The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BULETIN UiTMCPP MEI 2021 VERSI PELAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irsyadsubestg7, 2021-06-09 02:11:09

E-BULETIN UiTMCPP MEI 2021 VERSI PELAJAR

E-BULETIN UiTMCPP MEI 2021 VERSI PELAJAR

KELUARAN KEDUA | MEI 2021

E-BULETIN

VERSI PELAJAR MARA
UNIVERSITI TEKNOLOGI

CAWANGAN PULAU PINANG

Sebuah penerbitan digital secara berkala oleh Majlis Perwakilan
Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang Sesi 2020/2021 dalam
merekod pencapaian dan kecemerlangan mahasiswa mahasiswi
UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diedarkan secara percuma di
laman sesawang :

https://sites.google.com/view/mppuitmcpp

E-buletin ini akan diterbitkan pada setiap hujung bulan dan akan
memaparkan aktiviti-aktiviti menarik yang berlaku sepanjang
bulan tersebut.

Tips: Terdapat juga perkataan / gambar yang boleh ditekan dan
akan membawa anda terus ke pautan yang berkaitan.

Penerbit
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang Sesi
2020/2021

Penaung
Prof. Ts. Dr. Salmiah Binti Kasolang
Rektor
UiTM Cawangan Pulau Pinang

Penasihat
Ts. Dr. Mohd Rozaiman Bin Aziz
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Pulau Pinang

Editor
Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar,
Jabatan Perhubungan dan Korporat

Pereka Grafik
Irfanudin Bin Nor Anwar

PRAKATA

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan yang mencipta dan menguasai
alam ini. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Rasullulah SAW.
Assalamuallaikum, salam sejahtera.

Pertamanya saya ingin merakamkan syabas dan jutaan penghargaan kepada
jawatankuasa penerbitan E-buletin ini kerana telah bertungkus lumus bagi
mengeluarkan edisi ke-2 ini. Saya percaya kejayaan dalam menerbitkan majalah
ini bukannya datang bergolek tetapi atas usaha gigih dan penat lelah dari semua
pihak. Tanpa komitmen dan kerjasama daripada semua, E-buletin ini tidak akan
berjaya diterbitkan. Usaha menerbitkan majalah ini adalah untuk merakamkan
program dan aktiviti ketika bulan mei 2021. Semoga dengan kejayaan program
dan aktiviti ini akan menyuntik semangat para mahasiswa untuk terus bergiat
aktif dalam aktiviti demi manfaat masa hadapan. E-buletin ini juga adalah salah
satu platform untuk mempromosikan kelab dan persatuan UiTM Cawangan Pulau
Pinang supaya lebih banyak penglibatan dari mahasiswa UiTMCPP sendiri.
Semoga segala penglibatan para mahasiswa dalam aktivti dan program dijadikan
pengalaman yang berguna untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan bahawa era globalisasi kini amat
mencabar. Sebagai seorang mahasiswa, perjalanan hidup anda hanya baru
bermula. Saya berharap semua mahasiswa akan mampu menangkis ancaman-
ancaman negatif yang boleh menjejaskan maruah diri, bangsa dan agama.
Jadilah mahasiswa yang mampu menjadi kebanggaan ibu bapa, keluarga, para
pensyarah, UiTM, bangsa dan negara. Jadilah mahasiswa yang sentiasa
bersyukur dan bertaqwa agar segala ilmu yang diperoleh akan dimanfaatkan
dengan baik dan penuh beretika demi membangunkan masyarakat, agama,
bangsa dan negara. Ingatlah para mahasiswa sekalian, biar di mana sekalipun
anda berada, berikanlah tempat yang istimewa kepada UiTM di sudut hati anda.
Janganlah menjadi seperti 'kacang lupakan kulit'. Kini, 'dayong sudah
ditangan, perahu sudah di air', terpulanglah kepada anda semua untuk
mencorakkan masa depan yang lebih gemilang. Sekian, Wabillahitaufik wal
hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ts. Dr. Mohd Rozaiman Bin Aziz
Timbalan Rektor
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pulau Pinang

