BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH SESI 2024/2025 SK BANDAR PENAWAR, JALAN DATO’ ABDULLAH, 81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR DARUL TAKZIM. SK BANDAR PENAWAR
BIODATA MURID 1. Nama Penuh: _______________________________________________ 2. Jantina: _____________ 3. Tarikh Lahir: ______________________ 4. Bangsa: _____________ 5. Agama: ___________________________ 6. No. Surat Beranak: __________________________________________ 7. No. Daftar Sekolah: _________________________________________ 8. Alamat Sekolah: ____________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 9. Alamat Rumah: _____________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 10. No. Tel (Bapa): ____________________________________________ 11. No. Tel (Ibu): ______________________________________________ 1
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Bagi Memenuhi Aspirasi Negara MOTTO SEKOLAH “SeBENAR Unggul” 2
LAGU SEKOLAH SK BANDAR PENAWAR Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar, Berdiri megah tersergam indah, Mendidik anak watan tercinta, Dengan semangat waja, Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar, Lambang kebanggaan kita semua, Bersama menuju cita murni, Berilmu, berdisiplin dan berbakti, Harapan guru dan ibu bapa, Pastikan tercapai jua, Berkatlah azam, tekun dan usaha, Kau lahir putera puteri berjasa, Kepada guru-guru semua, Kaulah pendidik anak bangsa, Jasamu segar dalam ingatan, Jadi kenangan sepanjang zaman. 3
IKRAR MURID Kami murid SK Bandar Penawar berikrar akan berusaha untuk mencapai misi dan visi sekolah berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : Mematuhi peraturan sekolah Mengamalkan nilai-nilai dan budaya sekolah Menghormati pemimpin Memelihara imej dan nama baik sekolah Berusaha mencapai kejayaan IKRAR RUKUN NEGARA MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, untuk mencapai cita-cita tersebut, berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada raja dan negara Keluruhan perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan 4
1.1 LELAKI Baju berwarna putih lengan pendek serta memakai tanda nama di bahagian atas kocek (saku) baju. Lencana yang dijahit di atas tanda nama. Seluar panjang berwarna biru tua mengikut potongan yang telah ditetapkan. 1.2 PEREMPUAN Baju berwarna putih dan ‘pinafore’ berwarna biru tua atau baju kurung putih dan kain labuh biru tua, lencana dijahit di bahagian hadapan sebelah kiri ‘pinafore’ atau baju kurung atau tudung. Tanda nama pula diletakkan di bawah lencana. Bertudung putih tanpa bunga, sulaman atau renda. PERATURAN SEKOLAH 1.3 PEMIMPIN KECIL Berikut adalah warna pakaian bagi pemimpin kecil: Biru Tua: Pengawas Sekolah Merah Tua: Pengawas Pusat Sumber Ungu: Pembimbing Rakan Sebaya Coklat: Ketua/Penolong Ketua Kelas 1. PAKAIAN 5
1.4 PERATURAN AM PAKAIAN Pada setiap hari persekolahan, murid-murid mesti memakai pakaian berikut: Pakaian seragam yang telah ditetapkan Lencana sekolah dan tanda nama Tali leher sekolah Kasut dan stokin hitam Tali pinggang berwarna hitam atau biru tua yang lebarnya antara 2.5 hingga 3 cm berkepala kecil Murid perempuan Pendidikan Moral digalakkan memakai pinafore labuh atau baju kurung Semasa menghadiri aktiviti kokurikulum, semua murid mesti memakai: Pakaian sukan, baju aktiviti atau T-shirt Karakter Murid Johor (KrMJ) bagi aktiviti sukan Pakaian seragam bagi unit beruniform Pakaian yang sesuai dan sopan bagi aktiviti kelab/persatuan Berkasut semasa di sekolah JADUAL PEMAKAIAN BAJU MURID TAHUN 1, 2 & 3 Ahad : Uniform Sekolah Isnin : Baju Sukan Selasa : Baju KrMJ Rabu : Uniform Sekolah Khamis : Baju Aktiviti Sekolah TAHUN 4, 5 & 6 Ahad : Uniform Sekolah Isnin : Uniform Sekolah / Baju Sukan Selasa : Baju KrMJ Rabu : Baju Unit Uniform Khamis : Uniform Sekolah / Baju Aktiviti 6
1.5 TANDA NAMA Pada setiap hari persekolahan, murid-murid mesti memakai tanda nama pada pakaian sekolah. Tanda nama adalah berbeza mengikut darjah masing-masing. Tanda nama ditampal pada pakaian sekolah sebagai pengenalan diri murid. Berikut adalah contoh tanda nama pakaian sekolah: AHMAD AMIN ALI ABDULLAH ABU ADAM Tahun 1 : Ungu Tahun 2: Hijau Gelap Tahun 3: Kuning Tahun 4: Oren Tahun 5: Coklat Gelap Tahun 6: Biru 7 *Warna tanda nama murid adalah kekal dari Tahun 1 sehingga murid tersebut bergraduasi semasa Tahun 6.
