The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contoh Folio Kerja Lapangan Geografi - Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Pekan Batu 5, Kuala Lumpur.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SYAIRAH BINTI AYOB Moe, 2020-10-26 03:04:44

Kerja Lapangan Geografi

Contoh Folio Kerja Lapangan Geografi - Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Pekan Batu 5, Kuala Lumpur.

SMK DATO’ IBRAHIM YAACOB

BATU 5, JALAN IPOH 51200 KUALA LUMPUR.

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 2

TAJUK KAJIAN :
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI PEKAN
BATU 5, KUALA LUMPUR

NAMA : MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD SHAHRIN
TINGKATAN : 2 MARIKH
NAMA GURU : PN. NUR SYAIRAH BINTI AYOB
TARIKH HANTAR : 13 NOVEMBER 2020

0|Muka Surat

Senarai Isi Kandungan

Bil Isi Kandungan Muka Surat
1 1.0 Jadual kerja 2
3
2 2.0 Penghargaan 4
5
3 3.0 Pendahuluan 5
6
4 4.0 Objektif Kajian 7
7
5 5.0 Kaedah kajian 8
9
6 6.0 Kawasan Kajian 10
7 7.0 Dapatan Kajian 11

7.1 Konsep pencemaran alam sekitar 13
7.2 Jenis pencemaran alam sekitar di 13
14
kawasan kajian
7.3 Punca pencemaran alam sekitar di

kawasan kajian
7.4 Kesan pencemaran alam sekitar di

kawasan kajian
7.5 Cadangan mengurangkan kesan

pencemaran alam sekitar di
kawasan kajian.

8 8.0 Rumusan
9 9.0 Rujukan
10 10.0 Lampiran

1|Muka Surat

1.0 Jadual kerja

Bil Tarikh Aktiviti Catatan

1 19/10/2020 Taklimat oleh guru mata pelajaran Geografi Taklimat diberikan di
berkaitan dengan penulisan dan dalam kelas oleh guru
penghasilan tugasan mata pelajaran

2 21/10/2020  Membuat persediaan dan rujukan awal Bimbingan guru.
 Merancang jadual kerja Berbincang dengan
rakan
3 23/10/2020  Mengenal pasti objektif kajian Merujuk buku teks
 Menentukan kaedah kajian yang sesuai

Maklumat kawasan kajian Carian pelbagai
4 26/10/2020  Latar belakang kawasan kajian sumber seperti
internet
 Mentafsir peta kawasan kajian

 Menyediakan borang soal selidik Bimbingan guru
5 28/10/2020  Proses pengumpulan dan penyusunan

maklumat

 Membuat pemerhatian dan soal selidik di Membuat kajian
sekitar kawasan kajian Dapatan kajian dari
6 02/11/2020  Menganalisis hasil pemerhatian dan responden

responden .

 Merangka penulisan daripada maklumat Bimbingan guru.
Berbincang dengan
7 05/11/2020 yang diperoleh rakan.
 Menulis lengkap laporan mengikut

format penulisan yang ditetapkan

 Membuat penambahbaikan Bimbingan guru
8 09/11/2020  Menyemak laporan kajian dan bahan

grafik yang lengkap

9 13/11/2020 Menghantar laporan kajian kepada guru
untuk pentaksiran.

2|Muka Surat

2.0 Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya
iaitu Pn. Nur Syairah binti Ayob kerana dengan bantuan dan panduan yang diberikan telah
membolehkan saya menjalankan kajian ini mengikut format yang telah ditetapkan.
Ucapan terima kasih juga kepada ibu-bapa saya yang telah memberi sokongan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Bantuan mereka telah memberi
impak yang besar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas
saya yang telah banyak membantu dan berkongsi maklumat dalam menyiapkan tugasan
ini serta pihak-pihak yang tidak disebut dalam penghargaan ini sama ada terlibat secara
langsung atau tidak langsung.

