The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wsfong99, 2024-03-10 12:34:33

Buku Log Unit Beruniform

Fong Wen Shuen TESL 5

1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (International Red Cross and Red Crescent Movement )adalah satu pertubuhan kemanusiaan bertaraf antarabangsa, yang dikenali oleh sedunia. Gerakan tersebut merupakan gerakan kemanusiaan yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) adalah sebahagian daripada Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. BSMM mempromosi nilai kemanusiaan, memberi khidmat kepada orang yang menderita dan dalam keadaan bahaya, terutamanya semasa bencana alam, peperangan dan dalam kehidupan seharian, serta penjagaan kesihatan dalam masyarakat PENGENALAN


Ahli Biasa - Yuran tahunan RM2.00 setahun - Bayaran dijelaskan kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. - Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang. Ahli Belia (Permohonan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan) - Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Kanak-kanak - Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda - Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment - VAD) Ahli Seumur Hidup - Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan - Bayaran yuran ialah RM500 Ahli Kehormat Seumur Hidup - Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan - Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun Pasukan Bantuan Sukarela - Bayaran yuran ialah RM2.00 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekali gus untuk 5 tahun Keahlian Terbuka Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang daripada pelbagai golongan dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Komposisi Keahlian: Ahli kanak-kanak: 9 hingga 12 tahun Ahli Belia :13 hingga 18 tahun Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian Seragam / Ahli Seumur Hidup: 18 tahun ke atas Ahli Kehormat Seumur Hidup : Anugerah kepada individu yang memberikan sumbangan Pendaftaran Ahli & Kumpulan Jenis Ahli


Rekod dan Kad Harian 1.Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian Cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran, rekod disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. 2. Kad keahlian diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan. Pengeluaran kad kepada ahli periu didaftarkan. 3. Kad lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. 4. Borang Dan Kelulusan Keahlian 1.Borang keahlian perlulah lengkap dengan gambar. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan, maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada : 2. • Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan • Salinan kedua disimpan oleh Cawangan • Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang@ Unit • Kad keahlian kepada Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup Pendaftaran Kumpulan • Pasukan kanak-kanak • Pasukan Belia • Pasukan Belia Terbuka • Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam • Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam • Pasukan Bantuan Sukarela IPT Pendaftaran bagi Pasukan Kanak-kanak/ Belia • Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menubuhkan satu pasukan BSMM. • Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi satu pasukan. • Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang. • Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan. Pendaftaran bagi Pasukan Belia Terbuka • Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja. • Bilangan minimum ahli lalah seramai 15 orang. • Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pendaftaran bagi Pasukan Bantuan Sukarela • Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang. • Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. • Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran Pasukan Kanak-kanak/ Belia.


Antara kuasa penganjur yang digariskan ialah : Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi. Kuasa Penganjur


Struktur Unit Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit khas. Nombor ini akan menunjukkan unit itu berasal dari Cabang dan bahagian tertentu. Contohnya : Unit PK(Y) 118 PK - Unit ini berasal daripada Cabang Perak (Y) - Kumpulan Belia atau Youth 118 - Unit ke-118 yang didaftarkan Pengurusan Buku Log Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti. Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz buku log (21cm x 32cm) Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak


Tanggungjawab Pemimpin Pemimpin dalam badan beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) seperti Guru Penasihat, Ketua Komander dan Ketua Pasukan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan persatuan. Antara tanggungjawab pemimpin ialah : Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK). Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan. Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif institusi pendidikan. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. Memastikan bahawa pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau peringkat yang lebih tinggi. Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan institusi pendidikan jika khidmat atau kepakaran pelajar diperlukan di luar institusi. Menyatakan kebersediaan untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan, penyeliaan, anjuran, projek dan sebagainya.