2.1 LELAKI Rambut pendek yang sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. Panjang rambut tidak menutupi telinga, tidak mencecah kolar baju dan tidak berfesyen. 2.2 PEREMPUAN Murid yang beragama Islam mesti memakai tudung. Bagi murid Bukan Islam rambut sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan tidak bersanggul. Rambut tidak menutupi bulu kening atau mata. Murid yang berambut panjang hendaklah diikat. 2. RAMBUT 3. KEDATANGAN 3.1 WAKTU PERSEKOLAHAN 8 SESI PAGI: TAHUN 3: AHAD - SELASA: 7.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI RABU - KHAMIS: 7.30 PAGI - 1.00 PETANG REHAT: 9.00 - 9.30 PAGI TAHUN 4: AHAD - SELASA: 7.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI RABU - KHAMIS: 7.30 PAGI - 1.30 PETANG REHAT: 9.30 - 10.00 PAGI TAHUN 5 & 6: AHAD - SELASA: 7.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI RABU - KHAMIS: 7.30 PAGI - 1.30 PETANG REHAT: 10.00 - 10.30 PAGI SESI PETANG: TAHUN 1 & 2: AHAD - KHAMIS: 1.00 PETANG - 6.10 PETANG REHAT: 2.30 - 3.10 PAGI *SESI PAGI HADIR SEBELUM 7.20 PAGI *SESI PETANG HADIR SEBELUM 12.50 TENGAHARI PRA SEKOLAH: SESI PAGI: AHAD - KHAMIS: 7.30 PAGI - 11.30 PAGI SESI PETANG: AHAD - KHAMIS: 12.30 - 4.30 PETANG
Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah mesti memberi kenyataan bertulis daripada ibu bapa atau surat doktor. Tindakan akan diambil terhadap murid-murid yang tidak hadir tiga hari berturut-turut tanpa kenyataan. Semua murid wajib hadir semua aktiviti dalam dan luar bilik darjah termasuk aktiviti kokurikulum. Murid yang datang lewat selepas waktu yang ditetapkan akan dikenakan tindakan. Semua murid mestilah sentiasa menepati masa pada hari persekolahan dan semasa menghadiri aktiviti sekolah. Loceng akan dibunyikan jam 7.20 pagi untuk bacaan al-Quran. 4. TIDAK HADIR KE SEKOLAH 4.1 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sesuatu sebab seperti sakit dan lain-lain hendaklah memberi surat kenyataan kepada guru kelas. 4.2 Murid-murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut tanpa surat ibu bapa atau penjaga akan diberikan surat amaran pertama. 9
5. KELUAR MASUK KELAS WAKTU BELAJAR 5.1 Murid-murid adalah dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan. 5.2 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas pada waktu belajar hendaklah mendapat kebenaran guru yang mengajar. 5.3 Kebenaran ke tandas semasa pengajaran hanya diberikan sekiranya perlu dengan mendapatkan pas keluar daripada guru. 5.4 Suasana bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak mengganggu kelas lain. 6. SEMASA BERADA DALAM BILIK DARJAH 6.1 Murid bertanggungjawab terhadap keselamatan bahan-bahan yang berada di dalam bilik darjah. 6.2 Kedudukan murid seperti yang diatur oleh guru. 6.3 Murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah tanpa kebenaran daripada guru. 10
7. WAKTU REHAT 7.1 Tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah tanpa arahan atau kebenaran daripada guru atau pengawas. 7.2 Semua murid perlu makan di kantin sekolah. 7.3 Apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat, murid-murid hendaklah segera untuk berkumpul di dataran mengikut barisan kedudukan kelas masing-masing dan bergerak masuk setelah diarahkan guru. 8. BUKU SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) 8.1 Semua murid perlu mempunyai buku-buku tulis, buku kerja, buku teks (SPBT), alat-alat Pendidikan Seni dan lain-lain keperluan pembelajaran. 8.2 Buku-buku SPBT hendaklah disampul dan dijaga dengan baik. 8.3 Buku-buku SPBT yang rosak atau hilang mestilah diganti atau dibayar mengikut harganya. 8.4 Murid-murid yang melanggar peraturan akan kehilangan hak pinjaman. 11
