapkan kerajaan ini pada tahun 1492 Masihi.

Salah satu keunikan dua buah kerajaan ini ialah dasar liberal yang
dilaksanakan, umpamanya bagi kerajaan al Muwahidun, pemerintah tidak
memihak kepada mana – mana mazhab sebagaimana kerajaan Murabitun
sebelum ini yang memihak kepada Mazhab Maliki. Sikap liberal ini
menyebabkan kerajaan ini mendapat sokongan daripada orang – orang
Islam. Dasar liberal kerajaan Nasriyah pula dapat dilihat, apabila pemimpin

– pemimpin kerajaan ini memberikan layanan yang baik kepada golongan
bukan Islam sekaligus telah mendapat kesetiaan daripada penduduk
Granada. Dasar liberal yang dilaksanakan sesungguhnya dapat menjamin
kekuatan dan keutuhan sama ada kerajaan al Muwahidun mahupun
kerajaan Nasriyah.

Kesimpulan, walaupun kedua – dua buah kerajaan Islam ini menghadapi
ancaman yang begitu getir daripada golongan bukan Islam khususnya
golongan Kristian, namun dengan pentabiran yang sistematik khususnya
pemusatan kuasa di tangan Amir mahupun Sultan, ditambah dengan dasar
– dasar yang dilaksanakan kerajaan ini telah dapat bertahan sehingga
penghujung abad ke-15 dan berjaya meninggalkan legasi yang bernilai di
bumi Eropah

TEMA 2

SOALAN

1. Bincangkan pelaksanaan sistem percukaian pada zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke-9
hingga abad ke-11 Masihi.

2. Huraikan kepelbagaian institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-16 Masihi.
3. Nilaikan sumbangan al-Ghazali dalam bidang keintelektualan.
4. Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaraan dan penerokaan.
5. Huraikan ciri-ciri seni bina Islam di Granada pada abad ke-13 Masihi.

Bincangkan pelaksanaan sistem percukaian pada zaman kerajaan
Abbasiyah pada abad ke-9 hingga abad ke-11 Masihi.

Kerajaan Bani Abbasiyah terbentuk selepas kejayaan Revolusi Abbasiyah
yang bertujuan menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 750
Masihi. Kerajaan ini bertahan selama lima abad, dan sepanjang
kekuasaannya muncul beberapa khalifah yang terkenal seperti Abu
Jaafar al Mansor, Harun al Rasyid dan al Makmun. Zaman pemerintahan
Khalifah Harun al Rasyid menyaksikan perkembangan ekonomi yang
mapan apabila harta Baitul mal ditinggalkannya mencecah 900 juta
dirham ekoran pelbagai sumber pendapatan yang diperoleh termasuk
hasil – hasil cukai.

Secara amnya, terdapat beberapa jenis yang dilaksanakan pada zaman
kerajaan Abbasiyah. Antaranya cukai jizyah, kharaj, dan usyur yang
merupakan cukai – cukai yang telah dilaksanakan sejak zaman
sebelumnya. Cukai jizyah merupakan cukai yang dikenakan terhadap
golongan kafir zimmi, iaitu golongan bukan Islam yang berada di bawah
naungan kerajaan Abbasiyah, manakala cukai kharaj pula dikenakan
kepada individu – individu yang memiliki tanah sama ada diusahakan
atau disewakan kepada mana – mana pihak. Sementara usyur pula
merupakan cukai perniagaan atau perdagangan yang dikenakan kepada
golongan pedagang sama ada yang beragama Islam dan sebaliknya

dengan kadar tertentu. Khalifah Harun al Rasyid telah mengarahkan Abu Klon Soalan
Yusuf bin Yaakub, Kadi Besar Baghdad menghasilkan buku panduan,
Kitab al Kharaj yang akan dijadikan panduan pelaksanaan pemungutan Pelaksanaan Kharaj
cukai dalam kerajaan Abbasiyah ini. Kesan daripada pemungutan yang
sistematik, sumber – sumber pendapatan dapat diuruskan dengan Zaman Khalifah Umar
cekap dan dimanfaatkan untuk pembangunan negara, dan yang lebih
penting dana atau kewangan kerajaan ini semakin bertambah dari - Pengenalan undang –
semasa ke semasa
undang tanah
Berhubung dengan cukai jizyah, pelaksanaannya hampir sama dengan
zaman Khulafa al Rasyidin, memandangkan pentadbiran negara pada - Pembahagian kharaj
masa ini dikuasai oleh golongan bukan Arab, iaitu bangsa Parsi dan Turki,
berlainan dengan zaman Bani Umaiyah apabila golongan bukan Arab - Faktor penentu kadar
( Mawali ) telah diwajibkan membayar jizyah bermula zaman Khalifah
Abdul Malik bin Marwan. Kadar jizyah yang dikenakan bergantung kharaj
kepada status seseorang individu, dan cukai ini tidak perlu dijelaskan
seandainya seseorang individu bukan Islam tersebut menganut agama - Pengecualian kharaj
Islam. Segala urusan pengutipan cukai ini akan dipantau oleh gabenor
– gabenor wilayah. Golongan – golongan seperti wanita, sakit, kanak – - Kepentingan cukai kharaj
kanak, orang tua, dan miskin dikecualikan daripada pembayaran jizyah.

Perkembangan perdagangan berikutan dasar terbuka kerajaan Tajuk Berkaitan Institusi
Abbasiyah telah mendorong kemasukan pedagang – pedagang asing Ekonomi
sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam. Pelabuhan – pelabuhan Peranan Baitul mal
seperti Baghdad, Basrah, Kaherah, Siraf, dan Iskandariah telah menjadi - Membantu golongan
tumpuan para pedagang. Kesempatan ini digunakan oleh kerajaan
Abbasiyah mengenakan cukai usyur kepada mana – mana pedagang asnaf
yang menjalankan aktiviti perniagaan di wilayah – wilayah yang berada - Membiayai projek
di bawah naungan kerajaan Abbasiyah. Bagi memastikan pemungutan
cukai ini berkesan, Khalifah al Mu’tamid telah memperkenalkan jawatan pembangunan
Sahib Tariq, walaupun Khalifah al Mu’tamid memperkenalkan cukai yang - Membayar gaji khalifah
berbeza antara penduduk bandar dengan luar bandar, namun bantahan
tersebut ditamatkan dengan bantuan saudaranya, al Muwaffaq. Pada dan kaitangan kerajaan
zaman kekuasaan Bani Buwaih, usyur masih merupakan sumber - Membayar gaji tentera
pendapatan utama memandangkan perdagangan merupakan nadi - Bantuan dan subsidi serta
utama pembangunan ekonomi kerajaan ini.
Insentif
Sementara cukai kharaj pula dikenakan ke atas pemilik – pemilik tanah, - Meningkatkan syiar Islam
dan ianya merupakan antara penyumbang utama kepada kewangan - Menyimpan harta amanah
negara, umpamanya pada zaman pemerintahan Khalifah al Muqtadir,
pendapatan cukai tanah dianggarkan berjumlah 200 000 dinar. Pada
zaman kekuasaan kerajaan ini. sistem pemungutan kharaj dilakukan
dengan tiga cara iaitu, al Muhasabah; pengiraan luas tanah dan jumlah
sewa yang harus dibayar dalam bentuk wang, al Muqasamah iaitu
penetapan jumlah tertentu dari jumlah yang diperoleh, dan al
Muqatha’ah yang berdasarkan kepada persetujuan antara pihak
pemerintah dengan golongan tertentu. Penentuan kadar kharaj adalah
sebagaimana zaman Khalifah Umar al Khattab, minimum 10 dirham
setiap unit tanah. Pemilik tanah dikecualikan sebarang pembayaran
seandainya berlaku kemusnahan lebih daripada separuh tanaman yang
diusahakan. Zaman al Makmun menyaksikan hasil kharaj yang diperoleh
daripada kawasan Khurasan dan Iraq mencecah 55 juta dirham.

