PERLEMBANGAAN BADAN KEBAJIKAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
BADAN KEBAJIKAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
PERLEMBAGAAN
1. NAMA BADAN
Badan ini adalah dikenali sebagai “Badan Kebajikan MARA Negeri Perlis”, (yang
selepas ini dibaca sebagai “BKMP”)
2. FUNGSI
BKMP akan menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, riadah, kebajikan dan lain-lain yang
ditetapkan oleh Mesyuarat Agung atau Ahli Jawatankuasa (yang selepas ini dibaca
sebagai “AJK”) demi kepentingan BKMP serta ahli-ahlinya yang selagi ia tidak
bertentangan dengan mana-mana peraturan MARA dan peruntukan undang-undang
negara.
3. PENDAFTARAN BADAN
Terhad dengan fungsi BKMP sebagai satu pertubuhan yang tidak bermatlamat
perniagaan dan dikelolakan secara sukarela tanpa apa-apa upah atau gaji serta
bilangan ahlinya yang kecil, malahan matlamatnya jelas iaitu menjaga kebajikan
ahli, maka BKMP tidak perlu didaftarkan di Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Kedudukan ini perlu dimaklumkan kepada ahli-ahli dalam setiap Mesyuarat Agung
untuk persetujuan ahli-ahli bagi tahun-tahun berikutnya.
4. KEAHLIAN
Keahlian terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat MARA Negeri Perlis sahaja
(dahulunya “mana-mana kakitangan syarikat” yang dilantik sebagai perundingan
bangunan untuk mengurusakan Kompleks Kangar dan Kompleks Kayangan Square)
dab (pindaan dalam Mesyuarat Agung Kali ke -12 pada Oktober 2009). Keahlian
adalah wajib bagi kakitangan di Pejabat MARA Negeri Perlis termasuk Pejabat MARA
Daerah.
5. YURAN / SUMBANGAN
Yuran bulanan dan apa-apa sumbangan kewangan atau sebagainya adalah ditetapkan
oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Keputusan secara undian, majoriti
adalah terpakai sebagai keputusan bersama dan wajib dipatuhi oleh semua ahli.
Yuran sekarang ialah RM5.00 bagi kakitangan Kumpulan Sokongan Dua (atau Gaji
Kabinet Kumpulan C dan D), RM8.00 bagi kakitangan Kumpulan Sokongan 2 (atau Gaji
Kabinet Kumpulan B) dan RM10.00 bagi kakitangan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional (atau Gaji Kabinet Kumpulan A) seorang setiap bulan yang akan dibayar
pada hari gaji bulan berkenaan. (Pindaan pada 05 Oktober 2022 melalui Mesyuarat
Agung yag telah dipersetujui semua kakitangan)
1
PERLEMBANGAAN BADAN KEBAJIKAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
6. AHLI JAWATANKUASA (AJK/EXCO)
AJK terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, seorang
Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang Bendahari, seorang Penolong
Bendahari, seorang Ketua Biro Sukan, seorang Ketua Biro Agama, seorang Ketua Biro
Rekreasi, seorang Ketua Biro Kebajikan, seorang Ketua Biro Ekonomi dan dua orang
Pemeriksa Kira-Kira yang akan dilantik dari kalangan ahli-ahli BKMP ini semasa
mesyuarat Agung tahunan secara undian. AJK seperti yang telah dinyatakan ini hanya
boleh dilantik untuk satu penggal sahaja dan tidak boleh dilantik untuk penggal
seterusnya(tambahan dalam Mesyuarat Agung Kali ke-12 pada 28 Oktober 2009). Ini
supaya semua ahli dapat memperoleh pengalaman jika memegang jawatan dalam
BKMP. (Pindaan melalui mesyuarat pada 23 Julai 2018 mencadangkan semua ahli
boleh dilantik lebih dari satu penggal)
7. JAWATAN PENGERUSI BADAN
Jawatan Pengerusi BKMP ini adalah disandang oleh pemegang jawatan Timbalan
Pengarah MARA Negeri. Lantikan ini secara automatik di bawah perlembagaan ini.
Tiada pertandingan untuk jawatan ini. (Mesyuarat pada 23 Julai 2018 memutuskan
jawatan pengerusi boleh dilantik daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional).
8. PENAUNG / PENASIHAT BADAN
Penaung atau Penasihat BKMP ini adalah disandang oleh Pengarah MARA Negeri.
Lantikan ini adalah secara automatik di bawah Perlembagaan ini. Tiada pertandingan
untuk jawatan ini.