ISI KANDUNGAN

PROGRAM
EDARAN KURMA
- 01

SINERGI SEDEKAH
RAMADAN - 02

BAS BALIK RAYA
JPNR - 05
UiTM - 07

COVIDXIKRAM - 08

ALQURAN DAN
MANUSIA - 10

JANJI SYURGA
DAN NERAKA - 11

SINAR 1.0

PROGRAM
EDARAN KURMA

Kerjasama antara
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),
Staf Residen Kolej (SRK),
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan
Kelab Chemical Engineering Student Society (ChESS)

1 Mei 2021 - Memandangkan mahasiswa tidak dibenarkan
keluar daripada kampus tanpa ada hal mustahak, ini adalah
salah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak kepimpinan
pelajar dan pengurusan untuk menyantuni para mahasiswa
yang tinggal dalam kawasan kampus sewaktu bulan Ramadan.

Sebanyak 300 pek kurma diedarkan kepada mahasiswa
melalui kaedah dari rumah ke rumah. Antara tujuan program
ini juga dianjurkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim antara kepimpinan pelajar dan pihak Staf Residen
Kolej (SRK). Disamping itu, ia juga adalah salah satu inisiatif dari
pihak SRK untuk mengambil berat tentang kebajikan
mahasiswa yang berada di kampus serta para mahasiswa juga
akan lebih mengenali para SRK. Semasa pengedaran kurma itu
berlangsung, pihak yang terlibat turut meminta sumbangan
ikhlas daripada mahasiswa bertujuan untuk diberi kepada
kontraktor pembersih.

Hasil kutipan dari sumbangan ikhlas tersebut
telah berjaya memperoleh RM 3010.00.

01 E-BULETIN | MEI 2021

CHESS | MPP | JPK

6 Mei 2021 - Majlis Perwakilan Pelajar dengan usaha sama Persatuan Pelajar Kejuruteraan
Kimia (ChESS) serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej bekerjasama dalam mengadakan
sebuah program Sinergi Sedekah Ramadan (Sinar) 1.0 di mana sumbangan dihulurkan
kepada golongan yang memerlukan di UiTM Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh.

ANAK MUDA TURUN
PADANG (AMTP)

Bersama rakan strategik Anak Muda
Turun Padang (AMTP), sumbangan
diberi dalam bentuk barangan dapur
iaitu beras, tepung, minyak, gula, telur,
makanan tin dan kain pelikat/batik.
Bukan itu sahaja, bantuan dari segi
kewangan juga turut disumbangkan
kepada para penerima sempena Hari
Raya Aidilfitri yang bakal menjelang
ketika itu.

02 E-BULETIN | MEI 2021

Penerima-penerima Sinergi

Sedekah Ramadan (Sinar) 1.0 ini

adalah terdiri daripada mereka yang

memerlukan bantuan derma

menjelang sambutan Hari Raya

Aidilfitri, 27 orang pelajar yang tidak

berkesempatan untuk pulang ke

kampung halaman serta seramai 151

pekerja kontrak pembersihan dan

tidak terkecuali 30 anggota polis

bantuan yang berkhidmat.

TOYYIBPAY & MIA

Kutipan Sumbangan juga diperoleh
melalui kutipan sumbangan ketika
program agihan kurma bersama staf
residen kolej. Bahkan kutipan derma
dilakukan melalui Toyyibpay dan
MIA (Malaysian Institute of
Association). Kedua-kedua ini telah
menyediakan platform untuk para
penderma memberi sumbangan
secara atas talian atas talian.