Bagi memastikan segala urusan pemungutan cukai ini berkesan dan
sistematik, kerajaan Bani Abbasiyah telah menubuhkan beberapa buah
jabatan bagi mengendalikan tugasan ini. Diwan al Kharaj merupakan
Jabatan Pencukaian negara yang diberikan tanggungjawab
mengendalikan semua perkara berkaitan dengan cukai termasuk cukai
tanah, jizyah, usyur hatta zakat memandangkan amil diletakkan di bawah
jabatan ini. Jabatan ini diketuai oleh individu yang berkuasa melantik
wakil – wakil bagi memungut cukai dan menentukan jumlah cukai
mengikut keadaan dan kawasan tertentu. Jabatan – jabatan lain yang
ditubuhkan ialah Jabatan Akauntan bagi mengawal selia akaun setiap
jabatan khususnya berkaitan pungutan dan perbelanjaan. Sementara
Diwan Khazanah bertanggungjawab menguruskan seluruh
perbendaharaan negara, Diwan al Azra’ mengendalikan atau
menguruskan kekayaan negara yang berupa hasil bumi dan Diwan al
Khazain al Silah menguruskan perlengkapan angkatan perang.

Sebagai rumusannya, pelaksanaan sistem cukai pada zaman Bani
Abbasiyah selari dengan pelaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. dan
Khulafa al Rasyidin, namun disebabkan peningkatan sumber pendapatan
negara yang pelbagai kaedah pelaksanaan telah dikemaskinikan dengan
penubuhan badan atau jabatan tertentu. Oleh sebab itulah, kerajaan
Abbasiyah meskipun berada di ambang kemerosotan, ia masih
mempunyai dana yang cukup bagi meneruskan kelangsungan
pemerintahan.

Huraikan kepelbagaian institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-16
Masihi.

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah membawa
kemunculan Acheh bukan sahaja sebagai pusat perdagangan, malah
berperanan sebagai pusat pendidikan terkenal di Alam Melayu.
Pendidikan di Acheh terdiri kepada bentuk iaitu secara formal dan tidak
formal. Peranan pemerintah khususnya Sultan Iskandar Muda Mahkota
Alam serta Sultan Iskandar Thani begitu ketara dalam usaha menjadikan
Acheh sebagai pusat pendidikan dan keilmuan dengan mendirikan
institusi yang pelbagai tahap bermula daripada peringkat paling asas
hinggalah peringkat tertinggi.

Antara institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-16 Masihi ialah
Meunasah. Meunasah merupakan institusi paling asas atau terendah
yang didirikan di setiap kampung. Institusi ini menawarkan
pembelajaran asas-asas ilmu agama seperti membaca, menulis dan
menghafal huruf-huruf dan asas ajaran agama Islam yang diistilahkan
ilmu fardu ain. Perkara-perkara yang diberikan keutamaan ialah Rukun
Iman, Rukun Islam, kisah Nabi dan lain-lain. Di sini, murid-murid yang
khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis dalam bahasa
Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan Risalah Masail Muhtadin.
Selain pembelajaran tersebut, murid-murid juga dilatih bernasyid yang
berhubung dengan agama seperti zikir dan selawat.

Selain itu, rangkang merupakan institusi kedua yang menjadi lanjutan Klon Soalan
daripada meunasah. Rangkang didirikan sama ada bersambungan
dengan masjid atau menjadi bangunan yang berasingan yang berfungsi Institusi dan Kurikulum
sebagai kediaman atau asrama para pelajar berkenaan. Rangkang yang
terkenal terletak di Banda Acheh Barussalam. Pembelajaran di rangkang Pendidikan Zaman
berbeza antara satu sama lain, bergantung kepada tenaga pengajar dan
kitab yang digunakan. Kebiasaanya pelajar yang pintar akan berpindah Umaiyah
dari satu rangkang ke rangkang yang lain bagi mendapatkan ilmu-ilmu
yang berbeza. Kitab yang digunakan ada berbahasa Melayu dan - Masjid
berbahasa Arab. Pembelajaran meliputi Ilmu Fiqh, Ibadat, tauhid,
Tassawuf dan Sejarah Islam serta ilmu Geografi, Sejarah dan Matematik. - Istana
Individu yang cemerlang akan melanjutkan pelajaran keluar negara
seperti Mesir, Makkah dan India. - Kuttab

Seterusnya insitusi pendidikan yang terdapat di Acheh ialah Dayah. - Halaqah
Dayah merupakan institusi yang mengendalikan pendidikan menengah
atas dan didirikan di setiap negeri. Pembelajarannya lebih mendalam - Pembelajaran: Ilmu
berbanding rangkang kerana ia menggunakan kitab dan bahasa Arab
sepenuhnya. Tenaga pengajar pula melibatkan ulama dari luar negara. agama dan bukan agama
Dayah yang terkenal di Acheh ialah Dayah Cot Kala yang telah melahirkan
ramai ulama yang menjadi pendakwah Islam di Nusantara dan Dayah - Tenaga pengajar
Teungku Chik. Pembelajaran merangkumi ilmu Fiqah, Usuluddin, Jinayat,
Munakahat, Bahasa Arab, Sejarah, Geografi, Matematik, Ilmu Falak,
Akhlak dan sebagainya. Di sini, dayah terbahagi kepada dua iaitu Dayah
Umum dan Dayah Khusus. Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk
wanita sahaja, yang khusus untuk mengajar dalam bidang pertanian,
ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dan sebagainya yang menurut syariat
Islam.

Akhir sekali, institusi pendidikan tertinggi yang didirikan di Acheh ialah
Jamiah Baitul Rahman yang berlangsung di Masjid Bait al Rahman
setelah dinaiktaraf menjadi universiti. Sultan Iskandar Muda Mahkota
Alam sendiri mendirikan Masjid Bait al Rahman yang digunakan semata-
mata untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. Di sini dijadikan tempat
pengajian dikendalikan oleh ulama-ulama tersohor sama ada secara
halaqah mahupun secara formal. Pembelajaran tidak terhad dalam ilmu
keagamaan, malah merangkumi pelbagai cabang ilmu bersesuaian
dengan terbentuknya 17 buah fakulti seperti Fakulti Ilmu Tafsir dan
Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti Ilmu Akal, Fakulti Bahasa Arab,
Fakulti Ilmu Sejarah, Fakulti Ilmu Tauhid dan sebagainya. Tenaga
pengajar di sini dibayar gaji oleh kerajaan dan kebanyakannya datang
dari Timur Tengah seperti Makkah, Yaman, Parsi, dan Turki serta India.

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan pada abad ke-16, sememangnya
Acheh menjadi tumpuan bukan sahaja golongan pelajar, bahkan
golongan ilmuwan. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan
ulama dan intelektual Islam seperti Syeikh Shamsuddin al Sumatrani,
Abdul Rauf Singkel dan Hamzah Fansuri. Kesannya, telah membawa
kepada perkembangan Islam di Nusantara.

Nilaikan sumbangan al-Ghazali dalam bidang keintelektualan.

Imam al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, lahir di pinggir Kota
Thus, timur laut Iran pada 1058M. Sejak kecil Al-Ghazali mengembara
untuk mendalami pelbagai disiplin ilmu. Antara guru beliau termasuklah
Imam Al- Radzakani dan Imam Al-Abi Nash Al-Ismail’li. Kealiman beliau
dalam menuntut ilmu telah membolehkan beliau menguasai ilmu
falsafah, usuluddin, fekah, mantik dan ilmu hikmah. Gelaran al-Ghazali
diambil bersempena pekerjaan bapanya sebagai pemintal bulu kambing
(al-Ghazzal). Keintelektualan al-Ghazali terselah sehinggakan beliau
dikenali dengan pelbagai gelaran termasuklah Hujjatul Islam (Pembela
Islam).