3|Muka Surat

3.0 Pendahuluan

Bagi memenuhi sukatan pelajaran Geografi, pelajar tingkatan 2 perlu menjalankan kajian
bertajuk Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Pekan Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur .
Saya memilih Pekan Batu 5, Jalan Ipoh Kuala Lumpur sebagai kawasan kajian kerana ia
menepati kriteria kajian iaitu terdapat beberapa pencemaran yang telah dikenal pasti di
kawasan tersebut. Selain itu, tempat tinggal dan sekolah saya berada di kawasan kajian. Ini
memudahkan saya membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan Pekan Batu
5, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.
Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini bermula dari bulan Oktober hingga
November 2020. Selepas mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan, saya menulis
laporan kajian yang lengkap ini secara individu.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya
dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal dan sekolah saya.

4|Muka Surat

4.0 Objektif Kajian

Kajian saya ini dijalankan di kawasan Pekan Batu 5, Kuala Lumpur dan merangkumi
objektif-objektif yang berikut :
1. Menjelaskan konsep pencemaran alam sekitar
2. Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar
3. Menjelaskan punca pencemaran alam sekitar
4. Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar
5. Memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

5.0 Kaedah kajian

Saya menggunakan tiga jenis kaedah sepanjang menjalankan kajian ini. Kaedah tersebut
ialah :
1. Pemerhatian

 Saya memerhatikan bentuk muka bumi dan punca berlakunya pencemaran alam
sekitar di Pekan Batu 5, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

 Dari hasil pemerhatian, saya melihat beberapa penduduk membuang sampah di
tepi jalan dan longkang. Peniaga pasar malam di kawasan kajian saya
meninggalkan sisa jualan di tapak perniagaan.

2. Soal selidik
 Saya telah melakukan soal selidik kepada 20 responden di kawasan kajian.
 Soal selidik tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenis dan
kesan serta cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan kesan pencemaran
alam sekitar di kawasan Pekan Batu 5.

3. Rujukan
 Saya telah merujuk buku rujukan dan bahan cetakan untuk mengenal pasti jenis-
jenis pencemaran alam sekitar.
 Saya juga melayari intenet untuk mendapatkan maklumat pencemaran alam
sekitar serta peta kawasan kajian iaitu Pekan Batu 5, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

5|Muka Surat

6.0 Kawasan Kajian

PETA PEKAN BATU 5, KUALA LUMPUR
Kawasan kajian saya ialah Pekan Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang terletak di Zon
Sentul, iaitu kira-kira 13.2 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Pekan Batu 5,
Jalan Ipoh diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Pandang darat fizikal kawasan kajian saya terletak di kawasan tanah pamah yang rata.
Oleh itu, kawasan kajian saya mempunyai banyak jaringan pengangkutan dan
penempatan. Pekan Batu 5, Jalan Ipoh adalah salah satu tumpuan penempatan penduduk
dan taburan penduduk adalah padat.
Pekan Batu 5, Jalan Ipoh dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan awam,
penempatan penduduk, sekolah, pusat perniagaan dan masjid seperti Stesen Komuter
Kampung Batu, PPR Pekan Batu, SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, SK Sri Delima, Pasar Raya
Speedmart dan Masjid Abu Hurairah Kampung Batu.

6|Muka Surat

7.0 Dapatan Kajian

7.1
7.2
7.3

7.4 7.5

Rajah : Dapatan Kajian Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Pekan Batu 5

7.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan bahawa pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam- perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar
1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi
mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan
buangan hingga menimbulkan sesuatu berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran dalam erti kata lain sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil daripada manusia ke alam persekitaraan menyebabkan terganggunya keselesaan
atau kemandirian kehidupan. Pencemaran alam sekitar pada masa kini ialah pencemaran
udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan pencemaran tanah.

