Perjumpaan Hari
Terakhir
Perkhidmatan
“Sekalung Budi Sejambak
Kenangan”
1990 - 2021
Jasamu Dikenang Selamanya
Puan Hajah Anis Binti Abu Bakar
26 MAC 2021 8.00 pagi - 10.45 pagi Kamar Fatimah Az-Zahrah
(Jumaat) Dan pelantar Google Meet
CORETAN BUATMU
Selamat bersara diucapkan kepada
Puan Anis binti Abu Bakar yang disayangi.
Semoga persaraan ini dapat diisi dengan penuh erti
Bersama keluarga tercinta.
Segala nasihat dan bimbingan yang kami terima
sama ada secara langsung mahupun tidak, secara sedar atau
sebaliknya tidak akan kami lupakan sepanjang hayat. Keikhlasan
menabur budi menyemai bakti akan kami jadikan dorongan
untuk lebih Berjaya dalam hidup.
Kami mohon ampun & maaf andai selama kita mengenali,
ada kata yang tidak berkenan dihati, terkilan dijiwa,
malah ada yang tak kena di mata. Halalkan segala
limpah budi yang telah disumbangkan sepanjang
perkhidmatan di Shahbandaraya.
aturcara
PROGRAM
BIODATA
Nama : Anis binti Abu Bakar.
Tarikh Lahir : 04 / 02 / 1966
Tempat Lahir : Negeri Sembilan.
Matapelajaran yang diajar : Perniagaan dan Bahasa Inggeris
Sejarah perkhidmatan
3 JUN 1990 – 30 NOV 1991 : SMK TUMPAT, KELANTAN
1 DIS 1991 – 31 OKT 2013 : SMK SULTAN ABDUL SAMAD, KLANG
1 NOV 2013 – 28 FEB 2015 : SMK PEREMPUAN BUKIT KUDA, KLANG
1 MAC 2015 – 25 MAC 2021 : SMK SHAHBANDARAYA, KLANG
Jawatankuasa pelaksana
Jawatankuasa pelaksana
Memori kita
Memori kita
Memori kita
Sekalung penghargaan
Merakamkan setinggi – tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada
WARGA SMKS yang terlibat menjayakan program ini
Sama ada secara langsung ataupun tidak.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman.
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Ikhlas, Warga SMKS 2021