8.5 Murid-murid dilarang menconteng buku-buku SPBT. 8.6 Murid-murid mestilah menandatangani serta menulis tarikh pinjaman pada borang (SPBT G) bagi mengesahkan penerimaan dan pemulangan buku teks. 8.7 Murid-murid hendaklah menulis nama dan tahun pinjaman di ruangan yang disediakan dalam bukubuku berkenaan. 8.8 Murid-murid yang berhenti atau bertukar ke sekolah lain perlu membawa buku teks ke sekolah baharu. 8.9 Murid-murid yang gagal memulangkan buku SPBT tidak akan diberi Sijil Berhenti Sekolah sehingga buku SPBT dipulangkan. 9. KEBERSIHAN SEKOLAH 9.1 Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan sekolah, kelas, kantin, tandas dan kawasan sekolah pada setiap masa. 9.2 Murid yang bertugas menjaga kebersihan kelas hendaklah datang awal ke sekolah pada hari tersebut untuk membersihkan kelas. 12
9.3 Murid-murid dilarang membuang sebarang benda yang dianggap sampah di merata-rata kawasan sekolah. Sampah-sarap hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah atau bakul sampah yang telah disediakan. 9.4 Murid-murid dilarang menulis atau menconteng dinding sekolah. 9.5 Bilik darjah hendaklah sentiasa dibersihkan pada masa pertama dan waktu rehat. 10.1 Murid hanya dibenarkan membeli makanan di kantin sekolah pada hari- hari persekolahan. Muridmurid dilarang membeli makanan di luar sekolah. 10.2 Murid-murid hendaklah beratur dengan tertib semasa membeli makanan dan minuman. 10.3 Murid-murid dilarang sama sekali merosakkan kemudahan yang ada di kantin. 10.4 Murid-murid dikehendaki memasukkan pinggan mangkuk ke tempat yang disediakan. 10. KANTIN SEKOLAH 13
10.5 Murid-murid ditegah untuk makan dan minum di tempat lain selain di kantin. 10.6 Murid-murid hendaklah mengamalkan adabadab makan yang ditetapkan. 10.7 Murid-murid mestilah bekerjasama menjaga kebersihan di kantin. 11.1 Murid-murid hanya boleh pergi tandas dengan kebenaran guru semasa pembelajaran dijalankan. 11.2 Murid-murid hendaklah sentiasa memastikan kebersihan tandas selepas digunakan. 11.3 Tuala wanita mestilah dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah. 11.4 Jangan membazir dan sentiasa berjimat menggunakan air. Tutup paip selepas digunakan. 11. TANDAS SEKOLAH 12. TINDAKAN UNTUK MURID YANG BERBASIKAL 12.1 Murid-murid tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah. 14
12.2 Semasa berada di luar kawasan sekolah, muridmurid yang menunggang basikal mestilah mematuhi peraturan lalu lintas. 12.3 Basikal mestilah lengkap dengan loceng, lampu, brek dan lampu merah. 12.4 Dalam kawasan sekolah, basikal mestilah berada di tempat yang telah ditentukan dan hendaklah sentiasa berkunci. 12.5 Murid-murid yang membawa basikal ke sekolah hendaklah menulis nama di dalam buku yang disediakan dan mendapatkan Pas Pelajar Berbasikal. 12.6 Semua penunggang basikal mestilah balik selepas murid-murid berjalan kaki keluar kawasan sekolah. 13. UJIAN / PEPERIKSAAN 13.1 Semua murid diwajibkan mengambil ujian /peperiksaan. 13.2 Murid-murid diwajibkan mematuhi peraturan semasa menghadapi ujian / peperiksaan. 13.3 Sekiranya tidak hadir semasa ujian atau peperiksaan, perlu memberitahu pihak sekolah berserta surat tunjuk sebab. 15
14. PELAWAT / LAWATAN 14.1 Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa murid kecuali dengan kebenaran Guru Besar. 14.2 Semua rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan Guru Besar. 14.3 Murid-murid yang mengikut rombongan keluar daerah dimestikan mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing dan mengambil perlindungan insuran. 15. AKHLAK ATAU BUDI PEKERTI 15.1 Murid-murid mestilah sentiasa berbudi bahasa, menghormati semua guru, para pegawai dari luar, kakitangan sekolah, para pelawat, orang yang lebih dewasa, pengawas sekolah dan ketua kelas. 15.2 Murid-murid digalakkan mengamalkan 3S iaitu senyum, sapa dan salam apabila berjumpa dengan guru-guru, kakitangan sekolah, rakan-rakan dan ibu bapa sama ada di luar atau di dalam sekolah. 15.3 Murid hendaklah hormat-menghormati rakan dan sentiasa menanam semangat muhibbah dan toleransi. 15.4 Murid-murid hendaklah mengamalkan budaya memberi salam dan ucapan terima kasih. 16
