Keluarga Mukhriz baru berpindah masuk ke sebuah rumah banglo yang
terletak di taman perumahan lama dimana rumah tersebut telah lama
ditinggalkan sejak pada tahun 1999. Mukhriz yang baru berumur 7 tahun
berasa sangat gembira dan senang hati kerana rumah barunya yang
tersergam megah mempunyai halaman hadapan yang amat luas dimana
Mukhriz telah mengimpikan bahawa dirinya bermain basikal di halaman
tersebut.
"Ibu, saya ingin berbasikal pada petang ini. bolehkah ibu menemani saya?"
"Boleh sayang, petang ini ibu temankan Mukhriz tetapi Mukhriz janji yang
Mukhriz kena kemaskan bilik kamu dengan barang - barang"
jawab Puan Hamidah keatas permintaan anaknya.
Mukhriz melompat kegembiraan kerana apa
yang diingininya dipenuhi oleh ibunya.
"Wah luasnya bilik saya ibu, saya suka sangat bilik saya." kata Mukhriz sambil
berlari kegembiraan. Ibu Mukhriz yang melihat reaksi anaknya itu hanya
tersenyum diam. Tiba - tiba Mukhriz terpandang sebuah almari usang yang
terletak di sudut ruang terpencil biliknya. Almari tersebut kelihatan amat
menarik dengan ukiran dipintunya. Mukhriz tertarik dengan almari tersebut
dan ingin membuka pintu almari tersebut. Puan Hamidah yang melihat
anaknya mendekati almari tersebut segera menegah anaknya.
"Ibu, mengapa saya tidak boleh membuka pintu almari ini?" tanya Mukhriz
kepada ibunya, Puan Hamidah. "Mukhriz jangan mendekati almari ini tau, nanti
ibu cakap kepada ayah supaya melupuskan almari ini." jawab Puan Hamidah.
Mukhriz berasa pelik dengan apa yang
diperkatakan oleh ibunya dan hanya
mengabaikan kata kata ibunya. Perasaan ingin
mengetahui apa yang terkandung di dalam
almari tersebut masih membara di dalam
dirinya.
Pada malam itu, Mukhriz yang sedang lena dibuai mimpi terjaga akibat bunyi
dentuman yang kuat. Bunyi tersebut datang daripada almari usang yang
berada di sudut biliknya. Mukhriz yang terkejut berasa hairan dengan apa yang
telah terjadi. Secara tiba - tiba, Mukhriz terdengar satu suara yang mendayu -
dayu memanggil dirinya.
"Mukhriz..."
"Mukhriz..."
"Mukhriz...."
Mukhriz tercari - cari dari mana datangnya suara tersebut, bebola matanya
melilau mencari disekeliling ruang kamar tidur namun tidak menjumpai. Hanya
terdapat pintu almari usang yang terbuka luas. Mukhriz memberanikan diri
mendekati almari tersebut. Dia menjumpai sebuah boneka yang menyerupai
mirip seakan dirinya daripada pakaian yang sedang dipakai olehnya sehingga
ke gaya rambutnya. Perbezaan hanyalah mata pada boneka tersebut diganti
dengan butang berwarna coklat pekat. Mukhriz berasa teruja kerana
menjumpa boneka yang menyerupai dirinya lalu diambil dan dibawa tidur
bersamanya.
Keesokkan harinya, Mukhriz berlari keluar dari kamarnya teruja ingin
menunjukkan boneka barunya kepada ibunya yang sedang menyuapkan
sarapan ke mulutnya serta ayahnya yang sedang duduk bersama di meja
makan.
"Ibu, Ibu, Ibu, cuba tengok anak patung saya, seperti saya bukan."
"Dimana kamu dapat anak patung itu?" tanya Puan Hamidah kepada Mukhriz.
"Saya menjumpai di dalam almari di bilik saya ibu, comel bukan?"
"Mukhriz, pulangkan anak patung di tempat asalnya. Jangan ambil sebarangan"
kata Puan Hamidah. Teguran Puan Hamidah itu tidak diendahkan oleh Mukhriz.
Dia terus bermain dengan boneka tersebut.
Pada malam itu, Mukhriz sekali lagi terjaga setelah tidurnya terganggu kerana
dia terdengar namanya diseru seperti semalam. Namun kali ini, seruan itu lebih
keras dan kuat sekali sehingga lenanya terganggu.
"SIapa itu?" tanya Mukhriz.
"Mukhriz...."
"Mukhriz...."
"MUKHRIZ......" Panggilan yang ketiga tersebut
amatlah kuat dan keras
menyebabkan Mukhriz berasa
seram sejuk dan mula
menggigil ketakutan. Mukhriz
mula berlari ke arah pintu
biliknya dan cuba untuk
membuka namun pintu
biliknya tidak dapat dibuka
serta seakan dikunci.
"IBUUUU TOLONG SAYAA!!" Mukhriz menangis menjerit ketakutan sambil
mengetuk pintu biliknya dengan harapan ibu dan ayahnya mendengar
jeritannya.
"MUKHRIZ...."
"MUKHRIZ..."
"MUKHRIZ..."
Nama Mukhriz berkumandang kuat dibiliknya. Mukhriz mencampakkan
boneka tersebut dan mencuba lagi membuka pintu. Setelah lama
menghentakkan tangannya di pintu, Mukhriz mencuba seklai lagi memulas
tombol pintunya.
PAAPP
Pintu biliknya dapat dibuka, Mukhriz berlari keluar dengan sekuat hati tanpa
menoleh kebelakang dan menuju ke arah pintu bilik ibunya dalam keadaan
menangis menggigil ketakutan.
"IBUUU AYAHHH"
"IBUUU AYAHHH DIMANA?? MUKHRIZ TAKUTT"
Mukhriz menjerit memanggil ibu dan ayahnya sambil meneroka mencari
kelibat ibu ayahnya di seluruh bilik namun tidak dijumpai. Mukhriz
berasa sedih dan takut lalu berjalan ke arah bilik air utama berniat
untuk menyorokkan dirinya dan menunggu matahari memunculkan diri.
"Astaghfirullah al azim Mukhriz, kamu buat apa tidur di bilik ini. Ya Allah."
Puan Hamidah mengucap panjang melihat anak tunggalnya yang baring
di lantai bilik air yang sejuk sambil menggoncangkan badan anaknya itu.
Mukhriz yang tersedar dan melihat ibunya yang duduk di
hadapan nya terus memeluk ibunya sambil menangis serta
menceritakan segala yang berlaku pada malam itu. Puan Hamidah
memeluk erat Mukhriz dan memujuk anaknya yang teresak - esak
menangis ketakutan. Pada hari itu juga, Puan Hamidah dan
suaminya menelefon pusat pelupusan barangan lama. Misteri
almari usang itu tidak terungkai sehingga kini.
Semenjak almari usang itu dilupuskan, kehidupan mukhriz dipenuhi
dengan cahaya kegembiraan ditemani ibu dan ayahnya.
TAMAT