Antara sumbangan al-Ghazali dalam bidang keintelektualan ialah Tajuk Berkaitan Tokoh
menghasilkan karya falsafah Islam bagi memurnikan dan menyaingi Al Khwarizmi : Ilmuwan
falsafah Yunani yang berdasarkan fikiran semata – mata. Penulisan Matematik
beliau menerusi kitab Maqasid Falasifah (Tujuan Ilmu Falasafah) - Menghasilkan pelbagai
memerihalkan teori falsafah, manakala Kitab Tahafut al-Falasifah
(Kekacauan Para Filosofi) yang membincangkan penyelewengan falsafah kitab matematik
Barat tentang Fizik dan metafizik daripada sudut pandangan Islam. Hasil - Memperkenalkan sistem
karya berkaitan falsafah Islam ini lahir di tengah-tengah kecelaruan yang
timbul dalam dunia keintelektualan Islam yang mula diresapi pengaruh nombor
falsafah Barat. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh al-Ghazali
sesungguhnya dapat menyelamatkan akidah umat Islam dari terus - Memperkenalkan sistem
direntap oleh fahaman falsafah Yunani yang tidak bertunjangkan algebra
ketuhanan Yang Esa.
- Memajukan bidang
Selain itu, keintelektualan al-Ghazali juga boleh dilihat apabila beliau arithmetik dan geometri
mengkategorikan ahli falsafah kepada tiga golongan pada zamannya
yang membincangkan perkara yang berhubung kait dengan falsafah - Mencipta ilmu – ilmu
ketuhanan. Golongan ini membincangkan soal ketuhanan berdasarkan baharu / operasi
akal semata-mata, golongan atheis (menafikan wujudnya pencipta) dan matematik
golongan natural yang banyak mengkaji tabiat, kejadian dan anatomi
manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tiada - Menyelesaikan
kebangkitan semula, tiada dosa dan tiada pahala. Hal ini mendapat permasalahan harta
kritikan yang hebat daripada al-Ghazali yang kemudiannya menolak pusaka
hujah-hujan tersebut dengan mengkategorikan ilmu falsafah ini kepada
ilmu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak - Menggunakan ilmu
matematik dalam bidang
astronomi dan pelayaran

Keintelektualan al-Ghazali juga boleh dilihat menerusi bidang politik.
Al-Ghazali mempelajari ilmu sains politik daripada Imam Juwaini. Beliau
menghasilkan karya Mustaz-hiri, Al-Munqiz Minad Dhalal dan Iqtishad fil
I’tiqad. Karyanya, Iqtishad fil I’tiqad membincangkan soal kepimpinan
bagi sesebuah negara Islam. Beliau juga menyatakan cara untuk
membaiki urusan politik dengan memberi pengertian pemasalahan,
menasihati pemimpin dan menegur dengan bahasa yang keras dalam
karyanya berjudul al-Tik al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk. Hal ini jelas
menunjukkan al-Ghazali seorang yang sangat berani mengemukakan
idea baharu, bahkan sanggup mengkritik pemimpin yang mula
meninggalkan ajaran Islam yang sebenar.

Di samping itu, al-Ghazali juga terkenal dalam bidang keagamaan Tajuk Berkaitan
khususnya bidang tasawwuf, menerusi karya agungnya iaitu Ihya’
Ulumuddin yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Intelektual
Karangan beliau ini dihasilkan ketika falsafah Yunani mula meresap
masuk dalam jiwa umat Islam. Beliau juga menyentuh peri pentingnya Faktor Perkembangan
keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat. Antara kata-kata
terkenal beliau “tidaklah akan ada sistem yang baik bagi agama kecuali Intelektual Di Andalusia
dengan adanya sistem yang baik untuk urusan-urusan dunia”. Al-Ghazali
juga menekankan kepentingan mempelajari ilmu, dan memiliki akhlak - Peranan pemerintah
yang baik, selain memaparkan kaedah pembelajaran yang baik serta
kepentingan ilmu sains seperti perubatan, pertanian, matematik, teknik atau Amir
dan lain-lain yang mesti selari dengan al-Quran dan sunnah Rasul. Hasil
daripada keilmuan al-Ghazali masyarakat Muslim di Andalusia mampu - Dasar kerajaan yang
menterjemahkannya dalam bentuk pembinaan teknologi dan sains yang
sangat pesat setelah ketiadaan beliau. berisafat terbuka

Selain itu, al-Ghazali juga terkenal dengan kehebatan ilmu Kalam. - Kerujudan institusi
Beliau banyak mematahkan hujah-hujah pihak yang keterlaluan ketika
membahaskan isu-isu yang timbul berkaitan ilmu kalam ini. Al-Ghazali pendidikan yang
berpendapat mempertahankan dan membela akidah ahli sunnah
waljamaah menjadi keutamaan beliau. Beliau juga tidak menyukai majlis pelbagai tahap
perdebatan berkaitan ilmu Kalam kerana sekiranya silap berhujah, tanpa
berpaksikan al-Quran dan Hadis, kelak akan meningkatkan kecelaruan - Peranan golongan
dalam masyarakat ketika itu. Baginya, Ilmu Kalam tidak menjadi
keutamaan kerana kurang memberikan manfaat dan mudah tersasar cerdik pandai dalam ilu
dari mengenal Allah serta menyimpang jauh daripada perkara yang
dibincangkan oleh para ulama salaf. Jelaslah bahawa walaupun al- aqli dan ilmu nakli
Ghazali seorang yang hebat berkaitan ilmu kalam, namun beliau dapat
melihat sekiranya tidak ditangani pemasalahan ilmu kalam ini sebaik - Perkembangan ilmu
mungkin, perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam akan berlaku.
falsafah

Kesimpulannya, keintelektulan al-Ghazali telah membolehkan beliau
menguasai pelbagai disiplin ilmu yang menunjukkan bahawa beliau
seorang yang sangat komited terhadap ilmu pengetahuan, terutamanya
dalam bidang falsafah, keagamaan dan politik. Lahirnya beliau di tengah-
tengah umat Islam berhadapan pemikiran Barat dengan menangkis dan
memberikan hujah-hujah yang bernas telah melayakkan beliau digelar
dengan Hujjatul Islam.

Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaran dan
penerokaan.

Nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah bin Muhammad al-
Lawatial-Tanji. Merupakan antara tokoh pelayar Islam terawal yang
muncul pada Zaman Pertengahan. Beliau digelar Ibn Battutah atau As-
Sham Ad Din. Dilahirkan pada 24 Februari 1304M di Bandar Tanjah
Morocco. Ketika di Damshik beliau menghadiri kuliah kitab Sahih al-
Bukhari yang disampaikan oleh Syeikh Ibn al-Syihna al- Hajar dan
mendapat diploma untuk mengajar. Beliau mahir dalam bahasa Arab,
Parsi dan Turki. Beliau telah mengembara ke benua Asia dan Afrika.
Antara negara yang telah dijelajahinya ialah Mesir, Libya Algeria,
Palestin, Syira, Turki, Bahrin, Sumatera dan Pulau Jawa. Kejayaan beliau

dalam bidang pelayaran dan penerokaan menyebabkan sarjana Barat Klon Soalan
menggelarkannya The Prince of Muslim Travellers. Terdapat pelbagai Sumbangan Ibn Majid
sumbangan yang telah ditingggalkan hasil daripada kegiatan pelayaran - Menghasilkan kitab
dan penerokaan Ibn Battutah.
berkaitan kelautan / ilmu
Kejayaan terbesar Ibn Battutah dalam pelayaran ialah kemampuannya laut
merakamkan segala pengalaman dan aktivitinya dalam al-Rihlah iaitu - Menghasilkan kitab ilmu
karya beliau yang terulung. Karangan Ibn Battutah adalah tinjauan tarikh, bahasa, bintang,
lengkap tentang tokoh-tokoh, tempat, pemerintahan dan pelbagai keadaan laut di Laut
keanehan dunia Islam pada abad ke-14. Buku ini ditulis dalam gaya Hindi, Parsi dll
sastera yang lazim pada zamannya dan merupakan catatan perjalanan - Penggunaan bintang
yang dramatis. Karya ini telah diterbitkan dalam pelbagai bahasa dalam penerokaan
termasuk bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Rusia, Poland, Parsi dan Jepun. - Hasilkan karya dalam
Judulnya dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai The Travel of Ibn bentuk puisi; penentuan
Battutah. Catatan hasil karya ini membicarakan tentang negeri - negeri arah kiblat
Islam, China, Byzantium, dengan lain perkataan negeri – negeri yang - ‘Pemandu’ Vasco da
dilawatinya yang dikatakan sejauh 117 000 km antara tahun 1325
hingga 1353 Masihi. Gama

Dalam karya Tuhfah al-Nazar ini juga , beliau telah merekodkan
pengembaraannya. Menurut Ibn Battutah selama mengelilingi dunia
hanya terdapat tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja
Iraq berbudi bahasa, Raja Hindustani yang peramah, RajaYaman
berakhlak mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja Rom yang pemaaf, Raja
Tukistan yang bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Sumatera yang
berilmu pengetahuan luas.