15.5 Murid-murid diwajibkan patuh pada peraturanperaturan sekolah. 15.6 Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik sekolah. 15.7 Murid mestilah mengetuk pintu dan memberi salam sebelum memasuki kelas, bilik guru, bilik Guru Besar dan pejabat. 15.8 Sentiasa menjaga nama baik sekolah dan menjauhi daripada kegiatan yang boleh menjatuhkan nama baik sekolah. 16. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH 16.1 Sebarang kerosakan harta benda sekolah di dalam kelas hendaklah dilaporkan kepada guru kelas. 16.2 Murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah dikehendaki membayar sepenuhnya harga barangan yang dirosakkan. 17. PENGAWAS 17.1 Pengawas-pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih dalam kalangan murid-murid yang mempunyai peribadi yang jujur, baik, berdedikasi dan berani menjalankan tugas. 17
17.2 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh murid-murid. 17.3 Pengawas-pengawas berhak menegur serta memberi arahan yang sesuai kepada murid-murid. Murid-murid yang menentang atau ingkar kepada arahan pengawas adalah melanggar disiplin sekolah. 18. KAWASAN ORANG 18.1 Pejabat sekolah, Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan, Bilik Guru dan Bilik pekerja. 18.2 Makmal Sains, Makmal Komputer,Bilik Peperiksaan, Bengkel Kemahiran Hidup dan Stor Sukan. 18.3 Tempat-tempat lain yang diberitahu dari semasa ke semasa. Murid-murid dilarang memasuki atau berkeliaran berhampiran kawasan larangan yang ditetapkan tanpa kebenaran. 19. PERATURAN-PERATURAN AM 19.1 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang. 19.2 Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap sewaktu berada di dalam kawasan sekolah. 18
19.3 Murid dilarang membuat panggilan telefon waktu belajar (kecuali waktu rehat). 19.4 Murid-murid adalah dilarang untuk merosakkan harta benda sekolah. 19.5 Memastikan lampu dan kipas telah dipadamkan apabila hendak meninggalkan bilik darjah. 19.6 Murid-murid mestilah sentiasa senyap di dalam bilik darjah, ketika lalu di pejabat, bilik guru atau bilikbilik khas. 19.7 Berkeliaran di kawasan sekolah dan makan atau minum di kantin semasa kelas-kelas sedang dijalankan adalah dilarang. 19.8 Murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah sebelum tamat waktu persekolahan melainkan dengan kebenaran guru besar. 19.9 Ponteng sekolah dan kelas adalah salah satu kesalahan. 19.10 Murid dilarang untuk membawa, memakai barang kemas atau lain-lain barang berharga. 19.11 Murid-murid dilarang membazir air dan tenaga elektrik. 19
19.12 Bergaduh di dalam atau di luar sekolah adalah satu kesalahan. 19.13 Pada waktu pertama dan naik rehat, murid-murid dikehendaki beratur dengan betul dan senyap di luar kelas. 19.14 Lima minit sebelum waktu persekolahan berakhir, murid-murid hendaklah menyusun kerusi dan meja, menyapu lantai, mematikan kipas dan lampu serta menutup tingkap dan pintu kelas. 19.15 Murid-murid dilarang bermain atau berlari di kawasan sekolah. 19.16 Pada hari Ahad (perhimpunan rasmi sekolah) atau perhimpunan kokurikulum (unit beruniform), semua murid dikehendaki beratur dengan senyap di gelanggang serbaguna. 19.17 Telefon bimbit dan gajet elektronik dilarang sama sekali dibawa ke sekolah. 20
