JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
PULAU PINANG
GARIS PANDUAN
PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA
KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN
(KAFA)
NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN PENDIDIKAN
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
KANDUNGAN
1. Tujuan 1
2. Latar Belakang 2
3. Objektif 3
4. Penglibatan dan Tanggungjawab
3
4.1. Bahagian Pendidikan, JHEAIPP dan Unit 4
Pendidikan di Pejabat Agama Daerah 5
5
4.2. Pentadbir Sekolah 5
4.3. Penyelia
4.4. Guru 6
4.5. Ibu Bapa/ Penjaga 8
5. Pelaksanaan Pengurusan Sekolah 11
5.1. Pengurusan Prasarana
5.2. Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah 14
5.3. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 14
5.4. Peperiksaan
14
5.4.1.Pelaksanaan Peperiksaan Akhir Tahun 15
5.4.2.Pelaksanaan Ujian KAFA Pulau Pinang (UKPP) 16
5.4.3.Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Rendah Asas 17
Tahfiz (SRATA)
5.5. Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga
6. Penutup
Lampiran
1. Tujuan
1.1. Garis panduan ini disediakan adalah untuk memastikan
pembukaanKelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) selaras
dengan arahan-arahan semasa kerajaan dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di Negeri Pulau Pinang yang meliputi semua
premis KAFA.
1.2. Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua
pegawai di Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang (JHEAIPP), Unit Pendidikan di Pejabat Agama
Daerah dan guru-guru di KAFA yang berdaftar dengan Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang tentang pengurusan
pembukaan Sekolah KAFA Negeri Pulau Pinang dengan
mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan
jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).
1.3. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Garis
Panduan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Malaysia Bilangan 5
Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020), Cadangan Garis Panduan
Pengurusan Pembukaan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA)
Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (rujukan
surat JAKIM bertarikh 1 Julai 2020), Garis Panduan Pengurusan
Pembukaan Semula Institusi Pengajian Islam Negeri Pulau
Pinang Versi 2 (bertarikh 23 Julai 2020), Garis Panduan
Pengurusan Pentaksiran Pusat Dan Peperiksaan Awam,
Kementerian Pendidikan Malaysia (bertarikh 5 Ogos 2020),surat
pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan
berkaitan yang sedang berkuat kuasa dan yang akan dikeluarkan
dari semasa ke semasa.
1
1.4. Garis panduan ini ialah dokumen induk yang perlu dirujuk bagi
pengoperasian KAFA yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Sebarang tambahan atau
perubahan maklumat akan dijadikan tambahan (annex) kepada
dokumen ini.
2. Latar Belakang
2.1. Pada 10 Jun 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah secara
berperingkat 24 Jun 2020 (Rabu) hanya melibatkan murid kelas-
kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil
Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan
antarabangsa yang setara.
2.2. Merujuk kepada Mesyuarat Pembukaan Sekolah di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertarikh 18 Jun 2020. KPM
menyarankan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
juga turut bersedia dan merancang persediaan pembukaan
semula KAFA di negeri-negeri.
2.3. Pada 13 Julai 2020, JAKIM telah mengeluarkan surat penetapan
pembukaan semula sekolah iaitu pada 2 Ogos 2020 (Ahad) bagi
negeri-negeri Kumpulan A dan 3 Ogos 2020 (Isnin) bagi negeri-
negeri Kumpulan B. Bagi negeri-negeri Kumpulan A yang pada 2
Ogos 2020 jatuh pada hari cuti umum maka pembukaan semula
KAFA adalah pada 3 Ogos 2020.
2.4. Berdasarkan keputusan mesyuarat Penyelia KAFA Pulau Pinang
bersama Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan bertarikh 7
Ogos 2020 bersetuju memutuskan, tarikh pembukaan KAFA
Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pada
21 September 2020 (Isnin) bagi tahun 4 dan 5 manakala tarikh
pembukaan semula sekolah bagi Tahun 1 hingga 3 adalah pada
19 Oktober 2020 (Isnin). Pembukaan semula sekolah bagi murid
2
tahun 6 pula adalah pada bulan Oktober 2020. Mesyuarat telah
memutuskan bahawa hari persekolahan KAFA telah ditetapkan 3
hari seminggu iaitu pada Isnin hingga Rabu iaitu pada Isnin
hingga Rabu sahaja bermula pada pukul 3.00 hingga 6.00 petang.