7|Muka Surat

7.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Batu 5

Hasil pemerhatian saya sepanjang menjalankan kajian ini, saya mendapati terdapat dua
jenis pencemaran alam sekitar yang utama di Pekan Batu 5, Jalan Ipoh iaitu :

7.2.1 Pencemaran Udara
Terdapat banyak asap dan debu berterbangan di udara disebabkan pelepasan asap yang
berbahaya dari asap kenderaan seperti kereta, motosikal, van, bas dan lori. Terdapat juga
asap yang tebal daripada pembakaran terbuka oleh aktiviti penduduk berhampiran kawasan
Pekan Batu 5 adalah antara pencemaran udara yang dikenalpasti berlaku di kawasan kajian.

7.2.2 Pencemaran Bau
Pencemaran bau disebabkan oleh sampah sarap yang tidak diuruskan dengan baik dan
betul. Bau busuk dapat dihidu di beberapa kawasan kajian seperti kawasan belakang kedai
makan, belakang kedai runcit, longkang-longkang disekitar dan rumah sampah. Bau busuk
juga datang dari timbunan sampah yang dibuang merata-rata tempat oleh penduduk
dikawasan kajian.

7.2.3 Pencemaran Bunyi
Bunyi bising dari kawasan pembinaan landasan MRT yang sedang dijalankan dan juga bunyi
ekzos kenderaan seperti motosikal dan kereta yang lalu lalang termasuk penduduk di
sekitar kawasan kajian. Terdapat juga bunyi hon dari kenderaan yang berada disekitar
kawasan kajian yang menggunakan Jalan Ipoh dan Jalan Kuching ke Pusat Bandaraya Kuala
Lumpur.

8|Muka Surat

7.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Batu 5

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di Pekan Batu
5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Antaranya ialah :

7.3.1 Kenderaan
Jumlah kenderaan yang lalu lalang setiap hari terutamanya pada hari bekerja di
kawasan kajian memberikan kesan yang serius kepada alam sekitar, sekali gus
menyebabkan pencemaran udara. Kawasan kajian juga berhampiran dengan jalan
raya utama iaitu Jalan Ipoh dan Jalan Kuching yang sentiasa digunakan pengguna
jalan raya untuk ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Pencemaran udara berlaku
akibat pelepasan asap hasil pembakaran petroleum dan diesel.

7.3.2 Pembakaran Terbuka
Terdapat penduduk yang melupuskan sampah sarap mereka dengan cara membakar
sampah secara rumah terbuka tanpa memikirkan perasaan orang lain dan kesan
serta akibatnya. Antara bahan yang paling banyak dibakar ialah plastik, kertas dan
daun-daun kering. Ada juga penduduk yang membakar bahan seperti tayar terpakai
yang menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bau.

7. 3.3 Pembuangan Sampah Sarap
Sebilangan penduduk di kawasan kajian membuang sampah merata-rata seperti
disekitar kawasan kedai runcit, kedai makan, dikawasan bangunan pangsapuri dan
di dalam longkang. Pengurusan sampah juga tidak diuruskan dengan baik serta sikap
penduduk itu sendiri yang menyebabkan pencemaran bau ini berlaku.

9|Muka Surat

7.3.4 Pembinaan
Terdapat pembinaan landasan MRT di kawasan kajian yang menyumbangkan
pencemaran bunyi serta sekitar kawasan pembinaan tersebut akan berlumpur
apabila cuaca hujan. Ini akan menyebabkan longkang-longkang disekitar kawasan
pembinaan menjadi cetek dan kotor.

7.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Batu 5

Kesan-kesan pencemaran yang telah dikenal pasti berlaku di kawasan kajian, antaranya
adalah seperti berikut :

7.4.1 Jerebu
Asap kenderaan dan juga asap pembakaran secara terbuka adalah faktor
penyumbang kewujudan jerebu di kawasan kajian. Pelepasan asap kenderaan yang
mengandungi gas toksik iaitu karbon monoksida, nitrogen oksida, karbon dioksida
ini mencemarkan udara selain mengancam dan menyerang tisu sistem pernafasan
manusia, haiwan dan tumbuhan.