UNIFORM BSMM NO. 2 PEGAWAI AHLI BELIA/KADET/MUDA LELAKI/ MUDA PEREMPUAN PAKAIAN "BUSH JACKET" UNIFORM BSMM NO. 3 PEGAWAI AHLI BELIA/KADET/MUDA LELAKI/ MUDA PEREMPUAN & AHLI BELIA PEREMPUAN PAKAIAN KERJA Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin Pemakaian pakaian seragam bertujuan untuk : Mempamerkan identiti BSMM Memupuk semangat disiplin Dipakai dengan kemas dan bangga Jenis-jenis Pakaian Terdapat pelbagai jenis pakaian seragam yang dikhaskan kepada para pegawai dan ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Antaranya ialah :


UNIFORM KORPORAT BSMM PEGAWAI AHLI BELIA/KADET/MUDA LELAKI/ MUDA PEREMPUAN & AHLI BELIA (GURU PELATIH SAHAJA) PEREMPUAN/ LELAKI PAKAIAN KORPORAT Susunan Pemakaian Lencana pada Lengan untuk Pegawai Ahli Belia/Kadet/Muda dan Ahli Belia:


UNIFORM KORPORAT BSMM PEGAWAI AHLI BELIA/KADET/MUDA LELAKI/ MUDA PEREMPUAN & AHLI BELIA (GURU PELATIH SAHAJA) PEREMPUAN/ LELAKI PAKAIAN KORPORAT UNIFORM BSMM NO. 3 KADET LELAKI/ KADET PEREMPUAN PAKAIAN KERJA


Susunan Pemakaian Lencana Kecekapan Kadet: Susunan Pemakaian Lencana pada Lengan untuk Kadet:


UNIFORM BSMM NO. 4 KADET LELAKI/ KADET PEREMPUAN PAKAIAN KAWALAN KEHORMAT ATAU PERBARISAN UNIFORM MUFTI BSMM PEMUDA LELAKI/ PEREMPUAN PAKAIAN MUFTI


Susunan Pemakaian Lencana Kecekapan Muda:


UNIFORM MUFTI BSMM AHLI BELIA & KADET LELAKI/ KADET PEREMPUAN PAKAIAN MUFTI


Takwim & Rancangan Aktiviti Rujuk perkara 3.


Pelantikan Jawatankuasa Unit PENASIHAT • Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir badan beruniform PENGERUSI • Mengurus BSMM badan beruniform mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja/ Mesyuarat Agong • Mempengerusi mesyuarat yang diadakan. • Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti badan beruniform • Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semster dan tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat. • Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. • Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi badan beruniform. NAIB PENGERUSI • Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir badan beruniform. • Mempengerusi mesyuarat jika pengerusi tidak hadir. • Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan. SETIAUSAHA • Mengumpul dan menyimpan pendaftaran ahli dan maklumat ahli badan beruniform. • Membuat urusan surat- menyurat dengan pihak luar pentadbir institusi pendidikan atau ahli badan beruniform. • Menjemput dan mengedarkan surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat • Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada ahli. • Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh guru penasihat. • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. BENDAHARI • Mengutip yuran ahli daripada ahli. • Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan. • Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat. • Memastikan akaun sentiasa dikemaskini. AHLI JAWATANKUASA • Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro atau bahagian. • Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.


Pengurusan Badan Beruniform secara Sistematik dan Terancang Mengurus badan beruniform dengan: • Merancang aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan,kemahiran dan kreativiti/ inovasi • Melaksanakan aktiviti yang dirancang • Merekod data dan maklumat • Menganalisis data dan maklumat • Mengambil tindakan susulan Tindakan dilaksanakan: • Mematuhi ketetapan kokurikulum/ arahan yang berkuat kuasa/ kurikulum badan beruniform • Mengikut keperluan/ kesesuaian/ keupayaan • Secara menyeluruh/ kemas kini/ tepat dan betul • Secara berterusan/ berkala


2. SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH


Sejarah Palang Merah (Red Cross) yang berpangkalan di Switzerland diasaskan oleh seorang ahli perniagaan iaitu Jean Henry Dunant yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva. Semasa meningkat dewasa, beliau banyak menyertai persatuan-persatuan yang berunsurkan kemanusiaan seperti League of Alms yang bermatlamat untuk membantu golongan miskin dan menderita. Minat yang tinggi terhadap dunia perniagaan telah menyebabkan Henry meletakkan jawatan beliau sebagai pegawai bank demi memenuhi minat beliau. Perniagaan yang dibangunkan oleh Henry mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Namun begitu, semuanya berubah dengan sekelip mata apabila tercetusnya Perang Solferino. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan seterusnya di negeri-negeri lain. Persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia ketika kemerdekaan pada tahun 1957 dan cawangan di Semenanjung Malaysia pula dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Di samping itu, persatuan tersebut mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Pada 16 September 1963, berlakunya berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1965, Persatuan Palang Merah Malaysia telah diperbadankan oleh Kerajaan Malaysia melalui Akta Parlimen No. 47/1965. Pada 5 September 1975 pula, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia melalui Akta 162. Dengan kelulusan Akta ini, nama dan lambang persatuan ini ditukar dari Palang Merah kepada Bulan Sabit Merah.


1.KEMANUSIAAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah berhasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia. 2.KESAKSAMAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya adalah untuk meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. 3. KEBERKECUALIAN Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. 4. KEBEBASAN Kami bebas. Dan sementara kita adalah pembantu dalam perkhidmatan kemanusiaan kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang negara, kita mengekalkan autonomi supaya kita boleh setiap masa bertindak selaras dengan prinsip pergerakan itu. 5. KHIDMAT SUKARELA Ia berupa Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. 6. KETUNGGALAN Hanya ada satu persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara. 7. KESEJAGATAN Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantumembantu di antara satu sama lain. Perlembagaan Terdapat 7 prinsip-prinsip asas dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) :


Pertubuhan Catatan International Committee of the Red Cross (ICRC) ICRC adalah persatuan swasta yang didaftarkan di Switzerland. Persatuan tersebut ditubuhkan oleh 5 warganegara Swiss pada tahun 1863 bagi untuk membantu orang yang cedera tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan. ICRC merupakam pertubuhan yang tertua dan paling dihormati dalam Pergerakan tersebut dan juga merupakan salah satu daripada pertubuhan yang paling diiktiraf di dunia. Peranan: Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara atau rusuhan Memberi bekalan kepada mangsa yang terlibat dalam peperangan seperti makanan, ubatan, pakaian, buku dan keperluan harian The International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) IFRC ditubuhkan pada tahun 1919, ia merupakan sebahagian daripada Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Anatabangsa dan 190 Pertubuhan Kebangsaan. IFRC menumpukan pada empat bidang penting, iaitu, tindak balas bencana, promosi nilai kemanusiaan, penjagaan kesihatan dan komuniti dan kesiapsiagaan bencana. Persatuan tersebut adalah bebas daripada pengaruh kerajaan. Peranan: menolong mangsa bencana dan memperkuat kemampuan anggota Pertubuhan Nasional anggotanya Struktur dan Organisasi Pertubuhan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Antarabangsa Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu: • Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) • Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) • Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan


Pertubuhan Catatan Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan (International Committee of The Red Cross) Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melantik anggota-anggota pertolongan cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa


Struktur dan Organisasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia


Carta Organisasi BSMM


Struktur Carta Organisasi Peringkat IPGM


Struktur Carta Organisasi Peringkat Institut


Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia • 1948 - Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang Merah British. • 1950 - Ditubuhkan di Pulau Pinang. • 1951 - Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor. • 1952 - Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. • 1961 - Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di Parlimen. • 1962 - Pada 16 April 1962, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu Akta 1961 telah berkuatkuasa. • 1963 - Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. Pada 4 Julai 1963 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah. • 1975 - 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta 162- Membenarkan pertukaran nama dan lambang)


Struktur Carta Organisasi BSMM


Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan. Melindungi mereka yang tidak atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran iaitu wanita, kanak-kanak, warga emas, perlarian dan tawanan perang. Tujuan UUKA adalah untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. UUKA juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata. Siapakah yang dilindungi oleh UUKA? UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, seperti: Orang awam Anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera Orang yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran, contohnya penempur yang cedera, karam atau sakit Tawanan perang Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanakkanak yang selalunya mudah menjadi mangsa semasa peperangan. Bagaimanakah UUKA melindungi? Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa: Menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar. Membezakan antara penempur dan orang awam. Tidak menyerang orang awam. Membantu mereka yang cedera dan sakit. Melindungi anggota perubatan. Memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka.