Ibn Battutah turut memberi sumbangan besar dalam bidang sejarah,
catatan Ibn Battutah merupakan sumber sejarah dalam pelbagai bidang
seperti mengenai penduduk, pemerintah dan ulama untuk rujukan
masyarakat dunia ketika itu dan pada masa kini. Catatan yang
dirakamkan oleh Ibn Battutah merupakan sumber sejarah Zaman
Pertengahan yang penting bagi kawasan-kawasan yang dilawatinya.
Antara kota yang pernah digambarkan oleh beliau ialah Isfahan,
Iskandariah, Damsyik, Makkah, Madinah, Pasai dan Constantinople.

Seterusnya, sumbangan Ibn Battutah juga dapat dilihat dalam bidang
geografi, khususnya dalam peningkatan ilmu ini sejak zaman Yunani yang
dipelopori oleh Ptolemy. Beliau menulis catatan geografi fizikal tentang
negara-negara yang dikunjunginya dengan membuktikan bahawa iklim
khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika utara. Malah, catatan Ibn
Battutah amat penting dalam pemilihan tapak bagi bagi pengkalan
perdagangan terutama di Asia dan Afrika.

Beliau juga telah memberikan sumbangan dalam bidang pentadbiran
disebabkan keperibadiannya yang berwibawa, berpengetahuan luas dan
bijak berdiplomasi menyebabkan beliau memperoleh kepercayaan
pihak tertentu dengan diberikan jawatan utama dalam kerajaan.
Contohnyn, ketika berada di India, beliau telah menetap selama 10 tahun
dan telah dilantik sebagai kadi besar Delhi semasa pemerintahan
Muhammad Tughluq. Beliau telah dihantar ke China untuk melawat
Peking pada tahun 1342M.Selain itu, beliau talah memanfaatkan tempoh

selama berada di India untuk menyebarkan agama Islam hingga ke
Kepulauan Maldives.

Kejayaan tokoh ini juga menjadi perangsang atau dorongan kepada ahli
pelayaran lain. Kejayaan Ibn Battutah dalam akspedisi pelayaran amat
mengagumkan. Beliau telah memberi nafas baru kepada pelayar atau
pengembara lain seperti Ibn Hawqal dan Sulayman al-Mahri untuk
mencontohi langkahnya. Catatan beliau juga menjadi panduan kepada
pelayar Eropah yang berusaha mencari jalan ke Timur pada abad ke-15
dan abad ke-16 Masihi seperti Vasco da Gama yang telah mengguna
khidmat Ibn Majid.

Sumbangan pelayaran dan penerokaan sangat penting kerana menjadi
asas kepada manusia untuk melangkah ke arah kemajuan dan
perkembangan tamadun manusia. Keupayaan beliau belayar merentasi
benua telah meletakkan tokoh ini setaraf dengan ahli pelayaran
tersohor, iaitu Marco Polo.

Huraikan ciri-ciri seni bina Islam di Granada pada abad ke-13 Masihi.

Abad ke 13 merupakan antara tempoh akhir kerajaan Islam Nasriyah
berkuasa di Sepanyol, namun demikian, kerajaan ini telah meninggalkan
sumbangan yang besar dalam bidang seni bina. Seni bina Islam yang
bertapak di Cardova dan bandar-bandar lain di Andalusia meliputi
bangunan, masjid, istana dan taman yang mempunyai ciri-ciri
keislaman. Ini kerana, menjadi kelaziman bagi kaum muslimin untuk
membina masjid ketika membuka sesuatu bandar.

Seni bina yang lahir di Granada terbahagi kepada dua jenis iaitu
kesenian Granada dan kesenian Mudejar. Kesenian Granada
merupakan kesenian yang dilahirkan di Granada manakala kesenian
Mudejar dihasilkan oleh orang Islam dan bukan Islam pada abad ke -13
dan 14 Masihi. Contohnya, Alcazar di Seville dan gereja Toledo. Namun
begitu, bangunan-bangunan yang dibina tetap mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu menepati ciri-ciri seni bina Islam seperti dihiasi kaligrafi Arab
khususnya ayat-ayat al-Quran, selesa dan mempunyai ruang peredaran
yang selesa.

Di samping itu, binaan menara melambangkan ciri-ciri seni bina
Granada, antara fungsi menara ialah tempat muazzin melaungkan azan.
Ia dibina lebih tinggi dengan maksud untuk memanggil orang ramai
melakukan sembahyang berjemaah di masjid. Kebanyakan menara di
Granada berbentuk segi empat dan dipanggil murabba’, yang
memperlihatkan gaya yang ditiru daripada masjid-masjid di Syria. Di
sekeliling Istana al-Hambra juga dikatakan terdapat 13 buah menara
yang antaranya menjangkau 26 meter. Antara fungsi menara yang dibina
disekitar istana dikaitkan dengan ciri keselamatan iaitu untuk mengesan
sebarang pergerakan yang mencurigakan. Terdapat dua buah menara
(tower) yang tinggi dan berkilau dibina di atas Banjaran Sierra Nevada. Ia
bertujuan untuk melihat keindahan kota Granada yang dikelilingi taman-
taman bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau.

Ciri seterusnya ialah, bangunan-bangunan yang dibina mempunyai Klon Soalan
ruang-ruang khas. Setiap ruang mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Contohnya di istana al-Hamra terdapat beberapa ruangan khas, dewan Keunikan Seni Bina India
besar, ruang duta, ruang persalinan permaisuri, ruang persiraman diraja,
halaman yang dihiasi kolam air pancut dan taman dengan bunga-bunga - Istana; Taj Mahal
yang indah dan berbau harum. Di sekitarnya juga terdapat 128 batang
tiang bulat yang diperbuat daripada marmar yang indah . Setiap ruang - Makam Humayun
menjanjikan keterasingan, keselesaan, dan keindahan yang tersendiri.
- Kubu; Kota Agra
Selain itu, bangunan yang dibina juga mempunyai nilai keindahan atau
estetika berdasarkan ukiran tulisan kaligrafi yang mengandungi ayat- - Taman Bunga
ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah (amir) dan sebagainya.
Contohnya di pintu masuk Masjid al-Mulk tertulis perkataan Arab, ‘Azza - Masjid Jama’
Maulana al-Sultan Abdillah’, dan di bawahnya terdapat syair yang
menyentuh kemurniaan agama Islam manakala dibahagian dinding ** Keunikan
masjid diukir hiasan yang berselang dengan ayat al-Quran seperti, al
Qudratu bi’ILah. Mihrab masjid pula dipenuhi hiasan berwarna emas - Binaan
dan struktur mihrab itu sendiri yang bertahtakan permata zamrud, yaqut
dan sebagainya. Terdapat juga hiasan yang menggambarkan corak - Batuan berwarna
tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Maka terbentuklah seni geometri yang
halus dan abstrak. - Gabungan Seni

Tempatan - Parsi - Arab

- Nilai estetika

Ciri-ciri seni bina Granada juga amat menitikberatkan agar ruangan
dalam bangunan yang dibina mendapat pencahayaan yang tidak terlalu
terik dan tidak terlalu kurang. Dengan sistem pencahayaan yang baik
dalam seni bina Islam ini memberi impak yang lebih cerah, hening dan
tenang kepada penghuninya. Justeru, bangunan-bangunan yang dibina
di Granada sama ada masjid atau istana mengambil kira soal pancaran
cahaya yang menembusi sesuatu bangunan itu.

Kesimpulannya, kehebatan Kerajaan Islam Nasriyah menggabungkan
seni Islam dengan seni tempatan asing menghasilkan seni bina yang unik
di Granada. Ia juga menggambarkan ketinggian nilai ketamadunan Islam.
Namun, bangunan-bangunan ini telah dimanfaatkan oleh orang Kristian
apabila kerajaan Islam di Andalusia dihancurkan oleh orang Kristian.

TEMA 3

1. Sejauh manakah faktor ekonomi membawa kepada peluasan kuasa Barat pada zaman Khalifah
Uthmaniyyah pada abad ke-18 hingga abad ke-20M.

2. Bincangkan kebangkitan masyarakat tempatan di Algeria terhadap penjajahan Perancis bermula
pada abad ke-19 Masihi.

3. Nilaikan peranan Rashid Rida dalam gerakan nasionalisme di Timur Tengah pada abad ke-20
Masihi.

4. Kuasa-kuasa Barat telah mengadakan siri perjanjian sulit sebaik sahaja kerajaan Turki
Uthmaniyah terlibat secara rasmi dalam Perang Dunia I. Jelaskan.

5. Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20

Sejauh manakah faktor ekonomi membawa kepada peluasan kuasa
Barat pada zaman Khalifah Uthmaniyyah pada abad ke-18 hingga abad
ke-20M.

Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah yang diasaskan oleh Uthman Erthugal Klon Soalan
pada tahun 1299, telah mencapai zaman kemuncaknya ketika Faktor Kemerosotan
pemerintahan Sulaiman al-Qanuni pada tahun 1566. Kelemahan Kerajaan Uthmaniyah
pengganti-pengganti Khalifah Sulaiman al-Qanuni dan tekanan Barat - Ketiadaan pemerintah
telah menyebabkan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah mulai merosot yang
membawa kepada campur tangan kuasa Barat. Peluasan kuasa Barat ke yang berwibawa
atas wilayah Khalifah Uthmaniyyah telah bermula sejak penghujung abad - Kepincangan dalam
ke-18 lagi, dengan campur tangan Perancis di Mesir pada tahun 1795.
Sememangnya tidak dinafikan faktor ekonomi merupakan sebab utama sistem ketenteraan
peluasan kuasa Barat, pun begitu terdapat faktor politik, agama, dan - Kewangan yang kritikal
sosial yang menjadi pelengkap kepada situasi yang melanda kerajaan - Program Tanzimat
Uthmaniyyah ini. - Kebangkitan golongan

Sememangnya, faktor ekonomi membawa kepada peluasan kuasa Barat minoriti
pada zaman Khalifah Uthmaniyyah. Hal ini disebabkan oleh kekayaan - Ancaman imperialis
bahan mentah yang ada di bumi kerajaan Uthmaniyah telah menarik
minat kuasa-kuasa Barat untuk melebarkan pengaruh mereka. Antara -Penglibatan dalam Perang
sumber bahan mentah yang dimiliki oleh wilayah yang berada dalam Dunia I
kekuasaan Uthmaniyyah termasuklah petroleum yang sangat banyak di - Ancaman Zionis
Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Iraq dan Iran. Sebagai contoh, Britain cuba - Pemikiran sekularisme
mendapatkan hak cari gali petroleum di Iraq dan Iran walaupun dengan
tipu muslihat. Dengan menguasai wilayah Uthmaniyyah ini, secara
tidak langsung “emas hitam” iaitu sumber kekayaan baharu pada
waktu itu turut dikuasai.

Faktor ekonomi juga memperlihatkan kuasa-kuasa Barat cuba
menguasai wilayah Uthmaniyyah bagi memasarkan produk hasil
daripada berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-18.
Ledakan ekonomi di Eropah menyebabkan kilang-kilang menghasilkan
pelbagai barangan moden seperti perkakas elektrik, kenderaan dan
produk berasaskan plastik. Bagi mendapatkan pasaran baru dan
keuntungan yang berterusan, hendak ataupun tidak wilayah
Uthmaniyyah wajib dijarah oleh kuasa Barat. Pemodal-pemodal Eropah

telah melabur di Afrika Utara dengan membuka ladang gandum dan
kapas, mengendalikan lombong arang batu dan petroleum serta
membawa masuk buruh. Jelas menggambarkan bahawa kuasa-kuasa
Barat sangat berkehendakkan pasaran dan juga bahan mentah dari
bumi Uthmaniyyah.

Pembukaan dan penggunaan Terusan Suez sepanjang 162 km sejak
tahun 1869 juga boleh dikaitkan dengan faktor ekonomi penyebab
kuasa-kuasa Barat cuba menguasai wilayah Uthmaniyyah. Hal ini
demikian kerana urusan import dan eksport barangan mengambil masa
singkat dan tidak memerlukan lagi kapal-kapal dari Eropah mengelilingi
Afrika untuk ke Asia. Secara tidak langsung kos perdagangan dapat
dijimatkan dan barangan boleh dipasarkan pada harga yang lebih murah.
Dalam hal ini, Britain pada tahun 1875 sangat berminat menguasai
saham terusan Suez dengan Benjamin Disraeli telah bertindak membeli
saham syarikat Terusan Suez daripada Khedif Ismail Gabenor
Uthmaniyyah di Mesir. Dengan menguasai Terusan Suez, bererti, jalan
pintas ke sebelah Timur berjaya dikuasai Britain, dengan memberikan
keuntungan yang sangat besar dari sudut perdagangan.

Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang menjadi penyebab
kuasa-kuasa Barat cuba menguasai wilayah Uthmaniyyah. Persaingan
kuasa-kuasa Barat, antara Perancis, Britain, Rusia, Jerman, Itali, serta
Austria-Hungary untuk mendapatkan hak ke atas wilayah Uthmaniyyah
juga dilihat menjadi punca campur tangan ini berlaku. Bagi Barat, dengan
menguasai wilayah-wilayah baru, ia secara tidak langsung meningkatkan
martabat negara mereka dari segi peluasan kuasa dan kekayaan. Oleh
itu, mereka berlumba-lumba mengadakan perjanjian dengan Kerajaan
Turki Uthmaniyyah, bagi mengeksploitasi hasil bumi selain menerusi
penawanan wilayah-wilayah di bawah Kerajaan Uthmaniyyah. Sebagai
contoh, Perjanjian Berlin 1878, memperlihatkan Turki Uthmaniyyah
membenarkan Austria-Hungary menduduki Bosnia Herzegovina secara
sementara, Rusia pula menduduki Bessarabia dan kawasan Kars. Namun
begitu, setelah 30 tahun menduduki wilayah ini, Austria-Hungary
mengisytiharkan Bosnia Herzegovina menjadi milik mereka, manakala
Perancis menawan Algeria dan Tunisia pada tahun 1830 dan 1831.
Jelaslah bahawa kuasa – kuasa Barat sanggup berbuat apa-apa sahaja
untuk menguasai wilayah Uthmaniyyah ini, sama ada menerusi
perjanjian ataupun berperang.

Di samping itu, faktor agama juga menjadi punca kuasa-kuasa Barat cuba
menguasai wilayah Uthmaniyyah. Kuasa – kuasa Barat yang
berlatarbelakangkan agama Kristian cuba meluaskan pengaruh Kristian
di bumi Uthmaniyyah. Kuasa - kuasa Barat juga memperjuangkan
kemodenan dalam masyarakat yang berada dalam wilayah Uthmaniyyah
dengan berselindung di sebalik kajian ilmiah dan berusaha mewujudkan
imej yang baik dan cuba memburuk-burukkan serta memfitnah Islam dan
ulama sebagai punca kemunduran dan antikemajuan serta tidak
berperikemanusiaan. Tuntasnya, ramai cendekiawan tempatan
termakan dengan momokan Islam antikemajuan, melakukan
diskriminasi agama dan menyokong aliran pemikiran Barat yang
akhirnya memusnahkan empayar Turki Uthmaniyyah itu sendiri.

Kesimpulannya, peluasan kuasa Barat ke atas wilayah Uthmaniyyah
akhirnya berjaya memecahbelahkan kerajaan Turki Uthmaniyyah,
seterusnya menjatuhkannya walaupun mengambil masa yang agak lama.
Faktor pengenalan negara bangsa oleh Barat dilihat berjaya
memecahbelahkan Kerajaan Uthmaniyyah apabila Barat berjaya
mengalihkan perpaduan Islam kepada semangat kebangsaan.

Bincangkan kebangkitan masyarakat tempatan di Algeria terhadap
penjajahan Perancis bermula pada abad ke-19 Masihi.