2.5. Mesyuarat juga memutuskan bahawa hari persekolahan KAFA di
Sekolah Kebangsaan telah ditetapkan 3 hari seminggu iaitu pada
Isnin hingga Rabu bermula setelah tamat waktu persekolahan
Sekolah Kebangsaan sesi pagi.
2.6. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat
penting dalam pengurusan sekolah/premis bagi mengelakkan
penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan
warga sekolah/ premis.
3. Objektif
Objektif garis panduan ini adalah untuk memastikan:
3.1. Pengurusan sekolah dapat berlaku dengan lebih teratur dan
lancar;
3.2. Keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah
diutamakan semasa mereka berada di sekolah; dan
3.3. Proses PdP berlaku dalam keadaan selamat.
4. Penglibatan Dan Tanggungjawab
4.1. Bahagian Pendidikan JHEAIPP dan Unit Pendidikan di
Pejabat Agama Daerah
4.1.1. memastikan semua premis KAFA di Negeri Pulau Pinang,
mematuhi garis panduan ini;
4.1.2. memberikan fokus kepada lima (5) aspek dalam
pengurusan sekolah, iaitu pengurusan prasarana,
keselamatan murid, guru dan warga sekolah, PdP, dan
penglibatan ibu bapa/ penjaga;
3
4.1.3. memberikan penerangan dan pendidikan berterusan
4.1.4. kepada pentadbir sekolah, penyelia, guru dan warga
sekolah mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan
memperincikan kepentingan penjagaan kesihatan seperti
mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi tangan
(hand 5 sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila
perlu serta kepentingan amalan penjarakan fizikal;
membuat lawatan dan pemantauan pelaksanaan KAFA di
semua premis bagi memastikan pengurusan serta PdP
berjalan dengan baik.
4.2. Pentadbir Sekolah
4.2.1. memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir
ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat;
4.2.2. memberikan penerangan dan pendidikan berterusan
kepada murid, guru dan warga sekolah mengenai
penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan
kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan
dan menggunakan pensanitasi tangan (hand 5 sanitizer),
penggunaan pelitup muka apabila perlu serta
kepentingan amalan penjarakan fizikal;
4.2.3. memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi
garis panduan yang ditetapkan;
4.2.4. memastikan murid mendapat akses kepada PdP dengan
sokongan dan kerjasama JHEAIPP, Ahli Jemaah
Pengurusan Sekolah, guru dan agensi-agensi yang
berkaitan;
4.2.5. melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada
ibu bapa/penjaga;
4.2.6. membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian
premis KAFA berdasarkan garis panduan yang
dikeluarkan oleh KPM, JAKIM dan JHEAIPP serta
mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan;
4
4.2.7. Pentadbir mesti memberikan fokus kepada lima (5) aspek
dalam pengurusan sekolah, iaitupengurusan prasarana,
keselamatan murid, guru dan warga sekolah, PdP,
peperiksaan serta peranan ibu bapa/penjaga.
4.3. Penyelia
4.3.1. Memastikan guru mematuhi garis panduan ini, garis
panduan JHEIPP, JAKIM dan KPM;
4.3.2. memantau PdP yang dijalankan dan memberi sokongan
yang bersesuaian kepada guru;
4.3.3. melaporkan perkembangan dan isu yang wujud dalam
pelaksanaan KAFA sepanjang tempoh PKP.
4.4. Guru kehadiran guru ke sekolah adalah tertakhluk kepada
4.4.1. arahan perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA), JAKIM dan JHEAIPP dari semasa ke semasa;
4.4.2. menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH);
4.4.3. melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan kesediaan
4.4.4. murid dan situasi semasa;
4.4.5. mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan
dan mengamalkan penjarakan fizikal; dan
memaklumkan kepada pentadbir sekolah, penyelia dan
waris jika terdapat murid yang bergejala
4.5. Ibu Bapa / Penjaga
4.5.1. memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan
sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan
gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
4.5.2. membantu anak/anak jagaan belajar mengikut
kemampuan ibu bapa/penjaga; dan
4.5.3. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk
terus belajar
5
5. Pelaksanaan Pengurusan Sekolah
Kehadiran guru dan muridtertakluk pada arahan perkhidmatan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan JHEAIPP dari semasa ke semasa.