Pembangunan konvensyen - konvensyen Geneva Terdapat empat perjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland, yang menetapkan piawai bagi undang-undang antarabangsa berkaitan kemanusiaan. Empat perjanjian tersebut telah menjadi dasar kepada undang-undang kemanusiaan di seluruh dunia. Konvensyen Geneva merupakan hasil yang dibuat daripada usaha Jean Henri Dunant yang mendapat ilham daripada kekejaman peperangan yang disaksikan dalam Pertempuran Solferino pada tahun 1859. Terdapat tiga pindaan berasingan dalam Konvensyen Geneva pada tahun 1977 dan 2005. Konvensyen Pertama diadakan pada 1864. Konvensyen tersebut bertujuan untuk melindungi mangsa yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan adalah tanggungjawab yang dihormati dan dilaksanakan tanpa diskriminasi jantina, bangsa, kewarganegaraan, agama, fahaman politik, dan aspek-aspek lain. Mereka tidak boleh dibunuh, dimusnah, diseksa atau digunakan untuk tujuan eksperimen biologikal. Di samping itu, mereka berhak untuk menerima rawatan yang mencukupi dan dilindungi daripada dirompak serta jangkitan penyakit. Selain itu, mereka meluaskan kuasa perlindungan itu kepada banyak lagi kategori mangsa konflik bersenjata.Oleh tu, wujudnya Konvensyen Kedua pada tahun 1899. Usulan yang dipersetujui dalam Konvensyen Geneva Kedua pada tahun 1907 adalah memberi perlindungan ke atas askar yang cedera dan sakit di atas kapal atau di laut adalah keutamaan, dengan mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan untuk mencari, mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram di laut. Selain itu, pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus dihormati dan dilindungi. Di samping itu, kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan dan harus terhindar dari serangan atau penahanan. Pengangkutan air berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit, dan terkaram, mereka tidak boleh ditangkap selagi kekal berkecuali. Seterusnya, Konvensyen Geneva Ketiga pula berlaku pada tahun 1949. Usulan yang dipersetujui dalam persidangan adalah tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan pakaian yang mencukupi serta rawatan yang memadai. Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam untuk mendapatkan maklumat. Tawanan perang hendaklah dibenar mengamalkan suruhan agama mereka dan mereka dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan. Tawanan perang yang sihat pula dibenarkan.


ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak berbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran berpatutan atas tugas yang mereka lakukan. Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga menerima bungkusan barang. Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanantawanan perang. Di samping itu, tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang. Akhirnya, mereka hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan. Akhirnya, Konvensyen Geneva Keempat diadakan pada tahun 1950. Berbanding tiga konvensyen terawal yang membincangkan tentang pejuang perang, Konvensyen Geneva Keempat ini merupakan perbincangan pertama tentang perlindungan kemanusiaan untuk orang awam dalam zon perang. Selepas Persidangan Diplomatik (WW2), Konvensyen Geneva Keempat telah diterima pakai. Persidangan ini turut menyemak semula keempat-empat konvensyen yang dibuat. Mereka yang cedera, orang tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah dipindahkan dari kawasan pertempuran. Selain itu, hospital awam dan anggotanya hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. Laluan bebas hendaklah diberikan kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan. Selain itu, tindakan harus diambil oleh pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka dengan keluarga akibat peperangan diberi makanan, pelajaran, tempat tinggal dan pendidikan. Orang awam pula mestilah diberi layanan yang baik. Agama, adat dan kepercayaan mereka hendaklah dihormati. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. Di samping itu, mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. Orang awam yang membuat kesalahan pula hendaklah dibicarakan di mahkamah