Turut hadir ialah Prof. Ts. Dr. Salmiah Binti Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang
bersama-sama Jawatankuasa Eksekutif Negeri bagi meraikan para penerima sumbangan. Dalam
ucapan rektor, beliau menyatakan ini adalah satu pencapaian pelajar yang sangat terpuji kerana
bersama-sama berganding bahu memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Sikap
ini wajar dipuji dan beliau juga berharap usaha ini dapat diteruskan lagi supaya dapat memupuk
amalan sedekah dalam diri mahasiswa selaras dengan tuntutan islam. Beliau juga berterima
kasih kepada Encik Ts. Mohamed Syazwan Bin Osman, penasihat Persatuan Pelajar
Kejuruteraan Kimia (Chess) yang menjadi pencetus idea bagi program sumbangan ini. Akhir
sekali, program ini juga turut mendapat perhatian media apabila keluar di akbar Utusan
Malaysia pada 7 mei 2021.

WWW.UTUSAN.COM.MY

03 E-BULETIN | MEI 2021

Prihatin dengan nasib
golongan memerlukan

bantuan menjelang
sambutan Hari Raya
Aidilfitri, Universiti
Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Pulau Pinang di
sini tampil menghulurkan
sumbangan untuk mereka
di bawah program Sinergi
Sedekah Ramadan (Sinar)

1.0.

- UTUSAN ONLINE

04 E-BULETIN | MEI 2021

6 Mei 2021 – Jawatankuasa Perwakilan Non
Resident(JPNR) sinergi bersama Majlis Perwakilan
Pelajar(MPP) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya
mengimplimentasikan program bas balik raya bagi
mahasiswa Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam.

05 E-BULETIN | MEI 2021

Pihak Kementerian Pelajaran

Tinggi telah mengeluarkan

arahan supaya semua

mahasiswa yang ingin pulang

sempena Hari Raya Aidilfitri

hendaklah menaiki kenderaan

yang disediakan oleh pihak

universiti masing-masing

secara holistik. Bagi

menyelesaikan kemelut ini,

pihak JPNR telah menyediakan

tiga buah bas komersial bagi

membantu mahasiswa untuk

pulang ke kampung halaman

sempena menyambut

perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Setiap bas menuju ke 5

destinasi yang berbeza iaitu

Selangor, Kelantan, Pahang

serta Terengganu dan Johor.

Seramai 123 mahasiswa telah terlibat dengan program ini implisit
dapat memudahkan urusan mereka untuk pulang ke kampung
halaman untuk bertemu dengan insan tersayang. Semua golongan
yang terlibat telah mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia seperti memakai penutup mulut
agar dapat melindungi diri dari Covid19. Terdapat juga beberapa
media yang terdiri dari pelbagai stesen hadir untuk membuat
liputan tentang kasus ini selain menjalankan sesi temu ramah
bersama mahasiswa UiTMCPP yang terlibat.

JAWATAN KUASA PERWAKILAN NON RESIDEN

Instagram: @JPNRUiTMPP
Youtube: JPNR UiTM Pulau PInang
06 E-BULETIN | MEI 2021

BAS UiTM

DISEDIAKAN SECARA PERCUMA

Pada 28 April 2021 , telah berlangsungnya Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dan hasil mesyuarat tersebut mereka telah bersetuju untuk membenarkan pelajar Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) untuk pulang ke rumah masing-masing sempena sambutan Hari Raya
Aidilfitri kecuali bagi negeri Sarawak bermula 7 Mei sehingga 12 Mei 2021.
Namun begitu, bagi pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman adalah tidak dibenarkan untuk
menggunakan kenderaan awam kecuali perkhidmatan penerbangan. Mereka hanya dibenarkan
pulang menggunakan 3 kaedah iaitu kenderaan sendiri, dijemput oleh ibubapa atau menggunakan
bas yang diselaraskan oleh pihak UiTM mengikut negeri.
Oleh hal yang demikian, pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengambil inisiatif dengan
menyediakan perkhidmatan bas mengikut negeri bagi pelajar yang ingin pulang ke kampung
halaman. Perkhidmatan bas ini hanya disediakan kepada para pelajar kampus Permatang Pauh kerana
rata-rata para pelajar dari kampus Bertam telah pulang ke rumah masing-masing bersama ibubapa
mereka.