Pentadbir mesti memberikan fokus kepada 5 aspek dalam pengurusan
sekolah, iaitu pengurusan prasarana, keselamatan murid, guru dan
warga sekolah, PdP, peperiksaan dan penglibatan ibu bapa/penjaga
5.1. Pengurusan Prasarana
Pentadbir bertanggungjawab:
5.1.1. Memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk
semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan
bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi
persekolahan;
5.1.2. Memastikan fokus utama pembersihan adalah pada
permukaan yang sering disentuh dan pada paras
ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol
pintu, suis lampu, singki, kepala paip, pengepam tandas,
pelapik duduk tandas dan sebagainya;
5.1.3. menyediakan pelan perancangan susun atur bilik-bilik
PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik
khas dan lokasi-lokasi lain yang bersesuaian dan boleh
berfungsi dengan baik untuk PdP;
5.1.4. memastikan semua bilik PdP disusun atur mengikut
arahan penjarakan fizikal sebelum sekolah dibuka;
5.1.5. memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti
berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan
yang lain. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti
meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di
kelas yang lain;
5.1.6. memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang
mencukupi bagi setiap bilik PdP, bilik guru dan pejabat;
6
5.1.7. memastikan kantin tidak beroperasi sepanjang sesi
persekolahan;
5.1.8. murid digalakkan membawa bekalan makanan dan
minuman dari rumah dan tidak dibenarkan berkongsi
makanan dan peralatan makan minum seperti sudu,
cawan dan sebagainya;
5.1.9. murid membersihkan meja masing-masing sebelum dan
selepas makan;
5.1.10. memastikan murid makan di dalam bilik PdP di bawah
seliaan guru pada waktu rehat;
5.1.11. memastikan bilik kesihatan/sakit di KAFA dijadikan
sebagai bilik isolasi bagi murid yang bergejala sebelum
mendapatkan rawatan. Bilik ini perlu dibekalkan dengan
pelitup muka serta sabun/pensanitasi tangan (hand
sanitizer);
5.1.12. Pintu masuk utama – hanya menggunakan satu pintu
untuk masuk dan keluar;
5.1.13. menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau
sehala. Tanda penjarakan diletakkan untuk memandu
arah pergerakan murid dalam kawasan sekolah;
5.1.14. menyediakan pelan lokasi untuk diletakkan tanda
penjarakan fizikal dengan menggunakan pita pelekat
berwarna di lokasi yang bersesuaian seperti yang berikut:
a. Bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki
meja baris hadapan dan baris tepi pertama untuk
rujukan;
b. Kantin - ditutup dengan pita pelekat bewarna
merah;
c. Bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan
pada kerusi, meja, kaunter dan tempat mengimbas
kehadiran;
d. Surau - ditutup dengan pita pelekat bewarna
merah.
7
5.1.15. menyediakan tong sampah bertutup dan dipastikan
sentiasa ditutup;
5.1.16. menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti
kantin, tandas dan surau, manakala pensanitasi tangan
(hand sanitizer) boleh disediakan di lokasi seperti di pintu
masuk sekolah, bilik PdP, pejabat dan bilik guru;
5.1.17. menyediakan alat pengimbas suhu badan, buku rekod
kehadiran dan buku rekod suku di pintu masuk sekolah;
5.1.18. mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah
kebersihan dan keselamatan di lokasi strategik seperti
laluan murid, kantin, bilik PdP, pejabat, bilik guru, ruang
menunggu sebelum sesi persekolahan bermula; dan
5.1.19. meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan
COVID-19 di pintu masuk utama sekolah.
5.2. Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah
Pentadbir bertanggungjawab:
5.2.1. merujuk Standard Operating Procedure (SOP)
Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus
2019 (COVID-19) di Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia yang dikeluarkan oleh KPM pada 13 Mac 2020;
5.2.2. memastikan murid, guru dan warga sekolah berada
dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah.