Protokol-protokol Tambahan PROTOKOL TAMBAHAN 1 (1977) Melarang serangan membuta tuli yang dilakukan kepada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup. Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancar nuclear, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang. Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan awam serta had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan. Dilarang menyerah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera. Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan penderitan yang melampau serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalan dilarang. Penggunaan salah satu emblem (lambang) yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah parang. PROTOKOL TAMBAHAN II (1977) Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva. Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam permusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol II melarang keganasan atas kehidupan, kesihatan, fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mesti dipindahkan ketempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli keluarganya. Serangan tidak boleh dibuat ke atas penduduk awam dan objek-objek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman sistem pembuangan atau sumber minuman air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang. Ia menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera, sakit dan yang terkaram serta pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli agama. Organisasi bantuan saksama seperti ICRC adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan kemanusiaannya. PROTOKOL TAMBAHAN III (2005) Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 0gos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005) Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.


Tanggungjawab Negara-negara • Mengekalkan organisasi yang tetap dan aktif untuk melegakan kesakitan, penderitan atau tekanan terutama mangsa konflik bersenjata, bencana atau kecemasan lain tanpa mengira warganegara, bangsa, kelas, jantina, keturunan atau pendapat politik, organisasi. • Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Prinsip-prinsip Asas Pergerakan. • Menggalakkan penubuhan Cawangan, Cabang dan Unit dan melaksanakan kawalan umum terhadap kerja mereka • Menggalakkan dan mengekalkan kepentingan awam dalam kerja-kerja Persatuan dan melaksanakan kutipan derma dan dana • Bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkuasa • Menerima tugas menurut prinsip-prinsip dan fungsi tertentu untuk melindungi alam sekitar dan membekalkan kursus-kursus latihan bagi subjek yang boleh dibuka kepada awam. • Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah penggunaan yang tidak sah • Mempertimbangkan dan meluluskan dalam kes-kes yang sesuai bagi pencalonan untuk penganugerahan pangkat kecemerlangan, pingat dan lencana Persatuan • Menggalakkan dan mempromosikan ahli belia dengan sasarannya iaitu untuk mendidik pembentukan tabiat kehidupan yang sihat, kepentingan berkhidmat kepada orang lain dan menguatkan ikatan persahabatan antarabangsa yang wujud di antara ahli belia Bulan Sabit Merah di seluruh dunia


Konvensyen-konvensyen Hague Objektif • Perbincangan berkaitan Undang-undang Antarabangsa • Perlindungan kepada objek-objek bakai seni dan tugu peringatan. • Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata • Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa Konvensyen Hague 1899 & 1907 • Undang-undang peperangan • Member hak dan menerangkan cara tugas pihak yang berperang dalam menjalankan operasi ketenteraan • Berkenaan tentang hak perlindungan kemanusiaan bagi mereka yang terbabit dalam peperangan • Sebanyak 50 buah negara telah menyertai mesyuarat keamanan ini di Hague, Netherlands pada tahun 1899 dan 1907 • Mesyuarat tersebut telah berlancar dari 18 Mei dan ditandatangani pada 29 Julai 1899 • Perjanjian tersebut berkuatkuasa dari 4 September 1900 Konvensyen Hague 1. Persidangan Keamanan Pertama 1899 • Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandangani 2. Persidangan Kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 • Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907


Hague I • Pacific Settlement of International Disputes • Ditandatangani pada 29 Julai 1899 • Dikuatkuasa pada 4 September 1900 • Bertujuan mengekalkan keamanan antara negara • Jika terdapat pertelingkahan hendaklah ditandatangani secara rundingan sebelum mengangkat senjata • Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa bertindak sebagai badan pengaman perlu dirujuk jika sesuatu konflik tidak diselesaikan secara diplomasi Hague lI • Ditandatangani pada 29 Julai 1899 • Dikuatkuasa pada 4 September 1900 • Dihamkan semasa persidangan Brussels 1874 • Pihak yang bertelagah perlu menghormati undang-undang dan caracara peperangan darat • Undang-undang, hak dan tugas peperangan perlu dipatuhi oleh semua pihak • Sekiranya mereka ditawan, mereka berhak dilayan sebagai tahanan perang Hague III • Undang-undang peperangan adalah peperangan maritim • Prinsip Konvensyen Geneva: Penyesuaian peperangan di laut Hague IV • Antara persetujuan-persetujuan adalah 1. Contracting Power telah bersetuju untuk menyekat pembebasan gas beracun 2. Kewujudan deklarasi tersebut terikat kepada Contracting Power dalam kes peperangan antara dua atau lebih pihak yang terlibat