WAKTU PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN Hari Persekolahan : Waktu rehat dan mengikut jadual kelas yang ditetapkan. KEAHLIAN Semua murid diwajibkan menjadi ahli perpustakaan. Setiap ahli diwajibkan mempunyai Kad Keahlian diri masing-masing. Kad ini adalah sebagai bukti keahlian. Sekiranya kad ahli hilang atau rosak, ahli perlu mendapatkan kad baru dengan segera dengan bayaran RM10.00. Sekiranya ahli menghilangkan buku yang dipinjamkan, ahli dikehendaki membayar harga buku berkenaan. PINJAMAN BUKU Setiap ahli dibenarkan meminjam dua buah buku di perpustakaan. PERATURAN DI PERPUSTAKAAN 21
Pinjaman hanya menggunakan kad ahli perpustakaan sekolah sahaja. Buku-buku yang dipinjam hendaklah dijaga kebersihan dan keselamatannya. Tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain dengan apa tujuan sekalipun. Buku-buku rujukan hanya untuk di bilik perpustakaan sahaja dan tidak dibenarkan dipinjam atau dibawa keluar dari bilik perpustakaan. SEMASA MENGGUNAKAN BILIK PERPUSTAKAAN Buka kasut dan susun dengan rapi di luar sebelum masuk ke perpustakaan. Masuk atau keluar perpustakaan hendaklah beratur dengan tertib, cepat dan penuh disiplin. Masuk mestilah bersama guru. Buku-buku dan peralatan perpustakaan hendaklah disusun di tempat asal setelah digunakan. Pastikan perpustakaan sentiasa berkeadaan kemas, teratur dan ceria. 22
Dilarang membawa masuk fail, beg atau seumpamanya melainkan jika mendapat kebenaran daripada guru. Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika berada dalam perpustakaan. PERATURAN DI BILIK MEDIA Beratur terlebih dahulu di luar sebelum masuk ke dalam Bilik Media. Kasut hendaklah dibuka sebelum masuk ke dalam Bilik Media dan disusun dengan teratur. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Media tanpa guru. Pastikan segala suis alatan, lampu dan kipas yang digunakan telah dimatikan sebelum keluar. Pastikan kerusi di susun semula dengan teratur. Pastikan tiada peralatan peribadi yang tertinggal di dalam Bilik Media. 23
PERATURAN DI SURAU Beratur untuk masuk ke surau. Kasut hendaklah ditanggalkan di luar dan sentiasa disusun rapi. Menjaga kebersihan surau dan dilarang makan atau minum di dalam surau. Lipat sejadah, susun mashaf al-Quran dan rehal yang telah digunakan dengan kemas dan teratur. Dilarang membuat bising dan menjaga adab semasa berada di dalam surau. Keluar dengan keadaan beratur dan tertib. PERATURAN BILIK OPERASI SUKAN Murid tidak dibenarkan berada di dalam Bilik Operasi Sukan kecuali murid yang dilantik oleh Setiausaha Sukan / Guru PJ. Murid dilarang mengeluarkan peralatan sukan kecuali mendapat kebenaran daripada guru sukan. 24
Semua perkara yang melibatkan keluar masuk peralatan hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan. Peralatan yang hilang ketika digunakan oleh murid, hendaklah diganti. Sebarang kerosakan mestilah dilaporkan kepada guru sukan. Semua alatan yang telah digunakan perlulah dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan. PERATURAN BILIK KESIHATAN Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik kesihatan kecuali murid yang telah dibenarkan oleh Guru Kesihatan. Tanggalkan kasut di luar bilik kesihatan. Murid dilarang sama sekali untuk menggunakan peralatan kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Kesihatan. Semua perkara yang melibatkan keluar masuk pesakit hendaklah direkodkan di dalam buku yang disediakan. 25
Selepas menggunakan peralatan di dalam bilik ini, hendaklah dibersihkan dan dirapikan semula. Dilarang membawa masuk makanan dan minuman tanpa kebenaran daripada Guru Kesihatan. PERATURAN BILIK RBT Patuhi arahan guru setiap masa. Jangan memasuki bilik tanpa kebenaran. Berhati-hati selalu, tumpukan perhatian pada kerja. Jangan mengganggu orang lain dan bergurau. Laporkan kerosakan, kemalangan, kebakaran atau kecederaan kepada guru. Pastikan lantai bersih dan tidak licin. Bekerjasama membersihkan bengkel. 26