Pemakluman awal perlu diberikan kepada mereka
sebelum sekolah dibuka semula;
5.2.3. memastikan saringan dilaksanakan untuk mengenal pasti
gejala demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sesak
nafas dilakukan terhadap murid, guru dan warga sekolah
pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi
persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan
melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak dibenarkan
masuk ke kawasan sekolah. Pentadbir sekolah
dibenarkan untuk melaksanakan saringan ini di pintu
8
utama sekolah. Hal ini adalah bagi mengelakkan
kesesakan dan ketidakpatuhan kepada penjarakan fizikal;
5.2.4. memastikan masa senggang diperuntukkan bagi
pengambilan suhu badan murid yang berjalan
kaki/berbasikal ke sekolah;
5.2.5. Melantik guru bertugas untuk:
a. Mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama
sekolah semasa tiba dan pulang;
b. Memeriksa suhu badan murid menggunakan alat
pengimbas suhu badan; dan
c. Mengawal pergerakan murid sepanjang sesi
persekolahan.
5.2.6. Memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa
mematuhi penjarakan fizikal pada setiap masa dengan
pengawasan guru;
5.2.7. Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan
keselamatan dibuat melalui siar raya pada waktu pagi,
waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan pada
setiap hari. Peringatan ini hendaklah dilaksanakan secara
berterusan semasa PdP;
5.2.8. memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap
mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan (hand
sanitizer) boleh digunakan;
5.2.9. memastikan kedudukan murid dijarakkan dengan selang
satu tempat duduk apabila mereka menaiki kenderaan
sekolah seperti bas/van/coaster;
5.2.10. mengingatkan murid untuk mematuhi dan menggunakan
laluan pergerakan yang disediakan;
5.2.11. membekalkan pelitup muka kepada murid yang bergejala
dan mereka diasingkan di bilik kesihatan/sakit sementara
menunggu ibu bapa/penjaga membawa mereka pulang;
9
5.2.12. memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan
imuniti badan yang rendah sentiasa memakai pelitup
muka;
5.2.13. memastikan guru bimbingan dan kaunseling
melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi
mengenal pasti murid yang terkesan dengan norma
baharu di sekolah;
5.2.14. memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor
pembersihan, supaya sentiasa mengingatkan pekerja
mereka mengenai perkara berikut:
a. Mengimbas suhu badan mereka setiap hari
sebelum memulakan tugas;
b. tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah jika
bergejala;
c. mematuhi arahan penjarakan fizikal, pemakaian
pelitup muka dan prosedur keselamatan yang lain
dan;
d. mengamalkanhand hygiene (memadai mencuci)
tangandengan air bersih dan sabun.
5.2.15. Memastikan tindakan berikut diambil sekiranya terdapat
kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan
warga sekolah yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD):
a. Mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak
rapat bagi membantu PKD;
b. Memberikan kerjasama kepada anggota PKD; dan
c. Mendapatkan nasihat daripada PKD
mengenaikeperluan melaksanakan pembasmian
kuman di lokasi yang dikenal pasti.
10
d. Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang
melibatkan murid, guru atau warga sekolah
berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan;
5.3. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
5.3.1. Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi
melancarkan pelaksanaan PdP:
a. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan
PdP;
b. Menyusun jadual PdP dengan mengambil kira
bilangan kelas yang beroperasi dan kesediaan guru
serta murid. Guru yang tidak mengajar kelas
peperiksaan turut dilibatkan;
c. melakukan semakan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) bagi menyusun semula
perancangan PdP;
d. Melaksanakan pemantauan PdP dan;
e. Memberikan bimbingan secara berfokus kepada
guru untuk memastikan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara berkesan.
5.3.2. Guru yang melaksanakan PdP di sekolah hendaklah:
a. Merancang pelbagai kaedah penyampaian PdP
yang bersesuaian. Kaedah PdP yang boleh
diterokai adalah seperti pembelajaran teradun
(Blended Learning) iaitu gabungan pengajaran
bersemuka dan penggunaan teknologi secara
dalam talian;
b. merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang
akur kepada keperluan penjarakan fizikal;
c. memastikan semua PdP yang dilaksanakan tidak
melibatkan aktiviti luar bilik darjah;
11
d. memastikan semua aktiviti sukan dan
kokurikulumsecara bersemuka tidak dilaksanakan
sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan;
e. penglibatan pihak luar dalam PdP secara
bersemuka tidak dibenarkan;
f. penggunaan kemudahan dan alat permainan luar
tidak dibenarkan; dan
g. lawatan sambil belajar dalam/luar kawasan sekolah
tidak dibenarkan.
h. Murid hendaklah membawa peralatan persekolahan
sendiri secukupnya dan tidak dibenarkan berkongsi.