Jadual perjalanan pulang pelajar telah disediakan mengikut zon
negeri. Operasi perjalanan pulang pelajar ini telah dijalankan
selama tiga hari bermula 7 Mei sehingga 9 Mei 2021. Pihak
universiti juga telah menyediakan pengiring bagi setiap
pergerakan. Ia bertujuan untuk memastikan kesemua pelajar
selamat sampai ke destinasi yang dituju dan untuk memastikan
keselamatan para pelajar terjamin berikutan kes covid-19 yang
kian meningkat.
Ketika operasi perjalanan pulang pelajar, Prof. Ts. Dr. Salmiah
Kasolang, Rektor UiTMCPP juga turut hadir pada hari pertama
untuk meraikan para pelajar pulang ke destinasi yang dituju
serta untuk memastikan segala pengendalian usaha membawa
pelajar pulang ke kampung halaman berjalan dengan lancar.
Daripada inisiatif yang dilakukan oleh pihak Universiti ia dapat
disimpulkan bahawa, segala usaha bagi meghantar para pelajar
pulang ke kampung halaman dapat memberi peluang kepada
para pelajar untuk meraikan dan menyambut sambutan Hari
Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

07 E-BULETIN | MEI 2021

PERTANDINGAN

#COVEIDXIKRAM

VIDEO PENDEK DAN FOTOGRAFI

Kelab Ikatan Kasih Rumpun
Anak-anak Melayu (IKRAM) telah

menjayakan satu pertandingan

yang dilakukan ketika Hari Raya

Aidilfitri. Pertandingan ini adalah

pertandingan gambar dan video

yang paling menarik

berkonsepkan hari raya dan

Covid-19. Bermula pada 14 mei

sehingga 18 mei pelajar

dikehendaki untuk memuat naik

gambar atau video di laman

sosial media dan menggunakan
#coviedxikram.

08 E-BULETIN | MEI 2021

Berikutan pandemik yang masih melanda negara
Malaysia, kelab Ikram juga mengambil kesempatan
ini untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa
UiTM Cawangan Pulau Pinang bahawa kita masih
belum menang melawan pandamik Covid-19 ini.
Tahniah kepada pemenang bagi kategori gambar
dan video serta tahniah juga diucapkan kepada
peserta yang telah bersama-sama menjayakan
program ini.

IKATAN KASIH RUMPUN ANAK-ANAK MELAYU

Instagram: @ikram_uitmpp
Youtube: IKRAM UITMPP

09 E-BULETIN | MEI 2021

BICARA SANTAI

ALQURAN DAN MANUSIA
: DIMENSI SAINS

- DATO' DR. DANIAL BIN ZAINAL ABIDIN

30 Mei 2021 – Program Al-Quran dan Manusia: Dimensi Sains telah
berjaya dijalankan secara maya di Youtube Channel Majlis Perwakilan
Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang. Dato’ Dr. Danial Bin Zainal Abidin,
Pengarah Urusan Danial Zanial Consultancy Malaysia SDN.BHD. telah
dijemput bagi memberi pengisian semasa program dijalankan. Pelbagai
persoalan telah dijawab oleh ahli jemputan berkenaan hal-hal Al-quran
dan sains. Isu Vaksin juga turut dibincangkan semasa program ini hasil
daripada pertanyaan seorang penonton ini. Moderator bagi program ini
adalah saudara Mohd ‘Aathif bin Addli juga merangkap sebagai
pengarah program ini.

KLIK DISINI
JIKA
MAHU TONTON
SEMULA

10 E-BULETIN | MEI 2021

11 E-BULETIN | MEI 2021

Keluaran poster ini adalah hasil kolaborasi dan persetujuan di

antara Exco Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar dari UiTM

Cawangan Pulau Pinang, Terengganu, Sabah, Perlis dan Perak.

Tujuan poster ini adalah untuk memberikan peringatan kepada

para mahasiswa bahawa kita semua adalah seorang hamba Allah

12 SWT. E-BULETIN | MEI 2021

E-BULETIN

TAMAT

MEI 2021


Click to View FlipBook Version