TATACARA MAKMAL Makmal adalah kawasan larangan bagi murid. Sesiapapun tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru. Segala peralatan makmal hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru mata pelajaran tersebut. Setiap kerosakan atau hal kemalangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru. Dilarang bermain atau berlari di dalam makmal. Di setiap bilik makmal ada ditampalkan peraturan penggunaan makmal untuk perhatian murid. Murid hendaklah membaca dan memahami setiap peraturan serta arahan yang ditetapkan. AMARAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas kejadian yang tidak diingini sekiranya kejadian yang berlaku itu tidak mematuhi peraturan penggunaan makmal. 27
SENARAI JENIS SALAH LAKU YANG BOLEH DIAMBI L TINDAKAN DISIPL IN Membuli. Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap. Penyalahgunaan dadah/Merokok/Menghisap vape. Membawa senjata merbahaya. Mencabul kehormatan. Mengancam/memukul/mencederakan murid lain. Menceroboh bilik darjah/bilik khas/pejabat sekolah. Mengedar dadah. Mengganggu ketenteraman sekolah. Bertaruh. Berjudi. Mencuri. Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru. Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas. Memeras ugut. 1. TINGKAH LAKU JENAYAH 28
Bercumbu-cumbuan. Berkhalwat. Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah. Mengintai murid-murid perempuan. Melukis dan menulis kata-kata dan gambargambar lucah. 2. TINGKAH LAKU LUCAH Berambut panjang dan fesyen rambut yang tidak mengikut peraturan/mewarnakan rambut. Berkuku panjang/mewarnakan kuku/berinai. Bermisai dan berjanggut/mencukur bulu kening. Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah. Memakai barang kemas/barang perhiasan/ memakai alat solek. Bertattoo 3. KEKEMASAN DIRI 29
Berkeliaran di kawasan sekolah. Datang lewat ke sekolah. Lewat ke perhimpunan. Makan di kantin luar waktu rehat. 4. TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA Berkelakuan kasar terhadap guru. Berkelakuan kasar terhadap pengawas. Berkelakuan kasar terhadap murid. Berbahasa kesat. Menyimpan atau menghisap rokok. Mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Tidak menghormati guru. Tidak menghormati pengawas. 5. TINGKAH LAKU KURANG SOPAN DAN BIADAP 30
Merosakkan harta benda sekolah, kantin atau murid lain. Merosakkan harta benda guru besar/guru-guru. Merosakkan harta benda kantin sekolah. 6. TINGKAH LAKU MUSNAH Menipu yang melibatkan wang. Menipu yang melibatkan kepercayaan 7. TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR ATAU MENIPU Ponteng kelas. Ponteng sekolah. Ponteng perhimpunan. Ponteng kegiatan luar bilik darjah. Ponteng ujian. Ponteng peperiksaan. 8. PONTENG 31
Murid-murid yang ingkar kepada Peraturan Sekolah ini adalah dianggap melanggar undangundang dan sewajarnya dihukum dengan denda yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah. Hukuman yang dikenakan berbeza-beza mengikut kesalahan yang dilakukan. Hukuman serendahrendahnya adalah amaran sehingga dirotan, setinggi-tingginya digantung atau diberhentikan sekolah. Kesalahan seseorang murid yang difikirkan berat akan dimasukkan dalam data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga tentang kesalahannya dan hukuman yang telah diputuskan. Sebarang kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang dikenakan akan direkodkan. Manakala harta benda sekolah yang dirosakkan atau dimusnahkan oleh murid mestilah diganti oleh murid berkenaan. 9. HUKUMAN 32
Berikut adalah mereka yang diberi kuasa untuk menjalankan hukuman mengikut budi bicara berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh murid. a) Guru Besar. b) Semua Guru Penolong Kanan. c) Guru disiplin dan guru pengawas yang diberi surat kuasa. Hukuman yang dikenakan sebenarnya untuk memberi pengajaran dan mendidik para pelajar supaya tidak mengulangi kesalahan. 10. KUASA MENGHUKUM 33
34
34
34
CATATAN 34