5.3.3. Pelaksanaan Amali Solat hendaklah dilaksanakan di
dalam kelas masing-masing dengan mengamalkan garis
panduan seperti berikut:
a. Kadar bilangan murid adalah mengikut keluasan
ruang kelas dengan mengambilkira keperluan
penjarakan fizikal;
b. solat hanya dibenarkan dalam kelas masing-masing
sahaja;
c. murid-murid mengambil wudhuk dari rumah dan
membawa sejadah/telekung sendiri. Sekiranya
terbatal wudhukmurid-murid dibenarkan
menggunakan penggunaan paip air sahaja;
d. penggunaan air kolah (jika ada) tidak dibenarkan
sama sekali;
e. murid-murid tidak dibenarkan bersalaman selepas
solat dan menjaga penjarakan fizikal antara satu
sama lain;
12
5.4. Peperiksaan
Peperiksaan adalah kayu ukur bagi menyukat sejauh manakah
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Bahagian
Pendidikan JHEAIPP akan melaksanakan Peperiksaan Akhir
Tahun, Ujian KAFA Pulau Pinang (UKPP) bagi murid tahun 5 dan
Sijil Rendah Asas Tahfiz (SRATA) bagi murid tahun 6.
Sepanjang peperiksaan dijalankan, calon hendaklah memastikan
keadaan kesihatan berada pada tahap optimum. Sekiranya
kurang sihat, calon atau waris hendaklah memaklumkan kepada
pentadbir sekolah / Bahagian Pendidikan, JHEAIPP dengan kadar
segera.
Bagi calon sekolah yang menunjukkan simptom bergejala dan
telah hadir ke Pusat Peperiksaan, pihak sekolah perlu
menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi
mendapatkan nasihat dan tindakan selanjutnya. Pihak sekolah
juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga. Calon perlu
ditempatkan di bilik peperiksaan khas dan dibekalkan dengan
pelitup muka (face mask).
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon tidak
ada kontak dengan mana-mana calon/petugas/warga sekolah
sehingga PKD tiba di pusat peperiksaan;Memastikan Pengawas
Peperiksaan dibekalkan dengan pelitup muka (face mask), sarung
tangan pakai buang dan pensanitasi tangan (hand sanitizer).
a. memastikan penjarakan fizikal, keselamatan dan
kebersihan diberi keutamaan.
b. calon bergejala boleh mengambil peperiksaan di
bilik khas. Kertas jawapan calon tersebut hendaklah
dimasukkan ke dalam sampul lut sinar dan proses
sanitasi dilaksanakan sebelum dibungkus.
c. memastikan bilik peperiksaan khas disanitasi
selepas tamat sesi peperiksaan.
13
Pentadbiran sekolah perlu menyediakan laluan khusus ke
bilik/dewan peperiksaan bagi mengelakkan kontak dengan warga
sekolah bermula dari pintu masuk utama sekolah.Bilangan bilik
yang disediakan perlu mengambil kira penjarakan fizikal.Susunan
kerusi dan meja Pengawas Peperiksaan serta calon peperiksaan
adalah seperti di Lampiran 1.
Tiga jenis peperiksaan yang akan dijalankan iaitu:
5.4.1. Pelaksanaan Peperiksaan Akhir Tahun
Peperiksaan Akhir Tahun dijalankan pada Bulan
November 2020. Calon adalah terdiri daripada murid-
murid Tahun 1 hingga Tahun 4 bagi Tahun 2020.
Peperiksaan dijalankan di kelas masing-masing dan
mengikut garis panduna yang telah ditetapkan.