9. KUASA DAN TANGGUNGJAWAB
9.1 Pengerusi
i) Mempengerusi Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
(Mesyuarat AJK).
ii) Meluluskan bayaran bil dan lain-lain tidak melebihi RM2,000.00 bagi satu
bayaran bil. Jumlah yang melebihi had ini hendaklah dirujuk kepada AJK
untuk pertimbangan.
iii) Menentukan bayaran yang dibuat adalah demi kepentingan Badan ini
sahaja atau aktiviti-aktiviti bersangkutan kegiatan Badan ini sahaja
sepertimana yang telah diluluskan oleh Mesyuarat AJK atau Mesyuarat
Agung.
iv) Menentukan BKMP ini bergerak aktif menjalankan aktiviti-aktiviti yang
diluluskan oleh keputusan Mesyuarat Agung.
v) Menetapkan dan memastikan bahawa Mesyuarat AJK hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Mesyuarat boleh juga dipanggil
apabila keadaan memerlukan.
vi) Menetapkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan dan menjalankan
mesyuarat tersebut selewat-lewatnya 24 bulan (dahulunya 12 bulan) dari
2
PERLEMBANGAAN BADAN KEBAJIKAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas (pindaan dalam Mesyuarat
Agung Kali ke-10 pada 6 Januari 2006)
vii) Penaung, Pengerusi, Timbalan Pengerusi tidak mempunyai kuasa veto.
Segala keputusan selain daripada di bawah bidang kuasa adalah mengikut
keputusan di dalam Mesyuarat.
viii) Memastikan bahawa setiap perbelanjaan yang akan dibuat perlu
menggunakan ‘Borang Lampiran G’ dan mendapat sokongan Bendahari,
Setiausaha dan AJK berkaitan. (tambahan dalam Mesyuarat Agung Kali
Ke-12 pada 28 Oktober 2009).
9.2 Timbalan Pengerusi
i) Membantu Pengerusi dalam semua aktiviti BKMP.
ii) Mempengerusi Mesyuarat AJK dalam ketiadaan Pengerusi atau
persetujuan Pengerusi.
iii) Bekerjasama dengan AJK untuk melaksanakan aktiviti BKMP.
iv) Lain-lain urusan diarahkan oleh Pengerusi.
v) Menjalankan fungsi Pengerusi dalam ketiadaannya.
vi) Menjalankan tugas-tugas khas selain daripada biro-biro sedia ada.
9.3 Setiausaha / Penolong Setiausaha
i) Pencatat Minit Mesyuarat Agung dan Mesyuarat AKJ.
ii) Menyediakan, menyimpan dan mengedarkan minit-minit mesyuarat
kepada AJK dan ahli-ahlki (jika berkaitan).
iii) Kerja-kerja urusetia yang bersangkutan dengan BKMP dan Pertubuhan
luar MARA seperti MAKSAK Perlis.
9.4 Bendahari / Penolong Bendahari
i) Menerima dan menyimpan wang yuran bulanan dan lain-lain kutipan
dengan selamat.
ii) Menyimpan rekod-rekod kewangan, buku cek, buku simpanan wang BKMP
dan lain-lain.
iii) Menyelenggara bayaran mengikut amalan kewangan semasa.
iv) Memastikan bayaran-bayaran yang dibuat setelah mendapat kelulusan
Pengerusi dan mengikut peraturan Perlembagaan ini.
3
PERLEMBANGAAN BADAN KEBAJIKAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
v) Membentangkan penyata kewangan apabila diperlukan.
vi) Bertanggungjawab diatas keselematan kewangan.
vii) Mengemukakan laporan kewangan kepada pemeriksa kira-kira enam (6)
bulan sekali untuk semakan.
viii) Mempunyai dan menjaga baik senarai rekod inventori asset / harta milik
BKMP (dahulunya Biro berkaitan) dan Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan
yang lepas (pindaan dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-12 pada 28 Oktober
2009)
ix) Memastikan wang tunai ditangan tidak melebihi RM1,000.00 dan
sekiranya lebih perlu dimasukkan ke dalam akaun bank (tambahan dalam
Mesyuarat Agung Kali Ke-12 pada 28 Oktober 2009).
9.5 Ahli-Ahli Jawatankuasa
i) Bertanggungjawab secara bersama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Agung.
ii) Boleh menubuhkan AJK Kecil untuk tujuan pelaksanaan aktiviti.
iii) Mempengerusikan Mesyuarat AJK Kecil.
iv) Sebagai penggerak untuk memntapkan perjalanan dan aktiviti yang
dirancangkan oleh BKMP.
v) Melantik dari kalangan ahli sebagai AJK Kecil bagi Biro berkenaan bila
diperlukan.
vi) Sekiranya terdapat kekosongan dalam mana-mana jawatan Ahli
Jawatankuasa disebabkan oleh perletakan jawatan atau perpindahan
pegawai / kakitangan, maka AJK boleh melantik pengganti bagi jawatan
tersebut mengikut budi bicaranya.