7.4.2 Peningkatan Suhu
Peningkatan suhu disebabkan pembebasan gas-gas rumah hijau yang menyebabkan
haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaraan
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan
global. Kesannya adalah bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir kilat
berlaku dan kejadian alam yang tidak normal.
10 | M u k a S u r a t

7.4.3 Udara Tercemar
Udara tercemar di kawasan kajian daripada asap kenderaan, pembakaran sampah
secara terbuka dan asap rokok akan memberi kesan yang tidak sihat kepada
penduduk di sekitar kawasan kajian. Penduduk akan mengalami permasalahan
hidung seperi resdung, asma dan sesak nafas.

7.4.4 Bau Busuk
Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan
baik dan dibiarkan begitu sahaja. Kehadiran lalat, ulat sampah dan serangga perosak
yang lain menyebabkan sampah ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
dan ditambah lagi bau yang kuat apabila selepas hujan dengan air akan bertakung.
Pembuangan sampah merata-rata juga memberi kesan pembiakkan nyamuk aedas
dengan akan berlakunya wabak denggi di sekitar kawasan kajian.

7.5 Cadangan Mengurangkan Kesan Pencemaran
Alam Sekitar di Pekan Batu 5

Terdapat lima cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan
kajian. Antara cadangan adalah seperti berikut :

11 | M u k a S u r a t

7.5.1 Pendidikan Alam Sekitar
Untuk menanamkan sikap untuk mencintai alam sekitar, kerajaan hendaklah
memasukkan pendidikan alam sekitar dalam aktiviti kokurikulum sekolah untuk
mendidik generasi sekarang untuk mencintai alam sekitar.

7.5.2 Kempen Cintai Alam Sekitar
Kempen cintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio serta melalui ‘road
show’ hendaklah dihayati supaya masyarakat lebih sedar pentingnya alam sekitar
bagi memenuhi keperluan hidup dalam keadaan yang bersih dan selamat. Bukan itu
sahaja, pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen cintai alam sekitar dengan
lebih giat lagi seperti ‘Sayangilah Perumahan Kita’, ‘Kempen Kitar Semula’ dan
sebagainya.

7.5.3 Menguatkuasakan Undang-undang
Kerajaan haruslah mengambil tindakan tegas dan agresif dalam menguatkuasakan
undang-undang supaya masyarakat sekeliling menyedari dan tidak berani
melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

7.5.4 Petrol Tanpa Plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum
dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu
yang sering berlaku di waktu pagi di kawasan kajian.

7.5.5 Menggalakan Penggunaan Pengangkutan Transit Aliran Ringan
Penggunaan pengangkutan awam seperti komuter dan MRT dapat mengurangkan
pencemaran udara sekali gus mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Ini
dapat menurunkan serta mengurangkan kadar pembebasan asap kenderaan.

12 | M u k a S u r a t

8.0 Rumusan

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran,
langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk
melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan
sahaja. Ini adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan
peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran.

Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran,
sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan
terlindung mencerminkan masyarakat yang harmoni dan sihat bagi
menerajaui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang

9.0 Rujukan

Buku Teks
Abdul Aziz Bin Abdul Rahman,Lim Jin Choon,Ratnam Karuppiah
Servai,2003,Buku Teks Geografi Tingkatan 2,Percetakan Rina
Sdn.Bhd,Kuala Lumpur.
Internet
http://www.scribd.com/doc/58133655/Kerja-Kursus-Geografi-
2011-Pencemaran-Alam-Sekitar-Tingkatan-2
Orang sumber
Zainal Abidin bin Sulaiman, 56 tahun, B6-1-28 PPR Pekan Batu,
Pekan Batu 5 Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur.

13 | M u k a S u r a t

Lampiran

14 | M u k a S u r a t

1. Surat Makluman kepada ibu bapa dari pihak sekolah.
2. Surat Kebenaran membuat kajian dari pihak sekolah.
3. Borang Soal Selidik – 3 Borang Responden

@ Dialog Temu Bual – 1 Dialog Temu Bual

Surat makluman dan surat kebenaran cikgu akan
bagi selepas sekolah di buka nanti.

15 | M u k a S u r a t


Click to View FlipBook Version