LAMBANG BULAN SABIT MALAYSIA ANTARABANGSA LAMABANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Lambang/emblem Bulan Sabit Merah Penggunaan lambang Bulan Sabit Merah sebagai lambang pertubuhan adalah mengikut Act 162, Malaysia Red Cross Society (Change of name) Act 1975. KEGUNAAN LAMBANG • ICRS dan IFRC berhak menggunakan lambang Bulan Sabit Merah pada setiap masa, iaitu sewaktu konflik atau aman PERANAN LAMBANG • Tanda Perlindungan - Seseorang atau objek tidak boleh diserang. - Seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan undang-undang kemanusiaan. • Tanda Pengenalan - Menunjukkan bahawa orang ataub sesuatu objek adalah berkaitan dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah


Pengenalan/ Indikatif & Perlindungan dengan Penggunaan Lambang dan Signifikannya Perlindungan dan Penggunaan Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah: • Perlindungan Mangsa Konflik: Gerakan ini memberikan perlindungan kepada orang-orang yang terkesan dengan konflik bersenjata, menggalakkan peraturan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan berusaha mengurangkan penderitaan di medan perang. • Bantuan dan Sokongan Kemanusiaan: Mereka menyediakan bantuan perubatan, makanan, air bersih, tempat tinggal, dan sokongan psikososial kepada mangsa bencana alam dan konflik. Gerakan ini juga memainkan peranan dalam usaha pemulihan dan pembinaan semula pasca bencana atau pasca konflik. • Berkecuali dan bebas: Gerakan ini komited untuk kekal berkecuali dan tidak berat sebelah dalam konflik bersenjata, supaya ia boleh mengakses semua pihak untuk memberikan bantuan kemanusiaan. • Kepentingan Lambang: Lambang itu diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai simbol perlindungan dan bantuan kemanusiaan. Penggunaannya dilindungi oleh undang-undang antarabangsa. • Perlindungan dan Keselamatan: Apabila simbol ini kelihatan, ia menunjukkan bahawa kakitangan atau kemudahan dilindungi dan mungkin tidak diserang. • Berkecuali dan Kemanusiaan: Lambang ini mencerminkan prinsip asas pergerakan, termasuk berkecuali, kemerdekaan, dan perpaduan.


3. ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


Takwim dan Rancangan Aktiviti BIL TARIKH CADANGAN AKTIVITI TINDAKAN 1. 13/3/2024 Mesyuarat Agung Pelantikan AJK dan penerangan mengenai unit BSMM tahun 2024 Semua Guru Penasihat 2. 3/4/2024 1.Lagu BSMM 2.Ikrar BSMM 3.Bendera BSMM 4.Logo BSMM Guru Penasihat 3. 8/5/2024 Sejarah Ringkas Palang Merah (KanakKanak) • Pengasas Palang Merah / Bulan Sabit Merah • Peperangan di Salfereno • Kelahiran Palang Merah • Lambang BSMM • Pakaian Seragam BSMM Guru Penasihat 4. 5/6/2024 Peti Pertolongan Cemas Dan Kegunaan Bahan di dalamnya Guru Penasihat 5. 26/5/2024 Kebersihan diri Demostrasi mencuci tangan dengan cara yang betul Guru Penasihat 6. 17/7/2024 Keselamatan di Rumah: Kemalangan yang akan berlaku di rumah dan cara pencegahan kemalangan daripada berlaku Guru Penasihat