9.6 Pemeriksa Kira-kira
i) Memeriksa kira-kira akaun BKMP sekurang-kurangnya enam (6) bulan
sekali.
ii) Memberikan cadangan untuk memperbaiki kedudukan kewangan BKMP
kepada AJK.
iii) Mengesahkan penyata kewangan BKMP sebelum ianya dipersembah ke
Mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK.
4
PERLEMBANGAAN BADAN KEBAJIKAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
10.FUNGSI BIRO
10.1 Biro Sukan
i) Menguruskan dan mengendalikan acara-acara sukan di peringkat MARA
Negeri atau pusat-pusat MARA atau antara MARA Negeri dengan jabatan-
jabatan lain.
ii) Menyediakan, menyimpan, merekod dan menyelenggara semua peralatan
sukan.
iii) Mengendalikan pertandingan sukan di semua peringkat.
iv) Merekod dan menjaga inventori peralatan sukan milik BKMP termasuk hal
ehwal penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan alat berkenaan.
10.2 Biro Agama
i) Menyusun, menganjurkan dan melaksanakan program-program
keagamaan (Islam) untuk ahli-ahli.
10.3 Biro Rekreasi dan Riadah
i) Menganjurkan program melibatkan kakitangan, perkelahan, hari
keluarga, jamuan makan atau apa-apa aktiviti yang dapat menambah
kemesraan hubungan kakitangan.
10.4 Biro Kebajikan dan Pengaduan AM
i) Menerima aduan ahli-ahli BKMP berhubung apa jua masalah sama ada
peribadi atau urusan rasmi.
ii) Bertindak menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh ahli sama ada
melalui rundingan.
iii) Memberi maklum balas kepada pihak Pengurusan Negeri melalui
Pengerusi.
iv) Menguruskan bayaran dan hadiah mengikut aturan yang digariskan dalam
peraturan “Pemberian dan Bantuan” kepada ahli-ahli BKMP yang
berkaitan.
10.5 Biro Ekonomi
i) Menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi menambahkan hasil BKMP.
5
PERLEMBANGAAN BADAN KEBAJIKAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
BADAN KEBAJIKAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
LAMPIRAN KEPADA PERLEMBAGAAN BADAN
(Kelulusan oleh Mesyuarat Agung Bil.17/2022 Bertarikh 5 Oktober 2022)
PEMBERIAN DAN BANTUAN yang dibacakan seperti berikut :-
Kelayakan : Berkhidmat di Pejabat MARA Negeri Perlis dan membayar yuran pertama
(bagi yang baru melapor diri)
Mesyuarat memutuskan untuk meminda bagi kadar pemberian cenderahati, sumbangan atau
bantuan kepada ahli dan keluarga (istilah keluarga ahli iaitu suami atau isteri ahli, anak
kandung, ibu & bapa kandung sahaja) seperti berikut :-
Bil Pemberian/ Bantuan / Cenderahati Jumlah
i) Masuk wad dua hari berturut-turut RM100.00
(Ahli dan keluarga ahli)
ii) Sakit yang mudarat (Kanser,jantung,buah pinggang)sekali sahaja RM100.00
(Ahli dan keluarga ahli)
iii) Kemalangan yang serius RM100.00
(Ahli dan keluarga ahli)
iv) Berkahwin kali pertama di Pejabat MARA Negeri Perlis RM100.00
(Ahli sahaja)
v) Kematian RM100.00
(Ahli dan keluarga ahli)
vi) Kelahiran anak kali pertama di Pejabat MARA Negeri Perlis RM100.00
(Ahli dan isteri ahli sahaja)
vii) Bencana alam (Kebakaran, bencana alam yang memudaratkan) RM100.00
(Ahli dan keluarga ahli)
viii) Bertukar / berpindah tempat kerja keluar dari Pejabat MARA RM100.00
Negeri Perlis atau berhenti kerjan dengan MARA
(Ahli sahaja)
ix) Bersara dari perkhidmatan MARA RM150.00
(Ahli bersara wajib atau bersara pilihan)
6
PERLEMBANGAAN BADAN KEBAJIKAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
x) Hadiah hari jadi RM100.00
(Ahli sahaja)
xi) Hadiah kecemerlangan anak RM100.00
SPM / SPMV: 6A dan ke atas
Hadiah melanjutkan pelajaran RM100.00
xii) Sumbangan bagi anak ahli yang menerima tawaran memasuki
Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) Peringkat
Sijil / Diploma / Ijazah
(Sekali sahaja)
Nota:- Pada situasi tertentu, adanya ahli yang tidak sempat atau terlupa untuk melaporkan
sebarang bencana atau musibah dirinya atau keluarganya. Oleh yang demikian, menjadi
tanggugjawab setiap ahli yang lebih awal mengetahuinya untuk memaklumkan mana-
mana AJK Badan supaya maklumat berkenaan sampai ke pengetahuan AJK dan pemberian /
bantuan dapat disalurkan segera kepada ahli berkenaan.
7