Sebelum kedatangan imperialis Perancis, Algeria berada di bawah Tajuk Berkaitan Reaksi
kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun disebabkan oleh masalah dalaman
dan tekanan yang dihadapi oleh kerajaan ini, maka pada abad ke-19 , Peluasan Kuasa Barat
Algeria diletakkan di bawah kekuasaan Perancis. Tindakan Perancis yang
menggalakkan kemasukan imigran-imigran seperti dari Perancis, Itali dan Pemodenan Muhammad
Sepanyol ke negara tersebut menimbulkan kebimbangan dan
ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat tempatan. Akhirnya Ali Pasha Di Mesir
tindakan Perancis yang memberi banyak tekanan dalam semua aspek
kehidupan menimbulkan kebangkitan masyarakat tempatan di Algeria - Dasar pecah perintah;
seperti penentangan Ahmad Bey, Syeikh Abdul Qader al-Jazairi,
Penentangan Kabylia dan gerakan modenis Islam. ketepikan ulama dan

Antara kebangkitan awal masyarakat tempatan di Algeria terhadap ganjaran kpd yg akur
Perancis ialah penentangan Ahmad Bey. Beliau merupakan pemimpin
wilayah Constantine iaitu wilayah yang cuba dikuasai oleh Perancis bagi - Modenisasi ketenteraan;
meluaskan kekuasaannya. Perancis hamper kehilangan 1000 orang
tentera apabila Clauzel cuba menakluki Constantine. Namun, apabila bermodelkan Perancis
tentera laut Perancis berjaya menyekat angkatan Uthmaniyah yang ingin
memberi bantuan kepada Ahmad Bey pada tahun 1837, menyebabkan bg imbangi kuasa Barat
beliau terpaksa menyerah kalah. Pun begitu, Ahmad Bey masih enggan
mengiktiraf kekuasaan Perancis di Constantine kerana beliau - Pendidikan; sekolah
menjangkakan Perancis akan membiarkan pemerintah tempatan
memerintah di sana. Namun ia tidak berlaku sebagaimana yang moden, teknik dan
diharapkan.
tentera – sekolah rendah

dan menengah – aktiviti

penterjemahan

- Ekonomi; tanaman

kapas dimajukan,

monopoli hasil pertanian

dan gala perdagangan

Selain itu, kebangkitan Syeikh Abdul Qader al-Jazairi, iaitu Gabenor
Mascara yang merupakan seorang tokoh ulama yang berpengalaman
dalam bidang politik dan ketenteraan. Beliau dianggap sebagai pelopor
kepada kebangkitan masyarakat tempatan yang menyanggah perluasan
kuasa Perancis di Algeria. Sebagai ulama besar di Algeria, beliau
mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dan
mengisytiharkan negara Islam Algeria. Penentangan beliau berlaku
antara tahun 1832 hingga 1842 dengan menggunakan taktik atau kaedah
perang gerila. Beberapa siri peperangan telah berjaya dimenangi,
sehingga menjejaskan kekuatan dan imej Perancis di Algeria.

Bagi memantapkan lagi perjuangannya, beliau telah bergabung dengan
Abu Ma’zi bagi menentang Perancis di wilayah Selatan Oran. Pemimpin
yang berasal daripada Maghribi itu dilantik sebagai Gabenor di Zawawah.
Dalam kebangkitan seterusnya, beliau berjaya menewaskan Perancis
dalam pertempuran Sidi Ibrahim. Situasi ini membimbangkan Perancis
lalu menambahkan kekuatan tentera di bawah pimpinan Jeneral Marshal

Bugeaud seramai 10 000 orang bagi menggempur seterunya sekaligus
menumpaskan Abdul Qader dan Abu Ma’zi pada tahun 1847. Kesannya,
tiada pemimpin Islam berpengaruh yang muncul selepasnya.

Seterusnya kebangkitan masyarakat tempatan Algeria terhadap Perancis Tajuk Berkaitan Reaksi
ialah Penentangan Kabylia. Penduduk Algeria di kawasan Kabylia
ditindas dalam bidang ekonomi khususnya dalam soal undang-undang Peluasan Kuasa Barat
tanah. Dasar Perancis yang banyak menindas masyarakat tempatan
menyebabkan penduduk Kabylia bangkit melancarkan pemberontakan. Program Tanzimat Di
Penentangan merebak ke kawasan lain dan dikatakan melibatkan satu
pertiga daripada penduduk Algeria. Namun begitu, tentangan yang Turki
hebat daripada pihak Perancis menyebabkan kebangkitan dapat
dipadamkan seketika. Keadaan semakin parah apabila Perancis - Perundangan; Piagam
menuntut gantirugi termasuk merampas tanah-tanah masyarakat
temapatan. Jelaslah penjajahan Perancis menyebabkan penduduk digubal dan dipinda –
tempatan lebih merana.
hak dan jaminan serta
Akhir sekali kemunculan golongan moderat dan berpendidikan
menyebabkan bangkitnya kumpulan yang menuntut kemajuan dalam aspek syariah mula
bidang sosioekonomi termasuk hak berpolitik dan bersuara. Mereka
muncul pada tahun 1890-an di bandar Tlemen dan Bone. Pada tahun digugurkan
1900, kumpulan yang dikenali sebagai Algeria Muda ini menghantar
memorandum kepada Perancis di Paris memohon bagi mendapatkan hak - Pentadb; penubuhan
mengundi dan melantik perwakilan agar diberi peluang terlibat dalam
pentadbiran. Namun, perjuangan golongan ini kurang mendapat Maj Tanzimat dan
sambutan rakyat yang lebih tertarik dengan kebangkitan para ulama atau
tokoh-tokoh keagamaan. Tambahan pula,idea pemikiran moden dan kemaskini pentad –
penerapan nilai-nilai Barat dalam kehidupan kurang popular dalam
kalangan masyarakat khususnya kelas bawahan atau di kawasan luar pentad bermodelkan
bandar.
Perancis
Kesimpulannya, kebangkitan rakyat Algeria terhadap penjajahan
Perancis adalah berterusan, perjuangan yang mengorbankan beribu-ribu - Kehakiman; peraturan
nyawa dan sentiasa berkesinambungan serta seolah-oleh tiada
kesudahan, sehinggakan Algeria pernah dianggap negara sejuta syuhada. digubal tanpa campur
Pun begitu, gerakan demi gerakan yang tidak pernah kenal erti putus asa
ditambah semangat jihad dalam kalangan pejuang akhirnya telah tangan ulama –
menyebabkan Perancis memerdekakan Algeria pada tahun 1962.
penubuhan mahkamah

sekular dan mahkamah

campuran – peranan

ulama diketepikan

- Ketenteraan; tentera

darat dan laut –

bermodel negara Barat –

muncul golongan muda

- Komunikasi; peranan

media massa dan

pengangkutan -

penyebaran idea baharu

- Ekonomi; galak atau beri

pinjaman atau modal –

kebergantungan kpd

pemodal asing

Nilaikan peranan Rashid Rida dalam gerakan nasionalisme di Timur
Tengah pada abad ke-20 Masihi.

Gerakan nasionalisme di Timur Tengah pada abad ke-20 bukan sahaja
bertujuan memulihkan keadaan sosioekonomi masyarakat, malah yang
lebih penting untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan
kuasa – kuasa Barat seperti Britain dan Perancis. Di Timur Tengah,
khususnya Syria dan Mesir, kemunculan golongan intelektual merupakan
pemangkin kepada kebangkitan semangat nasionalisme ini, dan salah
seorang individu yang memainkan peranan utama dalam gerakan ini
Rashid Rida

Antara peranan tokoh ini dalam menggerakkan semangat nasionalisme Tajuk Berkaitan Reaksi
Di Timur Tengah ialah dengan mempelopori Gerakan Islah di Mesir dan
Syria. Penghijrahannya dari Syria ke Mesir telah membolehkannya Nasionalisme
menggabungkan diri bersama Muhammad Abduh dalam merealisasikan
dakwah Islamiyyah dan membangunkan umat Islam. Rashid Rida Faktor Kebangkitan
bersama Muhammad Abduh telah menubuhkan Jamaah al Manar dan
menghasilkan majalah al Manar bagi menyebarkan idea – idea Islah. Gerakan Nasionalisme
Peringkat awalnya, penerbitan maj
alah ini berkisar kepada seruan umat Islam untuk berdakwah dan - Agama; dikaitkan
tarbiyah, namun dari semasa ke semasa skopnya lebih meluas dengan
menyentuh aspek politik khususnya isu – isu semasa yang menyentuh dengan Gerakan Islah
umat Islam. Pembabitannya dalam penulisan rencana dalam majalah
tersebut telah berjaya membongkar helah Barat ke atas dunia Islam yang - Intelektual;berlatarkan
telah berjaya menyemarakkan semangat nasionalisme bukan sahaja di
Timur Tengah malah umat Islam amnya. Barat dan agama

- Wartawan dan akhbar

- Penulisan kreatif

- Faktor luar

Pembabitan Rashid Rida dalam penerbitan Majalah al Manar secara tidak
langsung membolehkan tokoh ini menjalinkan kerjasama dengan tokoh
– tokoh Islah lain yang berpengaruh seperti Abdul Rahman al Kawakibi,
Abdul Rahman al Raf’i, Mustaffa al Manfaluti, Hafiz Ibrahim, Muhammad
Rawhi al Khalidi, Hifni Nasif, Shakib Arsalan, Abdul Hamid al Zahrawi, dan
Rafiq al ‘Azam. Ternyata jalinan dan hubungan dengan tokoh – tokoh
nasionalis ini telah menambahkan semaraknya semangat nasionalisme
dalam kalangan umat Islam di Timur Tengah khususnya di Syria dan
Mesir. Muridnya, Syaikh Mustaffa Sabri menyatakan bahawa Rashid Rida
mempunyai visi dan misi yang bernilai kepada seluruh umat Islam
melalui al Manar.