BIL TARIKH CADANGAN AKTIVITI TINDAKAN 7. 7/8/2024 Ikatan anduh dan teknik balutan Guru Penasihat 8. 28/8/2024 Senaman untuk kesihatan Guru Penasihat 9. 25/9/2024 Latihan kawad kaki Guru Penasihat 10. 16/11/2024 Jenis-jenis penyakit Guru Penasihat 11. 6/11/2024 Cara pemasangan khemah Guru Penasihat 12. 27/11/2024 Gotong-royong kawasan sekolah Guru Penasihat Takwim dan Rancangan Aktiviti


PENGENALAN Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4,5, dan 6. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah rendah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah Malaysia. PERANCANGAN PROGRAM 1. Penubuhan / Pendaftaran Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan BSMM Menubuhkan Jawatankuasa kerja pengurusan dan penyelarasan kegiatan BSMM Mengkaji dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan BSMM Memberi taklimat kepada guru tentang dasar pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan BSMM 2. Pembentukan Unit Organisasi BSMM Unit: Kanak-kanak Guru besar akan memberikan pandangan dan nashat. Guru Kanan Kokurikulum akan menjemput wakk Cawangan BSMM untuk memberikan ceramah dan kebaikan menjadi ahli BSMM 3. Mesyuarat Pertama akan Diadakan Pelantikan AJK peringkat unit(sekolah rendah) Guru besar sebagai penaung Kekuatan sesuatu pasukan(12 atau lebih murid) Seksyen dalam satu-satu pasukan boleh ditambah berdasarkan bilangan kekuatan ahli. Satu seksyen tidak melebihi 8 orang. 4. Pendaftaran Mendaftar ahli merancong akuvid tanunan Ikrar 5. Hari Palang Morah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 8 Mei setiao tahun Memakai pakaian seragam Bulan Sabit Merah pada hari tersebut. Ucapan atau utusan Bulan Sabit Merah kepada dunia. Ceramah Tujuan, peranan, perkhidmatan Bulan Sabit Merah Pendidikan Bulan Sabit Merah Program Unit Berunifom BSMM Di Sekolah Rendah


6. Latihan Kawad • Kawad kaki 7. Ceramah • Kesihatan dan Kebersihan 8. Gotong-royong • Membersihkan kawasan sekolah 9.Lawatan dan Khidmat Masyarakat Penyayang Lawatan ke Rumah Kebajkan terdekat, hospital atau pejabat Bulan Sabit Merah. 10. Kraftangan Perkhemahan Perancangan Awal, tempat (sekolah) / tempat (luar sekolah dengan keizinan), cari tempat yang sesuai, program perbelanjaan. Persiapan khemah di kawasan sekolah, menginap dalam bangunan sekolah, semasa bertolak(jika diluar sekolah), semasa tiba, sepanjang perkhemahan, sebelum menine dinan woodk Penyediaan alatan khemah Mendiri alatan khemah, khemah mudah jenis / bahagian, pasang dan bongkar khemah, membuat kraf tangan sebahagian dari aktiviti perkhemahan. 11. Ujian dan Laporan Prestasi Ahli-ahli oleh Guru Pemimpin untuk Penilaian Keekapan Lencana Kem Kraf Penyampaian Lencana (semasa perjumpaan PBSM di sekolah) Boleh libatkan guru besar untuk menyampaikan lencana. 12. Keselamatan Di sekolah, rumah, jalan raya Pegawai pemimpin menguruskan ceramah atau melibatkan murid-murid dalam program yan dianjurkan oleh pihak NGO atau kerajaan secara bersepadu.