5.4.2. Pelaksanaan Ujian KAFA Pulau Pinang (UKPP)
Calon yang telah mendaftar sebagai Calon Ujian
Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2020 layak
menduduki UKPP. Ujian Lisan dijalankan di sekolah
masing-masing oleh Guru Penilai yang dilantik pada
Bulan November manakala Ujian Bertulis akan dijalankan
pada 1 Disember 2020 di Pusat Peperiksaan yang
berdaftar. (Rujuk Garis Panduan Ujian KAFA Pulau
Pinang (UKPP) Tahun 2020)
5.4.3. Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Rendah Asas Tahfiz
(SRATA)
Peperiksaan Sijil Rendah Asas Tahfiz (SRATA)
dijalankan secara lisan (Bacaan dan Hafazan) iaitu pada
Bulan November 2020. Calon adalah terdiri daripada
murid-murid Tahun 6. Peperiksaan dijalankan di kelas
14
masing-masing dan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan. (Rujuk Buku Program Asas Tahfiz dan
Khatam Al-Quran)
5.5. Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga
Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Jemaah Pengurusan
Sekolah bagi membantu pihak sekolah:
5.5.1. Memberi kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan
jangkitan COVID-19:
a. Memberi peringatan kepada anak/anak jagaan
berkaitan penjarakan fizikal sebelum, semasa dan
selepas menaiki kenderaan;
b. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat
tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu
sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang
sekeliling;
c. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa
mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas
makan;
d. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang
menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;
e. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan
makanan dan minuman dari rumah untuk
anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan
dan kesesakan di kantin;
f. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan
yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;
g. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi
makanan, minuman dan peralatan persekolahan
dengan murid lain; dan
15
5.5.2. h. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak
5.5.3. jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah
dengan kerap membasuh tangan dan mandi.
Membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan
fizikal dan mengawal pergerakan murid semasa tiba,
rehat dan pulang serta mengikut keperluan pihak sekolah
dan;
Membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi
tangan (hand sanitizer)dan alat pengimbas suhu badan
untuk kegunaan pihak sekolah (jika mampu dan
berkeperluan).
6. Penutup
Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula KAFA
Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
(JHEAIPP) ini diharap dapat memastikan pengurusan KAFA dan proses
PdP boleh beroperasi dengan lancar. Semua KAFA hendaklah patuh
kepada peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan ini.Unit
Pendidikan, Pejabat Agama Daerah seluruh Negeri Pulau Pinang
hendaklah memantau pelaksanaan pengurusan KAFA di daerah
masing-masing bagi memastikan pematuhan kepada garis
panduan.Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Malaysia
Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020), Cadangan Garis Panduan
Pengurusan Pembukaan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Dalam
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (bertarikh 1 Julai
2020) JAKIM, Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Institusi
Pengajian Islam Negeri Pulau Pinang Versi 2 (bertarikh 23 Julai 2020),
Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat Dan Peperiksaan Awam
(bertarikh 5 Ogos 2020), surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan
arahan serta peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa dan yang
akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dijadikan rujukan bersama.
16
1
Lampiran
17
CONTOH
PELAKSANAAN
PENJARAKAN
SOSIAL
DI SEKOLAH
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
Nota penting:
Model ini digunakan bagi sekolah
yang mempunyai bilik darjah atau
ruang yang mencukupi untuk
menempatkan semua pelajar dalam
satu sesi. Semua sekolah yang
melaksanakan model ini akan
beroperasi seperti biasa.
29
Nota penting:
Model ini digunakan bagi sekolah
yang perlu beroperasi secara dua sesi
kerana tidak mempunyai ruang yang
mencukupi untuk menempatkan
semua pelajar dalam satu sesi.
30
Nota penting:
Model ini digunakan bagi sekolah yang perlu beroperasi secara
penggiliran kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk
menempatkan semua pelajar dalam satu sesi atau dua sesi. Cadangan
penggiliran adalah seperti berikut :
Sekolah Menengah :
Pelajar Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari. Kehadiran
pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 perlu dibuat secara bergilir
mengikut kelas atau aliran tertentu. Namun begitu, sekiranya sekolah
mempunyai ruang yang mencukupi, pelajar Tingkatan 4 akan diberi
keutamaan untuk turut hadir setiap hari. Pihak sekolah boleh menentukan
bentuk penggiliran yang sesuai.
Sekolah Rendah :
Pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 boleh hadir secara bergilir mengikut
kelas atau tahap. Pihak sekolah boleh menentukan bentuk penggiliran
yang sesuai.
* Perlu diingatkan dan penting bahawa Model 3 merupakan pilihan
terakhir setelah usaha melaksanakan Model 2 tidak dapat dilaksanakan
oleh pihak sekolah.
31