Selain penulisan dalam majalah al Manar, tokoh ini juga giat
menghasilkan beberapa penulisan yang mampu menyemarakkan
semangat nasionalisme di Timur Tengah. Karya – karya yang
dihasilkannya membincangkan pelbagai tema dan persoalan bersifat
menyeluruh seperti agama, politik, masyarakat, ekonomi, bahasa,
sastera dan sejarah. Penulisan karya beliau adalah refleksi daripada
pemikiran Islah dan tajdid dalam dirinya. Karya – karya yang dihasilkan
menjadi wahana dakwah kepada masyarakat Islam sepanjang zaman.
Contoh karya yang dihasilkan ialah al Sunnah wa al Syiah, Risalah al
Tauhid, al Wahabiyyun wa al Hijaz, dan al Khalifah wa al Imamah.

Tokoh ini juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan
reformasi pendidikan bagi meningkatkan kemajuan umat Islam di Mesir
dengan menubuhkan Jamiyat al Dakwah wa al Irsyad. Penubuhan
madrasah ini adalah bertujuan membentuk kader – kader dakwah.
Melalui madrasah inilah undangan dibuat kepada umat Islam seluruh
dunia untuk datang ke Mesir dan menganggotai pertubuhan tersebut.
Ternyata tindakannya bersama Muhammad Abduh membuka institusi ini
berjaya mencelikkan umat Islam betapa pentingnya reformasi dalam
bidang pendidikan bagi meningkatkan taraf kehidupan umat Islam, dan
yang lebih penting mereka yang ‘menghadirkan diri’ ke institusi ini akan
menjadi pelopor kepada gerakan – gerakan nasionalisme.

Tokoh ini merupakan individu penting yang berusaha menjayakan
konsep Pan Islamisme yang dianggap sebagai satu jalan penyelesaian
kepada masalah nasionalisme, iaitu membebaskan negara daripada
penjajahan Barat. Rashid Rida berpandangan rancangan yang
diperkenalkan oelh Sultan Abdul Hamid II merupakan fahaman yang
bertujuan menyatukan seluruh umat Islam di dunia. Sistem ini
diperkuatkan lagi dengan prinsip persaudaraan Islam yang
menghapuskan ikatan perkauman dan menyusun kesatuan seluruh
umat Islam memandangkan umat Islam bersatu di bawah sistem moral,
pendidikan dan undang – undang yang sama. Pan Islamisme yang
dianjurkan oleh beliau adalah berbentuk kekhalifahan dengan ketua
negaranya adalah khalifah.

Rashid Rida merupakan antara individu yang berusaha
mempertahankan sistem dan institusi khalifah. 1908, beliau berada di
Istanbul bagi mengadakan kempen menyeru penyatuan Islam antara
Arab dan Turki dalam usaha mengukuhkan daulah Uthmaniyyah. Pun
begitu, beliau amat kecewa dengan sikap golongan Turki Muda yang
menjadi punca kepada kejatuhan sistem khalifah. Sehubungan dengan
itu, tokoh ini dilihat sebagai individu yang paling konsisten
memperjuangkan sistem khalifah. Beliau berpendapat sistem khalifah
merupakan simbol kedaulatan Islam dan kekuatan ummah. Umat Islam
perlu kembali kepada sistem ini agar mereka tidak dihina dan ditindas.
Beliau kini berpandangan sistem khalifah tidak boleh lagi ditegakkan di
Istanbul sebaliknya dipindah ke tempat lain, paling sesuai ialah di
Makkah.

Sesungguhnya kemunculan Rashid Rida bukan sahaja telah
menyemarakkan semangat nasionalisme di Timur Tengah malah ianya
telah membawa kebangkitan umat Islam bagi menyanggah kuasa – kuasa
Barat. Dari satu sudut, kewibawaan tokoh ini menghasilkan pelbagai
karya yang pelbagai perspektif telah membuktikan tokoh ini mampu
meluahkan idea – idea penentangan melalui penulisan yang lebih mudah
tersebar dalam kalangan umat Islam.

Kuasa-kuasa Barat telah mengadakan siri perjanjian sulit sebaik sahaja
kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat secara rasmi dalam Perang Dunia I.
Jelaskan.

Konflik yang berlaku antara dua blok kuasa besar, Pakatan Bertiga yang Tajuk Berkaitan Perang
terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia dan Pakatan Kuasa Tengah
yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary telah mencetuskan Dunia 1
Perang Dunia I yang berlaku pada tahun 1914 hingga 1918. Kerajaan
Turki Uthmaniyah turut terheret dalam kancah peperangan ini kerana Kesan Perang Dunia I
bertindak menyokong Jerman. Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah
dalam perang ini merupakan usaha terakhir untuk memastikan wilayah- Terhadap Kerajaan
wilayah jajahannya kekal dalam kekuasaan empayarnya.
Uthmaniyah
Sebaik sahaja Turki menyertai Perang Dunia I, blok Pakatan Bertiga yang
terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia telah bertindak secara sulit - Turki Uthmaniyah
dengan merancang untuk menduduki bumi Uthmaniyah sepenuhnya.
Oleh hal yang demikian, satu persetujuan telah dicapai untuk memenuhi kehilangan wilayah
tuntutan Rusia apabila Perjanjian Constantinople ditanda tangani pada
18 Mac 1915. Berdasarkan perjanjian sulit ini, British dan Perancis - Turki Uthmaniyah
bersetuju memperuntukkan Kota Istanbul (Constantinople) dan
sekitarnya kepada Rusia. diambang kejatuhan

Seterusya pada 26 April 1916, satu perjanjian rahsia ditandatangani - Pembentukan kerajaan
antara British, Perancis, Rusia dan Itali di London. Perjanjian London ini
merupakan hadiah kepada Itali yang menyertai blok tentera Pakatan republik
Bertiga. Antara wilayah Turki yang dijanjikan kepada Itali ialah wilayah
Libya dan Kepulauan Docecanese yang terletak di luar pantai Anatolia. - Kewangan meruncing
Dengan termenterainya Perjanjian London, Itali secara rasminya
mengisytiharkan perang menentang Turki Uthmaniyah pada Ogos 1916. - Perdagangan merosot

- Kekayaan dikuasai oleh

kuasa Barat

- Yahudi menonjol di

Mesir

- Menularkan pemikiran

sekularisme

- Perpecahan ummah

Setelah berjaya menyelesaikan tuntutan Rusia dan Itali, maka
persetujuan seterusnya ialah untuk memenuhi tuntutan British dan
Perancis. Pada 16 Mei 1916, Perjanjian Skyes-Picot telah dimenterai
untuk membahagikan wilayah Timur Tengah kepada penguasaan British
dan Perancis. Antara kandungan perjanjian ini ialah, pembahagian
kawasan di bawah pengaruh British dan Perancis. Antaranya Syria dan
Mosul diserahkan kepada Perancis, manakala wilayah Palestin hingga ke
sempadan Iran diserahkan British. Atas permintaan daripada negara
Arab berkenaan, kedua-dua kawasan ini disediakan seorang penasihat.
Wilayah Palestin akan diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa,
yang mana bentuk pentadbirannya akan ditentukan dengan persetujuan
Rusia, sekutu-sekutunya dan Sharif Husain, Gabenor Makkah. Impak
daripada perjanjian ini juga Perancis dan British mula menjalankan dasar
kolonisasi di tanah jajahannya hingga membawa kepada kemunculan
negara bangsa walaupun hakikatnya mereka satu agama.

Kesimpulannya, penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia I
telah mengubah landskap dunia Islam keseluruhannya. Perjanjian-
perjanjian sulit antara kuasa-kuasa Barat telah berjaya melemahkan
kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah. Setelah perang tamat, wilayah-
wilayah Turki Uthmaniyah dibahagi-bahagikan kepada kuasa-kuasa Barat

dan sistem pemerintahan khalifah berakhir di Turki dan digantikan
dengan sistem republik.

Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa Turki pada abad
ke-20

Kerajaan Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada Klon Soalan
tahun1281M. Kerajaan Turki Uthamniyah merupakan sebuah empayar Faktor Dalaman Pembtk
Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Namun empayar Turki Negara Bangsa Turki
Uthamniyah mula merosot pada penghujung abad ke-19.Akibat daripada - Kelemahan Sultan
pengaruh Barat, sekularisme mempengaruhi pemikiran masyarakat - Peranan Golongan
termasuk kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada
pembentukan negara bangsa Turki Uthmani Muda
- Peranan golongan Turki
Pembentukan negara bangsa Turki selari dengan kejatuhan Khilafah
Uthmaniyah. Hal ini kerana pembentukan negara bangsa pada abad ke- Muda
20 dikaitkan dengan kelemahan khalifah yang memerintah kerajaan - Dasar Tanzimat
tersebut.Sultan Mahmud II (1808-1839) meningkatkan kekuasaan - Penglibatan Dalam
mutlak khalifah dengan menubuhkan pasukan tentera baharu Muallem
Eshkinji dan membubarkan tentera elit Janissari dan menguasai Perang Dunia I
golongan ulama. Keadaan ini telah melemahkan pengaruh dan kuasa - Masalah kewangan
khalifah. Perjuangan pembentukan negara bangsa Turki yang pada - Nasionalisme Turki
awalnya untuk menentang campur tangan kuasa Barat akhirnya berubah - Perkembangan Sistem
menjadi penentangan terhadap khalifah berikutan kelemahan khalifah
dan kerajaan dalam menghadapi kuasa-kuasa imperialisme Barat. Situasi Pendidikan
ini membangkitkan kesedaran rakyat untuk membentuk identiti
baharu bagi kerajaan Turki Uthmaniyah.

Selain itu, kemunculan dan peranan golongan Turki Muda membawa Klon Soalan
kepada pembentukan negara bangsa Turki. Golongan ini merupakan
para pelajar yang dihantar oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke Faktor Luaran Pembtk
barat terutamanya dalam bidang perubatan. Golongan ini berjaya
mendominasi pentadbiran kerajaan dan ketenteraan. Contohnya, Halim Negara Bangsa Turki
Pasha sebagai Perdana Menteri, Enver Pasha sebagai Menteri Perang
dan Mustafa Kamal menguasai bidang ketenteraan. Golongan ini telah - Persaingan Kuasa
menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915 mereka talah
menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah Imperialis
sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan penduduk
Kristian dan Yahudi di wilayah-wilayah Balkan. Dasar yang dianjurkan ini - Revolusi Perindustrian
telah mempercepatkan lagi pembentukan negara bangsa Turki.
- Provokasi Barat

Terhadap Golongan

Bukan Islam

Kegagalan dasar tanzimat turut membawa kepada pembentukan negara
bangsa Turki. Dasar Tanzimat diharapkan akan memberikan hak sama
rata kepada warga negara bukan Islam (Kristian) dalam aspek ekonomi
dan jaminan keselamatan. Dasar ini juga bertujuan menyelamatkan
kerajaan Uthmaniyah ekoran kelemahan yang wujud dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran. Dasar ini dilaksanakan dalam Piagam
Hatti Humayyun pada tahun1856. Walau bagaimanapun dasar ini dilihat
sebagai suatu kegagalan kerana pengaruh Barat dilihat telah meresap
dalam pentadbiran kerajaan. Situasi in membawa kepada kemunculan
gerakan memperjuangkan pembentukan negara bangsa Turki.

Penglibatan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama
(1914-1918) turut memberi ruang kepada pembentukan negara bangsa.
Kekalahan Kuasa Pusat dalam Perang Dunia Pertama mempercepatkan
lagi pembentukan negara bangsa Turki. Golongan Turki Muda
memainkan peranan penting melibatkan kerajaan Turki Uthamniyah
dalam Perang Dunia Pertama. Kekalahan demi kekalahan kerajaan Turki
Utahmaniyah dalam beberapa siri peperangan sehingga terpaksa
menandatangani beberapa perjanjian yang merugikan kerajaan
menyebabkan rakyat turut mempertikaikan kemanpuan sultan (khalifah)
untuk mentadbir Negara.

Tekanan kuasa – kuasa imperialis seperti Britain, Perancis dan Rusia,
Jerman dan Austria dan Hungary bersaing antara satu sama lain untuk
menguasai kekayaan turki Uthmaniyah mempercepatkan lagi
pembentukan negara bangsa Turki. Hal ini kerana kerajaan Turki
Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum.
Kuasa-kuasa besar itu turut bergabung untuk menghancurkan empayar
Turki Uthmaniyah. Selain itu, bagi mereka semakin luas wilayah yang
dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuas Barat.
Keluasan tanah jajahan dan penaklukan melambangkan kekuatan dan
kekayaan kuasa Barat tersebut. Penglibatan kerajaan Turki dengan
sistem ekonomi kapitalis Barat turut membebankan kerajaan akibat
peningkatan hutang untuk membiayai dasar Tanzimat, konflik di Balkan
dan juga pembinaan terusan Suez yang akhirnya membawa padah
kepada ekonomi Negara. Tindakan kuasa-kuasa barat tersebut turut
mempercepatkan ke arah pembentukan negara bangsa Turki oleh
golongan nasionalis melalui dasar Turkifikasi, Pan Islamisme dan
sebagainya.

Tindakan kuasa – kuasa Barat yang menghasut penduduk minoriti dan
melakukan provokasi di wilayah – wilayah kekuasaan juga membawa
kepada pembentukan negara bangsa Turki. Pihak Barat juga menghasut
penduduk bukan Islam di wilyah Turki Uthamaniyah untuk
memberontak. Dendam merupan punca negara - negara Eropah ingin
menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah untuk merebut wilayah-
wilayah dan harta peninggalannya. Impaknya, lahir gerakan
antiUthmaniyah di Balkan dan Armenia yang didokong oleh kuasa-kuasa
besar. Ketidaksetiaan penduduk minoriti dengan melakukan
pemberontakan dan pengkhianatan telah mendorong pemimpin
nasionalis Turki untuk mewujudkan negara bangsa Turki.

Kewujudan institusi pendidikan Kristian dan persatuan kebajikan yang
dinaungi oleh gereja Barat juga menyumbang ke arah pembentukan
negara bangsa Turki. Pengaruh luaran yang menyokong gerakan Turki
Muda seperti Shibli Shumayyil seorang Kristian sekular yang
menggalakkan pembentukan masyarakat yang waras dan adil di mana
unsur-unsur agama dan negara dipisahkan (sekularisme). Begitu juga
dengan pembaharuan yang dilaksanakan pada zaman Sultan Abdul
Hamid II menyebabkan banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi
telah didirikan. Ramai dalam kalangan pelajar telah dihantar ke Eropah.
Keadaan ini menyebabkan idea-idea baharu dari Barat seperti

nasionalisme, negara bangsa dan sekularisme mula meresap dalam
kalangan cerdik pandai Turki.

Termeterainya beberapa perjanjian antara kuasa – kuasa besar turut
membawa kepada pembentukan negara bangsa Turki. Matlamat utama
perjanjian – perjanjian tersebut ialah menghancurkan kerajaan Turki
Uthmaniyah, antaranya Perjanjian London, Perjanjian Sykes-Picot,
Perjanjian antara Sharif Hussein dan McMohan. Kerajaan Uthmaniyah
terpaksa menyerahkan beberapa wilayahnya kepada kuasa Barat,
contohnya Ukraine diserahkan kepada Poland. Beberapa wilayah turut
diserahkan kepada Rusia. British dan Perancis juga turut memberikan
tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Perjanjian-perjanjian ini
telah berjaya menggerakkan pergerakan anti Turki dan timbul kesedaran
rakyat Turki untuk membentuk imej kerajaan Uthmaniyah yang baharu.

Proses pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 melibatkan
pelbagai faktor. Gabungan faktor dalaman seperti peranan tokoh Turki
Muda Mustafa Kamal Ataturk yang menjadi pembinaan bangsa Turki dan
faktor luaran merupakan faktor pendesak kepada kemunculan negara
bangsa Turki.


Click to View FlipBook Version