Pendidikan Kesihatan Pendidikan Palang Merah Pertolongan Cemas Skim Latihan Sekolah Rendah TAHAP 1 - UNTUK TAHUN 4 ( CERAMAH 6 JAM ) Lulus ujian lisan dan amali mengikut sukatan pelajaran yang di tetapkan dengan kerjasama guru pemimpin BSMM edi sekolah dan berpandukan sukatan pelajaran seperti dalam HANDBOOK NO.7. SUKATAN PELAJARAN: SESI 1: MENJAGA KEBERSIHAN DIRI. SESI 2: MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN RUMAH. SESI 3: MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN BILIK DARJAH DAN SEKOLAH. SESI 4: MENJAGA KEBERSIHAN PELUPUSAN SAMPAH SARAP. SESI 5: MENJAGA KESELAMATAN. TAHAP 2 - UNTUK TAHUN 5 ( CERAMAH 12 JAM ) Lulus ujian lisan dan amali mengikut sukatan pelajaran yang di tetapkan dengan kerjasama guru pemimpin BSMM edi sekolah dan berpandukan sukatan pelajaran seperti dalam HANDBOOK NO.7. SUKATAN PELAJARAN: SESI 1: PERTOLONGAN CEMAS DI RUMAH. SESI 2: BANTU MULA ASAS P. CEMAS ASAS. SESI 3: LUKA DAN PENDARAHAN. SESI 4: PATAH TULANG SESI 5: KERACUNAN SESI 6: TERBAKAR / MELECUR SESI 7: PENAFASAN. SESI 8: GIGITAN SERANGGA TAHAP 1 - UNTUK TAHUN 4 ( CERAMAH 10 JAM ) Lulus ujian lisan dalam mata pelajaran Pendidikan Palang Merah/Bulana Sabit Merah yang dijalankan oleh Guru Pemimpin BSMM di sekolah mengikut sukatan pelajaran yang telah di tetapkan seperti dalam HANDBOOK NO.7. MATA PELAJARAN: SESI 1. PENGANALAN RINGKAT PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH. SESI 2. SEJARAH RINGKAS ASAL USUL PALANG MERAH /BULAN SABIT MERAH. - Kelahiran/Seiarah BSMM. SESI 3: MENGHAYATI 7 PRINSIP PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH. SESI 4: AKTIBITI-AKTIVITI KEGEMARAN, PERHUBUNGAN PERADUAN DAN NILAI-NILAI MURNI KEMANUSIAAN UNTUK KEAMANAN SEDUNIA. (Membuat Kad Ucapan (Waib) dan pilih salah satu aktiviti-aktiviti lain seperti. 4. 1. Membuat album/mengumpul stem. 4.2. Mengumpul/ Menyusun kaset/CD lagu laqu/nyanyian. 4.3.Gambar Lukisan/Poster 4.4. Kegemaran lain yang sesuai.


Persahabatan Antarabangsa Kem Kraf TAHAP 2 - UNTUK TAHUN 5 ( CERAMAH 6 JAM ) Lulus ujian lisan dan amali mengikut sukatan pelajaran yang di tetapkan dengan kerjasama guru pemimpin BSMM di sekolah dan berpandukan sukatan pelajaran seperti dalam HANDBOOK NO.7. SUKATAN PELAJARAN: SESI 1: PERPADUAN DAN KEAMANAN DUNIA. SESI 2: HIDUP BERMASYARAKAT SESI 3: KAEDAH-KAEDAH DAN CARA-CARA BERHUBUNG DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT, NEGERI, ANTARABANGSA DAN DUNIA Skim Latihan Sekolah Rendah IAHAP 3 - UNTUK TAHUN 6 KEM KRAF Menyediakan satu projek kraf tangan dengan bimbingan Guru Pemimpin BSMM seperti dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran HANDBOOK NO7. Ahli juga didedahkan dengan aktiviti luar seperti berkhemah dan berkawad ( Bole menguasai 11 hukuman kawad dari 19 bahasa kawad yang di peruntukan) Ujian praktikal dan amali akan dilakukan oleh Guru Pemimpin sendiri.


RUJUKAN Amir Hamzah Aman. (2014). Bulan Sabit Merah Malaysia. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Amir Hamzah Aman. (2022). Panduan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi Pasukan Kanak-Kanak. MK e-Solutions Sdn. Bhd.


TTEERRIIMMAA KASIH


Click to View FlipBook Version